MPU 3062
UNIT BERUNIFORM
PANDU PUTERI KADET
PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN (1)
KANDUNGAN
⚫ Pendaftaran Ahli dan Kumpulan
⚫ Kuasa Penganjur
⚫ Struktur Unit
⚫ Pengurusan Folio / Buku log / Laporan Aktiviti
PENDAFTARAN AHLI
DAN KUMPULAN
⚫ Pendaftaran ahli baru
- Melalui sistem e-Daftar di
Sekolah/Daerah/Cawangan masing-
masing
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
⚫ Ahli Seumur Hidup
i) Isi Borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan
Pandu Puteri Malaysia (PPPM)
ii) Yuran: RM 250.00 sekali bayar sahaja.
iii) Kelayakan:
a) Ahli PPPM yang berumur 35 tahun.
b) Ahli PPPM yang kurang daripada 35 tahun perlu bayar
pendahuluan RM 5.00 bagi setiap tahun sehingga umur 35
tahun.
Contoh: Jika umur 30 tahun
Bayaran (RM5.00 x 5 tahun) + RM250.00 = RM RM25.00 + RM250.00 = RM275.00
iv) Cetak/scan borang dan hantar ke Ibu Pejabat bersama bayaran
atau bukti pembayaran.
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
⚫ Pendaftaran Pasukan Baru / Semula
i) Isi Borang Pendaftaran Pasukan/
Semula secara atas talian di laman sesawang
PPPM.
ii) Salinan borang yang telah ditandatangan
hendaklah dicetak dan dihantar ke Ibu
Pejabat bersama-sama bayaran atau bukti
pembayaran.
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
⚫ Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan
i) RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli
Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer).
ii) RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk ahli
Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa /
Pemimpin / Guild Trefoil).
iii) Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran
semula.
iv) Dibayar sebelum 31 April setiap tahun.
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
⚫ Cara Pembayaran:
i) Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya
Cawangan atau dibayar terus kepada Persatuan Pandu Puteri
Malaysia.
ii) Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama
"PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
iii) Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri
Malaysia. Bank : CIMB
Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Nombor Akaun : 1426-0006320-004 (Fak/pos/emailkan salinan
transaksi bank ke Persatuan Pandu Puteri Malaysia).
⚫ Sila dapatkan resit daripada pihak yang menerima bayaran yuran
sebagai bukti pembayaran.
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
Untuk pendaftaran
⚫ Bagi urusan pendaftaran boleh layari laman web :
https://www.panduputeri.org.my
⚫ Segala urusan pendaftaran boleh melalui online sahaja
menggunakan pautan tersebut dan boleh dilakukan oleh
pemimpin
⚫ Catatan: Borang-borang tersebut boleh dimuat turunkan atau
diperoleh daripada Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya
Cawangan atau Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri
Malaysia. Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Pasukan / Guild
(Untuk Pendaftaran Semula dan Pemberian Nama Baru
Pasukan/Guild). Jelaskan pembayaran yuran yang berkenaan.
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat
Persatuan Pandu Puteri Malaysia di alamat berikut:
⚫ Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu.
59700 Kuala Lumpur.
⚫ No. Tel: 03-22827776 / 03-22840229
⚫ SMS : 012-2646820 / 012-2646850
⚫ Faks : 03-22826579
⚫ Link : https://www.panduputeri.org.my
KUASA PENGANJUR
Kuasa Penganjur tertakluk pada :
⚫ Akta Pandu Puteri 1953 (Pindaan 1991)
An Act for the incorporation of the Chief
Commissioner of the Girl Guides Association of
Malaysia; and to further and protect the activities
and interests of the Girl Guides Association of
Malaysia.
⚫ Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
(Dikemaskini hingga September 2008)
⚫ Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang Am
STRUKTUR UNIT
Pandu Puteri Kelip-Kelip
STRUKTUR UNIT
Pandu Puteri Kelip-Kelip
Objektif
⚫ Program Kelip-kelip menawarkan pelbagai aktivtiti
Pandu Puteri yang membolehkan warga pra sekolah:
⚫ Memupuk kemahiran melahirkan perasaan;
⚫ Menguasai kemahiran menyanyi, bercerita,
melengkap dan mewarnakan gambar
⚫ Mengukuhkan kemahiran sosial.
