The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-38327870, 2022-12-03 16:37:02

Perkhemahan Perdana 2022

Perkhemahan Perdana 2022

SK Taman Jasmin

Dokumentasi

PERKHEMAHAN

PERDANA

2022

12 November 2022 SK Taman Jasmin 7.30 am - 5.00 pm

Isi
Kandungan

02 03

Pendahuluan Matlamat Program

04 05

Objektif Program Laporan Program

12 13

Kekuatan Program Isu Program

14 16

Cadangan Penambahbaikan Penutup

17 73

Lampiran Laporan Bergambar

94

Penghargaan

1Muka surat

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan Perdana SKTJ 2022 ini merupakan antara saluran pendidikan
luar bilik darjah yang diadakan dengan tujuan memberi peluang kepada
murid-murid untuk menonjolkan kemampuan diri masing-masing secara
interpersonal dan intrapersonal. Selepas PKP selama 2 tahun, akhirnya pada
tahun ini, perkhemahan ini dapat diadakan di SK Taman Jasmin yang
melibatkan semua guru SK Taman Jasmin, semua murid Tahap 2 dan juga
murid-murid PPKI.

Aktiviti perkhemahan ini dilaksanakan selaras dengan kehendak
Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan
dalam bidang kokurikulum. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti
kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah
ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui
aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila
menempuhi alam dewasa kelak.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi
merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat
murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di
samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai
permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi
mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

2Muka surat 2

Muka surat

2.0 MATLAMAT

Matlamat diadakan perkhemahan ini ialah agar dapat menyemai semangat
disiplin yang tinggi di kalangan pelajar tanpa mengira bangsa dan agama
sekaligus dapat menjana etika bekerjasama di kalangan mereka
terutamanya dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Selain itu, ianya juga
bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan
fizikal dan mental setiap peserta.

3Muka surat 2

Muka surat

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Melahirkan murid yang berdisiplin dan
bersemangat juang untuk memastikan
kecemerlangan yang seimbang dalam
bidang kokurikulum dan kurikulum.

Memberi pendedahan dan pengalaman
kepada peserta tentang aspek
perkhemahan secara menyeluruh.

Memupuk semangat kerjasama dan
berdikari serta meningkatkan motivasi
dan keyakinan diri setiap murid.

Menggalakkan integrasi nasional,
memahami kebudayaan dan kepercayaan
yang pelbagai serta menghormati
pegangan agama masing-masing-
masing.

4Muka surat 3

Muka surat

4.0 LAPORAN PROGRAM

Setelah 2 tahun aktiviti perkhemahan tidak dapat dijalankan disebabkan
oleh wabak Covid-19. akhirnya pada 12 November 2022, aktiviti
Perkhemahan Perdana SK Taman Jasmin telah berjaya dilaksanakan.

Pada 11 Oktober 2022 , satu mesyuarat AJK Induk Perkhemahan Perdana
yang telah dipengerusikan oleh Encik Rosli bin Mohd Zain (Guru Penolong
Kanan Kokurikulum) telah diadakan. Dalam mesyuarat tersebut telah
dibincangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan serta AJK yang
terlibat.

Setiap unit beruniform iaitu; Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia,
Tunas Kadet Remaja Sekolah, Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan juga
Pandu Puteri Tunas diberi tugasan mengikut checkpoint yang telah
ditetapkan. Setiap AJK perlu membuat pemeriksaan peralatan yang
diperlukan sebelum program Perkhemahan Perdana bermula.

Kemudian, pada 03 November 2022 satu mesyuarat perkhemahan yang
melibatkan semua guru telah diadakan. Pada mesyuarat ini, telah
dibentangkan senarai nama AJK dan tugasan yang perlu dilakukan pada
hari kejadian. Setiap guru telah diberikan peranan masing-masing bagi
melancarkan dan seterusnya menjayakan aktiviti perkhemahan ini.

Pada 12 November Perkhemahan Perdana SK Taman Jasmin telah
diadakan. Seawal 7.15 pagi, AJK pendaftaran telah bersiap sedia
menerima peserta perkhemahan. Peserta kelihatan ceria dan
bersemangat tiba di sekolah awal pagi itu. Mereka perlu mendaftarkan
diri terlebih dahulu sebelum berkumpul di foyer mengikut unit masing-
masing.

