The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bryan09-965, 2021-03-21 10:46:12

ESEI 2: PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN PEMBANGUNAN KERJAYA

ESEI 2 PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 8)

ASAS KEPEMIMPINAN
(EDUP3083)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: BRYAN CHEW CHING GEE

NO. KAD 980831-01-7505
PENGENALAN: 2017192340150
ANGKA GILIRAN: PISMP C9 AMBILAN JUN 2017
BAHASA MELAYU (SK)
KUMPULAN: TUAN HAJI OMAR BIN CHEK MAN

NAMA ESEI 2:
PENSYARAH PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN PEMBANGUNAN KERJAYA
AKADEMIK:
20 MAC 2021
TAJUK TUGASAN
PROJEK:

TARIKH
SERAHAN:

TARIKH
MENERIMA
MAKLUM BALAS:

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
i
PERKARA ii
SENARAI KANDUNGAN 1
PENGHARGAAN 1
1.0 PENGENALAN 2
2.0 KONSEP GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN 3
3.0 PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN PEMBANGUNAN KERJAYA 4
4
3.1 PELAKSANA 5
3.2 PENGGERAK 6
3.3 PEMBIMBING DAN MENTOR 7
3.4 PENERAJU PERUBAHAN 7
3.5 PEMIKIR STRATEGIK 8
3.6 PEMIKIR HOLISTIK
4.0 RUMUSAN
RUJUKAN

i

PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Tuhan kerana dengan izinNya jua, dapatlah saya menyempurnakan tugasan
kerja kursus ini berdasarkan tajuk yang telah diberikan. Saya juga ingin merakamkan jutaan
terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah memberi dorongan dan perangsang
kepada saya dalam menyelesaikan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada pensyarah Tuan Haji Omar bin Chek Man yang telah
membimbing saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih yang tidak
terhingga juga saya ucapkan kepada pihak IPG Kampus Bahasa Melayu kerana telah
memberi ruang yang amat selesa untuk saya meneruskan pengajian ini. Tidak lupa juga
kepada Pengarah IPGKBM serta semua pensyarah yang telah membimbing serta memberi
suntikan semangat tanpa jemu untuk saya terus berusaha dalam bidang pendidikan.

Akhir sekali ucapan ini khas didedikasikan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
dorongan serta kerjasama dalam usaha kami menyempurnakan tugasan ini. Semoga tugasan
ini memberi satu manfaat kepada saya membuat rujukan. Segala kekurangan di dalam
tugasan ini saya mohon maaf dari pihak tuan. Yang baik itu datangnya dari Tuhan dan segala
kelemahan yang ada itu datangnya dari diri saya sendiri.

ii

1.0 PENGENALAN
Kamus Dewan memberikan definisi kerjaya sebagai perjalanan atau kemajuan seseorang
dalam sesuatu lapangan kehidupan. Manakala pembangunan kerjaya didefinisikan oleh
Norhani dan Soon (2010) sebagai satu proses berterusan yang melibatkan pergerakan
individu melalui beberapa peringkat kehidupan dan setiap satu peringkat mempunyai isu,
tema, dan tugasnya yang tersendiri. Oleh yang demikian, dalam pembangunan kerjaya setiap
individu perlulah melibatkan diri dalam dua aspek yang penting iaitu perancangan diri dan
perancangan kerjaya.

Sehubungan itu, penulisan kerja kursus ini akan membincangkan tentang pelan
pembangunan diri dan pembangunan kerjaya saya. Pelan ini dibentuk berdasarkan
kedudukan saya yang bakal menjadi seorang guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP). Pembentukan pelan ini adalah berpandukan kepada peringkat-peringkat
perkembangan guru oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Fokus perbincangan adalah
berteraskan kepada konsep guru sebagai agen perubahan.

2.0 KONSEP GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
Syarifatul Marwiyah (2012) berpandangan bahawa pendidikan berkait rapat dengan masalah
kehidupan, isu nilai serta elemen negatif dan positif dalam masyarakat. Justeru itu, beliau
menegaskan matlamat pendidikan sebenar dapat dicapai apabila guru mampu menanam
perubahan dalam diri murid. Oleh hal yang demikian, guru dianggap sebagai agen perubahan
dalam masyarakat.

