Seni Ragam Hias Pengangkutan, Alat Permainan Rakyat dan Alat Domestik Nick Norman Gima anak Japok PP2212035T
Seni Ragam Hias •Seni ragam hias atau Ornamen ialah hiasan dalam seni kraf atau karya seni •Boleh diolah supaya bentuknya menjadi seni ragam •Biasanya khas untuk suatu unit budaya pada masa tertentu
Contoh Seni Ragam Hias Pua Kumbu Kain ini yang ditenun dalam kalangan kaum wanita Dayak dipercayai suci dan ia digunakan dalam upacara dan peristiwa penting termasuk kelahiran anak, sampai usia, menerima barangan penting kepada rumah panjang, dan bagi tabir mayat yang diletakkan di rumah panjang sebelum pengebumian
Contoh Seni Ragam Hias Ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya
Contoh Seni Ragam Hias Ukiran Tembaga Ukiran tembaga merah atau 'copper tooling' adalah salah satu cabang seni kraf yang diminati ramai kerana keunikan dan kehalusan cara pembuatannya. Seni ini dikatakan berasal dari Parsi sebelum di bawa ke Turki. Malah, ia dihasilkan untuk menghiasi dinding di masjid Turki. Dikatakan seni ini kemudiannya berkembang ke India sebelum tiba di Tanah Melayu menerusi aktiviti perdagangan antara pedagang India dengan Kerajaan Melayu Melaka
Motif Seni Ragam Hias Diambil daripada motif flora, fauna, geometri, awan larat dan figurative. Fokus seni ragam hias adalah menjurus kepada pengangkutan, alat permainan rakyat, dan alat domestik
Seni Ragam Hias Pengangkutan Pengangkutan yang sering dikaitkan dengan seni ragam hias pengangkutan ialah pengangkutan tradisional seperti beca, kereta lembu dan perahu. Fungsi seni ragam hias ini adalah untuk memaparkan nilai estetik dan menarik perhatian
Contoh Seni Ragam Hias Pengangkutan Beca . Beca di Malaysia, dalam rekod bertulis, bermula di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Beca ini mempunyai pengayuh disebelah sisi penumpang. Terdapat juga model beca dengan pengayuh di belakang atau di hadapan penumpang. Bumbung juga dipasang bagi memberi teduhan kepada penumpang. Seni ragam hias yang ada pada beca adalah di bahagaian kisi-kisi, Tempat duduk penumpang atau bawah letak kaki
Contoh Seni Ragam Hias Pengangkutan Kereta Lembu Kereta lembu yang ditarik oleh seekor lembu lebih kebiasaannya digunakan bagi mengangkut barangan. Rangka kereta dipasang pada lembu penarik dengan menggunakan rantai khas yang diikat pada kayu gandar. Akan tetapi, tali biasa sahaja boleh juga digunakan untuk seekor atau dua lembu. Pemandu dan pengiring barangan akan duduk di hadapan, dan beban dimuatkan di belakang. Seni ragam hias yang ada pada beca adalah di bahagaian kisi-kisi,tempat duduk penumpang atau bawah letak kaki
Contoh Seni Ragam Hias Pengangkutan Perahu Tradisional Perahu tradisional ini bukan sahaja digunakan untuk menangkap ikan tetapi juga berfungsi sebagai pengangkutan air untuk membawa penumpang sebagai pertunjukan pada hari kebesaran sultan atau raja-raja. Komponen perahu Seperti badan, bangan, okok, dan caping biasanya Dihiasi dengan seni ragam hias yang bermotifkan Flora dan fauna.
Seni Ragam Hias Alat Permainan Rakyat Alat permainan rakyat juga dikenali sebagai permainan tradisional. Alat permainan rakyat ini juga mempunyai motif-motif tertentu. Contoh permainan rakyat yang terkenal ialah wau, gasing, dan congkak
Contoh Seni Ragam Hias Alat Permainan Rakyat Wau Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.. Motif Flora dan awan larat Digunakan dalam permainan rakyat ini.
Contoh Seni Ragam Hias Alat Permainan Rakyat Gasing Gasing merupakan permainan tradisional orangorang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. Seni ragam hias terdapat pada bahu gasing yang menggunakan motif flora.
Contoh Seni Ragam Hias Alat Permainan Rakyat Congkak Sejenis permainan tradisional masyarakat Melayu yang sering dimainkan ketika masa lapang. Selalunya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.Seni ragam hias di congkak terdapat pada badan, kepala, ekor dan lubang papan congkakyang bermotifkan awan larat dan flora
Seni Ragam Hias Alat Domestik Alat domestic biasanya berkaitan dengan keperluan harian terutamanya di rumah. Alat –alat sepewrti rehal, kukuran, acuan putu, jebak puyuh, bakul dan nyiru adalah contoh alat domestic tradisional yang mempunyai seni ragam hias tertentu.
Contoh Seni Ragam Hias Alat Domestik Rehal Sejenis papan bersilang yang direka untuk meletakkan al-Quran. Rehal mempunyai ukiran dan seni ragam hias dengan motif seperti flora, geometri dan kaligrafi
Contoh Seni Ragam Hias Alat Domestik Kukuran Sejenis alat yang mempunyai mata yang Bergerigi yang digunakan untuk mengukur, Menggerak dan mengikis isi kelapa. Seni ragam Hias terdapat pada bahagian badan yang Bermotifkan flora dan fauna serta awan larat.
Contoh Seni Ragam Hias Alat Domestik Acuan Putu Sejenis alat yang digunakan untuk membuat kuih Putu kacang. Seni ragam hias yang selalu digunakan ialah motif bunga atau daun. Kepelbagaian seni ragam hias pada dasar acuan akan menghasilkan pelbagai bentuk kuih putu
Contoh Seni Ragam Hias Alat Domestik Jebak Puyuh Digunakan untuk memerangkap burung puyuh. Alat ini mempunyai pelbagai jenis seni ragam hias Seperti dihiasi dengan motif flora yang membentuk Sulur bayung di atas gunungan dan lingkungan Yang kompleks serta bermotifkan teknik tebuk tembus bersilat
Tokoh Yang Menggunakan Seni Ragam Halus Hasni bin Ali - TukangUlung perahu tradisional - Lahir pada 1946 di Terengganu - Menghasilkan pelbagai jenis perahu seperti, - Perahu Sekoci, Perahu Payang dan Perah Kolek - Perahu dihasilkan kaya dengan nilai-nilai - Tradisional Melayu
Tokoh Yang Menggunakan Seni Ragam Halus Shafie bin Jusoh -Adiguru Wau tradisional - Lahir pada 1947 di Kelantan - Keunikan wau yang dihasilkan adalah badan - Wau berbentuk bulat dan seimbang - Dilantik menjadi duta Syarikat Penerbangan - Malaysia (MAS) - Sering dijemput membuat demostrasi di - Luar negara
Latihan Penilaian Jelaskan Jenis Dan Fungsi A) Seni Ragam Hias Pengangkutan Di Malaysia B) Seni Ragam Hias Alat Permainan Rakyat Di Malaysia C) Seni Ragam Hias Alat Domestik Di Malaysia Hasil Pembelajaran Pelajar dapat menjelaskan jenis dan fungsi seni ragam hias pengangkutan, seni ragam hias alat permainan rakyat dan seni ragam hias alat domestik di Malaysia dalam bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual
Sekian, Terima Kasih