SURAU NURUL KHAIRIAH
JALAN SEMBILANG, TAMAN LELA 1
34600 KAMUNTING, PERAK DARUL RIDZUAN
MESYUARAT AGUNG KALI KE 19
TARIKH: 22 MAC 2020
(AHAD)
MASA: 8.00 MALAM
TEMPAT: SURAU NURUL KHAIRIAH
JALAN SEMBILANG, TAMAN LELA 1
34600 KAMUNTING, PERAK DARUL RIDZUAN
1
VISI
BERPERANAN SEBAGAI PUSAT IBADAH YANG DAPAT MELAHIRKAN UMMAH
YANG BERIMAN, BERILMU DAN BERAKHLAK MULIA.
MISSI
UNTUK MENJADIKAN SURAU NURUL KHAIRIAH PUSAT KOMUNITI YANG DAPAT
MENTERJEMAHKAN PENGHAYATAN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP MELALUI
AKTIVITI-AKTIVITI, PROGRAM-PROGRAM ILMU DAN DAKWAH YANG
DIJALANKAN SERTA MENJADIKAN SURAU NURUL KHAIRIAH INI HIDUP
SEPANJANG MASA.
MOTTO
“TAQWA IMAN AMAL”
2
ISI KANDUNGAN BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG SNK KALI KE 19
1 Visi, Missi dan Motto SNK 2
2 Muqaddimah Buku Mesyuarat Agung kali ke 19 4
3 Aturcara Majlis 4
4 Notis Mesyuarat Agung 5
5 Ahli Jawatan Kuasa Surau 2018-2020 6
6 Ucapan Aluan Oleh Pengerusi Surau 7
7 Minit Mesyuarat Agung Kali ke 18 8
8 Laporan Tahunan Surau 2019 12
9 Penyata Kewangan Berakhir Dec 2019 Lampiran
10 Pemilihan Pemeriksa Kira-Kira 14
11 Perlembagaan Surau (Draf) 14
12 Penghargaan 22
MUQADDIMAH BUKU MESYUARAT AGUNG KALI KE 19
3
PENGENALAN:
1. NAMA SURAU: SURAU NURUL KHAIRIAH, JALAN SEMBILANG, TAMAN LELA 1, KAMUNTING.
2. AHLI KARIAH SURAU:
2.1 Taman Lela 1
2.2 Taman Lela 2A dan 2B
2.3 Taman Rakyat
2.4 Taman Juta
2.5 Taman Indah
2.6 Kg Sg Limau,Batu 6
2.7 Kg Perwira
2.8 Taman Kamunting Perdana
3. MESYUARAT
Mesyuarat Agung kali ini adalah untuk kali yang ke 19, dimana selepas ini mesyuarat agung
seterusnya akan diadakan pada setiap tahun tanpa ada pemilihan AJK sehingga awal tahun 2022.
ATURCARA MAJLIS
7.00 malam – kehadiran ahli kariah SNK
7.30 malam – Solat Fardhu Maghrib berjemaah
8.00 malam- pendaftaran kehadiran
8.20 malam – ucapan Pengerusi SNK
8.25 malam – Bacaan Doa Selamat
8.30 malam – Mesyuarat Agung Bermula
AJK PENGELOLA
AJK Jamuan – Tn Haji Ahmad b Ismail (Ketua)
AJK Multimedia – Cg Azahry b Jeraie (Ketua)
AJK Pendaftaran – Lelaki – Tn Bendahari
Perempuan – Pn Setiausaha
4
Rujukan Kami: SNK/SU/01/2018/2022(7)
Tarikh: 1 Mac 2020
Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Yang dihormati,
Ahli Jawatankuasa SNK Taman Lela
Semua Ahli Khariah Surau Taman Lela.
Tuan/Puan
NOTIS MESYUARAT AGUNG SNK TAMAN LELA, KALI KE 19
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
1. Adalah saya telah di arahkan merujuk perkara tersebut di atas, dengan hormatnya
mempersilakan tuan/puan dan semua penduduk/ahli khariah Surau Nurul Khairiah untuk
hadir ke MESYUARAT AGUNG SNK TAMAN LELA, KALI YANG KE 19 yang bakal
diadakan seperti ketentuan berikut:
a. Tarikh : 22 Mac 2020 (Hari Ahad).
b. Masa : 8.00 malam.
c. Tempat : Surau Nurul Khairiah, Taman Lela 1
2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu.
2.3 Membentang dan menerima Laporan Tahunan 2019
2.4 Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2019.
2.5 Memilih (2) orang pemeriksa kira-kira bagi tahun 2020 -2022
2.6 Membahas usul-usul
2.7 Ucapan Penangguhan
.
3. Untuk maklumat juga, jika terdapat sebarang cadangan/usul, pihak tuan/puan/
muslimin/muslimat bolehlah menghantar melalui surat (UP:Pengerusi) atau pun melalui
aplikasi WhatsApp di talian 016-5041758 selewat-lewatnya sebelum 15 Mac 2020. Sebagai
ingatan juga, kutipan yuran tahunan ahli sebanyak RM3.00 (Ringgit Malaysia Tiga Sahaja)
akan dikutip semasa pendaftaran berlangsung.
4. Justeru itu, kehadiran tuan/puan/muslimin/muslimat adalah wajib jika tiada uzur syarie
dan didahului dengan Jazakallahu Khairan Kathira.
Sekian, terima kasih.
