stemMinggu
2021
Anjuran :
Panitia Sains dan Matematik
STEM Menjana Teknologi Masa Depan
UCAPAN PENGETUA 3
En Ishak bin Awang Bismillahirahmanirahim
Pengetua Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana
SMK Kubang Rotan dengan izin-Nya kita masih lagi diberi kekuatan dan kesungguhan untuk memikul amanah
sebagai pendidik. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih atas
komitmen dan kesungguhan kepada Jawatankuasa Minggu STEM 2021 kerana telah berjaya
merancang dan melaksanakan aktiviti sepanjang minggu ini.
Minggu STEM 2021 peringkat SMK Kubang Rotan ini diadakan berteraskan pendidikan STEM
(Science, Technology, Engineering and Mathematics ) yang melibatkan aktiviti berbentuk
pertandingan dan Hands on Activity. Elemen-elemen ini adalah antara beberapa aktiviti yang
dicadangkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mencapai Key Performance
Index (KPI) ke-2 dalam Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM, iaitu Peratus Pelibatan Murid
dalam Aktiviti Kokurikulum berunsurkan STEM.
Dalam konteks Malaysia, STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum
sekolah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar. Ini
termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) yang
menekankan pendidikan STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
dengan sokongan menerusi pelbagai pihak berkepentingan. Pendidikan STEM menjadi
keutamaan kepada pihak sekolah dan universiti ke arah memartabat serta memperkukuhkan
bidang terbabit kepada generasi muda.
Pendidikan STEM itu penting. STEM adalah masa hadapan, penggerak ekonomi baharu, menghasilkan 4
pencipta, penginovasi dan penyelesai masalah. Ekonomi berasaskan inovasi memerlukan bakat STEM yang akan
menjadi saintis, penginovasi dan pencipta pada masa hadapan. Emerging Science, Engineering and Technology
(ESET) Study menyatakan Malaysia berada dalam fasa ekonomi berasaskan inovasi dan akan berubah ke era
humanization economy age. World Economic Forum (WEF) 2018 dalam Skills Outlook 2022 menyenaraikan 10
kemahiran yang sedang berkembang dan 10 kemahiran yang sedang menguncup pada tahun 2022. Landskap
ekonomi dunia mula berubah dengan kepelbagaian inovasi dan pemesatan pengetahuan berteraskan internet
mudah alih (mobile internet), data raya (big data) dan Internet of Things (IoT) telah mengubah landskap
sosioekonomi global. Kebanyakan perkara semuanya dihujung jari anda.
Pendidikan STEM juga menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi,
kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK-
21) serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pembangunan komponen ini dilihat dapat melahirkan generasi
muda yang mempunyai kemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah kompleks.
Dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 di mana gabungan Kecerdasan buatan dan revolusi
maklumat , generasi muda khususnya perlu menguasai bidang STEM. Ini adalah bagi melahirkan modal insan
yang mahir di dalam bidang teknologi masa hadapan yang menjadi teras dalam Revolusi Industri 4.0. Dunia kini
berdepan Revolusi Industri 4.0 yang memerlukan generasi berpengetahuan tinggi dan berkeupayaan
menghadapi cabaran teknologi baharu lebih kompleks. Dunia juga memerlukan generasi yang berdaya tahan
dan bukan saja menjadi pengguna teknologi, malah memulakan atau mencetuskan teknologi.
Usaha memperkasa budaya STEM dalam kalangan generasi muda, media dan teknologi mesti
dimanfaatkan sepenuhnya. Lebih-lebih lagi kini generasi muda begitu rapat dengan teknologi. Selama ini
kebanyakan orang meletakkan sempadan minda bahawa STEM ini pembelajaran sukar perlu dikikis bagi
mengelakkan mereka terus menjauhi bidang ini.
5
Pelaksanaan STEM tidak hanya kepada golongan muda, tetapi institusi pendidikan seperti sekolah dan
universiti perlu memainkan peranan. Berdasarkan buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik (STEM) di dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P), elemen STEM dalam Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) sudah termaktub dengan jelas.
Walaupun kita sekarang berdepan dengan pelbagai kekangan akibat pandemic Covid19, ia bukanlah
penghalang untuk kita meneruskan aktiviti KoAkademik seperti dahulu. Pelbagai aktiviti telah disusun
sepanjang minggu ini dengan kesesuaian kepada norma baharu. Oleh itu, semua murid digalakkan untuk
melibatkan diri bagi menyerlahkan kebolehan dan bersaing secara sihat dalam aktiviti yang akan diadakan.
Semua aktiviti yang dirancang bertujuan membantu pelajar menguasai mata pelajaran Sains dan Matematik
dengan lebih mantap.
Sekalung penghargaan dan terima kasih, saya ucapkan kepada semua guru Sains dan Matematik yang
telah membuat perancangan yang rapi bagi menjayakan Minggu STEM bagi tahun ini. Saya amat berharap
segala aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Akhir kata, dengan lafaz agung lagi suci “BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM” , saya dengan ini merasmikan
pelancaran Minggu STEM Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan bagi tahun 2021.
Sekian. Wassalam.
STEM Menjana Teknologi Masa Depan
7
PENDAHULUAN
Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains dan Matematik
SMK Kubang Rotan. Ia merupakan satu program tahunan bidang Sains dan Matematik.
Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar SMK Kubang Rotan terhadap mata
pelajaran Sains dan Matematik.
