MPU 23012
PENGAJIAN ISLAM
SESI I : 2022/2023
TAJUK :
KONSEP KEJIRANAN DALAM MEMUPUK
PERSAUDARAAN ISLAM
KELAS :
DAT 2B
NAMA PENSYARAH :
PN. WAN ZAMILAH BT WAN IBRAHIM
NAMA KUMPULAN
NIK NUR DARWISYAH BT NIK MAN
04DAT21F2013
NUR ADNIE BT SHARUDIN
04DAT21F2010
Isi Kandungan
Pengenalan 1
Definisi 3
Dalil Al-Quran 4
Hadith- hadith tentang kepentingan 5
berlaku baik kepada jiran
Etika berjiran 9
Hikmah berjiran 12
Faktor Semangat Kejiranan 15
Kian Pupus
Sumber rujukan 18
Pengenalan Konsep
Kejiranan
Konsep kejiranan
Hubungan yang utuh sesama anggota masyarakat
ialah salah satu ciri-ciri masyarakat yang berkualiti,
yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja berjaya
mewujudkan persekitaran yang aman dan juga
harmoni sesama mereka malah menjadi aset penting
untuk sesebuah negara.
Setelah menyedari hakikat ini, Islam awal awal lagi
menekankan betapa pentingnya menjalinkan
hubungan yang erat dalam kalangan masyarakatnya.
Namun, suruhan ini bukan terhad untuk sesama Islam
sahaja, malahan pelbagai agama, bangsa, warna kulit,
bahasa dan keturunan juga disuruh supaya
menjalinkan hubungan baik sesama manusia lebih
lebih lagi jiran tetangga. Hubungan baik sesama jiran
tetangga sangat dititikberatkan dalam Islam kerana ia
merupakan salah satu cara hidup Islam sejak dulu lagi.
1
Dalam usaha mengekalkan keharmonian dalam
hidup berjiran, hubungan yang baik dan mesra
sesama jiran tetangga tanpa mengira agama dan
bangsa memainkan peranan yang sangat penting
sekali.
Muslim yang bertimbang rasa dan menyedari serta
memahami hukum-hukum agama, adalah
merupakan manusia yang paling baik
hubungannya terhadap jiran-jirannya.
Mereka akan sentiasa menghormati dan
menimbulkan perasaan ihsan apabila berinteraksi
sesama jiran. Islam banyak menggariskan
panduan agar umatnya sentiasa menjaga dan
memelihara hubungan dengan jiran.
2
Definisi
Berdasarkan syarak, jiran ialah orang
berdekatan dengan rumah kita sama ada di
kanan, kiri, di depan atau belakang mahupun di
tingkat atas ataupun bawah hingga 40 rumah
dari setiap sudut.
Dalam perkataan Arab, jiran membawa
maksud orang yang tinggal sebelah
menyebelah atau tetangga. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa semangat kejiranan
membawa erti satu suasana dan perhubungan
yang positif dalam satu-satu kawasan
kejiranan.
Ini menunjukkan bahawa Islam menitik
beratkan hubungan harmoni dan persaudaraan
di antara satu sama lain dan agama Islam ialah
sebaik-baik agama yang menghubungkan
pertalian dan kebaikan di antara sesama
manusia.
3
Dalil Al-Quran
Tuntutan supaya menjalinkan hubungan baik
sesama jiran dijelaskan dalam firman Allah
SWT bermaksud :
"Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua
ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-
orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran
tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar
dan juga hamba yang kamu miliki".
(An-Nisa:36)
Berdasarkan huraian ayat di atas, yang dikatakan
jiran ialah :
Orang yang tinggal serumah dengan kita.
Orang yang tinggal bedekatan dengan rumah
kita.
Orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40
buah rumah dari rumah kita dari segenap
penjuru.
Orang yang tinggal senegeri dengan kita.
4
Hadith-hadith yang menceritakan akan
kepentingan berlaku baik kepada jiran :
Daripada Abu Syuraih RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
َم ْن َكاَن ُيْؤِم ُن ِباللِه َواْلَيْو ِم اآْل ِخ ِر َفْلُيْحِس ْن ِإىَل َجاِرِه
Maksudnya: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya".
