SJK TAMIL BATU ARANG
தேசிய வகை பே்து ஆராங் ேமிழ் ப்பள்ளி
MODUL PERIBAHASA 1
JOM BELAJAR PERIBAHASA
TAHUN 4, 5 & 6
PN.A.PUNITHA
GURU BM
2021
APA ITU PERIBAHASA ?
JENIS- JENIS PERIBAHASA
SIMPULAN BAHASA
PERUMPAMAAN
BIDALAN
PEPATAH
SENARAI PERIBAHASA TAHUN 4-6
SENARAI PERIBAHASA DAN MAKSUD
Ada bakat Mempunyai keupayaan
Ada hati Mempunyai kemahuan / keinginan
Ada jalan Mempunyai kaedah / cara
Ada udang di sebalik batu Mempunyai agenda yang tersembunyi
Air dicincang takkan putus Pergaduhan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan
Air muka Wajah atau nama yang bagus
Ajak-ajak ayam Ajakan yang tanpa bersungguh-sungguh
Alas kaki Kasut
Alas perut Makan saja untuk menahan daripada lapar
Ambil angin Bersiar-siar / berjalan-jalan
Ambil berat Memberi perhatian / mengambil tahu
Anak baik Menantu molek Amat berbahagia
Anak dagang Orang asing / merantau
Anak emas Anak yang sangat disayangi oleh keluarga
Angkat kaki Cabut diri daripada sesuatu tempat dengan tergesa-gesa
Angkuh seperti merak Gemar menganggap sendiri lebih baik daripada orang lain
Asam garam Sangat banyak pengalaman hidup
Ayam tambatan Orang harapan di dalam sesuatu pertandingan
Bagai anjing dengan kucing Bergaduh apabila berjumpa
Bagai aur dengan tebing Membantu antara satu sama lain
Bagai bulan dipagar bintang Seorang perempuan yang cantik
Bagai bulan jatuh ke riba Dapat sesuatu yang tidak disangka
Bagai dakwat dengan kertas Hubungan yang tidak pernah dipisahkan
Bagai duri dalam daging Hal yang tidak menyenangkan hati
Bagai isi dengan kuku Persahabatan amat erat
Bagai katak di bawah tempurung Seseorang yang cetek pengetahuan
Bagai pinang dibelah dua Dua orang serupa atau sangat mirip
Bahasa pasar Bahasa percakapan yang tidak mengikut tatabahasanya
Banyak mulut Bercakap banyak
Batu api Orang yang menyebabkan pergaduhan antara dua pihak
Bau-bau bacang Mempunyai hubungan saudara yang jauh
Bekas tangan Hasil buatan seseorang
Berat mulut Orang yang pendiam
Berat sebelah Tidak adil
Berat tulang Malas
Besar diri Sombong / bongkak
Besar hati Bangga / gembira
Biar putih tulang jangan putih mata Lebih baik mati daripada menyerah diri untuk menjaga
maruah diri
Buah tangan Hadiah
Buka langkah Melarikan diri sebab takut akan sesuatu
Buku lima Penumbuk
Bulat fikiran Tetap fikirannya
Bulat hati Tetap hati dan bersugguh-sungguh
Buta hati Gelap fikiran / tidak menerima pengajaran orang
Cahaya mata Anak
Cakap jalan Mengatasi masalah
Cakar ayam Tulisan sangat buruk
Campur tangan Melibatkan diri / ambil tahu
Cantik bagai bidadari Wajah yang manis atau sangat menarik
Cari akal Memikir
Cepat kaki, ringan tangan Rajin dan berdaya usaha
Cerai hidup Suami dan isteri yang perpisahan
Cerai kasih Putus percintaan
Cerdik busuk Pandai tetapi selalu menyusahkan dan menyakitkan hati
orang
Cerita burung Berita yang tiada berasas
Curi hati Memikat hati / jatuh suka
Curi tulang Malas bekerja
Dada lapang Sabar dan tidak mudah marah
Dapat khabar Menerima khabar
Darah daging Saudara mara sendiri
Darah gemuruh Mudah rasa gugup
Darah manis Mudah mendapat bahaya
Darah muda Semangat atau perasaan tidak sabar
Darah panas Orang yang cepat marah
Daun nipah dikatakan daun labu Jika malas bertanya, tentulah timbul salah faham
Daya fikir Kekuatan berfikir
Depan hidung Sangat dekat
Di bawah ketiak orang Di bawah kekuasaan seseorang
Di mana bunga kembang,
di situ kumbang Di mana ada gadis, anak-anak muda akan ada di situ
banyak
