The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BML3083 SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
Kumpulan Kuliah: D
Pensyarah: Dr. Husna Faredza binti Mohamed Redzwan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hafizan Hafiz, 2023-06-11 06:33:52

ANALISIS MAKNA IMPLISIT DALAM PANTUN BURUNG

BML3083 SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
Kumpulan Kuliah: D
Pensyarah: Dr. Husna Faredza binti Mohamed Redzwan

NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK SITI ZULAIKHA BINTI HASLAN D20201093398 NAZHATUL AFIFA BINTI MOHAMAD FADZIL D20201093403 MUHAMMAD HAFIZAN BIN ISHAK D20201093390 NURUL HUDA BINTI MUHAMMAD ALI OTHMAN D20201093400 NUR SYAIMA BINTI JAMELUDIN D20201093397 BML3083 SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU SEMESTER 2 2022/2023 ANALISIS MAKNA IMPLISIT DALAM PANTUN BURUNG MENGGUNAKAN TEORI RELEVANS KUMPULAN D NAMA PENSYARAH: DR HUSNA FAREDZA BINTI MOHAMED REDZWAN


B M L 3 0 8 3 S E M A N T I K D A N P R A G M A T I K B A H A S A M E L A Y U ANALISIS MAKNA IMPLISIT DALAM PANTUN BURUNG MENGGUNAKAN TEORI RELEVANS HAFIZAN ISHAK SYAIMA JAMELUDIN ZULAIKHA HASLAN NURUL HUDA MUHAMMAD ALI OTHMAN NAZHATUL AFIFA MOHAMAD FADZIL HAFIZAN ISHAK SYAIMA JAMELUDIN ZULAIKHA HASLAN NURUL HUDA MUHAMMAD ALI OTHMAN NAZHATUL AFIFA MOHAMAD FADZIL


PPEENNAAFFIIAANN DDAANN HHAAKKCCIIPPTTAA ©Ebook ini ialah Hak Cipta Terpelihara dan merupakan karya asli pelajar iaitu Hafizan Ishak, Syaima Jameludin, Zulaikha Haslan, Nurul Huda Muhammad Ali Othman dan Nazhatul Afifa Mohd Fadzil. Hak Cipta tidak membenarkan mengeluar ulang atau mengedar mana-mana bahagian daripada penerbitan ini untuk diterbitkan semula dalam apaapa jua bentuk dan apa-apa cara sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman, mekanik dan lainnya sebelum mendapat keizinan bertulis daripada penulis. Penulis juga tidak menjamin bahawa kandungannya sesuai untuk semua pembaca tetapi semua kandungan ini adalah melalui pengalaman, kefahaman dan kepakaran penulis sendiri.


PPRRAAKKAATTAA Segala puji bagi Allah SWT atas kurniaanNya, selawat salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat baginda. Kami bersyukur kerana diberi peluang menghasilkan buku ini. Adalah menjadi harapan kami agar buku ini dapat menjadi panduan kepada sesiapa sahaja bagi mendapatkan penjelasan serta penerangan tentang analisis leksikal yang terdapat dalam sesebuah pantun.


PPEENNUULLIISS MUHAMMAD HAFIZAN BIN ISHAK Merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu (2020 sehingga 2024) Merupakan graduan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang pendidikan bagi kursus Bahasa Melayu (2020 sehingga 2024) SITI ZULAIKHA BINTI HASLAN Merupakan graduan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang pendidikan bagi kursus Bahasa Melayu (2020 sehingga 2024) NUR SYAIMA BINTI JAMELUDIN


PPEENNUULLIISS Merupakan graduan dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI (2020-2024) NAZHATUL AFIFA BINTI MOHAMAD FADZIL NURUL HUDA BINTI MUHAMMAD ALI OTHMAN Merupakan graduan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang pendidikan bagi kursus Bahasa Melayu (2020 sehingga 2024)


IISSII KKAANNDDUUNNGGAANN 1 3 2 4 5 PENGENALAN ANALISIS MAKNA IMPLISIT DALAM PANTUN BURUNG MAKNA KAMUS DALAM PANTUN BURUNG RUJUKAN RUMUSAN


