The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aleeyaismail33, 2021-10-04 00:31:24

laporan kajian kes tingkatan 2

Aleeya binti Ismail JP201064

MRSM TUN DR ISMAIL, PONTIAN
KAJIAN KES SEJARAH
TINGKATAN 2
TAHUN 2021

NAMA : ALEEYA BINTI ISMAIL

KAD PENGENALAN : 070622010216

TINGKATAN : 2 SHEFFIELD

PENYATAAN MASALAH :

DIMENSI PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAAN SKOR
MENGUMPUL MAKLUMAT
MERANCANG
MENGAPLIKASI
MEMBUAT REFLEKSI
BERKOMUNIKASI
ETIKA DAN KEROHANIAN
KESELURUHAN

PERAKUAN MURID

Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil krja saya sendiri, melainkan petikan grafik dan gambar rajah yang
dinyatakan sumbernya.

PERAKUAN GURU : PERAKUAN TPKA :

TANDATANGAN :…………………………………………. TANDATANGAN : …………………………………….
TARIKH : / / 2021 TARIKH : …………………………………….

1

Tema : Warisan Kerajaan Melayu
Tajuk : Kesultanan Melayu Melaka

BIL TARIKH/ PERKARA T.TANGAN
HARI GURU

1. 20/9/2021 Menerima taklimat dari Encik Fauzi selaku guru sejarah
Isnin kelas 2 Sheffield dan 2 Yale menerusi Google Meet

2. 20/9/2021 Menulis penghargaan, objek kajian dan kaedah kajian
di dalam laporan.

3. 21/9/2021 Mencari dan membuat kajian literatur melalui sumber
internet.

4. 22/9/2021 Menulis pengenalan dan perkembangan idea

5. 23/9/2021 Menulis kesimpulan

6. 24/9/2021 Menulis sumber kajian ( rujukan dan gambar )

7. 3/10/2021 Menyemak laporan kajian kes dan menghantar

2

1.1 Penghargaan
Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah membantu
dan memberi kerjasama yang ternilai untuk saya menyiapkan tugasan kajian Sejarah. Terlebih dahulu,
saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah membantu saya menyiapkan kerja kursus pada masa yang
telah ditetapkan. Saya juga ingin berterima kasih kepada guru pelajaran Sejarah, Encik Fauzi. Beliau
telah memberikan panduan, bimbingan dan nasihat yang sungguh berguna semasa saya melakukan
tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang banyak
membantu dan memberikan pendapat yang bernas ketika tugasan ini dilakukan. Akhir sekali, saya
ucapkan terima kasih kepada rakan – rakan saya yang memberi tunjuk ajar kepada saya.
1.2 Objektif Kajian
A. Mengkaji kronologi Istiadat Pertabalan Diraja Negeri Sembilan.
B. Mencari sebab adat pertabalan Diraja perlu dipertahankan.
c. Menyenaraikan adat istiadat diraja yang masih diamalkan hari ini.
1.3 Kaedah kajian
Dalam proses menyiapkan kajian ini dengan berdasarkan tajuk, saya telah merujuk pelbagai sumber
rujukan seperti internet dan buku teks.

3

2. Tajuk tugasan : Adat pertabalan raja-raja Melayu

2.1 Pengenalan

- Jelaskan maksud adat istiadat Diraja.

Adat bermaksud peraturan yang lazim diamalkan oleh masyarakat Melayu lama dahulu hingga menjadi
cara hidup, maka diangkat menjadi adat. Istiadat pula bermaksud peraturan atau cara untuk melakukan
sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, atau resam. Manakala adat istiadat pula ialah
protokol, peraturan, upacara dalam sesuatu majlis. Ia boleh mengubah adat sedia ada, mengikut
kesesuaian dan sesuatu tujuan seperti untuk memudahkan membezakan taraf dan pangkat seperti Sultan,
pembesar dan rakyat dalam sesuatu majlis. Walau bagaimanapun sebahagian adat tidak boleh digunakan
oleh rakyat biasa dan dalam kehidupan seharian.

