INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN BMMB3163 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN TUGASAN 2: PENULISAN REFLEKTIF Nama : NG XIN LIN No. K/P : 000415080460 Angka Giliran : 2020242340117 Program : PISMP Ambilan : JUN 2020 Unit : V6 Nama Pensyarah : PUAN ROS ANITA KARTINI BINTI MOHAMED Tarikh Hantar : 17 OKT 2023 PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: XinLin Tarikh : PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: XinLin Tarikh : 17/10/23 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh
Penghargaan Terima kasih saya ingin ucapkan kepada pihak yang telah membantu saya dalammenyiapkan kerja khusus bagi subjek BMMB3163 – Kebudayaan Kebangsaan. Saya juga bersyukur kerana dianugerahkan kesempatan masa dan tenaga sayamenyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama saya ingin mendedikasikan sekalung ucapan penghargaan ini kepadapensyarah subjek ini iaitu Puan Ros Anita Kartini Binti Mohamed kerana dengantunjuk ajar serta bimbingan beliau dalam subjek ini dapat mambantu saya dalammenyiapkan tugasan yang diberikan. Ucapan penghargaan ini turut didedikasikan kepada ibu bapa saya atas motivasi mereka merangsang semangat saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Akhir sekali, kepada rakan-rakan yang sudi berkolaborasi dalam pencarian maklumat serta memberi tunjuk ajar kepada saya dalam melengkapkan kerja khusus ini. Pemberian tugasan kerja khusus ini telah memberikan saya pelbagai pengalamandan pengetahuan yang bermakna. Sekian, terima kasih.
Isi Kandungan Bil. Butiran Muka surat 1.0 Pengenalan 1 2.0 Pengaruh Media Sosial 1-2 3.0 Pengaruh Politik 2-3 4.0 Pengaruh Ekonomi 3 5.0 Pengaruh Sosial 4 6.0 Kesimpulan 4 7.0 Rujukan 5
1 TUGASAN 2: PENULISAN REFELKTIF 1.0 Pengenalan Menurut Rohana Yusof, 2010, budaya didefinisikan sebagai perkara-perkaraberkaitan dengan budi dan akal. Istilah budi membawa maksud asli, pertama, sejati dan dipandang sempurna manakala daya pula dimaksudkan sebagai akal, jalanfikiran dan ciptaan. Kebudayaan pula merujuk kepada keseluruhan satu cara hidup(Kamus Dewan Edisi Keempt. 2010). Kongres Kebudayaan Kebangsaan yangmembawa kepada lahirnya Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) bermartlamat untuki mengelak berlakunya tragedi rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 terjadi lagi. Namun, dasar ini kelihatan sudah 'hilang' arah dan dilihat sinis oleh hampir setiapkaum di Malaysia. Sememangnya jalan menuju masyarakat yang bersatu padudanprogresif adalah jalan yang panjang dan sukar (Tan Sri Ghazali Shafie, 1997). Hal ini kerana terdapat pelbagai pengaruh akan yang mencabar keharmonian kebudayaankebangsaan pada masa hadapan misalnya, pengaruh media sosial dan pengaruhlain-lain. Pengaruh lain-lain di sini merujuk kepada pengaruh politik, pengaruhekonomi dan pengaruh sosial. 2.0 Pengaruh media sosial Pengaruh media sosial merupakan salah satu ancaman baharu perpaduanmasyarakat berbilang kaum di negara ini berikutan tindakan pihak tidakbertanggungjawab menggunakannya untuk menyebarkan cerita tidak benar yangboleh menjejaskan keharmonian. Rentetan dunia di hujung jari telah melahirkansegelintir pengguna yang mudah menyebarkan dan menyentuh isu sensiviti sesebuah etnik tanpa melakukan pembacaan telah menyebabkan wujudnyaprovokasi terhadap seseuatu kaum sehinggakan melemahkan kesepaduan etnikdi Malaysia. Hal ini disokong oleh kajian yang menyatakan terdapat segelintir informanyang mempunyai persepsi negatif terhadap penggunaan media sosial sebagai tempat untuk memfitnah pihak lain. Penyalahgunaan media sosial kerana kurangsensitif kepada isu-isu kesepaduan banyak menimbulkan salah fahamantara etnik. Media sosial seperti web dan blog serta facebook menyebabkan timbulnyakerenggangan etnik kerana banyak menimbulkan isu sensitif. Beberapa lamanwebjuga yang bebas bergerak telah memperkatakan begitu banyak isu bersifat sensitif disamping menaburkan fitnah serta berita palsu menyebabkan wujudnya keresahandalammasyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan bersifat rasis dan berunsur peretnikan.
