The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, 2023-05-29 23:55:51

MAJALAH INSPIRASI KOKURIKULUM SEMESTER I SESI 2022/2023 PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM

PROOFREAD INSPIRASI KOKURIKULUM FINALISE 300523_compressed

PUSAT PENGAJIAN UMUM & KOKURIKULUM https://kkb.uthm.edu.my SEMESTER I 22/23


SIDANG REDAKSI INSPIRASI KOKURIKULUM PENASIHAT PROF. MADYA DR. MOHD KHIR BIN MOHD NOR KETUA EDITOR DR. MOHD HAIRUL BIN KHAMIDUN SENIOR EDITOR PROF. MADYA DR. FADILLAH BINTI ISMAIL DR. MOHD AZHAR BIN HARIMON DR. NUR ILYANI BINTI RAMLI DR. NURMIZA BINTI OTHMAN EDITOR MOHD SUFFIAN BIN MD NOR NUR RAIHAN DAYANA BINTI KHAMIS NOR AZILA BTE KELEWON SITI NUR HANISAH BINTI HAMIDON JAZLAN BIN JAMIL ISI KANDUNGAN Sustainable Engagement Project (SEP) - 3 Lat ihan Intensif - 16 Ker ja Lapangan - 29 Liputan Media Massa - 36 2


