Pertamanya bersyukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinnya saya diberi kesempatan
untuk menulis di ruangan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW keluarga, dan
sahabat baginda, kerana dengan kesungguhan baginda Nabi SAW dan para sahabat sehingga
kita dapat merasai nikmat iman dan Islam. Inilah nikmat yang terbesar dan ternilai yang harus
kita pelihara hingga kita menghembuskan nafas yang terakhir.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, khususnya Pengurusan Sekolah, Guru-guru,
murid-murid dan seterusnya semua warga SMK Pinang Tunggal kerana telah memberi peluang
kepada saya untuk menabur bakti sebagai seorang pendidik di sini. Hampir 26 tahun saya se-
bagai pendidik (11/7/1996- 15/12/2001 St. Theresa: 5 tahun dan 16/12/2001 -31/12/2022
SMKPT: 21 tahun) tujuan dan matlamat utama ialah untuk melahirkan pemimpin masa depan
yang mempunyai kecemerlangan ilmu, keluhuran adab sopan, kemantapan integriti, dan sa-
hsiah diri yang unggul.
Kepada rakan-rakan guru, jadilah guru yang berjiwa pendidik, sentiasa meningkatkan
kompeten dalam aspek pedagogi, sosial, profesional, dan peribadi, dengan harapan kita akan
mendidik dengan sentuhan kasih sayang, bertindak dengan penuh tanggungjawab, dan men-
jadi suri teladan kepada anak-anak didik kita.
Akhirnya kata, saya bukanlah yang terbaik, ada kelemahan dan kepincangan, tetapi berusaha
untuk buat yang terbaik, oleh itu saya memohon kemaafan di atas segala kesilapan yang saya
lakukan sepanjang hampir 20 tahun di sini. Semoga Allah berikan yang terbaik dan permu-
dahkan segala urusan kita, In Shaa Allah.
LATAR BELAKANG DIRI
NAMA: NOOR ASHIKIN BINTI AB MUIN
NAMA PASANGAN : DR. SHAHRINIZAM BIN MOHD AMIN
BILANGAN ANAK : 4 ORANG ( 1 LELAKI , 3 ORANG PEREMPUAN )
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
SRK SRI SURIA, TANAH MERAH KELANTAN (1974- 1979)
SMK DATOK MAHMUD PADUKA RAJA , TANAH MERAH , KELANTAN (1980 – 1982)
SM TEKNIK KUANTAN , PAHANG (1983 -1984)
DIPLOMA IN ACCOUNTANCY
UITM SHAH ALAM, SELANGOR (1985 -1988)
SIJIL PERGURUAN
MAKTAB TUANKU BAINUN, PULAU PINANG (1995 -1996)
SARJANA MUDA PENGAJARAN
UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA (2012-2016)
SEJARAH PERKHIDMATAN
SMK ST. THERESA SUNGAI PETANI, KEDAH ( 11 JULAI 1996 – 15 DISEMBER 2001)
SMK PINANG TUNGGAL SUNGAI PETANI, KEDAH ( 16 DISEMBER 2001– 31 DISEMBER 2022)
JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : : En. Zainuddin bin Abdul Manan ( Pengetua )
Naib Pengerusi 1: Pn. Su’uda bt. Saad ( PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2: Pn. Zaini bt Salleh (PK Hem)
Pn Khairiah bt Md Noor(PK Kokurikulum)
Pengarah : Pn . Haziatun bt Muhammad
En. Azmil b. Jamil
Pen. Pengarah : Pn. Noor Azwin bt Bakri
