I - S I S W A NO.3 S T K I HADIS AYAT AI-QURAN PENGERTIAN APA ITU FAUNA ? CARA-CARA MENGATASI KEPUPUSAN DAN KEMUSNAHAN FAUNA KEPENTINGAN FAUNA KEPADA MANUSIA MAY 2024 ISSUE NO 3 $100.00
KONTEN PE N G E R T IA N APA I T U FAU N A PE N A PE N ASIHAT AYAT AL - Q U RA N BE RKAI TA N FAU N A HAD IS BE RKAI TA N FAU N A SEBAB BE R LAKU N YA KEMU S N AHA N FAU N A CARA ME N G ATASI KEMU S N AHA N DA N KEP U P U SA N FAKTA ME N AR IK T E N TA N G FAU N A KEPE N T I N G A N FAU N A KEPADA MA N U SIA CI R I DA N J E N IS KUMP U LA N HAIWA N KESIMP U LA N R U J UKA N
PENA PENASIHAT Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah swt dengan taufik dan hidayahnya diberi kesempatan untuk memberi sedikit kata-kata aluan sebagai penasihat dalam penghasilan e-folio ini. Penulisan ini selaras dengan lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM-KPT) iaitu menghasilkan bahan penyelidikan dan penulisan serta bahan ilmiah. E-Folio ini merupakan salah satu platform yang terbaik membolehkan perkongsian hasil penulisan pelajar. E-folio adalah tugasan berbentuk penulisan ilmiah atau kreatif yang memberi impak kepada pembaca. Dengan terhasilnya e-folio ini diharapkan dapat memberi manfaat dan kefahaman yang mendalam dalam sesuatu isu yang dikupas. Selain itu, e-folio ini boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) kepada pensyarah atau pelajar bagi meningkatkan kefahaman dalam pengajaran. Tahniah kepada semua pelajar yang telah bertungkus lumus dalam menghasilkan efolio yang manarik minat pembaca. Semoga segala usaha yang dibuat mendapat balasan yang setimpal. Saya berdoa semoga para pembaca mendapat ilmu yang bermanfaat daripada penghasilan e-folio ini. PA G E O N E | FA U N A PENYUNTING & PENULIS DIYANA BINTI ABDUL WAHAP (05DKA23F1043) NUR ATHIRAH BINTI WYLLIE (05DKA23F1O28) NUR IMAN FATIHAH BINTI SEBINI (05DKA23F1137)
PENGERTIAN APA ITU FAUNA Fauna adalah seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu: hutan lembap tropika mengandungi setengah daripada hidupan liar menurut kamus dewan edisi keempat. Ini boleh termasuk haiwan daripada pelbagai kumpulan seperti mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Jadi, apabila kita bercakap tentang fauna sesuatu kawasan, kita bercakap tentang semua haiwan yang tinggal di sana. PA G E TWO | FA U N A BY: NUR ATHIRAH
AYAT AL-QURAN BERKAITAN FAUNA Dalam al-Quran terdapat lebih daripada 140 ayat yang bukan hanya memberi perhatian kepada beberapa jenis haiwan tertentu malah menerangkan peranan haiwan tersebut. Selain itu, al-Quran turut memberikan nama kepada beberapa surah al-Quran seperti: surah al-Baqarah, surah al-Anam, surah al-Nahl, surah al-Naml, surah al-Ankabut, surah al-Adiyat, surah alFil dan surah al-Tin. Perbahasan mengenai istilah haiwan telah diisebut dalam al-Quran dengan lafaz الدواب sebanyak 4 kali, dengan nama دابة sebanyak 14 kali. Selain lafaz الحيوان yang bermaksud hidup sebanyak 1 kali, nama haiwan juga disebutkan dalam bentuk kumpulan dengan lafaz النعم sebanyak 1 kali, األنعام sebanyak 26 kali, أنعاما dua kali, أنعامكم tiga kali dan أنعامهم sebanyak satu kali, maka keseluruhannya berjumlah 33 kali (al-Najjar, 2006). Secara umumnya, Allah S.W.T. telah menjelaskan penciptaan haiwan, ciri -ciri dan bentuknya dalam al-Quran dengan firman-Nya di dalam Surah an-Nur, 24:45, PA G E T H RE E | FA U N A Maksudnya: “Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Berdasarkan ayat ini, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa hakikat penciptaan semua jenis haiwan adalah daripada air. Ayat ini membuktikan bahawa air adalah elemen paling utama dalam semua komposisi makhluk hidup. Terdapat haiwan yang diciptakan dengan merayap menggunakan perut seperti ular, ada yang menggunakan kedua kaki seperti manusia dan burung, dan juga ada yang berjalan dengan empat kaki. Ternyata semua penciptaan ini berasaskan kepada sunnatullah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Allah. BY: NUR ATHIRAH