SUSTAINABLE ENGAGEMENT PROJECT (SEP) INSPIRASI KOKURIKULUM


Pantai Punggur, Batu Pahat – Bagi menzahirkan kecintaan dan kesedaran generasi muda terhadap kepentingan pemuliharaan pantai dan alam sekitar, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi kursus Pendidikan Alam Sekitar Seksyen 1 telah melaksanakan Sustainable Engagement Project (SEP) "Pemuliharaan Hidupan Laut" di Pantai Punggur, Batu Pahat dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Senggarang, Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan juga Persatuan Veteran ATM, Cawangan Rengit, dan warga Kg Mengkudu Darat pada 17 Disember 2022 lalu. Program ini melibatkan penyertaan hampir 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar kursus Pendidikan Alam Sekitar Seksyen 1, pegawai pengiring, penceramah jemputan, pelajar SK Senggarang, guru SK Senggarang, staf MPBP, Ketua Kampung Sungai Mengkudu Darat dan Persatuan Veteran ATM Cawangan Rengit. Program “Save Marine Life” ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan pentingnya pemuliharaan laut bagi menjamin keseimbangan alam, sumber air bersih serta rantaian makanan bagi hidupan di bumi. Program ini dimulakan dengan ceramah oleh Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Radin Maya Saphira Binti Radin Mohamed dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB). Selain itu, program ini juga bertujuan memberi peluang dan pengalaman baharu kepada pelajar berkaitan pentingnya pengurusan sisa buangan agar tidak mencemarkan kawasan sungai dan pantai, sekali gus sebagai usaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesedaran mengenai alam sekitar. Disediakan oleh: Cik Maizatulazrina Binti Yaakob 4 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Pagoh, Johor – Pengakap Kelanasiswa I Seksyen 2, Kampus Pagoh, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program Sustainable Engagement Project (SEP) yang bertajuk Sayangi Bumi Kita yang berteraskan kesukarelawanan pada 7 Januari 2023 bertempat di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam Batu 18, Muar, Johor. Melibatkan seramai 35 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Pengakap Kelanasiswa I, seorang pengajar KKB dan 154 orang pelajar yang terlibat dari Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam Batu 18, Muar, Johor. Program Sayangi Bumi Kita ini berfokuskan dalam memperkasakan sifat sayang akan alam sekitar di dalam diri pelajar sekolah rendah Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Batu 18, Muar, Johor agar pelajar dapat lebih menghargai alam sekitar. Melalui SDG 13: Climate Action yang telah dipilih, dapat disimpulkan bahawa alam sekitar perlulah dipelihara dengan baik demi menjamin kesejahteraan disamping meningkatkan kualiti kehidupan manusia. Selain itu, pemeliharaan alam sekitar juga dapat menstabilkan ekosistem negara serta dapat mengurangkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia di samping mendidik nilai-nilai keupayaan kawalan diri dan kestabilan rumah hijau. Dalam program ini pelajar Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Batu 18, Muar, Johor, pelajar akan memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk menyelidik faktor yang memberi kesan kepada alam sekitar secara global. Disamping itu, melalui pelaksanaan Program Sayangi Bumi Kita ini, pelajar memperoleh pengetahuan untuk merancang dan melaksanakan pelan tindakan untuk mengurangkan pencemaran udara dan alam sekitar yang terjadi sekaligus mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar dari pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama. Disediakan oleh: Nurul Izzah binti Abdullah 5 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Sekumpulan pelajar dari Kursus Kokurikulum Berkredit Debat Seksyen 2, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya mengumpul kira-kira 1285.74 kilogram (kg) fabrik terpakai untuk dikitar semula bagi tujuan amal. Pengumpulan melalui program ‘Sustainable Engagement Project (SEP) Bajurity: Recycle for Charity’ yang hanya mengambil masa empat hari itu melebihi sasaran yang ditetapkan sebelum ini iaitu sebanyak 1000kg. Program amal itu turut melibatkan kerjasama beberapa pihak seperti Kloth Malaysia Sdn. Bhd., Genesys Eco Resources, Kolej Kediaman Kampus Pagoh (KKKP), Kelab Teknologi Kejuruteraan (ETeC) dan Sekretariat Rukun Negara (SRN) UTHM. Pengarah program, Muhammad Nabil Yusjah berkata program Bajurity diadakan bertujuan mendidik warga kampus dan komuniti setempat untuk membudayakan aktiviti mengitar semula barangan fabrik terpakai dengan menukarkan ia menjadi barang yang bermanfaat untuk masyarakat. “Sebahagian sisa ini boleh diguna semula dengan menghasilkan barangan seperti selimut dan baju untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan sekali gus menyumbang kepada kelestarian bandar selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan 11 (SDG). Turut diadakan, perkongsian pandangan berkaitan tema ‘Recycle for Charity’ daripada Eksekutif Pembangunan Produk dan Operasi, Kloth Malaysia Sdn. Bhd., Ummi Maisarah Nasaruddin dan Pengarah Urusan dan Pengasas, Genesys Eco Resources, Wan Muhamad Idham Wan Mahdi. Sementara itu, pengajar merangkap penasihat program, Mohd Syahir Anwar Hamzah pula berkata program yang kali pertama diadakan selepas pandemik itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga kampus dan maklum balas positif daripada rakan-rakan kerjasama. Melalui pelaksanaan program ini, pelajar juga berpeluang untuk mendokong aspirasi SDG dengan melakukan usaha kecil yang berimpak tinggi di samping dapat menimba pengalaman menganjurkan program bagi memenuhi keperluan subjek di bawah Pusat Pengajian Umum & Kokurikulum (PPUK) 6 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Sungai Siput, Perak – Cakna dengan kebajikan serta keperluan masyarakat, seramai 35 pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Umrah Dan Haji (UQD10301) Seksyen 1, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berganding bahu melaksanakan program Ikatan Ukhwah Mahasiswa Bersama Orang Asli (IUMBOA) dengan kerjasama rakan strategik, Fast Training and Consultant, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Masyarakat Pos Kuala Mu serta