Di mana makan di situ berak Melakukan kejahatan dalam tempat orang mencari
rezeki
Diam-diam ubi Perkara berlaku secara senyap
Duit kopi Rasuah / wang sogokan
Durian runtuh Mendapat keuntungan secara tiba-tiba
Ekor mata Lihat dengan hujung mata / berhati-hati
Emak buyung Wanita yang suka bercerita kepada kanak-kanak
Emak saudara Kakak atau adik perempuan kepada ayah atau ibu
Embacang buruk kulit Ia kelihatan buruk tetapi ia sangat baik
Embun jantan Embun yang besar-besar
Enak hati Gembira / senang hati
Enau sebatang dua sigainya Satu pekerjaan yang diketuai oleh dua orang
Enggan seribu daya, mahu sepatah kata Jika tidak menyukai biasanya banyak alasan
Enggang lalu ranting patah Sesuatu yang berlaku secara kebetulan
meninggalkan akibatnya
Fikiran sempit Seseorang fikiran yang cetek
Fikiran tajam Sangat cepat faham akan sesuatu
Fikiran terbuka Sanggup mempertimbangkan sebarang cadangan
Gaji buta Orang yang tidak bekerja tetapi mendapat gaji
Gali lubang tutup lubang Pinjam wang untuk bayar hutang
Garam jatuh di air Nasihat itu diterima dengan baik
Gatal mulut Suka cakap keburukan orang
Gatal tangan Suka membuat sesuatu yang bukan-bukan
Gayung tua, gayung memutus Kata-kata orang tua biasanya betul
Gedang kayu, gedang dahannya Banyak pendapatan, banyak belanjanya
Gelap hati Sukar faham pelajaran
Gelap mata Mengamuk
Gerak badan Senaman
Gerak hati Perasaan dari dalam hati
Gila bahasa Orang yang tidak panjang fikirannya
Goyang kaki Dapat kesenangan dalam cara yang mudah
Gulung tikar Perniagaan tetap ditutup
Habis madu sepah dibuang Digunakan apabila ada keperluan, selepas itu ditinggalkan
Hancur hati Sedih / kecewa
Hangat hati Amat marah
Hangat-hangat tahi ayam Tidak bersungguh-sungguh membuat perkara
Harga diri Maruah seseorang
Harga mati Harga yang tetap
Hari tidak siang saja Tidak selalu senang secara berterusan
Harimau ditakuti sebab giginya Orang berkuasa itu ditakuti kerana kekuasaannya
Harimau mati kerana belangnya Mendapatkan kemalangan kerana kelebihannya
Hati batu Seseorang yang dengil dan tidak mahu mendengar nasihat
Hati emas Hati yang baik
Hati kecil Perasaan hati yang sesungguhnya
Hati perut Bertimbang rasa
Hidung tinggi Sombong
Hilang harapan Telah putus asa
Ibu angkat Perempuan yang membesarkan seseorang seperti anaknya sendiri
Ibu ayam Perempuan yang menjaga pelacur untuk mendapatkan duit
Ibu kandung Ibu sendiri
Ibu keladi Orang tua yang bersikap seperti orang muda
Ibu pertiwi Negara tempat kelahiran
Ikan di hulu tuba di hilir Perbuatan yang sia-sia
Ikan di kuali, habis melompat Bernasib malang
Ikat diri Sangat berat
Ikat hati Menawan
Ikat janji Membuat perjanjian
Ikat perut Orang yang menahan lapar
Ikut jejak Mencontoh sifat baik
Iri hati Perasaan dengki
Isi perut Perasaan yang sesungguhnya
Isi rumah Keluarga
Jaga hati Bertolak ansur
Jaga mulut Bercakap dengan berhati-hati
Jalan buntu Menemui sesuatu yang tidak ada penyelesaian
Jalan fikiran Cara berfikir
Jalan keluar Cara penyelesaian masalah yang telah buntu
Jalan mati Jalan yang berhujung
Jantung hati Orang yang sangat dikasihi
Jari kudung dimasukkan cincin Membuat perkara tidak pada tempatnya
Jejak langkah Mencontohi kelakuan orang yang terdahulu
Jiwa besar Mempunyai cita-cita yang tinggi
Juling air Juling sedikit
Jinak-jinak merpati Perempuan yang mudah mesra tapi akan menjauhkan
diri apabila didekati
Jangan diajar orang tua makan kerak Jangan diajar oleh orang yang sudah tahu
