INSPIRASI KOKURIKULUM INSPIRASI KOKURIKULUM PUSAT PENGAJIAN UMUM & KOKURIKULUM https://kkb.uthm.edu.my “Dengan Hikmah Kita Meneroka ” SEMESTER II 22/23
ISI KANDUNGAN Sustainable Engagement Project (SEP) - 3 Lat ihan Intensif - 24 Ker ja Lapangan - 31 2 SIDANG REDAKSI INSPIRASI KOKURIKULUM PENASIHAT PROF. MADYA IR. TS. DR. NORASHIDAH BINTI ABD RAHMAN KETUA EDITOR DR. MOHD HAIRUL BIN KHAMIDUN SENIOR EDITOR PROF. MADYA DR. FADILLAH BINTI ISMAIL DR. MOHD AZHAR BIN HARIMON DR. NURMIZA BINTI OTHMAN EDITOR MOHD SUFFIAN BIN MD NOR NUR RAIHAN DAYANA BINTI KHAMIS NOR AZILA BTE KELEWON NUR AFIFAH BINTI SHAHIDAN JAZLAN BIN JAMIL
INSPIRASI KOKURIKULUM SUSTAINABLE ENGAGEMENT PROJECT (SEP)
Batu Pahat, Johor - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Pembimbing Rakan Sebaya, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program SEP Sentuhan Kasih Gelandangan pada 26 Mei 2023 bertempat di Terminal Bas Batu Pahat. Program ini melibatkan seramai 37 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Pembimbing Rakan Sebaya, seorang pengajar KKB, 7 orang wakil dari Persatuan Kebajikan Setia Sejagat Batu Pahat (NGO) dan 5 orang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat (IPD). Fokus utama program ini adalah untuk mencapai matlamat yang termaktub dibawah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu matlamat ke-2 (kelaparan sifar). Oleh itu, program ini memberi tumpuan kepada aktiviti gotong-royong memasak yang dijalankan oleh pelajar bersama NGO bertempat di Makmal Katering Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV). Seterusnya agihan bantuan makanan ini diagihkan kepada golongan gelandangan yang berada di sekitar Terminal Bas Batu Pahat pada waktu malam. Sebanyak 30 bungkusan makanan yang berjaya diagihkan kepada golongan gelandangan dan golongan yang kurang bernasib baik ini. Walau bagaimanapun, lokasi mereka tidak hanya tertumpu di kawasan terminal bas sahaja malah bertebaran di jalan-jalan sekitarnya terutama di kaki lima bangunan dan kedai-kedai sebagai tempat tidur mereka. Antara menu makanan yang disediakan ialah nasi putih, ayam masak merah dan sayur campur serta minuman air mineral dan air kotak berperisa. Program menyantuni gelandangan di Batu Pahat ini perlu dilaksanakan dengan lebih kerap kerana bilangan mereka yang belum terlalu ramai di samping menolong mereka menjalani kehidupan yang lebih baik dengan inisiatif baru agar tidak kembali menjadi gelandangan. Selain itu juga, melalui program ini dapat memupuk sikap prihatin dalam diri pelajar terhadap golongan yang kurang berkemampuan sekaligus mempelajari cara untuk menyantuni dan mendekati mereka. Disediakan oleh: Khadijah Maulad Bahrol, Fatin Raihana & Siti Aishah I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 4
Kota Tinggi, Johor – Pada 10 Jun yang lalu, 37 mahasiswa UTHM telah berkolaborasi bersama dengan 4 pegawai dari Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) serta 12 sukarelawan daripada Dharma Johor telah melaksanakan program The Healer: Heal the Beach di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi Johor bersempena sambutan Hari Laut Sedunia pada 8 Jun 2023 dan sebagai tanda sokongan kepada cabaran pembangunan mampan ke-14 iaitu hidupan bawah air. Program ini telah dianjurkan oleh Kursus Kokurikulum Berkredit Pengurusan Diri, Seksyen 1, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dibawah seliaan Cik Siti Nur Hanisah Binti Hamidon. Matlamat utama pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan sukarelawan UTHM mengenai pentingnya penjagaan dan pemuliharaan pantai dan lautan untuk kesejahteraan serta kualiti hidup selain usaha untuk mengurangkan pencemaran pantai akibat sampah seperti plastik yang dibuang merata-rata di sungai dan longkang dimana akhirnya sampah itu berkumpul di kawasan pantai dan memasuki laut. Penganjuran program ini, turut mendedahkan kepada para pelajar tentang kemahiran dalam mengatasi cabaran SDG (sustainable developmet goals) yang ke -14 tentang hidupan di laut disamping meningkatkan kesedaran kepada pengunjung dan orang awam tentang tanggungjawab dalam memulihara kawasan pantai dan sekali gus mendorong untuk meneruskan lagi usaha murni seperti ini. Program The Healer: Heal the Beach ini telah dirasmikan oleh Dr. Nurmiza Binti Othman, Ketua Jabatan Kepimpinan, Khidmat Komuniti, Pengucapan Awam, dan Kemahiran, PPUK, UTHM yang menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan berterima kasih kepada KEJORA dan Dharma Johor atas kerjasama menjayakan program The Healer: Heal the Beach bersama mahasiswa UTHM. Beliau berharap program yang bermanfaat ini dapat di teruskan dan bersama-sama kita berganding bahu dalam usaha merealisasikan agenda mencegah dan mengurangkan dengan ketara semua jenis pencemaran marin, khususnya daripada aktiviti berasaskan darat, termasuk serpihan marin dan pencemaran nutrien menjelang 2025. Disediakan oleh : Siti Nur Hanisah Hamidon I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 5
Pontian, Johor - Kursus Kokurikulum Berkredit Perkahwinan Dalam Islam bekerja-sama dengan Masjid Sultan Ibrahim, UTHM dan Masjid Jamek Kiyai Haji Abdul Jabbar dalam menganjurkan program JUMS 2023 "Jalinan Ukhwah Masjid dan Surau" bertempat di Masjid Jamek Kiyai Haji Abdul Jabbar selama 2 hari bermula 9 sehingga 10 Jun 2023. Program ini melibatkan 34 orang pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Perkahwinan Dalam Islam, pengajar kursus, AJK Masjid Sultan Ibrahim, UTHM, Ajk Masjid Jamek Kiyai Haji Abdul Jabbar dan penduduk Kampung Rimba Terjun, Pontian yang menjadi sasaran program pada kali ini. Fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk merapaktkan hubungan antara jemaah masjid dengan para pelajar kursus. Selain itu, program ini bertujuan untuk berkongsi dan memberi pendedahan berkaitan kebaikan Jauhi Zina. Program ini juga telah mengadakan Program Ceramah Perdana Keluarga Islam di bahagian malam yang bertajuk "Perkahwinan Hadiah Daripada Allah". Ceramah ini telah disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Kamal Bin Kusmin. Dengan kerja sama dari Masjid Sultan Ibrahim dan Masjid Jamek Kiyai Haji Abdul Jabbar program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Program ini sedikit sebanyak telah memberikan pelajar kursus ini pengalaman yang bermakna dan pengetahuan yang sangat berharga dalam menjalankan program ini. Disediakan oleh: Nur Syamimi Binti Che Azmai INSPIRASI KOKURIKULUM 6
Pagoh, Johor – Bulan Sabit Merah Malaysia I Seksyen 2, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program Kelestarian Pendidikan Pencegahan Kemalangan pada 3 Jun 2023 bertempat di Dewan Auditorium 2, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Hub Pendidikan Pagoh. Program ini melibatkan seramai 30 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Bulan Sabit Merah Malaysia I, seorang pengajar KKB, seorang wakil daripada Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muar dan 3 orang guru pengiring dari sekolah-sekolah rendah daerah Muar yang telah terlibat sepanjang program tersebut berlangsung. Fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan kesedaran dalam pencegahan kemalangan serta memperkasa kemahiran secara intensif dan penguasaan teknik kepada pelajar-pelajar sekolah rendah di sekitar daerah Muar agar dapat mengenali bahaya di sekitar mereka. Selain dari itu, program ini dijalankan untuk mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar UTHM dan para peserta yang berbilang bangsa, agama, negeri dan negara. Antara pengisian program yang dijalankan adalah memberi fokus kepada jenis-jenis kemalangan dan langkah pencegahan, kecederaan luka, patah tulang serta asas rawatan. Mengenali peralatan peti pertolongan cemas, cara pengendalian dan penggunaan kain anduh dan tindakan yang perlu dilakukan sebelum mangsa dihantar ke klinik atau hospital. Disediakan oleh: Nur Alya Binti Muhamad Rahim I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 7