Lata Tengkoh Penyel pada 29 sehingga 31 Disember 2022 yang lalu. Program Khidmat Masyarakat ini bertujuan untuk melestarikan pendidikan penduduk kampung Pos Kuala Mu demi mencapai matlamat SDG #17: Partnership for Goals. Menurut pengarah program, Muhammad Najmi Syazli Bin Shahar, program yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu sarat dengan pelbagai aktiviti yang menarik untuk menyantuni keluarga masyarakat orang asli seperti aktiviti ceramah motivasi oleh Perunding motivasi, Encik Sharimi Bin Shaharudin dari FAST Training & Consultancy, pertandingan mewarna, perlawanan persahabatan (sepak takraw dan badminton) dan sukan rakyat. Penasihat program merangkap pengajar UQD10301, Hj Abd Khalil Bin Abd Rahim pula menzahirkan rasa terharu apabila mahasiswa dapat bersama-sama masyarakat Orang Asli memasak jamuan secara bergotong-royong di kediaman terpilih penduduk setempat. Pengalaman bermakna tersebut bertambah manis apabila mahasiswa UTHM dapat menyantuni seluruh penduduk Kampung Kuala Mu seramai 300 orang di dalam majlis Kenduri Perdana. Program IUMBOA ini telah berjaya memberi impak kepada mahasiswa UTHM apabila mereka diberi peluang merasai menginap di rumah Orang Asli yang berlantaikan buluh dan beratapkan rumbia serta berkongsi sebahagian dari pengalaman cara hidup masyarakat suku Temiar ini. Pengalaman yang amat berharga ini amat membantu mahasiswa membina jati diri, menyuburkan rasa kasih sayang serta menanamkan rasa bersyukur dengan kemudahan dan kemajuan yang dikecapi selama ini. Senyuman manis sentiasa terukir di wajah mahasiswa UTHM kerana berjaya melakarkan kenangan indah sepanjang program IUMBOA pada kali ini. 7 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Projek Celik Seni yang dikelolai oleh pelajar-pelajar dari Kursus Kokurikulum Berkredit Senitari Tradisi dan Kreatif (UQB11001, Seksyen 1) yang telah berlangsung pada 21 Januari 2023 di Dewan Utama Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat, Johor (KPTMBP) dengan penyertaan keseluruhan seramai 35 orang peserta dari pihak kerjasama yang terlibat di dalam projek ini iaitu pelajar-pelajar dari Kelab Seni Persembahan dan Muzik, Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat (KPTMBP). Selain itu, projek ini juga turut dihadiri di majlis penutupan projek oleh Yang Berbahagia, Puan Akmal Shakila binti Haron selaku Penolong Pengarah Kediaman dan Kebajikan Hal Ehwal Pelajar merangkap Penasihat Kelab Seni Persembahan & Muzik serta Saudara, Muhammad Shahrul Ilyas bin Bulat selaku Pengerusi Kelab Seni Persembahan & Muzik, Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat. Tujuan projek ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dengan pendidikan awal kepada asas ilmu pengetahuan tentang seni dalam memberi galakkan pertumbuhan aktiviti kesenian dan kebudayaan khususnya dalam aktiviti pembuatan Tanjak Melayu dan dandanan rambut ikatan sanggul bagi tarian tradisional Melayu sekaligus ia dapat menyediakan pelajar-pelajar dengan berpengetahuan, berkemahiran, dan bermotivasi supaya pelajar ini lebih minat dan memahami akan sesuatu aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dijalankan untuk menimbulkan dan memberi kesedaran tentang kepentingan menghargai seni itu sendiri dalam pelbagai cara dengan perspektif dan persepsi yang sedia ada. Disediakan oleh: Intan Saradiana binti Abdul Razak 8 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Pada 14 Januari 2023, telah berlangsungnya Projek Kembara Bandar Lestari, yang melibatkan 35 orang pelajar serta pengajar daripada Kursus UQA 10701 Pendidikan Alam Sekitar Seksyen 3. Program ini dijayakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Muar (MPM) serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp) Daerah Muar/Tangkak. Para pelajar telah didedahkan kepada inisiatif perbandaran berkarbon rendah yang dijalankan di Bandar Muar, Bandar DiRaja (BMBD) oleh kedua-dua agensi tersebut. Para pelajar juga turut serta di dalam aktiviti Plogging, aktiviti Thrash to Cash, pembelajaran & pembuatan baja kompos, EM dan Mudball. Sebanyak 170 kg sisa kering berjaya dikutip di kawasan Medan Ikan Bakar Sabak Awor dan kawasan sekitar. Sebanyak 1178 mudball juga telah berjaya dihasilkan, yang bakal digunakan untuk pemuliharan kawasan sumber air dalam daerah Muar. Disediakan oleh: Najib bin Ramli 9 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Projek "CASA DE MOLUSCO" merupakan program SEP yang telah berlangsung pada 14 Januari 2023 di Balai Raya Kampung Parit Lapis Darat, Senggarang. Program ini merupakan program kerjasama di antara Kursus Kokurikulum Berkredit Kerja Konkrit Seksyen 2 bersama JKK Kampung Parit Lapis Darat, Senggarang. Projek ini memberi penekanan kepada penghasilan produk inovasi bata simen yang lestari selaras dengan SDG ke 9. Sebanyak 6 kali pertemuan telah diadakan sepanjang menjayakan projek ini iaitu bermula dari 4 November 2022 sehingga 20 Januari 2023 di mana ianya merangkumi perbincangan awal, penyedian bahan, pembuatan inovasi bata simen, aplikasi di tapak dan diakhiri dengan postmortem. Produk inovasi yang dihasilkan oleh pelajar kursus ini kemudiannya dijadikan sebagai landskap dan dekorasi di kawasan Balai Raya Kampung Parit Lapis Darat. Semasa program SEP berlangsung, pelajar telah menghasilkan tembok kawasan dekorasi tanaman setinggi 250 milimeter dan sepanjang 2 meter di Balai Raya tersebut dengan menggunakan produk inovasi bata simen mereka. Dekorasi yang dihasilkan ini boleh digunakan sebagai kawasan tanaman pokok oleh komuniti di sana. Seramai 4 orang komuniti JKK Kampung Parit Lapis Darat telah menyertai projek ini. Secara keseluruhannya, projek ini dilihat memberi kesan positif dalam menambahkan pengetahuan dalam penghasilan bata simen disamping dapat berkongsi ilmu pengetahuan bersama penduduk setempat berkaitan SDG dan produk inovasi yang boleh dihasilkan dengan mudah. Disediakan oleh: Muhammad Shabery Sainudin 10 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Program menyayangi alam sekitar (Love Our Nature) telah berlangsung pada 14 Januari 2023 di Dewan Sekolah Kebangsaan Gersek, Johor dengan penyertaan seramai 60 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Gersek dan juga 35 orang pelajar yang mengambil Kursus Kokurikulum Berkredit Pendidikan Alam Sekitar Seksyen 2. Program “Love our Nature” ini telah dirasmikan oleh Ts. Dr. Norshuhaila Binti Mohamed Sunar. Tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan para pelajar terhadap kepentingan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar. Selain itu, ia memupuk nilai sivik dan pembangunan sahsiah ke arah pembangunan lestari. Seterusnya, ia menyemai dan mempertingkatkan semangat berkomunikasi dalam membina hubungan sillaturrahim sesama pelajar dan mewujudkan kerjasama dalam kumpulan bagi menjayakan sesuatu aktiviti. 