The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norsinah88, 2020-03-31 04:58:37

Tatabahasa Morfologi dan Sintaksis STPM

Latihan

Keywords: Morfologi dan Sintaksis

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

iii. Cerakinkan ayat yang berikut kepada ayat-ayat tunggal.

Soalan 1:

Kendatipun sudah bertahun-tahun lamanya Syarifah menetap di luar
negara, dia bukan sahaja tidak pernah terpengaruh oleh budaya Barat
yang bertentangan dengan kesantunan masyarakat ketimuran justeru dia
senantiasa menyatakan bahawa budi pekerti amat penting baik di
kampung mahupun di bandar.

Jawapan:

Sudah bertahun-tahun lamanya Syarifah menetap di luar negara.
Dia tidak pernah terpengaruh oleh budaya Barat.
Budaya Barat bertentangan dengan kesantunan masyarakat ketimuran.
Dia senantiasa menyatakan sesuatu.
Budi pekerti amat penting di kampung.
Budi pekerti amat penting di bandar.

Soalan 2:

Reza dan Fahmi menjelaskan bahawa untuk mereka menerima hakikat
kematian rakan karib mereka itu amat susah kerana rakan tersebut
masih dalam keadaan sihat pada pagi itu walaupun dia ada mengadu
bahawa kepalanya sakit.

Jawapan:

Reza menjelaskan sesuatu.
Fahmi menjelaskan sesuatu.
Mereka menerima hakikat kematian rakan karib mereka itu.
Perkara itu amat susah.
Rakan tersebut masih dalam keadaan sihat pada pagi itu.
Rakan tersebut ada mengadu sesuatu.
Kepalanya sakit.

Soalan 3:

Betulkan ayat yang berikut:
1. Leela bernyanyi sementara menari dengan rancaknya.
2. Kamu hendak ke Planetarium Negara atau Pusat Sains Negara?
3. Penduduk kampung mempercayai tragedi yang luar biasa itu

disebabkan oleh ilmu sihir.
4. Langkah membudayakan amalan kitar semula sedang gigih

diusahakan oleh pihak kerajaan.
5. Meskipun hujan turun dengan lebatnya namun nelayan itu tetap ke

laut.

89

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

Jawapan:
1. Leela bernyanyi sambil menari dengan rancaknya.
2. Kamu hendak ke Planetarium Negara atau ke Pusat Sains

Negara?
3. Penduduk kampung mempercayai bahawa tragedi yang luar biasa

itu disebabkan oleh ilmu sihir.
4. Langkah untuk membudayakan amalan kitar semula sedang gigih

diusahakan oleh pihak kerajaan.
5. Meskipun hujan turun dengan lebatnya nelayan itu tetap ke laut.

11.4 Cadangan Aktiviti
Tugas berkumpulan: Jelaskan cara menjaga keselamatan diri semasa berada di pelbagai
tempat yang berlainan. Gunakan laras bahasa harian dalam aktiviti ini.

90

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

12.0 AYAT PENYATA, AYAT TANYA, AYAT PERINTAH DAN
AYAT SERUAN

Tema  Perpaduan
Nilai  Kebudayaan, Kesenian dan Estetika

 Hormat-menghormati
 Semangat Bermasyarakat
 Hemah Tinggi

STANDARD KANDUNGAN
5.3 Memahami dan menggunakan ayat yang sesuai dalam pelbagai bidang.

STANDARD PEMBELAJARAN

DSKP KSSM BM Tingkatan 4 DSKP KSSM BM Tingkatan 5

5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan
ayat penyata, ayat tanya, ayat
perintah dan ayat seruan yang betul
mengikut konteks.

12.1 Definisi

Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan.

Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.

Ayat Perintah

Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan.

Ayat Seruan

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk
tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan
sebagainya.

91

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

12.2 Penggunaan Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah Dan Ayat Seruan
i. Penggunaan Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah Dan Ayat Seruan Dalam