“TAQWA, IMAN, AMAL”
Yang menjalankan amanah
NORIAH AHAMAD
Setiausaha SNK 2018-2022
5
SENARAI AJK DAN PEGAWAI SURAU 2018-2022
Penasihat : Ustaz Haji Helmi bin Adnan
Pengerusi : Haji Ismail bin Othman
N/Pengerusi : Haji Baharum bin Ishak
Setiausaha : Pn Noriah bt Ahamad
P/Setiausaha : En. Mohd Zain bin Abd Rahman
Bendahari : Haji Ismail bin Yusuff
Ketua Dakwah dan Pendidikan : En Mohd Sabri bin Talib
Ketua Lujnah Kebajikan dan Keselamatan : En Nazri bin Mohd Shariff
Ketua LujnahPembangunan dan : Haji Ahmad bin Daud
Penyelenggaraan
Ketua Lujnah Ekonomi dan Kewangan : En Azmi bin Mad Noh
Ketua Lujnah Keceriaan : Haji Ahmad bin Haji Ismail
Ketua Lujnah Multimedia dan Penyiaran : En Azahry bin Jeraie
Ketua Muslimat : Hjh Sokriya binti Ibrahim
Imam : Haji Baharum bin Haji Ishak
: Haji Ismail bin Othman
: Haji Ahmad bin Haji Ismail
Haji Abbas bin Hussin
: Haji Mohd Yusof bin Md Noor
: En Yaakob bin Wan Hanif
: En Mohd Zain bin Abd Rahman:
: Ust Azhar bin Ahmad
Muazzin : Haji Syed Yahya bin Syed Nonchik
: Haji Ahmad bin Daud
: En Awang Tahrin bin Abd Majid
: En Jamluddin bin Alias
: En Ahmad Zamir bin Ahmad Soran
Siak : Haji Abbas bin Hussin
: En Saad bin Abd Ghani
: En Rosli bin Abu Bakar
6
UCAPAN ALUAN PENGERUSI SURAU
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurniaNYA, serta dengan rahmatNYA,, pihak surau dapat melaksanakan
/mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Surau Nurul Khairiah Kali
Ke19.
Saya selaku Pengerusi Surau Sessi 2019-2022 merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan AJK
yang dilantik seramai 10 orang melalui Watikah Perlantikan yang telah disampaikan oleh Orang Besar
Jajahan (OBJ) Daerah Larut Matang dan Selama pada 25 Feb 2020.
Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Kariah Surau (muslimin/muslimat) yang meluangkan masa untuk
sama-sama hadir pada mesyuarat kali ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat
memberikan pandangan/idea-idea yang bernas /teguran yang membina demi kebaikan dan keceriaan
surau kita.
In sya Allah saya bersama AJK akan merencanakan pelbagai program untuk mengimarahkan surau,
kerana hidup atau matinya sesebuah surau akan terletak pada program-program yang akan
meningkatkan taqwa dan iman umat islam dan merapatkan ukhuwah di kalangan ahli-ahli kariah. Tiada
guna kita mempunyai surau yang indah tetapi sepi dari segi pengisian program yang bermanfaat.
Meningkatnya bilangan ahli jemaah dalam solat wajib 5 waktu adalah antara beberapa kayu ukur yang
penting yang mewujudkan keberkesanan kewujudan sesebuah surau.
Kami menyedari bahawa kami bukanlah barisan yang terbaik untuk menjadi pentadbir yang sempurna,
jesteru dengan rendah hati dikesempatan ini, kami mohon kerjasama semua pihak agar terus
membantu kami dalam semua aspek.
Sokongan yang “istiqamah”dari semua amat diharapkan dalam memakmurkan surau kita.
Akhir kata, saya menyeru semua ahli kariah untuk turut serta menjayakan program-program yang kita
rancangkan sepanjang tahun 2020 dan seterusnya.
Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum wtb.
Pengerusi
HAJI ISMAIL BIN OTHMAN
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 18
7
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 18, SURAU NURUL KHAIRIAH, TAMAN LELA,
KAMUNTING
TARIKH : 8 APRIL 2018
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : SURAU NURUL KHAIRIAH
Kehadiran:Muslimin Alamat
219 Jalan Kelantan, Taman Rakyat
Bil Nama 95 Jalan Sembilang, Taman Lela
1 Tn Hj Aznan Mohd 465 Jalan Pahang, Taman Rakyat
2 Tn Hj Ahmad Hj ismail 176 Jalan Kelah, Taman Lela
3 En Sallah Ahmad 96 Jalan Sembilang, Taman Lela
4 Tn Hj Mat Nordin b Utar 33 Jalan Senangin, Taman Lela
5 En Abu Hasssan b Mat 320 Jalan Puyu, Taman Lela
6 Tn Hj Yahya b Hashim 59A Jalan Kelah, Taman Lela
7 En Mat Daud b Sahak 467 Jalan Pahang, Taman Rakyat
8 En Mazlan b Hanafiah 13 Lorong Perdana 32, Taman Kamunting Perdana
9 Tn Hj Ismail b Othman 143 JalanTalang, Taman Lela
10 En Abdul Karim b Ahmad Jalan Limbat, Taman Lela 1
11 En Ismail b Yusoff 306 Jalan Kelantan, Taman Lela
