MPU21032
Penghayatan Etika & Perdaban
PERLEMBANGAAN SEBAGAI TIANG
SERI
En.Mohd Asri Bin Abd Ghani
KANDUNGAN
1. OBJEKTIF
2. PENGENALAN
3. DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN
4. SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
5. SURUHANJAYA REID
6. KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN
7. TUJUAN PERLEMBAGAAN
8. CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
9. UNSUR TRADISI DI MALAYSIA
10. KESIMPULAN
Ahli Kumpulan
Nur Alif Fakhrullah Bin
Ruzaiman
23DLS21F1044
Muhamad Haiqal Bin
Khairi Azhar
23DLS21F1032
Aliatunnur sophia Bt
Kamalul Arifin
23DLS21F1062
Kalaiarasi A/P Govindasamy
23DLS21F1020
OBJEKTIF
1. Memahami maksud keluhuran dan peruntukan-peruntukan utama
yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan.
2. Menghuraikan perlembagaan sebagai asas etika dan peradaban di
Malaysia
3. Menganalisis isu semasa perlembagaan.
4. Memahami sistem pemerintahan negara,demokrasi berparlimen ,raja
berperlembagaan ,pengasingan kuasa dan pilihan raya.
PENGENALAN
Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan dan prinsip yang bertindak
sebagai dasar kepada pembentukan kerajaan dan menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan
kuasa dalam pentadbiran negara.Kebanyakan negara di dunia ini mempunyai perlembagaan dalam bentuk
bertulis termasuk Malaysia,iaitu prinsip-prinsip perlembagaan yang dikumpul dan dikanunkan dalam satu
dokumen .Namun terdapat juga perlembagaan dalam bentuk tidak tertulis,iaitu sejenis perlembagaan yang
tidak dikanunkan di dalam satu dokumen.Di dalam bab ini dijelaskan tentang sejarah penggubalan
Perlembagaan Malaysia, konsep keluhuran perlembagaan,peruntukan utama dalam perlembagaan,kontrak
sosial dan sistem pemerintahan negara. Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan
nasianolisme melayu dan bumiputera serta penglibatan etnik etnik lain yang berunding sesame mereka
dan dengan sultan negeri-negeri dan british.Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kedudukan anak
watan dalam kalangan melayu dan bumiputera,Orang asli dan juga etnik -etnik lain.Selain itu ,
perlembagaannya bersifat mengurus etnonasionalisme anak watan dan keperluan masyarakat etnik yang
sivil.Pengalaman pemerintahan persekutuan di Negeri Sembilan dijadikan asas untuk membina negara
moden Malaysia.Kepentingan setiap rakyat ,negeri dan kumpulan minority diambil kira dan dilindungi oleh
Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang setiap negeri.
DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan paada 31 ogos 1957 Kemudian ,
diperkenalkan pula sebagai perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 Septmeber 1963.
Perlembagaan ialah dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang mustahak bagi
penubuhan dan kewujudan sebuah negara dan sistem politiknya.Perlembagaan menjadi sumber kepada
undang-undang dalam negara berkenaan.Semua undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengan
undang-undang dan prinsip perlembagaan dan jika bertentangan , maka undang-undang perlembagaan
yang lebih unggul diterima pakai sebagai undang-undang yang lebih utama.Secara ringkasnya ,
perlembagaan persekutuan menyentuh bidang kuasa eksekutif ,legislative,kehakiman , kedudukan islam
,kewarganegaraan ,bahasa kebangsaan ,kedudukan istimewa orang melayu ,bumiputera Sabah dan
Sarawak dan lain-lain.
Selain itu, perlembagaan juga ialah sebuah dokumen yang mengandungi
peruntukan-peruntukan asas tertentu yang secara tersendiri mencerminkan pertimbangan suasana
muhibah , penerimanya yang murni dan kesefahaman antara rakyatnya.Perlembagaan bukan sekadar satu
dokumen undang-undang tetapi ialah dokumen yang tidak terpisah daripada sejarah ,perkembangan
tradisi sesuatu negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Beberapa kesimpulan tentang makna perlembagaan iaitu :
i. Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan pemerintahan negara.
ii.Kerangka asas yang membentuk dan memandu system pemerintahan sesebuah negara.
iii.Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua undang-undang lain di dalam negara iv.Rujukan
tentang aspirasi dan pelan induk pemerintahan negara.
v.Mengawal pemerintahan dan yang diperintah dalam mempertahankan kewujudan dan kesinambungan
negara.