Agen perubahan merupakan seseorang yang boleh membantu melaksanakan
pelbagai bentuk perubahan menerusi amalan inovasi yang terancang. Inovasi dalam bidang
pendidikan bukan hanya merujuk kepada inovasi material tetapi termasuklah inovasi cara
pengajaran, kurikulum, pendekatan, teknik dan strategi (Kamarul Azmi Jasmi, 2016). Peranan
guru sebagai agen perubahan dapat dilaksanakan menerusi kegiatan penyebaran ilmu
kepada masyarakat, usaha membentuk sahsiah yang sealiran dengan norma dan nilai
masyarakat dalam membentuk masyarakat penyayang.

Guru berperanan sebagai penyebar yang boleh membekalkan nilai-nilai luhur kepada
masyarakat selain memainkan peranan sebagai agen perubahan sosial. Pandangan ini selari
dengan Mohd Aizat et al. (2018) yang menganggap guru adalah agen perubahan terawal
dalam masyarakat berdasarkan peranan mereka dalam mengajar, mendidik dan membimbing
secara terancang. Menurut Yudha dan Rahidatul (2019), guru sebagai agen perubahan perlu
mempunyai kompetensi dalam aspek pedagogi, profesionalisme keperibadian dan hubungan
sosial.

1

3.0 PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN PEMBANGUNAN KERJAYA
Terdapat enam peringkat perkembangan guru yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Jadual 3.1 yang berikut merupakan deskripsi peranan dan tanggungjawab Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan kerangka latihan dan pembangunan
berasaskan pertumbuhan (Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan, 2016).

Jadual 3.1
Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Berdasarkan Kerangka
Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan diadaptasi daripada Dokumen Awal
Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK, 2016).

Gred Peranan Tanggungjawab Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
DG41
DG44 Pelaksana Memahami dan melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan.
DG48
Penggerak Sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab
DG52 dengan penyeliaan dan bimbingan yang minimum serta

DG54 mampu menyelesaikan masalah.
Gred
Khas Berpengalaman luas, mampu menyelia dan

Pembimbing dan membimbing serta berkebolehan melakukan educated
Mentor guess masalah organisasi yang mungkin timbul dan

melaksanakan langkah pencegahan.

Menjadi pakar rujuk, mentor dan pembimbing serta

berkebolehan merancang dan melaksanakan
Peneraju Perubahan

penambahbaikan berterusan dalam bidang-bidang

tertentu.

Pemikir Strategik Memiliki kepakaran khusus dan berkebolehan mengurus
perubahan secara cekap dan berkesan

Pemikir Holistik Memiliki pelbagai kepakaran dan berkebolehan menjadi
pakar rujuk dalam merangka strategi yang komprehensif
dan melaksanakan latihan yang tepat untuk memastikan
kejayaan sesebuah organisasi

Berdasarkan peranan dan tanggungjawab yang terdapat dalam jadual 3.1, saya akan
bincangkan pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya saya secara peringkat demi
peringkat.

2

3.1 PELAKSANA

Peringkat pertama ialah peringkat guru selaku pelaksana. Pada peringkat ini, guru

seharusnya mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas dalam pengajaran. Pada

peringkat ini juga, guru perlu berhadapan dengan tugas-tugas harian seorang guru
seperti menjadi guru kelas dan guru bertugas. Sesungguhnya, tugas hakiki seorang
guru bukan hanya mengajar, tetapi juga perlu untuk memenuhi tugasan yang berkaitan
dengan perkembangan murid-murid (Kamarul, 2010). Oleh hal yang demikian, saya

selaku guru baharu akan membuat satu peta kognitif berkenaan dengan tugas-tugas

asas seorang guru profesional berdasarkan kursus yang telah dipelajari sewaktu

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Peta kognitif ini akan membantu saya

mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri saya, di samping membantu saya

memahami tugas guru dengan lebih sistematik.