12 En Hasifuddin b YeopZakaria Kampung Changkat Larah
13 En Mohd Yusoff b Isa 1 Lorong 19, Kamunting Perdana
14 En Hami Zulfadi b Shahidan 340 Jalan Puyu, Taman Lela 1
15 Tn Hj Shamsudin b HjShafie 323 Jalan Puyu, Taman Lela 1
16 Tn Hj Zakaria b Hj Man 66 Jalan Bawal, Taman Lela 2B
17 En Jamaluddin b Alias 55 Jalan Bawal, Taman Lela 2B
18 En Ahmad b Daud 24 Lorong 7, Taman Kamunting Perdana
19 En Makhtiar b Abu Bakar 32 Jalan Sepat, Taman Kamunting Perdana
20 En Izwan Sulaiman b Jasni 321 Jalan Kelantan, Taman Rakyat
21 En Mohd Azhary b Jeraie 137 Jalan Kaloi, Taman Lela
22 En Mohd Shafik Najmi b Kararulzaman 166 Jalan Kelah, Taman Lela
23 En Abdul Aziz b Noor 32 Lorong 10 Taman Kamunting Perdana
24 En Azhwi b Mokhtar 353 Jalan Terangganu, Taman Rakyat
25 En Abu Bakar 385 Jalan Terangganu, Taman Rakyat
26 En Mat Nasib b Alang Ahmad 74 Jalan Bawal, Taman Lela 2B
27 Tn Hj Norsidi b Tun 5 Lorong Perdana 20, Taman Kamunting Perdana
28 En Che Basir b Saad 60 Jalan Sepat, Taman Kamunting Perdana
29 En Abdul Latif b Kassim 327 Jalan Kelantan, Taman Rakyat
30 En Kamal b Arshad 403 Jalan Pahang, Taman Rakyat
31 En Aripin b Latef Taman Lela 1
32 Tn Hj Zain b Ahmad Taman kamunting Perdana
33 En Nazmi b MohdSofi Taman Rakyat
34 En Hassan b Pin Taman Lela 1
35 En Saari b Saad Taman Rakyat
36 En Yahaya b Anang
37 En Kamaruddin b Darus 8
Kehadiran:Muslimat
Bil Nama Alamat
1 Pn Shuayah bt Kamarudin 299 JalanSepat, Taman Lela 1
2 Pn Khodijah bt Lope 59 Lorong Aman 9, Taman Larah Aman
3 Pn Halimah bNonek 168 Jalan Kelah Taman Lela 1
4 Pn Hjh Sokriya bt Ibrahim 60 Jalan Bawal, Taman Lela 2
5 Pn Badariah bt Hj Arshad 240 Jalan Haruan, Taman Lela 1
6 Pn Norizan bt Jusuh 285 JalanTengas Taman Lela 1
7 Pn Noriah bt Ahamad 49 Jalan Kedah, Taman Rakyat
8 Pn Hamidah bt Abdullah 487 Jalan Pahang, Taman Rakyat
9 Pn Helma bt Mohamad 75 Jalan Bawal, Taman Lela 2B
Agenda 1: Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis - Tuan Haji Nordin Bin Utar
1.1 Ucapan terima kasih kepada semua ahli kariah yang dapat hadir ke mesyuarat agung ini.
1.2 Ucapan terima kasih kepada semua penduduk yang menjadi kariah kepada surau ini di atas
segala kerjasama, sumbangan, pengorbanan dan sokongan serta dokongan yang berterusan
sehingga surau ini berjaya menjadi suatu medan dakwah, ilmu dan pusat ibadah.
Agenda 2: Ucapan Pengerusi Surau – Tuan Haji Baharum Bin Ishak
2.1 Ucapan terima kasih kepada semua ahli kariah yang dapat hadir ke masyuarat agung ini.
2.2 Ucapan terima kasih kepada semua penduduk yang menjadi kariah kepada surau ini di atas
segala kerjasama, sumbangan, pengorbanan dan sokongan serta dokongan dalam menjayakan
mesyuarat agung kali ini.
Agenda 3: Melantik Pengerusi Majlis
Majlis telah bersetuju melantik Tuan Haji Nordin Bin Utar sebagai Pengerusi Majlis Mesyuarat.
Agenda 4: Melantik 2 orang Pencatat Minit Mesyuarat . Majlis telah bersetuju melantik Encik Mohd
Azhary Bin Jeraie dan Puan Sokriya binti Ibrahim sebagai Pencatat Minit.
Agenda 5: Pembentangan Minit Mesyuarat Agung yang lalu – Tuan Hashifudin Bin YeopZakaria
Cadangan – Tuan Haji Ismail Bin Othman
Sokongan – Tuan Haji Ahmad Bin Ismail
Agenda 6: Membentang dan Mengesahkan Laporan Aktiviti Surau - Tuan Hashifudin Bin
YeopZakaria
Cadangan – Encik Nazri Bin Mohd Shariff
Sokongan – Encik Jamaluddin Alias
Agenda 7: Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan – Encik Ismail Bin Yussuf
7.1 Penyata Kewangan dibatalkan lantaran masalah jumlah penerimaan wang tidak selari dengan
perbelanjaan wang dan penyata kewangan dan akan dibetulkan kemudian.
9
7.2 Cadangan daripada Puan Noriah iaitu menangguhkan penyata kewangan ke Mesyuarat Pertama
AJK Surau dan memasukkan butiran penyata kewangan yang tidak lengkap tersebut.
7.3 Cadangan daripada Puan Noriah disokong oleh Tuan Haji Ismail Bin Othman.
Agenda 8: Pembubaran Jawatan kuasa Surau sesi 2016-2018
8.1 Ahli Jawatan kuasa Surau bagi sesi tersebut telah dibubarkan oleh Pengerusi Surau sesi 2016-2018
iaitu Tuan Haji Baharum Bin Ishak.