1-1- B A B


-2- PENGENALAN Pantun Melayu adalah ungkapan berkias masyarakat dahulu. Pantun juga adalah cerminan pemikiran, akal budi serta falsafah bangsa Melayu yang terangkum dalam nilai estetika budaya Melayu sebagai penutur yang berhemah bagi menyampaikan maksud tertentu (Anida Saruddin & Zarina Tajuddin, (2018). Menurut Rahmah Hj. Bujang (1998), pengolahan karya seni oleh masyarakat Melayu khususnya digali dari sudut akal budi dan warisan intelektual. Karya seni perlu dikaji dari sudut ukuran semiotik, iaitu dinilai dari sudut ukuran bentuk dan persembahan. Pantun juga disifatkan sebagai pola komunikasi yang dapat mencerminkan sikap Melayu (Asmah Hj Omar, 1978). Pemikiran diserlahkan apabila usaha menganalisis pantun dilakukan secara objektif. Van Dphnysen (1920) menyatakan bahawa pantun dapat menyatakan fikiran, tabiat dan perasaan bangsa Melayu.


-3- Pucuk pauh berulam pauh Petang-petang kacau inti, Sayang saya berkasih jauh Petang-petang hancur hati Berdasarkan pantun di atas, beberapa aspek dapat dirungkaikan melalui makna dan rangkap pantun tersebut. Pantun tidak hanya terbatas kepada perasaan dan pengalaman tetapi juga dapat menyimpulkan hujah dan persoalan dalam empat baris yang direka (Siti Hajar Che Man, 2013). Pencipta pantun dapat diibaratkan sebagai seorang pengukir yang hebat dan pantun yang kekal dan segar sepanjang zaman adalah muncul dari pengalaman yang lama terjana dan bakat yang besar pula anugerah dariNYA. Menurut Siti Hajar Che Man(2013), di sebalik pengisian pantun yang kaya dengan nilai-nilai kepintaran, terdapat juga unsur-unsur humor, lelucon, jenaka, sindiran, dan ironi yang kesemuanya dibina dari imej, baris, makna yang rapi disusun menjadi cantik dan bermakna. Setiap perkataan menanggung beban bunyi, konotasi, rima, kesedapan, kesegaran dan pemikiran.


-4- OBJEKTIF KAJIAN 1) Mengenalpasti makna kamus dalam 5 jenis pantun berasaskan burung. 2) Mengenalpasti makna implisit dalam pantun burung bagi setiap rangkap berdasarkan tema. 3) Menganalisis makna implisit bagi setiap rangkap dalam pantun burung menggunakan Teori Relevans. Secara khususnya kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif kajian seperti berikut:


-5- PANTUN BURUNG Ada satu burung tiung, Turun ke kolam mandikan anak Bukankah baik beli borong Timbang kati untung tak banyak Burung gagak baru bertelur, Kirai bulu duduk mengeram Buah masak tak mahu gugur Saya menunggu siang dan malam Burung serindit terbang melayang, Terhenti hinggap di ranting mati Bukan ringgit dipandang orang Tapi memandang bahasa dan budi


Burung kedidi burung kelicap Makan nisan kelopak jantung Suruh Nabi bawa mengucap Pada Allah tempat bergantung -6- PANTUN BURUNG Burung helang terbang dekat, Dahan beringin tempat titinya Barang yang hilang takkan dapat Cari yang lain akan gantinya Kelima-lima rangkap pantun ini digunakan untuk menganalisis makna implisit


2-7- B A B


PERKATAAN MAKSUD Burung tiung Burung yang dapat meniru orang bercakap atau suara binatang kolam bekas yang diperbuat daripada batu atau simen untuk mengisi air di dalamnya borong membeli secara besar-besaran timbang benda yang digunakan untuk mengukur berat barang kati ukuran berat yang sama dengan 16 tahil -8- PANTUN 1 Ada satu burung tiung, Turun ke kolam mandikan anak Bukankah baik beli borong Timbang kati untung tak banyak