Pagoh, Johor- Pelajar dari Kursus Kokurikulum Berkredit Olahraga Balapan, Seksyen 2 di bawah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menganjurkan projek inovatif, ‘My Mobile Hurdle’ pada 10 Jun 2023, Sabtu yang lalu. Projek ini bertujuan melestarikan inovasi dengan memanfaatkan sisa buangan kitar semula untuk membuat kelengkapan alatan olahraga balapan iaitu pagar (‘hurdle’) bagi acara lari berpagar dengan menggunakan sisa buangan kitar semula yang terdiri daripada paip pvc and papan lapis sebagai bahan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Di dalam program SEP ‘My Mobile Hurdle’, pelajar memfokuskan kreativiti dalam pemanfaatan bahan-bahan kitar semula serta barang terpakai bagi menghasilkan reka cipta pagar (‘hurdle’) yang terbaik. Sepanjang tempoh penyelidikan dan pembangunan (R&D) berlansung, penyediaan bahan, kekuatan daya tahan dan kestabilan (‘hurdle’) yang dibuat telah diteliti dengan sempurna bagi memastikan kualiti serta fungsi setara dengan (‘hurdle’) yang sedia ada. Program yang berlangsung di Auditorium 4 Edu Hub Pagoh telah disertai seramai 96 orang peserta kursus terdiri daripada guru dan jurulatih sekolah-sekolah daerah Muar. Sesi pembentangan melalui E-Buku Manual ‘My Mobile Hurdle’ dan cara pemasangan secara terbuka kepada para jurulatih telah dibuat dengan jayanya. Menurut pengarah program, Choong Hor Yin program ‘My Mobile Hurdle’ ini dapat memberikan inspirasi tentang bagaimana inovasi dapat diaplikasikan dalam dunia olahraga. Tambahan beliau, program ini harus dijadikan satu contoh yang baik untuk generasi muda supaya memanfaatkan sumber-sumber yang ada, serta mendorong penggunaan bahan kitar semula untuk digunakan dalam apa sahaja reka cipta pembuatan. “Pemikiran pelajar UTHM yang inovatif serta kreatif melalui penggunaan bahan kitar semula sebagai bahan ganti untuk menghasilkan ‘hurdle’ merupakan salah satu pemikiran diluar kotak” kata salah seorang peserta yang terlibat. Pada akhir program, atlet Shakespeare telah menerima My Mobile Hurdle yang diserahkan oleh pengarah dan penyelaras program. Disediakan oleh: Muhammad Idzham Hairi Bin Mohd Fadhil Hajazi, Nur Amira Natasha Binti Badrolsham I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 8
Simpang Pulai, Perak – Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia melalui Kursus Kokurikulum Berkredit, Siswa Siswi Pertahanan Awam (Sispa) menerusi Sustainable Engagement Project telah menganjurkan Program It’s My Hygiene pada 9 Jun 2023 dengan penyertaan seramai 70 komuniti Orang Asli Kampung Kerawat, Simpang Pulai, Perak Darul Ridzuan. Melalui pelaksanaan projek ini, tatacara pengurusan dan kepentingan kebersihan kendiri dapat diterapkan kepada penduduk Orang Asli yang selari dengan matlamat Sustainable Development Goals iaitu #6 Clean Water and Sanitation. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah Keeping Hands Clean, Nail Hygiene, Facial Cleanliness, Coughing and Sneezing, Foot Hygiene, Hair and Scalp Hygiene dan Menstrual Hygiene. Selain itu, penduduk Orang Asli juga didedahkan dengan kemahiran Pertahanan Awam yang telah disampaikan oleh Leftenan Muda (PA) Ain Farhadhia binti Ahmad Daud dan Leftenan Muda (PA) Wan Muhammad Arif bin Wan Kamaludin menerusi sesi Sigap Komuniti. Pada sebelah petang, aktiviti sukaneka yang diberi nama You. Me. Games. dilaksanakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk Orang Asli Kampung Kerawat dengan pelajar Kor Sispa, UTHM. Menurut Encik Hariz Hasbullah bin Hashim, beliau berharap agar penduduk Orang Asli dapat mengaplikasikan segala ilmu dan pengetahuan yang diterapkan sepanjang pelaksanaan Program It’s My Hygiene khususnya berkaitan dengan penjagaan kebersihan kendiri dalam kehidupan seharian mereka serta menyatakan hasrat untuk meneruskan lagi kolabarasi pada masa hadapan bersama UTHM dalam pelbagai lagi program yang bermanfaat kepada masyarakat setempat. Acara penyerahan sumbangan kotak keperluan asas dan kit penjagaan kebersihan kendiri kepada komuniti Orang Asli Kampung Kerawat, Simpang Pulai, Perak Darul Ridzuan turut berlangsung pada Majlis Perasmian Penutupan Program It’s My Hygiene. Disediakan Oleh: Unit Perhubungan Awam Pejabat Unit Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 9
Batu Pahat, Johor –Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Keselamatan Maklumat dan Web, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program Colour Run and Walk pada 9 Jun 2023 bertempat di kampus induk UTHM, Parit Raja. Penganjuran program ini melibatkan seramai 31 orang pelajar yang mengikuti Kursus Keselamatan Maklumat dan Web dan dibimbing oleh seorang pengajar. Seramai 245 orang peserta telah menyertai Colour Run and Walk. Fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat. Hasil kutipan program ini telah disumbangkan kepada Rumah Jagaan Warga Tua Maimunah, Batu Pahat. Selain itu, program ini dijalankan untuk mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar UTHM yang berbilang bangsa, agama, negeri dan negara. Program Colour Run and Walk yang dijalankan merupakan Matlamat Pembangunan Mampan atau SDG yang ketiga dalam memastikan kehidupan sihat dan mempromosi kehidupan sejahtera untuk semua peringkat umur. Selain itu program ini memupuk gaya hidup sihat disamping membantu mengukuhkan kesihatan fizikal dan mental. Kesihatan yang baik mampu melahirkan seorang individu yang produktif dan berdaya saing yang sekaligus memberi impak positif kepada masyarakat serta negara. Disediakan oleh: Noor Azlin binti Yamin I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 10
Batu Pahat, Johor – Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program Masjid Lestari Kita pada 24 Jun 2023 bertempat di Masid Al Roheem, Kampung Punggor Tengah, Rengit, Batu Pahat, Johor. Program ini melibatkan seramai 44 orang pelatih yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Kor Suksis, 3 orang pengajar KKB dan 16 orang ahli jawatankuasa Masjid Al Roheem. Fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pelatih memperoleh kesedaran dan kemahiran yang diperlukan untuk menyelidik faktor yang memberi kesan kepada kehidupan mereka dan masyarakat secara global. Selain itu, pelatih dapat mengenalpasti masalah, merancang dan melaksanakan strategi penyelesaian masalah dalam dunia sebenar. Akhir sekali, mewujudkan semangat perpaduan dan silaturrahim antara pelajar dengan orang awam. Program Masjid lestari Kita yang dijalankan melibatkan 4 projek kelestarian iaitu projek 3R, pengurusan tenaga dalam masjid, pengurusan air di kawasan persekitaran masjid dan persekitaran selamat dalam kawasan masjid. Disediakan oleh : Nur Aisyah binti Ibrahim I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 11