STRUKTUR UNIT
Pandu Puteri Kelip-Kelip
Matlamat
⚫ Program Pra Tunas mempunyai matlamat mencungkil
serta mengambangkan potensi setiap warga Pra Sekolah
untuk memperkayakan lagi suasana pembelajarannya.
Ikrar
⚫ Saya berjanji akan menjalankan kewajipan saya kepada
Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia dan menolong
orang setiap masa.
STRUKTUR UNIT
Pandu Puteri Tunas
STRUKTUR UNIT
Pandu Puteri Tunas
⚫ Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama
yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920.
⚫ Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan
nama Brownie.
⚫ Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984.
⚫ Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja
Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan
bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada
Tunas Puteri.
STRUKTUR UNIT
Pandu Puteri Tunas
⚫ Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan
telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar
nama Brownie kepada Tunas Puteri.
⚫ Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu
Tunas dan Puteri.
⚫ Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi
sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan
buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak
tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis
bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan
sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri.
STRUKTUR UNIT
Pandu Puteri Tunas
⚫ Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan
mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.
T Tolong orang selalu
U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
N Nilai hidup yang murni
A Akhlak yang utuh
S Selalu senyum tanda persahabatan
P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas
U Utamakan tanggungjawab sendiri
T Tabah menghadapi cabaran
E Erat dalam perpaduan
R Rela berkhidmat untuk masyarakat
I Indah budi bahasa
STRUKTUR UNIT
Ahli Pandu Puteri Tunas
⚫ Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas.
⚫ Dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7
hingga 12 tahun.
⚫ Ahli-ahli baru menjalani latihan berdasarkan Program
Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pasukan Pandu
Puteri Tunas.
⚫ Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, mereka dilantik
menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat
perlantikan.
STRUKTUR UNIT
Ahli Pandu Puteri Tunas
⚫ Seterusnya mereka dilatih dan diuji melalui Program
Topaz I, Topaz II dan Topaz III di samping mengambil
ujian-ujian Lencana Kecekapan yang digemari untuk
meningkatkan kecemerlangan dalam perkembangan
diri.
⚫ Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh
kepada Persetiaan yang dilafaz. Persetiaan ini
menunjukkan bahawa seseorang Pandu Puteri Tunas itu
sentiasa bersopan santun dan mematuhi
undang-undang yang telah ditetapkan.
STRUKTUR UNIT
Ahli Pandu Puteri Tunas
⚫ Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas.
⚫ Dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7
hingga 12 tahun.
⚫ Ahli-ahli baru menjalani latihan berdasarkan Program
Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pasukan Pandu
Puteri Tunas.
⚫ Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, mereka dilantik
menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat
perlantikan.
STRUKTUR UNIT
Persetiaan Pandu Puteri Tunas
Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia
akan menjalankan kewajipan saya kepada
Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia,
Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah
dan mematuhi undang- undang Pandu Puteri Tunas.”
STRUKTUR UNIT
Undang-Undang Pandu Puteri Tunas
⚫ Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang
yang tertua daripadanya. Pandu Puteri Tunas tidak
menurut kehendak hati sahaja.
Cogan Kata Pandu Puteri Tunas
⚫ 'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap
setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat
Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan
Istiadat Hormat Besar.
STRUKTUR UNIT
Kumpulan Pandu Puteri Tunas
⚫ Kumpulan berenamPandu Puteri Tunas mengambil nama bunga
seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan
Kenanga.
NAMA KUMPULAN MAKSUD
Melur Melur taat dan setia
Siantan Berusaha setiap masa
Teratai
Kesidang Siantan datang berkawan
Cempaka Berani macam pahlawan
Kenanga
Teratai nama kami
Bekerja setiap hari
Kami Kesidang datang
Menolong pagi petang
Cempaka bersuka ria
Menolong orang duka
Kami bernama Kenanga
Berjasa bertenaga
STRUKTUR UNIT
Pandu Puteri Remaja
STRUKTUR UNIT
Pandu Puteri Remaja
⚫ Pasukan Pandu Puteri Remaja pertama ditubuhkan di Kuala
Lumpur pada tahun 1917.