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
Pada tahun 1954,rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman di London telah gagal kerana
British menganggap Tanah Melayu belum bersedia untuk diberi kemerdekaan penuh. Pada Januari 1956 ,Tunku
Abdul Rahman mengadakan rundingan di London buat kali kedua bagi membuat rundingan berkenaan Tarikh
kemerdekaan untuk negara serta membincangkan tentang penggubalan Perlembagaan Persekutuan .Rundingan
tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956 dan dikenali sebagai London Constitutional
Conference 1956.Hasil daripada konferensi ini ,Brtain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu serta menubuhkan suruhanjaya bebas untuk membentuk Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu.
SURUHANJAYA REID
Pada Mac 1956, satu Suruhanjaya Perlembagaan telah ditubuhkan untuk merangka dan
meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Suruhanjaya ini diketuai oleh Lrd William
Reid (Hakim Mahakamah Rayuan Engaland) dan dianggotai oleh empat orang ahli dari
negara komanwel iati Sir Ivor Jennings (ahli akademik dari Britain).Sir William Mckell (ahli
politik dari Australia) ,Tuan B.S Malik (ketua hakim mahkamah tinggi India) dan Tuan Abdul
Hamid(hakim mahkamah Pakistan).Ahli yang dilantik untuk menganggotai Suruhanjay Reid
telah dipersutujui oleh Majlis Raja-Raja fan Menteri Perikatan.
Bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut .mereka dibekalkan dengan terma rujukan yang berikut :
i. Memeriksa perlembagaan di Tanah Melayu
ii. Mengambil kira kedudukan Raja Melayu.
iii. Syor supayaperlembagaan persekutuan berasaskan demokrasi berparlimen
iv. Mempunyai dua dewan perundangan dengan peruntukan :
1. Kerajaan pusat yang kuat
2. Memelihara kedudukan dan martabat Raja berperlambagaan.
3. Memilih seorng ketua negara (YDPA) dalam kalangan Raja-raja melayu.
4. Kewarganegaraan yang sama untuk seluruh persekutuan .
5. Kedudukan istimewa masyarakat Melayu serta hak-hak sah kaum lain.
Lord Reid telah melawat tanah melayu pada mei 1956,manakala ahli suruhanjaya yang lain adalah pada
jun 1956 untuk memulakan tugas mereka .Suruhanjaya Reid telah meminta pandangan dan pendapat
secara langsung daripada semua peringkat masyarakat.Sebanyak 118 pertemuan telah diadakan antara
Jun hingga Disember 1956 dan 31 memorandum telah diterima daripada pelbagai pihak seperti Raja-Raja
melayu ,parti politik ,pertubuhan dan orang perseorangan.Memorandom daripada parti perikatan
menjadi rujukan asas bagi penyediaan laporan oleh suruhanjaya ini.
KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara Malaysia yang ketiga.
Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian perlembagaan atau ketertinggian
undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukanya sebagai
undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua
undang-undang. Yang di-Pertuan Agong (YPDA) serta sistem pemerintahan kerajaan
yang terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada
Perlembagaan Persekutuan.