Selain itu, kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu kriteria yang
dituntut dalam semua profesion pekerjaan (Khairul Rahman, 2012), apatah lagi dalam
profesion keguruan. Oleh hal yang demikian, saya perlu bergaul rapat dengan seluruh

anggota masyarakat yang berada dalam lingkungan kehidupan seharian saya. Ini

termasuklah rakan-rakan guru, murid-murid, ibu bapa, kerani sekolah, petugas

kebersihan dan keselamatan sekolah serta semua anggota masyarakat. Hal ini adalah

amat penting bagi melatih diri saya meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Secara umumnya, penguasaan terhadap kemahiran komunikasi membantu

saya untuk berinteraksi dengan komuniti sekolah. Peningkatan terhadap kemahiran

komunikasi dalam kalangan guru dapat diperoleh dengan mengikuti aktiviti sosialisasi

yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan masyarakat seperti aktiviti sukaneka, gotong-

royong dan sebagainya.

Menurut Juairiah, Siti Hajar dan Noralina ( 2020), dalam konteks

pembangunan kerjaya, guru seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu

pengetahuan yang diperlukan dalam pelaksanaan proses pengajaran dan

pembelajaran (PdP). Sehubungan dengan itu, saya akan menyertai pelbagai kursus

yang dapat membantu saya menambah baik amalan pengajaran seperti kursus

pembelajaran abad ke-21, kursus pentaksiran bilik darjah dan kursus yang relevan

dengan konteks pedagogi. Menerusi kursus tersebut, saya bakal memperoleh

pelbagai input baharu yang dapat diaplikasikan dalam pelaksanaan proses PdP dalam
bilik darjah. Perkara ini secara tidak langsung membantu saya untuk meningkatkan
keberkesanan proses PdP yang dilaksanakan. Maka, saya akan dapat membantu
untuk memajukan murid-murid di sekolah tempat saya berkhidmat dengan lebih

efisien.

3

Setelah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun, saya bercadang untuk
melanjutkan pelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke peringkat Sarjana.
Sekiranya layak, saya akan memohon bagi mendapatkan Hadiah Latihan Persekutuan
ataupun Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) bergaji penuh. Dengan
cara ini, saya dapat mengurangkan kegusaran saya ketika menuntut pelajaran.
Setelah habis belajar, saya akan berbakti semula di sekolah asal ataupun di sekolah
yang baharu, bergantung kepada arahan daripada pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia.

3.2 PENGGERAK
Peringkat kedua ialah peringkat guru selaku penggerak. Guru pada peringkat ini sering
kali diberikan pelbagai tugas dalam organisasi sekolah. Contohnya dilantik sebagai
setiausaha PIBG, setiausaha peperiksaan, pengurus gerak kerja kokurikulum dan
sebagainya. Bebanan ini boleh menyebabkan guru mengalami tekanan. Signifikan
dengan pernyataan tersebut, tekanan yang dihadapi oleh guru dalam suatu jangka
masa yang agak lama akan mendatangkan implikasi negatif terhadap kesihatan
mental guru tersebut (Ooi Chew Hong dan Aziah, 2017). Oleh itu, pada peringkat ini
saya perlu menguasai kemahiran untuk mengurus tekanan yang disebabkan oleh
bebanan tugas dengan baik.

Dengan mengambil maklum akan perkara tersebut, pada peringkat ini saya
perlu memastikan diri saya sentiasa bersedia secara mental dan fizikal dengan
bebanan tugas yang bakal saya hadapi. Seandainya saya menghadapi tekanan, saya
akan segera mendapatkan khidmat nasihat daripada badan atau organisasi yang
diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu saya mengurus
tekanan dengan baik. Perancangan seperti ini adalah penting bagi mengelakkan
tekanan tersebut daripada menjejaskan produktiviti serta prestasi saya dalam
melaksanakan tugas.

Bagi pembangunan kerjaya saya, saya menyasarkan untuk memohon guru
cemerlang untuk meningkatkan tahap profesionalisme diri saya daripada status DG44
kepada DG48 dengan lebih cepat. Dengan pencapaian guru cemerlang saya akan
mempunyai pengiktirafan dan kelayakan yang lebih baik untuk menjadi agen
perubahan kepada guru-guru yang lain.