11 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Program Protect Our Marine telah berlangsung pada 16 Disember 2022 di Pantai Tanjung Lompat, Desaru, Johor dengan penyertaan seramai 10 peserta. Program ini merupakan anjuran Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK) bersama Encik Mohan Ponnan (Trash Hero Desaru) dan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) yang melibatkan seramai 35 pelajar UTHM. Tujuan program ini diadakan untuk mencapai matlamat yang termaktub dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu matlamat ke-14 (hidupan bawah air) dengan memberi tumpuan pada melestarikan pantai dengan memulihara pantai dari pencemaran. Selain itu, ia juga untuk memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan pantai dan pendedahan kepada isu pencemaran laut kepada komuniti setempat serta para pengunjung. Di samping pembersihan pantai dijalankan, pelajar turut menyediakan beberapa buah papan tanda peringatan serta menanam sebanyak 20 pokok ketapang di sekitar pantai sebagai usaha menyediakan masa depan yang lebih baik kepada generasi akan datang melalui cara mengekalkan ekosistem dan khazanah alam. Disediakan oleh: Khadijah Maulad Bahrol 12 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Prihatin dengan masalah pelajar yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mengalami perubahan disebabkan COVID-19 yang melanda dunia, 34 pelajar bersama pegawai pengiring dari Kursus Pengurusan Kreativiti Seksyen 2, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah melaksanakan aktiviti perkongsian ilmu melalui projek ‘Hussein Exploration’ yang bertempat di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Ledang, Tangkak, Johor. Projek Hussein Exploration telah berlangsung pada 14 Januari 2023 dengan penyertaan seramai 40 orang anak-anak yatim dan dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Syukor bin Othman, Biro Kebajikan dan Dakwah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Ledang, Tangkak. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran, dan motivasi untuk memahami dan menangani cabaran dalam pendidikan secara global. Projek ini diisi dengan sesi perkongsian bagaimana membentuk fikiran kreatif dan kritis, kemahiran komunikasi berkesan dan memantapkan kemahiran insaniah. Menurut salah seorang peserta, projek ini banyak memberi pengetahuan baru di samping dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. "Saya berasa seronok sangat hari ini kerana dapat mengisi masa hujung minggu dengan membuat aktiviti menarik dengan kakak dan abang. Banyak yang saya dapat belajar hari ini. Saya harap kakak dan abang akan datang lagi berjumpa kami di sini,” katanya. Projek ini memberi impak yang signifikan kepada semua lapisan pelajar, yang mana ia dapat menunjukkan nilai, sikap, etika dan profesional dalam mengaplikasikan kaedah percambahan idea bagi meningkatkan daya kreativiti dan inovasi. Selain itu, para pelajar dapat menyumbang ilmu pengetahuan dan mendedahkan pelbagai cara untuk meningkatkan tahap pemikiran kritis dan kreatif anak-anak yatim bagi melahirkan pelajar yang holistik dan berketerampilan. Disediakan oleh: Nor Afiqah Binti Mohd Aris 13 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Batu Pahat – Bagi memupuk kesedaran berkaitan memelihara dan penjagaan mampan ekosistem darat (hutan), seramai 35 pelajar kursus kokurikulum olahraga seksyen 5 Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK) telah menjayakan program SEP Hill Run With Nature. Program ini telah dijalankan pada 30 dan 31 Disember 2022 di tapak kawasan rekreasi Bukit Botak, Parit Sulong. Dalam program ini, pelajar/peserta memberi tumpuan pada memelihara dan penjagaan ekosistem darat disamping melakukan aktiviti kecergasan serta larian bukit. Dengan ini secara langsung pelajar-pelajar dilatih untuk melaksanakan tugasan secara intelektual dan bersedia mengatasi segala permasalahan yang dihadapi dengan kritis dan kreatif untuk memastikan kerja lapangan yang dilaksanakan berjalan dengan jayanya Menurut pengajar kursus kokurikulum berkredit Olahraga Balapan seksyen 5, Encik Ismade bin Niam, program tersebut mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelajar UTHM. “Mereka sangat teruja melakukan aktiviti luar seperti ini memandangkan sudah hampir dua tahun tiada program secara fizikal dijalankan disebabkan penularan wabak Covid-19,” katanya. 14 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Program Muafakat Sejati Bersatu telah berlangsung pada 7 Januari 2023 di Kampung Lama Orang Asli Kangkar Senangar, Parit Sulong, Johor dengan penyertaan seramai 80 orang peserta. Organisasi yang terlibat adalah Kursus Kokurikulum Khidmat Masyarakat Seksyen 2 Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum UTHM bersama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Aktiviti yang telah dilaksanakan adalah aktiviti senamrobik dan gotong-royong kawasan perkampungan tersebut. Pihak pelajar UTHM juga telah mengadakan dua pertandingan sukaneka untuk kanak-kanak di kampung itu iaitu pertandingan cari gula-gula dalam tepung dan lari bersama bola ping-pong. Selain itu, pihak kampung orang asli mengadakan pertandingan menyumpit untuk pelajar UTHM.Tujuan program ini diadakan untuk mewujudkan semangat kerjasama antara pelajar UTHM dengan penduduk perkampungan orang asli Kangkar Senangar dan memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk. Pelajar UTHM juga telah mempelajari adat resam dan budaya yang terdapat di kampung tersebut. Disediakan oleh: Fatin Nur Raihana Binti Riduan 15 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