Cerpen

Pada petang 13 Mei itu, tunang Mei telah datang untuk menjemputnya seperti biasa di
pintu pejabatnya di Jalan Tun Perak (waktu itu bernama Jalan Mountbatten). Suasana di
dalam bandar sudah mulai tidak menentu. Dia menawarkan diri kepada Jamilah, teman
sepejabatnya untuk menghantarnya pulang. “Awak mahu balik seorang diri sahaja ke
Jamilah? Awak tidak risau kalau apa-apa berlaku nanti? Biarlah kami temankan awak
balik. Saya risau kalau apa-apa berlaku kepada awak.” Pada mulanya Jamilah enggan
menerima pelawaan tersebut. “Janganlah awak risaukan saya, insya-Allah saya akan
selamat. Awak pergilah balik, nanti lambat pula sampai ke rumah. Bukankah Sungai Way
itu agak jauh dari sini?” Mei menceritakan perbualannya semula dengan Jamilah pada
petang keramat itu. Mei menambah lagi, sebaik mereka berhenti di hadapan rumah
Jamilah di Jalan Raja Mahadi, sekumpulan anak muda yang mengikat kepalanya dengan
kain merah dan bermuka bengis, bersenjatakan kayu, parang dan pisau telah membuka
pintu kereta lalu mengheret tunangnya keluar. “Tolong, jangan apa-apakan saya,
Tolonglah jangan ganggu kami.” Lirih suara Mei mengulang dialog yang diujar oleh
tunangnya. Namun anak-anak muda yang sudah kemasukan syaitan itu tidak sedikit pun
menghiraukan rayuan tunangnya. “Ah, diam kau!” Anak-anak muda itu terus memukul
tunangnya. “Aduh, sakitnya!”. Serentak dengan itu dia juga mendengar pekikan Jamilah
yang merangkul tubuhnya dari belakang. “Aduh, pedihnya!” Dia dan Jamilah terjatuh. Dia
mendengar Jamilah merayu, “Tolong, jangan apa-apakan mereka. Mereka kawan saya!
Jangan! Saya sembah!” Peristiwa itu masih segar dalam lipatan ingatan Mei.
“Wajarkah saya untuk marah dan berdendam? Siapakah saya untuk menidakkan takdir.
Saya percaya pada kata-kata Jamilah, takdir Tuhan tidak dapat dielak. Saya telah
kehilangan tunang, tetapi Tuhan telah menggantikan kepada saya seorang ibu, seorang
bapa dan seorang adik angkat yang memberikan kasih sayang yang tidak pernah saya
terima selama ini, kerana saya seorang anak yatim piatu.”

(Dipetik dan diubah suai daripada
cerpen Mellissa, oleh Abdullah Hussain

antalogi Harga Remaja,2013)

92

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

93 Ayat Penyata Ayat Tanya

1. Pada petang 13 Mei itu, tunang Mei telah datang 1. Awak mahu balik seorang diri sahaja ke Jamilah?
untuk menjemputnya seperti biasa di pintu 2. Awak tidak risau kalau apa-apa berlaku nanti?
pejabatnya di Jalan Tun Perak (waktu itu 3. Bukankah Sungai Way itu agak jauh dari sini?
bernama Jalan Mountbatten). 4. Wajarkah saya marah dan berdendam?
5. Siapakah saya untuk menidakkan takdir?
2. Suasana di dalam bandar sudah mulai tidak
menentu. Ayat Seruan

3. Dia menawarkan diri kepada Jamilah, teman 1. Ah, diam kau!
sepejabatnya untuk menghantarnya pulang. 2. Aduh, sakitnya!
3. Aduh, pedihnya!
4. Saya risau kalau apa-apa berlaku kepada awak. 4. Mereka kawan saya!
5. Pada mulanya Jamilah enggan menerima 5. Jangan!
6. Saya sembah!
pelawaan tersebut.
6. Mei menceritakan perbualannya semula dengan Ayat Perintah

Jamilah pada petang keramat itu. 1. Biarlah kami temankan awak balik. (ayat
7. Mei menambah lagi, sebaik mereka berhenti di permintaan)

hadapan rumah Jamilah di Jalan Raja Mahadi, 2. Janganlah awak risaukan saya, insya-Allah saya
sekumpulan anak muda yang mengikat kepalanya akan selamat. (ayat larangan)
dengan kain merah dan bermuka bengis,
bersenjatakan kayu, parang dan pisau telah 3. Awak pergilah balik nanti lambat pula sampai ke
membuka pintu kereta lalu mengheret tunangnya rumah. (ayat suruhan)
keluar.
8. Lirih suara Mei mengulang dialog yang diujar oleh 4. Tolong, jangan apa-apakan mereka. (ayat
tunangnya. permintaan)
9. Namun anak-anak muda yang sudah kemasukan
syaitan itu tidak sedikit pun menghiraukan rayuan 5. Tolonglah jangan ganggu kami. (ayat permintaan)
tunangnya. 6. Tolong, jangan apa-apakan mereka. (ayat
10. Anak-anak muda itu terus memukul tunangnya.
11. Serentak dengan itu, dia juga mendengar pekikan larangan)
Jamilah yang merangkul tubuhnya dari belakang.
12. Dia dan Jamilah terjatuh. Nota :
13. Dia mendengar Jamilah merayu.  Ayat perintah terdiri daripada empat jenis iaitu
14. Peristiwa itu masih segar dalam lipatan ingatan
Mei. ayat permintaan, ayat larangan, ayat suruhan
15. Saya percaya pada kata-kata Jamilah, takdir dan ayat silaan.
Tuhan tidak dapat dielak. Saya kehilangan tunang,  Dalam petikan ini, terdapat tiga jenis ayat
tetapi Tuhan telah menggantikan kepada saya perintah sahaja.
seorang ibu, seorang bapa dan seorang adik
angkat yang memberikan kasih sayang yang tidak
pernah saya terima selama ini, kerana saya
seorang anak yatim piatu.