Agenda 9: Memilih Ahli Jawatankuasa bagi Sesi 2018-2020
(Setelah proses pencalonan dan pengundian dijalankan maka ahli jawatankuasa baru telah
dipilih sepertimana di bawah):
Pengerusi : Tuan Haji Ismail Bin Othman
Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Baharum Bin Ishak
Setiausaha : En Azahry bin Jeraie
Penolong Setiausaha : Encik Mat Zain Bin Abdul Rahman
Bendahari : Encik Ismail Bin Yusuff
Ahli Jawatankuasa: 7. Encik Sharafuddin
1. Tuan Haji Ahmad Bin Ismail 8. Encik Sabri Bin Salleh
2. Tuan Haji Mat Nasib Bin Alang Ahmad 9. Tuan Haji Mokhtar
3. Tuan Haji Ahmad bin Daud 10. Encik Nazri Bin Mohd Shariff
4. Puan Hjh Sokriya Binti Ibrahim 11. Encik Jamaluddin Alias
5. Tuan Haji Adnan 12. Encik Salleh Bin Ahmad
6. Tuan Haji Shamsuddin Bin Shafie
2. Tuan Haji Abdullah b Darus
Pemeriksa Kira-kira:
1. Tuan Haji Abd Latif b Kassim
Agenda 10: Membahaskan Usul
(Tiada sebarang usul diterima dan dibahaskan).
Agenda 11: Ucapan Penangguhan
11.1 Ucapan penangguhan oleh Tuan Haji Ismail Bin Othman.
10
• Ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Nordin yang telah berperanan sebagai Pengerusi
sementara.
• Bersyukur kerana majlis Mesyuarat Agung dapat berjalan dengan lancar.
• Ucapan terima kasih kepada semua hadirian yang hadir pada mesyuarat agung.
• Ucapan terima kasih kerana memilih beliau sebagai Pengerusi Surau.
• Ucapan tahniah kepada semua AJK yang baru dilantik dan terima kasih kepada AJK sesi lepas
2016-2018 di atas sikap kerjasama, sumbangan wang ringgit, tenaga dan buah fikiran yang
menghasilkan kejayaan seperti yang dapat kita saksikan hari ini.
Agenda 12: Penutup
Majlis mesyuarat ditangguhkan dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al Asr.
Dicatat Oleh
Hjh Sokriya bt Ibrahim
LAPORAN TAHUNAN SURAU 2019
1. MESYUARAT JAWATANKUASA DAN PEGAWAI SURAU
11
Pada tahun 2019, mesyuarat AJK dan pegawai surau telah dijalankan sebanyak 4 kali pada tarikh-
tarikh berikut:
1. 19 Feb 2019
2. 27 Mac 2019
3. 23 Mei 2019
4. 20 Nov 2019
2. MAJLIS ILMU.
2.1 Kuliah Maghrib.
Hari Minggu Tuan Guru Kitab yang digunakan
Ahad Pertama Ust Haji Asri b Mohd Yusof Bimbingan Mukminin
Isnin Pertama Ust Haji Shahir b Mohd Hassan Tafsir Surah At-Taubah
Selasa Pertama Ust Haji Nurul Helmy b Adnan Pelita Penuntut
Ust Haji Mat Nordin b Utar Talaqqi Al-Quran Taranum
Rabu Pertama Ust Haji Jalaluddin b Ramli Mustika Hadith Jilid 2
Khamis Pertama Ust Mohd Fariz b Jalaluddin Mustika Hadith Jilid 1
Jumaat Pertama Ust Haji Ridzuan b Ibrahim Tanda-tanda kiamat
Ust Haji Mat Nordin b Utar Talaqqi Al-Quran Taranum
Sabtu Pertama Ust Mohd Bakhry b Yahaya Penawar Bagi Hati
Ahad Kedua Ust Mohd Naim b Hussin Tanbihul Ghafilin
Isnin Kedua
- Risalah Tauhid
Selasa Kedua Ust Haji Fadli b Muhammad Bharul Mazi Jilid 15
Rabu Kedua Ust Haji Zainal Abidin bin Saad Bidayatul Hidayat
Khamis Kedua Ust Haji Shafiq bin Ramizan Akhidatun Najin
Ust Haji Asri b Mohd Yusof Islam Sekularisma Ancaman
Jumaat Kedua Ust Haji Firdaus bin Hassan Pemikiran Moden Umat Islam
Sabtu Kedua Muhimmah
Ust Haji Halim bin Abdullah
Ahad Ketiga - Munyatul Musholli
Isnin Ketiga Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Ust Haji Alif Junaidi bin Abdullah Al-Quran Bimbingan Tajwid
Selasa Ketiga Ust Haji Abdullah bin Muda Terjemahan Al-Azkar An Nawawi
Rabu Ketiga Ust Haji Zahibi bin Mohd Isa Tafsir Surah Yasin
Khamis Ketiga YB Ust Haji Khalil bin Yahaya 40 Hadith Pilihan
YB Ust Haji Akmal bin Kamaruddin
Jumaat Ketiga Ust Haji Fawwaz bin Mat Jan Minhajul Abidin
Sabtu Ketiga Tafsir Nurul Ehsan
Ahad Keempat - Iman dan Kehidupan
Ust Haji Othman bin Noh Siruz Salikin juzuk 1
Isnin Keempat Ust Haji Ahmad Tajuddin bin Abu Bakar 70 Dosa Besar
Selasa Keempat Ust Ismail bin Din 40 Dosa Mengundang Bala
Rabu Keempat Ust Haji Mohd Shakir Nasoha
Ust Mohd Syazman Amin Sahahrin
Khamis Keempat Ust Mohd Syakawi bin Ishak
Jumaat Keempat
Sabtu Keempat
Ahad Kelima
Isnin Kelima
Selasa Kelima
2.2 Kuliah Subuh
Hari Minggu Tuan Guru Kitab yang digunakan
