The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hareshnoka2104, 2022-01-11 07:49:08

Geo Kerja Kursus (1)_clone

Geo Kerja Kursus (1)

INDEK M/S

Tajuk 1

Penghargaan 1
Pendahuluan 2
Objektif Kajian 2&3
Kawasan Kajian 4&5&6
Kaedah Kajian 7&8&9
Hasil Kajian 10 & 11 & 12
Rumusan 13 & 14 & 15 & 16
Lampiran 17 & 18
Borang Respondent

PENGHARGAAN

Saya mengucapkan terima kasih kepada kepada guru mata pelajaran
Geografi, Puan Hanifah kerana telah membimbing saya menyiapkan
kerja lapangan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan – rakan
bernama Shyamindhran dan Leivinaa kerana sering membantu saya
bersama dalam berkongsi maklumat. Saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada ibu bapa saya, iaitu Encik Nokaraju Ramuloo dan
Puan Vijayaswari Rajendran kerana memberi sokongan dan semangat
kepada saya. Tidak lupa juga semua pihak yang bantu dalam menyiapkan
kerja lapangan ini.

PENDAHULUAN

Saya telah bekerjasama dengan beberapa pihak untuk menjalankan kerja
lapangan berkaitan dengan kajian pembuangan sisa domestik di
sekitar Taman Puncak Lagenda, Johor Bahru Johor. Selain itu, saya juga
memberi cadangan pengurusan sisa domestik secara terancang di Taman
Puncak Lagenda, Johor Bahru Johor. Saya telah memilih Taman Puncak
Lagenda, Johor Bahru Johor oleh kerana ia merupakan kawasan
perumahan saya.

OBJEKTIF KAJIAN

A) Menghuraikan konsep sisa domestik

B) Menjelaskan jenis – jenis sisa domestik

C) Mengkaji dan menghuraikan kesan pembunangan sisa domestik di
Taman Puncak Lagenda.

D) Mencadangkan cara menguruskan sisa domestik secara kemas
dan terancang

KAWASAN KAJIAN

Kawasan Kajian saya ialah Taman Puncak Lagenda, Johor Bahru Johor.
Saya memilih kawasan kajian ini kerana jaraknya yang dekat, iaitu hanya
12.2 km dari sekolah saya. Taman Puncak Lagenda ini terletak di daerah
Johor Bahru dan berkeluasa 384 ekar. Jarak antara Taman Puncak
Lagenda ke Johor Bahru ialah 8 km, iaitu kira – kira 20 minit jika
memandu kereta. Bilangan penduduk di taman ini adalah sebanyak 432
orang penduduk. Jenis – jenis sisa domestik yang dibuang oleh penduduk
Taman Puncak Lagenda ialah sisa pepejal seperti sisa makanan, plastic,

kertas, perabot dan juga polisterina manakala sisa cecair ialah minyak
dan sisa kumbahan.

PETA LAKAR KAWASAN
PERUMAHAN

KAEDAH PEMERHATIAN

A] Kaedah Pemerhatian
Saya telah mengkaji seluruh kawasan perumahan Taman Puncak
Lagenda dan mendapati bahawa kebanyakkan daripada rumah – rumah
di kawasan ini mempraktikkan pengurusan sisa domestik yang baik dan
terancang. Saya juga telah mengambil beberapa gambar tentang
pengurusan Taman Puncak Lagenda dan meletakkannya di lampiran
kajian ini.

B] Kaedah temu bual

Saya telah menemu bual penduduk di kawasan kajian untuk mendapat
maklumat tentang kesan pembuangan sisa domestik. Saya telah
menemu bual Encik Hazmi, seorang ahli jawatan kuasa pada 12/12/2021
untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang pengurusan sisa
domestik di Taman Puncak Lagenda. Temu bualnya begini:

Haresh (Saya) : Selamat sejahtera, Encik Nokaraju.

E. Hazmi : Selamat sejahtera, Haresh.

Haresh (Saya) : Hari ini saya ingin menemu bual encik tentang
pengurusan sisa domestik di taman ini.

E. Hazmi : Baik, Haresh.

Haresh (Saya) : Pertama sekali Encik, saya ingin tahu sama ada
amalan 3R dipraktikkan di taman ini?

E. Hazmi : Ye, memang amalan 3R diamalkan sejak 2 tahun lagi.

Haresh (Saya) : Wow, bagusnya encik, soalan kedua ialah apakah
yang akan encik katakan apabila datangnya pengurusan sisa pepejal
dan cecair?

E. Hazmi : Pengurusan sisa pepejal dan cecair, pada realitinya

memang tidak boleh dinafikan pengurusan di taman ini memang tidak

sempurna tetapi kami sebagai AJK taman kerap memujuk dan

memberikan semangat kepada penduduk untuk lebih mementingkan

pengurusan dan pengendalian yang efektif dan terancang.

Haresh (Saya) : Ohh, semoga berjaya encik, itu sahaja untuk kali ini
terima kasih atas kerjasama encik.

E. Hazmi : Baik Haresh, jumpa lagi.

C] Rujukan Internet dan rujukan buku Geografi

Saya telah melayari internet dan mendapat maklumat daripada, buku
Longman Siri Teks Referens GEOGRAFI daripada SABARUDDIN ABDUL
RAHMAN dan Great Mindset GEOGRAFI daripada ALAF SANJUNG SDN.
BHD..

D] Kaedah Soal Selidik

Saya menjalankan soal selidik terhadap 20 orang responden di Taman
Puncak Lagenda bagi mengenal pasti peratusan penduduk yang
melakukan pengasingan sisa domestik, jenis sisa domestik, kesan
embuangan sisa domestik serta cadangan pengurusan sisa domestik
secara terancang di sekitar kawasan perumahan.