Pn. Sharifah Hanita bt. Syed Omar
Setiausaha :
Bendahari :
PENYELARAS : PENYELARAS : PENYELARAS :
PN. ZULAIKHA BT. MAT RUZKI PN. HAZIATUN BT MUHAMMAD PN HAZIATUN BT MUHAMMAD
SAMBUTAN / PERARAKAN
Pn Noor Azwin bt Bakri (K) HIASAN PENTAS DAN PERSIAPAN DEWAN SIARAYA & PERALATAN
Pn Sakinah bt. Mat Sulaiman Pn. Nurul Ilyana bt Maszelan (K) TEKNIKAL
Pn. Noor Azura bt. Mohamad Yusoff Pn. Azmin Najlah bt. Husin En. Norizan b. Che Nordin (K)
En. Noorisham b. Che Mat
PENGACARA MAJLIS
Pn. Che Dashiela bt. Che Dak (K) Pn Nabihah bt Mahmud En. Mohd Asri bin Osman
Pn. Ibrizi bt Shar Afendi
Cik Zurhana bt. Md. Saad En Farhan b. Rohim
Pn Nur Mardhati bt Abdul Malik
HADIAH & CENDERAMATA PELERAIAN TEMPAT
2 orang murid(Pembantu) Pn. Mazni bt. Ismail (K) En. Faisal b. Ibrahim (K)
Pn. Rosiawati bt. Yaacob En. Tharmarajan a/l Subramaniam
BUKU PROGRAM Pn Suhaila bt Shaari Pn. Raihan bt. Hashim
Pn. Khairiza bt. Zakaria (K)
Pn. Hasnawiyah bt. Saad Pn. Azdiah bt. Ali PENYELARAS : PN. NOOR AZWA BT. ZAKARIA
PENGKISAHAN SEJARAH Pn. Mazura bt. Omar KAWALAN DISIPLIN & KESELAMATAN MURID
Pn. Adawiyah bt. Hashim (I)
Pn. Roshadarwati bt. Abdul Kadar Pn. Hafizah bt. Ghazali Pn Ruslina bt Bakar(K)
Pn. Farah Syuhaila bt. Ibrahim
Pn Solihah bt Ahmad Kamal En. Shahrul Nizam b. Alias
BANNER
Pn Wan Hamidah bt Hashim PERSIAPAN TEMPAT En Fakhrurrazi bin Ramli
En Harsnizal b. Jamil (K) Pn. Azziah bt. Azzemin
Pn Rosilawati bt Baharom En Harmizi b. Harun Pn. Hasniyatun Nizar bt. Ismail
En. Junif b. Sarip FOTOGRAFI/PERAKAM PERISTIWA
En. Zakaria b. Aziz En. Azmil b. Jamil (K)
En. Shanmugam a/l Pachamuthu En. Andrew Tan Hsien-U
Cik Noraniza bt. Ayob Pn Noor Azwin bt Bakri
Pn. Zamzaliza bt. Mohd. Zainon
JAMUAN
Pn Hafizah bt Baharom(k)
Pn. Sharifah Hanita bt. Syed Omar
Pn. Shamsad Begum bt. Shariff
Pn. Saadiah bt Ayob
12.30 ptg : Semua guru dan pelajar berkumpul
12.40 ptg di dewan al-Farabi.
12. 50 ptg
: Perarakan masuk Pn Noor Asyikin bt Ab Muin
, : Aluan pengacara majlis
1.30 ptg : Nyanyian lagu Negara Ku dan Bacaan doa
01.30 ptg : Ucapan Wakil Pelajar.
02.00 ptg : Ucapan Wakil Guru (En Azmil b. Jamil)
: Ucapan pengetua ( En Zainuddin b. Abdul Manan)
: Pengkisahan sejarah
Pn. Noor Ashikin bt Ab Muin
: Ucapan yang diraikan
: Penyampaian hadiah / cenderamata
: Sesi bersalaman & lambaian kasih
: Bersurai
Harum semerbak si bunga melur
Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra di hulur
Setulus ingatan mengimbau kenangan
Kicau-kicau mendayu-dayu,
Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa
Hujung daksina merimbun celagi,
Beralun tualang indah bersemu,
Walau ke mana diriku pergi,
Insan sepertimu takkan bertemu
Alangkah dinginnya menjelang senja,
Mentari terbenam di ufuk barat,
Doaku ikhlas untukmu sahaja,
Bahagia di dunia hingga akhirat,