The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU CERITA KANAK-KANAK BERTAJUK "SEBIJI JAMBU MILIK JIRAN"

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1052-15-aina, 2024-03-08 07:47:19

SEBIJI JAMBU MILIK JIRAN

BUKU CERITA KANAK-KANAK BERTAJUK "SEBIJI JAMBU MILIK JIRAN"

Keywords: JIRAN

SEBIJI JAMBU MILIK JIRAN AINA BATRISYIA BINTI ZAMURI TAHAP 2


Pada suatu petang, Nini sedang bersiar-siar di kawasan kampungnya dengan menunggang basikal kesayangannya berwarna merah. Dalam perjalanan dia hendak pulang ke rumah, tiba-tiba dia ternampak sebiji buah jambu yang telah masak ranum di atas pokok yang rendang. Nini dengan pantas memberhentikan basikalnya di tepi pokok tersebut lalu bermonolog sendiri. Nini : “wah ! sedapnya jika aku boleh makan buah jambu ini.” Nini terus berdiri di hadapan pokok tersebut sambil berfikir sejenak. Nini : “Jika aku ambil sahaja buah jambu ini, pasti aku gembira dan perutku kenyang!” Lalu Nini mendekati pokok itu dan memetik buahnya penuh keriangan. Seusai memetik buah jambu itu, dia segera menunggang basikal miliknya untuk pulang ke rumah. LALU NINI MENDEKATI POKOK ITU DAN MEMETIK BUAHNYA PENUH KERIANGAN. SEUSAI MEMETIK BUAH JAMBU ITU, DIA SEGERA MENUNGGANG BASIKAL MILIKNYA UNTUK PULANG KE RUMAH. Sudah dipetik !


Setibanya di rumah, Nini sungguh teruja untuk menikmati buah jambu yang dipetiknya tadi. Lantas dia memakan buah jambu itu tanpa membasuh terlebih dahulu. Nini : “Em, enak sungguh buah jambu ini! manis rasanya. Jika aku tidak memetiknya tadi sudah pasti buah jambu ini akan memburuk kerana dimakan ulat.” “Bijak sungguh tindakanku!” Bisik hati Nini sekali lagi. Sedang dia menikmati buah jambu itu, tiba tiba ibu Nini menyapa dia dari arah belakang sambil berkata. Ibu : “Eh, dimana kamu dapat buah jambu itu Nini?” Nini : “Eh ibu, Nini petik buah ini di pokok jambu rumah Pak Kassim kampung sebelah.” Ibu : “Ouh, kamu sudah meminta izin dengan Pak Kassim untuk mengambilnya?” Nini : “Alamak ibu! Nini tidak terfikir pula untuk meminta izin Pak Kassim terlebih dahulu sebelum memetiknya tadi.” LALU NINI MENDEKATI POKOK ITU DAN MEMETIK BUAHNYA PENUH KERIANGAN. SEUSAI MEMETIK BUAH JAMBU ITU, DIA SEGERA MENUNGGANG BASIKAL MILIKNYA UNTUK PULANG KE RUMAH. Em, manis rasanya! Dimana kamu dapat?


Ibu merenung ke dalam mata anaknya lalu berkata, Ibu : “Nini, tahukah kamu menjadi satu kesalahan jika kamu mengambil hak orang lain tanpa meminta izin terlebih dahulu dan boleh jadi buah ini tidak halal untuk kamu makan tanpa keizinan tuan nya.” Nini berasa keliru dan menjawab kata ibunya. Nini : “Tidak mengapalah ibu, Nini memetiknya kerana takut buah jambu ini akan memburuk kerana dimakan ulat. Bukankah itu tindakan yang bijak?” “Lagipun Nini sungguh terliur melihat buah jambu ini, buah jambu ini ialah buah kegemaran Nini dan Nini tetap mahu memakannya.” jawab Nini tetap berkeras hendak memakan buah itu sambil berlalu pergi. LALU NINI MENDEKATI POKOK ITU DAN MEMETIK BUAHNYA PENUH KERIANGAN. SEUSAI MEMETIK BUAH JAMBU ITU, DIA SEGERA MENUNGGANG BASIKAL MILIKNYA UNTUK PULANG KE RUMAH. pergi dulu ibu ! Nini tetap mahu makan !


Keesokan harinya Nini berasa sakit perut dan tidak ke sekolah pada pagi itu. Nini : “Ibu, Nini berasa sungguh sakit perut sejak dari pagi” Rintih Nini kepada ibunya dengan harapan ibunya boleh menenangkannya yang sedang sakit itu. Ibu memandang Nini lalu berkata, Ibu : “Kamu ada tersalah makan ke Nini ?” Nini : “Nini hanya makan masakan ibu sahaja semalam. Selepas itu Nini bersiarsiar dan pulang ke rumah lalu memakan buah jambu” Kata Nini cuba mengimbas kembali kejadian hari sebelumnya. Ibu menyambung lagi, Ibu : “Adakah kamu membasuh buah jambu itu terlebih dahulu sebelum makan?” Nini : “Alamak, sampai sahaja di rumah Nini terus memakan buah jambu itu sehingga terlupa ingin membasuhnya ibu.” Ibu : “Aduhai anakku, kamu sudah melakukan dua kesalahan yang telah merugikan dirimu sendiri.” LALU NINI MENDEKATI POKOK ITU DAN MEMETIK BUAHNYA PENUH KERIANGAN. SEUSAI MEMETIK BUAH JAMBU ITU, DIA SEGERA MENUNGGANG BASIKAL MILIKNYA UNTUK PULANG KE RUMAH. Argh, sakitnya perut ! Kamu makan apa semalam ?