- Senaraikan adat istiadat diraja yang masih diamalkan hari ini.

Adat istiadat diraja yang masih diamalkan hari ini ialah adat keputeraan, adat perkahwinan dan istiadat
pemakaman. Antara adat keputeraan ialah melenggang perut, bayi didengarkan azan sebaik sahaja
dilahirkan, bercukur dan berendoi. Selain itu, adat perkahwinan pula ialah merisik, meminang, bertunang,
berinai besar, khatam al-Quran, bernikah, bersanding dan bertepung tawar, santap beradab dan bersiram
di atas panca persada. Akhir sekali, istiadat pemakaman ialah tempoh berkabungan bergantung pada
pihak istana, pihak istana memberikan sedekah kepada rakyat dalam tempoh perkabungan, usungan
disediakan untuk mengangkat jenazah ke tempat pemakaman dikenali sebagai Seraja Diraja dan setelah
jenazah dimakamkan nobat tidak akan dimainkan untuk tempoh tertentu.

2.2 Perkembangan Idea

- Huraikan faktor berlakunya pertabalan seseorang raja

Antara faktor berlakunya pertabalan seorang raja ialah penukaran raja setiap 5 tahun dan kemangkatan
raja yang terdahulu.

- Jelaskan kronologi Istiadat Pertabalan Diraja Negeri Sembilan

Pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 Tuanku Muhriz ibni Tuanku Munawir pada 22-
28 Oktober 2009 dijalankan dengan penuh adat istiadat di Balairong SeriIstana Besar Seri Menanti, Seri
Menanti,Negeri Sembilan,Malaysia. Pada 29 Disember 2008, istiadat permasyhuran Tuanku Muhriz
sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11berikutan kemangkatan Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan ke-10 Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 27 Disember 2008.
Pada 22 Februari 2009, istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Besar Seri Menanti (Tunku Ali
Redhauddin) iaitu Putera Empat. Pada 14 April 2009, Istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan
Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Pada 22
Oktober 2009, alat-alat kebesaran dipasang di halaman Istana Besar Seri Menanti oleh Pegawai 99 yang
diketuai oleh Datuk Seri Amar Diraja. Antaranya ialah lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak
berambu, lapan bilah keris panjang, lapan bilah pedang panjang dan lapan tonggol (panji-panji) kuning,

4

hitam dan merah. Alat-alat kebesaran ini akan kekal terpasang di halaman Istana Besar Seri Menanti
selama tujuh hari sehingga istiadat menyimpan alat-alat kebesaran dilakukan pada 28 Oktober 2009.
- Kesan peristiwa pertabalan tersebut kepada diri, mayarakat dan negara.
Kesan peristiwa pertabalan tersebut kepada diri kita ialah kita dapat mengukuhkan kesetiaan kepada
sistem yang telah lama diamalkan, iaitu sistem Raja Berpelembagaan. Seterusnya, kesan peristiwa
pertabalan tersebut kepada masyarakat ialah masyarakat akan hidup bersatu padu dan patuh akan perintah
raja. Akhir sekali, kesan peristiwa pertabalan tersebut pada negara pula ialah menunjukkan bahawa
negara kita mempunyai istiadat tersendiri berbanding negara lain sehingga beberapa perkara kecil pun
turut dipandang tinggi.
- Sebab adat pertabalan Diraja perlu dipertahankan.

Adat pertabalan Diraja perlu dipertahankan kerana membuktikan bahawa Malaysia mempunyai teras
tamadun tersendiri serta peradaban yang tinggi. Kewujudan adat dan istiadat pertabalan raja ini
menunjukkan bahawa negeri-negeri Melayu yang membentuk Malaysia mempunyai sistem kerajaan yang
mengangkat Sultan sebagai ketua dan tradisi ini diamalkan sejak dahulu lagi.

Selain itu, adat pertabalan Diraja perlu dipertahankan kerana sebagai tanda lambang kedudukan Raja
sebagai pemerintah tertinggi negaara. Adat dan Istiadat ini tidak diguna pakai kepada pemimpin lain iaitu
raja-raja negeri atau gabenor. Oleh itu, sebagai kedudukan yang tertinggi seperti yang tertera dalam
perlembagaan, mestilah ada adat istiadat yang bersesuaian dengan kedudukan itu untuk membezakan raja
dengan raja (negeri) dan jawatan yang lain.

