The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kritikan Karya IbarahimHussein

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jamie.eemjay88, 2023-01-29 09:36:32

Ekspresionisme Dua Dunia

Kritikan Karya IbarahimHussein

E K S P R E S I O N I S M E D U A D U N I A I B R A H I M H U S S E I N Bagaimanakah perasaan anda melihat imej manusia yang seolah-olah menjerit dengan ilusi yang tidak logik. Adakah kita rasa terbuai oleh perasaan sedih ataupun takut. Benarkah langit yang merah melambangkan perasaan marah atau kita hanya melihat ia sebagai fenomena alam. Karya 'The Scream' oleh Edvard Munch merupakan antara karya yang terkenal dalam aliran ekspresionisme pada sekitar tahun 1900. 'The Scream' mencerminkan emosi dan kehidupan manusia pada abad itu. Dalam aliran ekspresionisme, pengkarya menggunakan warna dan gaya yang tidak realistik serta cenderung menghasilkan karya yang mengambarkan emosi dan suasana mistik (Tate, n.d.). Terdapat juga karya yang bersifat realistik atau separa realistik dalam aliran ini. Contohnya, karya Khairudin Zainudin iaitu 'Keterapungan Di Dalam Ruang Dan Masa' memberi satu penilaian lain dengan ekspresi muka yang jelas serta pandangan yang tajam orang tua itu bersama-sama seorang kanak-kanak yang sedang Kritikan Karya oleh: Jami'ah Ismail THE SCREAM Edvard Munch Media Campuran, 1893 KETERAPUNGAN DI DALAM RUANG DAN MASA Khairudin Zainudin Oil Pastel, 2021 tersenyum gembira di belakang. Penggunaan pelbagai warna yang kontra diantara warna panas dan sejuk menimbulkan dua perasaan dan emosi yang berbeza. Teknik lorekan media yang halus dan kasar memainkan peranan penting dalam menimbulkan emosi pada karya beliau. Ekspresionisme merupakan bayangan kepda pengkarya untuk memutarbelitkan realiti dengan menggambarkan atau menyampaikan kesan emosi (Manifold, 2017).


M Y F A T H E R A N D T H E A S T R O N A U T Karya catan ini merupakan aliran ekspresionisme dengan menggunakan media campuran iaitu akrilik dan cetakan sutera saring. Mempunyai gaya yang realistik, terbahagi kepada dua bahagian yang merujuk kepada dua situasi berbeza diantara lelaki tua dan angkasawan. Kadar Banding jarak figura dengan audien seolah-olah audien dan pengkarya berada di hadapan figura tersebut dapat menjayakan perspektif antara audien dan karya. Penggunaan warna gelap sebagai latar belakang dapat menonjolkan imej figura dengan jelas. Kesan teknik sapuan dengan ilusi smudging pada kedua-dua figura di bahagian sisi muka lelaki tua dan tangan angksawan menimbulkan kesan fade away yang unik dan misteri. Dari segi interpretasi karya, figura lelaki tua melayu yang memperlihatkan imej seorang bapa itu melambangkan kehidupan dan budaya orang melayu melalui pemakaian kain pelikat yang lazimnya bercorak jalur dan dam. Menjadi kebiasaan seorang lelaki tua Melayu tinggal di rumah kampung tidak berbaju kerana cuaca yang panas. Tulisan dibahagian bapanya menunjukkan tempat tinggal dan tempat kelahiran pengkarya di Sungai Limau Dalam, Yan. Perkataan itu menggambarkan suasana kampung yang mempunyai sawah padi, kebun buah-buahan seperti rambutan, durian dan pisang. Dari sudut sosiologi ekonomi, orang Melayu di kampung lazimnya berkebun dan menjual hasil tanaman. Figura orang tua yang kosong melambangkan kehidupan yang sangat serdahana serta tidak mengikuti arus permodenan. Kesan teknik sapuan berus yang jelas pada kedutan kulit dan kesan timbul tulang pada badan lelaki tua memperjelaskan lagi usia dan emosi lelaki tua itu. I B R A H I M H U S S E I N , 1 9 7 0


Imej angkasawan ini diinspirasikan selepas peristiwa bersejarah penerbangan Apollo 11 yang pertama kali mendaratkan manusia di bulan pada tahun 1969. Figura angkasawan adalah gambaran kepada seorang lelaki yang hidup di dalam arus teknologi dan moden berbanding imej lelaki tua yang masih mengamalkan cara hidup biasa di kampung. Antara petikan di bahagian angkasawan ialah tarikh 13 March 1936 ialah merupakan tarikh kelahiran pengkarya. Antara perkataan lain yang tedapat pada sisi angkasawan ialah magnificent dan desolation yang bermaksud mengagumkan dan katandusan. Perkataan ini sesuai menggambarkan emosi dan perasaan teruja seorang angksawan semasa pertama kali mendarat di bulan yang mempunyai permukaan yang tandus tidak berpenghuni. Selain itu, ayat lain mungkin merujuk kepada takdir seorang manusia dan apa yang berlaku kepada pencapaian sesorang itu samada masih kekal atau hilang. Kesan biasan imej landskap pemandangan pokok palma atau kelapa di kelilingi oleh gunung, kehijauan dan langit yang biru mungkin merujuk kepada tempat percutian kegemaran atau kampung halaman pengkarya. Terdapat juga beberapa imej yang melekat pada sut angkasawan seperti duit kertas mata wang asing, kamera dan video kamera. Imej duit kertas mata wang asing menunjukkan nilai tinggi mata wang asing. Kamera dan video simbolik kepada rakaman memori atau diari dalam kehidupan manusia untuk memperingati peristiwa-peristiwa tertentu mahupun orang yang penting dalam kehidupan kita. Pengkarya sangat mengagumi dan mementingkan perubahan arus kemodenan. Mata wang asing mungkin merupakan sudut pandangan pengkarya mengenai ekonomi luar negara semasa pengkarya menetap di New York , Amerika dan juga di London. Pengkarya berminat menghasilkan karya kelihatan seperti printage dan kolaj seperti billboard yang mempunyai warna yang cerah seperti di sekitar New York, pengkarya menganggap karya beliau bersifat spontan walaupun berminat dengan ciriciri moden tetapi beliau masih dipengaruhi nilai dan budaya dari kampung halamannya (Phan, 2014). Karya My Father and The Astronaut ini berjaya membuat audien berfikir perbezaan pandangan diantara generasi yang berbeza. Sejauh mana perkembangan dunia dalam pelbagai bidang tetapi budaya dan tradisi tidak boleh dilupakan kerana ia merupakan akar dan jati diri seseorang. Expressionism contributed not a little, is an violent today as it ever was. It's serves as an antidote whenever arts threatens to grow too narcissistic and self-satisfied, and reminds us with shock of the emotional basis of all good art (Wolf, 2004).


SUMBER RUJUKAN


Click to View FlipBook Version