Ibu mendekati anaknya lantas memegang tangan Nini dan membawanya ke sebuah meja berhampiran. Ibu :”Nini, ibu tidak mahu memarahi kamu atau menghukum kamu sebaliknya ibu mahu menasihati kamu tentang dua perkara boleh?” “Boleh ibu, Nini sedia mendengarnya.” Balas Nini perlahan sambil tertunduk malu Ibu : “Pertama, kamu telah memakan buah jambu milik Pak Kassim tanpa keizinannya. Walaupun hanya sebiji buah jambu, kamu tetap perlu meminta izin tuannya terlebih dahulu.” Sambung ibu lagi, Ibu : “Kedua, kamu mesti membasuh dahulu makanan mentah yang hendak kamu makan supaya dapat mengelakkan makanan daripada tercemar atau beracun, faham itu Nini?” LALU NINI MENDEKATI POKOK ITU DAN MEMETIK BUAHNYA PENUH KERIANGAN. SEUSAI MEMETIK BUAH JAMBU ITU, DIA SEGERA MENUNGGANG BASIKAL MILIKNYA UNTUK PULANG KE RUMAH. Kamu mesti meminta izin dahulu.


Nini berasa sungguh bersalah sambil berkata, Nini: “Baiklah ibu, Nini sedar dan mengaku akan kesalahan Nini. Sekejap lagi Nini akan ke rumah Pak Kassim untuk memberitahu hal ini dan meminta maaf dengannya.” Ibu : “Bagus Nini, ibu tahu kamu anak yang bijak dan baik hati.” Nini : “Nini juga akan sentiasa membasuh dahulu makanan mentah sebelumdimakan ibu.” Lantas mereka berdua berpelukan sambil meminta maaf. “Maafkan ibu juga kerana tidak selalu memesan kepada kamu tentang hal ini danibu berharap kamu tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.” Tambah ibu lagi kepada Nini Nini mengangguk tanda faham dan setuju. LALU NINI MENDEKATI POKOK ITU DAN MEMETIK BUAHNYA PENUH KERIANGAN. SEUSAI MEMETIK BUAH JAMBU ITU, DIA SEGERA MENUNGGANG BASIKAL MILIKNYA UNTUK PULANG KE RUMAH. Maafkan ibu, Baiklah ibu. nak !


Pada petang itu, Nini menunggang basikal miliknya ke rumah Pak Kassim untuk meminta maaf tentang kejadian semalam. Nini : “Assalamualaikum Pak Kassim!” Pak Kassim :” Waalaikumussalam Nini, ada apa kamu kemari?” Nini merenung wajah Pak Kassim sejenak sambil menyusun perkataan di mindanya. Nini :”Saya datang kesini untuk meminta maaf. Saya telah mengambil sebiji buah jambu di pokok Pak Kassim semalam.” Pak Kassim : “Tidak mengapa Nini, Pak Kassim maafkan tetapi pastikan kamu membasuh dahulu buah jambu itu sebelum dimakan ya.” Nini : “Terima kasih Pak Kassim kerana memaafkan Nini, Nini berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi.” LALU NINI MENDEKATI POKOK ITU DAN MEMETIK BUAHNYA PENUH KERIANGAN. SEUSAI MEMETIK BUAH JAMBU ITU, DIA SEGERA MENUNGGANG BASIKAL MILIKNYA UNTUK PULANG KE RUMAH. Tidak mengapa Nini.


Nini pulang ke rumah dengan perasaan lega dan gembira. Dia tidak sabar untuk memberitahu ibunya tentang perbualannya dengan Pak Kassim dan dia berjanji dengan dirinya sendiri untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama dan ingin menjadi anak yang baik kepada ibu dan ayahnya. LALU NINI MENDEKATI POKOK ITU DAN MEMETIK BUAHNYA PENUH KERIANGAN. SEUSAI MEMETIK BUAH JAMBU ITU, DIA SEGERA MENUNGGANG BASIKAL MILIKNYA UNTUK PULANG KE RUMAH. -TAMAT KISAH-


NILAI & PENGAJARAN Kita mestilah meminta izin tuannya sebelum mengambil sesuatu. 1. Kita hendaklah menjaga kebersihan dan kesihatan diri. 2. Kita perlulah meminta maaf jika melakukan kesilapan. 3. 4.Kita mestilah mendengar nasihat ibu bapa.


1.Ranum = Cukup masak Sejenak = Sebentar atau sekejap 2. Seusai = Selesai atau sesudah 3. GLOSARI


Nini kelihatan sungguh teruja melihat sebiji buah jambu berwarna merah pekat di atas pokok rendang milik Pak Kassim. Buah jambu merupakan buah kegemaran Nini sejak kecil lagi, dia berhasrat untuk memetik buah itu dan menikmatinya dengan senang hati. Namun, semuanya bertukar menjadi hiba apabila dia berasa sakit perut selepas memakan buah itu. Apakah yang terjadi kepada Nini? Apa pula yang terjadi antara Nini dan Pak Kassim? Adakah Nini akan dimarahi ibunya? Semuanya akan terjawab dalam “Sebiji jambu milik jiran”. SEBIJI JAMBU MILIK JIRAN AINA BATRISYIA BINTI ZAMURI TAHAP 2


Click to View FlipBook Version