INSPIRASI K O K U R I K U L U M SEM I 2023/2024 ht tps ://kkb.uthm.edu.my KKB UTHM
SIDANG REDAKSI INSPIRASI KOKURIKULUM I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 2 PENASIHAT PROF. MADYA IR. TS. DR. NORASHIDAH BINTI ABD RAHMAN KETUA EDITOR DR. MOHD HAIRUL BIN KHAMIDUN SENIOR EDITOR PROF. MADYA DR. NURMIZA BINTI OTHMAN PROF. MADYA TS. DR. AHMAD MUBARAK BIN TAJUL ARIFIN DR. NORIZAN BINTI RAMELI EDITOR MOHD SUFFIAN BIN MD NOR NUR RAIHAN DAYANA BINTI KHAMIS NOR AZILA BTE KELEWON NUR AFIFAH BINTI SHAHIDAN JAZLAN BIN JAMIL ISI KANDUNGAN 03 SUSTAINABLEENGAGEMENTPROJECT 23 LATIHANINTENSIF 34 KERJALAPANGAN
Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Pemandu Pelancong Seksyen 3, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program SEP Clean and Green Gunung Ledang pada 9 Disember 2023 bertempat di Air Terjun Gunung Ledang. Program ini melibatkan seramai 31 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Pemandu Pelancong, seorang pengajar KKB dan 30 orang pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada SK Serom 8, Madrasah Muhsinin Tangkak dan Sekolah Kebangsaan Seri Tangkak dengan kerjasama Malaysian relief Agency Johor, Gemini Tangkak, Perbadanan Taman Negara Johor dan Nature Escape and Discovery Venture. Fokus utama program ini adalah untuk mencapai matlamat yang termaktub di bawah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu matlamat ke-12 (Penggunaan Dan Pengeluaran Yang Bertanggungjawab). Oleh itu, program ini memberi tumpuan kepada pendedahan tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar kepada para peserta dengan pelaksanaan aktiviti penanaman semula, aktiviti pengutipan sampah dan sesi pemindahan ilmu. I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 3 Pada hari tersebut, sebanyak 40 anak pokok buah nadir yang terdiri daripada spesies petai, kerdas dan kledang berjaya ditanam di sekitar kawasan Air Terjun Gunung Ledang. Lokasi penanaman tersebut tidak hanya tertumpu di satu kawasan sahaja malahan di beberapa kawasan yang lain. Selepas aktiviti penanaman selesai, program diteruskan dengan aktiviti pengutipan sampah dan sedikit sesi pemindahan ilmu melalui pameran STEM mengenai biodiversiti dan konservasi alam sekitar. Pelajar sekolah telah didedahkan mengenai terrarium yang diperbuat dari barangan botol plastik dengan menghasilkan satu ekosistem kecil dari apa yang terdapat disekeliling mereka Air terjun ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan untuk menikmati keindahan semula jadi sambil bersantai di kawasan sekitar air terjun. Oleh itu, bagi mengekalkan kelestarian kawasan ini, setiap individu haruslah memainkan peranan agar dapat mengekalkan keindahan kawasan Air Terjun Gunung Ledang untuk kegunaan semua masyarakat. Selain itu juga, melalui program ini dapat memupuk sikap prihatin dalam diri peserta terhadap alam sekitar. Disediakan oleh : Fatin Alya Suhana CLEAN AND GREEN GUNUNG LEDANG S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
BENGKEL AL-FATIHAH Pagoh, Johor - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Kemahiran Al-Quran Seksyen 2, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program SEP Bengkel Al-Fatihah pada 2 Disember 2023 bertempat di Musolla, Kolej Kediaman Cawangan Pagoh. Program ini melibatkan seramai 30 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Kemahiran Al-Quran Seksyen 2, seorang pengajar KKB, 25 orang pelajar Sekolah Agama Taman Pagoh Jaya, Pagoh, 2 orang guru pengiring sekolah dan 1 orang penceramah bebas dari Pusat Tahfiz Umar Hafiz Centre, Muar. Fokus utama program ini adalah untuk mencapai matlamat yang termaktub dibawah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu matlamat ke-4 (Pendidikan Berkualiti). Pemilihan Surah Al-Fatihah adalah berdasarkan kepada satu-satunya surah dari AlQuran yang wajib dibaca setiap kali solat dengan sempurna sekurangnya sebanyak 5 kali sehari. Oleh itu, program ini memberi tumpuan kepada melestarikan Pendidikan al-Quran melalui penerapan bacaan sebenar dan penghayatan surah al-Fatihah dalam kalangan pelajar Tahun 6 Sekolah Agama Taman Pagoh Jaya, Pagoh, Johor. Disediakan oleh: Nur Azreen Mohd Isa, Puteri Nur Farahin Shamruddin & Siti Aishah Borhanuddin I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 4 S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
MARI BERSOLAT Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Perkahwinan Dalam Islam Seksyen 4, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menjayakan program SEP Mari Bersolat di Sekolah Kebangsaan Semasih, Muar. Program ini melibatkan 30 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Perkahwinan Dalam Islam (S4), seorang Pegawai Pendidikan Islam Daerah Muar, seorang pengajar KKB, 50 orang pelajar SK Semasih dan 7 orang guru. Fokus utama program ini adalah untuk mencapai matlamat yang termaktub di bawah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 4 iaitu Pendidikan. Program ini memberi penekanan kepada solat di mana aktiviti ceramah berkenaan kepentingan solat, sesi Ice Breaking dan Explorace telah dijalankan di sekolah tersebut. Disediakan oleh: Muhd Hafizullah Daud I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 5 S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
BATU PAHAT, 2 Disember 2023 – Pelajar-pelajar kursus Muzik Moden Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program SEP (Sustainable Engagement Programme) Musical Explorace pada 2 Disember 2023 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat, Batu Pahat. Melibatkan seramai 36 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Muzik Moden, seorang pengajar KKB, seorang perasmi dan 7 orang guru pembimbing dari Sk Bukit Rahmat telah terlibat sepanjang program tersebut berlangsung. Program tersebut telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Norazlinda binti Harun, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dari Sek. Keb. Bukit Rahmat. Aktiviti-aktiviti yang menarik telah dijalankan berbentuk aktiviti didik hibur iaitu aktiviti explorace yang merangkumi 5 checkpoint yang diberi nama Flip the Music, Radio Rosak, Song Lyric Hunt, Teka Instrument dan Draw the Music. Selain itu, murid-murid juga membuat aktiviti LDK (latihan dalam kumpulan) iaitu dalam LDK1 murid-murid mempelajari teori asas muzik. Manakala LDK 2 pula adalah pembinaan alat muzik daripada bahan terbuang. Pelajarpelajar akan menghasilkan alat muzik ringkas daripada bahan terbuang. Para pelajar telah dilatih oleh fasilitator-fasilitator untuk mempersembahkan alat muzik daripada bahan buangan dengan mencipta bunyi ringkas. Aktiviti-aktiviti tersebut sungguh menyeronokkan dan memerlukan kerjasama dan daya ingatan yang tinggi. Secara keseluruhannya, program yang dijalankan memberi impak yang besar bukan sahaja kepada para pelajar kursus Muzik Moden, malah kepada para peserta program. Para peserta dapat banyak ilmu pengetahuan berkaitan alat muzik disamping aktiviti-aktiviti yang menarik. Tambahan lagi, Puan Hajjah Norazlinda binti Harun Penolong Kanan Pentadbiran, menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelajar yang telah menjayakan program Musical Explorace. Beliau juga berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan juga menjalinkan lebih banyak lagi kerjasama signifikan dengan pihak luar. Disediakan oleh: Nur Syazwina Binti Shehani I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 6 MUSICAL EXPLORACE S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
