TERHAD
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018 3770/2
SAINS KOMPUTER
Kertas 2
Ogos 2017 - Jun 2018
10 Bulan Sepuluh bulan
JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas peperiksaan ini mengandungi satu tema tugasan projek.
2. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan berdasarkan arahan yang diberikan
secara individu.
3. Calon dikehendaki melengkapkan tugasan projek ini mengikut masa yang ditetapkan.
Tiada masa tambahan diberikan.
Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak.
[Lihat halaman sebelah
3770/2 © 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 3770/2
1.0 ARAHAN KEPADA GURU
1.1 Guru hendaklah memuat turun, memberi taklimat dan mengarahkan calon untuk
mencari maklumat dan bahan yang berkaitan dengan tugasan.
1.2 Guru hendaklah memastikan calon merancang dan melaksanakan tugasan ini
mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu dari 1 Ogos 2017 sehingga 30 Jun 2018.
1.3 Guru hendaklah membimbing, memberi tunjuk ajar dan panduan kepada calon
dalam aspek berikut:
(a) penyediaan jadual kerja, kerangka kerja, kerangka pelaporan, senarai semak
dan pelaporan.
(b) pemilihan maklumat dan bahan yang sesuai dengan pelaksanaan tugasan.
(c) memberi pandangan atau komen tentang hasil tugasan calon.
(d) memberi cadangan untuk penambahbaikan hasil tugasan calon.
1.4 Guru adalah DILARANG melakukan perkara-perkara berikut:
(a) menyediakan jawapan atau contoh jawapan berkaitan dengan tugasan calon.
(b) membantu atau menolong calon menyempurnakan laporan akhir tugasan.
1.5 Guru hendaklah melaksanakan perkara berikut:
(a) memastikan hasil tugasan calon yang dikemukakan kepada guru untuk
pentaksiran adalah asli atau tulen.
(b) sekiranya calon memetik penyataan, mengambil data, grafik atau maklumat
daripada mana-mana sumber rujukan hendaklah dinyatakan sumber
rujukan tersebut.
1.6 Guru hendaklah mengumpulkan hasil kerja calon dan disimpan di tempat
yang selamat.
1.7 Guru hendaklah menjalankan pentaksiran dan penilaian proses kerja calon
sepanjang masa tugasan dilaksanakan.
1.8 Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan kelengkapan peralatan asas
untuk calon melaksanakan tugasan ini. Eviden calon perlu disimpan di tempat
yang selamat.
3770/2 © 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 3 3770/2
2.0 ARAHAN KEPADA CALON
2.1 Kertas peperiksaan ini mengandungi satu tema tugasan projek.
2.2 Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Sains Komputer wajib
melaksanakan kerja projek ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja projek ini
dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Sains Komputer.
2.3 Calon diberikan masa selama sepuluh bulan (bermula 1 Ogos 2017 hingga
30 Jun 2018) untuk melaksanakan kerja projek ini.
2.4 Calon hendaklah merujuk dan mematuhi Manual Tugasan Pentaksiran Pusat
(Kerja Projek) terkini sepanjang penghasilan eviden kerja projek.
2.5 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek ini secara individu di bawah
pengawasan dan bimbingan guru serta tidak ditiru daripada mana-mana pihak.
2.6 Calon hendaklah menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dan bahan-bahan rujukan lain untuk mencari serta mengumpulkan maklumat.
2.7 Calon dikehendaki menyertakan lakaran reka bentuk antara muka menu sistem,
borang dan laporan yang lengkap dan jelas berdasarkan kehendak sistem.
2.8 Calon hendaklah menulis sumber rujukan dengan betul sekiranya mengambil
petikan atau grafik daripada sumber-sumber lain.
2.9 Calon hendaklah mengemukakan eviden kepada pentaksir sebelum tamat
tempoh mengikut ketepatan Lembaga Peperiksaan.
2.9.1 Eviden bagi Tingkatan 4 BLC.F1, BLC.F2
2.9.2 melibatkan Fasa 1 dan Fasa 2 BMI.F1, BMI.F2
Eviden bagi Tingkatan 5 BLC.F3, BLC.F4, BLC.F5, BLC.N
melibatkan Fasa 3, Fasa 4 BMI.F3, BMI.F4, BMI.F5, BMI.N
dan Fasa 5
2.10 Calon hendaklah menghantar dan mendapatkan pengesahan daripada guru pada
setiap peringkat eviden dikemukakan.
2.11 Calon dikehendaki memasukkan dan menyimpan semua eviden ke dalam
ring file serta diletakkan di tempat selamat.
2.12 Penskoran kerja kursus calon adalah menggunakan Rubrik Penskoran mengikut
aspek yang ditetapkan di dalam Manual Tugasan Pentaksiran Pusat (Kerja
Projek).
[Lihat halaman sebelah
3770/2 © 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 4 3770/2
KERTAS 2
[100 markah]
Tema: Pendaftaran
Situasi:
Pengurusan sekolah melibatkan bidang kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.
Antara aktiviti pengurusan sekolah ialah proses pendaftaran:
(i) peperiksaan
(ii) kemasukan murid
(iii) kokurikulum
Pelaksanaan proses pendaftaran memerlukan cara mengumpul data yang sistematik
seperti data peribadi murid, peperiksaan, kehadiran, disiplin dan aktiviti kokurikulum.
Jika pendaftaran tidak dilaksanakan secara sistematik, pihak pengurusan sekolah akan
mengalami kesukaran untuk memanipulasi dan mendapatkan maklumat dengan cepat
dan tepat. Oleh itu, sistem pendaftaran secara automasi amat sesuai digunakan.
Arahan:
Berdasarkan situasi di atas, anda dikehendaki membangunkan sistem maklumat
berasaskan web dari mana-mana satu proses pendaftaran itu. Sistem yang dibangunkan
itu boleh dicapai menggunakan pelayar web dari mana-mana komputer dalam rangkaian.
TUGASAN TEMA TAMAT
3770/2 © 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD