The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Aturcara MAKMUR 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-04270350, 2023-07-07 15:27:01

MAKMUR 2022

Buku Aturcara MAKMUR 2022

88 JJUULLAAII 22002233 SABTU 77..0000 PPAAGGII Majlis "dinamik progresif, pemangkin generasi madani" ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID MAKMUR 2022 DDEEWWAANN AALL--FFAARRAABBII SSMMKK KKUUHHAARRAA,,TTAAWWAAUU AAnnjjuurraann BBeerrssaammaa PPIIBBGG SSMMKK KKuuhhaarraa,, TTaawwaauu DDIIRRAASSMMIIKKAANN OOLLEEHH :: YYBB PPUUAANN RRIINNAA BBIINNTTII HHAAJJII JJAAIINNAALL SSEETTIIAAUUSSAAHHAA PPOOLLIITTIIKK MMEENNTTEERRII KKEEWWAANNGGAANN SSAABBAAHH AADDUUNN NN..7700 KKUUKKUUSSAANN


PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA MAKMUR 2022 MAKMUR 2022 1


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani. Beras kunyit saya taburi, Air mawar direnjis wangi, Berkembang kasih menabur budi, Undangan tuan amat disanjungi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid SMK Kuhara, bagi tahun 2022. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan demi kepentingan murid-murid. Walau apa pun nama yang diberi untuk majlis seperti ini, yang pasti Majlis Hari Anugerah Cemerlang merupakan satu majlis khas untuk meraikan murid-murid yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada murid-murid cemerlang sekolah ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan jelas daripada fungsi tradisionalnya. Para murid bukan sahaja datang ke sini untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Hal ini selari dengan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Dalam konteks ini, NKRA itu sendiri merupakan satu inovasi dasar dan strategi yang ampuh dalam merealisasikan hasrat untuk memantapkan kualiti pendidikan negara. Kita perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan dan pembugaran dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang berterusan. Hadirin sekalian, Cendekiawan ada menyatakan tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan para murid sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut amat penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21. Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah berlaku secara semula jadi. Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak. Seyogianya, ibu bapa menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah. Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau bermuhasabah, apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan tanggungjawab kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila anak-anak balik ke rumah. Saya percaya sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada hari ini adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para murid agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Diharapkan semoga program seumpama ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang bukan sahaja untuk murid yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para murid yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan. Kepada para murid yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi ingatlah pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang murid yang cemerlang, kita harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa. Berpeganglah pada prinsip alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Saya percaya murid yang mendapat anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin berusaha dan konsisten dalam usaha. Mereka yang cemerlang ini biasanya rajin pada tiap-tiap hari dan bukannya rajin menjelang peperiksaan semata-mata atau rajin mengikut musim. Saya percaya jika murid dapat mencontohi mereka yang menerima anugerah pada hari ini, anda juga pasti akan berada di kerusi tersebut pada tahun akan datang. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Ibnu Rusyd, seorang tokoh ilmuwan Islam pernah menukilkan antara lainnya bermaksud, "Kepuasan yang sejati lahir daripada keabadian bersama". Dalam hal ini, semua pihak semestinya berganding bahu dan mengatur langkah sederap berusaha untuk merealisasikannya. Hasil gabungan kerjasama mantap yang terjalin, satu jaringan kecemerlangan akademik yang tinggi mampu digapai. Kita perlu menjadikan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa sebagai hubungan yang berasaskan rasa tanggungjawab bersama, saling memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain, bak kata peribahasa seperti aur dengan tebing. Barisan pentadbir dan guru-guru sekolah ini boleh bertukar ganti, boleh datang dan pergi, namun organisasi mesti dipertahankan walau sesiapa pun yang menerajui dan memacunya. Ingatlah, kecemerlangan yang ingin kita capai tidak boleh ditolak-ansurkan. Semua pihak termasuk ibu bapa dan murid patut memberi sokongan padu kepada pihak pentadbir sekolah jika semua mimpi indah tentang kecemerlangan ingin direalisasikan. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan tahun ini. Sekian dan terima kasih. YB RINA BINTI HAJI JAINAL SETIAUSAHA POLITIK MENTERI KEWANGAN SABAH ADUN N. 70 KUKUSAN. SEKAPUR SIRIH PUAN PERASMI CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 2