LATIHAN INTENSIF INSPIRASI KOKURIKULUM


Kluang, Johor – Pasukan Bomba Bantuan Institusi, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Latihan Intensif Mencari dan Menyelamat pada 16 - 17 Disember 2022 bertempat di Pusat Latihan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Gunung Lambak, Kluang. Latihan ini melibatkan seramai 35 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Pasukan Bomba Bantuan Institusi, 3 orang pengajar KKB dan 7 orang Pegawai Pengiring dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor telah terlibat sepanjang latihan tersebut berlangsung. Fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk memperkasakan kemahiran dan penguasaan teknik mencari dan menyelamat mangsa secara intensif kepada pelajar-pelajar Pasukan Bomba Bantuan Institusi I serta meningkatkan kecekapan dan professional dalam mengendalikan kes-kes mencari dan menyelamat mangsa. Selain itu, latihan ini dijalankan untuk mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar UTHM yang berbilang bangsa, agama dan negeri. Latihan Intensif Mencari dan Menyelamat yang dijalankan memberi fokus utama yang mencakupi tiga aspek iaitu Asas Pertolongan Cemas First Responder, Ikatan Menyelamat dan Teknik Mencari dan Menyelamat Mangsa di Daratan. Disediakan oleh: Siti Noor Zurina Zainal Abidin, Radin Hamimah Mohamad & Fadillah Ismail 17 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Program Latihan Intensif PC Maintenance telah berlangsung pada 30 Disember 2022 hingga 31 Disember 2022 di Kolej Kediaman Pagoh Bilik Pembelajaran A5 dengan penyertaan seramai 30 peserta. Program ini telah dirasmikan oleh Ts. Engku Mohd Nasri Bin Engku Mat Nasir. Program ini juga bekerjasama dengan Cybersolutions Technologies Sdn.Bhd dan wakilnya iaitu En. Mohd Khairul Ikhwan Bin Ahmad telah berkongsi ilmu dengan hadirin. Tujuan progam ini diadakan untuk memberi pendedahan serta kemahiran penyenggaraan komputer kepada pelajar dalam kursus kokurikulum berkredit Penyelenggaraan Komputer. Seterusnya, objektif yang pertama bagi program ini adalah untuk memberi latihan kemahiran secara intensif pemasangan perkakasan dan perisian komputer secara komprehensif mengikut kesesuaian jenama komputer yang digunakan. Di samping itu, program ini juga menerapkan etika dan profesional dalam aktiviti penyelenggaraan komputer dan juga mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa, agama dan negeri melalui projek yang dijalankan. Disediakan oleh: Elisa Qian Ru Dragon 18 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Program Latihan Intensif Kem Kemahiran Pancaragam kerjasama Askar Setia Timbalan Negeri Johor telah berlangsung pada 7 Januari 2023 di Auditorium Galeri Ilmu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan 14 Januari 2023 di Kem Sultan Ibrahim Johor Bharu. Jumlah penyertaan ahli adalah seramai 48 orang pelajar kursus. Program ini telah dirasmikan oleh Dr.Mohd Hairul Khamidun selaku Ketua Jabatan Sukan dan Kebudayaan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum UTHM. Objektif program ini adalah untuk memberi latihan kemahiran secara intensif kepada pelajar-pelajar dalam permainan instrumen muzik pancaragam dan mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa,agama,negeri dan negara melalui projek dijalankan. Disediakan oleh: Nur Atasha Binti Mohd Ramli 19 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Program Latihan Intensif Kemahiran Bidang Lompatan telah berlangsung pada 6 & 7 Januari 2023. Program Latihan Intensif Kemahiran Bidang Lompatan dijalankan dengan bimbingan atlet Kelab Olahraga Shakespeare UTHM di bawah latihan bekas atlet nasional, iaitu jurulatih dan pengajar Encik Thalatha bin Mahadi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran lompat jauh (long jump) dan lompat kijang (triple jump) kepada pelajar secara individu. Terdapat tiga kemahiran asas yang dapat dipelajari daripada program tersebut iaitu Drills beramai – ramai (warmup), latihan fasa larian, latihan fasa lompatan (lompat jauh dan lompat kijang), fasa pendaratan menggunakan pangkin dan latihan kemahiran lengkap lompatan (lompat jauh dan lompat kijang) bagi pelajar dalam kursus kokurikulum berkredit Olahraga Balapan UQS12001 Seksyen 3. Seterusnya, pelajarpelajar dari seksyen 3 Olahraga Balapan dapat menambah ilmu pengetahuan yang lebih banyak tentang acara lompat jauh dan lompat kijang. Tambahan lagi, program ini memberi peluang kepada para pelajar bagi mencungkil bakat mereka dalam bidang lompatan tersebut. Dalam pada itu, suasana kerjasama dan semangat perpaduan dalam kalangan para pelajar turut dapat ditingkatkan melalui program latihan intensif ini. Secara keseluruhannya, pelaksanaan program begini amat digalakkan agar semua pelajar dapat merasai dan menonjolkan diri dalam acara atau program yang bersesuaian dengan mereka. Disediakan oleh : Mohd Daniel Haikal Bin Mohd Johari 20 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Program latihan intensif “Together We Create” telah berlangsung pada 6 dan 7 Januari 2023 bertempat di Pentas Terbuka UTHM dan Perpustakaan Dewan Kuliah 2, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UTHM dengan penyertaan seramai 34 orang pelajar kursus Pembimbing Rakan Sebaya Seksyen 1. Tujuan latihan intensif ini diadakan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran kepada pelajar dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan harian serta rakan sebaya melalui