KESAN ILMU DALAM
KEHIDUPAN INDIVIDU
DIBENTANGKAN OLEH :
AHMAD SUFI DANIAL BIN ABDUL AZIZ (34DDT21F1048)
MUHAMMAD IRFAN BIN MUHAMMAD ZAKI (34DDT21F1002)
MOHAMAD FARHAN BIN AMIN (34DDT21F106)
WAN AHMAD BADRUL AMIN BIN WAN MOHDAZRI (34DDT21F10022)
DITUJUKAN KEPADA : USTAZAH ENDON
“Tuntutlah Ilmu”
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah
SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan
untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah
memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke
Syurga”
(Hadith Riwayat Muslim)
Bagi kita orang Islam, jenis ilmu yang wajar dipelajari
adalah yang mampu membentuk sudut pandangan hidup
yang sempurna dan sederhana.
Sebagai contoh:
Mengelakkan kita daripada
mudah dimanipulasikan oleh
pihak yang tidak
bertanggungjawab
• MENGUATKAN IMAN
KITA DAN TIDAK
MENJERATKAN KITA KE
JALAN YANG SALAH.
• DAPAT MEMBUATKAN
SESEORANG INDIVIDU
BERFIKIR DENGAN
RASIONAL.
Ilmu tentukan generasi
berakhlak
• Memiliki ilmu pengetahuan menjadi
asas penting menjalankan tugas
sebagai khalifah kerana agak sukar
seseorang yang tidak berilmu Umat Islam hendaklah menjadi insan yang
melaksanakan apa yang sentiasa mencintai pembelajaran dengan
diperintahkan dengan sempurna. menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan pelbagai
pihak seperti di masjid, surau dan tempat kerja.
memetik sabda Rasulullah SAW: "Menuntut ilmu
itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam, lelaki
dan perempuan."
KESAN ILMU DALAM KEHIDUPAN INDIVIDU
1. Ilmu memberi peluang kerjaya
➢ dapat kerja yang lebih baik untuk menyara kehidupan
➢memperoleh pendapatan bulanan yang tinggi dan tetap
➢kehidupan lebih selesa dan terjamin.
❖ Dengan kepelbagai ilmu yang dimiliki, peluang kerjaya seseorang akan lebih terbuka dan
mudah untuk mendapat kerja. Kita juga akan mampu untuk menjawat jawatan yang lebih
besar. Hasrat dan cita-cita kita hanya akan tercapai jika kita mempunyai ilmu. Kerjaya
proffesional seperti doktor, peguam dan akauntan memerlukan mereka yang berilmu.
2. Dihormati dan dipandang mulia oleh masyarakat
➢ orang yang berilmu menjadi rujukan dalam bidang kepakaran masing-masing
➢ doktor, peguam, hakim, arkitek dan guru
➢ masyarakat akan menyanjung tinggi dan menghormati
➢ dapat membantu masyarakat dalam kerja-kerja amal.
❖ Orang yang berilmu akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Masyarakat sangat menghargai orang yang berilmukerana
khidmat mereka boleh digunakan untuk kepentingan umum. Contohnya, doktor mampu memberi
rawatan kepada pesakit, pendakwah mampu memberi kesedaran kepada masyarakat dan guru boleh menyampaikan ilmu
kepada para pelajar. Masyarakat akan menghargai jasa-jasa orang yang berilmu kerana mereka telah berjaya memberikan
perkhidmatan yang diperlukan.
.
3. Taraf hidup dapat ditingkatkan
➢ memperbaiki kehidupan sendiri atau keluarga
➢ impian akan menjadi kenyataan seperti untuk memilik rumah, kereta dan kemewahan hidup
➢ dapat memperolehi kesenangan dalam hidup.
❖Orang yang berilmu akan dapat mempertingkatkan taraf hidup mereka dan juga keluarga mereka. Dengan
ilmu yang mereka miliki, mereka akan berkerjaya dan bergaji yang lumayan. Pendapatan yang mereka
perolehi membolehkan mereka mengubah kehidupan dengan membina rumah yang lebih selesa, berkereta
yang sesuai dengan taraf kehidupan dan mampu memiliki keperluan asas dan kehendak diri mereka.
Mereka juga boleh menggunakan ilmu mereka bagi mendapatkan pendapatan sampingan seperti berniaga,
membuat tuisyen dan sebagainya.
4. Mengelakkan diri daripada ditipu atau ditindas
➢ mampu berfikir dan membezakan antara perkara baik atau buruk, betul atau salah
➢ menjadikan kita lebih berwawasan untuk menjamin masa depan.
❖ Kita sering mendengar, orang-orang kampung ditipu oleh penjual melalui peraduan gores dan menang.
Mereka dengan mudah memberikan harta sama ada dalam bentuk barangan atau wang tunai semata-mata
tertarik dengan barangan murah atau barang mudah dapat. Hal ini terjadi kerana, masyarakat yang
terpedaya itu tidak berilmu dan tidak berfikir panjang. Hal ini tidak terjadi kepada masyarakat yang berilmu.
5. Boleh berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.
❖Ilmu yang dimiliki oleh seseorang bukan sahaja boleh memajukan diri mereka malahan mereka juga boleh
menyumbangkan tenaga mereka untuk membangunkan agama, bangsa dan negara. Dari segi agama,
mereka boleh menyampaikan ceramah yang boleh menyedarkan manusia tentang kehebatan agama Islam
dan mendidik masyarakat supaya mematuhi ajaran-ajaran agama. Secara tidak langsung, apabila kesedaran
agama itu timbul, masyarakat akan menjadi berjaya membangunkan bangsa dan negara mereka. Ini kerana,
semua ajaran agama mengajak manusia melakukan kebaikan.
6. Orang yang berilmu akan terjamin kehidupan mereka.
❖Dengan adanya ilmu, kita boleh memperoleh pekerjaan yang lebih baik untuk menjamin kehidupan kita
pada masa akan datang. Dengan perancangan yang teliti, pendapatan bulanan kita membolehkan kita
merancang kehidupan dengan yang lebih sempurna. Malahan kita boleh berbelanja mengikut kehendak
kita, kita boleh melancong, membeli pakaian dan menyara kehidupan. Situasi ini mnugkin berbeza dengan
mereka yang kurang berilmu dalam hidup mereka.
KESAN jika tidak mempunyai ilmu
DALAM KEHIDUPAN
INDIVIDU
• Kehidupan terumbang ambing dan tidak menentu – peluang untuk mendapat
pekerjaan bagi menyara kehidupan menjadi tipis
• Peningkatan masalah sosial dalam kalangan masyarakat – taraf kehidupan rendah,
berlakunya masalah kemiskinan, kehidupan tidak menentu.
• Daya saing tenaga kerja menjadi rendah – peluang untuk menjawat jawatan yang
lebih baik tidak mampu menjadi kenyataan- hanya bekerja diperingkat bawahan.
• Dipandang rendah oleh masyarakat – masyarakat tidak dapat menaruh harapan
yang tinggi untuk membantu mereka – menganggap kehadiran mereka tidak penting
Konklusinya: Belajarlah. Tak kiralah
di sekolah ataupun di rumah, kerana
ilmu itu cahaya yang menerangkan
jalan anda.
Bab kata pepatah era moden ini:
"Sekolahlah kamu sebelum kamu
dipersekolahkan".