AYAT AL-QURAN BERKAITAN FAUNA Pada hakikatnya semua haiwan yang diciptakan Allah S.W.T. memiliki keinginan dan naluri hidup berpasangan, keinginan untuk mempertahankan spesisnya. Hal ini dapat dilihat apabila semua haiwan diciptakan secara berpasangan dan apabila tiba masanya haiwan-haiwan tersebut akan memerlukan pasangan sepertimana manusia. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Ash-Shura, ayat 11, PA G E F O U R | FA U N A Ayat itu menjelaskan bahawa keinginan dan naluri hidup berpasangan terdapat pada manusia dan haiwan. Dengan naluri inilah manusia dan haiwan akan berkembang biak dari satu generasi ke satu generasi. Bagi haiwan pula, proses berkembang biak dilakukan melalui dua cara iaitu dengan bertelur dan melahirkan anak. Dalam al-Quran ia disebut dengan lafaz ولد dalam ayat 3 Surah Al-Balad (surah ke 90) dan lafaz بيض dalam ayat 49 Surah Al-Saffat (surah ke 37). Selain itu, terdapat beberapa bentuk penggunaan dalam al-Quran terhadap haiwan dan tumbuhtumbuhan. Pertama, pemberian sebahagian nama surah dengan nama haiwan dan tumbuh-tumbuhan; Surah al-Baqarah, al-Naml, al-An’am, al-Fiil, Al-Ankabut dan Al-Adiyat. Kedua, pembahagian jenis dan komponen kepada haiwan darat, laut dan udara. Haiwan darat seperti: unta, kambing, lembu dan sebagainya. Haiwan laut seperti ikan, udang dan sebagainya. Haiwan yang terbang seperti burung merpati dan sebagainya. Haiwan yang merayap seperti ular, lipan dan sebagainya. Haiwan yang buas seperti singa, serigala dan sebagainya. Serangga seperti lebah, semut, labahlabah, lalat dan sebagainya. Manakala komponen haiwan pula disebut bermula dari darah, daging, tulang, kulit dan bulu. Maksudnya: “Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasanganpasangan dari jenis kamu sendiri; dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatangbinatang itu); dengan jalan yang demikian, dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (zatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat.” BY: NUR ATHIRAH
HADIS BERKAITAN FAUNA Hadis 1540 sahih Muslim jilid 2 Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya “Rasulullah saw. memerintah membunuh anjing. Lalu kami laksanakan perintah itu sehingga seekor anjing milik seorang wanita yang selalu mengawal tuannya dari dusun kami bunuh pula. Kemudian Rasulullah saw. melarang membunuh anjing seperti itu. Tetapi sabda beliau, “Bunuhlah (bila-bila masa dan dimana saja) anjing yang seluruh bulunya berwarna hitam dengan dua titik putih di keningnya kerana anjing seperti itu adalah syaitan. Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah saw memberi amaran: Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah. [Shahih al-Bukhari - no:3318] PA G E F IVE | FA U N A Menjaga kebajikan haiwan tidak sekadar pada masa hidup mereka, tetapi juga pada saat kita akan menyembelih mereka. Sudah menjadi salah satu daripada adab menyembelih untuk menggunakan pisau yang tajam agar haiwan tersebut dapat melaluinya dengan mudah. Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu. Maka apabila kamu membunuh maka perbaikilah cara membunuh dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara sembelihan. Hendaklah salah seorang daripada kamu mengasah pisaunya dan biarkan haiwan sembelihan mati tanpa terseksa. [Shahih Muslim - no:1955] BY: NUR ATHIRAH
C A R A U N T U K M E N E R U S K A N L E G A S I F A U N A Seperti yang diketahui ramai fauna merupakan sesuatu yang harus dijaga untuk memastikan ekosistem dunia kekal berada di dalam keadaan yang seimbang. Oleh itu,kita sebagai manusia yang dikurniakan untuk menjadi ketua di muka bumi ini hendaklah berusaha dalam menjaga segala fauna yang wujud di muka bumi ini dengan melakukan pelbagai amal dan kaedah untuk menjaga fauna yang diancam kepupusan. Terdapat beberapa cara yang mudah untuk mengekalkan fauna daripada terancam dengan kepupusan antaranya adalah dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan kerajaan mahupun sektor private dalam memulihara dan memelihara alam sekitar yang secara tidak langsung dapat membantu haiwan-haiwan daripada kehilangan habitat mereka. lindungilah fauna untuk generasi yang akan datang Selain itu,terdapat juga pelbagai cara lain yang boleh dilaksanakan untuk melestarikan fauna antaranya adalah dengan mengedukasi orang lain berkaitan pentingnya perlindungan spesies serta mendorong mereka untuk mendukung organisasi dan inisiatif yang bekerja untuk konservasi satwa liar dalam pelestarian habitat haiwan.