⚫ Menjelang tahun 1919, Pandu Puteri telah berjaya
ditubuhkan di negeri-negeri Pulau Pinang, di Perak pada
tahun 1921, di Negeri Sembilan pada tahun 1924 dan di
Melaka pada tahun 1925.
⚫ Pada tahun 1932, Pandu Puteri juga telah ditubuhkan di
Johor dan Kedah. Kedua-dua negeri ini juga adalah yang
mula-mula sekali mengadakan kegiatan Pandu Puteri dalam
Bahasa Melayu.
STRUKTUR UNIT
Pandu Puteri Remaja
⚫ Pandu Puteri Remaja merupakan sebuah pasukan
yang dianggotai oleh remaja perempuan yang
berumur diantara 13 hingga 15 tahun.
⚫ Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, barulah mereka
dilantik sebagai Pandu Puteri Remaja.
⚫ Ahli-ahli yang telah berjaya memperoleh lencana
kecekapan memakai selepang di atas baju kemeja.
STRUKTUR UNIT
Cogan Kata/Motto Pandu Puteri Remaja
"SELALU SEDIA“
Keahlian Pandu Puteri Remaja
⚫ Pandu Puteri Remaja adalah gadis yang berumur
antara 11 hingga 15 tahun.
⚫ Mereka dilantik menjadi Pandu Puteri Remaja
setelah lulus ujian Pra-Persetiaan.
STRUKTUR UNIT
Pasukan Pandu Puteri Remaja
⚫ Jumlah ahli yang maksimum Pasukan Pandu Puteri Remaja adalah 36
orang dan minimum pula ialah 16 orang.
⚫ Pasukan Pandu Puteri Remaja hendaklah mempunyai seorang pemimpin
yang dikenali sebagai Kapten dan seorang penolong yang dikenali
sebagai Leftenan.
⚫ Tiap-tiap pasukan Pandu Puteri Remaja dalam sesebuah daerah
hendaklah disahkan dahulu oleh Pesuruhjaya Daerah serta didaftarkan
dengan secepat mungkin. Borang Pendaftaran hendaklah dipenuhi dan
dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan Pesuruhjaya Negeri kepada Ibu
Pejabat Kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftarannya.
⚫ Tiap-tiap Pasukan Pandu Puteri Remaja dikehendaki membaharui
pendaftarannya dan mengemaskinikan bilangan ahlinya dengan Ibu
Pejabat Kebangsaan melalui Pesuruhjaya daerah dan Pesuruhjaya
Negerinya. Pembaharuan ini tidak lewat daripada 31 Mac tiap-tiap tahun.
STRUKTUR UNIT
Persetiaan Pandu Puteri Remaja
"Bahawa dengan sesungguhnya
saya berjanji dan bersetia
dengan sedaya upaya saya,
Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan,
Raja dan negara saya Malaysia,
Menolong orang setiap masa
dan Mematuhi undang-undang Pandu Puteri Remaja"
STRUKTUR UNIT
Undang-Undang Pandu Puteri Remaja
⚫ Seorang Pandu Puteri Remaja boleh dipercayai.
⚫ Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa taat dan setia.
⚫ Seorang Pandu Puteri Remaja suka menolong orang lain.
⚫ Seorang Pandu Puteri Remaja bersahabat dengan semua orang dan bersaudara
dengan semua Pandu Puteri Remaja yang lain.
⚫ Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa bersopan.
⚫ Seorang Pandu Puteri Remaja melindungi haiwan dan sentiasa memelihara alam
sekitar.
⚫ Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa menurut perintah
⚫ Seorang Pandu Puteri Remaja bersemangat dan bergembira walaupun di dalam
kesulitan.
⚫ Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa berjimat cermat.
⚫ Seorang Pandu Puteri Remaja suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
STRUKTUR UNIT
Pandu Puteri Renjer
STRUKTUR UNIT
Pandu Puteri Renjer
⚫ Pada tahun 1916, pasukan Kadet untuk Pandu Puteri
yang telah melebihi umur ditubuhkan di England.
⚫ Kemudian pada tahun 1920, Lady Baden-Powell
mencadangkan pasukan ini diberi nama panggilan
Renjer. Ketua Renjer Laut (Sea Ranger) yang
pertama ialah Dame Katherine Furse.