93

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

ii. Contoh penggunaan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan dalam
teater

Teater Bangsawan Cinta Puteri Mekar Mewangi
Layu Tak Berseri

https://www.youtube.com/watch?v=1M19MidlbN8&feature=youtu.be

Dipetik dan diubah suai daripada Teater Bangsawan
Cinta Puteri Mekar Mewangi Layu Tak Berseri

karya Sakrani Samsudin Panggung Bandaraya,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2012
https://www.youtube.com/watch?v=s3UeyYl3uvw

Ayat Penyata

1. Beta tidak apa-apa, hanya memikirkan masalah negara.
2. Dalam pemerhatian patik negeri kita makmur rakyat aman damai.
3. Baguslah kalau begitu Datuk Seri Amerta, hanya beta sahaja yang sering berfikir.
4. Tapi Datuk kebelakangan ini hati beta rasa resah dan gelisah, fikiran beta sering bercelaru

seumpamanya ada sesuatu yang tidak baik yang akan berlaku pada beta, bahkan seluruh Melaka
Datuk.
5. Rasanya sungguh besar anugerah yang telah tuanku berikan kepada kedua-dua waris sebagai
penebus kesilapan yang telah lalu.
6. Entahlah, beta sendiri semakin bingung memikirkan hal ehwal kehidupan beta.
7. Tidak beta menyangka perhubungan ini akan saling berkait menimbulkan rasa yang tidak selesa, serba
salah beta dibuatnya.
8. Dalam perkiraan patik segala limpah dan kurnia yang tuanku telah berikan kepada kedua waris Seri
Wak Diraja nampaknya diterima dengan baik.
9. Tuanku lihat sendiri Paduka Raja Tun Perak begitu memperhambakan diri kepada tuanku dan Melaka
bahkan Tun Kudu sebagai Permaisuri Melaka amat dikagumi dan disayangi oleh seluruh penduduk
Melaka.
10. Datuk Seri Amerta, hal keduanya itu beta sudah maklum.
11. Tapi, hal kekeluargaan inilah yang amat sukar untuk beta jelaskan.
12. Entahlah Datuk, ditelan mati anak diluah mati bapak.
13. Tuanku, begini Tuanku, sekilas ikan di air patik tahu jantan betinanya, keresahan dan kegelisahan
tuanku sudah dapat patik membacanya.
14. Keduanya ibarat tangan kanan dan tangan kiri beta.
15. Pertelingkahan kedua-dua saudara beta memundurkan kemakmuran Melaka.
16. Umpama menarik rambut dalam tepung, ditarik perlahan-lahan agar tepung tidak berselerak kerana
untuk mengelakkan daripada segala kekeliruan kedua-dua pembesar mempunyai pengikut masing-
masing.
17. Jika Seri Amerta punya jalan dan penyelesaian beta menurut saja.
18. Ampun Tuanku, akan patik usahakan.

94

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

Ayat Perintah

1. Ampun tuanku, patik masuk mengadap. (ayat permintaan)
2. Datuk Seri Amerta, silakan. (ayat silaan)
3. Ampun tuanku, sembah patik harap diampun. (ayat permintaan)
4. Ampun tuanku. (ayat permintaan)
5. Usahlah tuanku terlalu memikirkan hal kejadian Seri Wak Diraja membunuh diri. (ayat larangan)
6. Ingin patik mendatangkan sembah, takut tuanku murka kepada patik. (ayat permintaan)
7. Silakan Datuk Seri Amerta, beta sudi mendengarkannya. (ayat silaan)
8. Biarlah patik cuba menasihati kedua-duanya. (ayat permintaan)
9. Pertelingkahan kedua-dua saudara beta, perlu dielakkan. (ayat permintaan)

Nota :

 Ayat perintah terdiri daripada empat jenis iaitu ayat permintaan, ayat larangan, ayat suruhan dan ayat
silaan.