PERKATAAN MAKSUD gagak Sejenis burung dendang berbulu hitam berkilat dan berbunyi garuk kirai Mengibas-ngibaskan dengan keras (supaya hilang debu) gugur Jatuh, luruh siang Hari waktu dr matahari terbit hingga matahari terbenam malam Hari waktu mulai dari matahari masuk sampai matahari terbit -9- PANTUN 2 Burung gagak baru bertelur, Kirai bulu duduk mengeram Buah masak tak mahu gugur Saya menunggu siang dan malam


PERKATAAN MAKSUD Burung serindit sejenis burung yang berwarna hijau ranting bahagian cabang yang kecil-kecil ringgit mata wang yang bernilai 100 sen; wang bahasa kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan budi pekerti, perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak -10- PANTUN 3 Burung serindit terbang melayang, Terhenti hinggap di ranting mati Bukan ringgit dipandang orang Tapi memandang bahasa dan budi


PERKATAAN MAKSUD Burung helang sejenis burung liar yang biasanya menyambar ayam Dahan bahagian yang tumbuh dari batang pokok tempat kawasan yang tertentu titi lorong kecil yang dilapik papan hilang tidak kelihatan lagi -11- PANTUN 4 Burung helang terbang dekat, Dahan beringin tempat titinya Barang yang hilang takkan dapat Cari yang lain akan gantinya


PERKATAAN MAKSUD Burung kedidi Sejenis burung yang berkepala besar atau berkepala rapang Burung kelicap Sejenis burung yang memakan madu bunga Nisan Manisan yang dihasilkan daripada mayang pokok kelapa Nabi Orang yang dipilih Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan tidak diwajibkan menyampaikan wahyu itu kepada orang lain Allah Tuhan yang esa -12- PANTUN 5 Burung kedidi burung kelicap Makan nisan kelopak jantung Suruh Nabi bawa mengucap Pada Allah tempat bergantung


3-13- B A B


-14- PEMILIHAN PANTUN BURUNG Secara umumnya, burung merupakan haiwan yang amat berguna kepada hidupan lain di muka bumi ini. Burung bukan sahaja berfungsi sebagai rantaian makanan kepada hidupan kebanyakan hidupan liar yang lain, tetapi juga berguna sebagai agen penyebaran biji benih kepada banyak spesis tumbuhan. Dalam masyarakat Melayu, burung bukan sahaja dijadikan bahan makanan, malah juga sebagai kawan penghibur semasa waktu riadah atau waktu rehat (Jasmi Abdul, 2016). Pengkaji memilih unsur “burung” kerana setiap burung mempunyai keistimewaan dan maksud yang tersendiri. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), burung merupakan binatang yang berbulu, berkaki dua dan bersayap (biasanya dapat terbang) atau juga dikenali sebagai unggas.


-15- PANTUN 1 Ada satu burung tiung, Turun ke kolam mandikan anak Bukankah baik beli borong Timbang kati untung tak banyak (Kurik Kundi Merah Saga: 9) TEMA Perniagaan HURAIAN Pantun di atas menghuraikan tentang cara perniagaan secara borong. Pantun tersebut menyatakan bahawa membeli dengan menimbang kati iaitu secara kilogram tidak mendatangkan untuk yang banyak berbanding borong.


-16- MAKNA IMPLISIT DALAM PANTUN 1 Burung tiung merupakan seekor burung yang bijak dan dapat menyesuaikan diri dengan mana-mana persekitaran termasuk pembangunan bandar. Burung tiung merupakan spesies omnivor yang memakan serangga, buah-buahan dan bijirin. Burung ini juga dikatakan mempunyai kebolehan mengira dengan cekap. Namun begitu, menurut Wan Ismail (2016) antara imej perlambangan burung yang berasosiasi dengan nilai positif ialah burung tiung yang melambangkan kebaikan. Ada satu burung tiung, Turun ke kolam mandikan anak Maksud yang ingin disampaikan pada baris pertama dan baris kedua rangkap ini ialah kebaikan burung tiung yang sentiasa menjaga habitatnya. Selain itu, burung tiung ini juga dikatakan seekor burung yang dapat menyesuaikan dirinya dengan manamana persekitaran. Jadi, kolam merupakan tempat burung tiung memandikan anaknya kerana saiz kolam yang besar dan airnya lebih bersih. Seterusnya, pengkaji cuba untuk merungkai makna pada baris ketiga dan keempat.