Para peserta hadir dengan membawa bahan dan peralatan yang
diperlukan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan.
Mereka juga mengenakan T-shirt yang mewakili unit beruniform masing-
masing.

5Muka surat 4

Muka surat

Sebelum aktiviti dimulakan, beberapa peringatan dan nasihat diberikan
oleh Encik Muhamad Faizil bin Muhamad Faisal selaku Penyelaras
Perkhemahan Perdana pada kali ini. Ini penting agar peserta sentiasa
berada dalam keadaan sedia dan selamat.

Pada jam 8.00 pagi, peserta diagihkan mengikut unit beruniform
masing-masing. Acara dimulakan dengan ice-breaking yang dipimpin
oleh Encik Muhamad Faizil bin Muhamad Faisal. Aktiviti ini mengambil
masa lebih kurang setengah jam. Tujuan utama aktiviti ini dijalankan
adalah bagi memberikan peluang kepada semua pserta yang terdiri
daripada murid tahun 4 hingga 6 untuk saling mengenali antara satu
sama lain. Ini kerana pelbagai aktiviti yang disusun sepanjang program
perkhemahan ini menuntut semangat kerja berpasukan yang utuh.

Tepat jam 8.30 pagi, para peserta mula bergerak ke checkpoint
mengikut unit masing-masing. Seorang ketua telah dilantik bagi setiap
unit untuk memimpin ahli-ahlinya ke setiap checkpoint mengikut jadual
yang telah diagihkan. Mereka diberi masa selama satu jam di setiap
checkpoint yang telah ditetapkan untuk melengkapkan setiap aktiviti
yang diberikan.

Pada jam 9.30 pagi para peserta berehat sebentar untuk menikmati
makan pagi sebelum meneruskan ke checkpoint yang seterusnya.
Setelah menikmati makan pagi, tepat jam 10.00 pagi para peserta
berkumpul di foyer sebelum bergerak ke checkpoint masing-masing.
Mereka perlu menghabiskan dua lagi aktiviti sebelum mula berehat pada
jam 12.00 tengah hari.

Selesai melalui dua checkpoint, para peserta berehat untuk makan
tengah hari serta membuat persiapan untuk solat zohor secara
berjemaah yang diimamkan oleh Encik Mohamad Zakir bin Abd Razak.
Usai solat Zohor, para peserta mendengar tazkirah ringkas yang bertajuk
'Murid sebagai Pemimpin' . Tazkirah yang diperdengarkan antaranya
menyentuh tentang cara solat yang betul dan solat yang sia-sia
disebabkan oleh kesalahan semasa mengambil wuduk.

6Muka surat 5

Muka surat

Ketika waktu menghampiri jam 1.00 tengah hari, hujan turun membasahi
bumi Kajang. Hujan yang dijangka berhenti nampaknya berterusan.
Beberapa checkpoint terpaksa dipindahkan ke tempat lain sebagai
langkah keselamatan dan keselesaan kepada para peserta. Antaranya,
checkpoint 3, (kawad kaki) dipindahkan ke foyer manakala, checkpoint 1
(khemah 1 hari & kompas) ditempatkan di tempat menunggu pintu E.
Pada jam 4.00 petang, para peserta berkumpul di foyer untuk persiapan
majlis penutup Perkhemahan Perdana. Majlis Perasmian Penutupan
Perkhemahan Perdana 2022 bermula sebaik sahaja ketibaan tetamu
kehormat iaitu Encik Mohd Fadzil bin Ahmad, NYDP PIBG SK Taman
Jasmin.
Seramai 15 orang peserta terbaik dari setiap unit beruniform telah
menerima hadiah pada perkhemahan kali ini. Pemilihan peserta terbaik
ini adalah berdasarkan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan di
setiap checkpoint yang telah ditetapkan. Selain itu, semua peserta
perkhemahan turut menerima sijil penyertaan.
Selesai majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah, para
pemenang bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Sebelum
melangkah pulang, para peserta bergerak ke kantin untuk mengambil
minum petang. Perkhemahan Perdana melabuhkan tirai pada jam 5.00
petang.

