BMMB1134 - KETERAMPILAN BERBAHASA
TUGASAN 3
PENGHASILAN
PRODUK
NAMA : SHARIFAH NAZIA BINTI ZAINAL ABIDIN
KUMPULAN : PPISMP BMSK4
APA ITU KOMUNIKASI ?
Umum mengetahui bahawa komunikasi merupakan suatu keperluan yang amat penting dalam
kehidupan seharian manusia untuk kekal berinteraksi antara satu sama lain. Komunikasi dapat
didefinisikan sebagai satu proses pertukaran maklumat, perasaan, idea dan fikiran yang berlaku
antara seseorang individu kepada individu yang lain dan kadang-kala melibatkan kumpulan yang
ramai. Proses komunikasi ini terbahagi kepada dua, iaitu verbal dan non verbal. Komunikasi verbal
ialah komunikasi yang disampaikan secara lisan atau bertulis manakala komunikasi non verbal ialah
komunikasi yang disampaikan melalui gerakan atau isyarat. Komunikasi juga boleh dilakukan dalam
pelbagai saluran supaya maklumat yang hendak disampaikan dapat diterima oleh penerima
dengan membawa makna yang sama. Setiap individu haruslah menguasai kemahiran berkomunikasi
dengan baik. Hal ini wajar supaya seseorang itu dapat menyampaikan idea, dan maklumat kepada
orang lain disamping menjadi agen kepada perhubungan sesama manusia. Oleh itu, komunikasi
amat memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia kerana ianya memberi banyak
manfaat kepada masyarakat dalam pelbagai perkara dalam kehidupan seharian.
DEFINISI Umum mengetahui bahawa bahasa merupakan suatu
KETERAMPILAN elemen yang amat penting dalam semua aspek
BERBAHASA ? kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Bahasa
yang kita gunakan haruslah berketerampilan agar dapat
meningkatkan kualiti komunikasi dengan baiknya
khususnya dari segi tatabahasa dan kemahiran bahasa.
Daam konteks ini, keterampilan berbahasa adalah
kemampuan dan kecekapan dalam menggunakan bahasa
yang merangkumi aspek mendengar atau menyimak,
berbicara, membaca, dan menulis. Keterampilan
berbahasa terbahagi kepada dua, iaitu lisan dan bertulis.
Ia amat penting untuk dikuasai oleh setiap orang agar
dapat terus berhubung dengan orang lain terutamanya
dalam menyampaikan idea dan maklumat, bertukar
pendapat, meluahkan perasaan dan menerima pendapat
dan maklumat yang disampaikan oleh orang lain.
HALANGAN-HALANGAN
DALAM KETERAMPILAN
BERBAHASA
HALANGAN PERSEKITARAN
Keadaan persekitaran yang tidak selesa seperti bising dan persekitaran yang kotor dan
gelap akan menyebabkan komunikasi antara pengucap dan pendengar terjejas.
komunikasi yang jauh dan sebagainya. Hal ini demikian kerana suasana yang terlalu
bising dan keadaan persekitaran yang tidak selesa di kawasan tersebut akan
mengganggu proses komunikasi. Apabila berlakunya bunyi bising yang kuat, pendengar
tidak dapat mendengar dengan jelas tentang apa yang disampaikan oleh pengucap. Hal
ini mengakibatkan pendengar merasa terganggu dan tidak dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya kepada pengucap. Selain itu, persekitaran yang kotor dan gelap akan
menyebabkan pendengar merasa tidak selesa. Bahkan, pengucap juga tidak dapat fokus
untuk berucap akibat persekitaran yang kotor dan gelap itu. Secara tidak langsung,
Wujudnya komunikasi yang kurang berkesan antara pendengar dan pengucap.