-17- Bukankah baik beli borong Timbang kati untung tak banyak Pengkaji mendapati bahawa maksud tersirat bagi baris ketiga dan keempat ini berkaitan dengan kebaikan membeli borong dalam perniagaan. Hal ini bermaksud membeli secara borong lebih menguntungkan dalam sesuatu perniagaan kerana harga per unit yang ditawarkan adalah lebih rendah. Berbeza dengan barang perniagaan yang dibeli secara timbangan yang menyebabkan sesuatu perniagaan tersebut tidak menguntungkan kerana harga yang ditawarkan adalah tinggi dan barangan yang diperoleh juga sedikit. Jadi, kedua-dua baris isi ini mempunyai kesinambungan daripada pembayang yang terdapat pada baris satu dan baris dua di atas. Pemantun cuba menggambarkan bahawa kita perlu bijak dalam mengatur strategi yang dikaitkan dengan kebaikan membeli borong yang dapat memberikan keuntungan berbanding dengan membeli secara timbangan atau kilogram. Perkara ini dapat dikaitkan dengan kebijaksanaan dan kebaikan burung tiung yang bertindak memandikan anaknya di dalam kolam berbanding di tempat yang lain kerana air di dalam kolam lebih bersih.


-18- Teori Relevans menekankan konteks, kesan konteks dan kos proses dalam mentafsirkan ujaran atau maklumat yang diperoleh. Berdasarkan pantun tersebut, kita dapat memahami bahawa burung tiung diaplikasikan kerana dapat menyerlahkan sifatnya yang berdikari dan bijaksana. Jika dilihat dari sudut KONTEKS LOKASI, burung tiung banyak hidup di dahan pokok yang tinggi kerana senang untuk memburu serangga berbanding dengan hidup di bawah tanah. Apabila berada di atas pokok, burung ini akan terbang dan menjunam ke bawah untuk mendapatkan makanan. Jadi, disini menunjukkan kebijaksanaan burung tiung dalam mengatur strategi untuk meneruskan hidup. Dapat disimpulkan bahawa gambaran burung tiung mempunyai gambaran tentang perilaku manusia dalam perniagaan iaitu perlu bersifat bijak dalam mengatur strategi untuk meneruskan hidup dengan membuat keputusan yang dapat memberikan keuntungan. PERSPEKTIF BURUNG TIUNG MENGGUNAKAN TEORI RELEVANS


-19- PANTUN 2 Burung gagak baru bertelur, Kirai bulu duduk mengeram Buah masak tak mahu gugur Saya menunggu siang dan malam (Kurik Kundi Merah Saga: 511) TEMA Kiasan/Sindiran HURAIAN Rangkap kedua ini merupakan satu kiasan/sindiran terhadap buah yang sudah masak tetapi masih lagi tergantung di ranting pokok. Seseorang itu sudah menunggu lama namun buah itu masih juga tidak gugur.


-20- MAKNA IMPLISIT DALAM PANTUN 2 Burung gagak merupakan salah satu burung yang mempunyai dominasi bulu hitam. Burung ini biasanya boleh ditemui di merata tempat hingga ke seluruh dunia. Burung gagak ini terkenal dengan kecerdasannya yang sangat tinggi. Gagak mempunyai otak yang besar dan berat jika dibandingkan dengan saiz tubuhnya yang kecil. Burung ini juga dapat memberi tindak balas jika berlakunya kematian burung gagak yang lain dengan berkicau menggunakan nada yang suram. Burung gagak baru bertelur, Kirai bulu duduk mengeram Untuk dua baris pertama dalam pantun ini, kita boleh terus memahami bahawa terdapatnya seekor burung gagak yang baru bertelur di dalam sarangnya. Seekor burung gagak akan sentiasa mencari ranting kering untuk dijadikan sarang sehinggalah tiba masa untuk dia bertelur. Selepas sahaja bertelur, burung gagak akan duduk mengeram telur-telurnya untuk masa yang lama. Sambil mengeram telur-telur itu, burung gagak akan mengiraingirai bulunya.