aktiviti perkhemahan yang dijalankan selama dua hari satu malam. Di samping memberikan pendedahan, pelajar juga dapat menguasai kemahiran komunikasi dan semangat berpasukan serta kepimpinan dalam meningkatkan kebolehan diri termasuk mempersiapkan diri untuk membantu rakan sebaya yang memerlukan pertolongan sama ada dari aspek mental, sosial atau emosi. Selain itu juga, para pelajar dapat mempelajari dan mendalami pengenalan pengurusan stres dan emosi serta cara mengatasinya melalui ceramah yang disampaikan oleh Encik Mohamad Hasbullah, kaunselor berdaftar dari Politeknik Merlimau. Disediakan oleh: Khadijah Maulad Bahrol 21 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Latihan Intensif Kemahiran Bola Lisut telah berlangsung pada 6 – 7 Januari 2023 di Padang C, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan penyertaan seramai 35 orang pelajar khusus. Program Latihan Intensif ini telah dijalankan oleh pelajar – pelajar Jawatankuasa Pelaksana dan Ahli Jawatankuasa iaitu biro – biro program dibantu oleh Penyelaras Program Dr. Mohd Fahrul Bin Hassan bagi menyempurnakan program. Tujuan program ini diadakan untuk mengetahui asas permainan dan meningkatkan kemahiran permainan bola lisut secara individual dan berkumpulan. Selain itu, melalui program Latihan intensif ini juga pelajar dapat mempratikkan perkara yang dipelajari untuk digunakan pada masa akan datang dan dapat menimba pengalaman baru bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan. Disamping itu, Program Latihan Intensif Kemahiran Bola Lisut ini juga dapat mewujudkan semangat Kerjasama dalam kalangan pelajar dan dapat menerapkan etika dan profesional dalam budaya kerja permainan bola lisut sama ada secara individual atau berkumpulan. Disediakan oleh: Muhammad Naim Bin Mohamed Nazri 22 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Latihan Intensif Kawad Kaki dan Seni Tangkas Penjara (SENTAP) telah dilaksanakan pada 6-7 Januari 2023 di Padang Kawad UTHM. Latihan intensif ini memberi pendedahan asas kepada pelajar tentang cara berkawad dengan betul serta teknik mempertahankan diri ketika mana berada dalam bahaya. Jenis ilmu kawad yang dicurahkan dari pelatih Unit Latihan Institusi (ULIN) Penjara Simpang Renggam kepada pelajar ialah cara berhenti dalam keadaan berkawad, cara betulkan barisan, cara rehat dan senangkan diri, cara pusing ke belakang dalam keadaan kawad, serta cara tabik hormat ke hadapan, kanan dan kiri. Selain itu, teknik Seni Tangkas Penjara (SENTAP) juga dikongsikan dan dipraktikkan kepada pelajar. Seni Tangkas Penjara (SENTAP) mempunyai 15 teknik gerakan. Program ini membentuk diri pelajar yang berilmu dalam berkawad serta cara mempertahankan diri. Selain itu, pelajar akan lebih berdisiplin. Disediakan oleh: Iman Najihah binti Mansor 23 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Kursus Taranum UQB10801 telah melaksanakan Kem Kemahiran Asas Taranum kepada para pelajar pada 30-31 Disember 2022 bertempat di Dewan Al-Farabi, Masjid Sultan Ibrahim, UTHM. Program ini merupakan suatu kaedah latihan intensif kepada para pelajar bagi memantapkan penguasaan dalam seni taranum bacaan Al-Quran. Puan Nur Salina Pei bt. Abdullah yang merupakan Johan Qariah Kategori Muaallaf Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 turut serta memberi bimbingan dan dorongan kepada para peserta agar terus berusaha mempelajari dan memperbaiki mutu bacaan dalam seni taranum. Program BENGKEL SMART AL-QURAN telah berlangsung pada 30 Disember 2022 dan 31 Disember 2022 di Madrasah Tahfiz Al Quran Rengit, Batu Pahat dengan penyertaan seramai 44 peserta. Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi JKK Kampung Parit Archong, Benut, Pontian. Tujuan bengkel ini diadakan untuk membimbing para peserta untuk mendalami dan memahami pengetahuan asas Al-Quran serta asas-asas tajwid. Disediakan oleh: Nik Nurfatiha Binti Nik Mohd Nazri 24 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Program Uni Musical Camp telah berlangsung selama 2 hari, iaitu pada 6 & 7 Januari 2023 di Studio Muzik UTHM. Program ini telah melibatkan seramai 35 orang perserta daripada kursus Koir Seksyen 1, Semester 1 Sesi 2022/2023. Latihan intensif ini telah dibimbing oleh Puan Nurzalinda binti Za’aba, pengajar kursus kokurikulum berkredit Kursus Koir. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi kemahiran dalam pengurusan koir, teknik vokal, gaya persembahan, harmoni dalam koir dan juga konduktor muzik dan menjalankan latihan intensif secara bersemuka. Pada 6 Januari 2023, pelajar-pelajar mempelajari teknik vokal, konduktor muzik dan juga gaya persembahan. Ketiga-tiga aspek ini sangat penting dalam pengurusan persembahan koir. Pada 7 Januari 2023, pelajar-pelajar membuat sesi latihan persembahan koir bagi setiap kumpulan. Mereka mempersembahan koir masing-masing dengan iringan muzik serta gaya persembahan tersendiri. Mereka menggabungjalinkan aspek-aspek yang dipelajari dimasukkan di dalam persembahan mereka. Setiap kumpulan perlu menyampaikan 2 buah lagu iaitu lagu patriotik dan juga lagu bebas. Pelajar-pelajar bersemangat dan mempamerkan persembahan yang menarik. Program tersebut diakhiri dengan persembahan penutup dengan lagunya “Negaraku” nyanyian Faizal Tahir. Semoga latihan intensif Uni Musical Camp ini memberi banyak manfaat kepada pelajarpelajar kursus koir dalam pengurusan persembahan koir. I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 25