⚫ Empat tahun kemudiannya iaitu pada tahun 1924,
pasukan Renjer yang pertama telah ditubuhkan di
Pulau Pinang, Malaya.
STRUKTUR UNIT
Ahli Pandu Puteri Renjer
⚫ Gadis yang berumur antara 16 hingga 18 tahun.
⚫ Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang pernah menjadi
ahli Pandu Puteri Tunas atau Pandu Puteri Remaja
dikehendaki mengikuti program Pra Pelantikan Pandu
Puteri Renjer.
⚫ Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang tidak pernah
menjadi ahli Pandu Puteri dikehendaki mengikuti
program Pra Persetiaan Pandu Puteri dan Pra Pelantikan
Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai Pandu
Puteri Renjer.
STRUKTUR UNIT
Unit Pandu Puteri Renjer
⚫ Jumlah minimum bilangan ahli ialah lapan (8)
orang dan maksimum ialah 36 orang.
⚫ Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Renjer
sebaik-baiknya diadakan sekali seminggu.
⚫ Setiap Pasukan Pandu Puteri Renjer melantik
seorang Ketua Pasukan sebagai saluran
perhubungan antara Pemimpin dengan semua
Pandu Puteri Renjer dalam Pasukan Pandu Puteri
Renjernya.
STRUKTUR UNIT
Cogan Kata Pandu Puteri Renjer
⚫ Sama seperti Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri
Renjer juga mempunyai cogan kata yang berbunyi
'Selalu Sedia - Terus Berkhidmat'.
STRUKTUR UNIT
Persetiaan Pandu Puteri Renjer
"Bahawa dengan sesungguhnya,
saya berjanji dan bersetia,
dengan sedaya upaya,
Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan,
Raja dan Negara saya Malaysia,
Menolong orang setiap masa, dan,
Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri Renjer."
STRUKTUR UNIT
Undang-Undang Pandu Puteri Renjer
⚫ Pandu Puteri Renjer boleh dipercayai.
⚫ Pandu Puteri Renjer sentiasa taat dan setia.
⚫ Pandu Puteri Renjer suka menolong orang lain.
⚫ Pandu Puteri Renjer bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri
Renjer yang lain.
⚫ Pandu Puteri Renjer sentiasa bersopan santun.
⚫ Pandu Puteri Renjer melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar.
⚫ Pandu Puteri Renjer sentiasa menurut perintah.
⚫ Pandu Puteri Renjer sentiasa bersemangat dan bergembira walaupun
dalam masa kesulitan.
⚫ Pandu Puteri Renjer sentiasa berjimat cermat.
⚫ Pandu Puteri Renjer suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
STRUKTUR UNIT
Pandu Puteri Kadet
STRUKTUR UNIT
Pandu Puteri Kadet
⚫ Program Pandu Puteri Kadet bertujuan menghasilkan
pemimpin muda yang memahami dan menguasai kemahiran
asas Pandu Puteri serta konsep dan peranan kepemimpinan
dalam pergerakan Pandu Puteri
⚫ Pasukan Pandu Puteri Kadet bertapak di institusi-institusi
pendidikan guru dan ditadbir oleh Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, Cawangan Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Terdapat 27 buah Institut Pendidikan
Guru (IPG) di bawah cawangan ini.
STRUKTUR UNIT
Pasukan Pandu Puteri Kadet
⚫ Bilangan ahli yang minimum dalam satu Pasukan Pandu
Puteri Kadet ialah lapan (8) orang dan maksimum 50
orang. Sesebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh
mempunyai lebih daripada satu Pasukan Pandu Puteri
Kadet.
⚫ Pasukan Pandu Puteri Kadet dipimpin oleh seorang
Pemimpin Berwaran, Pesuruhjaya atau Jurulatih.
STRUKTUR UNIT
Pandu Puteri Klover
What are clovers?
⚫ symbolise strength and
humbleness.
⚫ In the context of guiding, the
Clover, although tiny, embodies
the spirit of a powerful young
woman in our world today.
⚫ Aged 18-30
⚫ For Girl Guide members and
non Girl Guide members
⚫ Flexible, according to one’s own
path and pace.
CORE PRINCIPLES