-21- Buah masak tak mahu gugur, Saya menunggu siang dan malam. Baris ketiga dan keempat pantun ini pula menjelaskan satu maksud tersirat yang berbentuk sindiran/kiasan. Ianya menggambarkan bahawa terdapatnya seorang yang hanya duduk menunggu buah yang diingini jatuh, namun buah itu masih juga tidak jatuh meskipun sudah masak. Orang itu hanya mampu menunggu dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa dari pagi sehingga ke malam. Dia hanya mampu untuk menyindir buah itu kerana buah itu sudah pun masak tetapi tidak gugur pula. Jadi, baris kedua terakhir ini sebenarnya adalah satu sindiran terhadap orang yang selalu lewat dalam segala hal. Contohnya dalam persahabatan, pastinya ada seseorang yang selalu lewat setiap kali hendak keluar. Rakannya yang lain letih menunggu lama tetapi tidak sampai hati untuk menegur secara terus. Jadi, kiasan ini boleh digunakan untuk menggambarkan situasi tersebut. Kita sebagai manusia yang hidup bermasyarakat, tidak eloklah untuk membiarkan orang lain menunggu kita dengan sangat lama walaupun hakikatnya kita sudah tiada apa-apa urusan. Amat baik sekiranya kita dapat mempercepatkan segala hal yang melibatkan orang lain.


-22- PERSPEKTIF BURUNG GAGAK MENGGUNAKAN TEORI RELEVANS "Burung gagak baru bertelur, Kirai bulu duduk mengeram, ". Pembaca pantun jelas sekali boleh mentafsir makna bagi pembayang ini dengan mudah kerana adanya maklumat yang berkait antara satu sama lain yang diberikan melalui Teori Relevans. Penggunaan perkataan "kirai bulu" membolehkan pembaca pantun ini mendapatkan kesan kognitif yang tinggi. Pemilihan perkataan "kirai bulu" tersebut memberi gambaran yang jelas kepada pembaca iaitu seekor burung gagak yang mempunyai bulu pada badannya. Berdasarkan pengamatan yang tinggi dalam diri pembaca, kebiasaannya burung gagak atau burung-burung lain sekali pun akan mempunyai bulu pada badannya. Dengan adanya kesan kognitif yang tinggi, pembaca boleh mentafsir makna sebenar yang terdapat pada dua baris pertama pantun ini. Dengan pengetahuan sedia ada, pembaca dapat memikirkan imej gagak yang bewarna hitam sedang mengirai bulu pada badannya semasa dia sedang mengeram telur.


-23- PANTUN 3 Burung serindit terbang melayang, Terhenti hinggap di ranting mati Bukan ringgit dipandang orang Tapi memandang bahasa dan budi (Kurik Kundi Merah Saga: 541) TEMA Budi HURAIAN Rangkap di atas menerangkan tentang budi. Ia menyatakan bahawa manusia tidak memandang seseorang itu dengan wang ringgit tetapi melalui bahasa dan budi mereka itu dinilai. Rangkap ini juga menjelaskan bahawa bahasa dan budi itu sangat penting dalam kehidupan kita.


MAKNA IMPLISIT DALAM PANTUN 3 Burung serindit merupakan sejenis burung kakak tua dari genus Loriculus. Ia merupakan sekumpulan burung kakak tua kecil yang berasal dari kawasan tropika selatan Asia. Kebanyakan warna burung ini adalah hijau dan berekor pendek. Burung ini dapat dikenal pasti spesiesnya melalui warna di atas kepalanya. Burung ini sangat unik dengan keupayaannya untuk tidur dalam kedudukan yang terbalik. Burung serindit merupakan spesies burung yang berpindahrandah. Antara faktor yang menyebabkan mereka sering berpindah adalah disebabkan oleh sumber makanan, cuaca dan juga pemangsa seperti helang, enggang, beruk dan sebagainya. Burung serindit terbang melayang, Terhenti hinggap di ranting mati Maksud yang ingin disampaikan dalam baris pertama dan kedua ini burung serindit yang berhenti terbang lalu bertenggek di atas ranting yang mati. Ranting yang mati merupakan ranting yang telah gugur daripada pokok. -24-


