The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-MAJALAH : PENYELESAIAN MASALAH.
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HAIM MU`ADZAM SHAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuralianatasharoszi, 2021-06-05 08:17:40

MPU23012 - PENGAJIAN ISLAM

E-MAJALAH : PENYELESAIAN MASALAH.
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HAIM MU`ADZAM SHAH

MPU23012 – PENGAJIAN ISLAM
SESSION DEC 2020
CLO 2

TUGASAN BERASASKAN MASALAH ( 30 % )

E-MAJALAH

Masyarakat moden hari ini, ramai

yang meninggalkan kedua ibu bapa
mereka yang telah tua dan uzur di
rumah-rumah jagaan orang-orang
tua. Anda sebagai anak tidak ingin

melakukan perkara sebegini
kepada ibu bapa anda. Paparkan
kesan perlakuan sebegini kepada

kehidupan kita.

PREPARED BY :

NAMA NO. REGISTRATION
NUR ALIA NATASHA BINTI ROSZI 03DAT20F1003
MIMI NORSYAHIRAH BINTI ROSDI 03DAT20F1010
NUR SARAHUSNA BINTI ABD RAHIM 03DAT20F1022
03DAT20F1028
NURFATIHAH BINTI YUSUFF 03DAT20F1066
NUR`SYAHIRUNNISA BINTI YAFEE

LECTURER : PUAN NORSOBRIAHM BINTI ABU BAKAR

Contents

01. PENGENALAN 04. CARA2 TANGGUNGJAWAB
02. FAKTOR-FAKTOR 05. KESIMPULAN
03. KESAN-KESAN 06. SUMBER RUJUKAN

PENGENALAN

WARGA EMAS ATAU IBU BAPA YANG TELAH TUA

Warga emas didefinisikan menerusi had umur tertentu berdasarkan kepada budaya masyarakat
setempat. Walau bagaimanapun, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mentakrifkan warga
emas adalah individu yang berusia 60 tahun ke atas mengikut ketetapan Persidangan
Antarabangsa mengenai Warga Tua di Vienna pada tahun 1982. Had umur ini digunakan sebagai
rujukan had umur warga emas dalam polisi dan dasar untuk kesejahteraan warga emas di
Malaysia.

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, golongan warga emas berjumlah 2.2 juta orang
atau 7.7 peratus daripada 28.3 juta penduduk Malaysia sehingga tahun 2011.

Namun demikian, terdapat segelintir golongan warga emas yang terabai hidupnya. Mereka
merupakan golongan minoriti yang tidak diperdulikan hak dan keperluan hidup oleh keluarga
atau masyarakat sekelilingnya. Warga emas yang terabai ini didapati hidup sebagai
gelandangan di jalanan, tinggal bersendirian dalam kedaifan, terlantar di hospital tanpa waris
yang datang melawat dan mengidap penyakit kronik tanpa rawatan dan penjagaan yang
sempurna.

Pengabaian warga emas boleh berlaku dalam semua lapisan masyarakat samada golongan
kaya ataupun miskin, profesional ataupun sebaliknya yang mungkin caranya sahaja yang
berbeza.

RUMAH PENJAGAAN ORANG TUA

Masyarakat hari ini, ramai yang meninggalkan kedua ibu bapa mereka yang telah tua dan uzur di rumah
penjagaan orang tua.

Apakah rumah penjagaan orang-orang tua?

Rumah penjagaan orang tua ialah merangkumi perkhidmatan seperti hidup dibantu, penjagaan harian orang
dewasa, penjagaan jangka panjang, rumah jagaan atau sering disebut sebagai penjagaan kediaman, penjagaan

hospital.

Berdasarkan Pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah, Mohd Azmi Md Zain, 60, berkata, rata-rata penghuni rumah
penjagaan orang-orang tua tersebut adalah mereka yang dihantar oleh keluarga, ada yang sebatang kara,
dibuang keluarga, dihantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, dihantar oleh pihak hospital kerana tiada waris

yang menuntut setelah beberapa bulan dan juga dihatar oleh Pusat Zakat.