Antara contoh bagi aktiviti pelestarian habitat bagi meneruskan legasi fauna adalah pembuatan taman kota yang mempertahankan area hijau,penanaman kembali hutan yang gundul serta pengelolaan kawasan konservasi untuk menjaga keanekaragaman fauna dan program perlindungan haiwan satwa liar yang terancam punah atau kepupusan. Berikut merupakan beberapa contoh haiwan yang terancam punah yang meliputi harimau, badak, gajah, orangutan, panda, singa, hiu paus, dan banyak lagi. Upaya pelestarian habitat dan perlindungan secara aktif diperlukan untuk mengamankan masa depan mereka Melihat kepada banyaknya haiwanhaiwan yang terancam punah amatlah dikhawatirkan kerana kepupusan mereka akan membawa kepada impak yang lebih besar terhadap ekosistem bumi. Oleh itu,peranan dari semua pihak amatlah diperlukan bagi meneruskan legasi fauna agar dapat dilihat dan disaksikan oleh mereka yang berada di masa hadapan bak kata pepatah ‘janganlah biarkan nasi menjadi bubur”.
infografik B Y I M A N F A T I H A H
SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA KEMUSNAHAN FAUNA 30/04/2024 #12 Selain itu,aktiviti pemburuan yang berleluasa termasuk aktiviti pemburuan haram dan perdagangan haiwan liar juga dapat mengancam populasi spesies haiwan tertentu termasuklah haiwan yang terlindungi. Dalam pada itu, keganasan manusia juga menjadi salah satu sebab kepada berlakunya kemusnahan fauna.Antara aktiviti manusia yang menjadi punca kepada berlakunya kemusnahan fauna adalah kejadian konflik manusia-haiwan seperti pembalakan haram dan pembunuhan haiwan secara langsung mahupun tidak langsung. Seperti yang kita ketahui fauna amatlah penting dan berharga yang memerlukan perlindungan daripada diancam oleh kepupusan. Antara penyebab berlakunya kemusnahan fauna adalah pencemaran.Contohnya seperti pencemaran air,udara dan tanah yang boleh memusnahkan atau mengubah persekitaran habitat haiwan yang menyebabkan kematian berturut-turut atau penyakit yang mengurangkan populasi haiwan. Oleh itu,untuk bagi mengelakkan kepupusan fauna kita hendaklah mengetahui sebab-sebab berlakunya kemusnahan ke atas fauna #12
THE i-siswa E d i t i o n 2024 L ain daripada itu berlakunya overexploination iaitu pemanfaatan sumber daya alam secara berlebihan seperti penangkapan ikan berlebihan, perburuan komersial yang tidak terkendali, dan penggunaan habitat alami untuk kegiatan manusia lainnya juga turut mengakibatkan penurunan drastis populasi fauna f a u n a Kemudian,pemusnahan habitat haiwan untuk dijadikan infrastruktur kegunaan manusia seperti banggunan,jalan raya juga turut menjadi punca kepada kepupusan fauna kerana kurangnya kawasan untuk mereka bergerak dan diami untuk menuju ke sumber daya mereka dalam proses berkembang biak mereka. Akhir sekali kedatangan spesies asing invasif ke habitat asli yang dapat mengganggu keseimbangan ekosistem akan mengancam keberlangsungan hidup fauna endemik. Spesies invasif yang sering kali bersaing dengan spesies asli untuk sumber daya dan juga turut membawa penyakit baru akan menyebabkan kematian bagi spesies haiwan tempatan.