Batu Pahat, Johor – Kursus Kokurikulum Berkredit Memanah, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program 'Lets Hiking and Plogging' pada 10 Jun 2023 bertempat di Hutan Lipur Soga Perdana , Batu Pahat. Program ini melibatkan seramai 36 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Memanah, 1 orang pengajar KKB dan 10 orang sukarelawan dari Southern Volunteers Batu Pahat, Johor telah terlibat sepanjang program tersebut berlangsung. Fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk menjaga serta memulihara kebersihan ekosistem di Hutan Lipur Soga Perdana. Projek ini memberi penekanan dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan baikpulih tempat rekreasi Hutan Lipur Soga Perdana tersebut agar dapat menarik ramai lagi pengunjung untuk menikmati keindahan ekosistem di sana. Melalui perlaksanaan program ini juga, komuniti di Taman Perdana dan penduduk Batu Pahat akan dapat menggunakan tempat ini untuk beriadah seperti hiking dengan selamat dan selesa dan sekaligus ekosistem hutan terjaga.Selain itu, program ini dijalankan untuk mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar UTHM yang berbilang bangsa, agama dan negeri. Majlis Perasmian Penutup Program 'Lets Hiking and Plogging' diadakan di Hutan Lipur Soga Perdana setelah selesai semua aktiviti program. Pihak Penyelaras menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mengikuti program ini dan berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan skop yang lebih luas dalam memberi pendedahan dan senario sebenar dalam melestarikan ekosistem hutan kepada pelajar dan berharap dalam menjalinkan lebih banyak lagi kerjasama signifikan dengan pihak luar. Disediakan oleh: Fatiha Nasuha binti Mat Zan, Farah Asyiqin binti Mohd Ridzwan dan Intan Nur Syafiqah binti Syukri Afendi I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 12
Muar, Johor – Bagi menyokong aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di Bandar Muar Bandar DiRaja, seramai 35 pelajar dari kelas Pendidikan Alam Sekitar UQA10701 Seksyen 4, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya melaksanakan program “Ecocreations” pada 17 Jun 2023. Projek ini dilaksanakan dengan jayanya bersama Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan juga Pejabat Cawangan Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Muar. Para pelajar didedahkan mengenai aktiviti dan kempen kebersihan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang dijalankan di Bandar Muar, Bandar DiRaja oleh pihak MPM dan SWCorp. Program tersebut terbahagi kepada dua fasa. Di dalam fasa pertama, aktiviti plogging pelajar di kawasan kawasan Taman Rekreasi Tanjung Emas telah berjaya mengumpul 48- kilogram sisa pepejal. Dengan panduan yang dikongsikan oleh SWCorp, diketuai oleh En. Nizam, pelajar telah berjaya membuat mengasingkan dan mengumpul sebanyak 27 kilogram sisa boleh dikitar semula. Pada Fasa Kedua, Pelajar didedahkan dengan program pengkomposan, pembuatan baja kompos, pembuatan effective microorganism (EM) dan juga bebola lumpur di Pusat Pengkomposan Majlis Perbandaran Muar, Sabak Awor. Pihak MPM yang diketuai oleh Pn. Husna menerangkan dan membuat demonstrasi bagaimana proses tersebut berlangsung. Pelajar kemudian diberikan peluang untuk menghasilkan bebola lumpur mereka sendiri. Sebanyak 3,176 biji bebola lumpur telah berjaya terhasil dalam tempoh masa dua jam. Projek ini telah memberikan perspektif baru kepada para pelajar bagaimana mereka boleh bersama komuniti setempat berganding bahu berusaha untuk menjadikan bandar dan penempatan manusia inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan, sepertimana digariskan di dalam SDG #11: Sustainable Cites and Communities. Para pelajar berjaya untuk mengaplikasikan kemahiran yang berkesan serta kreatif dalam menjalankan akitiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di peringkat bandar dan komuniti setempat. Disediakan Oleh: Muhamad Asyraaf Bin M. Ismail, Noor Emylia Binti Hisham Anna Farriha Binti A'zizi & Najib Ramli I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 13
Padang Kemunting Masjid Tanah, Melaka - Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Kursus Kokurikulum Berkredit, Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) menerusi Sustainable Engagement Project telah menganjurkan Program Kelestarian Hidupan Semulajadi pada 17 Jun 2023 dengan penyertaan seramai 60 komuniti dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang bertempat di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Masjid Tanah, Melaka.Program ini juga dapat memberi kesedaran bahawa penjagaan hidupan maritim yang selari dengan matlamat Sustainable Development Goals iaitu #14 Life Below Water.Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah penerangan dan lawatan sekitar Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu yang telah dikendalikan oleh Encik Muhamad Hanis bin Rosli selaku staf Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu. Para peserta didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan tentang hidupan penyu termasuklah tentang penjagaan penyu di pusat tersebut. Encik Hanis juga turut menerangkan jenis-jenis penyu yang terdapat di Malaysia iaitu penyu belimbing, penyu agar, penyu karah dan juga penyu lipas. Beliau juga menerangkan dengan jelas tentang spesis penyu yang kian pupus iaitu penyu belimbing. Pada masa yang sama pelajar turut berkesempatan melihat staf memberikan makanan kepada penyu dan pelepasan anak penyu di pantai. Beliau berharap khazanah penyu akan terpelihara untuk jangka masa yang panjang agar masih boleh menjadi tatapan generasi akan datang. Disediakan Oleh: Leftenan Muda (PA) Ain Farhadhia Binti Ahmad Daud, Pbt.(PA) Muhammad Aiman bin Mohd Adzha, Pegawai Kadet Sispa Junior Ain Balqis Binti Abdullah, Major Bersekutu (PA) Profesor Madya Dr. Fadillah Binti Ismail. Leftenan (PA) Davies Anak Gendum. I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 14
Senggarang, Batu Pahat – Program “OUR EARTH, OUR LIVES 2.0” berjaya menarik seramai 48 orang ibu tunggal menghadiri. Program ini dianjurkan oleh 35 orang pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Gubahan Dan Hantaran Pengantin (UQM10901) Sekysen 1, Pusat Pengajian Umum Dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Program ini dijalankan di Bilik Gerakan Persatuan Ibu Tunggal Daerah Batu Pahat, No 188 Jalan Ismail, Senggarang 83200, Batu Pahat, Johor pada 17 Jun 2023 (Sabtu) Program ini dianjurkan di bawah bimbingan, Puan Azliana Binti Hussin dengan kerjasama 3 persatuan, iaitu Persatuan Ibu Tunggal Daerah Batu Pahat, Persatuan Wanita Lestari Batu Pahat, dan Persatuan Seri Kencana Hamdolok Patu Pahat Johor. Pelajar UQM10901 melaksanakan aktiviti menyokong SDG #4 iaitu Quality Education seperti melakukan demonstrasi pembuatan sabun dengan menggunakan sisa minyak masak sebagai aktiviti utama selain aktiviti perkongsian kaedah pembungkusan sabun dan penggunaan media sosial, serta Slot Perkongsian ilmu Keusahawanan oleh Usahawan TikTok, Encik Mohammad Amril Azami Bin Johari dari TZ Garage. Usaha penggunaan minyak masak terpakai merupakan satu langkah murni ke arah menyokong SDG #11 iaitu Sustainable cities and communities. Hasil dapatan program ini dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pendapatan dalam kalangan ibu tunggal. Bahan utama menghasilkan sabun adalah minyak makanan terpakai, air dan garam akali dengan bahan sampingan, pewangi dan pewarna. Program ditamatkan dengan ucapan dari Yang Berbahagia Tuan IR Haji Khairuddin Abd Rahim, Penaung Persatuan Ibu Tunggal Daerah Batu Pahat Johor. “Dengan jadual aktiviti yang padat dan pelbagai dari awal pagi sehingga tamatnya program ini, saya percaya semua peserta yang terlibat ini akan menerima nilai tambah yang bermakna sepanjang program ini dijalankan,” katanya. Disediakan oleh: Biro Multimedia dan Penerbitan, Gubahan Dan Hantaran Pengantin (UQM10901) Sekysen 1, Sem II 22/23 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 15