12
Ahad Satu Ust Haji Hamizul Fadzli Shahrani 40 Hadith Akhlak Mulia
Ahad Kedua Ust Hj Muhd Hanis Abdullah Sani Biography Muhammad bin Abdullah
Ahad Ketiga Ust Haji Muhd Fariz Jalaluddin Muqaddimah Mustika Hadith Jilid 1
Jumaat Ketiga Ust Haji Othman Noh Peringatan bagi mereka yang terpedaya
Sabtu Keempat Ust Haji Idris Ismail
Al-Muner Jilid 27/28
Ahad keempat Ust Ismail Din
Hadith Qudsi
2.3 Kuliah Maghtib Taman Lela 2
Hari Minggu Tuan Guru Kitab yang digunakan
Rabu Pertama Ust Haji Othman Noh Nasihat-nasihat agama
Rabu Kedua Ust Haji Nurul Helmy b Adnan Peringatan Hari Akhirat
Rabu Ketiga Ust Raja Asfan Omar Hidayatul Salikin
Rabu Keempat Ust Haji Firdaus bin Hassan
Kanun Jenayah Syariah
2.4 Kuliah Muslimat
Hari Minggu Tuan Guru Kitab yang digunakan
Ahad Perjalanan Hidup Nabi Muhammad
Pertama Ust Raja Asfan Omar
Ahad SAW
Ahad Kedua Ust Haji Hamizul Fadzli Shahrani
Ahad Ketiga Ust Raja Asfan Omar Penawar Bagi Hati
Keempat Ust Mohd Hatta Kashiful Ghaibiyyah
Hadith
3. HARI-HARI KEBESARAN ISLAM
Tarikh Program
9 April 2019 Ceramah Israk Mikhraj
20 April 2019 Bacan Yasin Nisfu Saaban
30 April 2019 Ceramah Ambang Ramadhan
6 Mei- 6 Jun 2019 Majlis berbuka puasa pada setiap petang Ramadhan
4 Mei 2019 Goyong royong menyambut Ramadhan
6 Mei- 4un 2019 Solat Tarawih pada setiap malam bulan Ramadhan
31 Mei 2019 Qiamulail
3 Mei 019 Majlis Hatam Quran
5 Jun 2019 Solat Hari Raya Aidil Fitri
11 Ogos 2019 Solat Hari Raya Aidil Adha
11 Ogos 2019 Penyembelihan qurban
1 Oktober 2019 Sambutan Maal Hijrah
30 November 2019 Ceramah Maulidurrasul
4. PEMBANGUNAN
4.1 Mengecat dinding surau.
4.2 Menaik taraf tandas lelaki dan perempuan.
4.3 Membaiki bumbung bocor.
4.4 Menurap simem laluan surau ke pejabat khairat kematian dan bilik tumpangan..
4.5 Membaik pulih dinding kolah perempuan- meninggikan zing dinding..
13
4.6 Menurap halaman hadapan surau.
4.7 Membersihkan kawasan belakang surau.
PENYATA KEWANGAN BERAKHIR DEC 2019
Rujuk Lampiran Penyata Kewangan.
PEMILIHAN 2 ORANG PEMERIKSA KIRA-KIRA
Keputusan adalah seperti berikut:
1. ...........................................................
2. ...........................................................
PERLEMBAGAAN SURAU(DRAF)
BAHAGIAN 1: PENGENALAN
PERKARA 1: DEFINISI
1.1 Dalam Perlembagaan ini melainkan jika kandungan ayatnya mengkehendaki berlainan, perkataan-
perkataan berikut akan memberi erti seperti yang diterangkan iaitu:
1.1.1 ‘Ahli Jawatankuasa’ - Ertinya Ahli Jawatankuasa Surau Nurul Khairiahi’. Selepas ini disebut ‘AJK’.
1.1.2 ‘Surau Nurul Khairiah’ - Ertinya Surau Nurul Khairiah, Jalan Sembilang, Taman Lela 1,
Kamunting, Perak. Selepas ini disebut ‘Surau’.
1.1.3 ‘Pengerusi Jawatankuasa’ - Ertinya ‘Pengerusi Ahli Jawatankuasa Surau Nurul Khairiah’. Selepas
ini disebut ‘Pengerusi’.
1.1.4 ‘Tabung Kewangan Surau’ - Ertinya ‘Tabung Kewangan Surau Nurul Khairiah, Jalan
Sembilang,Taman Lela 1, Kamunting, Perak.. Selepas ini disebut ‘Tabung’.
1.2 Tujuan perlembagaan surau ini digubal adalah untuk menentukan dasar pentadbiran dan
pengurusan surau diwujudkan dan supaya AJK dapat mentadbir serta menguruskan surau secara
profesional, sistematik dan berkesan.
14
PERKARA 2: PENDAHULUAN
2.1 Perlembagaan ini dinamakan Perlembagaan Surau Nurul Khairiah. Keseluruhan peraturan yang
terkandung di dalam perlembagaan ini tidak ada kaitannya dengan hal-hal lain kecuali ciri-ciri yang
menerangkan kesemua aspek pentadbiran dan pengurusan surau.
2.2 Perlembagaan ini juga tidak bertujuan untuk mengatasi mana-mana arahan pentadbiran berkenaan
pentadbiran masjid/surau yang dikelolakan oleh pihak yang lebih tinggi sama ada Kerajaan mahupun
swasta sejauh mana ia diterima pakai.
2.3 Segala pindaan atau tambahan kepada perlembagaan ini hendaklah dibincangkan dalam
mesyuarat AJK.
PERKARA 3 - OBJEKTIF
3.1 Objektif AJK adalah seperti berikut:
3.1.1 Menentukan dan memastikan pentadbiran, pengurusan serta penghayatan surau dikendalikan
secara sistemetik dan profesional.