 Dalam dialog ini, terdapat tiga jenis ayat perintah sahaja.

Ayat Tanya

1. Ke mana gerangannya adindaku Tun Kudu?
2. Apakah ada sesuatu yang mengganggu fikiran Tuanku?
3. Datuk Seri Amerta, bagaimanakah keadaan negeri beta?
4. Bukankah anaknya Tun Kudu telah menjadi permaisuri tuanku, bahkan adiknya Tun Perak pula

telah tuanku berikan pangkat dan darjat?
5. Adakah pertelingkahan Datuk Kerma Diraja dengan Paduka Raja Tun Perak jadi puncanya?

Ayat Seruan

1. Tun Kudu!
2. Adinda!
3. Adindaku Tun Kudu!
4. Tuanku!
5. Datuk Seri Amerta!
6. Benar, benar Datuk Seri Amerta!
7. Ah, tapi ingat!

iii. Contoh Kesalahan Umum Penggunaan Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah dan
Ayat Seruan

Salah Betul Penjelasan

“ Ayah sudah balik?” tanya “ Ayah sudah balik?” tanya ibu Binaan ayat tanya tidak
ibu kepada abang. kepada abang. semestinya menggunakan
(ayat penyata) (ayat tanya tanpa kata tanya) kata tanya. Ayat tanya tanpa
kata tanya lazimnya
digunakan dengan nada
suara meninggi.

Amboi! cantiknya baju Amboi, cantiknya baju awak! Penggunaan tanda seru perlu
awak. (ayat seruan) diletakkan di hujung ayat.
(ayat seruan)

95

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

Salah Betul Penjelasan

Ampun tuanku, sembah Ampun tuanku, sembah patik Ayat perintah terdiri daripada
patik harap diampun. harap diampun. empat jenis ayat:
(ayat perintah-jenis ayat (ayat perintah-jenis ayat a. Ayat permintaan
silaan). permintaan). b. Ayat suruhan
c. Ayat larangan
Ampun tuanku, patik masuk Ampun tuanku, patik masuk d. Ayat silaan
mengadap. mengadap. Ayat penyata merupakan ayat
(ayat penyata) (ayat perintah-jenis ayat untuk menyatakan sesuatu
permintaan) atau memberikan keterangan,
manakala ayat permintaan
ialah ayat yang menggunakan
kata permintaan dengan
tujuan memohon permintaan
dan pertolongan.

12.3 Latihan Pengukuhan

Kenal pasti pelbagai jenis ayat berdasarkan petikan cerpen di bawah.

“Hai, budak tempang! Jangan tunjuk lagak di sini. Jangan kau ingat, kau bijak dan

pandai dalam semua mata pelajaran, orang akan suka kepada kau. Menyampah aku
tengok muka kau, tahu tak?” jerkah Kamil.

“Apa ni, Kamil? Kau jangan nak buat hal dengan aku. Kau nampak penumbuk
aku!” jerkah Raja sambil mengacu penumbuk ke muka Kamil.

“Kalau kau berani kita lawan saja,” cabar Kamil.
“Aku tak takutlah. Kau ingat kau tu kuat sangat!” Raja menyahut cabaran itu.
“Eh, apa bising-bising ni?” tegur Cikgu Ridzuan, guru disiplin sekolah.

Apabila melihat Cikgu Ridzuan yang sedang berjalan menghampiri mereka, Kamil
dan kumpulannya pun berundur dari situ.

“Kenapa, Raja?” tanya Cikgu Ridzuan.
“Tak ada apa-apa, cikgu,” jawab Raja ringkas.
“Kenapa, Hafizi? Mereka mengganggu awak lagi?” tanya Cikgu Ridzuan
sambil memandang ke arah Hafizi.
“Tidak, cikgu!” jawab Hafizi sambil bangun.
“Kalau begitu pergi masuk ke kelas,” arah Cikgu Ridzuan lalu meninggalkan
mereka berdua.
“Memang tak serik si Kamil ni, hari tu dia kena denda oleh Cikgu Ridzuan, hari ni

nak cari gaduh lagi. Kali ni aku akan ajar dia habis-habisan. Biar dia tahu siapa
Raja,” sungut Raja sambil menarik tangan Hafizi supaya bangun.

“Sudahlah tu, usah dilayan perangai Si Kamil tu. Kau bukannya tak tahu
perangainya. Suka buat kecoh!” kata Hafizi perlahan.