BY DIYANA WAHAP CARA-CARA MENGATASI KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN Bagi mengatasi kemusnahan dan kepupusan adalah tantangan yang amat besar dan memerlukan upaya kolaboratif dari berbagai pihak, termasuk pemerintah, masyarakat, dan organisasi non-pemerintah. Selain daripada menjadikan habitat haiwan iaitu hutan sebagai hutan simpan yang dilindungi.Kita juga boleh menjaga fauna dengan baik disamping menjadikannya sebagai tempat berwisata untuk menjana ekonomi negara seperti zoo negara. Lain daripada itu penelitian ilmiah yang terus menerus tentang ekosistem dan spesies yang terancam punah, serta pemantauan terhadap perubahan lingkungan, sangat penting untuk merumuskan strategi konservasi yang efektif dalam mengatasi kepupusan dan kemusnahan fauna. apakah perkara lain yang dapat dilakukan ? Berikut merupakan beberapa perkara yang dapat dilaksanakan bagi mengatasi kemusnahan dan kepupusan fauna. Antaranya adalah dengan memelihara hutan dengan menjadikan hutan sebagai hutan simpan yang dilindungi. STKI I-SISWA i-siswa / mei
AKTIVITI CARI KATA
KEPENTINGAN FAUNA KEPADA MANUSIA Fauna dapat mendatangkan banyak manfaat kepada manusia terutama daripada aspek semulajadi. Contohnya, dengan wujudnya fauna dapat memain peranan penting dalam menjaga keseimbangan ekosistem. Hal ini kerana, setiap species fauna memainkan peranan penting ekosistem kerana kebergantngan species antara satu sama lain. Kehilangan sesebuah species dapat menjejaskan ekosistem sebuah habitat fauna kerana kehilangan sumber daripada segi makanan dan tempat tinggal. Oleh itu, kita hendaklah bersama menjaga kemandirian species setiap fauna yang masih ada sehingga sekarang Selain itu, fauna juga memberi manfaat kepada manusia. Banyak ubat-ubatan dan bahan-bahan penting lain diperoleh daripadanya yang terdapat di alam semula jadi. Fauna juga memberi manfaat ekonomi kepada masyarakat, seperti dalam sektor pertanian dan perikanan. Tambahan pula, fauna merupakan sumber utama makanan manusia yang diperlukan untuk kebegantungan hidup. Oleh itu, kita hendaklah memelihara fauna untuk menjamiankan keseimbangan ekosistem I M A N F A T I H A H W R I T E R :
B Y I M A N F A T I H A H
B Y I M A N F A T I H A H
Kesimpulannya, Fauna merupakan salah satu hidupan yang mendatang kebaikan kepada kita dan juga kehidupan lain. Oleh itu, kita hendaklah menjaga kemandirian species fauna yang ada. Hal ini kerana, fauna mendatangkan keseimbangan ecosistem yang sedia ada. Oleh kerana itu,penjagaan fauna merupakan upaya yang sangat penting untuk mempertahankan keanekaragaman dan keseimbangan ekosistem. Tindakan ini mencakup beberapa aspek kunci: 1.Konservasi Habitat: Melindungi dan memulihkan habitat alami adalah langkah krusial untuk memastikan fauna memiliki lingkungan yang aman dan mendukung kehidupan mereka. 2.Pengendalian Perburuan dan Perdagangan Ilegal: Menegakkan hukum dan regulasi untuk mencegah perburuan liar dan perdagangan satwa ilegal membantu mencegah kepunahan spesies. Kesimpulan
RUJUKAN H T T P S : / / M A L A Y S I A . S E A R C H . Y A H O O . C O M / S E A R C H ; _ Y L T = A W R P H T T P S : / / M S . E F E R R I T . C O M / 6 - K U M P U L A N - H A I W A N - A S A S / H T T P S : / / M S . W I K I P E D I A . O R G / W I K I / I K A N H T T P S : / / M S . W I K I P E D I A . O R G / W I K I / R E P T I L I A H T T P S : / / M S . W I K I P E D I A . O R G / W I K I / A M F I B I A H T T P S : / / W W W . S C R I B D . C O M / D O C / 2 5 5 0 9 0 9 5 1 / T O P I K - 3 - P E M U L I H A R A A N H T T P S : / / M S . W I K I P E D I A . O R G / W I K I / B U R U N G H T T P S : / / M S . W I K I P E D I A . O R G / W I K I / M A M A L I A H T T P S : / / M S . W I K I P E D I A . O R G / W I K I / K E B A I K A N H A I W A N K E P A D A M A N U S I A H T T P S : / / W W W . S C R I B D . C O M / D O C / 2 5 5 0 9 0 9 5 1 / T O P I K - 3 - P E M E L I H A R A A N 2030 +123-456-7890
KUMPULAN 5 When you've decided on your cover story, come up with a list of topics for your feature articles. This can range from interviews, product reviews, human interest pieces, and even lists. Think about what your audience would be interested in and get writing! I-SISWA. 2 0 3 3 / 2 0 3 9