Batu Pahat, Johor – Bagi menjamin semangat bomba di dalam diri para pelajar, seramai 60 peserta dari Sekolah Menengah Sains Batu Pahat dan seramai 16 siswa dan siswi dari UTHM Pagoh yang menyertai Pasukan Bomba Bantuan Institusi I, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah melaksanakan program SEP “BOMBA MUDA” pada 17 Jun 2023. Turut terlibat bersama dalam penganjuran program adalah pegawai BOMBA PAGOH iaitu Encik Mohammad Hassan Bin Haji Liakbar, Encik Mohamad Syafiq Bin Mohamad Zindan, Radin Hamimah Binti Mohamad dan Encik Rejab Bin Ramlee yang banyak memberi bantuan kepada Pasukan Bomba Bantuan Institusi I untuk menjayakan Program ini. Selain pegawai Bomba, para guru dari Sekolah Menengah Sains Batu Pahat juga turut membantu dengan membenarkan program ini diadakan di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat dan merasmikan Program ini. Program "BOMBA MUDA" ini telah melaksanakan aktiviti "explorance" yang mempunyai 4 checkpoint untuk peserta. Untuk bahagian kumpulan pula, 10 peserta akan memasuki ke 1 kumpulan. Kumpulan yang dapat melakukan aktiviti "explorance" tersebut dengan capat dan betul akan dapat hadiah setelah program selesai. Aktiviti “explorance ” ini dilakukan untuk mempromosikan sifat bekerjasama antara pelajar-pelajar dan dapat mewujudkan dan meningkatkan kemahiran komunikasi para pelajar. Akhir sekali, aktiviti ini juga dapat menambah pengetahuan para pelajar tentang pekerjaan bomba dan penyelamat dan juga dapat menarik minat pelajar untuk menceburi bidang pekerjaan ini. Disediakan oleh: Ku Ameer Hafiz bin Ku Asmawi & Mohamad Azif Najmi bin Mohd Ali I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 16
Pagoh, Johor – Kursus Kokurikulum Berkredit Siswa Muamalat UQW10201 Seksyen2, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Majlis Kepimpinan Tertinggi Kolej Kolej Kediaman Kampus Pagoh (MKP KKKP) telah menganjurkan Program Jualan Amal Sumbangan Kasih pada 16 dan 17 Jun 2023 yang bertempat di Kolej Kediaman Kampus Pagoh (KKKP). Program ini berteraskan salah satu daripada 17 matlamat ‘Sustainable Development Goals’ (SDG) iaitu SDG #2 : Zero Hunger dan memilih para pelajar UTHM khususnya penghuni Kolej Kediaman Kampus Pagoh sebagai kumpulan sasaran. Program ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu program jualan amal dan sumbangan makanan kepada para pelajar KKKP. Program jualan amal ini melibatkan seramai 35 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Siswa Muamalat. Dalam tugasan berkumpulan mereka berganding bahu melaksanakan aktiviti keusahawanan dan mengaplikasikan teori yang dipelajari di dalam kelas kepada realiti. Secara tidak langsung mewujudkan sifat keusahawanan dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar UTHM. Hasil keuntungan daripada jualan amal tersebut, digunakan untuk membeli bahan-bahan masakan. Di Bahagian kedua program ini, satu aktiviti bergotong royong dan memasak telah dijalankan. Para pelajar kursus dan MKP bersama-sama menjalankan aktiviti tersebut. Makanan dan minuman yang disediakan mereka adalah bihun sup dan air balang. Para pengunjung yang hadir diminta membawa bekas makanan dan minuman sendiri bagi mengurangkan sisa bekas plastik. Dianggarkan seramai lebih kurang 500 penghuni Kolej Kediaman Kampus Pagoh (KKKP) menerima manfaat daripada program makanan dan minuman percuma ini. Disediakan oleh: Thaqif Aiman Khalid, Alya Nurjannah Nasron I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 17
Rengit, Batu Pahat – Kursus kokurikulum berkredit Bola Jaring Seksyen 1, Pusat Pengajian awam dan Kokurikulum, UTHM bersama pelajar SMK Tun Sardon telah menganjurkan projek gotong royong “Sayangi Pantai Kita” pada 10 Jun 2023 bertempat di Pantai Punggur Rengit,Batu Pahat. Projek ini melibatkan seramai 35 orang pelajar UTHM bersama seorang pengajar dan 15 orang pelajar kelab alam sekitar SMK Tun Sardon telah terlibat sepanjang projek ini berlangsung. Projek ini memberi fokus utama iaitu mencapai objektif projek dimana untuk mengeratkan hubungan bersama pihak yang terlibat serta mnyediakan para pelajar dengan pengetahuan,kemahiran, dan motivasi untuk memahami dan menangani cabaran SDG sekaligus memelihara alam sekitar. Selain itu,projek ini telah mencapai Sustainable Development Goals (SDG) Goal 14 iaitu Life Below Water. Majlis perasmian penutupan projek Sayangi Pantai Kita telah diadakan di Pantai Punggur Rengit,Batu Pahat setelah selesai semua aktiviti projek. Pengarah projek telah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pelajar yang telah menjayakan projek ini dan berharap projek seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan skop yang lebih luas dalam memberi pendedahan tentang pentingnya kebersihan pantai kepada pelajar dan berharap dalam menjalinkan lebih banyak lagi kerjasama signifikan dengan pihak luar. Disediakan oleh: Jessie Willie I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 18
Pagoh, Johor – Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 4, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program ‘From Hunger to Hope: The Zero Hunger Campaign’ pada 16 Jun 2023 bertempat di sekitar Kolej Kediaman Kampus Pagoh dan Bilik PBL 1 UTHM Kampus Pagoh Program ini melibatkan 35 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Khidmat Masyarakat, seorang pengajar dan juga seramai 30 orang peserta telah turut serta dalam program ini. Program ini telah diadakan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran, dan motivasi dalam memahami dan menangani cabaran SDG kedua iaitu ‘Zero Hunger’. Selain itu, para pelajar dan juga peserta program dapat mengenalpasti masalah serta merancang masa dengan baik, disamping melaksanakan strategi penyelesaian masalah dalam dunia sebenar. Seterusnya, program ini dijalankan untuk mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa, agama, dan negeri. Fokus utama program ini dilaksana adalah untuk mengenalpasti peserta yang kurang berkemampuan terutamanya golongan B40 dari segi kewangan untuk membantu mereka mendapat makanan yang sihat, selamat, dan berkualiti. Terdapat tiga aktiviti utama di dalam program ini iaitu ‘Zero Hunger Explorace’, penyediaan ‘Food Basket’ oleh para pelajar kursus serta pengedaran ‘Food Basket’ kepada para peserta. Disediakan oleh: Myra Cheong Ke Rui & Noor Amira Isa I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 19
