The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafiza.myassin, 2021-08-15 22:17:55

TAZKIRAH TAHUN 4

TAZKIRAH TAHUN 4

SAMBUTAN MAAL HIJRAH

2021M/1443H

TEMA :
“MANHAJ RABBANI UMMAH

BERKUALITI”

TARIKH :
16/08/2021 – 30/08/2021

PANDUAN DAN PERATURAN PERTANDINGAN MAAL HIJRAH

PERTANDINGAN SAJAK

1. Terbuka kepada semua murid tahap 2.
2. Murid akan diberi contoh sajak dalam bentuk video youtube. Boleh ambil dari situ

atau cari yang lain.
3. Murid dikehendaki berpakaian kemas dan berkopiah/songkok(murid lelaki) dan

bertudung bagi murid perempuan.
4. Murid digalakkan memakai baju melayu/baju kurung.
5. Persembahan mengikut kreativiti masing-masing.
6. Persembahan hendaklah berdurasi selama 2 hingga 3 minit.

PERTANDINGAN DAIE CILIK

1. Terbuka kepada semua tahap 2
2. Murid akan diberikan teks tazkirah.
3. Murid dikehendaki berpakaian kemas dan berkopiah/songkok bagi murid lelaki dan

bertudung bagi murid perempuan.
4. Murid digalakkan memakai baju melayu/baju kurung atau jubah.
5. Persembahan mengikut kreativiti masing-masing.
6. Tempoh tazkirah hendaklah berdurasi selama 3 minit.

VIDEO YANG TELAH SIAP BOLEH DIHANTAR KEPADA :

USTAZAH ASILAH 0199446011

TEKS
TAZKIRAH
TAHUN 4

TEKS TAZKIRAH TAHUN 4 (TUTUPLAH AURATMU)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….
Hari ini saya akan menyampaikan tazkirah bertajuk Tutuplah Auratmu.
Mengapakah kita perlu menutup aurat?
Firman Allah dalam surah An-nur ayat 24.

Bermaksud :
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya.
Berdasarkan dalil di atas, hukum menutup aurat ialah wajib.
Apa itu aurat? Aurat ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup dan tidak boleh
didedahkan.
Bagaimana batasan aurat?
Aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut. Aurat perempuan pula seluruh badannya kecuali
muka dan tapak tangan.
Nabi Muhammad pernah bersabda yang bernaksud : ada dua golongan ahli neraka yang
belum pernah dilihat oleh baginda dan salah satunya ialah perempuan yang membuka
aurat, yang cenderung melakukan maksiat dan mendorong orang lain juga melakukan
maksiat, kepala mereka mempunyai sanggul seperti bonggol unta yang senget. Mereka tidak
akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.
Bagaimana ciri-ciri pakaian menepati syara’?
Antara ciri-ciri pakaian menepati syara’ ialah menutup aurat, tidak ketat, tidak jarang hingga
menampakkan warna kulit aurat yang ditutup, tidak menonjol dan menarik perhatian.
Hikmah berpakaian menutup aurat ialah membuktikan ketaatan terhadap perintah Allah
S.W.T dan dapat menjaga maruah dan kehormatan diri.

Kesimpulannya, mengamalkan adab berpakaian yang menepati syara’ bukan sahaja dapat
memelihara kehormatan seorang muslim. Bahkan menjadikan pemakainya yakin dan
menjadikan orang disekelilingnya berasa selesa.


Click to View FlipBook Version