HASIL KAJIAN

A} Konsep Sisa Domestik
Sisa domestik ialah bahan buangan yang dihasilkan adalah dari pelbagai
punca. Antaranya, sisa domestik dan sisa pepejal dan sisa cecair. Contoh
sisa pepejal ialah sisa makanan, kertas, lastic, sisa tanaman, perabot dan
barangan elektronik, manakala contoh sisa pepejal dan sisa cecair pula
ialah kumbahan dan minyak masak.

B} Jadual

Pengasingan Sisa Domestik

Melakukan Pengasingan Sisa Bilangan[Orang] Peratusan(%)
Domestik 8 40
Ya 12 60
Tidak
20 100
Jumlah

C}

Peratusan(%) yang Melakukan Pengasingan Sisa
Domestik

70
60

60

50
40

40

30

20

10

0 Tidak
Ya

Tafsiran Graf

Graf ini menunjukkan hasil kaji selidik yang dilahirkan terhadap 20 orang
penduduk di Taman Puncak Lagenda, Johor Bahru, Johor sama ada
mereka melahirkan pengasingan sisa domestik atau tidak. Sebanyak 60
peratus daripada kalangan responden mengatakan mereka tidak
mengasingkan sisa domestik dari rumah mereka, manakala 40 peratus
lagi melakukan pengasingan sisa domestik.

RUMUSAN

i. Pencemaran Bau

Melalui data soal selidik, didapati sebanyak hanya 2 orang responden
menghadapi masalah bau busuk di persekitaran Taman Puncak Lagend.
Berdasarakan maklumat yang dikumpul konklusi yang boleh dibuat, ialah
bau busuk dari taman ini adalah hanya daripada taman permainan yang
kurang digunakan dan dibersihkan hanya sebulan sekali.

ii. Punca Penyakit

Melalui data soal selidik, 12 orang responden menyatakan bahawa
pembuangan sisa domestik boleh menyebabkan penyakit kepada
penduduk di Taman Puncak Lagenda. Sisa makanan dan air yang
bertakung di rumah -rumahan adalah antara punca penyakit daripada
sisa domestik. Antara penyakit daripada haiwan perosak yang telah
dihadapi oleh responden ialah kencing tikus, keracunan makanan dan
kebanyakkannya adalah AEDES. Sebagai contoh, responden bernama
Terumi Mei yang berusia 12 tahun telah memasuki hospital sebanyak 3
kali oleh kerana penyakit keracunan makanan yang keterlaluan.

iii. Saliran Tersumbat Commented [RN1]:

Melalui data soal selidik, didapati 6 orang responden menyatakan
bahawa longkang dan parit tersumbat oleh kerana pengendalian sisa
pepejal yang dipandang enteng. Ini telah menyebabkan banjir kilat
sebanyak beberapa kali apabila musim hujan.

E} Cadangan pengurusan sisa domestik secara terancang

i. Amalan 3R

Melalui data soal selidik, 13 orang responden mencadangkan agar
penduduk Taman Puncak Lagenda mengamalkan 3R. Daripada soalan
yang dilampirkan kepada mereka, amalan ini sangat efektif oleh kerana
amalan ini dapat mengurangkan jumlah sampah yang dibuang serta
dapat menjimatkan wang serta tidak memerlukan terlalu banyak tenaga.
Sebagai contoh, penduduk Taman Puncak Lagenda kerap mengitar
semula dan juga memberi hasil kutipan kepada kilang supaya bukan
sahaja dapat mengekalkan taman bersih tetapi juga dapat kutipan wang
yang kecil.

ii. Pendidikan

Melalui data soal selidik, 3 orang responden mencadangkan agar
program Pendidikan tentang penjagaan alam sekitar diterapkan kepada
semua penduduk. Program ini, dikatakan dapat memastikkan penduduk
lebih peka terhadap pengurusan sisa domestik. Sebagai contoh, pada
11/11/2021 sebuah ceramah telah diadakan dan sebanyak kira – kira 386
orang penduduk telah hadirdan mempelajari lebih tentang cara – cara
mengurus sampah di Taman Puncak Lagenda.

iii. Kaedah Gotong – Royong

Melalui data soal selidik, sebanyak 4 orang mencadangkan aktiviti
gotong – royong kerana aktiviti yang diadakan pada bulan – bulan yang
lepas sangat efektif. Aktiviti ini, telah memberi keputusan dan berbezaan
yang sangat ketara. Sebagai contoh, taman permainan yang rumputnya
panjang, alat permainan yang berkarat dan longkang tersumbat telah
dibaiki dengan satu saja gotong – royong.

LAMPIRAN GAMBAR







Borang Respondent

Nama : ___________________ Umur: ___________________
Alamat: ___________________ Jantina: Lelaki

Perempuan

Bangsa: Melayu Cina India Lain – Lain

Adakah anda mempraktikkan pengasingkan sisa domestik?
Ya Tidak

Jika ya, katergorikan sisanya.

Kertas
Plastik
Lain-Lain

Sila tandakan (√) kesan pembuangan sisa domestik di kawasan perumahan anda.

Saliran Tersumbat
Pencemaran Tanah
Pencemaran Air

Sila Tandakan (√) cadangan pengurusan sisa domestik secara terancang di
kawasan perumahan anda.

Menguatkuasakan undang - undang
Amalan 3R
Pendidikan
Melakukan pengkomposan
Kaedah penstoran dan kutipan yang pelbagai


Click to View FlipBook Version