Jangan memberi bunga kepada monyet Memberi sesuatu yang baik sepatutnya pada tempat
yang sesuai
Kacang hantu Seseorang yang nakal dan suka mengganggu orang lain
Kacang lupakan kulit Orang yang lupa akan asal-usul atau orang yang pernah
menolongnya
Kain basah kering di pinggang Amat miskin
Kais pagi makan pagi, kais petang makan Orang miskin yang perlu sentiasa bekerja petang
Kaki ayam Tidak memakai kasut berjalan
Kaki bangku Tidak tahu bermain bola
Kaki botol Orang yang suka minum arak
Kaki judi Seseorang yang suka bermain judi
Kaki lima Lantai di depan kedai
Kata hati Perasaan dari dalam hati
Kata putus Keputusan yang terakhir
Katak ditimpa kemarau Berkeluh kesah dengan tiada keruan
Kepala angin Orang yang cepat marah
Kepala batu Degil
Kepala berat Bodoh
Kepala ke bawah, kaki ke atas Bekerja tiada berhenti-henti siang dan malam, sentiasa
sibuk
Kera sumbang Orang yang tidak suka bergaul
Ketam batu Orang yang amat kedekut
Khabar angin Berita yang belum tentu benarnya
Kucing bertanduk Perkara yang mustahil berlaku
Kuku besi Bersifat kejam dan keras dalam pemerintahan
Kutu embun Seseorang yang suka merayau-rayau sehingga lewat
Kutu jalan Malam
Orang yang suka merayau-rayau tanpa maksud
Lagi murah, lagi ditawar Lebih diberi, lebih banyak lagi yang diminta
Lain mangkuk lain cawan Tidak sama pembawaan dan kegemaran
Laksana burung diam dalam sangkar Orang yang terikat hidupnya
Langkah bendul Adik perempuan berkahwin lebih dulu dari kakaknya
Langkah kanan Bernasib baik
Langkah kiri Tidak bernasib baik
Langkah seribu Cabut lari
Lapang dada Berasa tenang
Lebar mulut Bercakap banyak
Lepas diri Tidak bertanggungjawab
Lepas tangan Tidak menyukai campur tangan
Lidah bercabang Percakapan yang tidak boleh dipercayai
Lipas kudung Menyiapkan sesuatu kerja dengan cepat
Lurus akal Jujur
Makan angin Bersiar-siar / berjalan-jalan
Makan bubur panas-panas Kelakuan dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan
Makan diri Perkara yang merosakkan diri sendiri
Makan gaji Bekerja untuk mendapatkan upah
Makan hati Perasaan sedih
Makan kawan Berbahayakan kawan sendiri
Makin banyak orang, makin banyak niat Setiap orang mempunyai kemahuan sendiri-
sendiri
Makin murah, makin menawar Lebih diberi, lebih banyak lagi yang diminta
Malang tak berbau Kemalangan yang terjadi dengan tiba-tiba
Malu berani, mati takut Orang yang pengecut
Malu-malu kucing Berpura-pura malu di depan orang
Mandi kerbau Mandi tidak bersih
Mandi peluh Bekerja dengan sepenuh tenaga
Masam muka Tidak bertegur sapa
Mata keranjang Lelaki suka menggangu perempuan cantik
Membabi buta Melakukan sesuatu tanpa berfikir dahulu
Memerah keringat Berusaha
Mencurah air ke daun keladi Berikan nasihat yang sia-sia
Mulut murai Seseorang yang bercakap banyak
Murah hati Pemurah
Naik angin Amat marah
Naik kepala Membuat sesuatu yang melampaui batas
Naik pitam Pening
Naik tak bertangga, turun tak berpintu Lakukan suatu perbuatan yang salah
Naik tangan Mudah memukul orang
Nasi masak, periuk pecah Keputusan yang akhir
Nasi sudah menjadi bubur Kerosakan telah tidak boleh dibaiki lagi
Nyawa-nyawa ikan Hampir-hampir mati
Orang berbudi kita berbahasa, orang Setiap pertolongan orang hendaklah kita kenangi
memberi kita merasa
Orang dapur Perempuan
Orang harapan Orang yang boleh dipercayai
Orang kanan Orang yang diharapkan
Orang kebanyakan Bukan orang bangsawan
Orang luar Orang datang dari tempat lain
Orang rumah Isteri
Otak beku Orang yang bodoh