Batu Pahat, Johor – Seramai 35 orang pelajar dari Kursus Kokurikulum Berkredit Pembimbing Rakan Sebaya Seksyen 1, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program “Breathe Easy, Think Bright” untuk melestarikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ke-3 (kesihatan dan kesejahteraan hidup yang baik) pada 9 Disember 2023 bertempat di Dewan Kuliah 4, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM. Program anjuran Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK) dengan kerjasama Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Jabatan Kebajikan Masyarakat Batu Pahat (JKM) dan Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat (KPTM) masing-masing melibatkan seramai tiga orang wakil dari MAKNA, seorang wakil dari JKM Batu Pahat dan 37 orang peserta dari KPTM Batu Pahat. Program ini juga turut mendapat penajaan daripada NSF Engineering Sdn. Bhd., Adam Kasturi Global Resource, dan Kelab Kebajikan Saham Akhirat Bandar Penawar. I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 7 Program ini memfokuskan kepada pengisian kesihatan mental dan kesedaran penyakit kanser. Ceramah pertama yang bertajuk “The Dark Side of Student’s Mind” telah disampaikan oleh Puan Noor Su’aidah (Pegawai Psikologi JKM) dengan memberikan pendedahan mengenai tanda-tanda awal kesihatan mental termasuk cara pengurusan tekanan kepada para peserta. Ceramah kedua pula merupakan ceramah kanser secara umum dan demonstrasi paruparu sebenar yang disampaikan oleh Encik Ahmad Nu’man (Penolong Pengurus Program, MAKNA). Seterusnya adalah aktiviti berkumpulan “The Mental Gym” yang dijalankan oleh pelajar kursus bersama peserta untuk memantapkan pemikiran kritis peserta terhadap situasi yang diberikan. Program sebegini dapat menyuntik kesedaran dan pengetahuan terhadap bahayanya masalah kesihatan mental yang kian membimbangkan dalam kalangan remaja pada masa ini termasuk kesedaran mengenai penyakit kanser. Program berunsurkan kesedaran ini hendaklah giat dijalankan sebagai salah satu usaha menangani masalah kesihatan mental yang menular ibarat barah dan menjejaskan kehidupan serta negara. Selain itu, kebanyakan kes kanser dikesan pada tahap lewat, dan antara faktor penyumbang utama pengesanan lewat adalah kurangnya kesedaran mengenai kepentingan menjalani pemeriksaan dan pengesanan awal berkaitan kanser dalam kalangan masyarakat. Disediakan oleh: Khadijah Maulad Bahrol, Najwatul Farhana & Nur Haziqah BREATHE EASY, THINK BRIGHT S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 8 Parit Sulong, Johor – Kursus Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Tun Hussein Onn telah menjayakan Program Green for Life pada 9 December 2023 bertempat di Hidden Village Parit Sulong. Program ini telah dianjurkan oleh pelajar melibatkan 30 orang peserta dari UTHM dan beberapa komuniti Kampung Parit Kasim Jaya, 25 ahli SISPA 1 seksyen 3 dan 10 wakil dari pegawai pengiring KOR SISPA. Fokus utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang kelestarian perlindungan dan pemulihan alam sekitar di samping memperkenalkan ekosistem di bawah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu matlamat ke-15. Oleh itu, program ini memberi tumpuan kepada kehidupan ekosistem, pemulihan dan perlindungan kepada alam di samping mempromosikan kepentingan kelestarian. Selain itu, ia juga berkait rapat dengan kepentingan pengetahuan lingkungan hidupan hutan serta memupuk sikap tanggungjawab dan melahirkan masyarakat yang arif akan alam sekitar. Sebanyak 50 anak pokok yang terdiri daripada pokok meranti dan pokok kapur telah di tanam di Kawasan Hidden Village oleh komuniti, ahli SISPA 1 seksyen 3 dan wakil dari pegawai pengiring KOR SISPA. Seterusnya, selepas penanaman pokok para peserta diarahkan untuk melakukan aktiviti gotong-royong di kawasan tersebut. Tambahan pula, mereka juga telah berjaya menjalankan aktiviti Treasure Hunt. Perlaksanaan aktiviti ini memberi impak kepada para peserta dalam aspek membina kreativiti yang berkait dengan SDG 15 sekali gus memberi impak dalam mengenalpasti masalah, merancang dan melaksanakan strategi penyelesaian masalah bersama ahli kumpulan masing-masing. Akhir sekali, para peserta telah menjalankan aktiviti Alien talking, para peserta perlu berbincang dalam kumpulan masing-masing dengan penggunaan bahasa yang tidak difahami oleh petugas yang terlibat. Walaubagaimanapun, para peserta memberi kerjasama yang produktif terhadap aktiviti tersebut. Justeru, Program Green for Life ini menyatakan bahawa melindungi, memelihara dan memperkenalkan ekosistem secara lestari merupakan kerjasama dan tanggungjawab bersama. Selain itu, para peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dalam diri tentang kepentingan menjaga ekosistem kita. Disediakan oleh: LT.M (PA) Ain Farhadhia Ahmad Daud, Nur Ilya Eryna, Indah Batrissyah, Siti Aishah dan Norzafri GREEN FOR LIFE S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
C A M P F IRE N I G H T U T H M X S M S S I C A M P F IRE N I G H T U T H M X S M S S I Pagoh, Johor - Kursus Pengakap Kelanasiswa, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program Campfire Night UTHM X SMSSI pada 8 hingga 9 Disember 2023 bertempat di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar. Program ini melibatkan seramai 35 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Pengakap Kelanasiswa, seorang pengajar KKB, dan 50 orang pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (SMSSI). Fokus utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman yang baharu, menjelajahi alam semula jadi di malam hari, dan memperkukuh kemahiran hidup asas. Oleh itu, program ini memberi tumpuan kepada aktiviti berkumpulan yang membentuk jati diri insaniah pelajar bertempat di Dewan Sri Integrasi Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar. Seterusnya, pelbagai aktiviti dijalankan semasa program berlangsung. Aktiviti yang dilakukan ialah ice breaking yang bertujuan mengenali satu sama lain antara pelajar dan peserta Campfire Night UTHM X SMSSI. Melalui program ini, sikap kerjasama dan kepimpinan dapat dipupuk dalam diri pelajar sekaligus mempelajari cara untuk meneruskan hidup sekiranya berlaku kecemasan. Disediakan oleh: Aifa Izzati I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 9 S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
Batu Pahat, Johor – Satu Program Sustainable Engagement Project (SEP) Infosmart At SMK Datin Onn Jaafar telah berjaya dianjurkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar pada 9 Disember 2023. Program yang dianjurkan oleh pelajar Kursus Kemahiran Capaian Maklumat Semester 1 2023/2024, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini mensasarkan 30 orang Pengawas Pusat Sumber Datin Halimah di sekolah tersebut. Fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan literasi maklumat kepada pengawaspengawas di Pusat Sumber Datin Halimah untuk kegunaan di dalam pembelajaran. Para pengawas akan diberi pendedahan tentang teknik pencarian maklumat yang betul serta sumber maklumat itu diperolehi melalui aktiviti Info Hunt yang akan dilakukan. Maklumat yang telah diperoleh akan diolah dan diurus melalui aktiviti Mind Map sebelum dipersembahkan secara berkumpulan melalui aktiviti Chant Group. Melalui pelaksanaan projek ini, kumpulan sasar dapat mengenal pasti keperluan maklumat, mencari, mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat serta membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu dari pelbagai sumber. I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 1 0 Pihak pengurusan SMK Datin Onn Jaafar begitu berbangga dan teruja kerana pertama kali program seumpama ini diadakan di sekolah tersebut dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kerana pelaksanaan program ini memberi pendedahan kepada pengawas pusat sumber di sekolah tersebut untuk memperolehi maklumat dengan teknik-teknik yang betul. Selain itu, program ini juga merupakan pendedahan awal kepada pelajar untuk menyiapkan diri sebelum memasuki universiti nanti. Program ini juga secara tidak langsung dapat menjalin kerjasama antara pihak pengurusan SMK Datin Onn Jaafar dengan pihak Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Pihak pengurusan SMK Datin Onn Jaafar berharap agar program ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dengan menumpukan kepada pelajar-pelajar lain untuk menguasai kemahiran dalam pencarian maklumat. Disediakan oleh : Chong Kah Seng INFOSMART AT SMK DATIN ONN JAAFAR S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