Bukit Gambir, Johor – Askar Wataniah II, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah melaksanakan program Kelestarian Alam Sekitar pada 24 Jun 2023 bertempat di Sekolah Kebangsaan Serom 5, Bukit Gambir. Program ini melibatkan seramai 30 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Askar Wataniah II, 2 orang pengajar KKB dan 16 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Serom 5 telah terlibat sepanjang program ini berlangsung. Fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran akan kepentingan menjaga alam sekitar kepada pelajar-pelajar kursus seta pelajar sekolah. Selain itu, program ini dijalankan untuk melahirkan sikap cinta akan alam sekitar dan sikap kerjasama menjaga alam sekitar dalam kalangan pelajar UTHM dan badan-badan luar yang terlibat. Disediakan oleh: Biro Promosi Askar Wataniah II, SEM II 22/23 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 20
Bekok, Kluang - Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program Jiwa Murni - Alam Sekitar dan Sungai Tanggungjawab Bersama bersama Taman Eko Rimba. Program ini adalah telah berlangsung pada 24 Jun 2023 hasil kerjasama bersama pihak Pejabat Hutan Daerah Johor Utara Segamat dan Markas PALAPES UTHM yang bertempat di Taman Eko Rimba Sungai Batang, Bekok. Seramai 62 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) PALAPES dan 3 orang pegawai pengiring dari Markas PALAPES telah terlibat dengan sepanjang program ini berlangsung. Tujuan utama program ini adalah untuk membangunkan keupayaan untuk bekerjasama dalam satu pasukan, berkongsi tanggungjawab dan menghormati peranan setiap ahli pasukan. Selain itu, melalui program ini pelajar-pelajar UTHM bekerjasama gotong-royong bersama pegawai dan staf perhutanan negeri Johor untuk membersihkan kawasan perhutanan Taman Eko Rimba Sungai Batang. Program ini telah berlangsung dengan jayanya untuk membina semangat bekerjasama hasil kolaborasi dengan pegawai dan telah memastikan hubungan baik antara pegawai dan pelajar. Akhir sekali, pelajar juga telah dapat melahirkan cinta akan alam sekitar dan ini akan menjadi kesinambungan kepada warisan untuk generasi akan datang. Disediakan oleh: Nur Balqis Shazwani Binti Norazmi dan Iqqbal Atasha Iskandar Bin Tarmizi I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 21
Pagoh, Johor – Kursus Tekno-Keusahawanan 1 (UQW10501) Seksyen 2, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Sembang Bisnes pada 10 Jun 2023 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Lenga, Muar. Program ini telah melibatkan seramai 35 orang pelajar Kursus Tekno-Keusahawanan 1 (UQW10501) Seksyen 2 dan 40 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 kursus pertanian, SMK Lenga, Muar. Turut diadakan Majlis Perasmian Penutupan Program Sembang Bisnes kepada Yang Berhormat Puan Aini binti Jebol, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Lenga, Muar bersama En. Mohd Shukri bin Saliman selaku Penyelaras Kursus Kokurikulum Tekno Keusahawanan UTHM PAGOH. Fokus utama Sembang Bisnes ini dilaksanakan adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran, dan motivasi bagi memahami dan mendalami ilmu keusahawan untuk mendepani revoulsi industri 4.0. Selain itu, pelajar dari Kursus Tekno-Keusahawanan 1 (UQW10501) Seksyen 2 juga terlibat dalam menjayakan aktiviti berkumpulan yang mana sekaligus dapat mewujudkan semangat kerjasama antara satu sama lain. Seterusnya, kami juga menjemput penceramah jemputan dari Jabatan Pertanian Daerah Muar untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar kursus pertanian SMK Lenga tentang kaedah tanaman fertigasi dan nutripot. Kami berharap bahawa inisiatif program Sembang Bisnes ini dapat membantu para pelajar kursus pertanian, SMK Lenga bagi meluaskan lagi idea- idea dan revolusi dalam pertanian di Malaysia agar dapat membuktikan keusahawanan dalam pertanian juga mampu melahirkan produk yang berkualiti tinggi. Akhir sekali, Segala Penghargaan jutaan terima kasih ditujukan kepada setiap individu yang telah menyumbang dan menjayakan program ini. Disediakan oleh: Nur Suhaila binti Bdrul Hisham I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 22
Batu Pahat, Johor - Kursus kokurikulum, UQD10101 Fotografi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program All About Photography bertempat di SMK Dato' Onn, Batu Pahat pada 24 Jun 2023. Program ini melibatkan seramai 36 orang pelajar Kursus Kokurikulum Fotografi UQD10101, 1 tenaga pengajar dan 28 orang murid pelajar SMK Dato' Onn terlibat dalam program yang telah dilancarkan. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengajar dan mendedahkan murid pelajar pelajar sekolah menengah kepada keunikan fotografi sebagai hobi ataupun kerjaya. Selain itu, pelajar sekolah menengah yang menghadiri program dapat mempelajari pengunaan kamera dan teknik fotografi. Di samping itu, pelajar yang menghadiri program dapat belajar ilmu teknik fotografi menggunakan telefon pintar. Program All About Photography yang dianjurkan fokus dalam menyampaikan cara pengunaan kamera DSLR, teknik untuk mengambil gambar berkumpulan, teknik pencahayaan sewaktu menangkap gambar dalam dan luar, teknik menangkap gambar menggunakan sudut berbeza. Disediakan oleh: Aarif Zuhair Bin Samshul Anor I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 23
INSPIRASI KOKURIKULUM LATIHAN INTENSIF
Port Dickson, Negeri Sembilan – Bagi meningkatkan kemahiran berpengakap, 48 pelajar Kursus Pengakap Kelanasiswa I dan Pengakap Kelanasiswa II yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah melaksanakan dan menyertai program Latihan Intensif Kem Lencana Kemahiran Pengakap Kelana pada 26 hingga 27 Mei 2023. Turut terlibat bersama dalam penganjuran program adalah Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) serta Majlis Belia Malaysia bersempena sambutan Hari Belia Negara 2023 peringkat kebangsaan. Pengajar merangkap penasihat program, Ts. Dr. Mohd Norasri Ismail berkata program yang diadakan di Port Dickson itu bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berpengakap melalui aktiviti perkhemahan, simpulan dan ikatan, projek perintis, orienteering, ikhtiar hidup dan penganggaran yang merujuk kepada Skim Latihan Pengakap Kelana bagi membolehkan pelajar mendapatkan Lencana Kemahiran Pengakap Kelana. Menariknya, selain aktiviti kemahiran pengakap, program juga melaksanakan program Youth and United Nations Global Alliance (YUNGA), Plastic Tide Turner Challenge Badge yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap terhadap kesan negatif penggunaan plastik sama ada di darat dan di laut. Menurut Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri PPM KLKM, Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Mustaffa Hj. Ibrahim pelaksanaan program inisiatif global seperti YUNGA dalam aktiviti kepengakapan merupakan salah satu usaha pergerakan Pengakap bagi mentransformasi kehidupan golongan muda belia. “Plastic Tide Turner Challenge Badge ini akan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya belia tentang bagaimana menghapuskan penggunaan plastik sekali guna dalam kehidupan seharian bagi memelihara alam sekitar secara global, sepanjang program berlangsung sebanyak 100 kilogram sampah berjaya di kumpulkan,” katanya. Beliau turut berharap program seumpama itu dapat meningkatkan kesedaran dan keprihatinan golongan muda belia dan masyarakat untuk mengelakkan penggunaan plastik sekali guna bagi mewujudkan ekosistem persekitaran yang lebih lestari. Disediakan oleh: Ts. Dr. Mohd Norasri Ismail , Prof Madya Dr Mustaffa Bin Hj Ibrahim, Dr Fadillah Ismail. I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 25