Semasa Hafizi dan Raja berjalan ke kelas, Kamil sudah pun menunggu

mereka berdua di muka pintu. Sebaik sahaja Hafizi masuk, Kamil terus menolak

Hafizi sehingga terjatuh.

Dipetik daripada Tempang, antalogi Kasut Kelopak Jantung,

Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka.

96

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

Jawapan

Ayat Jenis ayat

Hai, budak tempang! Ayat seruan
Jangan tunjuk lagak di sini. Jangan kau ingat, kau bijak Ayat perintah – jenis ayat
dan pandai dalam semua mata pelajaran, orang akan larangan
suka kepada kau.
Ayat tanya
Menyampah aku tengok muka kau, tahu tak? Ayat tanya
Apa ni, Kamil? Ayat perintah – jenis ayat
Kau jangan nak buat hal dengan aku. larangan
Ayat seruan
Kau nampak penumbuk aku! Ayat penyata
Jerkah Raja sambil mengacu penumbuk ke muka Kamil.

Kalau kau berani kita lawan saja. Ayat penyata
Aku tak takutlah. Ayat penyata
Kau ingat kau tu kuat sangat! Ayat seruan
Raja menyahut cabaran itu. Ayat penyata
Eh, apa bising-bising ni? Ayat tanya
Apabila melihat Cikgu Ridzuan yang sedang berjalan Ayat penyata
menghampiri mereka, Kamil dan kumpulannya pun
berundur dari situ. Ayat tanya
Ayat penyata
Kenapa, Raja? Ayat tanya
Tak ada apa-apa, cikgu, jawab Raja ringkas. Ayat penyata
Kenapa, Hafizi? Mereka mengganggu awak lagi?”
Tanya Cikgu Ridzuan sambil memandang ke arah Hafizi.

Tidak, cikgu!, jawab Hafizi sambil bangun. Ayat seruan
“Kalau begitu pergi masuk ke kelas.” Ayat perintah – jenis ayat
suruhan
Arah Cikgu Ridzuan lalu meninggalkan mereka berdua.
Ayat penyata

Memang tak serik si Kamil ni, hari tu dia kena denda oleh Ayat penyata
Cikgu Ridzuan, hari ni nak cari gaduh lagi.
Kali ni aku akan ajar dia habis-habisan. Ayat penyata
Biar dia tahu siapa Raja, sungut Raja sambil menarik Ayat penyata
tangan Hafizi supaya bangun.
Sudahlah tu, usah dilayan perangai Si Kamil tu. Ayat perintah – jenis ayat
suruhan
Kau bukannya tak tahu perangainya. Suka buat kecoh! Ayat seruan

Kata Hafizi perlahan. Ayat penyata
Semasa Hafizi dan Raja berjalan ke kelas, Kamil sudah Ayat penyata
pun menunggu mereka berdua di muka pintu.
Ayat penyata
Sebaik sahaja Hafizi masuk, Kamil terus menolak Hafizi
sehingga terjatuh.

97

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

12.4 Cadangan Aktiviti
Bina dialog drama menggunakan pelbagai jenis ayat. Gunakan laras sastera atau kreatif
dalam aktiviti ini.

98

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

13.0 RAGAM AYAT

Tema  Sukan dan Rekreasi
Nilai
 Patriotisme
 Keberanian
 Kerjasama

STANDARD KANDUNGAN

5.3 Memahami dan menggunakan ayat yang sesuai dalam pelbagai bidang.

STANDARD PEMBELAJARAN

DSKP KSSM BM Tingkatan 4 DSKP KSSM BM Tingkatan 5

5.3.4 Memahami dan menggunakan
ragam ayat yang betul mengikut
konteks.

13.1 Definisi

Ragam ayat

Secara ringkas, ragam ayat dalam bahasa Melayu merujuk binaan ayat aktif dan ayat pasif.
Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul manakala
ayat pasif pula mengutamakan objek tepat sebagai judul.

13.2 Penggunaan Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Pandelela Mencari Terjunan Baharu

Oleh Sukhairi Thani
[email protected]

SEPANG: Penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg mahu mempelajari terjunan
baharu. Menurut beliau, perkara ini perlu sebagai persediaan untuk menghadapi Sukan
Olimpik Tokyo 2020. Banyak pesaing muda dikenal pasti olehnya semasa Kejohanan
Dunia FINA ke-18 di Gwangju, Korea Selatan baru-baru ini.

Pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama dibawa oleh Pandelela dan
gandingannya, Leong Mun Yee bersama-sama pasukan terjun negara apabila mereka
tiba di tanah air. Kejayaan pasukan terjun negara ini sekali gus telah menempah slot ke
temasya terbesar dunia itu pada tahun depan.

