The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CERPEN LUNA YANG SESAT
DAN SAJAK BINTANG HATI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Syazwani, 2024-03-03 09:17:27

TUGASAN 1 BMMB3283

CERPEN LUNA YANG SESAT
DAN SAJAK BINTANG HATI

JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT


JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT BMMB3283


PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang….. Saya bersyukur kehadrat ilahi kerana diberi kesempatan untuk menyiapkan tugasan yang diberi walaupun terdapat banyak halangan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Nor Azmiza bin Mohd Nor kerana telah banyak memberi bantuan dan panduan sepanjang tempoh kerja kursus ini dilakukan. Selain itu , terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan moral dan memahami waktu pembelajaran saya serta membantu saya mencari maklumat berkaitan. Terima kasih juga kepada adik-beradik yang banyak membantu dari segi penggunaan media massa untuk mendapatkan maklumat. Akhir sekali , terima kasih tak terhingga kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu dan berkongsi ilmu yang diperoleh serta membimbing saya, Semoga kita terus berjaya bagi mencapai masa depan yang diimpikan


CERPEN


PENGENALAN Cerpen merupakan singkatan kepada cerita pendek iaitu sebuah cerita yang lebih pendek berbanding novel. Menurut Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir, (2007), cerpen merupakan cerita pendek tentang kisah rekaan ringkas yang panjangnya antara 500 hingga 12,000 patah kata. Sesebuah cerpen perlulah mengandungi tema, persoalan, nilai, latar dan watak dan perwatakan. Penulis perlu menitikberatkan beberapa aspek penting dalam penulisan cerpen kanak-kanak agar sesuai dengan usia, tahap pemikiran dan pencapaian bahasa kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, cerpen yang dihasilkan perlulah menarik minat kanak-kanak untuk membaca terutamannya dengan memaparkan pelbagai gambar dan ilustrasi.


LUNA YANG SESAT


Di sebuah bandar,tinggal sekeluarga kucing yang dikenali sebagai Lola , Luna dan Lito . Lola merupakan ibu kepada Luna dan Lito. Perwatakan Luna dan Lito sangat berbeza. Luna lebih manja berbanding Lito. Saiz badan Luna juga lebih kecil daripada Lito. Perbezaan yang ada pada mereka menyebabkan mereka sering bergaduh.


Pada suatu petang, Luna mengajak Lito untuk menemaninya bermain di kawasan taman berdekatan rumah mereka tetapi Lito menolak permintaannya. Kerana sering digelar manja oleh Lito, Luna pergi ke taman seorang diri.


Ketika bermain ditaman, Luna terlihat seekorrama-rama yang sangat cantik. Tanpa berfikir panjang, Luna mengejar rama-rama itu. Ketika dia asyik mengejarrama-rama itu, dia baru tersedar bahawa dia sudah jauh daripada kawasan tempattinggalnya.


Luna mula takut dan cuba mengingat kembali jalan pulang ke rumah.“Aku rasa, aku tidak lari jauh daritaman tadi. Kenapa aku tidak pernah melihat kawasan ini. Aku harus cari jalan pulang” , Luna bermonolog. Luna semakin takut apabila langit semakin gelap.


Memandangkan waktu sudah semakin senja, Lola mula bertanya kepada Lito dimanakah keberadaan adiknya.“ Lito, dimana adik kamu? Bukankah kebiasaannya kamu bermain bersama-sama?” ,tanya Lola. “ Tidaklah ibu, saya menyuruh Luna pergi bermain seorang diri. Lagipun, dia sudah besar. Sudah pasti dia ingatjalan pulang ke rumah” , balas Lito.


Lola mula risau dan mengambil keputusan untuk keluar mencari anak bongsunya itu. Apabila sampai di kawasan taman, dia terkejut kerana tiada kelibat anaknya itu. “Anakku, kemana kau pergi nak” ,rintih Lola. Lito mula dibelenggu rasa serba salah kerana enggan menemani adiknya untuk bermain di taman. Hari sudah larut malam, Lola mengambil keputusan untuk mencari anaknya pada esok hari.


