The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-38327870, 2022-07-12 01:41:39

POKOK BUNGA MISTERI

POKOK BUNGA MISTERI

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK ms 1
[email protected]

Syarihah suka pada bunga. Dia selalu menolong ibunya
menanam bunga. Dia juga sudah menanam beberapa
batang pokok bunganya sendiri.

Setiap petang, Syarihah selalu menolong ibunya
menyiram pokok bunga.

"Ibu, tengoklah pokok bunga ros saya! Bunganya sudah
berkembang. Baunya sangat harum," Syarihah memberitahu
ibunya. Dia sangat gembira.

"Ya, bunga ros itu sangat cantik," ujar ibunya.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK ms 2
[email protected]

Pada suatu hari, bapa Syarihah memberikan beberapa
biji benih kepada Syarihah.

"Ini benih pokok bunga apa?" Syarihah ingin tahu.
"Cubalah tanam dahulu," kata bapanya.

Syarihah menanam biji benih itu. Setiap hari, dia menyiram
biji benih itu.

Akhirnya, biji benih itu bertunas. Tidak lama kemudian,
pokok itu tumbuh melilit pagar. Semakin hari semakin
panjang pokok itu menjalar di atas pagar.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK ms 3
[email protected]

Syarihah berasa hairan. Dia bertanya kepada bapanya,
"Ayah, apakah jenis pokok bunga itu?"

"Tunggulah sehingga pokok itu berbunga," jawab
bapanya.

Lama-kelamaan, pokok itu mengeluarkan banyak bunga.

Syarihah berasa sangat hairan. Dia belum pernah
melihat pokok bunga seperti itu.

"Ayah, pokok bunga itu tidak cantik. Bunganya banyak
tetapi tidak berbau," Syarihah memberitahu bapanya.

Bapanya ketawa.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK ms 4
[email protected]

Pada suatu hari, Syarihah sangat terkejut melihat
pokok itu. Pokok itu rupa-rupanya bukanlah pokok bunga.
Dia menjerit-jerit memanggil bapa dan ibunya.

"Ayah, pokok ini bukan pokok bunga! Pokok ini ialah
pokok kacang panjang," kata Syarihah.

Syarihah sangat gembira. Bapa dan ibunya turut
tersenyum.

"Nanti kita boleh makan sayur kacang panjang," kata
Syarihah.

Bapa dan ibunya tertawa.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK ms 5
[email protected]


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Refleks
Next Book
KATAK PURU DENGAN LEMBU