Bukan ringgit dipandang orang, Tapi memandang budi dan bahasa Maksud tersirat bagi baris ketiga dan keempat berkaitan dengan adab dan budi bahasa terhadap manusia. Kedua-dua baris ini menjelaskan bahawa manusia itu walaupun mempunyai wang yang banyak namun jika mereka tidak memiliki adab dan budi bahasa maka mereka tidak akan dipandang tinggi oleh orang lain. Adab dan budi ini sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu amat mementingkan adab berbanding dengan wang ringgit atau pangkat. Pada zaman dahulu kala juga, orang yang mempunyai adab yang tinggi ini dianggap seperti orang yang bijak dan amat disanjungi oleh masyarakat. Ini menunjukkan bahawa budi bahasa itu merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan masyarakat. Orang yang berbudi mampu menjadikan orang untuk hormat kepada mereka. Sering kali kita lihat, ramai orang yang mempunyai wang dan pangkat namun tidak mempunyai budi bahasa dengan orang lain. Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa wang ringgit itu tidak mampu untuk membeli adab dan tidak mampu menjadikan seseorang itu berbudi bahasa. -25-


PERSPEKTIF BURUNG SERINDIT MENGGUNAKAN TEORI RELEVANS Secara asasnya, Teori Relevans (TR) merujuk kepada andaian yang dibuat oleh penerima atau pendengar tentang maklumat yang berkaitan dengan situasi tertentu untuk menimbulkan makna. Seperti yang dijelaskan, burung serindit merupakan seekor burung dalam spesies burung kakak tua dan juga keunikannya dengan kedudukan tidur yang terbalik. Berdasarkan konteks pantun, serindit dapat dikaitkan dengan perilaku manusia berkaitan dengan adab. Serindit yang tidur dengan kepalanya menghadap ke arah bawah memberi kiasan bahawa manusia perlulah sentiasa menundukkan kepalanya iaitu tidak sombong dan meninggi diri. Manusia yang tidak menyombongkan diri adalah manusia yang penuh dengan adab. Keperibadian seseorang itu dapat dilihat berdasarkan budi dan bahasanya. -26-


-27- PANTUN 4 Burung helang terbang dekat, Dahan beringin tempat titinya Barang yang hilang takkan dapat Cari yang lain akan gantinya (Kurik Kundi Merah Saga: 512) TEMA Nasihat HURAIAN Rangkap di atas menjelaskan tentang nasihat. Rangkap di atas menyatakan jika sesuatu yang hilang tidak dijumpai, cari sahaja yang lain sebagai pengganti.


-28- RANGKAP 4 MAKNA IMPLISIT DALAM PANTUN 4 Helang merupakan haiwan pemangsa atau maging (karnivor). Makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, tupai dan ayam. Paruh helang tidak bergigi tetapi mempunyai bengkok yang kuat untuk mengoyak daging mangsa. Dahan beringin merujuk kepada dahan bagi pokok spesis beringin. Beringin merupakan spesies tergolong dalam keluarga pokok ara bertaburan asal di Asia Tenggara dan Asia Selatan sehingga utara benua Australia. Beringin merupakan pokok yang mencecah 30 m tinggi secara semulajadi, dengan dahan melengkung.Buahnya merupakan sumber makanan burung. Burung helang terbang dekat, Dahan beringin tempat titinya Baris pertama dan baris kedua membawa maksud burung helang yang terbang mencari tempat untuk berteduh. Dahan beringin yang merupakan dahan bagi pokok spesis beringin menjadi tempat berteduh helang.