2 Oleh itu, pengguna media sosial perlulah berhenti berkongsi cerita yangtidakdisahkan kebenarannya kerana ianya membuatkan masyarakat berpecah-belah. Hal ini demikian kerana, masyarkat akan mudah tunduk dan terpengaruh denganideologi yang bertujuan menyemai kebencian dan prasangka antara kaumdanbudaya di negeri dan negara ini dan keadaan itu hanya mensia-siakan pengorbananorang yang berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara. Pihak yangbertanggunjugawab juga boleh menganjurkan lebih banyak kempen seperti kempen'Sebenarnya.my' yang membolehkan orang ramai menyemak serta berkongsi mengenai sesuatu fakta yang sahih. Dengan ini, pengaruh media sosial terhadapkebudayaan kebangsaan boleh diatasi. 3.0 Pengaruh Politik Aspek politik juga akan mempengaruhi kebudayaan kebangsaan di Malaysia. Sistem politik di Malaysia adalah bercorak demokrasi. Hal ini bermaksud setiapwarganegara mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang bakal mentadbir negara. Parti politik yang menwakili kaum masing-masing juga mempunyai hak untukmenyuara, menjaga serta memperjuangkan kepentingan dan kelangsungan kaummasing-masing. Politik perkauman merupakan satu ciri penting negara ini selari dengan realiti masyarakat majmuk atau berbilang kaum. (Ahmad Tarmizi, 2006). Cabaran hubungan etnik yang utama dari aspek politik adalah masyarakat sukar menerima pemimpin daripada kaum yang lain. Misalnya, orang Melayu hanya bolehmenerima pemimpin yang memegang jawatan yang tertinggi adalah kaumMelayumanakala kebanyakkan orang Cina dan India juga cenderung untuk memilihpemimpin mereka terdiri daripada kaum mereka. Hal ini berlaku kerana masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia ini mempunyai semangat perkauman yang tinggi. Perkara ini tidak boleh dipandang rendah kerana ia mungkin akan menyebabkanperpecahan kaum serta pergaduhan antara kaum di negara ini. Politik perkauman menjadi lebih parah apabila isu-isu perkaumandiperalatkan untuk kepentingan sesuatu pihak dan mendapatkan sokongan rakyat. pihak dan mendapatkan sokongan rakyat. Untuk mengatasi cabaran ini, kerajaantelah mengambil tindakan dengan mewujudkan slogan 1 Malaysia. Konsep1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razakbermaksud “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia” Pendekatan ini dihasilkan demi menjelmakan kerajaan negara kita mengutamakanprestasi berpaksikan keutamaan rakyat. Pendekatan ini merupakan penyelesaian
3 bagi pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan menyanjung masahadapan yang dikongsi bersama. 4.0 Politik Ekonomi Dari aspek ekonomi pula, pengaruh yang dihadapi adalah dari segi dominasi ekonomi seperti jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi danketidakseimbangan pendapatan antara kaum di Malaysia. Sebagai contoh, padazaman sekarang, orang Cina kelihatan lebih menguasai sektor perniagaan di negaraini. Hal ini telah memberi kesan kepada semua kaum yang terdapat di Malaysia. Oleh itu, setiap etnik semakin berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntunganyang lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. Ini akan mewujudkan persaingan perniagaan yang besar dalam sektor ekonomi di negara ini. Sehubungan dengan itu juga, kaum-kaum di Malaysia mempunyai perbezaan dari segi pekerjaan yang menyebabkan jurang dalampendapatan. Sebagai contoh, orang Melayu cenderung untuk bekerja dengan pihak kerajaan, orang Cina bekerja dengan pihak swasta manakala kebanyakkan orang indiapulabekerja di ladang. Perkara ini juga menyebabkan masa untuk berinteraksi antarakaum yang berbeza adalah terhad dan hanya berpeluang untuk berkenalan dengankaum sendiri sahaja. Secara tidak langsung, semangat perkauman setiap kaumakanterus menebal. menebal. Justeru bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah mewujudkan pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Matlamat DEB ditubuhkan adalah untuk mencapai perpaduan negara melalui mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan di kalangan rakyat tanpamengira kaum, dan menyusun semula struktur masyarakat Malaysia manakalaDasar Pembangunan Nasional (DPN) turut diwujudkan dengan membawa matlamat yang sama dengan DEB iaitu menyatupadukan negara yang menjadi asas kestabilansosial dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang seimbang. Di samping itu, Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) juga diwujudkanbagi membasmi rakyat termiskin. Program ini dihasilkan khas untuk membantu rakyat miskin tegar dan golongan berpendapatan bawahan yang tidak mampu menyewarumah. Dengan program sebegini,kerajaan akan dapat membantu dan meringankanbeban mereka yang miskin.
