The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rinasyafiqah, 2021-03-11 06:22:46

Minit Mesyuarat Agung ke 28

Koperasi SMKSG

Keywords: Minit Mesyuarat Agung

MINIT MESYUARAT AGUNG KOPERASI TAHUNAN KALI KE 28 KOPERASI SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN SERI GUNONG (KEDAH) BERHAD YANG TELAH DIADAKAN

PADA 1 OGOS 2018 JAM 12.00 TENGAH HARI
BERTEMPAT DI DEWAN SERI KENARI SMK SERI GUNONG.

Dirasmikan oleh : Puan Yasmin bin Abdullah (Pengetua)
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong

Kehadiran ahli : 312 orang (rujuk lampiran)

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Nor Azura bt Zulkipli sebagai pengerusi dan didahului
dengan bacaan doa oleh En. Mohd. Asri bin Salleh.

1.0 Ucapan Alu-aluan
Ucapan pengerusi telah didahului dengan ucapan terima kasih kepada semua ahli lembaga
koperasi yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan mesyuarat agung koperasi kali ke
28 ini. Pengerusi mesyuarat turut mengucapkan terima kasih kepada Puan Yasmin bin
Abdullah yang telah sudi hadir untuk bersama-sama ahli koperasi dan merasmikan majlis ini.

2.0 Ucapan perasmian oleh Puan Yasmin bin Abdullah, Pengetua SMK Seri Gunong.
Beliau memulakan ucapan dengan bacaan Ummul Kitab serta memanjatkan kesyukuran yang
tidak terhingga kehadrat Allah s.w.t dapat bertemu dalam Mesyuarat Agung Koperasi Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Gunong Kedah Berhad kali ke 28 Tahun 2018 ini. Beliau juga
mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan koperasi yang telah bertungkus lumus
sehingga mesyuarat agung kali ke 28 ini dapat diadakan dengan jayanya.

Beliau melahirkan rasa berbesar hati kerana Koperasi SMKSG sangat proaktif dalam
menjalankan aktiviti jualan dan juga perkhidmatannya kepada seluruh warga sekolah. Beliau
juga menyeru supaya semua ahli tetap terus menyokong koperasi dengan cara membeli di
koperasi sekolah. Beliau berharap pihak pengurusan koperasi sekolah menyediakan
barangan dan perkhidmatan yang terbaik kepada ahli-ahlinya seterusnya memenuhi segala
permintaan mereka agar ahli-ahli tidak mencari alternatif lain dengan membeli di kedai-kedai
luar sekolah. Beliau turut mengingatkan semua ahli apabila jualan meningkat bermakna
peratus dividen yang akan diterima oleh ahli juga akan meningkat. Ini bermakna, apa yang
diberikan oleh ahli, kemudian hari ahli itu sendiri akan mendapat pulangannya.

Akhir sekali dengan lafaz Bismillah beliau merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Gunong Kedah Berhad kali ke 28 tahun 2018. Beliau menaruh
harapan agar semua ahli akan memberikan kerjasama yang penuh kepada ahli Lembaga
yang bakal dilantik untuk terus menjayakan koperasi.

3.0 Memilih Pengerusi Mesyuarat
3.1 Pengerusi sementara telah meminta anggota untuk memilih dan melantik dalam kalangan
anggota sebagai pengerusi mesyuarat bagi memimpin mesyuarat agung kali ini.
3.2 Puan Marina binti Ismail telah mencalonkan Puan Nor Azura binti Zulkipli sebagai
pengerusi mesyuarat dan telah mendapat sokongan sebulat suara.
3.3 Mesyuarat Agung Kali ke-28 dipengerusikan oleh Puan Nor Azura binti Zulkipli dengan
lafaz Bismillah serta ucapan terima kasih kerana diberi kepercayaan semua anggota untuk
beliau mempengerusikan mesyuarat agung kali ke-28 ini.

4.0 Melantik Setiausaha Mencatat Minit Mesyuarat
4.1 Pengerusi sementara juga telah meminta anggota untuk memilih dan melantik dalam
kalangan anggota sebagai setiausaha sementara untuk mencatat minit mesyuarat kali
ini.
4.2 Saudara Teoh Wei Yi telah mencalonkan Puan Marina binti Ismail sebagai setiausaha
sementara untuk mencatat minit mesyuarat dan telah mendapat sokongan sebulat suara.

5.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-27

5.1 Setiausaha membentangkan miit mesyuarat agung kali ke-27 melalui Microsoft word.
(Rujuk lampiran)

5.2 Nur Nazlifatul Aqmar binti Rosli telah mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung kali ke
27 diterima dan disahkan.