3.1.2 Menentukan bangunan surau dan persekitarannya dalam keadaan bersih dan ceria sepanjang
masa.
3.1.3 Menyediakan kemudahan-kemudahan yang berpatutan untuk dimanfaatkan oleh jemaah.
3.1.4 Menguruskan aliran keluar masuk wang tabung dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.
3.1.5 Merancang dan menentukan pelaksanaan aktiviti pengimarahan surau berjalan dengan baik
samada berbentuk harian, mingguan, bulanan mahupun tahunan bagi menarik lebih ramai ahli jemaah.
3.1.6 Menjadikan surau sebagai surau contoh kepada surau-surau lain dikawasan ini.
BAHAGIAN II: AHLI JAWATANKUASA
PERKARA 4 - PERLANTIKAN AJK
4.1 AJK hendaklah dilantik daripada yang beragama Islam dan bertanggungjawab di atas penggubalan
dan pindaan perlembagaan surau:
4.2 Keahlian. AJK adalah seperti berikut:
4.2.1 Penaung. Individu yang terkanan sekali dalam Taman.
4.2.2 Pengerusi. Individu yang dilantik oleh penaung atau mesyuarat.
15
4.2.3 Timbalan Pengerusi. Hendaklah dicadangkan dalam mesyuarat AJK.
4.2.4 Setiausaha. Hendaklah seorang yang mudah berhubung dengan pengerusi dan dipersetujui
mesyuarat.
4.2.5 Timbalan Setiausaha. Hendaklah dilantik dalam mesyuarat AJK.
4.2.6 Bendahari. Hendaklah seorang individu yang amanah yang dilantik dalam mesyuarat.
4.2.7 Timbalan Bendahari. Hendaklah seorang yang dipersetujui dalam mesyuarat AJK.
4.2.8 AJK Harta. Hendaklah dilantik dalam mesyuarat AJK.
4.2.9 Timbalan AJK Harta. Hendaklah dilantik dalam mesyuarat AJK.
4.2.10 AJK Kehormat. Hendaklah terdiri daripada pengerusi atau imam di surau-surau kecil di bawah
naungan. AJK Kehormat tidak dikira dalam pengiraan dua pertiga kehadiran mesyuarat.
4.3 Sekiranya terdapat mana-mana AJK yang berpindah atau meletak jawatan bukan dalam masa
mesyuarat, perlembagaan ini memperuntukkan kepada pengerusi untuk membuat perlantikan baru
dengan syarat ianya mestilah mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam perkara 4.1 dan 4.2
perlembagaan ini.
PERKARA 5 - TUGAS AJK
5.1 Tugas dan tanggungjawab AJK adalah seperti dinyatakan di bawah ini:
5.1.1 Pengerusi:
5.1.1.1 Ketua kepada semua AJK.
5.1.1.2 Mempengerusikan semua mesyuarat AJK.
5.1.1.3 Bertanggungjawab sepenuhnya dalam semua aspek yang berhubung dengan surau.
5.1.1.4 Meluluskan pengeluaran kewangan tabung seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan
ini.
5.1.1.5 Melaporkan kepada pihak atasan perkara-perkara yang sepatutnya dilaporkan berkenaan
dengan surau.
5.1.2 Timbalan Pengerusi:
5.1.2.1 Mengambil alih fungsi pengerusi semasa ia tiada.
5.1.2.2 Membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran surau.
5.1.2.3 Melaksanakan arahan-arahan yang berkaitan sebagaimana yang diarahkan oleh pengerusi.
5.1.3 Setiausaha:
16
5.1.3.1 Bertanggungjawab kepada pengerusi di atas semua aspek urusetia surau.
5.1.3.2 Sebagai urusetia kepada mesyuarat AJK.
5.1.3.3 Menguruskan semua mesyuarat AJK serta menyediakan agenda dan mengeluarkan minit
mesyuarat dalam tempoh 72 jam setelah diluluskan oleh pengerusi.
5.1.3.4 Menyediakan semua surat-menyurat AJK.
5.1.3.5 Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan surau selain daripada rekod berkenaan
dengan kewangan tabung.
5.1.3.6 Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan sebagaimana yang diarahkan oleh pengerusi.
5.1.4 Timbalan Setiausaha:
5.1.4.1 Mengambil alih fungsi setiausaha semasa ketiadaan beliau.
5.1.4.2 Membantu setiausaha dalam menjalankan tanggungjawabnya.
5.1.5 Bendahari:
5.1.5.1 Bertanggungjawab dalam semua urusan yang berkaitan dengan kewangan surau.
5.1.5.2 Merekod semua urusan keluar masuk kewangan tabung.
5.1.5.3 Memasukkan semua wang masuk yang diterima ke dalam bank yang ditetapkan.
5.1.5.4 Menyimpan wang tunai di tangan tidak melebihi RM 500.00 setiap masa.
5.1.5.5 Menyediakan semua resit, baucar dan dokumen mengikut peraturan.
5.1.5.6 Mengemaskini pengurusan akaun untuk tujuan audit oleh Cawangan Hal Ehwal Agama Islam
kawasan atau mana-mana pihak dari semasa ke semasa.
5.1.5.7 Membentang laporan kewangan Tabung apabila dikehendaki.
5.1.5.8 Bertanggungjawab menguruskan insuran Takaful bagi melindungi aset surau.
5.1.5.9 Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan sebagaimana yang diarahkan oleh pengerusi.