“Waste to Concrete” merupakan satu program Latihan Intensif di mana telah berlangsung pada 30 hingga 31 Disember 2022 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Seramai 30 orang pelajar Kursus Kerja Konkrit UQM11001 Seksyen 1 dan 2 orang pegawai pengiring telah menyertai program ini. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Nor Hazurina Binti Othman selaku Ketua Kumpulan (FG) Advance Concrete Material (AdCom), Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB), UTHM dan juga penceramah jemputan. Tujuan program ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran pelajar di dalam kursus Kerja Konkrit dan merangsang minda pelajar agar lebih berinovatif dalam menghasilkan konkrit lestari. Program ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pertama adalah perkongsian ilmu bersama penceramah jemputan dan pengiraan campuran bagi bancuhan konkrit di E14 BK2, UTHM. Manakala, sesi kedua adalah aktiviti penyediaan bahan dan juga bancuhan konkrit dijalankan di Makmal Kejuruteraan Bahan Termaju (E17), UTHM. Setiap kumpulan diminta untuk membancuh konkrit mengikut pilihan sisa buangan yang dipilih. Seterusnya, ujikaji mudah dijalankan bagi mengetahui ciri-ciri bancuhan konkrit pelajar. Secara keseluruhan daripada intipati program yang dijalankan, ianya dapat meningkatkan kemahiran asas konkrit serta dapat menambahkan pengetahuan dalam pembuatan konkrit menggunakan bahan buangan yang bersesuaian. Disediakan oleh: Muhammad Shabery Sainudin 26 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Program Kem Kemahiran Asas Bola Baling telah berlangsung pada 6 dan 7 Januari 2023 di Gelanggang Serbaguna UTHM, dengan penyertaan seramai 35 peserta. Program Latihan Intensif. Program ini juga dianjurkan dengan kerjasama Pasukan Bola Baling UTHM. Tujuan progam ini diadakan adalah untuk memberi latihan kemahiran secara intensif kepada pelajar-pelajar dalam permainan bola baling serta menerapkan etika dan profesional dalam permainan bola baling berdasarkan undang-undang dan peraturan semasa aktiviti berlangsung. Selain itu, program ini juga ingin mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa, agama dan negeri melalui program yang dijalankan. Disediakan oleh: Hu Jiang Yang 27 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


Latihan intensif Kem Bina Insan telah berlangsung pada 6, 7 dan 13 Januari 2023 di Studio Pendidikan FPTV UTHM dan Hidden Paintball Legion, Parit Sulong Batu Pahat, Johor. Program ini telah disertai oleh 35 orang pelajar di bawah anjuran kursus Pengurusan Diri Seksyen 1, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, UTHM. Program ini disertai tetamu jemputan mantan YDP Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 17/18, Lt.Muda (PA) Ammar Adnan dan Ustazah Sharifah Khadijah Binti Syed Abu Bakar bagi memberi latihan kemahiran secara intensif dari aspek pengurusan diri secara menyeluruh. Antara penekanan kemahiran yang diberikan adalah dari sudut pengurusan kesihatan diri, mental dan emosi, kepimpinan dan kerja berpasukan serta teknik pengurusan masa dan kewangan yang terbaik. Melalui program ini, pelajar dapat menerapkan etika profesional dalam setiap tindakan ketika beraktiviti serta mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar tanpa mengira latar belakang. Di samping itu, pelajar juga dapat memupuk semangat kerjasama, menguji tahap fizikal dan mental, meningkatkan keberanian dan keyakinan diri melalui aktiviti sukan lasak paintball yang telah dijalankan di hari terakhir program. Kesimpulannya, program ini telah berjaya mencapai objektif program. Disediakan oleh: Siti Nur Hanisah Binti Hamidon, Sofea Shaiful Bhari 28 I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M


KERJA LAPANGAN INSPIRASI KOKURIKULUM


Program "UTHM AQUATIC CHALLENGE" telah dijalankan pada 7 Januari 2022 pada jam 8.00 pagi hingga 6 petang yang bertempatkan di Kolam Renang UTHM dan dirasmikan oleh Dr. Mohd Hairul bin Khamidun (Ketua Jabatan Sukan dan Kebudayaan). Program ini mempunyai tiga objektif penting yang perlu dititikberatkan. Objektif-objektif tersebut ialah memberi pendedahan awal kepada pelajar UTHM di dalam pertandingan rasmi renang, mewujudkan semangat bekerjasama antara pelajar UTHM dan Jurulatih serta pelajar dari KingAqua Academy. Pemilihan kumpulan sasaran telah dipilih yang menjadikan peserta dari KingAqua Academy sebagai peserta program ini agar dapat pelajar dan peserta KingAqua Academy dapat bersama-sama berkongsi ilmu yang dipelajari daripada perlaksanaan UTHM Aquatic Challenge. Dengan ada program seperti ini pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam perlaksanaan pertandingan sukan renang yang dianjurkan oleh KingAqua Academy. Kesimpulannya, objektif program ini mampu tercapai kerana kebersamaan dalam menjalankan tanggungjawab dan kerjasama semua pihak bagi merealisasikan keberkesanan program ini sebaiknya. I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 30