7Muka surat 5

Muka surat

Checkpoint 1: Khemah 1 hari & Kompas
Checkpoint ini dikendalikan oleh Unit Pengakap yang
diketuai oleh Puan Nor Hayati binti Bakar. Di sini para
peserta akan diterangkan mengenai pemilihan tapak
perkhemahan yang baik, cara pemasangan khemah dan
penggunaan kompas. Di checkpoint ini peserta akan
mendapat pengalaman memasang khemah dengan betul
dan juga pengalaman berada di dalam khemah yang
didirikan. Aktiviti ini bertempat di padang sekolah
berhampiran dengan pintu E.

Checkpoint 2: Pertolongan Cemas
Di checkpoint ini, peserta akan didedahkan dengan
bantuan kecemasan seperti kegunaan peti pertolongan
cemas dan kandungannya serta cara penggunaan kain
anduh. Aktiviti ini dikendalikan oleh unit BSMM. Aktiviti ini
dijalankan di bilik muzik dan diketuai oleh Puan Komagal
a/p Kunaisekaran. Peserta kelihatan seronok dapat belajar
pelbagai jenis balutan menggunakan kain anduh. Antara
balutan yang dipelajari ialah balutan lengan, kepala dan
tangan. Mereka bukan sahaja belajar secara teori, tetapi
juga mempraktiskannya bersama rakan-rakan.

Checkpoint 3: Asas Kawad Kaki
Checkpoint asas kawad kaki ini dikendalikan oleh unit TKRS
yang diketuai oleh Encik Ahmad Syis Mubarak bin Hussain.
Checkpoint ini bertempat di dataran SKTJ. Peserta akan
mempelajari asas kawad kaki yang betul di check point ini.
Mereka juga didedahkan dengan kawad kaki stastik dan
kawad kaki dinamik. Checkpoint ini penting dalam
membentuk peserta yang berdisiplin dan patuh kepada
arahan.

8Muka surat 5

Muka surat

Checkpoint 4: Ikatan
Unit PPT telah dipertanggungjawabkan bagi
mengendalikan checkpoint 4 iaitu ikatan. Puan Sapiah binti
Ismail mengetuai checkpoint ikatan. Para peserta akan
mempelajari 3 jenis ikatan iaitu buku sila, simpul manuk dan
tindih kasih. Mereka juga mempraktikkan ikatan yang
dipelajari dengan membina gajet mudah. Setiap peserta
berpeluang menghasilkan ikatan sendiri dengan bantuan
guru-guru dan rakan-rakan di checkpoint 4.
Checkpoint 5: Ikhtiar Hidup
Ikhtiar hidup merupakan checkpoint ke lima. Checkpoint ini
dikendalikan oleh unit PPIM di bawah bimbingan Puan Aida
Azhani binti Zakaria. Di checkpoint ini, peserta belajar cara
membuat sandwic menggunakan bahan-bahan yang telah
mereka bawa dari rumah masing-masing. Peserta juga
diajar cara menghias sandwic mereka agar kelihatan
menarik dan menyelerakan untuk dihidangkan.

9Muka surat 5

Muka surat

Berdasarkan carta pai (Rajah 1)

Pengakap PPT disebelah, (PPIM) mempunyai
18.7% 20.3%
penglibatan ahli yang paling tinggi pada

perkhemahan kali ini iaitu sebanyak

24.7% atau seramai 91 orang murid.

TKRS BSMM Manakala, penglibatan peserta kedua
20.3% 16% terbanyak dikongsi bersama oleh unit
TKRS dan PPT iaitu 20.3% bersamaan
dengan 75 orang murid.

PPIM Seramai 69 orang murid iaitu sebanyak
24.7% 18.7% daripada unit Pengakap telah
menyertai Perkhemahan Perdana pada
Rajah 1 tahun ini. Unit BSMM pula diwakili oleh
seramai 59 orang murid atau sebanyak
Statistik Penglibatan
16% iaitu unit yang paling sedikit
Murid mengikut bilangan ahlinya yang menyertai
Unit Beruniform dan
perkhemahan tahun ini berbanding
tahun unit-unit yang lain.