5.1.6 Timbalan Bendahari:
5.1.6.1 Membantu bendahari mengawal buku-buku subsidiari Tabung.
5.1.6.2 Membuat pengiraan kutipan derma mingguan dan diserahkan kepada bendahari.
5.1.6.3 Melaksanakan tugas-tugas lain mengikut arahan.
5.1.7 AJK Harta:
5.1.7.1 Bertanggujawab kepada pengerusi dalam perkara yang berkaitan dengan semua harta surau.
17
5.1.7.2 Mengemaskini rekod semua jenis harta surau.
5.1.7.3 Memastikan keselamatan harta terjamin dan keadaannya sentiasa baik dan bersih.
5.1.7.4 Menyediakan buku-buku rekod pinjaman peralatan surau.
5.1.7.5 Menyediakan peraturan pinjaman peralatan surau.
5.1.7.6 Membuat laporan kepada pengerusi di atas segala kerosakan harta benda surau.
5.1.7.7 Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan sebagaimana yang diarahkan oleh pengerusi.
5.1.8 Timbalan AJK Harta:
5.1.8.1 Membantu AJK Harta dalam semua aspek tugas yang diamanahkan kepada beliau.
5.1.8.2 Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan sebagaimana yang diarahkan oleh pengerusi.
BAHAGIAN III : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PERKARA 6 - PANDUAN PENGURUSAN
6.1 Pengurusan dan pentadbiran surau adalah berdasarkan kepada:
6.1.1 Al-Quran, Al-Hadis, Ijmak dan Qias.
6.1.2 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perak.
6.1.3 Dasar-dasar yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Negeri.
6.1.4 Keputusan-keputusan mesyuarat AJK.
6.1.5 Arahan yang dikeluarkan oleh pengerusi setelah mendapat nasihat penaung.
PERKARA 7 - MESYUARAT
7.1 Kekerapan. Mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun iaitu pada bulan
Mei atau Jun dan November atau Disember. Notis mengadakan mesyuarat hendaklah dikeluarkan
kepada semua AJK sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum hari mesyuarat. Notis tersebut hendaklah
menyatakan tarikh, masa dan tempat mesyuarat.
7.2 Agenda. Perkara yang hendak dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat hendaklah dimajukan
kepada setiausaha tidak kurang dari tiga hari sebelum mesyuarat. Agenda mesyuarat hendaklah
disediakan oleh setiausaha dengan persetujuan pengerusi.
7.3 Korum. Korum yang dianggap cukup untuk bermesyuarat ialah dua pertiga dari jumlah AJK.
7.4 Penangguhan Mesyuarat. Jika pada ketika yang ditetapkan untuk bermesyuarat, korum tidak
mencukupi pengerusi berhak menangguhkan mesyuarat ke suatu tarikh lain yang sesuai tidak lewat
dari 30 hari dari tarikh penangguhan.
18
7.5 Minit Mesyuarat. Minit mesyuarat hendaklah dikeluarkan dalam masa 72 jam selepas diluluskan
oleh pengerusi.
BAHAGIAN IV : KEWANGAN
PERKARA 8 - TABUNG SURAU
8.1 Tabung Surau. Tabung ini diwujudkan untuk pengurusan, penyimpanan serta perbelanjaan
kewangan yang berkaitan dengan surau. Semua kutipan wang dan sumbangan-sumbangan akan
disimpan dalam sebuah bank yang dipersetujui oleh AJK. Akaun yang digunakan hendaklah yang
dibenarkan oleh syara’.
8.2 Pengurusan dan Pentadbiran. Pengurusan dan pentadbiran akaun tabung ini adalah mengikut
tatacara dan arahan yang biasa diamalkan oleh tabung-tabung amanah lain.
PERKARA 9 - SUMBER KEWANGAN
9.1 Sumber kewangan tabung adalah diperolehi melalui:
9.1.1 Sumbangan ikhlas jemaah.
9.1.2 Sumbangan/peruntukan daripada jabatan-jabatan agama kerajaan.
9.1.3 Sumbangan dari individu/kumpulan/syarikat dan seumpamanya.
9.2 Simpanan Tetap. Simpanan Tetap boleh dibuat melalui urusniaga yang memenuhi kehendak syara’
di bank yang dipersetujui oleh AJK.
PERKARA 10 - PERBELANJAAN
10.1 Perbelanjaan. Perbelanjaan tabung meliputi semua perkara yang berkaitan dengan surau
sebagaimana berikut:
10.1.1 Perbelanjaan bangunan, kawasan dan harta surau.
10.1.2 Membiayai aktiviti-aktiviti surau.
10.1.3 Sumbangan kepada orang perseorangan atau pun institusi Islam yang memerlukan bantuan.
10.1.4 Saguhati kepada pensyarah-pensyarah, khatib-khatib luar, orang perseorangan serta mana-
mana pihak yang telah turut membantu menjadikan surau sebagai pusat ibadah yang berwibawa.
10.1.5 Lain-lain perbelanjaan yang telah diluluskan oleh mesyuarat AJK.
10.2 Kuasa Meluluskan Perbelanjaan. Kuasa meluluskan perbelanjaan adalah seperti berikut:
10.2.1 Kos yang kurang dari RM500.00 sekali perbelanjaan boleh diluluskan oleh pengerusi.
Bagaimanapun pengerusi boleh membelanjakan sehingga RM2,000.0 pada sekali perbelanjaan
19
setelah medapat persetujuan daripada penaung.
10.2.2 Kos yang melebihi RM2,000.00 sekali perbelanjaan hendaklah terlebih dahulu mendapat
kelulusan daripada mesyuarat AJK.