SMART HEALTH, SMART ATHLETE Batu Pahat, Johor – Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) UQS 10501 (Bola Lisut), Universiti Tun Husseiin Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program SMART HEALTH, SMART ATHLETE pada 9 Disember 2023 yang bertempat di SK Parit Bilal, Batu Pahat. Program ini melibatkan seramai 36 orang pelajar UTHM yang mengambil Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) UQS 10501 (Bola Lisut) dan 36 orang peserta pelajar SK Parit Bilal. Fokus utama program ini adalah untuk mencapai matlamat yang termaktub dibawah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu matlamat ke-3 (Good Health and Well-being). Oleh itu, program ini memberi tumpuan kepada pelajar SK Parit Bilal, Batu Pahat bagi menambah ilmu pengetahuan terhadap kepentingan amalan gaya hidup sihat, penjagaan kesihatan kepada pelbagai jenis lapisan peringkat umur serta pencegahan pelbagai jenis kemudaratan ke atas diri sendiri. Penyampaian cenderahati & Sijil Penghargaan oleh Joe Vince (Pengarah Program ‘Smart Health Smart Athlete’) kepada Encik Idham Khalil bin Abdul Muluk (GPK. Kokurikulum SK Parit Bilal) sebelum program tamat. Melalui program ini, pelajar SK Parit Bilal dapat belajar betapa pentingnya mengamalkan cara hidup sihat dan cergas dari segi fizikal dan mental dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia akan dapat membantu mereka mencegah penyakit dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan. Disediakan oleh : Chriael Samuil I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 1 1 S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
Bandar Penawar, Johor - Pada 9 Disember 2023 Kursus Kerja Konkrit UQM11001 Seksyen 1 di bawah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program SEP dinamakan "Streamsweep League". Program ini memfokuskan kepada aktiviti pembersihan pantai dan juga kempen kesedaran menjaga kebersihan pantai bersama komuniti setempat. Ianya diadakan di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar, Johor dengan Kerjasama daripada badan Kerajaan dan bukan Kerajaan iaitu Majlis Perbandaran Pengerang, NGO Dharma, Geng Plastik Ija (GPI) dan juga Desaru Surfaris. Program ini telah berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 5 petang dengan penglibatan keseluruhan pelajar kursus Kerja Konkrit, pengajar, pihak kerjasama dan juga komuniti setempat. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program adalah aktiviti gotongroyong pembersihan di sekitar kawasan Tanjung Lompat. Seterusnya adalah aktiviti mencipta dan melukis papan tanda dengan menyelitkan unsur kesedaran tentang kebersihan kawasan pantai dan laut menggunakan sisa barangan yang dikumpul dari aktiviti gotong-royong mengikut kesesuaian. Setelah itu, aktiviti diteruskan lagi dengan kempen kesedaran berkaitan Sustainable Development Goal (SDG) dan kepentingan menjaga kebersihan pantai. Dalam kempen ini, pelajar kursus telah menyediakn e-risalah dan memberikan penerangan kepada komuniti dan pelancong yang berada di kawasan sekitarnya. Pemberian 60 eco-bag telah diberikan kepada komuniti yang mengikuti kempen ini. Melalui pelaksanaan program ini, ia berperanan dalam menyebarkan kesedaran kepada komuniti setempat berkaitan kepentingan kelestarian dan ekosistem hidupan akuatik. Selain itu, masyarakat akan lebih berpengetahuan dan sedar akan perlunya menjaga kebersihan pantai demi memelihara dan memulihara ekosistem habitat di dalam air selaras dengan matlamat SDG keempat dan juga keempat belas. Disediakan oleh: Muhammad Shabery Sainudin I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 1 2 STREAMSWEEP LEAGUE S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
Batu Pahat, Johor - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Pasukan Bomba Bantuan Institusi I & II (UQR11601 & UQR11701), Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program SEP “Ilmu Tersemat, Komuniti Selamat” yang telah berlangsung pada 16 Disember 2023 bertempat di Balai Bomba Dan Penyelamat Penggaram, Batu Pahat, Johor. Program ini melibatkan seramai 27 orang pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Pasukan Bomba Bantuan Institusi I & II (UQR11601 & UQR11701), 2 orang Pegawai Pengiring dengan kerjasama 60 orang pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Hamidiyah dan 20 orang pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor. Tujuan utama program ini adalah untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha untuk memastikan manusia dapat mencapai taraf hidup yang berkualiti. Pendidikan juga berfungsi sebagai pemangkin kesejahteraan hidup sesebuah masyarakat kerana dengan adanya ilmu pengetahuan dapat membantu sesebuah masyarakat dalam memantapkan pembangunan ekonomi dan sosial mereka. Projek ini memberi penekanan terhadap kepentingan pendedahan ilmu keselamatan kebakaran kepada barisan pendidik dan pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Hamidiyah. Pasukan Bomba Bantuan Institusi I & II telah berkongsi ilmu pengetahuan tentang asas keselamatan kebakaran melalui beberapa LDK kepada Pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Hamidiyah meliputi aspek mencegah, mengawal dan melawan kebakaran supaya sebarang kecemasan / kebakaran dapat dielak dan dikawal dari peringkat permulaan. Antara kandungan LDK tersebut termasuklah Pengenalan Kepada Jabatan Bomba, Akta 341, Sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran, Terminologi Kebakaran, Alat Pemadam Api, dan Asas Pertolongan Cemas. Disediakan oleh: Muhammad Syafiq Haiqal Bin Zaharudin I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 1 3 ILMU TERSEMAT, KOMUNITI SELAMAT ILMU TERSEMAT, KOMUNITI SELAMAT S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
Batu Pahat, Johor - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program Health is Wealth pada 9 Disember 2024 bertempat di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Dewan Kuliah 1(DK1). Program ini melibatkan seramai 36 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, seorang pengajar KKB, 118 orang pelajar dari sekolah rendah daerah Batu Pahat, 1 orang penceramah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Batu (IPD) dan 1 VIP dari jawatankuasa Bulan Sabit Merah Malaysia, Daerah Batu Pahat. Fokus utama program ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang bagaimana cara untuk menjaga kesihatan diri dan meningkatkan minat masyarakat khususnya pelajar sekolah rendah dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kesihatan dan kebersihan diri yang menerangkan mengenai tentang kebersihan anggota badan, cara mencuci tangan, kebersihan gigi dan pakaian. Selain itu, penerangan mengenai penyalahgunaan seperti dadah, alkohol, bahan inhalan dan rokok atau vape serta pengurusan mental dan fizikal Akhir sekali, ceramah dari PDRM Daerah Batu Pahat menerangkan tentang jenayah buli dan hukuman di kalangan pelajar sekolah. Melalui program ini dapat memupuk sikap prihatin dalam diri pelajar UTHM dan murid sekolah rendah sekaligus mempelajari cara untuk menjaga diri dan kesihatan mereka. Disediakan oleh: Nur Batrisya Yahya. I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 1 4 HEALTH IS WEALTH S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
Batu Pahat, Johor - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Khidmat Masyarakat Seksyen 2, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program SEP Hiking In Nature pada 16 Disember 2023 bertempat di Bukit Banang, Batu Pahat. Program ini melibatkan seramai 35 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Khidmat Masyarakat dan seorang pengajar KKB iaitu Encik Zolhafizi Bin Jaidi. Tujuan utama program ini adalah untuk mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa, agama, dan negeri melalui program yang dijalankan. Pelaksanaan program ini dapat mengeratkan hubungan pelajar dan mempelajari cara bekerja dalam kumpulan yang akan dihadapi pada masa akan datang. Selain itu, program ini memberi tumpuan kepada “Life on Land” dalam kalangan masyarakat dengan memberi kesedaran terhadap diri mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan kawasan kehidupan dan rekreasi. “Life on Land” mempunyai peranan yang penting untuk kehidupan di bumi kerana ekosistem daratan memainkan peranan penting dalam mengekalkan pelbagai bentuk kehidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Program Hiking In Nature dimulakan dengan perasmian program yang dirasmikan oleh Guider Hiking iaitu saudara Ariff Iskandar Bin Shah Rizal. Kemudian, penyerahan cenderahati diberikan kepada perasmi sebagai penghargaan. Seterusnya, aktiviti senamrobik dilakukan sebelum pelajar memulakan pendakian. Para pelajar Khidmat Masyarakat telah melakukan kerja gotong-royong dan mempromosi kempen kesedaran tentang menjaga alam sekitar kepada pengunjung-pengunjung yang berada di sana. Seramai 20 orang pengunjung yang dapat ditemu bual dan meluangkan masa tentang kempen kesedaran tersebut. Terdapat banyak sampah yang dapat dikutip dan dikumpulkan oleh para pelajar di lokasi tersebut. Namun, program ini memerlukan tenaga yang lebih untuk dilaksanakan kerana aktiviti mendaki sambil bergotong-royong merupakan satu cabaran yang sukar untuk dihadapi. Dengan itu, para pelajar atau masyarakat mestilah kerap membuat senaman dan aktiviti yang sihat seperti berjoging untuk membina stamina yang lebih agar dapat menempuhi pendakian di Bukit Banang. Akhir sekali, program ini dapat memberi pendedahan dan menunjukkan nilai sikap, etika dan profesional pelajar dalam melaksanakan program Hiking In Nature berasaskan elemen-elemen khidmat masyarakat. Disediakan oleh: Muhammad Zarif Danish I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 1 5 HIKING IN NATURE S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
