The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Pelembagaan Kelab Guru dan Staf 2022/2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syahfiqah MDaud, 2022-06-30 01:19:29

KELAB GURU DAN STAF 22/23

Buku Pelembagaan Kelab Guru dan Staf 2022/2023

KELAB GURU DAN STAF SESI 2022/2023

1

KELAB GURU DAN STAF SESI 2022/2023

PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN STAF
SEMAKAN TAHUN 2022

1. NAMA KELAB
Kelab Guru & Staf SKPK Kota Kinabalu (KGS SKPK KK)

2. OBJEKTIF
Menjadi kelab yang berupaya dalam memperjuangkan hak guru-guru dan
kakitangan serta dapat menjaga kebajikan ahli-ahli kelab dari segi sosial, ekonomi,
masalah semasa yang timbul serta pendidikan mengikut undang-undang sedia ada.

3. MISI KELAB
Sentiasa INISIATIF; merancang dan melaksana pelbagai program berfaedah ,
motivasi ke arah melahirkan warga KGS SKPK KK yang lebih efektif, progresif
dan dinamik selaras untuk meningkatkan profesion pendidikan dan dalam masa
yang sama melindungi serta memperjuangkan hak setiap ahli kelab.

4. KEAHLIAN
Semua guru-guru SKPK Kota Kinabalu dan kakitangan (staf sokongan) secara
automatik menjadi ahli kelab.

5. YURAN KEAHLIAN

Kadar bayaran yuran tahunan adalah seperti berikut :

a) Guru : RM 60

b) Kakitangan : RM 50

Nota : Yuran tahunan boleh dibayar secara ansuran selama 5 kali (Julai/Ogos/September
/Oktober/November) melalui Bendahari Kelab Guru dan kakitangan

2

KELAB GURU DAN STAF SESI 2022/2023

6. MESYUARAT AGUNG
6.1 Mesyuarat Agung hendaklah dijalankan setahun sekali iaitu ketika mesyuarat
guru pertama dijalankan
6.2 Mesyuarat Agung hanya boleh dijalankan sekiranya kehadiran ahli tidak kurang
2/3 daripada keseluruhan ahli kelab

7. MESYUARAT TERGEMPAR
Mesyuarat tergempar boleh dilaksanakan tertakluk kepada perkara-perkara

berikut:
7.1.1 1/3 daripada ahli kelab mengemukakan usul meminta mesyuarat
tersebut diadakan
7.1.2 Jika kehadiran itu kurang daripada 1/2 jumlah ahli jawatankuasa,
mesyuarat akan digugurkan dan akan dipanggil semula selepas 14 hari
dari tarikh tersebut. Pada ketika ini, sebarang keputusan yang diambil
adalah muktamad.

8. AHLI JAWATANKUASA

Nota : Sekurang-kurangnya seorang daripada kakitangan sokongan secara
automatik menjadi Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa tertinggi adalah terdiri daripada 6 orang dan AJK terdiri daripada
9 orang termasuk kakitangan sokongan. Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa mengikut
perlembagaan ini adalah seperti berikut:

8.1 Pengerusi Memanggil mesyuarat
I Mempengerusikan mesyuarat
II Melantik Ahli Jawatankuasa kecil
III Membuat keputusan Ahli Jawatankuasa kecil
IV Memimpin aktiviti kelab secara keseluruhan
V
Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya
8.2 Naib Pengerusi
I Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
Menguruskan surat-menyurat
8.3 Setiausaha Menyimpan rekod kehadiran ahli
I
II
III

3

KELAB GURU DAN STAF SESI 2022/2023

8.4 Penolong Setiausaha
I Membantu kerja-kerja Setiausaha seperti di atas

8.5 Bendahari
I Menguruskan hal ehwal berhubung kait dengan kewangan

8.6 Penolong Bendahari
I Membantu kerja-kerja Bendahari

8.7 Ahli jawatankuasa
I Menghadiri mesyuarat
II melaksanakan kerja-kerja sokongan

9. PERLANTIKAN SAH AHLI JAWATANKUASA
9.1 Tempoh perlantikan sah Ahli Jawatankuasa tertinggi adalah selama 2 tahun.
9.2 Jika Penasihat Kelab mengumumkan perlantikan jawatankuasa baru atau
pembubaran jawatankuasa lama kelab semasa Mesyuarat Guru kali pertama
setiap tahun, secara automatik Ahli jawatankuasa yang telah dilantik pada tahun
sebelumnya akan tamat berkhidmat.
9.3 Perlantikan ahli jawatankuasa perlu melibatkan gabungan antara guru Senior
(telah berkhidmat melebihi 2 tahun) dengan guru Junior bagi memastikan kelab
diterajui dengan baik dengan izin Penasihat Kelab

10.JAWATANKUASA BIRO
10.1 BIRO KEBAJIKAN
Menguruskan hal berkaitan kebajikan ahli

11.PEMANSUHAN KELAB
Pemansuhan kelab boleh dibuat sekiranya menepati syarat-syarat berikut:
I 2/3 daripada ahli kelab ingin atau bersetuju berbuat demikian
II Baki kewangan tahun ini akan dimasukkan ke dalam akaun sekolah dan akan
diserahkan kepada mana-mana kelab baru yang ditubuhkan.
Nota : Baki wang tidak boleh dibahagi-bahagikan kepada ahli