Kecemerlangan dan kejayaan seorang murid adalah harapan setiap ibu bapa dan guru. Oleh itu, kesepakatan dan kerjasama daripada ibu bapa dalam menitikberatkan pendidikan dan mengutamakan pembelajaran anak-anak adalah resepi kejayaan sekolah ini. Usaha ini haruslah diteruskan agar setiap perancangan yang disediakan oleh pihak sekolah akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berjaya. Sementara itu, pihak pentadbir, guru serta staf akan terus mengamalkan semangat profesionalisme yang tinggi untuk bekerja sebagai satu pasukan yang kuat demi merentas hari-hari mendatang. Tegasnya, perkongsian pintar semua pihak di sekolah ini amat diharapkan bagi menjadikan SMK Kuhara sebaris dengan sekolah elit di Malaysia kerana usaha tangga kejayaan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua tenaga pengajar yang telah menunjukkan komitmen tinggi terhadap tugas dan amanah yang diberikan bagi memastikan tranformasi pendidikan berjalan lancar dan mendukung aspirasi negara terutamanya dalam memastikan PPPM 2013-2025 dilaksanakan dengan jayanya. Guru-guru telah mengambil pelbagai inisiatif dalam memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang efektif kepada anak didik untuk memastikan bidang akademik sentiasa berada pada tahap yang membanggakan. Melangkah ke tahun 2023 ini, senario semasa, menjadikan dunia pendidikan sangat mencabar dan semakin kompetitif untuk merempuh perubahan globalisasi, keterbukaan sosial, ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pendidikan digital dan ekspektasi pihak berkepentingan yang semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, kecemerlangan murid bukan sahaja diukur daripada segi pencapaian akademik semata-mata tetapi merangkumi pembabitan dalam semua aspek. Oleh itu, sekolah merupakan organisasi yang sangat berwibawa untuk membina peradaban manusia kerana ilmu dan kemahiran yang diperoleh menjadi pemangkin kecekapan diri murid untuk bersosialisasi dalam kehidupan. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak PIBG yang banyak membantu sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan. Begitu juga saya menghargai sokongan moral daripada ibu bapa, masyarakat dan media. Kesemua ini merupakan ramuan yang amat membantu pihak sekolah mengemudi agenda Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan generasi yang berfikiran kritis, celik masa hadapan dan tinggi susila serta pekerti mulia. Insya-Allah sokongan semua pihak akan meningkatkan lagi motivasi warga SMK Kuhara untuk melakar sejarah yang gemilang pada tahun-tahun akan datang. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warrah matullahi wabarakatuh. Terima kasih. MOKHTAR BIN HAJI ABDUL RASHID PENGETUA, SMK KUHARA, TAWAU SEULAS PINANG TUAN PENGETUA MAKMUR 2022 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, setinggi ucapan kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid (MAKMUR) Tahun 2022 berjaya dilaksanakan. Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksana dan seluruh warga sekolah yang beriltizam menyempurnakan majlis ini sebagai tanda sokongan, galakkan dan penghargaan kepada anak-anak didik mereka. Semoga Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid ini menjadi pembakar semangat untuk merealisasikan kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid adalah kemuncak kepada pengiktirafan pihak sekolah terhadap muridmurid yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Pengiktirafan kejayaan murid ini turut mempamerkan impak yang bermakna bagi pembinaan sahsiah, khususnya pembentukan daya saing yang tinggi dalam diri murid untuk mencipta kejayaan yang lebih hebat. Lakaran kejayaan ini seterusnya membentuk warganegara berkualiti yang bakal menjadi aset kepada kemajuan negara kita, malah perangsang untuk murid-murid lain agar meneruskan usaha untuk meningkatkan dan menjaga imej sekolah yang baik dan cemerlang. Saya yakin dan percaya bahawa murid-murid merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan negara pada masa akan datang. Hal ini selari dengan aspirasi KPM untuk martabat karamah insaniah dalam menitikberatkan pembangunan dan pembentukan murid beradab, berakhlak dan berintegriti bagi melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC). CEMERLANG BERKETERAMPILAN 3