- Langkah dan cabaran untuk mempertahan institusi raja.
Antara cabaran-cabaran untuk mempertahankan institusi raja ialah masyarakat mula mempertikaikan
peranan dan kedaulatan raja-raja secara terang-terangan dan ancaman daripada pihak yang tidak
bertanggungjawab untuk membubarkan Institusi Raja di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat
langkah-langkah yang telah dilakukan seperti kegiatan pengrekodan maklumat tentang Institusi Raja
di Malaysia melalui penulisan buku-buku serta aktiviti-aktiviti penyelidikan, penubuhan Pusat Kajian
Institusi Raja Malaysia (PKIRM). PKIRM ditubuhkan untuk melakukan kajian hal ehwal Institusi Raja
dan didokumenkan sebagai satu khazanah Negara. Dengan pengumpalan data yang mencukupi segala
kajian akan dikumpulkan menjadi bahan bacaan yang boleh dijadikan sebagai sumber ilmu bagi
masyarakat.

5

2.3 Kesimpulan
- Pengetahuan yang diperolehi daripada kajian.
Saya mendapat pengetahuan tentang kronologi Istiadat Pertabalan Diraja Negeri Sembilan, sebab adat
pertabalan Diraja perlu dipertahankan dan adat istiadat diraja yang masih diamalkan hari ini.
- Nilai-nilai murni dan iktibar yang diperolehi daripada kajian.
Kita hendaklah sentiasa bersyukur kerana adanya adat dan istiadat ini di negara kita. Oleh itu, kita
mestilah berusaha untuk meneruskan adat-adat ini.
- Harapan daripada peristiwa pertabalan untuk masa depan negara.
Saya berharap pada masa hadapan masyarakat tidak akan melupakan segala adat dan istiadat pertabalan
diraja ini kerana ianya merupakan simbol perlembagaan di negara kita.

6

3. Sumber Rujukan
Laman Sesawang
- D.Z. (2019, May 30). Adat dan Adat Istiadat Adalah Dua Perkara Yang Berbeza. Blogspot.
https://destarmelayu.blogspot.com/2019/05/adat-dan-adat-istiadat-adalah-dua.html
- BERNAMA. (2009, October 26). Tuanku Muhriz ditabal Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-
11. Https://Www.Mstar.Com.My/Lokal/Semasa/2009/10/26/Tuanku-Muhriz-Ditabal-Yang-Dipertuan-
Besar-Negeri-Sembilan-Ke11. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2009/10/26/tuanku-muhriz-
ditabal-yang-dipertuan-besar-negeri-sembilan-ke11
- Ahmad Razali, R., & Mamat, S. B. (2017, April 21). Istiadat pertabalan Agong julang sistem Raja
Berpelembagaan. Bharian. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2017/04/274146/istiadat-
pertabalan-agong-julang-sistem-raja-berpelembagaan
- My News Hub. (2017, April 20). Istiadat Pertabalan Agong : Memelihara Tertib & Makna.
Https://Www.Mynewshub.Tv/Utama-Sensasi/Istiadat-Pertabalan-Agong-Memelihara-Tertib-Makna/.
https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/istiadat-pertabalan-agong-memelihara-tertib-makna/
- H.K., Hassan, H., Adam, R., Zulkifli, N. S., Ismail, A., & Sarji, A. (2013, June). Peranan IPT Dalam
Memartabat dan Memperkasakan Institusi Raja Di Malaysia.
Https://Www.Researchgate.Net/Publication/258446845_Peranan_IPT_Dalam_Memartabat_dan_Memper
kasakan_Institusi_Raja_Di_Malaysia.
https://www.researchgate.net/publication/258446845_Peranan_IPT_Dalam_Memartabat_dan_Memperka
sakan_Institusi_Raja_Di_Malaysia

7


Click to View FlipBook Version