Teori pembelajaran
behaviorisme dan
aplikasi
Disediakan oleh :
Siti Sumayya Binti Mohamed Mehboob (154148)
Nur Farhana Binti Che Rahim (152006)
Apa itu behaviorisme?
● Behaviourisme menekankan pada perubahan tingkah laku yang didasari
oleh prinsip stimulus dan respons. Teori ini mengutamakan kemahiran
berkaitan fizikal.
● Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan
perubahan pada tingkah lakunya. Menurut teori ini, yang paling penting
adalah input yang berupa stimulus dan output yang berupa respons.
● Apa sahaja yang diberikan oleh guru (stimulus) dan apa yang dihasilkan
oleh murid (respons) semuanya harus diperhati dan diukur.
● Menurut Rahil Muhyidin J.M. (2000), dalam buku Psikologi Pendidikan II,
tokoh-tokoh behaviorisme berpendapat bahawa pelajaran merupakan
suatu hal yang penting untuk melihat terjadinya perubahan tingkah laku.
Tanggapan ahli behaviourisme
1 Tingkah laku manusia dipengaruhi 2 Pembelajaran adalah hasil
daripada kejadian yang
pembelajaran oleh rangsangan
daripada persekitaran diperhatikan
3 Pembelajaran melibatkan 4 Rangsangan dan tindak balas
perubahan tingkah laku berlaku dalam masa yang singkat
5 Abaikan proses mental atau 6 Prinsip pembelajaran teori ini
kognitif di dalam kelas akan merentasi semua spesies
Tokoh Behaviourisme
Tokoh Teori Pelaziman Klasik Tokoh Teori Pelaziman Operan
Ivan Petrovich John Broadus Edward Lee Burrhus Frederic
Pavlov Watson Thorndike Skinner
(1874-1949)
(1849-1936) (1878-1958) (1904-1990)
Teori
Pelaziman
Klasik
Pengenalan Teori
Pelaziman Klasik
● Menurut teori Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud
apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan yang dilakukan. Manakala
rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng
1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas.
Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan
pembelajaran.
● Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri, maka murid dengan cepat
akan berdiri. Jadi, daripada situasi tersebut, arahan yang diberikan oleh guru ialah rangsangan,
manakala tindakan berdiri ialah gerakbalas.
● Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan
daripada rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut
dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali
sebagai pelaziman klasik.
● Pelaziman klasik ini juga mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan,
mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa
yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997).
● Teori ini juga dikenali sebagai sebagai pelaziman gantian, pelaziman pemindahan dan
pelaziman bergerak balas/responden.
● Menurut Mok Soon SANG, (2009), teori Pavlov mempunyai 4 fasa yang dilalui oleh
seseorang individu untuk menguasai atau mengubah tingkah laku mereka iaitu fasa
penguasaan, fasa generalisasi, fasa diskriminasi dan fasa penghapusan yang boleh
diaplikasikan dalam pembelajaran.
Teori Pelaziman
Klasik Ivan
Petrovich Pavlov
(1849-1936)
Eksperimen Teori Ivan Pavlov
● Pavlov mencadangkan bahawa proses asas pembelajaran ialah pembentukan berkaitan
antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G).
● Beliau membuktikan pelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas seekor anjing.
Beliau mendapati apabila anjing itu melihat bekas dengan makanan, anjing itu
mengeluarkan air liur.
● Beliau membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas
makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan
kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak
dengan pemberian sesuatu rangsangan.
Mengaplikasikan Teori Ivan
Pavlov dalam Pembelajaran
Hasil daripada kajian Pavlov, beliau berpendapat bahawa pembelajaran boleh
berlaku akibat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Pembelajaran
yang berlaku akibat perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan
pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan ialah pelaziman klasik.