Saya meletakkan harapan kepada barisan tenaga pimpinan dan pendidik di sekolah ini untuk terus berusaha dalam mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan pada masa akan datang. Kami akan terus memberikan sokongan yang padu dalam merealisasikan hasrat tersebut. Permuafakatan yang baik akan membuahkan hasil yang lumayan ibarat bulat air kerana pembetung, bulat kita kerana muafakat. Keikhlasan kita dalam usaha yang murni pasti akan mendapat restu daripada Ilahi. Semoga kecemerlangan menjadi milik SMK Kuhara dan kita sederap dalam usaha ke arah itu. Setinggi-tinggi penghargaan untuk semua guru dan ibu bapa serta para murid SMK Kuhara yang mendokong amanah kecemerlangan kita. Sekian. Terima kasih. Wassalam. MEJAR (B) HAJI ROSELIN SHAH BIN MOHD AKBAR NAIB YANG DI-PERTUA PIBG, SMK KUHARA, TAWAU SELAUTAN KASIH TUAN NAIB YANG DI-PERTUA PIBG Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kesempatan yang diberikan. Alhamdulillah bersyukur kita kerana dalam majlis ini kita dipertemukan. Saya amat berbangga kerana dapat bersama-sama dalam majlis ini, majlis penghargaan SMK Kuhara dan PIBG kepada murid-murid yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kecemerlangan diri dan sekolah, kekal menjadi milik kita warga SMK Kuhara yang amat kita sayangi ini. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pengetua dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Anugerah Kecemerlangan Murid Tahun 2022 kerana telah berjaya menganjurkan majlis yang menjadi agenda tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh anak-anak yang begitu optimis dengan kecemerlangan diri masing-masing juga kakitangan sekolah ini khususnya. Selaku ibu bapa yang sentiasa menaruh kepercayaan kepada pihak sekolah dalam membimbing anak-anak didik ke arah kejayaan yang dicita-citakan, kami berasa berbangga apabila setiap tahun SMK Kuhara menunjukkan prestasi kecemerlangan yang tinggi di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan malah telah menaikkan semangat kami untuk terus bersama-sama sebagai warga sekolah ini. CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 4


