The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-38327870, 2021-09-24 12:35:30

NOTA: LENCANA PENUNGGANG BASIKAL

LENCANA PENUNGGANG BASIKAL

LENCANA WAJIB
PENUNGGANG BASIKAL

UNIT BERUNIFORM PENGAKAP KANAK-KANAK

UNDANG-UNDANG JALAN RAYA SEMASA BERBASIKAL

1. Menunggang basikal di jalan raya, MESTI mematuhi undang-undang lalu
lintas, tanda-tanda dan isyarat trafik.

2. JANGAN menunggang arah yang bertentangan dengan arah lalu lintas. Ia
berbahaya dan menyalahi undang-undang.

3. Ketika menunggang basikal anda di kaki lima anda mesti patuhi semua papan
tanda dan isyarat pejalan kaki.

4. Apabila menghampiri pejalan kaki dari belakang, perlahan dan memberi
isyarat yang boleh didengar memberi amaran kepada mereka kehadiran anda
sebelum melintasi mereka.

PERATURAN SEMASA MENUNGGANG BASIKAL

1. Pastikan basikal dalam keadaan yang baik dan selamat.
2. Pakai topi keselamatan dengan cara yang betul dan bersesuaian dengan saiz

kepala.
3. Pakai kasut yang sesuai.
4. Elakkan daripada memakai seluar yang besar dan labuh bahagian bawah.
5. Guna isyarat tangan yang betul.
6. Pastikan tiada kenderaan di kiri dan kanan sebelum menukar haluan.
7. Elakkan daripada menunggang basikal semasa hujan.
8. Gunakan jaket pemantul cahaya pada waktu malam.
9. Patuhi peraturan dan papan tanda isyarat jalan raya.
10. Jangan bersaing atau berlumba semasa menunggang basikal.

CARA MEMAKAI TOPI KELEDAR
YANG BETUL

ISYARAT TANGAN SEMASA MENUNGGANG
BASIKAL

Belok kiri Berhenti Belok kanan Perlahan

PERKARA YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN SEMASA BERBASIKAL

● Basikal tidak sempurna - misalnya brek, lampu, dan sebagainya, tidak boleh
berfungsi.

● Tidak memberi isyarat - semasa memulakan tunggangan, sewaktu membelok
atau memberhenti basikal.

● Membawa penumpang - yang mengganggu imbangan.
● Jarak yang tidak sesuai antara penunggang - terlalu dekat
● Jalan raya yang sibuk dan sempit.
● Membawa haiwan.
● Bergurau atau bercakap-cakap.
● Memotong atau melintasi celah-celah kenderaan lain.
● Saiz basikal tidak sesuai.
● Pemegang (hendal) dan tempat duduknya tidak sesuai.

Pelana BAHAGIAN BASIKAL

Hendal

Brek

Jejari

Rantai

Rim

Tiub

Engkol Pedal

PENJAGAAN BASIKAL

1. Rantai basikal selalu di minyak agar mudah bergerak.
2. Gunakan spanar atau peralatan yang sesuai dengan ukuran betul untuk

membuka atau mengetatkan bolt dan nat bagi mengelakkan ia cepat rosak.
3. Pastikan basikal sentiasa dibersihkan terutama di bahagian brek untuk

mengelakkannya daripada berbunyi dan kurang cengkaman.
4. Periksa tekanan angin tayar bagi memastikan keselamatan terjamin.
5. Tayar yang botak akan menyebabkan penunggang tergelincir apabila melalui

jalan basah kerana kurang cengkaman.
6. Pastikan pelana duduk selaras dengan pemegang ‘Handle’ dan

ketinggian penunggang supaya anda tidak mengalami masalah sakit pinggang
ketika menunggang.

LANGKAH-LANGKAH MEMBAIKI TAYAR BOCOR

123

Longgarkan nat roda dan Longgarkan nat injap dan Keluarkan tayar dan tiub daripada
keluarkan injap. rim dengan menggunakan
tanggalkannya. Kemudian, pengumpil tayar.
5
keluarkan roda yang tiubnya bocor. 6
Kenal pasti dan tandakan bahagian
4 yang bocor. Keluarkan semua Keringkan dan bersihkan bahagian
udara. tiub yang bocor dengan kain reja.
Pam udara ke dalam tiub
secukupnya. Kemudian, rendam
tiub di dalam bekas yang berisi air
untuk mengenal pasti bahagian
yang bocor.

LANGKAH-LANGKAH MEMBAIKI TAYAR BOCOR 9

78

Sediakan getah penampal siap Pamkan udara secukupnya ke Pamkan udara secukupnya ke
guna. Tanggalkan salutnya dan dalam tiub. Kemudian, rendam tiub dalam tiub. Kemudian, rendam tiub
lekatkan getah penampal pada di dalam bekas yang berisi air di dalam bekas yang berisi air
bahagian yang bocor. Biarkan untuk menguji tampalan yang telah untuk menguji tampalan yang telah
getah penampal mengering. dibuat. dibuat.

TIPS KESELAMATAN Gunakan pengumpil tayar dengan
cermat semasa mengeluarkan atau
memasang tayar. Pengumpil yang
digunakan secara kasar akan
merosakkan tayar, tiub dan rim.

PAPAN TANDA JALAN RAYA

PAPAN TANDA JALAN RAYA

PAPAN TANDA JALAN RAYA

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version