Luna merasa berputus asa untuk mencari jalan pulang. Dia mengambil keputusan untuk berehat dibawah sepohon pokok yang renek. Dia mula berasa sedih mengenangkan tempattidurnya yang selesa dirumah. Ketika Luna ingin cuba tidur,tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti ada yang cuba menghampirinya.


Alangkah terkejutnya Luna apabila seekor helang sedang menghampirinya. Dia cuba berlari selaju yang mungkin tetapi kakinya tersepak batang kayu kering. Ketika tompok cuba untuk bangun untuk selamatkan diri, datang seekortupai menuju ke arahnya.


Tanpa membuang masa,tupaitersebut membaling sebatang kayu ke arah helang tersebut. Kayu itu terkena pada mata helang itu. Tupai cepat-cepat mengajak tompok lari dari kawasan tersebut. “Jom ikut aku, kita perlu sembunyikan diri daripada si helang itu “, kata tupai. Walaupun tompok masih dalam ketakutan, dia tetap mengikutlangkah tupai kerana tupai itu telah menolongnya daripada dimakan oleh helang.


“Inilah tepattinggal aku. Mari kita masuk berehat.”, ajak situpai. “ Terima kasih kerana sudi membantu aku, namaku Luna”, kata Luna. “Nama aku pula Tutu. Lain kali, kalau kau dikejar helang lagi, cepat-cepat masuk ke dalam lubang ”, kata tupai. Luna berasa hairan dan memberitahu Tutu bahawa dia tidak mempunyai lubang. Tutu hairan dan bertanya kepada Luna dimanakah dia tinggal selama ini jika bukan di lubang. Luna menerangkan bahawa dia tinggal di rumah kayu.


Tutu menghidang buah kepada Luna tetapi Luna tidak makan buahbuahan.Jadi, untuk mejamu tetamu istimewanya itu, Tutu menghidangkan makanan kegemaran tompok iaitu ikan. Luna sangat gembira apabila dihidangkan dengan pelbagai jenis ikan. Mereka makan bersama-sama dimeja makan.


Keesokan harinya, Tutu membawa Luna bersiar-siar di kawasan hutan. Tompok tertanya-tanya di mana ahli keluarga Tutu. “ Sebenarnya aku hidup sendirian, ahli keluarga semua telah mati di serang oleh anjing. Aku sangat sunyi” , jawab Tutu.


“ Aku bersimpati dengan nasib kau tutu tetapi aku tak boleh temani kau disini. Aku harus cari jalan pulang untuk berjumpa ibuku “ , kata Luna lagi. Tutu faham akan perasaan Luna yang ingin berjumpa ibunya. Tutu yang mahir tentang selok-belok hutan menawarkan diri untuk membantu tompok mencari jalan untuk pulang ke rumahnya. Luna berasa sangat bersyukur kerana bertemu dengan Tutu yang sudi untuk membantunya.


Setelah satu jam mereka berjalan menuju ke hujung hutan, akhirnya mereka sampai juga di kota kecil kawasan tempattinggal Luna. Luna mengajak Tutu untuk singgah ke rumahnya terlebih dahulu kerana dia ingin memperkenalkan tutu kepada ibunya. Dengan rasa teruja, Luna berlari menuju ke rumahnya.


Lola sedang menyiapkan makanan untuk Lito di dapur. Tiba-tiba dia terdengar suara yang sangat dikenali iaitu suara anaknya, Luna. Lola yang terkejutterus berlari menuju ke hadapan rumah. “Alhamdulillah, anakku sudah pulang.” Kata kembang dengan suara yang sebak.


“Ibu, ini Tutu. Dia yang bantu saya mencari jalan pulang ke rumah. Semasa di hutan, Tutu juga telah menyelamatkan saya daripada seekor helang “ , kata Luna.


Kembang berterima kasih kepada tutu kerana sudi membantu anaknya yang dalam kesusahan. Sejak pada hari itu, Luna dan Tutu sering bermain bersama-sama. Luna akan ke hutan untuk bertemu Tutu kerana dia sudah ingatjalan darirumahnya ke tempattinggal Tutu. Selepas insiden tersebut, Lito tidak lagi membiarkan adiknya bermain seorang diritidak kira di mana sekalipun.