Sesungguhnya, Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid (MAKMUR) adalah sebagai salah satu prakarsa pihak sekolah untuk menyuntik semangat dan motivasi para murid mencipta kejayaan bagi diri sendiri dan juga sekolah. Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid merupakan majlis yang penuh bermakna bagi murid yang meraih anugerah kerana majlis bersejarah ini kekal terpahat dalam memori hidup mereka. Tentunya kejayaan yang dicapai oleh murid-murid dalam bidang akademik dan kokurikulum menjadi memori yang sangat signifikan dan pembakar semangat untuk mereka menempa kejayaan yang lebih cemerlang. Oleh itu, saya berharap agar semua murid yang dikasihi sekalian menjadikan kejayaan ini sebagai pentas awal dalam melakar kejayaan yang lebih membanggakan. Ingatlah kejayaan yang kita tuai pada hari ini tidak akan tercapai tanpa sinergi yang kukuh antara pihak sekolah dengan komuniti setempat. Hasil kesungguhan, kesabaran, ketabahan dan doa semua pihak, anak permata SMK Kuhara berhasil meletakkan sekolah antara sekolah terbaik di daerah Tawau. Saya ingin mengambil peluang keemasan ini juga untuk mengucapkan tahniah kepada warga SMK Kuhara yang sentiasa berusaha gigih mencipta sejarah kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Semoga keputusan cemerlang ini sebagai landasan untuk murid-murid meneruskan kecemerlangan di peringkat lebih tinggi. Seluruh warga sekolah dan PPD sentiasa mendoakan agar semua murid dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya menjadi pewaris negara yang berketerampilan untuk mendepani alam kerjaya yang penuh cabaran kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan tahniah dan syabas kepada penerima-penerima anugerah yang diraikan. Semoga kejayaan murid-murid ini menjadi sumber inspirasi kepada semua murid lain untuk melakar kecemerlangan pada masa akan datang. Terima kasih kepada warga SMK Kuhara terutamanya barisan pentadbir, guru-guru, Anggota Kumpulan Pelaksana, para ibu bapa dan semua murid yang telah berpadu usaha dalam menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Kuhara Tawau pada kali ini. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. HAJAH NORLELA ANSLEY TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TAWAU SEKTOR PERANCANGAN PPD TAWAU SETITIS TINTA PUAN TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TAWAU Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani Syukur ke hadrat Allah Subhanah Wataala kerana dengan izin-Nya Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid (MAKMUR) Tahun 2022 bagi SMK Kuhara, Tawau berjaya dilaksanakan dengan penuh warna-warni dan gilang-gemilang. Syabas dan tahniah kepada warga sekolah kerana dapat mengelola majlis seumpama ini. Majlis ini merupakan tanda penghormatan dan pengiktirafan serta menjadi pemangkin untuk memotivasikan kecemerlangan murid, lebihlebih lagi dalam arus perdana pembangunan pendidikan yang semakin berdaya saing. Saya mewakili seluruh warga pejabat PPD ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah. Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada semua guru, ibu bapa, PIBG, serta pihak-pihak yang telah banyak menyumbangkan masa, tenaga dan usaha serta peruntukan untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolah. Saya percaya dengan komitmen yang tinggi, semangat permuafakatan yang kuat dan sokongan daripada semua pihak, matlamat SMK Kuhara akan dapat direalisasikan selaras dengan hasrat pendidikan negara untuk melahirkan murid yang seimbang daripada segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi, bersifat global player, warganegara yang bertanggungjawab dan pekerja yang berilmu. CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 5


7:00 pagi 7:55 pagi 8:00 pagi 8:10 pagi 8:15 pagi 8:30 pagi 8:40 pagi 9:30 pagi 10:10 pagi 10:20 pagi 10:40 pagi 11:10 pagi 11:20 pagi 11.30 pagi 12:15 tengah hari 12:30 tengah hari : Ketibaan murid dan guru Ketibaan ibu bapa dan penerima anugerah cemerlang : Perarakan masuk ke dewan : Nyanyian lagu Lagu Negaraku Lagu Sabah Tanah Airku Lagu Sekolah "Dinamik Progresif" : Bacaan doa Ustaz Wan Noorul Hisham Bin Wan Salleh : Ucapan alu-aluan Mejar (B) Haji Roselin Shah Bin Mohd Akbar, Naib Yang Di-Pertua PIBG SMK Kuhara : Persembahan Pencak Silat : Penyampaian Anugerah Anugerah PPKI Anugerah Kokurikulum Anugerah HEM Anugerah Kurikulum Terbaik Setiap Kelas Anugerah Kurikulum Terbaik Mata Pelajaran Anugerah Kurikulum Terbaik Keseluruhan Setiap Tingkatan : Ketibaan YB Puan Rina Binti Haji Jainal Setiausaha Politik Menteri Kewangan Sabah, Merangkap Adun N. 70 Kukusan : Persembahan PPKI : Ucapan alu-aluan En. Mokhtar Bin Haji Abdul Rashid, Pengetua SMK Kuhara, Tawau : Ucapan Perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid YB Puan Rina Binti Haji Jainal Setiausaha Politik Menteri Kewangan Sabah, Merangkap Adun N.70 Kukusan : Gimik Perasmian : Persembahan Bicara Berirama : Penyampaian Anugerah Terbaik SPM 2022 Penyampaian Anugerah Khas Anugerah Khas Kecemerlangan Kokurikulum Perdana Anugerah Khas Kecemerlangan HEM Perdana Anugerah Tokoh SUMUR Anugerah Tokoh Murid Anugerah Tokoh Ibu Bapa : Penyampaian Cenderahati Sesi Fotografi : Bersurai ATURCARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 6