[Riwayat Muslim (77)]
Daripada Ibn Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
َحَّتى َظ َنْنُت َأَّنُه َس ُيَوِّرُثُه،َم ا َزاَل ِج ْبِريُل ُيوِص يِني ِباْلَجاِر
Maksudnya: "Jibril sentiasa berwasiat kepadaku agar berlaku baik
kepada jiran sehingga aku menyangka bahawa jiran itu akan
mewarisi hartaku". [Riwayat Al-Bukhari (6015)]
Imam al-Nawawi menukilkan kata-kata daripada al-Qadhi 'Iyadh bahawa
makna hadith ini adalah sesiapa yang beriltizam dengan syariat Islam
maka wajib ke atasnya untuk memuliakan atau berlaku baik kepada jiran
dan tetamunya. Semua ini menunjukkan akan kepentinganhak berjiran
serta galakan memeliharanya. Ini kern, Allah SWT telah berpesan atau
mewasiatkan agar berlaku baik kepada mereka melalui firman-Nya di
dalam al-Quran dan juga hadith Nabi Saw. [Lihat: al-Minhaj 'ala Syarh
Sahih Muslim, 18/2]
5
Sebuah kisah yang berlaku di zaman Rasulullah SAW
apabila seorang lelaki datang kepadanya dan mengadu
akan perihal jirannya yang suka menyakitinya:
Daripada Abu Hurairah RA berkata:
.ه:ُنْذاََُفهسَطْ َبرََيْحلََفعَامُْنصَتوَانَِبُعْهر.ّاقلَا:ِفاََلفجَََّقطعاََِرللي،ُهَي،هلاَليْذاْسََهعََأُْللْيبِوَهنَُهَفواََْفسطُيََّلْرَْخمِحبَُيرَْمُشهَتْماَُكعَوَخَكبََجرُِاَهفر:َُصاَفلَىََّنّلقااَُسل،َأَْوافلَََّثناجَِلبَعًِّثَيال، ََفجَأَاتَءاُهَرَُمجٌَّرَلتْيِإىَِلن
ِفي الَّط ِريِق
اْرِج ْع اَل َتَرى ِم ِّني َش ْيًئا: َفَجاَء ِإَلْيِه َجاُرُه َفَقاَل َلُه، َوَفَع َل، َوَفَع َل، َفَع َل ُهَّللا ِبِه
َتْكَرُهُه
Maksudnya: "Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW
mengadu perihal jirannya. Maka Nabi SAW bersabda: "Pergilah
serta bersabarlah". Setelah itu, lelaki datang lagi kepada Rasulullah
SAW sebanyak dua atau tiga kali. Lalu Nabi SAW bersabda:
"Pergilah dan campakkanlah barang-barang di rumah kamu ke
jalan". Lelaki tersebut kemudiannya mencampakkan barang-
barang rumahnya ke jalan hingga menyebabkan orang-orang
bertanya kepadanya. Lalu lelaki tersebut menceritakan apa yang
berlaku kepada dirinya yang menyebabkan manusia (yang
mendengar cerita tersebut) melaknat jiran tersebut dengan
mengatakan: "Allah akan membalas perbuatannya (mendoakan
keburukan), Allah akan balas dan Allah akan balas". Selepas itu,
lelaki tersebut didatangi oleh jiran tersebut dan jiran itu berkata:
"Pulanglah kamu, kami tidak akan melihat (mendapati) sesuatu
yang kamu benci itu lagi". [Riwayat Abu Daud (5153)] [Sanadnya
adalah baik menurut Syeikh Syu'aib al-Arna'outh]
6
Hadith ini menceritakan akan petunjuk Nabi SAW
kepada lelaki ini apabila sentiasa disakiti oleh
jirannya. Akan tetapi, berkemungkinan
perbuatan atau cara tersebut biasa dilakukan
oleh bangsa Arab pada zaman itu tetapi ia tidak
lagi sesuai untuk dilakukan pada zaman ini.
Tambahan pula, Imam Ibn Ruslan ketika
mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa di
dalam hadith ini menunjukkan kelebihan
bersabar dengan perihal jiran walaupun perkara
tersebut berulang-ulang kali berlaku, di samping
berusaha untuk mencegahnya mengikut
kemampuan yang ada. Selain itu, hadith ini juga
menunjukkan keharusan berdoa kepada orang
yang menyakiti orang lain secara kuat (terang-
terangan) sebagai pengajaran kepada orang
tersebut serta meninggalkan perbuatan tersebut.