Batu Pahat, Johor – Pelajar kursus Koir, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program SEP (Sustainable Engagement Project) Eksplorasi Bahasa pada 9 Disember 2023 bertempat di Sekolah Kebangsaan Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat. Melibatkan seramai 35 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Koir, seorang pengajar KKB, seorang guru Pemulihan Khas dan 3 orang guru pembimbing dari Panitia Bahasa Melayu telah terlibat sepanjang program tersebut berlangsung. Program tersebut telah dirasmikan oleh Encik Md Yazid bin Kamri, Guru Besar SK Jelotong. Peserta-peserta program Ekslorasi Bahasa dalah terdiri daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Jelotong. Tujuan diadakan program ini adalah untuk membantu muridmurid yang lemah dalam Bahasa Melayu terumata murid-murid tahap 1. Melalui projek ini, dengan menerapkan pengajaran dan pembelajaran mengikut aras pemulihan secara didik hibur melalui permainan explorace dan juga LDK (Latihan Dalam Kumpulan) yang menerapkan elemen Bahasa Melayu dalam kemahiran membina ayat dan juga menyusun struktur ayat menjadi ayat yang lengkap. Secara keseluruhannya, program yang dijalankan ini memberi impak yang besar bukan sahaja kepada para pelajar kursus Koir, malah kepada para peserta program yang merupakan anak-anak cilik bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu mereka sekaligus memberi kesan positif kepada guru-guru pembimbing Panitia Bahasa Melayu bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur. Disediakan oleh: Filza Nadirah Binti Idris dan Nur Nikmatul Alisha Binti Tajudin EKSPLORASI BAHASA I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 1 6 S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
BATU PAHAT- Seramai 324 pelajar daripada 22 buah sekolah menengah di dalam daerah Batu Pahat mendapat manfaat daripada Program Simulasi Haji dan Umrah Pelajar Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat Tahun 2023 (PSUHPM 2023) yang telah diadakan pada pada 9hb Disember 2023. Program simulasi ini adalah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum dibawah Kursus Kokurikulum Umrah dan Haji (UQD 10301) Seksyen 2, Universtiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat dan Lembaga Tabung Haji Cawangan Batu Pahat. Menurut penasihat program berkenaan yang merangkap pengajar kursus tersebut, Ts Inv. Dr. Haji Mohd Shahir Yahya, program yang diadakan di Masjid Jamek Sultan Ismail Batu Pahat ini merupakan salah satu program kelestarian penglibatan bersama masyarakat atau Sustainable Engagement Programme (SEP) yang diatur bersama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dengan matlamat untuk memberikan pengalaman sebenar serta mendalam tentang ibadah Haji dan Umrah kepada pelajar-pelajar. Program ini turut mengundang bersama penceramah jemputan iaitu Ustazah Hajah Zanariah Buang yang merupakan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) yang turut berkongsi ilmu dan pengalaman tentang ibadah Haji ini. Beliau telah membantu dan memastikan supaya pelajar diberikan kefahaman berkaitan hukum hakam melalui program bimbingan dan simulasi Haji dan Umrah. Majlis penutup program simulasi haji ini diserikan dengan kehadiran tetamu khas yang telah dijemput hadir bagi menyempurnakan majlis, iaitu Dr Luftan Jaes selaku Dekan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), UTHM , dan Ts . Dr . Ahmad Mubarak Tajuk Arifin Ketua Jabatan Keusahawanan, Daya Usaha Inovasi dan Sastera Liberal. Dalam ucapan perasmian penutup daripada Y.Bhg Dekan PPUK, beliau mengharapkan agar program usahasama berimpak tinggi ini yang merupakan salah satu jalinan kemasyarakatan UTHM bersama komuniti, dapat dijadikan sebagai program kerjasama rutin tahunan bagi memberi lebih kefahaman sekali gus memupuk minat peserta menunaikan Rukun Islam yang kelima. Disediakan oleh: Muhammad Izzat Hazim Bin Abdul Aziz I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 1 7 PROGRAM SIMULASI HAJI DAN UMRAH S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
PAGOH, 2 DISEMBER 2023 - Pelajar Kursus Olahraga Balapan Seksyen 2 di bawah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menganjurkan program gaya hidup sihat dan katakan tidak pada vape pada 2 Disember 2023, Sabtu yang lalu. Pogram ini bertujuan melestarikan Sustainable Development Goal (SDG) Kesihatan dan Kesejahteraan dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti berolahraga. Dalam program ini, pelajar dari Kursus Olahraga Balapan Seksyen 2 akan melaksanakan program ‘Stay Fit Say No To Vape’ dengan berkongsi ilmu pengetahuan tentang amalan gaya hidup sihat serta kesedaran tentang keburukan penggunaan vape kepada para pelajar sekolah rendah Daerah Muar. Program ini telah dibimbing bersama ahli Kelab Olahraga Shakespeare UTHM, Pagoh yang mempunyai kepakaran dan pengalaman di dalam bidang olahraga ini. Menurut Pengarah Program, Aiman Hakim bin Jamil, program ‘Stay Fit Say No To Vape’ ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya serta telah mendapat pujian dari guru-guru pengiring yang turut serta di program tersebut. Harapan mereka agar program sebegini dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Cuaca panas tidak menghalang para pelajar sekolah rendah yang hadir untuk terus bersama melakukan latihan ativiti yang dijalankan. Ucapan penghargaan dari En. Azizi bin Basri guru pengiring dari SK Paya Redan mewakili rakan kerjasama dari sekolah kebangsaan yang hadir mengulas bahawa, program ini harus dijadikan satu contoh yang baik untuk generasi muda supaya dapat memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti olahraga serta membantu para pelajar menjauhkan diri daripada terlibat dalam penggunaan vape. Disediakan oleh: Dominick Andy, Hanief Haiqal, Muhammad Farhanuddin, Muhammad Hussaini, Muhammad Haikal I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 1 8 STAY FIT SAY NO TO VAPE S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
EXPLORER’S ODYSSEY Batu Pahat, Johor - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Perkahwinan Dan Kekeluargaan, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program SEP Explorer’s Odyssey pada 8 Disember 2023 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Esa Batu Pahat. Program ini melibatkan seramai 36 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Perkahwinan Dan Kekeluargaan, seorang pengajar KKB dan 48 orang pelajar sebagai peserta program dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Esa Batu Pahat. Fokus utama program ini adalah untuk mencapai matlamat yang termaktub dibawah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu matlamat ke-4 (Pendidikan Berkualiti). Oleh itu, program ini memberi tumpuan kepada aktiviti explorace yang bertemakan pelajaran untuk menarik minat para pelajar untuk meneruskan pembelajaran memandangkan peratusan pelajar yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin merudum. Aktiviti ini bertempat di sekitar perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Esa Batu Pahat. Sebanyak 5 subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah telah berjaya disampaikan kepada pelajar melalui pelbagai aktiviti yang menarik di setiap ‘checkpoint’. Program ini dapat memupuk sikap bekerjasama dalam diri pelajar untuk saling membantu antara satu sama lain sekaligus merapatkan ukhwah antara pelajar agar jurang yang wujud antara pelajar yang pandai dan yang kurang mahir dapat dirapatkan. Disediakan oleh: Raziqah’Afifah binti Sulaiman I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 1 9 S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