Contohnya:
Mengaplikasikan Teori Ivan
Pavlov dalam Pembelajaran
● Seorang guru mata pelajaran Geografi mengajar kelas yang kurang minat terhadap mata
pelajaran Geografi. Setiap kali guru tersebut mengajar di dalam kelas, didapati ramai pelajar
yang bermain dan kurang memberikan perhatian ketika dia sedang mengajar. Guru tersebut
sangat risau akan sikap dan tingkah laku pelajar di dalam kelas tersebut . Jadi guru tersebut
mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu supaya pelajar kelas tersebut dapat
memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap subjek Geografi
● Guru tersebut telah mengenalpasti kecenderungan minat pelajar di kelas tersebut. Para
pelajar pastinya suka akan muzik dan nyanyian kerana jiwa remaja cenderung terhadap
keseronokan. Jadi guru tersebut mencari lagu dan muzik untuk digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Mengaplikasikan Teori Ivan
Pavlov dalam Pembelajaran
● Berdasarkan teori klasik Pavlov, guru tersebut menggunakan kaedah lagu sebagai rangsangan
tak terlazim untuk menarik minat pelajar terhadap subjek Geografi. Berikut merupakan rajah
berdasarkan teori Pavlov. Dalam keadaan ini terdapat tiga proses yang berlaku iaitu sebelum
pelaziman, semasa pelaziman, dan selepas pelaziman
Sebelum Pelaziman Semasa Pelaziman Selepas Pelaziman
Guru menggunakan lagu Semasa guru mengajar subjek Semasa guru mengajar
(rangsangan yang tak Geografi (rangsangan terlazim) subjek Geografi
beliau menyertakan dengan lagu
terlazim) yang menunjukkan (rangsangan tak terlazim) yang (rangsangan terlazim)
pelajar memberi tumpuan menarik dan hasilnya pelajar menunjukkan hasil pelajar
(gerak balas tak terlazim) memberi tumpuan (gerak balas
tidak menunjukkan
tak terlazim) respon (gerak balas
terlazim)
Rumusan Teori Pelaziman
Klasik Ivan Pavlov
● Pelajar akan memberi respon yang positif sekiranya dirangsang dengan sesuatu yang
menyeronokkan. Para guru perlu mencuri perhatian mereka dengan aktiviti yang merangsang
minat mereka supaya mereka dapat memberi perhatian yang sepenuhnya.
● Teori ini dapat meningkatkan kesedaran guru tentang rangsangan dan gerak balas yang
mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.
● Untuk mengajar dengan berkesan, guru harus mengaitkan pengalaman positif (rangsangan
terlazim) dengan tugasan pembelajaran (rangsangan tak terlazim) untuk menghasilkan gerak
balas terlazim. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin
kukuh gerak balas terlazim itu.
Teori Pelaziman
Klasik John
Broadus Watson
(1878-1958)
Eksperimen Teori J.B. Watson
Eksperimen ke atas Little Albert
● Kajian Watson banyak dipengaruhi oleh teori pelaziman klasik Ivan Pavlov dan
berdasarkan tingkah laku haiwan.
● Beliau menggunakan seorang bayi yang berumur 9 bulan bernama Albert dan seekor
tikus putih.
● Albert pada mulanya tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus itu tetapi apabila satu
bunyi kuat yang dikeluarkan semasa Albert mendekati tikus itu, dia mula menjadi takut.
● Situasi ini diulangi beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut Albert kepada
tikus.
Mengaplikasikan Teori Watson dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
Menurut Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Azizi Abdul Shukor, 2008
dalam buku yang bertajuk psikologi pendidikan menyarankan kepada guru
bahawa mereka dapat mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar
dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepada pelajar dan
jenis respond yang akan dihasilkan. Dengan menggabungkan beberapa
rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi dan
dalam proses pengajaran guru haruslah memilih rangsangan yang
menyeronokkan.
Mengaplikasikan Teori Watson dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
● Seorang guru boleh mempengaruhi pembelajaran dengan menentukan pelbagai jenis
rangsangan dalam pengajaran mereka. Dengan penyediaan rangsangan yang baik dan tepat
guru mampu dalam menentukan jenis respond yang diingini oleh pelajar. Oleh demikian dengan
menggabungkan kedua-dua aspek tersebut maka guru mampu untuk menyampaikan topik
pengajaran secara berkesan dan efektif.
● Teori pelaziman oleh J.B. Watson dapat diaplikasi kepada beberapa masalah yang berlaku di
sekolah. Masalah yang guru sering berhadapan adalah dalam subjek Pendidikan Sejarah iaitu
murid kurang menguasai tajuk yang berkaitan dengan Sejarah penaklukan jepun di tanah
Melayu.
Mengaplikasikan Teori Watson dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
● Boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan mewujudkan satu
rangsangan yang dalam bentuk peneguhan yang mana dapat menghasilkan respond yang positif
dari rangsangan yang diberi. Tambahan dengan menggunakan rangsangan dalam bentuk
peneguhan guru dapat melihat respons pelajar terhadap rangsangan tersebut.
● Guru memberi penekanan kepada latihan menjawab soalan berkaitan tajuk Sejarah penaklukan
jepun di tanah melayu.
● Guru perlu memberi latihan tersebut secara konsisten dan berterusan agar pelajar dapat
meningkatkan kemahiran dan kefahaman mereka terhadap tajuk yang kurang difahami dan
membantu mereka menguasai ilmu tersebut.
