13 JUN 2022 SMK DANG ANUM
MAJLIS PELANCARAN
Program Guru Penyayang,
SisKA & Sekolahku Sejahtera
7.00 PAGI DATARAN SMKDA
Dirasmikan Oleh:
YBhg DATUK ROSLAN BIN HJ. AHMAD
TIMBALAN PENGERUSI UMNO JASIN
PENGERUSI PANORAMA MELAKA
13 Jun 2022 SMKDA
Pengenalan
Pelaksanaan amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar setiap guru
membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa
maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi. Mengasihi dan bersifat
belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang
adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap
muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,
mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria,
perihatin dan sabar. Guru Penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid
mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga,
dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Penerapan
nilai-nilai kasih sayang dan kepedulian turut wujud dalam Program SisKA
dan Sekolahku Sejahtera. Sekolah yang selamat dan sejahtera akan
mewujudkan suasana kondusif dan selesa kepada seluruh warga sekolah.
Matlamat
Merealisasikan slogan SEKOLAHKU SEJAHTERA sekaligus menerapkan
budaya penyayang dan keluarga asrama. Sekaligus menuju tagline Tn Hj
Hassan bin Yahaya (Pengetua) “AKADEMIK CEMERLANG DITUNJANGI,
SAHSIAH TERPUJI DITELADANI”. Program-program ini juga bertujuan untuk
membantu merealisasikan hasrat KPM untuk menghasilkan kemenjadian
murid di sekolah sebagai modal insan negara.
13 Jun 2022 SMKDA
Objektif
Meningkatkan keterlibatan guru dan warga sekolah dalam pelaksanaan
amalan guru penyayang dan sekolah sejahtera dalam persekitaran
sekolah.
Membudayakan elemen kekeluargaan, melahirkan murid berketrampilan,
mewujudkan suasana gembira, berkasih sayang, hormat menghormati
dan sekolah sejahtera.
Meningkatkan peranan semua pihak dalam membantu meningkatkan
kecemerlangan akademik dan sahsiah murid untuk menghasilkan
kemenjadian murid di sekolah.
Menyatukan perpaduan antara murid, guru dan warga sekolah pelbagai
kaum dengan baik melalui Program Guru Penyayang, SisKA & Sekolahku
Sejahtera.
Sasaran
Semua guru, murid dan warga SMK Dang Anum, Merlimau Melaka.
Pelaksanaan
Tarikh : 13 Jun 2022
Hari : Isnin
Tempat : Dataran SMK Dang Anum
13 Jun 2022 SMKDA
Pengisian
Ahli Jawatankuasa Induk
13 Jun 2022 SMKDA
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
13 jun 2022 SMKDA
Rumusan
Diharapkan agar Sambutan Program Guru Penyayang, Sistem Keluarga
Asrama (SisKA) & Sekolahku Sejahtera Peringkat Sekolah Kalendar
Akademik 2022/2023 dapat membantu pihak sekolah memberi
pendedahan maklumat dan celik akal kepada murid, seluruh warga sekolah
dan komuniti tentang amalan penyayang dan kesejahteraan sekolah untuk
persekitaran kondusif seluruh warga sekolah. Secara tidak langsung,
sambutan ketiga-tiga program ini dapat membantu pihak sekolah
mewujudkan suasana “SEKOLAHKU SEJAHTERA”.
Penghargaan
Sekalung Penghargaan Terima Kasih dan Tahniah kepada pihak penganjur
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, UNIT ASRAMA, JAWATANKUASA 3K,
UNIT DISIPLIN & PROGRAM PENGHAYATAN PERPADUAN telah
melaksanakan program ini dengan jayanya.