CLEAN 4 SUSTAIN Batu Pahat, Johor - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Debat UQP10201, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program SEP Clean 4 Sustain pada 29 Disember 2023 bertempat di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi, Johor. Seramai 46 peserta menghadiri program ini. Program ini melibatkan seramai 36 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Debat, 3 orang peserta daripada Persatuan Pascasiswazah Pengajian Generik UTHM, seorang pengajar KKB, seorang pengiring dan 5 orang wakil dari Majlis Perbandaran Pengerang (MPP). Fokus utama program ini adalah untuk mencapai matlamat sifar sampah pantai di bawah matlamat pembangunan mampan SDG ke-14. Matlamat ke-14 iaitu Life Below Water ini bertujuan untuk memulihara dan menggunakan sumber lautan, laut dan sumber marin secara mampan untuk pembangunan mampan. Pihak Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) telah memberi kemudahan peralatan iaitu sarung tangan, plastik sampah, Roro Bin dan alat pengutip sampah (trash picker).Sebanyak 122 kilogram sampah yang telah berjaya dikutip pada hari kejadian bermula dari 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Kutipan sampah dilakukan 200 meter sepanjang persisiran pantai. Cuaca menyebelahi pihak kami dan program berjalan lancar seperti perbincangan sebelumnya. Program diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) dan Persatuan Pascasiswazah Pengajian Generik UTHM. Program kutipan sampah seperti ini wajar dilaksanakan dengan lebih kerap supaya pantai kita dapat dijaga dan bebas daripada pencemaran sampah. Disamping itu, program seperti ini juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan memelihara dan memulihara ekosistem semulajadi terutamanya ekosistem di pesisir pantai. Pelajar juga dapat memupuk semangat kesukarelawanan dalam diri mereka agar dapat menyumbang bakti kepada masyarakat kelak. Disediakan oleh: Muhammad Abdul Basit & Muhamad Irfan I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 2 0 S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 2 1 PAGOH, 16 Disember 2023 – Seramai 31 orang pelajar kursus berkredit kokurikulum Siswa Muamalat UQW10201 Seksyen 2 UTHM Kampus Pagoh telah menjalankan satu program berteraskan khidmat masyarakat. Program yang dijalankan adalah program bergotong royong membersihkan masjid dan perkarangan serta kawasan tanah perkuburan di Masjid Jamek Pekan Panchor. Program yang bermula seawal 8.00 pagi ini melibatkan hampir 100 orang peserta termasuk para pelajar kursus dan orang kampung. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut bentuk tugasan. Antara tugasan adalah, membersihkan kawasan dalam masjid termasuk bilik imam dan bilal, membersihkan kawasan perkarangan masjid dan sekitar, serta membersihkan kawasan tanah perkuburan. Program tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Satu majlis penutup ringkas dijalankan dengan sesi penyampaian cenderahati. Para pelajar menunaikan solat Zohor bersama para kariah masjid sebelum bertolak pulang ke UTHM. Secara keseluruhan, program berkisar isu global SDG#11: Sustainable Cities and Communities adalah tercapai dalam membangun sebuah bandar dan komuniti yang mampan dan selesa khususnya kepada para jemaah Masjid Jamek Pekan Panchor, Muar, Johor. Disediakan oleh : Muhammad Afiq Bin Amir, Fahrin Hakim Bin Badry, Ahmad Muqri Naim Bin Ahmad Rossaimi, Muhammad Airiel Khuzaimi bin Mahsuri & Muhammad Iqbal Bin Isaputra PRO GRAM PEMBERS I H A N PERK UBURA N PRO GRAM PEMBERS I H A N PERK UBURA N S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
Tangkak, Johor - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Pendidikan Wanita, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program SEP Lawatan ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Ledang pada 16 Disember, 2023 bertempat di Pusat Jagaan Warga Emas, Nur Ehsan, Ledang. Program ini melibatkan seramai 34 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Pendidikan Wanita, seorang pengajar KKB, 15 orang petugas pusat dan 75 orang penghuni pusat jagaan. Fokus utama program ini adalah untuk mencapai matlamat yang termaktub dibawah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu matlamat ke-3: Good Health and Well-Being. Program ini diadakan untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat sekeliling dapat dijaga dan dipertingkatkan tidak kira peringkat usia. Antara aktiviti yang dijalankan bersama penghuni pusat jagaan ialah program gotong-royong membersihkan ruang penginapan penghuni juga memasak makanan tengahari. Penghuni juga melakukan aktiviti menguatkan minda mereka seperti meneka tajuk lagu, membuat kad ucapan dan mewarna gambar. Selain itu, sesi beramah mesra dan perkongsian pengalaman bersama penghuni meninggalkan kesan dan motivasi yang tinggi kepada pelajar dalam mendepani kehidupan yang mendatang. Melalui program UTHM Prihatin, para pelajar juga mengambil inisiatif memberikan sumbangan berupa keperluan harian seperti lampin pakai buang, berus gigi, sabun basuh baju, biskut, gula pasir dan susu tepung. Program seumpama ini seharusnya dijalankan dengan lebih kerap kerana dapat memupuk sifat belas ihsan anak-anak muda terhadap golongan berusia atau warga emas ini. Disediakan oleh: Norfaridani binti Mohd Roni I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 2 2 LAWATAN KE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN LEDANG LAWATAN KE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN LEDANG S U S T A I N A B L E E N G A G E M E N T P R O J E C T
Pagoh, Johor - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Siskor I, Seksyen 2, Kampus Pagoh, Pusat Pengajian Umum Dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)telah menjayakan program kesukarelawanan yang dianjurkan iaitu Kem Latihan Asas Kawad Kaki pada 8 dan 9 Disember 2023 bertempat di Tapak Parking Blok H Universiti Tun Hussein Onn Cawangan Pagoh. Program ini melibatkan seramai 35 orang pelajar dan seorang pengajar dari Jabatan Penjara Malaysia cawangan UTHM yang mengikuti Kursus kokurikulum Berkredit (KKB) ini. Program ini memfokuskan kerjasama setiap kumpulan untuk menerima dan melaksanakan arahan bersama-sama ahli kumpulan serta mengaplikasikan teori dan kemahiran kawad kaki statik 1 dan 2 yang diajar oleh tenaga pengajar. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk memperoleh kemahiran dalam kawad kaki secara solo dan berkumpulan bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berkepemimpinan. Kem Latihan Asas Kawad Kaki Siskor 1 yang diadakan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna meskipun terdapat beberapa halangan seperti faktor cuaca namun dengan kesungguhan para ahli jawatankuasa dapat memastikan program ini berjalan lancar. I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 2 3 Hal ini demikian kerana, persediaan sebelum dan semasa program yang dilakukan setiap biro yang dilantik menjadikan program berjalan seperti yang diharapkan. Kem Latihan Asas Kawad Kaki ini memberi banyak impak yang baik kepada peserta program seperti dapat membentuk sikap disiplin yang tinggi dan peka terhadap keadaan sekeliling. Selain itu, pelajar dapat mengaplikasikan dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari. Akhir sekali, program yang telah dijalankan ini mampu menjadi penanda aras ataupun panduan kepada pihak yang ingin mengadakan program seumpama ini pada masa akan datang. Disediakan oleh : Uzma Nur Huda Binti Muhammad Nazry KEM LATIHAN ASAS KAWAD KAKI L A T I H A N I N T E N S I F
BENGKEL PEMANTAPANKEMAHIRAN CATUR BENGKEL PEMANTAPANKEMAHIRAN CATUR Batu Pahat, Johor - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Catur, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program Latihan Intensif Bengkel Pemantapan Kemahiran Catur pada 8 dan 9 Disember 2023 bertempat di bilik perbincangan 1, bangunan G3, UTHM. Program ini melibatkan seramai 36 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Catur, seorang pengajar KKB dan 17 orang pelajar darjah 4 dan 5 dari sekolah rendah yang berdekatan serta anak-anak staf yang berminat untuk hadir. Fokus utama program ini adalah untuk mencapai matlamat yang termaktub dibawah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu matlamat ke-4 (Pendidikan berkualiti). Oleh itu, program ini memberi tumpuan dalam memberi latihan kemahiran secara intensif kepada pelajar tentang cara pergerakan setiap buah catur serta asas pembukaan dan pertahanan. Seterusnya perlawanan catur antara pelajar dijalankan pada sesi berikutnya untuk melihat keberhasilan latihan yang diberikan. Sebanyak 6 kali perlawanan telah yang berjaya dijalankan. Walau bagaimanapun, cara serta corak permainan mereka tidak hanya bergantung pada latihan yang diberikan sahaja, mereka juga mengaplikasikan kemahiran sedia ada serta pengalaman yang mereka perolehi dalam tempoh perlawanan. Setiap perlawanan mengambil masa 30 minit. Bengkel Pemantapan Kemahiran Catur ini boleh dilaksanakan lagi pada masa akan datang agar generasi muda tidak ketinggalan dalam mempelajari permainan ini. Selain itu juga, melalui program ini, para pelajar dapat menerapkan nilai etika dan profesional dalam permainan catur. Disediakan oleh: Umme Naajiehah I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 2 4 L A T I H A N I N T E N S I F