4 5.0 Pengaruh Sosial Akhir sekali, aspek sosial juga adalah salah satu pengaruh hubungan etnik. Antara cabaran yang dihadapi adalah pemisahan fizikal. Misalnya, zaman sekarangmasih terdapat penduduk yang tinggal di pendalaman, maka mereka jarang dapat berkomunikasi dengan kaum yang lain. Kekurangan percampuran dan interaksi sosial merupakan cabaran yang amat besar. Sekiranya kekurangan pergaulanantara kaum, rasa kekitaan dan kepercayaan akan semakin hilang. Seterusnyacabaran boleh dilihat pada sistem pendidikan di Malaysia. Malaysia menpunyai sistem pendidikan yang tersendiri misalnya kaum Cina mempunyai sekolah aliranCina iaitu sekolah yang memberikan fokus kepada pendidikan menggunakan bahasaCina sahaja. Hal ini mengakibatkan generasi muda kaum Cina hanya bolehberinteraksi dengan bahasa Cina sahaja. Mereka akan lemah dalammenggunakanbahasa yang lain. Sehubungan dengan itu, program seperti program latihan khidmat negaraperlu dilaksanakan semula supaya dapat membantu mengatasi pengaruh dari aspeksosial. Hal ini kerana peserta program ini boleh disertai oleh semua warganegaraMalaysia. Pihak pengendali program ini perlu bertindak dengan adil dan tidakberberat sebelah kepada individu yang menyertai program ini tanpa mengira kaum. Apabila program ini dikendali dengan baik, maka perasaan cinta akan negara akandiwujudkan dan melahirkan generasi muda yang sanggup berkorban demi perpaduan bangsa. Secara ringkasnya, integrasi nasional secara umumnya satuproses yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggaakan tanah air (Sohaimi,2011). 6.0 Kesimpulan Kesimpulannya Malaysia sebagai sebuah negara yang bermasyarakat majmuk, pemupukan hubungan etnik adalah penting dalam memperkukuhkanperpaduan negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan harus dititikberatkan demi menjaga kemakmuran dan keamanan negara kita. Walaupun kita mungkinmenghadapi banyak cabaran dan dugaan, namun dengan adanya kerjasamapelbagai pihak, kestabilan politik dan keadilan sosioekonomi serta keharmoniannegara sentiasa terpelihara (Ali, 2017).
5 RUJUKAN Ahmad Tarmizi. (2006). Kesan strategi pembelajaran koperatif terhadap prestasi pelajar dalam. pendidikan perakaunan. Jurnal Pendidikan, 37– 61. Anding Kahar. (2021). Merenung semula Dasar Kebudayaan Kebangsaan. BHOnline. Ali, S.H. (2017). Ethnic relations in Malaysia: Harmony and conflict (2nd ed.). Strategic Information and Research Development Centre. Fairul Asmaini Mohd Pilus dan Seri Nor Nadiah Koris. (2018). 'Elak salah gunamedia sosial'. BH Online. Ghazali Shafie. (1997). “Rumpun Melayu: Cabaran dan Masa Depan Tamadunnya”, dalam Tamadun Melayu: Menyongsang Abad Kedua Puluh Satu. Ismail Kamus Dewan (2010). Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu & Budi Anto Mohd Tamring (2011). HubunganEtnik : Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa. Selangor : PenerbitanMultimedia Sdn.Bhd. Osman Bakar (2006), “Dialog Antara Agama di Malaysia: Rohana Yusof. 2010. Asas Sains Sosial : Dari Perspektif. Sosiologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan. Pustaka