Mohd Azmi berkata lagi "Keadaan mereka pula, kebanyakannya semua ada penyakit tersendiri yang memerlukan
penjagaan khusus dan ada yang kekal terlantar di katil dan sepenuhnya memerlukan khidmat bantuan daripada

kakitangan pusat ini. "Namun, bagi kami, mereka bukanlah beban kerana fungsi pusat ini adalah memberi
tempat yang selesa dan menjaga mereka sehingga akhir usia kerana mereka adalah amanah yang perlu diberi

kasih sayang dan perhatian setelah diabaikan oleh keluarga atau masyarakat lain," ujarnya.



FAKTOR-FAKTOR

-sikap manusia itu sendiri.

Segelintir anak-anak memandang hina terhadap golongan ini. Merekamenganggap
golongan ibu bapa yang sudah lanjut usia tidak berguna lagi malah membebankan.
Oleh itu, anak-anak lebih gemar menghantar ibu bapa mereka ke rumah
orang-orang tua daripada menjaganya sendiri . Seharusnya anak-anak wajib
mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga dan belajar menghargai ibu
bapa sendiri kendatipun ibu bapa mereka sudah tua dan tidak mampu
menguruskan diri sendiri.

-anak-anak juga sering memandang ringan terhadap orang tua mereka

Mereka menganggap ibu bapa mereka telah tua tidak berguna dan berjasa lagi.
Mereka tidak terfikir tentang jasa-jasa yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka
sehingga mereka dapat menikmati kesenangan. Ingatlah, tanpa ibu bapa, maka
tiadalah insan yang bergelar anak-anak di muka bumi ini.

❑ kecacatan, nyanyuk, ketidaksefahaman antara ibu bapa dan anak-anak,
kesibukan kerjaya anak-anak, dan masalah kewangan juga merupakan
punca kesanggupan anak-anak menghantar ibu bapa ke rumah orang tua.
Justeru, anak-anak mestilah mengamalkan nilai hormat dan taat kepada
anggota keluarga dan mengambil berat akan tanggungjawab menjaga
kedua ibu bapa.

❑ Dari aspek lain pula, punca pengabaian warga tua juga disebabkan oleh
tindakan ibu bapa itu sendiri. Pengabaian terhadap ibu bapa boleh
disebabkan daripada pengalaman anak-anak itu sendiri. Contohnya,jika
sewaktu kanak-kanak, kedua ibu bapa mereka bersikap bengis, suka
mendera, maka, anak-anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan
untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapa mereka yang dianggap
kejam itu. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati mereka ialah
dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapa mereka.

KESAN-KESAN

❑ Tekanan Emosi
Warga emas yang terabai akan mengalami tekanan emosi kerana diabaikan. Mereka yang mengalami
penyakit kronik seperti penyakit strok, kanser, kecacatan fizikal dan masalah buah pinggang akan lebih
tertekan kerana tidak berupaya menguruskan diri sendiri. Dalam masa yang sama tidak ada waris yang
boleh membantu menjaga mereka. Oleh kerana tidak berupaya menangani tekanan emosi, ada di antara
mereka yang mengalami penyakit kemurungan dan ingin membunuh diri.

❑ Hubungan Dalam Institusi Kekeluargaan Yang Rapuh
Institusi kekeluargaan semakin rapuh kerana nilai hormat menghormati dan tanggungjawab terhadap
menjaga orang tua atau ibubapa yang sudah tua telah hilang. Keluarga sibuk dengan urusan sendiri dan
tidak mahu menanggung bebanan menjaga warga emas

❑ Persepsi Negatif Masyarakat
Sekiranya keluarga tidak lagi memperdulikan warga emas dan melepaskan tanggungjawab kepada
masyarakat dan kerajaan maka warga emas akan dipandang sebagai bebanan dan bukan lagi sebagai
satu tanggungjawab. Warga emas tidak diberi tempat yang sewajarnya dalam masyarakat.