10.3 Had Perbelanjaan. Had maksimum perbelanjaan sebulan ialah RM3,000.00 dan baki tidak boleh
dibawa ke bulan hadapan (kecuali mana-mana perbelanjaan yang telah terlebih dahulu mendapat
kelulusan mesyuarat AJK. Bendahari bertanggungjawab sepenuhnya di atas pengeluaran
perbelanjaan.
10.4 Tandatangan Timbal. Semua cek yang dikeluarkan hendaklah ditandatangani oleh sekurang-
kurangnya dua orang di mana salah seorang daripadanya hendaklah yang memegang jawatan
bendahari. AJK yang diberi kuasa oleh perlembagaan ini untuk menandatangani cek-cek surau adalah
seperti berikut:
10.4.1 Pengerusi
10.4.2 Setiausaha
10.4.3 Bendahari
PERKARA 11- AUDIT, PEMERIKSAAN KIRA-KIRA, HAPUS KIRA DAN INSURAN
11.1 Audit. Tabung hendaklah diaudit sekurang-kurangnya dua kali setahun iaitu pada pertengahan
dan penghujung tahun mengikut (sebelum mesyuarat AJK diadakan). Bendahari hendaklah
membentang laporan audit dalam mesyuarat AJK berikutnya.
11.2 Pemeriksaan Kira-Kira. Pemeriksaan kira-kira dilaksanakan mengikut kaedah yang dikeluarkan
oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Pemeriksa kira-kira dikehendaki memeriksa kira-kira bagi
enam bulan yang lepas dan menyediakan laporan kepada pengerusi.
11.3 Hapus Kira/Susut Nilai. Segala hapus kira hendaklah diluluskan oleh pengerusi dan disahkan oleh
Mesyuarat AJK sementara susut nilai pula adalah pada kadar 10 peratus setahun mengikut nilai
semasa harta.
11.4 Insuran. Bendahari bertanggungjawab menguruskan insuran takaful meliputi risiko berikut:
11.4.1 Kehilangan/kecurian/kebakaran/kerosakan harta benda.
11.4.2 Perkara-perkara lain yang diputuskan oleh Mesyuarat AJK.
BAHAGIAN V : AM
PERKARA 12 - PENGGUNAAN HARTA DAN KEMUDAHAN SURAU
12.1 Kemudahan Surau. Orang-orang perseorangan dan berkumpulan boleh menggunakan surau ini
untuk beribadah dan mengadakan majlis-majlis ilmu, dakwah, akad nikah, pengurusan jenazah dan
seumpamanya selama mana ianya tidak bercanggah dengan hukum syara’.
12.2 Harta Surau. Orang Perseorangan atau ketua bagi kumpulan-kumpulan tertentu yang hendak
menggunakan surau dan harta surau untuk satu-satu majlis hendaklah mendapat kebenaran daripada
AJK Harta atau pun setiausaha dengan memberi maklumat-maklumat berikut:
20
12.2.1 Nama penuh orang perseorangan atau ketua kumpulan sebagaimana yang tercatat di dalam
kad pengenalan diri.
12.2.2 Alamat rasmi.
12.2.3 Nombor kad pengenalan atau pun surat pendaftaran.
12.2.4 Tujuan penggunaan.
12.3 Pemulangan. Setiap penggunaan/pinjaman harta surau hendaklah dibuat pemulangan mengikut
tarikh yang telah diarahkan. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan terhadap mana-mana
peralatan yang dipinjam, peminjam hendaklah menggantikan peralatan yang sama atau lebih tinggi
nilainya daripada peralatan yang hilang atau rosak itu.
PERKARA 13 - TAFSIRAN PERATURAN
13.1 Tafsiran. AJK boleh memberi tafsiran kepada peraturan-peraturan yang terkandung di dalam
perkembangan ini dan bila mustahak memutuskan perkara yang tidak terkandung di dalam
perlembagaan ini kecuali ke atas perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar
yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan ini.
13.2 Muktamad. Keputusan AJK yang dibuat melalui perlembagaan Bahagian V perkara 13.1 adalah
muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat AJK berikutnya.
PERKARA 14 - PINDAAN KEPADA PERATURAN
14.1 Pindaan. Peraturan ini tidak boleh diubah, dipinda atau ditambah kecuali melalui mesyuarat AJK.
14.2 Permohonan Pindaan atau Tambahan. Permohonan untuk mengubah, meminda atau menambah
mana-mana perkara di dalam perlembagaan ini hendaklah dibuat kepada setiausaha secara bertulis
dan maklumat berkaitan dengan perubahan atau pindaan itu hendaklah diedarkan atau pun dipaparkan
bersama agenda mesyuarat.
14.3 Pembetulan Ejaan. Pembetulan atau pindaan kepada ejaan boleh dibuat oleh setiausaha dengan
syarat bahawa pembetulan atau pindaan itu tidak akan menukar makna atau pun maksud perkataan
dan ayat itu.
PERKARA 15 - SIMPANAN
15.1 Simpanan. Perlembagaan Surau ini hendaklah disimpan sesalinan di dalam fail setiausaha.
PERKARA 16 - PENUTUP
16.1 Perlembagaan ini mengandungi 16 peraturan sahaja dan peraturan terakhir ialah Peraturan 16.
21
PENGHARGAAN
Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung Surau Nurul
Khairiah kali ke 19 merakamkan setinggi-tinggi
perghargaan
kepada
AJK surau dan semua ahli kariah Surau Nurul
Khairiah serta semua pihak
Kerana
telah memberikan sokongan moral serta wang
ringgit dalam menjayakan mesyuarat agung kali
ini.
Semoga sumbangan anda semua diberkati Allah.
“TAQWA IMAN AMAL”
22