KEJOHANAN BOLA SEPAK 4 PENJURU telah berlangsung pada 14 Januari 2023 di Stadium Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan penyertaan seramai 135 peserta. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Hazrul Fadli bin Mohd Yusoff, Pengajar Kursus Kokurikulum Berkredit Bola Sepak (UQS10601) Seksyen 1. Tujuan program ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan sukan bola sepak dan kemahiran kepegawaian serta kepengadilan kepada peserta dalam kalangan mahasiswa. Selain itu, melalui program ini juga secara tidak langsung dapat memberi pendedahan dan kemahiran pengelolaan pertandingan seperti pengurusan pertandingan dan format pertandingan kepada pelajar Kursus Bola Sepak (UQS10601) Seksyen 1. Ia juga dapat mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa, agama, negeri dan negara. Disediakan oleh : Muhamad Qayyum bin Ahzemi I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 31


Save Earth, Capture the Nature telah berlangsung pada 05 hingga 07 Januari 2023 di Perak iaitu Tasik Cermin, Gua Tempurung, Menara Condong dan Pantai Teluk Batik dengan penyertaan seramai 35 pelajar kursus bersama 1 pensyarah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk peningkatan pengetahuan dalam objektif kemahiran penggunaan dan pengetahuan serta pengalaman di lapangan adalah berbeza. Selain daripada itu, pelajar juga dapat mengasah kemahiran dan mempraktikkan teori yang dipelajari di kelas di samping dapat menimba pengalaman baharu (Experiential Learning) bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan. Dengan ini secara langsung pelajar-pelajar dilatih untuk melaksanakan tugasan secara intelektual dan bersedia mengatasi segala permasalahan yang dihadapi dengan kritis dan kreatif untuk memastikan kerja lapangan yang dilaksanakan berjalan dengan jayanya. Disediakan oleh: Xena Lennia Lau Ho Ping I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 32


Program Klinik Asas Sukan Dan Kecergasan & Larian Sihat Santai 2022 telah berlansung pada 31 Disember 2022 di Kampus cawangan Pagoh UTHM dengan penyertaan seramai 100 peserta. Program Klinik Asas Sukan Dan Kecergasan & Larian Sihat Santai 2022 telah dirasmikan olah En. Asraf Bin Hamim merangkap jurulatih Pasukan Hoki Pelajar dan Staf Johor. Tujuan Program ini diadakan untuk berkongsi kemahiran dan ilmu tentang kesihatan selain daripada aktiviti larian santai sejauh 1.5km di kawasan kampus Pagoh UTHM. Peserta dapat menimba sedikit sebanyak ilmu tentang asas sukan kecergasan. Disediakan oleh: Farhan Bin Rahman I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 33


Kerja lapangan Jom Kenali Seni Khat ke Kompleks Taman Seni Islam Shah Alam, Kompleks Nasyrul Quran & Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya telah di anjuran oleh pelajar kursus Tulisan Jawi dan Khat, UQB10901 Seksyen 1 pada 7 Januari 2023. Tujuan kerja lapangan Jom Kenali Seni Khat ini adalah untuk mempromosikan dan menarik minat kepada pelajar tentang seni khat yang semakin pupus kesan dari perkembangan teknologi yang moden. Selain daripada itu, melalui kerja lapangan ini pelajar dapat mengasah kemahiran dan dapat mempraktikkan teori pembelajaran yang dipelajarinya di kelas di samping dapat menimba pengalaman baharu bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan. Secara langsungnya, pelajar-pelajar dapat melatihkan diri dengan melaksanakan tugasan secara intelektual dan bersiap sedia dalam mengatasi pelbagai permasalahan yang dihadapi serta kritis dan juga kreatif dalam memastikan kerja lapangan yang dilaksanakan ini berjalan dengan jayanya. I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 34


Program perkhemahan dan eksplorasi flora dan fauna telah berlangsung pada 13 dan 14 Febuari 2023 di Taman Negara Johor Gunung Ledang, Johor dengan penyertaan seramai 31 peserta. Program ini dijalankan dengan Kerjasama Perbadanan Taman Negara Johor Gunung Ledang (TNJGL) dan Nature Escape and Discovery Johor (NEDJ). Tujuan program ini diadakan memberikan latihan kemahiran mengenai alam semulajadi dan pelaksanaan secara langsung kemahiran pemandu pelancong di Taman Negara Johor Gunung. Disediakan oleh: Nur Megdaline Zizy Binti Tawang I N S PI RA SI K O K U RI K U L U M 35


LIPUTAN MEDIA MASSA INSPIRASI KOKURIKULUM


INSPIRASI KOKURIKULUM 3 7


Click to View FlipBook Version