JAWATANKUASA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 7


JAWATANKUASA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 8


JAWATANKUASA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 9


JAWATANKUASA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 10


ANUGERAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 11


ANUGERAH KOKURIKULUM CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 12


ANUGERAH KOKURIKULUM CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 13


ANUGERAH HAL EHWAL MURID (HEM) CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 14


ANUGERAH KURIKULUM CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 15


ANUGERAH KURIKULUM CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 16


ANUGERAH KURIKULUM CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 17


ANUGERAH KURIKULUM CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 18


ANUGERAH KURIKULUM CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 19


ANUGERAH KURIKULUM CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 20


ANUGERAH KURIKULUM CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 21


ANUGERAH KURIKULUM CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 22


ANUGERAH KURIKULUM CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 23


ANUGERAH KURIKULUM CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 24


ANUGERAH KURIKULUM CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 25


ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN HEM PERDANA NAJIB LIAN BIN NAMPAT 5ST1 ANUGERAH KHAS CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 ANUGERAH KHAS TOKOH SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR) ANUGERAH KHAS TOKOH MURID ANUGERAH KHAS TOKOH IBU BAPA MUHAMMAD IRFAN BIN SHAMSUDIN 5ST2 MAXIVIANNA ROBERT 5ST1 ENCIK ROSDI BIN RAHMAT DAN PUAN MARIANI BINTI ARSHAD 26 ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERDANA MOHAMMAD TAUFIQ BIN AHMAD 5SUK


NAMA : MOHAMMAD TAUFIQ BIN AHMAD KELAS : 5SUK PROFIL PENERIMA ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERDANA CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 27


NAMA : NAJIB LIAN BIN NAMPAT KELAS : 5ST1 PROFIL PENERIMA ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID (HEM) PERDANA CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 28


PROFIL PENERIMA ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID (HEM) PERDANA CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 29


NAMA : MUHAMMAD IRFAN BIN SHAMSUDIN KELAS : 5ST2 PROFIL PENERIMA ANUGERAH KHAS TOKOH SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR) CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 30


NAMA : MAXIVIANNA ROBERT KELAS : 5ST1 PROFIL PENERIMA ANUGERAH KHAS TOKOH MURID CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 31


PROFIL PENERIMA ANUGERAH KHAS TOKOH MURID CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 32


NAMA BAPA / PENJAGA : ENCIK ROSDI BIN RAHMAT UMUR : 53 TAHUN PEKERJAAN : PENYELIA PENGELUARAN NAMA IBU / PENJAGA : PUAN MARIANI BINTI ARSHAD UMUR : 52 TAHUN PEKERJAAN : SURI RUMAH ALAMAT : TAMAN SEMARAK, TAWAU PROFIL PENERIMA ANUGERAH KHAS TOKOH IBU BAPA CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 33


Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bin Bandy YB Puan Rina Binti Haji Jainal Sawit Kinabalu Sdn Bhd Benta Wawasan Sdn Bhd Co-opbank Pertama Tawau Nazrin Enterprise Marina Ocean Enterprise The Arena Tawau Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) Eric Cheng Enterprise Inqaz Travel & Tour Sdn Bhd (Cawangan Tawau) Koperasi SMK Kuhara Perniagaan Nora Irinah Enterprise Dianess Enterprise Sime Darby Bhd Team Amway Lifestyle Puan Achiktie Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kuhara Restoran McDonald's Tawau Bank Islam Malaysia Berhad dan semua yang telah menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid (MAKMUR) 2022 SMK Kuhara, Tawau SEKALUNG PENGHARGAAN CEMERLANG BERKETERAMPILAN MAKMUR 2022 34 Kuning e m as m asaknya padi , Ma w ar m era h dala m ja m bangan, T eri m a kas i h daun keladi , Budi tuan jadi kenangan.


Click to View FlipBook Version