KUMPULAN 49
PENGAKAP KANAK-KANAK
SK TAMAN JASMIN
LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA
Bintang pecah 14 melambangkan Anak panah pecah tiga
14 buah negeri di Malaysia. melambangkan persetiaan
pengakap
Dua bintang pecah 5 Anak bulan dan bintang
melambangkan 10 undang-undang melambangkan agama rasmi
pengakap. Malaysia iaitu agama Islam.
Ikatan buku sila melambangkan
persaudaraan pengakap.
LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA
KELOPAK SEBELAH KIRI KELOPAK TENGAH
Melambangkan perkhidmatan untuk Melambangkan tanggungjawab kepada tuhan
orang lain
KELOPAK SEBELAH KANAN
DUA BUTIR BINTANG PECAH LIMA
Ketaatan kepada undang-undang pengakap
Berwarna ungu pada kelopak kanan dan kiri
melambangkan undang-undang pengakap LINGKARAN TALI BERWARNA PUTIH
IKATAN PUTIH PADA KELOPAK Melambangkan kesatuan dan persaudaraan
pengakap sedunia
Melambangkan ikatan kekeluargaan di
kalangan ahli pengakap yang kukuh IKATAN BUKU SILA
WARNA PUTIH DAN UNGU Tidak mudah terurai apabila ditarik bermaksud
kekuatan dan perpaduan persaudaraan
Warna putih atau perak melambangkan kesucian pengakap sedunia
Warna ungu melambangkan perkhidmatan dan
kepimpinan
PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya, Kedudukan tangan semasa
saya berjanji dan bersetia, melafaz persetiaan
yang saya,
dengan seberapa daya upaya saya,
akan:-
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut Undang-undang Pengakap.
PERSETIAAN PENGAKAP
1. Pengakap ialah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap ialah seorang yang taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan
Raja-Raja, Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, ibu bapanya, majikannya serta orang-orang di bawahnya.
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang pada setiap masa.
4. Pengakap adalah bersaudara kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain Pengakap walau apa
pun negara, negeri, bangsa, pangkat dan agamanya.
5. Pengakap ialah seorang yang baik dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap adalah baik dan kasihkan binatang.
7. Pengakap ialah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya, atau
Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya tanpa persoalan.
8. Pengakap ialah seorang yang sentiasa sabar, tabah hati walaupun semasa kesusahan.
9. Pengakap sentiasa berjimat dan cermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
https://youtu.be/MS2vIL1kyWs
LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
HORMAT PENGAKAP
Hormat pengakap diberikan dalam keadaan berikut: Kedudukan tangan semasa
HORMAT PENGAKAP
1. Semasa menemui pengakap lain sama ada dari dalam dan
luar negeri sebagai tanda persaudaraan dan penghormatan.
2. Semasa menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap
dan ketua sekawan.
3. Semasa istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan
sebagainya.
4. Setelah selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri
dan bendera pengakap.
Cara hormat pengakap dilakukan adalah dengan membuat isyarat
pengakap dan dirapatkan hampir dengan kening mata kanan.
COGAN KATA PENGAKAP
‘Buat Sehabis Baik’
LAGU PENGAKAP
Kami Pengakap Malaysia Berbudi, bersaudara
Harapan nusa dan bangsa Taat, menurut perintah
Berikrar setia Kami bangga junjung cita-cita
Pada pertiwi tercinta Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita
Melatih generasi muda Pengakap, Pengakap Malaysia
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap https://youtu.be/Ug8NafGaW94
Teras dipegang bersama
Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP
● Pengakap bermula di England pada 1907 oleh Robert Stephenson Smyth Baden-Powell (BP).
● Di Tanah Melayu, pengakap bermula di Pulau Pinang pada 1908.
● Di Selangor, pengakap bermula di Victoria Institutional, Kuala Lumpur pada 1909.
● Frank C. Sands dikenali sebagai Bapa Pengakap Malaya dan Singapura.
● Dua tokoh penting Pengakap Selangor ialah:
● J.R. Kellam (Ketua Pengakap Selangor Pertama)
● Ameen Akbar (Timbalan Ketua Pengakap Selangor Pertama)
● Ibu pejabat Pengakap Malaysia dinamakan Rumah BP dan terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.
SEJARAH PENGASAS PENGAKAP
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powel
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan Bekas : Mejar Tentera British
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941
CERITA HUTAN
MOWGLI
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh
binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu
malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di
dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak mereka yang masih kecil sedang tidur dengan
nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.
Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara
unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga
serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ. Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya
hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak.
CERITA HUTAN
Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya
dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya
melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi. Bapa serigala menggonggong budak itu dan
membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak
takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua
Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli.
Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.
Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah(jackal),
yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain.
CERITA HUTAN
Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap
dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti. Bagaimanapun apabila
Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya,Bapa dan Ibu
Serigala menentang.Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat
melalui pintu gua. Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak
itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan
benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.
CERITA HUTAN
DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA
Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka
mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada
malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala
ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah
diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang
membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli,
sudah boleh berlari-lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa
anak-anak mereka ke Batu Sidang itu.
CERITA HUTAN
Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor
Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak
masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan. Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit
pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala
juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere
Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak
manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor
anak serigala yang sudah agak dewasa menyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli.
CERITA HUTAN
Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau
bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan.
"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun
anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian untuk
mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam
Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang
Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan
menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi
Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya.
CERITA HUTAN
Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba
bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala
boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan
disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan.
Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu
jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan
itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi
sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu
amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada
suatu hari kelak.
LAUNG AGUNG
Laung Agung merupakan:
1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.
2. Diamalkan di seluruh dunia.
3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK”
4. Untuk menghormati tetamu.
5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin.
Bila diadakan?
1. Setiap kali diadakan perjumpaan
2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.
ISTIADAT LAUNG AGUNG
1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia)
2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK mengelilingi AKELA sambil menyahut “P…E….K….”
3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan. Bila bulatan telah sempurna
PKK menjatuhkan tangan.
4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit.
5. AKELA merapatkan tangan ke paha>>
a) PKK mencangkung.
b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah.
c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> ‘A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK.
d) Selepas sebutan “BAIK” PKK bangun dalam keadaan sedia.
ISTIADAT LAUNG AGUNG
6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata:- ‘KAMU BUAT HABIS BAIK’
7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab ‘KAMI BUAT HABIS BAIK’
8. AKELA membalas hormat PKK.
9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.