-29- RANGKAP 4 Pada baris ketiga dan keempat pula, maksud tersirat yang terdapat dalam kedua baris akhir ini adalah apabila kita kehilangan sesuatu dan tidak dapat ditemui semula, carilah yang lain sebagai penggantinya. Maksud tersirat bagi baris ketiga dan keempat dalam rangkap pantun ini adalah mengenai nasihat kepada orang yang bercinta yang membawa maksud jika kita kehilangan seseorang yang dicintai atau disayangi, carilah yang lain walaupun yang diganti itu tidak sama dengan yang hilang. Hal ini menunjukkan salah satu rangkap dari pantun 4 ini menunjukkan tema nasihat kepada kelompok dewasa di alam percintaan. Orang dewasa sering menaruh perasaan cinta, rindu dendam, perasaan pilu, sedih dan sayu kerana masa inilah mereka mula mencari pasangan hidup untuk mendirikan mahligai impian. Oleh itu, pada baris pembayang dan maksud bagi rangkap dalam pantun 4 ini mengandungi pemikiran yang menunjukkan pembayang helang terbang membawa diri begitu juga dengan kita yang perlu cari yang lain sebagai ganti jika yang lama sudah hilang dan tak akan kembali. Barang yang hilang takkan dapat Cari yang lain akan gantinya


PERSPEKTIF BURUNG HELANG MENGGUNAKAN TEORI RELEVANS Teori Relevans menekankan konteks, kesan konteks dan mentafsirkan ujaran yang diperoleh. Seperti yang diketahui helang merupakan haiwan pemangsa yang bersifat karnivor. Helang dapat digambarkan sebagai burung yang garang. Berdasarkan konteks pantun tersebut, helang dianggap sebagai burung yang terbang mencari tempat untuk berteduh dan berteduh di dahan pokok beringin. Hal ini dapat dikaitkan dengan konteks helang bagi rangkap dalam pantun empat yang menggambarkan helang terbang membawa diri dan singgah mencari ketenangan di pohon beringin yang dapat dikaitkan dengan makna rangkap dalam pantun 4 tersebut tentang nasihat terhadap orang dewasa dalam zaman percintaan. Nasihat tersebut seperti jika kehilangan seseorang yang disayangi maka bawalah diri seperti helang dalam konteks pantun dan carilah pengganti. -30-


-31- PANTUN 5 Burung kedidi burung kelicap Makan nisan kelopak jantung Suruh Nabi bawa mengucap Pada Allah tempat bergantung (Kurik Kundi Merah Saga: 517) TEMA Agama HURAIAN Pantun di atas menunjukkan bahawa umat Islam digalakkan mengucap. Dengan mengingati ajaran agama, manusia akan lebih berhati-hati ketika melakukan suatu perbuatan atau pertuturan kerana hanya Allah tempat kita berharap dan berserah atas segalanya.


-32- MAKNA IMPLISIT DALAM PANTUN 5 Burung kedidi merupakan sejenis burung yang mempunyai paruh yang lebih panjang dan melengkung ke bawah. Burung kedidi juga bersaiz kecil walaupun telah mencapai umur matang. Burung kedidi juga gemar berada di kawasan beting lumpur untuk mencari makanan seperti seperti serangga, benih dan tumbuhan lain. Burung kelicap pula merujuk kepada sejenis burung yang memakan madu bunga. Burung ini mempunyai cara terbang yang unik dengan bergerak ke depan, belakang atau sisi dengan mudah. Ianya juga boleh terbang kekal di suatu tempat. Burung kelicap juga sangat dikenali dengan burung yang terbang dengan pantas. Burung kedidi burung kelicap, Makan nisan kelopak jantung Baris pertama dan baris kedua membawa maksud dua jenis burung yang gemar mencari makanan dan memakan tumbuhan serta madunya. Burung kedidi dan burung kelicap suka akan tumbuhan. Tambahan pula, di kelopak jantung terdapat nisan atau manisan pasa setiap lapisan kelopak tersebut. Kedua-dua burung ini akan memanfaatkan nisan yang ada pada tumbuhan.


-33- Suruh nabi bawa mengucap Pada Allah tempat bergantung Pada baris ketiga dan keempat pula, pengkaji mendapati maksud tersirat yang ingin disampaikan adalah menyuruh umat Islam mengingati amalan-amalan dalam agama. Antara amalan agama yang disuruh adalah mengucap. Mengucap yang dikatakan bukan dengan mengucap dua kalimah syahadah, namun beristighfar atau mengingati Allah dalam pelbagai keadaan. Apabila seseorang mengucap, perbuatan atau pertuturannya akan lebih terkawal. Hal ini demikian kerana baik dan buruknya perbuatan seseorang, hanya Allah tempat kita bergantung atau berharap. Jadi, dalam pantun ini seseorang digalakkan mengucap apabila sedang marah, ditimpa ujian atau menuturkan kata-kata yang kurang sopan. Secara tidak langsung, seseorang itu akan mengingati Allah dan segera menginsafi diri daripada melakukan atau bercakap sesuatu yang tidak elok. Suruhan agama banyak mengajar seseorang menjadi lebih baik dalam setiap perkara. Agama perlu menjadi pegangan utama dalam kehidupan seharian.


PERSPEKTIF BURUNG KEDIDI DAN BURUNG KELICAP MENGGUNAKAN TEORI RELEVANS Teori Relevans diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1986) dalam linguistik disiplin pragmatik. Teori ini menekankan konteks, kesan konteks dan kos proses dalam penginterpretasian makna. Dalam pantun lima ini, burung kedidi dan burung kelicap dijadikan topik utama. Burung kedidi merupakan burung yang mempunyai saiz yang kecil. Ianya akan bermigrasi apabila tiba musim sejuk. Burung kedidi mencari makanan hanya di kawasan yang berlumpur. Bagi burung kelicap pula, ia hanya memakan madu bunga. Burung kelicap hanya mencari madu yang terdapat pada bunga sahaja. Burung kelicap mempunyai cara terbang yang unik dan menarik berbanding burung-burung yang lain. Cara penerbangannya membuatkan haiwan-haiwan lain tahu akan kewujudannya. Jadi, konteks burung kedidi dan burung kelicap dalam pantun ini sangat berkesinambungan pada baris ketiga dan keempat. Hal ini demikian kerana sifat burung kedidi dan kelicap yang hanya bergantung pada suatu jenis makanan sahaja. Namun, kedua-dua jenis burung ini mampu melangsungkan kehidupan seperti burung-burung lain juga. Jelaslah bahawa manusia juga pelru bergantung kepada Allah dalam apa jua keadaan seperti yang disebutkan dalam pantun ini. -34-


4-35- B A B


-36- Pantun burung telah memberikan banyak pengajaran tentang kehidupan seharian. Pengajaran yang terkandung dalam pantun ini merupakan campuran daripada pelbagai tema. Pembaca akan mendapat banyak pengetahuan daripada setiap pembayang dan maksud pantun. Selain itu, pembaca juga dapat menambah ilmu pengetahuan terutamanya mengenai burung yang terdapat di Malaysia. Penggunaan pembayang mengenai burung dalam setiap rangkap pantun akan lebih menarik perhatian pembaca. Penjelasan mengenai burung dalam pantun ini juga lebih terperinci apabila dikaji dengan lebih mendalam menggunakan Teori Relevans (TR). Penggunaan sesuatu perkataan dalam pantun perlu membawa maksud tersurat dan tersirat supaya tema pantun tersebut mudah difahami. KESIMPULAN


5-37- B A B


-38- SENARAI RUJUKAN Dewan Bahasa dan Pustaka. (1990). Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maulana Al-Fin Che Man, & Nor Hashimah Jalaluddin. (2018). Unsur Burung Dalam Pantun: Analisis Semantik Inkuisitif. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1), 1-15. Muhammad Zaid Daud, Nurul Aida Abdullah & Mary Fatimah Subet. (2021). Refleksi Sisi Negatif Burung Gagak Dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif. Issues in Languange Studies, 10(2), 24-44. Srikandi Saemah Samaon & Mary Fatimah Subet. (2020). Teori Relevans dalam Pembelajaran KOMSAS. Borneo International Journal, 2(4), 47-54. Zarina Tajuddin, & Anida Saruddin. (2018). Metafora Bunga Kiambang dalam Pantun Melayu Berdasarkan Teori Relevans dan Rangka Rujuk Silang. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 3(16), 1-17.


Click to View FlipBook Version