[Lihat: Syarah Abi Daud, 440/19]
7
Hukuman Bagi Orang Yang Menyakiti Jirannya
Terdapat hadith yang menceritakan akibat dan balasan yang
akan diterima bagi orang yang suka menyakiti jirannya:
Daripada Abu Hurairah RA berkata:
، َوِص َياِم َه ا، ِإَّن ُفاَل َنَة ُيْذَكُر ِم ْن َكْثَرِة َص اَل ِتَه ا، َيا َرُس وَل ِهللا: َقاَل َرُجٌل
ِه َي ِفي الَّناِر: َقاَل، َغ ْيَر َأَّنَه ا ُتْؤِذي ِج يَراَنَه ا ِبِلَس اِنَه ا،َوَص َدَقِتَه ا
Maksudnya: Telah berkata seorang lelaki kepada
Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah SAW,
sesungguhnya wanita ini terkenal dengan banyaknya
solat, berpuasa dan bersedekah tetapi dia sentiasa
menyakiti jirannya dengan lidahnya". Lalu Nabi SAW
bersabda: "Dia akan masuk ke dalam neraka". [Riwayat
Ahmad (9675)] [Sanadnya adalah hasan berdasarkan
penilaian daripada Syeikh Syu'aib al-Arna'outh]
Berdasarkan hadith, orang yang suka menyakiti
jirannya sama ada dengan perbuatannya atau lisannya
(ucapannya) maka orang seperti ini akan dicampakkan
ke dalam api neraka di akhirat kelak walaupun
seseorang itu merupakan seorang yang banyak
melakukan iabadah.
8
Etika Berjiran
Hadith Nabi Rasulullah Shallallahu'alaiwassalam daripada
Abu Syuraih al-Khuza'i radhiallahu'anhu, sabda Baginda
Nabi S.A.W. : "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari
akhirat maka hendaklah ia berbuat baik terhadap jirannya".
Hadits Riwayat Muslim. (ruj. Kitab 40 Hadits Akhlah Mulia
m.s 36).
Maka jelaslah kehidupan bermasyarakat bersama jiran
tertangga yang baik akan memberikan kedamaian dan
ketenangan dalam kehidupan kita.Dengan semangat
kejiranan yang erat,hubungan kekeluargaan dan
silaturahim sesama jiran dapat diperkukuhkan lagi.
9
Tambahan pula,dalam hidup nermasyarkat
sesungguhnya kita tidak dapat mengelakkan diri
daripada hidup bantu-membantu dalam
menjalani kehidupan seharian kita mesti
memerlukan bantuan daripada orang lain yang
sekeliling kita.Dan dengan kerjasama melalui
semangat kejiranan dan perpaduan seperti ini
hendaklah sentiasa dikekalkan.
Selain itu,apabila kita mengalami kesusahan dan
kesakitan.Sebagai contoh ,orang akan menzirahi
kita jika kita sakit dan begitu juga orang akan
membantu kita jika kita ditimpa
kemalangan.Islam mengajak umatnya bersatu
padu dalam membuat hal-hal kebaikan
termasuklah mengukuhkan semangat kejiranan.
10
Dalam Syariat Islam mengaris etika atau
adab berjiran.A
ntaranya ialah :
1. Saling nasihat menasihati perkara yang baik sesama
jiran tak kira agama dan bangsa.
2.Menjaga kepentingan bersama dalam masyarakat
berjiran dan tidak mementingkan diri.
3. Saling menziarahi mengikut masa yang sesuai
dengan tujuan dan niat yang baik.
4. Saling menolong sesama jiran dalam pekara yang baik
'amar ma'arof nahi mungkar'.
5. Mengajak atau turut bersama-sama dalam menghadiri
ilmu agama bagi yang islam dan untuk yang berlainan
agama berbincang untuk mengadakan aktiviti merapat
silaturahim
11
Hikmah Berjiran
Ajaran islam sendiri sangat mementingkan
keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan
bermasyarakat.
Semua ini boleh dicapai melalui konsep kejiranan
yang baik.Dalam kehidupan berjiran umat Islam
digalakkan menghubungkan
silaturahim,menyatukan keluarga,mengeratkan
hubungan persaudaraan dan mengeratkan
persahabatan dengan jiran tertangga.
Berkaitan dengan hal ini,Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud :" Di antara kebahagian seorang
muslim adalah mempunyai tetangga yang soleh
,rumah yang luas dan kenderaan yang
meriangkan".(Riwayat Ahmad dan Al-Hakim).