❑ Mengancam Kesihatan Dan Keselamatan Warga Emas
Terdapat warga emas yang lebih rela tinggal di rumah sendiri atas alasan tidak mahu menyusahkan anak
-anak atau saudara mara. Walau bagaimanapun, aspek keselamatan diri dan jagaan kesihatan amat
penting bagi warga emas kerana kesan proses penuaan dan pelbagai penyakit kronik akan membawa
kepada kemerosotan fizikal dan mental. Warga emas yang tidak mempunyai sokongan sosial yang
cukup daripada keluarga ataupun masyarakat sekeliling akan hidup terabai dan berisiko terdedah
kepada kemalangan, jangkitan kuman, kesakitan dan kematian seorang diri. Mereka juga terdedah
kepada ancaman jenayah seperti pembunuhan, penipuan dan rompakan.

❑ Persepsi Negatif Masyarakat
Sekiranya keluarga tidak lagi memperdulikan warga emas dan melepaskan tanggungjawab kepada
masyarakat dan kerajaan maka warga emas akan dipandang sebagai bebanan dan bukan lagi sebagai
satu tanggungjawab. Warga emas tidak diberi tempat yang sewajarnya dalam masyarakat.

CARA-CARA
TANGGUNGJAWAB

TERHADAP
IBU BAPA

❑ MENTAATI IBU BAPA

Ibu bapa ialah individu yang paling utama untuk ditaati oleh setiap anak selepas Allah
SWT dan rasul. Ketaatan anak terhadap ibu bapa ialah suruhan daripada Allah SWT.
Walau bagaimanapun, ketaatan itu terhenti jika kedua-duanya menyuruh kepada
kemaksiatan dan kederhakaan kepada Allah SWT.

❑ MEMBERIKAN KASIH SAYANG

Antara cara mengembirakan ibu bapa adalah dengan mencurahkan kasih sayang dan
perhatian terhadap kedua-dua ibu bapa. Anak-anak tidak seharusnya menjadikan
alasan kesibukan bekerja dan mengendalikan urusan rumah tangga masing-masing
untuk mengabaikan tanggungjawab menziarahi, menemani ibu bapa mendapatkan
rawatan, mengeluarkan belanja rawatan dan sebagainya. Terdapat pelbagai cara untuk
menunjukkan kasih sayang dan membahagiakan ibu bapa, antaranya adalah dengan
kerap menelefon, menaja percutian, membelikan hadiah, bercakap dengan lemah
lembut dan melazimkan doa bagi ibu bapa.

❑ MENJAGA ADAB DAN AKHLAK

Apabila berinteraksi dengan ibu bapa, anak-anak hendaklah menjaga lisan dan tindakan agar
tidak menyinggung perasaan ibu bapa. Jika terdapat perbezaan dalam perkara yang harus,
anak-anak hendaklah mengalah kepada ibu bapa dan bukan sebaliknya. Sekiranya wujud per
bezaan dalam perkara yang jelas menyalahi syariat, maka tegurlah secara perlahan-lahan dan
beradab, iaitu dengan penuh sopan dan berhikmah.

❑ MEMBERIKAN NAFKAH

Faktor peningkatan usia menyebabkan sebahagian daripada ibu bapa tidak mampu lagi beke
rja untuk menampung perbelanjaan kehidupan mereka. Dengan itu, tanggungjawab ini tergal
as pada bahu anak-anak untuk memberikan khidmat yang terbaik buat ibu bapa mereka. Pen
uhilah keperluan ibu bapa menurut kadar kemampuan si anak.

KESIMPULAN

Sesebuah institusi keluarga itu hendaklah berfungsi dengan baik. Konsep “Rumah
Tangga Aman, Keluarga Bahagia” hendaklah diamalkan oleh setiap keluarga supaya
dapat mewujudkan suasana yang aman dan tenteram. Setiap anak harus disedarkan
akan pentingnya tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa. Sejak anak-anak masih
kecil, ibu bapa harus membentuk peribadi mereka supaya menjadi insan yang baik.
Dalam hal ini, sebuah institusi keluarga yang penyayang akan dapat melahirkan anak
yang bertanggungjawab , hormat-menghormati , serta bantu-membantu antara satu
dengan yang lain. Ibu bapa tidak perlu bimbang akan masa depan mereka apabila
mencapai usia tua jika suasana begini wujud dalam keluarga mereka. Sebaliknya,
anak-anak yang tidak dididik dan diasuh dengan nilai-nilai murni akan membiarkan
ibu bapa mereka hidup melarat dan terumbang-ambing. Selain itu, mereka tidak akan
melayan ibu bapa mereka dengan sempurna.