KLINIK PELATIHAN TARI COLOR GUARD KLINIK PELATIHAN TARI COLOR GUARD Batu Pahat, Johor – Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Senitari Tradisi dan Kreatif (UQB11001, Seksyen 1), Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan Projek Latihan Intensif Klinik Pelatihan Tari Color Guard selama dua hari iaitu pada 09 Disember 2023 (Sabtu) dan 16 Disember 2023 (Sabtu). Projek latihan intensif ini telah melibatkan seramai 35 orang pelajar, bertempat di Pentas Terbuka PPUK C14A, UTHM di bawah pemantauan penyelaras projek KKB, Encik R. Fariz Shahrulizam Irwan Shah bin Roslan. Fokus utama projek latihan intensif ini adalah untuk meningkatkan kemahiran seni tari bentuk kreatif secara individu dan berkumpulan selain daripada menguasai asas pergerakan tari dan olah tubuh dalam mengendalikan gerakkan bendera mengikut idea, tema dan konsep jalan cerita yang ingin disampaikan kepada penonton sesuai dengan repertoir persembahan pentas mengikut kehendak peredaran masa kini. Dalam projek latihan intensif ini, pelajar sebagai fasilitator telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan telah diberi tajuk tertentu untuk dikaji dan pembentangan tajuk utama pembelajaran yang paling dititikberatkan adalah kemahiran mengendalikan peralatan bendera yang melibatkan pergerakan bahu dan juga pergerakan melambung bendera. Secara keseluruhannya, projek latihan intensif ini dapat mengasah kemahiran dan mempraktikkan teori yang dipelajari di samping dapat menimba pengalaman baharu apabila menjayakan persembahan di Program Malam Citra Budaya nanti. Disediakan oleh: Anis Athirah bt Zamri@Johari I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 2 5 L A T I H A N I N T E N S I F
Parit Raja, Johor - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Memanah, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan Program Basic Archery Camp dengan kerjasama dari Khalifah Ar'Rimayyah Archery Club pada 22 & 23 Disember 2023 bertempat di Studio Tari & Golf Driving Range UTHM. Program ini melibatkan seramai 36 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Memanah, seorang pengajar iaitu Encik Muhammad Rashid Amran bin Zainudin dan 7 orang wakil dari Khalifah Ar'Rimayyah Archery Club. Fokus utama program ini adalah untuk mencapai matlamat iaitu memberi pendedahan kepada pelajar tentang memanah tradisional dan juga moden. Oleh itu, program ini memberi tumpuan kepada aktiviti memanah secara tradisional yang dijalankan oleh pelajar bersama Khalifah Ar'Rimayyah Archery Club bertempat di Studio Tari. Pada sebelah pagi dijalankan sesi teori dan pada sebelah petang bergerak ke Golf Driving Range UTHM untuk sesi latihan. I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 2 6 Seterusnya, keesokan harinya adalah teknik memanah moden. Teknik ini menumpukan pada teknik asas seperti Stand, Set-Up, Pre-Draw, Full Draw, Hooking, Anchor, Release dan Follow Through. Pada sesi petang pula teknik Setting Sight dengan 10meter hingga 30meter. Program Basic Archery Camp ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua ahli yang terlibat serta biro-biro yang melaksanakan tugas mereka dengan sangat baik. Secara keseluruhannya, program ini dapat melatih pelajar untuk fokus serta dapat mempelajari ilmu baharu. Disediakan oleh: Faris Firdaus, Xin hui, Wong, Harry, Shairazi & Dhiyaulrahman BASIC ARCHERY CAMP L A T I H A N I N T E N S I F
I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 2 7 Pagoh, Johor - Kursus Kokurikulum Futsal (Seksyen 3), Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan latihan intensif “Component Of Fitness In Futsal” pada 8, 9 dan 15 Disember 2023 bertempat di Gelanggang Futsal Gunasama Hab Pendikan Tinggi Pagoh (HPTP) . Latihan intensif ini melibatkan seramai 35 orang pelajar Kursus Futsal Seksyen 3 dengan kerjasama dari PPUK dan Pejabat Gunasama HPTP. Fokus utama program ini adalah untuk mendedahkan para pelajar cara untuk meningkatkan kecergasan dan stamina diri dengan kaedah yang mudah sama ada secara individu mahupun berkumpulan. Program ini memberi tumpuan kepada latihan komponen asas dalam meningkatkan kecergasan seperti latihan ketangkasan, kelajuan, ketahanan otot, kekuatan otot, dan fleksibiliti. Pengenalan komponen penyelarasan dan fleksibiliti dalam meningkatkan kecergasan diadakan pada 8 Disember 2023. Manakala pengenalan komponen ketangkasan dan kelajuan diadakan pada 9 Disember 2023. Akhir sekali pengenalan komponen ketahanan dan kekuatan otot diadakan pada hari terakhir program iaitu pada 15 Disember 2023. Setiap pengenalan sesuatu komponen asas dimulakan dengan 'warming up' dan diakhiri dengan 'cooling down'. Program ini dilihat dapat melatih pelajar menguasai kemahiran dalam meningkatkan kecergasan diri sebagai seorang pemain futsal di mana asas sebagai pemain futsal profesional adalah dilihat daripada tahap kecergasan mereka ketika bermain. Selain itu, pelajar dapat memupuk sikap bekerjasama antara satu sama lain dan mempelajari etika dalam pasukan. . Disediakan oleh : Mohamad Arif Hakimi Bin Ahmad Aziz COMPONENT OF FITNESS IN FUTSAL COMPONENT OF FITNESS IN FUTSAL L A T I H A N I N T E N S I F
Port Dickson, Negeri Sembilan - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Ilmu Falak, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan Latihan Insentif Cerapan Meteor Geminids pada 15-16 Disember 2023 bertempat di Port Dickson, Forest, Negeri Sembilan. Program melibatkan seramai 36 orang pelajar (KKB) Ilmu Falak, seorang pengajar, 3 orang wakil dari Balai Cerap Teluk Kemang dan 3 orang Wakil dari Majlis Agama Negeri Sembilan. Fokus utama program ini adalah untuk mencapai tahap pengetahuan mengenai ilmu falak dan penggunaan peralatan cerapan kepada para pelajar kursus. Selain itu, program ini juga banyak memberi latihan kemahiran pencerapan objek dilangit secara langsung dan mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar melalui aktiviti yang telah dirancang. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah sesi pemantapan penentuan arah kiblat bersama Majlis Agama Negeri Sembilan. Dalam sesi ini, para pelajar diuji dengan menggunakan alatan penentuan arah kiblat yang sebenar dan berpeluang mempratikkan teori yang dipelajari dalam kelas di samping dapat menimba pengalaman baharu di lapangan. Antara aktiviti lain yang telah diadakan adalah sesi perkongsian ilmu cerapan yang bertajuk Cerapan Geminids yang disampaikan oleh Encik Muzamir Bin Mazlan (Pengurus Balai Cerap). Beliau mempunyai pengalaman dan berkemahiran dalam bidang ilmu Astronomi. Kesimpulannya, program pencerapan ini perlu dipelajari sebagai ilmu sampingan untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman terutamanya dalam penggunaan alat 'total station' dan teleskop dalam poses pencerapan. Pelaksanaan program ini dapat memberi kefahaman mengenai pelaksanaan ilmu falak dalam menentukan amal ibadah dan muamalah umat islah bagi melahirkan pelajar yang holistik dan berketerampilan. Disediakan oleh: Alia Syafieka Binti Yusaini I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 2 8 CERAPAN METEOR GEMINIDS L A T I H A N I N T E N S I F