Batu Pahat, Johor – Pengakap Kelanasiswa II Seksyen 2, Kampus Pagoh, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) telah menganjurkan Program Latihan Intensif yang bertajuk Take a Break yang berlangsung dari 22 hingga 24 Jun 2023.Seramai 35 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Pengakap Kelanasiswa II beserta seorang pengajar KKB terlibat dalam program ini yang dilaksanakan di Pusat Latihan Ko-Kurikulum Dan Rekreasi Markisa, Batu Pahat, Johor. Pengajar merangkap penyelaras program, En. Hanafi bin Omar berkata, Program Latihan Intensif yang diadakan itu bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berpengakap dari segi ikhtiar hidup dan kepimpinan dalam kalangan pelajar Kursus Berkredit Pengakap Kelanasiswa II, Kampus Pagoh. Selain itu, melalui latihan intensif ini pelajar dapat mengasah kemahiran dan mempraktikkan teori yang dipelajari di kelas di samping dapat menimba pengalaman baharu "Experiential Learning" bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan. Dengan ini secara langsung pelajar-pelajar dilatih untuk melaksanakan tugasan secara intelektual dan bersedia mengatasi segala permasalahan yang dihadapi dengan kritis dan kreatif untuk memastikan latihan intensif yang dilaksanakan berjalan dengan jayanya. Menariknya, selain daripada aktiviti kemahiran berpengakap, intipati lain program termasuklah membina menara dan jambatan, istiadat mengibarkan bendera pada waktu pagi dan aktiviti senamrobik. Dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini, nilai kerjasama dalam kerja berkumpulan dapat diterapkan dalam kalangan pelajar. Selain itu, terdapat juga aktiviti seperti “Ice Breaking (Cheer Up Challenge)” dan Malam Citra Pengakap. Seterusnya, aktiviti-aktiviti berkumpulan seperti Paper Bridge, Helaian Terakhir, RollPong dan Pingpong On The Road dapat meningkatkan daya kreativiti dan kecergasan pelajar dalam melaksanakan setiap aktiviti mengikut arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. Menurut Pengarah Program Take a Break, Nazatul Balqis binti Rosli, aktiviti-aktiviti tersebut dapat meningkatkan Elemen Kemahiran Insaniah (KI) seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran kepimpinan dalam berpasukan dengan menyelesaikan tugasan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Disediakan oleh: Aiman Najib bin Ahmad Ruzman & Nurul Nabihah binti Ashar I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 26
Pagoh, Johor - Pasukan Siskor 1 Institusi , Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Kem Latihan Kawad Kaki pada 2-3 Jun 2023 bertempat di Tapak Parking Blok H Universiti Tun Hussein Onn Cawangan Pagoh . Kem latihan kawad kaki ini melibatkan seramai 30 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum berkredit Siskor UQR11101 Seksyen 2 . 2 orang Pegawai Pengiring dari Jabatan Penjara telah juga telah terlibat sepanjang kem ini berlangsung . Fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara mendalam tentang asas-asas kawad kaki kepada para peserta disamping memupuk semangat disiplin dan kerjasama dalam diri pelajar . Selain itu , kem ini dijalankan untuk memperolehi kemahiran dalam kawad kaki secara solo atau berkumpulan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai jiwa kepimpinan .Kem latihan kawad kaki yang dijalankan memberi fokus utama yang mencakupi 4 aspek iaitu Pengenalan Kawad Kaki , Penerangan Tentang Etika Pemakaian , Latihan Asas Kaki Statik 1 dan Statik 2 Dan Demonstrasi dan Ujian Latihan Kawad Kaki . Disediakan oleh: Nur Aldira BInti Azmee & Nik Syazwa Najihah Binti Nik Zin I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 27
UTHM Parit raja, Johor - Kelab perkahwinan dan kekeluargaan telah mengadakan program pada 16 hingga 17 june 2023 yang bertempat di BT 10 DI library UTHM Tunku Tun Aminah Library (Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM). Program latihan intensif yang diberikan nama Pembentukan Keluarga Madani. Latihan ini juga telah melibatkan seramai 36 orang pelajar dan mengundang penceramah iaitu Puan Norhanisah binti Johar iaitu pengajar kursus tersebut untuk memberi penerangan dan pemahaman tentang keluarga madani. Fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman berkaitan dengan pembentukan keluarga madani berteraskan 6 tonggak utama serta cabaran pelaksanaan dan kaedah mengatasi cabaran tersebut untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam kursus kokurikulum berkredit Perkahwinan dan Kekeluargaan, UQA 10301, Seksyen 1. selain itu juga, program ini menjadi satu halatuju dalam membina kemesraan diantara pelajar yang mengambil kursus ini. Latihan intensif ini pelajar dapat mengasah kemahiran dan mempraktikkan teori yang dipelajari di kelas di samping dapat menimba pengalaman baharu (Experiential Learning) bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan. Dengan ini secara langsung pelajar-pelajar dilatih untuk melaksanakan tugasan secara intelektual dan bersedia mengatasi segala permasalahan yang dihadapi dengan kritis dan kreatif untuk memastikan latihan intensif yang dilaksanakan berjalan dengan jayanya. Antara tunjang utama bagi program ini adalah Memberi latihan kemahiran secara intensif kepada pelajar- pelajar bagi meningkatkan kemahiran/kefahaman berkaitan dengan pembentukan keluarga madani berteraskan 6 tonggak utama serta cabaran pelaksanaan dan kaedah mengatasi cabaran tersebut. Menerapkan nilai sikap, etika dan profesional dalam penyelesaian isu-isu perkahwinan dan keluarga merujuk kepada elemen sosial atau psikologi atau perundangan keluarga. Mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa, agama dan negeri melalui projek yang dijalankan. Disediakan oleh: Biro Multimedia kursus kokurikulum berkredit Perkahwinan dan Kekeluargaan, UQA 10301, Seksyen 1 (SEM II 22/23) INSPIRASI KOKURIKULUM 28
Pagoh, Johor – Kursus Kokurikulum Kredit Futsal Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Latihan Intensif Taktikal Dalam Futsal pada 16 -17 Jun 2023 bertempat di Gelanggang Futsal Gunasama EDUHUB Pagoh . Latihan ini melibatkan seramai 35 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Futsal bersama pengajar KKB iaitu Puan Shasha Binti MD Hairol Nizam telah terlibat sepanjang latihan tersebut berlangsung. Fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk memperkasakan kemahiran dan penguasaan dalam taktikal yang terdapat dalam futsal secara lebih terperinci dan intensif kepada pelajar-pelajar Futsal dan dapat mengaplikasikan taktikal dipelajari ketika di dalam perlawanan sebenar. Selain itu, latihan ini dijalankan untuk mewujudkan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar UTHM yang berbilang bangsa, agama dan negeri. Latihan Intensis Taktikal Dalam Futsal yang dijalankan memberi fokus utama yang mencakupi aspek tiga aspek iaitu Taktikal Menyerang, Taktikal Bertahan dan “Power Play”. Disediakan oleh : Muhammad Ammar Danish Bin Marzuki & Nik Irfan Syazwan Bin Nik Soh I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 29