Masalah pengabaian warga tua masih lagi di tahap rendah, namun perbuatan anak-anak tempatan
seumpama itu tidak dapat diterima masyarakat di negara ini bahkan sangat memalukan dan dikesali
Apabila kita membicarakan permasalahan yang menyentuh warga tua, maka kita seharusnya sedar
bahawa kebahagiaan mereka terletak pada kerukunan sesebuah institusi keluarga maka sudah
tentu hubungan antara ahli keluarga menjadi renggang dan membosankan warga tua. Untuk
menjamin keselesaan warga tua pada lewat usianya maka mereka harus membuat persiapan di
peringkat awal lagi.Anak-anak yang menghantar ibu bapa yang telah tua dan uzur ke rumah orang
tua-tua menunjukkan kejahilan mereka dalam bidang agama. Mereka seharusnya sedar bahawa
selama ini ibu bapalah yang membesarkan dan memberi mereka segala keperluan sejak tangisan
pertama sehingga mereka berjaya dan dapat menjalani kehidupan sendiri. Namun begitu, bagi
sesetengah anak jasa-jasa yang dicurahkan oleh orang tua mereka sedikit pun tidak dihargai. Bagi
anak-anak ini, mereka beranggapan ibu bapa hanya menjadi beban kepada mereka sahaja. Hal ini di
tambah pula dengan kerenah orang tua yang pelbagai ragam dan kadangkala kebudak-budakan .
Walau bagaimanapun, kita tetap beranggapan bahawa institusi keluarga memainkan peranan
penting dalam memberikan perlindungan, keperluan, dan jaminan kehidupan yang selesa kepada
orang tua. Ahli keluarga hendaklah menjadikan tugas menjaga kebajikan orang tua sebagai
tanggungjawab yang tidak harus diabaikan.



Kesimpulannya, anak-anak tidak wajar menempatkan ibu bapa mereka di rumah orang-orang tua
dan mengabaikan mereka dengan begitu sahaja. Walaupun banyak alasan yang diberikan, namun

sebagai masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni, anak-anak sememangnya tidak patut
membiarkan ibu bapa mereka menghabiskan sisa-sisa kehidupan di rumah orang orang-orang tua.
Hargailah ibu bapa kita selain hidup sebagaimana mereka menantang kita bagai minyak yang penuh
sejak kita masih bayi lagi. Janganlah kita menjadi anak yang derhaka kepada kedua orang tua demi
mengejar kehidupan duniawi yang tidak menjanjikan apa-apa. Jadi, setiap anak-anak hendaklah
sentiasa menghormati dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa dan warga tua dengan memberikan

kasih sayang dan memastikan kesempurnaan hidup mereka terjamin dan janganlah sesekali
mengabaikan dan mensia-siakan hidup mereka serta selalulah mendoakan mereka agar sentiasa

mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T.

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya
semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada
keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan 'ah’
dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan
yang mulia yang bersopan santun. Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada kedua
nya kerana balas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah untuk mereka dengan berkata : Wahai
Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih

sayangnya memelihara dan mendidik sem-asa kecil."

Berdasarkan firman Allah Taala di dalam surah Al-Israa' ayat 23-24

SUMBER RUJUKAN

❖https://ms.vvikipedla.com/wiki/Elderly_care

❖http://www.myhealth.gov.my/warga-emas-terabai/

❖https://www.astroawani.com/berita-malaysia/di-rumah-tak-ada-oran
g-jaga-di-sini-lebih-baik-buat-ibumu-173548

❖http://debbieelizabeth.blogspot.com/2014/07/kerja-kursus-pendidikan-
moral-2013-2014_39.html

❖http://www.myhealth.gov.my/warga-emas-terabai/

❖http://awanis29.blogspot.com/2010/05/rumus-punca2-anak-menghantar-
ibu-bapa.html

❖https://www.academia.edu/30404979/Pengabaian_Warga_Tua

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version