Pagoh, Johor - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Olahraga Balapan Seksyen 3, Pusat Pengajian Umum Dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program latihan intensif 'Let's Clear My Hurdles' yang berlangsung selama 2 hari pada 8 & 9 Disember 2023 bertempat di Stadium Edu Hub, Pagoh. Program ini melibatkan seramai 30 orang pelajar KKB Olahraga Balapan Seksyen 3, sesorang pengajar dan 2 wakil pelajar dari Kelab Olahraga Shakespeare UTHM Kampus Pagoh. Fokus utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran acara lari berpagar (hurdles) kepada pelajar secara individual dan berkumpulan selain mengasah kemahiran serta mempratikkan teori yang dipelajari dalam kelas disamping menimba pengalaman baru. Oleh itu, program ini memberikan latihan kemahiran secara intensif kepada para pelajar dalam acara berpagar. Di dalam latihan intensif ini, pelajar juga berpeluang menggunakan peralatan pagar hasil produk inovasi SEP - My Mobile Hurdles oleh pelajar kursus Kokurikulum Olahraga Balapan Seksyen 3 Semester I 2023/2024. Melalui pelaksanaan latihan intensif ini, pelajar dapat mengusai kemahiran lari berpagar secara. Individu dan berkumpulan. Disediakan oleh: Alia Ashikin binti Mohamad Riduan I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 2 9 LET'S CLEAR MY HURDLES L A T I H A N I N T E N S I F
Pagoh, Johor– Kursus Kokurikulum Berkredit Siswa Muamalat UQW10201 Seksyen 3 di bawah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menganjurkan program “From Zero to an Entrepreneur”. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai keusahawanan serta menarik minat pelajar dalam bidang tersebut. Program yang diadakan pada 9 Disember 2023 ini merupakan satu program berbentuk sesi perkongsian pengalaman keusahawanan daripada pihak alumni, pelajar semasa dan pelajar KKB, . Lebih daripada 50 orang pelajar UTHM telah hadir meyertai program ini yang diadakan di Bilik Mesyuarat 1 UTHM Kampus Pagoh. Menurut pengajar Siswa Muamalat Seksyen 3, Encik Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin, penganjuran program ini bertujuan untuk menyemai jiwa keusahawanan dalam diri pelajar, serta memberi panduan kepada para pelajar untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan berdasarkan role model yang telah terbukti berjaya. Antara penceramah yang dijemput adalah En Muhammad Hambali Bin Md Muidnudin, Pengurus Khallegacy Cawangan Tebing Dato Onn (alumni UTHM), usahawan siswa, En Mohd Shafiq Bin Azlan, Pereka Grafik Ilaika Design (pelajar tahun 3, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, UTHM) dan saudara Ahmad Fayyadh Bin Suhataz Ziman (pelajar tahun 1, Pusat Pengajian Diploma) juga merupakan pelajar kursus ini. Disediakan oleh ; Muhammad Ariff Bin Zamri & Muhamad Naqib Bin Mohamd Nor. I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 3 0 FROM ZERO TO AN ENTREPRENEUR FROM ZERO TO AN ENTREPRENEUR L A T I H A N I N T E N S I F
Batu Pahat, Johor - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Rekaan Grafik Berkomputer, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program Eksplorasi Rekaan Grafik Dalam Dunia Keusahawanan pada 5 - 6 Januari 2024. Program ini telah diadakan di Prospeed Centre yang terletak di Taman Universiti Parit Raja, Batu Pahat dengan penyertaan seramai 30 peserta yang mengikuti kursus ini. Program yang mengetengahkan pengaplikasian rekaan grafik dalam keusahawanan ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Program iaitu Mohammad Aniq Darwisy. Setelah itu, Dr. Zuraida Binti Ibrahim yang dijemput selaku jurulatih industri daripada UTHM Kampus Pagoh memulakan sesi. Dalam sesi pagi dan petang tersebut, beliau telah mengetengahkan kaedah penggunaan perisian Adobe Illustrator selain pengaplikasiannya dalam pembuatan poster, stiker produk serta logo jenama. Peserta turut diajar menyusun reka grafik untuk tujuan percetakan dan pelabelan. Beliau turut telah memilih 3 buah reka bentuk logo yang terbaik yang dihasilkan peserta sekaligus menjadi tiga peserta terbaik dengan masing-masing membawa hadiah kemenangan berupa cenderahati. Pada hari kedua pula, sesi pembentangan hasil karya telah berlangsung. Sesi ini telah dikendalikan oleh pengajar KKB Rekaan Grafik Berkomputer, Mohd Nur Syufaat Jamiran dengan tugasan tambahan iaitu pembinaan identiti setiap biro mengikut kumpulan masing-masing. Melalui program ini, para peserta telah berjaya menunjukkan hasil kerja rekaan grafik mereka, seterusnya ini menunjukkan bahawa peserta dapat menambah input pengetahuan dan kemahiran baharu khususnya dalam dunia keusahawanan. Selain itu, melalui program ini diharap dapat memupuk budaya kreativiti dalam diri pelajar sekaligus dapat memupuk sikap kerjasama dalam pasukan dalam kehidupan mereka. Disediakan oleh : Muhammad Danish Irfan & Mohd Nur Syufaat I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 3 1 EKSPLORASI REKAAN GRAFIK DALAM DUNIA KEUSAHAWANAN EKSPLORASI REKAAN GRAFIK DALAM DUNIA KEUSAHAWANAN L A T I H A N I N T E N S I F
Batu Pahat, Johor - Pada 22 dan 23 Disember 2023 (Jumaat dan Sabtu), kursus kokurikulum berkredit SUKSIS I Seksyen 1, 2, dan 3 telah melaksanakan latihan intensif Kem Kemahiran Asas Kawad Dalam PDRM di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Latihan ini dianjurkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia. Ianya jelas mencerminkan keterlibatan mereka dalam menyokong pembangunan kokurikulum di peringkat universiti. Peserta dijangka akan mendapatkan pengetahuan dan kemahiran asas kawad yang relevan dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia. Program ini berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, menonjolkan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan agensi keselamatan negara. Kehadiran peserta KKB SUKSIS I diharapkan dapat memperkayakan pengalaman dan kepakaran mereka dalam bidang sukarelawan dan kemahiran asas kawad. Program ini juga dilihat dapat memberi penekanan kepada perkembangan diri dalam konteks sukarelawan dan kemahiran kawad yang merupakan komponen penting dalam pembentukan pelajar universiti sebagai individu yang holistik. Disediakan oleh: Ramizah Nazurah Binti Mansor, & Siti Norsyalizah Ayuni Binti Azlan I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 3 2 KEM KEMAHIRAN ASAS KAWAD DALAM PDRM KEM KEMAHIRAN ASAS KAWAD DALAM PDRM L A T I H A N I N T E N S I F
Johor Bahru, Johor - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Pancaragam I & II, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program latihan intensif pada 16 Disember 2023 bertempat di Kem Sultan Ibrahim. Program ini melibatkan seramai 36 orang mahasiswa yang mengikuti KKB Pancaragam. Fokus utama program ini adalah untuk memberi latihan kemahiran secara intensif kepada mahasiswa dalam permainan instrumen muzik pancaragam secara individu dan berpasukan. Selain itu, dapat meningkatkan kemahiran bermain alat musik dan mengeratkan hubungan antara Askar Timbalan Setia Johor (JMF) dengan UTHM. Latihan Intensif bermula pada pukul 9.00 pagi di Dewan Tunku Laksamana. Program dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan lagu Negaraku. Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan majlis telah dirasmikan oleh pihak Askar Timbalan Setia Johor. Seterusnya, latihan dimulakan pada pukul 10.00 pagi dengan bermain lagu Bangsa Johor, lagu Negaraku, lagu Conquest Of Paradise, lagu Cu CaRa Ca dan lagu Fly Me To The Moon. Selepas membuat latihan selama 3 jam para mahasiswa dan Askar Timbalan Setia Johor berehat untuk makan tengahari dan menunaikan solat zohor. Latihan diteruskan selepas rehat dan para mahasiswa telah membuat persembahan dalam Majlis Penutupan. Jelas dapat dilihat, program ini dapat mengeratkan hubungan antara Askar Timbalan Setia Johor dengan UTHM. Selain itu, ia juga dapat memupuk minat dan menambah ilmu pengetahuan kepada para mahasiswa mengenai alat musik. Disediakan oleh: Muhammad Fadhil & Muhammad Faiz I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 3 3 KEM KEMAHIRAN PANCARAGAM 2.0 L A T I H A N I N T E N S I F