99

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

"Saya akan tetap berlatih seperti biasa," kata Pandelela. “Teknik terjunan
baharu akan saya pelajari bagi memberikan saingan lebih sengit kepada negara lain.
Teknik terjunan baharu ini akan memberikan peluang lebih besar untuk mengutip
mata.” Tambah beliau lagi, “Pada masa ini, semua penerjun muda menggunakan darjah
kesukaran yang tinggi.”

Di Gwangju, gandingan berkenaan mengumpul 312.72 mata untuk
menamatkan saingan di tempat kedua di belakang pasangan China. Pingat emas pula
diraih oleh Lu Wei-Zhang Jiaqi selepas mengutip 345.24 mata. Pingat gangsa diraih
pasangan Amerika Syarikat, Samantha Bromberg-Katrina Young dengan 304.86
mata.

"Sekarang ini China menukarkan gandingan lama kepada pasangan baharu
yang lebih kecil, muda dan bertenaga. Jadi, skuad Malaysia kena berusaha lebih gigih
dan perlu berlatih di luar negara untuk mempertingkatkan kemampuan kami. Bukan
sahaja China, malah Mexico, Great Britain dan banyak negara lain lagi yang turut
membuat perubahan," katanya apabila mengulas persaingan di Korea Selatan
itu. Sementara itu, Mun Yee juga senada dengan Pandelela mahu berusaha lebih gigih
untuk memperoleh peluang beraksi di temasya Olimpik kelima dalam kariernya di
Tokyo.

Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian Online oleh Sukhairi Thani
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2019/07/587631/pandelela-cari-terjunan-

baharu

i. Contoh Ayat Aktif dan Ayat Pasif Ayat Pasif

Ayat Aktif Banyak pesaing muda dikenal pasti
Penerjun negara, Pandelela Rinong olehnya semasa Kejohanan Dunia
Pamg mahu mempelajari terjunan FINA ke-18 di Gwangju, Korea
baharu. Selatan baru-baru.
Pingat perak dalam acara 10 meter
*Perkara ini perlu sebagai platform seirama dibawa oleh
persediaan untuk menghadapi Sukan Pandelela dan gandingannya, Leong
Olimpik Tokyo 2020. Mun Yee bersama-sama pasukan
terjun negara apabila mereka tiba di
Melalui teknik terjunan baharu ini tanah air.
akan memberikan peluang lebih
besar untuk mengutip mata. Teknik terjunan baharu akan saya
pelajari bagi memberikan saingan
Semua penerjun muda lebih sengit kepada negara lain.
menggunakan darjah kesukaran
yang tinggi. Pingat emas pula diraih oleh Lu Wei-
Zhang Jiaqi selepas mengutip 345.24
Gandingan berkenaan mengumpul mata.
312.72 mata untuk menamatkan
saingan di tempat kedua di belakang Pingat gangsa diraih pasangan
pasangan China. Amerika Syarikat, Samantha
Bromberg-Katrina Young dengan
304.86 mata.

100

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

ii. Contoh penggunaan ayat aktif dan ayat pasif dalam petikan berita.

Sasar RM1.8 Bilion Hasil Pelancongan Kesihatan
Oleh Suzalina Halid

[email protected]

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menyasarkan perolehan sebanyak RM1.8
bilion daripada sektor pelancongan kesihatan sepanjang tahun ini dengan jangkaan
pulangan ekonomi keseluruhan membabitkan RM6 bilion. Menteri Kesihatan, Datuk Seri
Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya optimis jumlah pendapatan daripada sektor
pelancongan kesihatan dapat meningkat sebanyak 25 peratus kerana RM1.5 bilion telah
berjaya dicapai oleh sektor pelancongan daripada 1.2 juta pesakit yang datang ke negara
ini untuk menerima rawatan perubatan sambil melancong.

Sektor pelancongan kesihatan antara yang paling pesat berkembang. Hal ini
dikatakan demikian kerana, jumlah pelancong kesihatan meningkat iaitu 643,000 orang
pada tahun 2011 kepada 1.2 juta orang pada tahun 2018. Secara tidak langsung, sektor
pelancongan kesihatan telah menyumbang sebanyak RM3 bilion hingga RM4 bilion
melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu. Menteri Kesihatan berkata,
“pulangan pendapatan hasil daripada sektor pelancongan kesihatan ini sebanyak RM1.8
bilion kita sasarkan sepanjang tahun”. Melalui jumlah pulangan ini, sektor pelancongan
kesihatan dijangkakan oleh beliau mampu memberikan pulangan ekonomi sebanyak
RM6 bilion kepada negara. Hal ini disebabkan, kebanyakan pelancong akan
menggunakan pelbagai perkhidmatan yang ada di sini. Selain itu, mereka juga sudah
pasti akan turut berbelanja melalui penginapan, aktiviti pelancongan, aktiviti beli belah
sepanjang mereka berada di sini.

Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan Pelancongan Kesihatan dan
Penjagaan Kesihatan Asia Pasifik 2019 yang berlangsung selama dua hari bermula hari
ini. Dalam ucapannya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, “beberapa buah negara
telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan antaranya
Indonesia, China, India, Singapura dan United Kingdom. Sebanyak 60 peratus telah
disumbangkan oleh negara Indonesia daripada jumlah keseluruhan pelancong dari
negara-negara lain. Malaysia menerima permintaan tinggi daripada pelancong kesihatan
untuk rawatan kesuburan dan kardiologi khususnya dari Indonesia, China, India, Vietnam
dan Myanmar.”

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menambah, “pelbagai inisiatif akan dijalankan
oleh Kementerian Kesihatan melalui Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020.
Kementerian Kesihatan akan meningkatkan teknologi kaedah rawatan dalam usaha
menarik lebih ramai kedatangan pelancong kesihatan ke negara ini. Teknologi rawatan
di hospital milik kerajaan juga akan sentiasa ditingkatkan oleh pihaknya bagi
memastikan rawatan yang diterima setanding dengan rawatan yang disediakan di
hospital swasta di negara ini.

Selain itu, amalan baik juga perlu diamalkan oleh mereka supaya pelancong
berasa selesa semasa mendapatkan perkhidmatan kesihatan di sini. Bagi tujuan tersebut,
pihaknya turut menubuhkan Majlis Penasihat Kesihatan yang menampilkan tujuh orang
pakar dan tokoh perubatan negara untuk mengurangkan jurang antara hospital kerajaan
dan hospital swasta.”

Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian Online oleh Suzalina Halid

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/557114/sasar-rm18-bilion-hasil-
pelancongan-kesihatan

101

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

Ayat Aktif Ayat Pasif
Kementerian Kesihatan menyasarkan Pulangan pendapatan hasil daripada
perolehan sebanyak RM1.8 bilion sektor pelancongan kesihatan ini
daripada sektor pelancongan kesihatan sebanyak RM1.8 bilion kita sasarkan
sepanjang tahun ini dengan jangkaan sepanjang tahun ini.
pulangan ekonomi keseluruhan
membabitkan RM6 bilion. Sektor pelancongan kesihatan
dijangkakan oleh beliau mampu
Sektor pelancongan kesihatan telah memberikan pulangan ekonomi
menyumbang sebanyak RM3 bilion sebanyak RM6 bilion kepada negara.
hingga RM4 bilion melalui Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun Sebanyak 60 peratus telah
lalu. disumbangkan oleh negara Indonesia
Kebanyakan pelancong akan daripada jumlah keseluruhan
menggunakan pelbagai perkhidmatan pelancong dari negara-negara lain.
yang ada di sini. Pelbagai inisiatif akan dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan melalui Tahun
Beliau merasmikan Persidangan Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020.
Pelancongan Kesihatan dan Penjagaan
Kesihatan Asia Pasifik 2019 yang Teknologi rawatan di hospital milik
berlangsung selama dua hari bermula kerajaan juga akan sentiasa
hari ini. ditingkatkan oleh pihaknya bagi
memastikan rawatan yang diterima
Beberapa buah negara telah setanding dengan rawatan yang
menjadikan Malaysia sebagai destinasi disediakan di hospital swasta di negara
pelancongan kesihatan. ini.

Malaysia menerima permintaan tinggi Selain itu, amalan baik juga perlu
daripada pelancong kesihatan untuk diamalkan oleh mereka supaya
rawatan kesuburan dan kardiologi. pelancong berasa selesa semasa
mendapatkan perkhimatan kesihatan di
sini.

102

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

iii. Contoh kesalahan

Salah Betul Penjelasan

Teknik terjunan baharu akan Teknik terjunan baharu akan Kata ganti diri pertama dan
dipelajari oleh saya bagi saya pelajari bagi memberi kedua tidak boleh menerima
memberi saingan lebih saingan lebih sengit kepada kata kerja dengan imbuhan
sengit kepada negara lain. negara lain. pasif di-.