12
Begitu banyak hikmah hidup berjiran .Antaranya ialah:
1. Keamanan keharmonian dapat dikekalkan.
2. Mewujudkan suasan yang harmoni.
3. Melahirkan masyarkat yang penyayang.
13
4.Mudah mendapat pertolongan apabila berada dalam
kesusahan.
5.Masyarakat hidup bersatu padu dan saling
membantu antara satu sama lain.
6. Gejala sosial dapat ditangani dengan lebih ofisen.
7. Mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT.
8. Negara akan maju dan menjadi tumpuan
pelancongan.
14
Faktor Semangat Kejiranan
Kian P
upus
Pada era globalisasi ini, hubungan sesama jiran
semakin renggang "bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing". Kita dapat
melihat hubungan kejiranan dalam masyarakat
semakin kurang dititikberatkan. Ini disebabkan
oleh sikap jiran itu sendiri yang menjadi punca
utama. Masyarakat sekarang hanya mengambil
berat tentang hal diri masing-masing tanpa
mempedulikan tentang hubungan sesama jiran
tetangga bahkan tidak mengenali jiran mereka.
Oleh itu, semangat kejiranan merupakan aspek
penting dalam kehidupan bermasyarakat.
15
Terdapat pelbagai faktor semangat kejiranan kian
pupus di kalangan masyarakat, antaranya budaya
kunjung–mengunjungi dan mengenali jiran tetangga
khususnya di musim perayaan semakin kurang
diamalkan.
Ini disebabkan oleh mereka tidak berminat untuk
berjumpa atau menziarahi jiran tetangga. Melalui
amalan ziarah-menziarahi ini, ia dapat memberi
ruang kepada masyarakat untuk menjalinkan
hubungan dengan lebih erat dan mesra walaupun
mereka menyambut perayaan yang berbeza tetapi
mereka lebih gemar untuk menghabiskn masa di
rumah.
Tanpa disedari, tanggungjawab sesama jiran
tetangga diabaikan sepenuhnya. Kebanyakan
masyarakat lebih memelih untuk mengurung anak-
anak di dalam rumah kerana tidak suka dengan jiran
mereka. Amalan kunjung-mengunjungi bukan
sahaja khusus untuk perayaan, malah sesuai untuk
kita menziarahi mereka ketika sedang sakit. Tidak
kiralah sama ada mereka muslim atau bukan
muslim.
16
Selain itu, perubahan gaya hidup masyarakat zaman kini
yang berkerah tenaga untuk mencari rezeki bagi menyara
keluarga masing-masing juga antara faktor semangat
kejiranan kian pupus. Hal ini demikian kerana, kos sara
hidup yang kian tinggi serta arus pemodenan yang
berkembang telah memaksa masyarakat untuk bekerja
keras sepanjang hari. Oleh itu, mereka tidak mempunyai
peluang untuk berjumpa dan bertegur sapa dengan jiran
tetangga kerana kesuntukan masa dan keletihan setelah
bekerja.
Kesimpulannya, masyarakat perlulah saling berganding
bahu "bagai aur dengan tebing" bagi mengatasi masalah
ini untuk menjamin kesejahteraan dan kemajuaan
negara. Negara kita mempunyai masyarakat yang
berbilang bangsa dan agama, oleh itu telah menjadi suatu
kewajipan kepada diri setiap masyarakat untuk saling
bekerjasama bagi memastikan perpaduan negara terus
terjamin.
17
Sumber Rujukan :
https://teamnur.blogspot.com/2019/08/
https://www.researchgate.net/publication/258383935_ME
MUPUK_KESEDARAN_TANGGUNGJAWAB_SOSIAL_MELALU
I_PENGLIBATAN_DALAM_AKTIVITI_KEJIRANAN_DARI_KACA
_MATA_ISLAM
Keratan akhbar utusan borneo & kosmo
Video hak kejiranan oleh Habib Ali zaenal Abidin Al Hamid:
https://www.youtube.com/watch?v=VgztrzxaTs4
http://fatientierah.blogspot.com/2017/03/lampiran.html?
video kepentingan berjiran adaptasi dari video
boboiBoy :VIDEO JIRAN TERBAIK
https://www.youtube.com/watch?v=uZ4VLYaRV4o
18
TERIMA KASIH