Bandar Hilir, Melaka - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Fotografi, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya melaksanakan program Fotografi “Heritage Site Photography” pada 15 - 16 Disember 2023 di kawasan Kota A Famosa, Melaka River Walk, Muzium Samudera dan Stadthuys Melaka. Program ini melibatkan 36 orang pelajar dan seorang pengajar dari kursus Fotografi (UQD 10101, Seksyen 1).Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran fotografi pelajar dan memberikan mereka pengalaman praktikal dalam merakam gambar dan video berkualiti tinggi di tapak-tapak bersejarah tersebut. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang bangsa, agama, negeri dan negara. Hasil dari pelaksanaan program ini adalah terdapat peningkatan dari segi kemahiran komunikasi dan kreativiti pelajar. Pelajar berjaya memupuk kemahiran komunikasi berkesan serta menunjukkan kreativiti dan inovasi dalam penghasilan gambar dan penghasilan video selepas program tamat. Pelajar juga mengamalkan nilai sikap, etika, dan profesional dalam mengaplikasikan kemahiran mengambil gambar melalui dasar-dasar teknik fotografi dan pelajar menunjukkan semangat kerja berpasukan yang baik sepanjang pelaksanaan program. Pelajar juga memperolehi kefahaman berkaitan ilmu fotografi dalam meningkatkan kemahiran bertaraf jurugambar profesional. Program ini memberikan pengalaman yang berharga kepada pelajar dan diharapkan dapat menjadi asas bagi perkembangan kemahiran fotografi mereka. Selain itu, melalui pengamalan langsung di tapak-tapak warisan, pelajar dapat melibatkan diri secara lebih mendalam dalam pembelajaran pengalaman (Experiential Learning) dan memahami lebih baik berkaitan aspek-aspek sejarah dan budaya tempatan. Disediakan Oleh : Sharmela Sundar I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 3 4 HERITAGE SITE PHOTOGRAPHY HERITAGE SITE PHOTOGRAPHY K E R J A L A P A N G A N
Serdang, Selangor - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Sukan Golf, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program Kerja Lapangan Fundamental and Golf Exposure pada 8 Disember 2023 bertempat di Kelab Golf Uniputra, Universiti Putra Malaysia(UPM). Program ini melibatkan seramai 34 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Sukan Golf, seorang pengajar KKB dan 2 orang Profesional Golfer Malaysia dari Kelab Golf Uniputra. Fokus utama program ini adalah untuk memberi latihan kemahiran dan pendedahan secara lapangan kepada pelajar-pelajar UTHM dalam permainan sukan golf. Selain itu, program ini adalah untuk menerapkan etika dan profesional dalam sukan golf secara solo dan berkumpulan. Oleh itu, program ini untuk mewujudkan semangat bekerjasama antara pelajar UTHM dengan pihak Kelab Golf Uniputra UPM. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program di Kelab Golf Uniputra ialah etika dan peraturan dalam golf course dan course layout, Driving Range Session, UPM Golf Course Session dan Practice Green Session. Semua aktiviti yang telah dilaksanakan adalah dibawah bimbingan daripada Profesional Golfer Malaysia. Akhir sekali, program ini dapat memberi kefahaman tentang pengalaman sebenar terhadap sukan golf sekaligus melahirkan pelajar yang berdisiplin, jujur dan berketerampilan apabila terlibat dalam permainan sukan golf. Disediakan oleh: Nur Izzati FUNDAMENTAL AND GOLF EXPOSURE FUNDAMENTAL AND GOLF EXPOSURE I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 3 5 K E R J A L A P A N G A N
NIGHT SHIFT FUTSAL CUP Pagoh , Johor - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Futsal, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program Night Shift Futsal Cup pada 2 Disember 2023 bertempat di Gelanggang Futsal Banggunan Gunasama Hub Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP). Program ini melibatkan seramai 34 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Futsal, seorang pengajar KKB, 16 penyertaan pasukan dari pelbagai Fakulti serta 2 orang pengadil dari Phantom UTHM dan pelajar UTHM. Melalui program ini peserta dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang cabaran dan pengalaman hasil perkongsian daripada 2 Ahli Panel serta seorang pengajar. Hasil perkongsian ini juga diharapkan dapat melahirkan komuniti yang memartabatkan sukan futsal sebagai sukan yang dapat memupuk semangat kesukanan. Selain itu juga, antara objektif program ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar sekaligus melahirkan sifat kompetitif serta menerapkan nilai-nilai kemahiran dan kepimpinan dalam kalangan pelajar terutamanya dalam melaksanakan dan menjayakan sesuatu program. Disediakan oleh: Syafiqah Sahira Binti Mohamad Khir Khomeini I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 3 6 K E R J A L A P A N G A N
I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 3 7 Pagoh, Johor – Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Asas Kewartawanan, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program Kerja Lapangan Hussein Journalist Studio pada 22 – 23 Disember 2023 bertempat di Bilik Pembelajaran A5 Kolej Kediaman Kampus Pagoh dan sekitar Hab Pendidikan Tinggi Pagoh. Program ini melibatkan searamai 29 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Asas Kewartawanan dan seorang pengajar KKB. Fokus utama program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman berkenaan proses perolehan sumber berita, proses rakaman audio-visual, proses penulisan dan penghasilan berita serta proses suntingan berita dalam kalangan pelajar. Para pelajar telah ditugaskan untuk membuat liputan khas berkaitan Citra Kokurikulum 2023 di UTHM Kampus Pagoh khusus untuk Jabatan Kepimpinan, Khidmat Komuniti, Pengucapan Awam dan Kemahiran bagi program Karnival Youth Leadership for Sustainable Future. Sebanyak 5 kumpulan wartawan lokasi ditugaskan untuk mendapat pelaporan berita dan 2 kumpulan bertugas mengendalikan balai berita Hussein Journalist Studio. Melalui kerja lapangan ini pelajar dapat mencungkil bakat, mengasah kemahiran dan mempraktikkan teori yang dipelajari di samping dapat menimba pengalaman baharu (Experiential Learning) bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan. Dengan ini, secara langsung pelajar-pelajar dilatih untuk melaksanakan tugasan secara intelektual dan bersedia menghadapi cabaran dan permasalahan dengan kritis dan kreatif untuk memastikan kerja lapangan yang dilaksanakan berjalan dengan jayanya. Anda boleh tonton laporan berita yang telah disediakan dengan melayari saluran Youtube Hussein Journalist Studio di pautan berikut: https://www.youtube.com/@HusseinJournalistStudio/videos Disediakan oleh: Mohd Syahir Anwar H U S S E I N JO URN A LI S T S T UDI O K E R J A L A P A N G A N
Batu Pahat, Johor - Kursus kokurikulum berkredit Sembelihan Dalam Islam telah melaksanakan Program Kerja Lapangan Yuk Belajar Sembelih telah berlangsung pada 15 dan 16 Disember 2023 di Surau Kampung Parit Haji Rais, Batu Pahat dengan penyertaan seramai 38 orang. Program ini dijalankan dengan kerjasama AJK Surau Kampung Parit Haji Rais. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membimbing para peserta dalam proses penyembelihan mengikut kaedah Islam dan pemprosesan makanan Halal. Pembelajaran ini merupakan tuntutan dalam agama Islam dan pengajian ilmu sepanjang hayat bagi semua peserta yang menyertai program ini. Disediakan oleh : Nur Hamizan , Nur Danieysha Irdina , Nik Nurfatiha I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 3 8 YUK BELAJAR SEMBELIH K E R J A L A P A N G A N
Pagoh, Johor - Bagi melahirkan warga universiti yang sihat dan cergas, pelbagai inisiatif telah dan akan dilaksanakan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia untuk menjadikan sukan dan kecergasan sebagai sebahagian daripada gaya hidup dan amalan seharian. Mengambil tanggungjawab ini, Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Olahraga Seksyen 4, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK) telah menganjurkan Program “Pagoh Beep Test Challenge Consultation” yang juga dianjurkan bersama Program CITRA 2023. Program ini bertujuan untuk membuat penilaian bagi mengukur tahap kecergasan dan kemampuan seseorang atlet. Kaedah ini sekaligus dapat menyuntik semangat untuk terus menikmati kualiti hidup yang lebih sihat berdasarkan keputusan penilaian tahap kecergasan yang diperolehi. Pengajar Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Olahraga Seksyen 4, Ismade bin Niam berkata melalui program “Pagoh Beep Test Challenge Consultation” yang telah diadakan pada 23 Disember 2023, para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik dan cara larian ulang alik 20 meter secara bertahap untuk menguji kecergasan masing-masing. KKB Olahraga Seksyen 4 berharap program ini berjaya mencapai objektif dan matlamat selain berupaya memupuk gaya hidup sihat terutamanya di kalangan pelajar UTHM. Disediakan oleh: Aaliy Irfan Bin Mohamad dan Muhamed Amirul Ashraf Bin Rosli I N S P I R A S I K O K U R I K U L U M | 3 9 PAGOH BEEP TEST CHALLENGE CONSULTATION PAGOH BEEP TEST CHALLENGE CONSULTATION K E R J A L A P A N G A N
Diterbitkan oleh: Jawatankuasa Perhubungan Korporat dan Media PPUK Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia. Tel: +607-453 7480 Email: [email protected] Website: https://ppuk.uthm.edu.my https://kkb.uthm.edu.my BENGKEL TOT SEM I 2023/2024 BENGKEL TOT SEM I 2023/2024