Akibat dari situasi pandemik Covid19 yang sedang melanda dunia sekarang, maka
program yang dirancang adalah secara maya. Program-progam ini diharap mampu
memberi perangsang kepada semua pelajar dan menarik minat mereka terhadap mata
pelajaran sains dan teknologi serta matematik dan melahirkan pelajar yang berketrampilan,
kreatif dan inovatif.
Program ini juga diharap mampu menjana kreativiti murid dan mengisi masa lapang
mereka di rumah semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) di luar waktu
pelaksanaan pdpr di sebelah pagi.
“ 8
MATLAMAT
a) Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik dan melahirkan
pelajar bermotivasi tinggi
b) Mengisi waktu lapang di rumah masing-masing dalam tempoh perintah kawalan pergerakan
(PKP) dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah
c) Meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan.
d) Melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi, inovatif dan kreatif
selaras dengan hasrat teras kedua PIPP iaitu melahirkan modal insan yang berdaya saing
tinggi.
9
OBJEKTIF
a) Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada kepada situasi sebenar
b) Mencetuskan pemikiran kreatif dan bakat disamping membentuk nilai dan konsep kendiri
c) Melahirkan modal insan yang memiliki ciri-ciri intelek dan kemahiran Sains dan
Matematik bagi memacu negara ke arah kejayaan
d) Memupuk semangat kecintaan terhadap bidang sains dan matematik
10
KUMPULAN
SASARAN
SEMUA PELAJAR
SMK KUBANG ROTAN
“ 11
TARIKH
11 JULAI 2021 - 15 JULAI 2021
JAWATAN 12
KUASA
Penasihat : En Ishak bin Awang
Pengerusi Pengetua SMK Kubang Rotan
Penyelaras
Setiausaha : Pn Raudzah binti Abdullah
AJK Penolong Kanan Pentadbiran
: Pn Halimatul Saadiah binti Shafie
Guru Kanan Sains dan Matematik
: Pn Intan Shapinas binti Che Man
Ketua Panitia Sains
: Semua Guru Matematik
Semua Guru Sains
13
JK KERJA Info Minggu STEM 2021 : Pn Erni binti Harun
Promosi Pertandingan : Pn Hasliza binti Jamaludin
Dokumentasi : Pn Intan Shapinas binti Che Man
Video / Montaj Pelancaran : En Mohd Ainullah bin Perma Suria
Hadiah dan Cenderamata En Mohd Marwan bin Mazelan
: Pn Faisalizahan binti Md Salleh
Kumpul Nama Pemenang
Sijil Digital Pemenang Pn Azlia binti Mahmud
: Pn Azlina binti Abd Wahab
: Pn Nor Aida binti Amran
Pn Oh Mooi Hoon
AKTIVITI 14
TARIKH AKTIVITI TINDAKAN PLATFORM
En. Mohd Ainullah
11 Julai 2021 Pelancaran Minggu STEM 2021 WhatsApp Kelas
En. Mohd Marwan Buletin SMKKR
11 Julai 2021 Fun Run Pn Intan Shapinas Web Sekolah
hingga UPCYCLE PROJECT - STEM En Mohd Ainullah
Reka cipta Bahan Kitar Semula Pn Hasliza
15 Julai 2021 Infografik STEM En Mohd Marwan
Kuiz Sains Pn Azlina
Sepanjang Teka Silang Kata Sains Pn. Azlia
tempoh Kuiz Matematik Menengah Rendah Pn. Oh Mooi Hoon
PdPR Kuiz Matematik Menengah Atas Pn. Faisalizahan
SUDOKU Pn. Erni
MATCH GAME Pn. Nor Aida
Anugerah Cemerlang PdPR Semua guru Sains
dan Matematik
Sains dan Matematik
“ 16
MONTAJ
PELANCARAN
17
Fun Run
GURU PENYELARAS :
PN INTAN SHAPINAS BINTI CHE MAN
18
Upcycle
Project
GURU PENYELARAS :
EN MOHD AINULLAH BIN PERMA SURIA
19
Reka Cipta
Bahan Kitar Semula
GURU PENYELARAS :
PN HASLIZA BINTI JAMALUDIN
20
Infografik
STEM
GURU PENYELARAS :
EN MOHD MARWAN BIN MAZELAN
KUIZ SAINS 21
MENENGAH RENDAH
GURU PENYELARAS :
PN AZLINA BINTI ABD WAHAB
22
TEKA
SILANGKATA SAINS
GURU PENYELARAS :
PN AZLIA BINTI MAHMUD
23
KUIZ MATEMATIK
MENENGAH RENDAH
GURU PENYELARAS :
PN OH MOOI HOON
KUIZ MATEMATIK 24
MENENGAH ATAS
GURU PENYELARAS :
PN FAISALIZAHAN BINTI MD SALLEH
25
SUDOKU
GURU PENYELARAS :
PN ERNI BINTI HARUN
26
MATCH
GAME
GURU PENYELARAS :
PN NOR AIDA BINTI AMRAN
27
CEMERLANG PdPR
SAINS DAN MATEMATIK
CEMERLANG PDPR CEMERLANG PDPR
SAINS MATEMATIK
DAFTAR
SEGERA
29
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih yang tidak terhingga
dari
JAWATANKUASA MINGGU STEM 2021
kepada
PENGURUSAN SEKOLAH
GURU-GURU
PELAJAR
&
WARIS/PENJAGA
serta semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan Minggu STEM 2021
TEAM 30
BIDANG SAINS DAN
MATEMATIK