Unit Beruniform Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Jumlah

Bulan Sabit Merah Malaysia
19 21 19 59
(BSMM)
24 20 30 75
Pandu Puteri Tunas (PPT)
33 32 26 91
Pergerakan Puteri Islam

Malaysia 27 15 27 69
28 25 22 75
Pengakap 132 113 124 369

Tunas Kadet Remaja Sekolah Jadual 1

Jumlah Keseluruhan

MukMa suukraatsu1r0at 5

Berdasarkan Jadual 1, jelas dapat dilihat peserta paling ramai menyertai
Perkhemahan Perdana pada tahun ini adalah dalam kalangan murid tahun 4,
diikuti murid tahun 6 dan tahun 5 dengan jumlah masing-masing 132 orang,
142 orang dan 113 orang.

Statistik Penglibatan Murid mengikut Jantina

Unit Beruniform Lelaki Perempuan Jumlah

Bulan Sabit Merah Malaysia
44 15 59
(BSMM)

Pandu Puteri Tunas (PPT) 0 75 75

Pergerakan Puteri Islam
0 91 91
Malaysia

Pengakap 60 9 69

Tunas Kadet Remaja Sekolah 67 8 75

Jumlah Keseluruhan 173 197 369

Jadual 2

Jadual 2 di atas menunjukkan pecahan peserta mengikut unit dan jantina.
Berdasarkan jadual tersebut didapati bilangan peserta perempuan lebih
ramai daripada peserta lelaki. Namun demikian, jurang perbezaannya
hanyalah 6.5%. Ini disebabkan oleh keahlian unit PPIM dan unit PPT adalah
terhad kepada murid perempuan sahaja.

MukMa suukraatsu1r1at 5

5.0 KEKUATAN PROGRAM

SOKONGAN PADU KEPELBAGAIAN AKTIVITI

Semua pihak termasuk daripada ibu
Terdapat 5 checkpoint yang berbeza.

bapa, guru-guru dan pentadbir
Para peserta akan bergerak ke setiap


memberikan sokongan yang padu
checkpoint yang telah ditentukan

kepada program ini. Pihak urus setia
mengikut unit masing-masing secara

telah menerima sebanyak 444 borang

kebenaran perkhemahan daripada
serentak. Aktiviti seperti ini belum

ibu bapa, malah selepas tarikh tutup,
pernah dilakukan dalam


masih terdapat murid yang ingin
perkhemahan yang pernah dijalankan

menyerahan borang kebenaran
sebelum ini.

perkhemahan tersebut.

DISIPLIN PESERTA KETEPATAN MASA

Pergerakan murid dari satu
Guru-guru dan semua peserta sangat

checkpoint ke satu checkpoint
komited melakukan tugasan

sewaktu aktiviti dijalankan adalah

mengikut jadual yang telah dirancang.

sangat kemas dan tersusun. Pelaksanaan aktiviti selama sejam di

setiap checkpoint adalah bersesuaian

dengan pengisian program yang telah

dirancang oleh guru-guru yang

menguruskan checkpoint tersebut.

MukMa suukraatsu1r2at 5

6.0 ISU PROGRAM

PERALATAN TIDAK CUKUP

Terdapat 6 buah khemah yang telah dikeluarkan pada hari kejadian. 6 buah

khemah ini adalah hasil daripada pemeriksaan guru yang terlibat. Namun begitu,


semasa hari kejadian khemah-khemah ini tidak dapat berfungsi dengan baik.

Hampir semua khemah yang dibuka mempunyai kerosakan terutama rod panjang.


Hanya 4 buah khemah yang boleh didirikan dengan jayanya walaupun secara

fizikalnya kurang sempurna

ISU MAKANAN

Makanan tengah hari murid tidak dapat disediakan tepat pada waktunya. Oleh

kerana itu, terdapat murid yang makan agak lewat tidak seperti yang telah

dijadualkan dalam buku program.

Terdapat masalah komunikasi dengan pembekal makanan yang menyebabkan

berlaku ketidakcukupan makanan untuk guru hinggakan ada guru yang tidak

dapat makan pada waktu tersebut.