Melalui konsep ini, tidak terdapat institusi yang mengatasi ketertinggian Perlembagaan
Persekutuan sekali gus menjadikanya sebagai perlindung kepada rakyat. Badan
kehakiman ialah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan
ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan
sesuatu undang-undang
TUJUAN PERLEMBAGAAN
Mewujudkan pemerintahan yang adil
⚫ Perlembagaan Persekutuan digubal berdasarkan tolak ansur dan permuafakatan kaum
⚫ Memastikan keadilan ekonomi antara kaum tetapi turut memelihara hak istimewa orang
Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak
Pembentukan integrasi kaum yang bersatu padu dan setia kepada negara
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
⚫ Yang di-Pertuan Agong serta sistem pemertihan kerajaan yang terdiri daripada badan
perundangan, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan
⚫ Perlembagaan Persekutuan merupakan panduan dalam pemerintahan dan tindakan
pemerintah adalah berdasarkan kepada Perlembagaan
⚫ Perlembagaan Persekutuan manjamin keadilan, kecekapan dan ketelusun dalam sistem
pentadbiran dan pemerintahan
⚫ Menjelaskan bidang kuasa pemerintahan yang menjamin kerjasama antara kerajaan negeri
dan persekutuan
Menjaga keamanan dan kestabilan negara
⚫ Sekatan-sekatan dalam Perlembagaan yang membataskan kebebasan individu
akan menjamin keamanan dan kestabilan negara serta mengekalkan perpaduan
⚫ Pindaan terhadap Perlembagaan tidak boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya
⚫ Perubahan pemimpin selepas pilihan raya tidak mengubah corak pemerintahan
⚫ Rakyat mendapat jaminan undang-undang serta tiada diskriminasi dalam
perlembagaan
Alat rujukan bagi menyelesaikan masalah
⚫ Hukuman kepada individu yang melakukan kesalahan adalah rujukan dalam
perlembagaan
Menjadi rujukan tertinggi dalam undang-undang yang bertentangan
Mengekalkan identiti negara/menjamin keutuhan dan kedudukan negara
⚫ Unsur-unsur tradisi dan perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan akan
menjamin riwayat negara bangsa serta mengekalkan nilai dan identiti masyarakat
Malaysia
Ciri-ciri Perlembagaan
Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia adalah seperti yang berikut:
a) Kestabilan dalam pemerintahan - Pemerintahan malaksanakan
tatacaralazim yang menjadi kebiasaan umum supaya rakyat dapat
mengambil bahagian dalam pembangunan negara.
b) Tanggungjawab ke atas rakyat - Permintaan rakyat merupakan panduan
bagi kerajaan untuk bertindak. Ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan
disampaikan melalui saluran yang betul.
c) Perwakilan rakyat dipilih melalui pilihan raya.
d) Pembahagian kuasa - Kerajaan bertindak sebagai pembuat dan perlaksana
dasar
e) Kerajaan bersifat terbuka - Perbincangan di Parlimen seperti belanjawan
negara dan pembuat dasar-dasar baharu diumumkan menerusi media
supaya rakyat maklum.
Institusi Beraja Islam ialah agama bagi
Persekutuan;
Pemerintahan beraja UNSUR tetapi agama-agama Bahasa
menjadi salah TRADISI DI lain boleh Melayu
satu unsur tradisi MALAYSIA diamalkan dengan aman
yang sangat dan damai Bahasa Kebangsaan
penting dalam di mana-mana Bahagian ialah Bahasa
Malaysia. Raja-raja Persekutuan. Agama Melayu dan hendaklah
memainkan peranan Islam dalam tulisan
yang sangat merupakan agama yang diperuntukkan
penting dalam rasmi di Malaysia. melalui undang-
menjaga dan Islam telah lama undang oleh Parlimen,
mengekalkan adat bertapak di Unsur-unsur
dan sistem Malaysia dan majoriti tradisi termasuklah
pemerintahan tertua penduduk di memperuntukkan
negara Malaysia adalah Melayu Bahasa Melayu sebagai
dan Bahasa
memeluk agama islam Kebangsaan. Bahasa lain
boleh
Agama Islam digunakan sekiranya ia
tidak
bercanggah dengan
Perlembagaan
- perlembagaan mempunyai kedudukan yang tertinggi dengan
prinsip-prinsip yang sedia ada.
- melalui perlembagaan, setiap warganegara sama ada
pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-masing.
- perlembagaan persekutuan menjadi teras kedudukan
perlembagaan malaysia.
- konsep-konsep pembahagian kuasa antara kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri dapat melicinkan pentadbiran
negara sekaligus mewujudkan keamanan dan kestabilan negara.
KESIMPULAN