3.3 PEMBIMBING DAN MENTOR
Peringkat ketiga perkembangan kerjaya guru ialah peringkat guru selaku pembimbing
dan mentor. Pada peringkat ini, saya yakin diri saya telah mampu menerapkan

4

pelbagai strategi pembelajaran serta berkemampuan untuk menyesuaikannya
mengikut keperluan. Oleh itu, tugas utama saya pada peringkat ini adalah untuk
menjadi mentor dan pembimbing kepada guru-guru baharu. Pada peringkat ini, saya
bukan sahaja bertanggungjawab menjadi agen perubahan kepada murid-murid, tetapi
juga kepada guru-guru yang lain, terutamanya guru baharu.

Dari aspek pembangunan diri, saya perlu menguasai kemahiran interpersonal
kerana pada peringkat ini saya berperanan sebagai mentor terhadap guru lain.
Menurut Khalip dan Hariza (2015), penguasaan kemahiran interpersonal yang baik
adalah sangat penting agar saya dapat mewujudkan interaksi dengan guru baharu
untuk mewujudkan budaya kolaboratif. Oleh hal yang demikian saya perlu mengikuti
program-program yang memupuk semangat bekerjasama sebagai sebuah organisasi
bagi meningkatkan kemahiran interpersonal yang baik. Dalam konteks bidang
perguruan, program yang boleh diikuti ialah Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP).

Dalam masa yang sama, lonjakan pencapaian utama yang saya ingin
usahakan pada peringkat ini ialah, saya ingin memohon untuk menjadi Munsyi Bahasa
yang diiktiraf oleh KPM serta Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan pengiktirafan ini,
saya bukan sahaja dapat membantu guru-guru di sekolah saya. Sebaliknya, saya akan
menjadi pakar rujuk Bahasa Melayu kepada semua guru BM di serata negara. Maka,
ruang lingkup perkhidmatan saya akan menjadi lebih luas dan lebih bermakna. Pada
peringkat ini, saya berupaya menjadi agen perubahan dalam usaha untuk
memartabatkan bahasa Melayu.

3.4 PENERAJU PERUBAHAN
Peringkat keempat perkembangan guru ialah peringkat guru sebagai peneraju
perubahan. Nik Hassan Basri (2013) menyatakan bahawa pada peringkat ini, guru
dapat menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu
situasi pembelajaran secara kreatif dan unik. Nur Fatahiyah dan Siti Nur Diyana
(2020) pula menyatakan bahawa perubahan drastik dalam bidang pendidikan
memerlukan guru untuk memastikan bidang pendidikan mampu berjalan seiring
dengan globalisasi yang kian pesat membangun.

Untuk pembangunan kerjaya, setelah lebih daripada 10 tahun berkhidmat
sebagai guru dan menimba pengalaman di sekolah yang berbeza, saya bercadang
untuk memohon menjawat jawatan penting dalam organisasi sekolah. Pengalaman
yang pelbagai menjadi aset penting buat saya untuk menjawat jawatan penting di
sekolah khususnya untuk menjadi Penolong Kanan. Menurut pengamatan saya, saya
lebih cenderung untuk menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Hal ini kerana sifat saya yang lebih sukakan cabaran dan sikap saya yang mesra

5

dengan anggota masyarakat menjadikan jawatan berkenaan sangat sesuai dengan
diri saya.

Menjawat jawatan penting dalam organisasi sekolah sudah semestinya
dipenuhi dengan bebanan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Oleh
itu, saya akan berusaha untuk melaksanakan tugas saya dengan sebaik mungkin. Jika
diberikan kesempatan, saya juga berhasrat untuk melanjutkan pelajaran saya ke
peringkat Ijazah Kedoktoran. Saya bermatlamat untuk membuat penyelidikan
berimpak tinggi yang akan memberikan kesan baik dalam pembangunan bidang
pendidikan kebangsaan.