5.3 Liyana Ibrahim menyokong cadangan tersebut.

6.0 Perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit

7.0 Agenda baru

8.0 Menerima laporan Lembaga
8.1.1 Laporan Lembaga tahun 2018 telah dibentangkan oleh Puan Nor Azura binti Zulkipli
sebagai pengerusi.
8.1.2 Pengerusi telah membentangkan laporan aktiviti koperasi bagi tahun 2018. Sila lihat
lampiran laporan aktiviti.
8.1.3 Saudari Nurul Farhana Binti Suhardi mencadangkan laporan aktiviti disahkan.
8.1.4 Cadangan disokong oleh Saudari Atikah binti Hussin.
8.1.5 Puan Nur Atikah binti Zulkifli sebagai Bendahari telah membentangkan laporan
kewangan koperasi bagi tempoh penutupan akaun Mac 2017 hingga Mac 2018. Sila
lihat lampiran laporan kewangan.
8.1.6 Bendahari membentangkan Laporan Kewangan Berakhir 2018 melalui slide
powerpoint :

Bil. Perkara RM
1 Modal Syer Anggota 20,284.00
2 Jualan 131,97330
3 Kos Jualan 90,94247
4 (Kerugian)/Keuntungan Kasar 41,030.33
5 Jumlah Pendapatan 13,2729.30
6 Jumlah Perbelanjaan 101,950.75
7 (Kerugian)/Keuntungan Bersih 30,778.55
8 Dividen 2025.40
9 Honorarium Lembaga 3,000.00

8.1.7 Saudari Anis Najwa Binti Ahmad Tarmezi mencadangkan laporan kewangan
disahkan.

8.1.8 Cadangan disokong oleh saudari Nur Balqis Husna Binti Zulkornain.

9.0 Membincang dan menerima anggaran belanjawan tahunan koperasi
9.1 Puan Nur Atikah binti Zulkifli sebagai Bendahari telah membentangkan anggaran
belanjawan tahunan koperasi. Anggaran belanjawan telah diterima dan disokong
sebulat suara. Sila lihat lampiran belanjawan tahunan koperasi.

10.0 Memilih anggota-anggota Lembaga
10.1 Pengerusi mencadangkan semua ALK guru dikekalkan dan hanya perlantikan ALK
pelajar yang baharu sahaja dibuat perlantikan. Semua ahli memberi sokongan sebulat
suara.

Calon 1 : Nas Adelya binti Hassan

Pencadang : Siti Aminah Binti Ismail

Penyokong : Nur Edayu Binti Mohd.Abdul Rahman

Calon 2 : Liyana binti Ibrahim

Pencadang : Nur Fatihah binti Shuib

Penyokong : Noor Isma Syazwani Binti Mahamad Taharim

Calon 3 : Muhammad Shariff Hidayatullah bin Yusri

Pencadang : Akid Azri Bin Mohd Desa

Penyokong : Muhammad Amirul Haikal Bin Azman

Calon 4 : Eddie Ediron A/L Su Pin

Pencadang : Teoh Wei Yi

Penyokong : Nurul Iffah Binti Radzi

Calon 5 : Nur’Ashikin binti Zulpetry

Pencadang : Nurul Iffah Binti Radzi

Penyokong : Maisarah Binti Mohamed Shuhaimi

Calon 6 : Nur Syifaa’ binti Mohamad Taridi

Pencadang : Fatin Anisah Izzaty Binti Azizan

Penyokong : Nur Aina Athalia Binti Azlizan

Calon 7 : Nurul Iffah binti Radzi

Pencadang : Aida Yusnieda Binti Mohd Zahir

Penyokong : Nur Fatin Umairah Binti Khairol Anuar

Saudara Muhammad Hanif Bin Hamidan telah mencadangkan agar cadangan ditutup dan telah
disokong oleh Saudara Muhammad Azri Affendy Bin Razali.

Berikut disertakan senarai nama dan tugasan ahli Lembaga koperasi yang telah dilantik :-

Bil Jawatan / Tugasan Nama Ahli Lembaga Koperasi

1 Pengerusi Puan Yasmin binti Abdullah

2 Naib Pengerusi Encik Ridzuan bin Zakaria

3 Setiausaha Puan Marina binti Ismail
4 Penolong Setiausaha Saudari Nur’Ashikin binti Zulpetry

5 Bendahari Puan Nur Atikah binti Zulkifli

6 Pengurus Belian Encik Mohd. Asri bin Salleh

7 AJK Belian Saudara Muhammad Shariff Hidayatullah bin Yusri

8 Pengurus Jualan Puan Nur Atikah binti Zulkifli

9 AJK Jualan Saudari Liyana binti Ibrahim

10 Pengurus Promosi Puan Marina binti Ismail

11 Pengurus Pendaftaran Ahli Puan Norazura binti Zulkipli

11.0 Memilih Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD)
11.1 Puan Nur Atikah mencadangkan Puan Azarina Khanum Maksum Ali dan Puan Nurul

Mida binti Che Nayan sebagai Juru Audit Dalaman. Cadangannya disokong sebulat
suara.

12.0 Melantik dan meluluskan panel yang tidak kurang daripada dua firma audit bagi
mengaudit akaun koperasi.
12.1 Puan Nur Atikah binti Zulkifli mencadangkan kuasa pemilihan firma audit luar

diberikan kepada ahli Lembaga koperasi yang baru dilantik. Cadangan disokong
dan diterima sebulat suara.

13.0 Perkara-perkara lain yang perlu dibincangkan
Tiada

14.0 Penangguhan mesyuarat agung
Mesyuarat agung kali ke 28 tahun 2018 telah ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………………… ……………………………………..
(Pn. Marina binti Ismail) (Pn. Yasmin binti Abdullah)
Setiausaha Koperasi Pengerusi Koperasi
SMK Seri Gunong Kedah Bhd. SMK Seri Gunong Kedah Bhd.


Click to View FlipBook Version