Banyak pesaing muda dia Banyak pesaing muda Ayat pasif dengan kata kerja
kenal pasti semasa dikenal pasti olehnya di- digunakan dengan frasa
Kejohanan Dunia FINA ke- semasa Kejohanan Dunia nama objek orang ketiga.
18 di Gwangju, Korea FINA ke-18 di Gwangju,
Selatan baru-baru ini. Korea Selatan baru-baru ini.

Slot ke temasya terbesar Slot ke temasya terbesar Kesalahan menggunakan
dunia itu telah gandingan ini dunia itu ditempah oleh rumus ayat pasif kata ganti
tempah pada tahun depan. gandingan ini pada tahun nama diri pertama dan
depan. kedua dalam ayat pasif kata
Teknik terjunan baharu saya ganti nama diri ketiga.
akan pelajari bagi Teknik terjunan baharu akan Hukum aneksi persona
memberikan saingan lebih saya pelajari bagi menetapkan bahawa tidak
sengit kepada negara lain. memberikan saingan lebih ada unsur lain yang boleh
sengit kepada negara lain. hadir di antara kata ganti
nama diri pertama atau
kedua dengan kata kerja
pasif.

13.3 Latihan Pengukuhan

i. Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

a. Ilmu pengetahuan, budi pekerti, dan kemahiran sosial sangat diperlukan oleh murid-
murid untuk merealisasikan Pendidikan Abad Ke-21.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

b. Jiran satu taman perumahan telah saya pelawa ke majlis rumah terbuka pada
minggu depan.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

c. Rukun Negara mesti kita patuhi demi menjamin keamanan dan keharmonian negara.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

d. Perniagaan pembaikan telefon dijalankan oleh Encik Azman di pekan.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

103

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

Jawapan

a. Murid-murid sangat memerlukan ilmu pengetahuan, budi pekerti, dan kemahiran
sosial untuk merealisasikan Pendidikan Abad Ke-21.

b. Saya telah mempelawa jiran satu taman perumahan ke majlis rumah terbuka pada
minggu depan.

c. Kita mesti mematuhi Rukun Negara demi menjamin keamanan dan keharmonian
negara.

d. Encik Azman menjalankan perniagaan pembaikan telefon di pekan.

ii. Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.

a. Harimau bintang itu menangkap seekor rusa yang sangat besar.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

b. Lebuh Raya Pantai Timur menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

c. Tiger Woods dari Amerika Syarikat memenangi kejuaraan golf pada pagi lalu.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

d. Doktor pelatih di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

e. Kita mesti mematuhi undang-undang jalan raya agar kes kemalangan dapat
dikurangkan.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Jawapan.

a. Seekor rusa yang sangat besar ditangkap oleh harimau bintang itu.

b. Negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dihubungkan oleh Lebuh Raya
Pantai Timur.

c. Kejuaraan golf dimenangi oleh Tiger Woods dari Amerika Syarikat pada pagi lalu.

d. Sarung tangan plastik digunakan oleh doktor pelatih di hospital itu ketika bertugas.

e. Undang-undang jalan raya mesti kita patuhi agar kes kemalangan dapat dikurangkan.

104

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

13.4 Cadangan Aktiviti
i. Tulis perenggan karangan bertemakan perpaduan. Karangan tersebut mesti

mengandungi pelbagai ragam ayat. Gunakan laras bahasa rencana semasa menjalankan
aktiviti ini.
ii. Tulis dialog bertemakan pelancongan. Dialog tersebut perlu mengandungi pelbagai ragam
ayat. Gunakan laras sastera atau kreatif semasa menjalankan aktiviti ini.

105

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

PENGHARGAAN

Fazlinah binti Said Bahagian Pembangunan Kurikulum
Dr. Mazlan bin Ismail Bahagian Pembangunan Kurikulum
Isnazhana binti Ismail Bahagian Pembangunan Kurikulum
Dr. Norhana binti Bakhary Pejabat Pendidikan Daerah Seremban
Alex Leong Jun Wei Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama
Mohd Rosle bin Said Pejabat Pendidikan Daerah Sepang
Hamir bin Habeed Mohd Abdul Settar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
Rohaida binti Mazlan SMK Sungai Ramal, Kajang
Juwariah binti Ibrahim SMK Seksyen 9, Shah Alam
Aneda binti Jamean SMK Sijangkang Jaya, Kuala Langat
Noraihan binti Abdul Wahab SMK Presint 16 (1), Putrajaya
Hjh. Sharifah binti Abd. Rahman SMK Agama Kuala Selangor
Roslah binti Mohd Rani SMK Agama Putrajaya, Putrajaya

106



Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

108


Click to View FlipBook Version