3.5 PEMIKIR STRATEGIK
Peringkat kelima perkembangan guru ialah peringkat guru sebagai pemikir strategik.
Pada peringkat ini, guru telah dapat memahami dan menangani maklumat yang
pelbagai tetapi masih memiliki gaya pengajaran yang lancar. Secara amnya pada
peringkat ini saya seharusnya menjadi orang yang berautoriti dalam profesion
(Muhammad Arif, Wan Shahrazad dan Sarah Waheeda, 2018). Dengan harapan, idea
dan kemahiran saya boleh mempengaruhi polisi-polisi berkaitan dengan pengendalian
di dalam bilik darjah.

Oleh sebab itu, setelah sekian lama saya mencurahkan bakti sebagai guru di
sekolah, saya akan memohon untuk menjawat jawatan sebagai pensyarah di Institut
Pendidikan Guru (IPG) atau Matrikulasi. Dengan pengalaman yang saya ada, status
saya sebagai pemegang Ijazah Kedoktoran dan kepakaran saya terhadap bidang
yang saya ceburi selaku Munsyi, saya yakin dan beriltizam tinggi untuk menjawat
jawatan pensyarah. Saya mempunyai hasrat yang besar untuk menjadi pensyarah di
IPG kerana ruang lingkup perjalanan hidup saya dalam bidang pendidikan sangat
dekat dengan situasi di IPG.

Tugas pensyarah yang berperanan dalam melatih bakal guru akan saya
manfaatkan sebaik mungkin kerana di sinilah saya dilahirkan. Saya akan cuba
mencurahkan sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman yang saya peroleh kepada
pelajar saya agar mereka dapat mengambil pengajaran daripada kisah perjalanan
hidup saya. Di samping itu, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mengangkat
nama baik institusi saya dengan melaksanakan dan melibatkan diri dengan program-
program di peringkat kebangsaan. Contohnya, menjadi penggubal dokumen standard
pembelajaran dan pakar rujuk kurikulum kebangsaan. Pada tahap ini juga, saya akan
berusaha sepenuh hati untuk mendapatkan anugerah Pensyarah Cemerlang.

6

3.6 PEMIKIR HOLISTIK
Sepanjang menjawat jawatan pensyarah, saya tidak akan menghentikan niat saya
untuk mengembangkan ilmu pengetahuan saya mahupun tahap profesionalisme saya
sebagai pendidik. Saya akan cuba mengikuti kursus yang dianjurkan bagi memenuhi
keperluan saya sebagai seorang guru mahupun pensyarah. Saya juga akan
melibatkan diri secara aktif dengan aktiviti-aktiviti pembangunan kurikulum di peringkat
kebangsaan.

Dengan meletakkan anggaran maksimum 8 tahun bergelar pensyarah, saya
akan meneruskan perjalanan kerjaya saya daripada pensyarah biasa kepada
pensyarah kanan. Jika diberikan kesempatan, saya juga bercadang untuk menjadi
Pengarah di mana-mana institusi pendidikan atau organisasi negara. Mungkin saja,
inilah pengakhiran bagi saya meningkatkan tahap profesionalisme saya. Saya tidak
mahu menjadi seperti angan-angan Mat Jenin. Bagi saya, tugas sebagai seorang
pensyarah sangat sukar, apatah lagi jika saya diberikan peluang untuk menjadi
Pengarah. Namun, saya akan cuba menerima tugas ini sebagai cabaran buat saya.

Mendapat jawatan yang tinggi dalam organisasi pendidikan kebangsaan
bukanlah impian utama yang saya letakkan semasa memikirkan laluan kerjaya saya.
Namun tidaklah rugi jika saya benar-benar dapat meneruskan laluan kerjaya saya
sehingga ke tahap itu.