RUMUSAN Cerpen Luna Yang Sesat mengisahkan tentang seekor kucing bernama Luna yang tinggal di sebuah bandar kecil sesat di dalam hutan. Ketika sesat dihutan, Luna telah dibantu oleh seekor tupai yang bernama Tutu. Tema bagi cerpen tersebut ialah kesungguhan seekor kucing yang ingin mencari jalan pulang ke rumah. Antara teknik penceritaan yang telah digunakan ialah teknik pemerian, teknik dialog dan teknik monolog.


RUMUSAN Jalan penceritaan cerita ini sangat ringkas supaya mudah difahami oleh kanak-kanak. Perkataan yang digunakan bersesuaian dengan tahap pemikiran kanak-kanak. Jalan ceritanya juga tidak mempunyai konflik yang terlalu susah. Kesimpulannya, cerita Luna yang Sesat ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh dijadikan contoh dan teladan.


SAJAK


PENGENALAN Menurut Rahman Shaari (1987), sajak merupakan puisi Melayu moden yang muncul di Malaysia pada tahun 1930-an, manakala muncul di Indonesia sekitar tahun 1920-an. Sajak terbahagi kepada tiga bentuk iaitu sajak bebas, sajak terikat dan sajak separuh terikat. Sajak bebas tidak terikat dengan rima, rangkap dan ayat. Rima dan corak terbentuk melalui pemikiran sendiri. Sajak terikat pula terikat dengan pola tertentu seperti rima dan baris bagi setiap rangkap. Sajak separuh terikat pula mengandungi bentuk sajak separuh bebas dan separuh terikat.


HATI BINTANG Ibu, Bintang hati yang menerangi gelapku, Setiap tangisan, gelak tawa dan amarah disaksikannya, Tidak pernah jemu menjadi tempat untukku bersandar, Tiap masa. Ibu, Apabila dunia ini terasa berat, Dikau sentiasa menjadikannya mudah, Membuat aku percaya, Akan adanya pelangi selepas hujan.


HATI BINTANG Ibu Sentuhan lembutmu sentiasa melindungiku, Cinta, kasih dan sayangmu, Dapat ku rasa sehingga jiwa paling dalam, Dikaulah yang paling sempurna. Ibu Selagi nyawa masih terkandung badan, Akan ku berusaha menyinari duniamu, Menjadi penawar akan segala duka nestapa, Kau cinta pertama dan terakhirku.


RUMUSAN Sajak Bintang Hati ialah sebuah sajak yang menceritakan tentang pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya sejak kecil hingga dewasa. Tema bagi sajak ini ialah tema kasih sayang iaitu kasih sayang antara seorang ibu dan anaknya. Sajak ini merupakan sajak bebas yang terdiri daripada 4 rangkap dan 5 baris serangkap. Antara persoalan yang terdapat dalam sajak ialah menghargai ibu yang banyak berkorban, kasih sayang ibu yang tiada tandingan dan tanggungjawab seorang anak untuk membalas jasa ibu.


RUMUSAN Terdapat juga beberapa gaya bahasa yang digunakan untuk meningkatkan keindahan dalam sajak. Antaranya ialah sinkope iaitu penyingkatan kata seperti kata “tiap” yang berasal dari kata “setiap”. Selain itu, gaya bahasa asonasi juga digunakan dalam sajak. Asonasi ialah pengulangan bunyi vokal. Contohnya “ cinta, kasih dan sayangmu”. Banyak pengajaran yang dapat kita perolehi dari sajak ini iaitu kita mestilah menghargai ibu kita yang banyak berkorban untuk keselasaan kita. Selain itu, kita juga perlu percaya bahawa selepas kesusahan ada kesenangan.


RUJUKAN


RUJUKAN Rahman Shaari.(1987).Persediaan Menulis Sajak.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, Malaysia. Hassan Basri Nik Ab. Kadir.(2007). Komsas dan Tatabahasa Melayu. Icon Region Abdull Sedik, Nurul Azimah.(2011). a. Ekspresi Emosi Kanak-Kanak Melalui Bahan Bacaan Sastera. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia


TURNITIN


LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version