Batu Pahat, Johor - Persatuan Pandu Puteri Siswi II, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) telah menganjurkan program “Made To Lead” pada 26-27 Mei 2023 bertempat di Pusat Minda Emas (PuMAS) UTHM, Batu Pahat. Program ini melibatkan seramai 60 ahli Pandu Puteri Klover yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Persatuan Pandu Puteri Siswi II, seorang Kapten Pandu Puteri Klover dan seorang jurulatih WAGGGS (Leadership Mindset) telah terlibat sepanjang program tersebut berlangsung. Fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan Pandu Puteri Siswi mampu belajar menyesuaikan tingkah laku mereka mengikut kesesuaian tempat dan masa (Worldly Mindset), mencabar stereotaip berkaitan jantina (Gender Equality Mindset), mencari maklumat yang diperlukan untuk memahami sesuatu perkara dari perspektif berbeza (Responsible Action Mindset), menginovasi bagi menghasilkan impak positif (Creative & Critical Thinking Mindset), belajar untuk bekerja sebagai suatu kumpulan dan mewujudkan ruang untuk partisipasi semua pihak (Collaborative Mindset) dan akhir sekali, mencabar diri mereka untuk memahami dan menggunakan pengalaman sebagai satu pengajaran bagi menambah baik diri dan orang sekeliling (Reflective Mindset). Program yang dijalankan memberi fokus utama yang mencakupi beberapa aspek iaitu Reflective Mindset, Collaborative Mindset, Creative and Critical Thinking Mindset, Responsible Action Mindset, Gender Equality Mindset, dan Worldly Mindset. Disediakan oleh : Siti Balqis Binti Zulkafli & Nurul Aida Binti Muner I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 30
INSPIRASI KOKURIKULUM KERJA LAPANGAN
Pagoh, Johor - Pelajar SISKOR II, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) cawangan Pagoh telah menganjurkan Kerja Lapangan di bawah teras kesukarelawanan pada 9 - 10 Jun 2023 bertempat di Dewan Serbaguna Hub Pendidikan Tinggi Pagoh dan Muzium Penjara Malaysia, Melaka. Latihan ini melibatkan seramai 24 orang pelajar yang mengikuti Kursus kokurikulum Berkredit (KKB) SISKOR II , seorang pengajar dan seorang Pegawai Pengiring dari Jabatan Penjara Malaysia telah terlibat sepanjang program berlangsung. Fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi ilmu pengetahuan dan latihan berkenaan percakapan awam dan keyakinan diri kepada semua pelajar dalam menguruskan program yang telah ditetapkan. Selain itu, program ini dapat memberi latihan kemahiran kepada semua pelajar berkaitan dengan segala aktiviti yang akan dilaksanakan. Akhir sekali, program ini juga dapat mewujudkan semangat berkerjasama antara pelajar UTHM dengan peserta Akademi Tunas Muar, Johor. Kerja Lapangan 'Creative Warrior' ini mengetengahkan fokus utama yang mencakupi tiga aspek iaitu Teori dan Teknik dalam Padang, Pengetahuan tentang sistem Penjara Malaysia dan situasi dalam penjara. Disediakan oleh : Khairina Ameera binti Kamarul Ariffin, Ahmad Saufi bin Sajuli dan Adlyn Hanani binti Mohd Faizra I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 32
Banda Hilir Melaka, Melaka — Pelajar Sains Politik (UQA10601) Seksyen 1, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan Program Eksplorasi Siswa Intelek: Memupuk Rasa Cinta Warisan Sejarah pada 3 Jun 2023 bertempat di 6 Muzium di Melaka. Keenam-enam muzium tersebut termasuklah Muzium Samudera (Flor De La Mar), Muzium Samudera Fasa 2, Muzium Tentera Laut Di Malaysia,Muzium Sejarah dan Etnografi, Muzium Belia, dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri Melaka. Program Eksplorasi Siswa Intelek: Memupuk Rasa Cinta Warisan Sejarah ini telah melibatkan seramai 36 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Sains Politik, 2 orang pengiring iaitu Puan Nur ‘Afifah Binti Jailani Pengajar Kursus Kokurikulum Sains Politik , dan Cik Maizatulazrina binti Yaakob. Objektif utama Program Eksplorasi Siswa ini ialah untuk memberikan pendedahan sains politik dan sejarah yang menyentuh aspek antropologi, ekonomi, dan sosiologi di dalam kalangan pelajar. Selain itu, untuk mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa, agama, dan negeri. Akhir sekali, fokus program ini ialah untuk mewujudkan semangat bekerjasama antara pelajar UTHM dengan pengunjung sekitar Banda Hilir, Melaka. Terima kasih Pihak Perbadanan Muzium Melaka atas kerjasama dalam menjayakan program “Eksplorasi Siswa Intelek: Memupuk Rasa Cinta Warisan Sejarah ini yang membantu mahasiswa/i untuk lebih cakna dengan sejarah dan juga sains politik semasa. Disediakan oleh : Nurul Amirah Aliya Zulkeflie & Nur ‘Afifah Jailani I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 33
Pontian, Johor – Pelajar Pendidikan Alam Sekitar (UQA10701) Seksyen 1, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program “Caring for Wetlands” pada 27 Mei 2023 bertempat di Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian. Program ”Caring for Wetlands” ini melibatkan seramai 37 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Pendidikan Alam Sekitar, 1 orang pengajar KKB dan 2 orang Pegawai Pengiring. Program “Caring for Wetlands” ini telah mendapat tajaan oleh Micron Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd. untuk melaksanakan aktiviti penyemaian biji benih bakau, kutipan sampah hanyut, ceramah kesedaran kepentingan hutan paya bakau dan juga proses penanaman semula pokok bakau di Taman Negara Johor Tanjung Piai. Hutan Paya Bakau merupakan merupakan satu ekosistem yang kompleks dan penting berperanan sebagai habitat hidupan marin, penahan ombak yang kuat, penebat kepada angin kencang/ribut, kawasan perangkap sampah semulajadi, kawasan persinggahan burung hijrah (migratory birds), kawasan pembiakan serta pelindungan bagi ikan, ketam, udang dan belangkas (nursery ground). Fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang alam semesta serta flora dan fauna dengan lebih terperinci agar pelajar dapat mengenalpasti punca pencemaran alam sekitar. Selain itu, kerja lapangan ini dijalankan untuk mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar UTHM yang berbilang bangsa, agama, negeri dan negara. Kerja Lapangan ”Caring for Wetlands” yang dijalankan memberi fokus utama yang mencakupi tiga aspek iaitu penyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar menggunapakai kaedah biologi, fizikokimia dan fizikal dalam memulihara dan memelihara alam sekitar terutama hutan paya bakau. Disediakan oleh: Maizatulazrina binti Yaakob INSPIRASI KOKURIKULUM 34
Muar, Johor – Kursus Olahraga Balapan Seksyen 3, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Kerja Lapangan : Athletics Time Trial @ RISEUP Games 2023 pada 23 - 24 Jun 2023 bertempat di Stadium Edu Hub Pagoh dengan kerjasama Persatuan Olahraga Johor (POJ) Program ini melibatkan seramai 35 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Olahraga Balapan Seksyen 3, 2 orang pengajar KKB Olahraga Balapan dan pegawai teknikal bertauliah Persatuan Olahraga Johor (POJ) seramai 60 orang dan disertai oleh lebih kurang 500 orang atlet dari Pusat Latihan Daerah (PLD) seluruh Johor. Fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk mencari bakat atlet-atlet olahraga untuk kemajuan sukan olahraga di negeri Johor. Sementara pelajar kursus kokurikulum olahraga dapat mempelajari serta menimba pengetahuan dalam penganjuran sesuatu kejohanan olahraga yang bertaraf kebangsaan. Selain itu, program/kejohanan ini dijalankan untuk mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar UTHM, pegawai bertugas, peserta kejohanan serta jemputan luar yang berbilang bangsa, agama dan daerah/negeri. Program ini juga merupakan salah satu lokasi ujian masa (time trial) untuk atlet-atlet olahraga SUKMA Johor yang bakal menyertai sukan dwitahunan itu pada tahun 2024 nanti. Disediakan oleh: Muhammad Afiq Izzuddin Azizi, Muhammad Shazwan Shamsuri & Ismade Niam I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 35