4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, peningkatan profesionalisme guru sama ada dari aspek pembangunan
kendiri ataupun pembangunan kerjaya amatlah penting dalam meningkatkan profesionalisme
keguruan (Mohd Aizat et al. (2018). Dalam hal ini, guru sebagai individu yang memainkan
peranan penting sebagai pelaksana dasar kurikulum pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
seharusnya menguasai kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan keperluan semasa.
Profesionalisme yang dimiliki oleh guru amatlah penting dalam usaha untuk melahirkan murid
yang mampu memenuhi aspirasi sistem pendidikan negara ke arah pembentuk masyarakat
berminda kelas pertama. Profesionalisme dalam kalangan guru juga membolehkan guru
melaksanakan peranannya dengan lebih efektif. Oleh sebab itulah setiap guru perlu
mempunyai satu perancangan khusus yang menjurus ke arah peningkatan pembangunan diri
dan juga kerjaya.

7

RUJUKAN
Bahagian Pendidikan Guru. (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan

Profesionalisme Keguruan. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Juairiah Marjonet, Siti Hajar Abu Bakar Ah & Noralina Omar. (2020). Pementoran dalam

program pembangunan guru baharu kementerian pendidikan malaysia. The Malaysian
Journal of Social Administration, 14(2), 79-95.
Kamarul Azmi Jasmi (2010). Guru cemerlang pendidikan Islam sekolah menengah di
Malaysia: Satu kajian kes. Disertasi Ijazah Kedoktoran. Universiti Kebangsaan
Malaysia).
Kamarul Azmi Jasmi. (2016). Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Ensiklopedia
Pendidikan Islam. Skudai Johor: Fakulti Tamadun Islam UTM & Persatuan
Cendekiawan Pendidikan Islam (Malaysia).
Khairul Anuar A. Rahman. (2012). Disposisi guru berkesan: Personaliti dan kemahiran
komunikasi (Effective teacher dispositions: Personality traits and communication
skills). Akademika, 82(2).
Khalip Musa & Hariza Abd Halim. (2015). Kemahiran interpersonal guru dan hubungan
dengan pencapaian akademik pelajar (Interpersonal teacher skill and it’s relationship
with students’ academic achievement). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal
of Education), 40(2), 89-99.
Mohd Aizat Abu Hassan, Mohd Faizal Rabbani, Mohamad Ekhwan Mohamad Shukor & Mohd
Mastifino Abdul Majid. (2018). Sikap Guru Terhadap Perubahan dalam Sekolah di
Malaysia. Management Research Journal, 7, 188-196.
Nik Hassan Basri Nik Abd Kadir (2013). Guru Peneraju Transformasi Warga. Jurnal
Peradaban Melayu, 8, 253-270.
Norhani Bakri & Soon Kiong Yoong. (2010). Hubungan antara peranan individu dan organisasi
dengan amalan pembangunan kerjaya (Relationship between the roles of an individual
and an organisation in career development practice). Journal of Human Capital
Development (JHCD), 2(1), 13-24.
Nur Fatahiyah Mohamed Hata dan Siti Nur Diyana Mahmud (2020). Kesediaan guru Sains
dan Matematik dalam melaksanakan pendidikan STEM dari aspek pengetahuan, sikap
dan pengalaman mengajar. Akademika, 90(3).
Ooi Chew Hong & Aziah Ismail. (2017). Sokongan pihak pengurusan sekolah terhadap
tekanan kerja guru di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan cina. JuPiDi:
Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(2), 42-57. https://ajap.um.edu.my/index.php/JUP IDI
/article/view/8324
Syarifatul Marwiyah. (2012). Konsep pendidikan berbasis kecakapan hidup. Jurnal Falasifa,
3(1), 75-97.

8

Yudha Adrian & Rahidatul Laila Agustina (2019). Kompetensi Guru di Era Revolusi Industri 4.
Lentera: Jurnal Pendidikan, 14(2), 175-181.

Muhamad Ariff Ibrahim, Wan Shahrazad Wan Sulaiman & Sarah Waheeda Muhammad
Hafidz. (2018). Tingkah Laku Kewargaan Organisasi sebagai Mediator dalam Hubungan di

antara Kepuasan Kerja dan Komitmen Organisasi terhadap Prestasi Tugas dalam kalangan
Pensyarah Universiti. Sains Humanika, 10(3).

9


Click to View FlipBook Version