HALANGAN PSIKOLOGI
Halangan psikologi merupakan gangguan dalaman yang berpunca daripada pengucap
ittu sendiri. Sebagai contoh, gementar, risau, takut, malu dan sebagainya. Apabila
pengucap berasa malu dan gementar, maka pengucap tidak dapat mengeluarkan
sebarang idea untuk berkomunikasi. Bahkan, perasaan bimbang dan takut dengan orang
lain juga menyebabkan penyampaian maklumat tersebut tidak sampai kepada penerima.
HALANGAN SIKAP PENYAMPAI
Halangan komunikasi juga berpunca daripada sikap penyampai. Sikap penyampai yang
suka mengarah, memberi amaran, mengancam dan sebagainya akan mewujudkan
hubungan yang negatif antara pendengar dan penyampai. Sebagai contoh, sikap majikan
yang suka marah dalam memberi memberi arahan dengan sesuka hati terhadap pekerja
bawahannya akan menimbulkan impak negatif kepada pendengar. Hal ini mengakibatkan
pekerja merasa kecil hati, takut sehingga mereka kurang berminat untuk menerima dan
melaksanakan arahan yang diberikan.
HALANGAN BAHASA
Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu halangan
komunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa yang berbeza
akan menimbulkan masalah dalam interaksi seseorang dengan orang lain. Apabila
penyampai menggunakan dialek yang kurang jelas dan laras bahasa yang berbeza, maka
hubungan komunkasi anatar penyampai dan pendengar akan menjadi renggang.
Kesannya, pendengar tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh
penyampai itu.
ISU-ISU
DALAM KETERAMPILAN
BERBAHASA
ISU BAHASA :
Pada era globalisasi dunia tanpa sempadan ini, penggunaan bahasa
yang bercampur sering kali digunakan oleh masyarakat di Malaysia.
Sebagai contoh, bahasa rojak dan percampuran kod yang
melibatkan percampuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Isu
bahasa ini mudah dilihat dengan jelas dalam media sosial seperti
“Facebook”, “Whatsapp”, “Instagram” dan sebagainya. Lazimnya,
penggunaan bahasa yang bercampur ini akan menyebabkan suatu
maklumat yang disampaikan itu kurang jelas dan tidak difahami.
Secara tidak langsung, pendengar juga akan berada dalam
kebingungan sehingga dapat menimbulkan salah faham berkenaan
maklumat yang disampaikan itu.
ISU MEDIA SOSIAL
Perkembangan teknologi komunikasi telah membuat
manusia beralih arah daripada berkomunikasi secara
tradisional kepadakomunikasi maya. Ramai orang yang
seakan selesa berkomunikasi menggunakan bahasa yang
kurang sopan dan tidak berhemah di di media sosial. Hal
ini telah menjadi kebiasaan masyarakat kini sehingga
ianya telah menjadi trend komunikasi masa kini.
Komunikasi santai yang menggunakan bahasa tidak sopan
dan mencarut ini amatlah mempengaruhi orang yang
mendengarnya kerana ianya memberi impak negatif
kepada pendengar. Berdasarkan perkara ini, pendengar
akan terasa hati dan tidak dapat menerima apa yang ingin
disampaikan oleh penyampai.
PENUTUP
Kesimpulannya, halangan-halangan dalam komunikasi tersebut akan menjadi racun
pemusnah yang mampu merosakkan suatu perhubungan yang baik sekiranya tidak
diatasidengan segera. Oleh itu, seseorang individu atau kelompok tersebut mestilah
sentiasa cakna terhadap halangan komunikasi yang mungkin berlaku agar dapat
mengelakkan daripada melakukan perkara yang akan merosakkan matlamat dan
objektif sesuatu dalam komunikasi. Komunikasi yang baik ialah komunikasi yang
memenuhi semua fungsinya, oleh itu penutur dan pendengar haruslah sama-sama
berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan dalam komunikasi di tempat kerja agar
dapat bekerja dalam suasana yang aman dan harmoni.
RUJUKAN
SEKIAN
DAN
TERIMA KASIH