MukMa suukraatsu1r3at 5

CUACA TIDAK MENENTU

Cuaca yang hujan selepas jam 1.00 petang telah sedikit sebanyak menyebabkan

aktiviti di Checkpoint 1 (Unit Uniform Pengakap) terjejas kerana aktiviti


pemasangan khemah tidak dapat dijalankan di kawasan yang sepatutnya. Aktiviti

ini akhirnya dibuat di kawasan berbumbung dan bersimen di Pintu E yang agak

sempit. Aktiviti di Checkpoint 2 (Unit TKRS) juga terpaksa berpindah ke foyer

disebabkan oleh faktor cuaca.

SERI PENTAS

Keadaan pentas yang suram dan gelap serta panas sewaktu Majlis Perasmian

Penutupan Perkhemahan juga perlu diambil kira. Lampu-lampu yang rosak perlu


diperbaiki segera manakala kipas juga perlu ditambah untuk memastikan

keselesaaan mereka yang terlibat sewaktu program-program yang bakal


dijalankan pada masa-masa akan datang.

Nota: Dapatan daripada Mesyuarat Post Mortem Perkhemahan Perdana pada 16 November 2022 (Selasa),

MukMa suukraatsu1r4at 5

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM

PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN
KANTIN

Pihak kantin perlu memastikan bilangan pekerja dan
juga peralatan yang disediakan mencukupi bagi
memastikan program dapat berjalan dengan lancar.

Di samping itu juga, AJK Makanan juga boleh
membantu bagi memastikan kelancaran urusan
makan dan minum peserta.

PEMBELIAN PERALATAN PERKHEMAHAN

Membuat pembelian khemah yang baharu kerana
khemah-khemah sedia ada banyak yang telah rosak
dan tidak dapat digunakan. Anggaran kos dan bajet
yang tinggi perlu disediakan untuk tujuan ini.

Elakkan pembelian peralatan yang kurang

digunakan sepanjang perkhemahan. Berbelanjalah

secara berhemah.

AKTIVITI PERKHEMAHAN DI LUAR

SEKOLAH

Pelaksanaan perkhemahan di luar kawasan sekolah
pastinya akan meninggalkan impak yang lebih
mendalam kepada peserta kerana mereka dapat
merasakan suasana sebenar aktiviti perkhemahan.

MukMa usukraast u1r5at 151

8.0 PENUTUP

Rata-rata peserta perkhemahan memberikan komen yang positif setelah
berakhirnya program perkhemahan ini. Semangat kerjasama yang
ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan aktiviti ini dapat
menjadikan program ini lebih lancar dan teratur. Justeru diharapkan agar
segala objektif yang telah diatur dan nilai-nilai murni yang cuba
diterapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan
seharian peserta dan pihak yang terlibat.
Semoga program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang
dalam usaha untuk melahirkan murid SK Taman Jasmin yang seimbang
dari aspek rohani, emosi, jasmani, intelek dan sahsiah.

MukMMauuskukaraasstuu1rr6aatt 11521

LAMPIRAN

MukMMauuskukaraasstuu1rr7aatt 115241

MukMa suukraatsu1r8at 5

MukMMausukukaraastsuu1rr8aatt156

MukMa suukraatsu1r9at 5

MukMa suukraats2ur0at 5

MukMa suukraatsu2ra1t 5

MukMa suukraats2ur2at 5

MukMa suukraatsu2r3at 5

MukMa suukraats2ur4at 5

MukMa suukraatsu2r5at 5

MukMa suukraats2ur6at 5

MukMa suukraatsu2r7at 5

MukMa suukraatsu2r8at 5

MukMa suukraats2ur9at 5

MukMa suukraats3ur0at 5

MukMa suukraatsu3ra1t 5

MukMa suukraatsu3r2at 5

MukMa suukraatsu3r3at 5

MukMa suukraatsu3r4at 5

MukMa suukraatsu3r5at 5

MukMa suukraatsu3r6at 5

MukMa suukraatsu3r7at 5

MukMa suukraatsu3r8at 5

MukMa suukraatsu3r9at 5

MukMa suukraats4ur0at 5

MukMa suukraatsu4ra1t 5

MukMa suukraats4ur2at 5

MukMa suukraatsu4r3at 5

MukMa suukraats4ur4at 5

MukMa suukraatsu4r5at 5

MukMa suukraats4ur6at 5

MukMa suukraatsu4r7at 5


Click to View FlipBook Version