12.FAEDAH AHLI
Setiap ahli KGS SKPK KK dengan sendirinya menjadi ahli kelab sekiranya bersetuju
dan mendaftarkan diri sebagai ahli. Faedah diberikan ialah:

12.1 Saluran Menyuarakan Pendapat
Setiap ahli berhak untuk memperjuangkan hak mereka dan menyuarakan
pendapat melalui kelab ini, di mana pihak kelab akan cuba mencari jalan

4

KELAB GURU DAN STAF SESI 2022/2023

rundingan agar kedua-dua pihak berpuas hati.Ini bermakna kelab akan
menjadi orang tengah (saluran terbaik) dalam menyelesaikan konflik yang
berlaku.

12.2 Majlis anjuran KGS SKPK KK
Kelab akan terlibat secara langsung dalam majlis yang diadakan di sekolah.
Ini bermakna dana yang disumbangkan oleh setiap ahli akan digunakan
dalam majlis. Contohnya jamuan akhir Tahun, Hari Guru dan sebagainya.

12.3 Khairat kematian
Setiap ahli yang kehilangan/kematian ibu bapa kandung, anak atau
suami/isteri layak mendapat sumbangan bagi mengurangkan beban
kesedihan. Sekiranya ahli sendiri yang meninggal, pihak kelab akan cuba
sedaya upaya menghubungi waris untuk memberikan sumbangan
berkenaan. Sumbangan yang diperuntukan adalah RM100.

12.4 Perkahwinan
Bagi ahli yang akan melangsungkan perkahwinan buat kali pertama, ahli ini
berhak mendapat sedikit sumbangan daripada kelab dalam bentuk hadiah
atau sesuatu yang dirasakan sesuai. Peruntukan sumbangan adalah RM50.

12.5 Kelahiran
Ahli juga akan memperoleh sumbangan daripada pihak kelab untuk
kelahiran anak pertama. Sumbangan yang diperuntukan adalah RM50.

12.6 Persaraan
Pihak kelab akan cuba mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan ahli
yang akan bersara dengan dana yang ada. Guru yang berkhidmat selama
lebih daripada sepuluh tahun berhak menerima sumbangan bernilai RM150.

12.7 Pertukaran guru/ perkhidmatan guru praktikal
Pihak kelab akan cuba mengadakan majlis meraikan guru baru atau guru
praktikal dengan menggunakan dana yang ada. Guru yang berkhidmat lebih
daripada satu tahun berhak menerimanya. Sumbangan yang diperuntukan
adalah RM50.

5

KELAB GURU DAN STAF SESI 2022/2023

12.8 Musibah ahli
Kelab sentiasa peka dengan musibah/masalah yang dihadapi ahli dan akan
cuba mencari jalan untuk membantu. Contohnya kebakaran rumah,
kemalangan,kecurian dan sakit yang kritikal. Peruntukan yang disediakan
adalah sebanyak RM100.

12.9 Kemasukan anak ke SBP/Sekolah Kawalan/Universiti
Bagi ahli yang anak-anak mendapat tawaran ke SBP/ universiti buat kali
pertama, ahli ini berhak mendapat sedikit sumbangan daripada kelab dalam
bentuk hadiah atau sesuatu yang dirasakan sesuai. Peruntukan sumbangan
adalah RM 50. (*one-off)

12.10 Hal-hal berkaitan
Pihak kelab merupakan medium pengantara kepada guru-guru dan
kakitangan . Oleh itu, KGS SKPK KK akan sentiasa terbuka untuk mendengar
sesuatu isu dan akan cuba menyelesaikannya dengan syarat setiap ahli tidak
terburu-buru dan sentiasa merujuk kepada pihak kelab, khususnya
Pengerusi dan Naib Pengerusi.

Selain itu, sekiranya ada sebarang permohonan sumbangan dana atas apa-
apa majlis diusulkan kepada KGS SKPK KK, individu atau pihak tersebut
perlu menyertakan salinan kertas kerja untuk direkodkan di dalam fail
kewangan kelab. Jumlah maksimum sumbangan dana kelab adalah sebanyak
RM200 sahaja.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Sebagai satu kelab yang ditadbir dan diuruskan oleh warga SKPK Kota Kinabalu , maka di
sini amat ditekankan bahawa setiap keluar dan masuk dana yang diperoleh MESTI
direkodkan.

6

KELAB GURU DAN STAF SESI 2022/2023

SENARAI JAWATANKUASA 2022/2023

BIL NAMA JAWATAN

1 Syahfiqah Binti Mohd Daud Pengerusi

2 Norsiah Binti Arifin Naib Pengerusi

3 Mastura Binti Jaafar Setiausaha

4 Lizawati Binti Alias Naib Setiausaha

5 Mohd Khairullah Bin Jenula Bendahari

6 Poronilah Binti Jaing Naib Bendahari

7 Rizwan Bin Sutrisno AJK

8 Nur Syazliana Kapitan AJK

9 Syed Mohd Farhan Bin Syed Roseli AJK

10 Gwenyerisa Paulus AJK

11 Julrahim Bin Ekang AJK

7


Click to View FlipBook Version