Senai, Johor Bahru - Seramai 35 orang mahasiswa Kursus Kokurikulum Berkredit Umrah dan Haji di bawah seliaan Tuan Haji Abd Khalil Bin Abd Rahim telah bekerjasama dengan Tabung Haji Negeri Johor dalam penganjuran program Selangkah ke Tanah Suci (STS 2023) bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (Senai) selama 8 hari bermula 30 Mei sehingga 6 Jun 2023. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang prosedur keberangkatan Jemaah Haji bermula dari pendaftaran masuk hinggalah terbang ke KLIA. Pelajar bersama RELA, PDRM dan KKM telah berpeluang menyantuni hampir 2000 orang Jemaah haji negeri Johor dalam Operasi Haji Tanah Air (OHTA). Penutup program ini telah disempurnakan oleh Pengarah Tabung Haji Negeri Johor, Tuan Haji Abu Shukor Bin Jangga di Menara Tabung Haji Negeri Johor pada 22 Jun 2023. Disediakan oleh: Hj Abd Khalil Bin Abd Rahim I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 36
Port Dickson, Negeri Sembilan – Seramai 33 pelajar dari Kursus Kokurikulum Berkredit Ilmu Falak, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah melalakukan program komuniti pemindahan ilmu kepada pelajar Sekolah Agama Menengah Agama Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan (SMATKEM). Program yang dinamakan Light In The Dark mendapat kerjasama daripada Balai Cerap Teluk Kemang dan Jabatan Mufti, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Pihak juga MAINS telah menaja penginapan dan makanan semua pelajar UTHM di PD Forest Resort. Program dimulakan dengan ceramah dan taklimat mengenai alam semesta di dewan terbuka resort dijayakan oleh En. Muzamir Mazlan dari Balai Cerap Teluk Kemang. Pelajar juga diberi peluang untuk mencerap dan mengenalpasti bintang menggunakan teleskop dan penggunaan telefon untuk astrophotography. Seterusnya pada 16 Jun 2023, pelajar UTHM mengadakan aktiviti perkongsian ilmu bersama pelajar SMATKEM. Program dihadiri oleh 113 pelajar tingkatan 3,4 dan 5 sekolah tersebut. Antara topik yang diberikan kepada pelajar adalah; Pengenalan Ilmu Falak; Pengetahuan mengenai angkasa raya; Kalendar dan penentuan bulan islam; Penentuan waktu solat; dan Penentuan arah kiblat. Aktiviti penentuan arah kiblat kemudiannya dilakukan secara amali di perkarangan SMATKEM bersama pelajar. Mereka amat teruja mencuba peralatan yang bawa dari UTHM seperti Total Station (Alat penentuan bering arah kibkat secara digital); Kompas prismatic (Alat magnetik penentuan bering arah kiblat); dan tongkat bayang (Alat penentuan arah kiblat melalui bayang matahari). Program ini telah berjaya mencapai objektifnya dengan mewujudkan semangat kerjasama antara pelajar disamping memperolehi kamahiran yang dapat memberikan kesan kepada pendidikan secara global. Kejayaan program ini adalah kejayaan bersama antara pihak UTHM, Balai Cerap Teluk Kemang, Jabatan Mufti (MAINS) dan SMATKEM. Disediakan oleh: Mustaffa b. Anjang Ahmad & Nurul Hidayah Mohd Sani I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 37
Parit Raja, Johor – Pengurusan Acara dan Majlis (Seksyen 1), Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Kerja Lapangan The Ultimate Leadership Camp yang berlangsung pada 15 Jun 2023 hingga 16 Jun 2023 di Fakulti Kejuruteraan Awam Alam Bina (FKAAB), UTHM, Parit Raja, Johor. Latihan ini melibatkan seramai 36 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Pengurusan Acara dan Majlis, telah melibatkan diri sepanjang latihan tersebut. Kem kepimpinan ini juga disertai seramai 79 orang murid yang terdiri dari barisan pemimpin muda sekolah dan 8 orang guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Seri Rejo Sari, Senggarang, Johor. Kem ini juga dirasmikan oleh Encik Mohd Iswandy bin Sahlan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Rejo Sari. Tujuan utama kerja lapangan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman pengurusan acara dan majlis khususnya dalam mengendalikan program kepimpinan bagi pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Rejo. Selain daripada itu, melalui kerja lapangan ini pelajar dapat mengasah kemahiran dan mempraktikkan teori yang dipelajari di kelas di samping dapat menimba pengalaman baharu (Experiential Learning) bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan. Dengan ini secara langsung pelajar-pelajar dilatih untuk melaksanakan tugasan secara intelektual dan bersedia mengatasi segala permasalahan yang dihadapi dengan kritis dan kreatif untuk memastikan kerja lapangan yang dilaksanakan berjalan dengan jayanya. Seterusnya, ia juga dapat memberi pengetahuan mengenai pengurusan majlis dalam mengendalikan program kepimpinan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Rejo Sari khususnya pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, ketua dan penolong ketua kelas. Selanjutnya, pelajar dapat menguasai kemahiran dalam menguruskan majlis dan acara yang berkonsepkan kem kepimpinan dan kemahiran pengucapan awam. Akhir sekali, pelajar juga dapat menunjukkan nilai murni, sikap yang beretika dan profesional dalam mengorganisasikan kumpulan bagi melaksanakan beberapa aktiviti yang dijalankan seperti latihan pengucapan awam, latihan komunikasi berkesan dan latihan perhimpunan simulasi. Disediakan oleh: Muhammad Aqiel Wafiy Bin Anuar I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 38
Pagoh Johor – Ilmu Falak Seksyen 2 dan Seksyen 3, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Bengkel Astronomi Islam pada 22 - 24 June 2023 bertempat di Bilik Aktiviti 3, Edu Hub Pagoh. Bengkel ini berjaya menarik seramai 25 orang peserta luar, termasuk daripada Indonesia dan Singapura, beserta 70 pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Ilmu Falak, 1 orang pengajar KKB. Fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta terhadap penggunaan Python dalam Astronomi Islam bagi tujuan pembinaan data cerapan anak bulan, pengunaan Astrolab, satu alat astronomi kuno bagi penentuan waktu solat, dan kemahiran cerapan menggunakan teleskop. Bengkel terbuka kepada umum seperti ini adalah kali pertama dilaksanakan di Malaysia. Bengkel seperti ini sebelumnya dilaksanakan secara tertutup dan khusus kepada pegawai khas. Bengkel ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Jurufalak Syarie, yang membantu mempromosi Bengkel Astronomi Islam ini, dan Program Astronomi Islam, Jabatan Fiqh Usul, Universiti Malaya, yang menawarkan 4 orang pelajar sebagai fasilitator cerapan bulan malam. Disediakan oleh: Mohamad Yusuf Mohamad Yaman, Nur Antasya Baklis & Muhamad Syazwan Faid I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 39
Diterbitkan oleh: Jawatankuasa Perhubungan Korporat dan Media PPUK Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia. Tel: +607-453 7480 Email: [email protected] Website: https://ppuk.uthm.edu.my https://kkb.uthm.edu.my Jasamu Dikenang Budimu Disanjung