Otak cair Pandai / Cerdik
Otak udang Orang yang bodoh
Pacat ingin menjadi ular Orang yang miskin berlagak jadi orang yang kaya
Pahit di luar manis di dalam Kata-kata yang kasar tetapi maksudnya baik dan
menguntungkan
Paku Belanda Harga tidak boleh ditawar-tawar
Panas baran Seseorang yang mudah marah
Panjang tangan Orang yang suka mencuri
Pasang telinga Mendengar dengan teliti
Patah hati Kecewa
Patah kandar Hilang tempat berlindung atau bergantung
Pekak badak Seseorang yang pura-pura tidak mendengar
Pelanduk dua serupa Dua orang yang seolah-olah rupanya
Perang mulut Berbahas yang hanya meluahkan kata-kata
Perut kosong Lapar
Pipit sama pipit enggang sama enggang
Pengelasan orang mematuhi pangkat dan darjat
Puteri Lilin Seseorang yang tidak tahan dengan panas
Rabun ayam Penglihatan yang rabun menjelang waktu malam
Rambang mata Tidak tahu yang mana satu dapat dipilih
Rambut sama hitam hati lain-lain Sungguhpun cara hidup seseorang itu mempunyai
kesamaan, tetapi kehendak dan fikiran adalah berlainan
Ranting reput Sesuatu sudah tiada harapan
Rendah diri Tidak sombong
Retak-retak mentimun Retak halus yang cuma di luar saja
Ringan kepala Mudah memahami sesuatu yang diajarkan
Ringan mulut Peramah
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
Bersama-sama dalam membuat sesuatu kerja
Ringan tulang Rajin
Ringan tulang, berat perut Sesiapa yang rajin bekerja dia akan memperoleh rezeki yang
lebih
Runtuh iman Tergoda untuk melakukan kejahatan
Rusuh hati Gelisah
Sagu hati Hadiah
Sakit hati Perasaan tersingguh dan membuatkan orang marah
Sakit mata Benci memandang sesuatu
Sampah masyarakat Orang yang amat hina
Sampai hati Tidak segan-segan
Sauk air mandikan diri Orang yang hidup berusahalah sendiri
Sebelum ajal berpantang maut Tidak akan mati sebelum masa kematian dia tiba
Sebulat suara Semua orang bersetuju dalam hal yang tersebut
Sehelai sepinggang Pakaian yang ada pada tubuh
Sekali air bah, sekali pantai berubah
Apabila keadaan berubah, suasana berubah
Senyum kambing Senyum yang mengejek
Separuh mati Terlalu penat
Seperti anai-anai makan kayu Lakukan sesuatu yang begitu rajin
Seperti anjing bertemu pasir Orang yang telah menemui barangan kegemaran dirinya
Seperti api dengan asap Hubungan yang tidak boleh diputuskan
Seperti ayam berak kapur Muka pucat kerana menghidap penyakit
Seperti cincin dengan permata Pasangan yang sesuai, sama padan
Seperti ikan kena tuba Tidak berdaya lagi
Seperti kucing dapat tikus Tidak tahu duduk diam
Seperti rusa masuk kampung Berasa hairan atau terkagum pada tempat baru
Tajam akal Cerdik
Tangkai jering Kedekut
Tarik muka Tidak puas hati
Tidur mati Tidur yang tidak sedarkan diri
Tinggal kain sehelai sepinggang Kehilangan harta akibat bencana
Udang hendak mengatai ikan Tak faham kekurangan dirinya
Ukur baju di badan sendiri Berbelanja mengikut mampuan diri / Keburukan diri tidak boleh
diukur dengan keburukan orang lain
Ukur jalan Merayau-rayau tanpa arah dan tujuan
Ukur mata dengan telinga Mengikut penglihatan dan pendengaran
Ular berkepala dua Tiada tetap pihak mana yang diikuti
Ulat buku Orang yang suka membaca buku
Untung bagai untung kapas Orang yand terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan
Untung batu Bernasib buruk
Wang kopi Wang diberikan sebagai hadiah kerana tolong mendapatkan sesuatu
Wang pokok Duit modal
Wang saku Wang yang diberi untuk perbelanjaan harian
Wau melawan angin Perbuatan yang sia-sia
SELAMAT BELAJAR…