● Guru dapat melihat sama ada rangsangan yang diberikan berkesan atau tidak dengan melihat
kepada respons yang diberikan oleh murid. Dengan memberi peneguhan secara berterusan
dapat membantu murid dalam menguasai Pendidikan Sejarah tersebut
Rumusan Pengaplikasian Teori
J.B. Watson
● Seorang guru boleh mempengaruhi pembelajaran dengan menentukan pelbagai jenis
rangsangan dalam pengajarannya. Dengan menggabungkan rangsangan dan gerak balas yang
diingini oleh murid-murid, guru-guru boleh mengajar pelbagai topik pengajaran secara
berkesan dan efektif.
● Guru dapat memerhatikan tingkah laku pelajar supaya guru dapat mengawal tingkah laku
pelajarnya. Contohnya, guru memberi rangsangan seperti pujian kepada pelajarnya terutama
kepada pelajar yang kurang berminat untuk belajar. Melalui rangsangan yang diberikan, guru
dapat memerhatikan tingkah laku pelajar tersebut sebelum dan selepas diberikan rangsangan
Teori
Pelaziman
Operan
Pengenalan Teori
Pelaziman Operan
● Perkataan ‘operan’ dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas. Pelaziman
operan ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu
mengoperat (atau operating) ke atas persekitarannya.
● Pembelajaran Pelaziman Operan ini merujuk kepada sesuatu bentuk pembelajaran seseorang
individu yang menggunakan sesuatu gerak balas yang kukuh dan tetap dipilih daripada beberapa
gerak balasnya.
● Dalam teori pelaziman operan ini terdapat 2 tokoh yang menjalankan kajina iaitu Skinner dan
Thorndike.Kedua-dua tokoh ini menggunakan teori ini bagi menjelaskan eksperimennya.
Model Pembelajaran Pelaziman Operan merangkumi beberapa konsep utama :
1. Gerak balas operan berlaku secara diri sendiri, jika mendapat hasil yang berkesan, ia
akan dikukuh dan dikekalkan.
1. Sebarang rangsangan yang dapat mengukuhkan gerak balas individu adalah disebut
sebagai peneguh (reinforcer), atau rangsangan meneguh (reinforcer stimulus).
Peneguh boleh bersifat positif atau negatif. Kedua-duanya pula menghasilkan
peneguhan (reinforcement) ke atas gerak balas berkenaan.
1. Peneguhan merupakan suatu teknik atau proses yang menggunakan peneguhan untuk
mengukuh dan mengekalkan gerak balas berkenaan. Peneguhan juga ada peneguhan
positif dan peneguhan negatif
Teori Pelaziman
Operan Edward
Lee Thorndike
(1874-1949)
Eksperimen Puzzle Box E.L. Thorndike
● Beliau mengurung seekor kucing yang lapar dalam puzzle box yang mempunyai kunci.
Jika kucing itu cuba mencakar peti itu dan jika ia berjaya menekan kunci peti itu, pintu
akan terbuka dan kucing itu dapat keluar ke arah makanan yang disediakan.
● Thorndike telah perhatikan bahawa kucing itu telah melakukan bermacam-macam
tindakan untuk keluar sehingga kucing itu tertekan kunci dan pintu terbuka. Masa yang
diambil oleh kucing itu untuk membuka pintu puzzle box dicatat.
● Beberapa jam kemudian, kucing yang lapar itu dimasukkan ke dalam puzzle box yang
sama. Kali ini, kucing itu berjaya membuka kunci pintu dalam masa yang singkat.
Mengaplikasikan Teori Thorndike
dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teori ini dijelaskan dalam pembelajaran dalam kelas seperti berikut:
● Masalah kesukaran dalam penyelesaian masalah matematik berayat ini sering dihadapi oleh
pelajar dan didapati kurang berminat untuk mencuba soalan penyelesaian masalah yang
dianggap susah.
● Guru-guru perlu merancang strategi yang lebih efektif untuk membantu pelajar mengatasi
kelemahan mereka dalam menyelesaikan masalah penyelesaian masalah di samping menarik
minat mereka semula.
● Apabila konsep kesediaan ini dipindahkan kepada bilik darjah, dikatakan murid akan berasa puas
apabila dia bersedia bertindak mempelajari matematik berayat. Apabila dia bersedia untuk
bertindak mempelajari matematik berayat tetapi tindakan tidak dilakukan, maka dia akan berasa
kecewa. Sebaliknya,apabila murid belum bersedia untuk bertindak mempelajari matematik
berayat,dia juga akan berasa kecewa
Hukum Hukum Latihan Hukum Kesan
Kesediaan
Perkaitan antara Ikatan ganjaran dengan
Sekiranya pelajar itu sanggup rangsangan dan gerak balas tindakan akan bertambah
menerima sesuatu ganjaran kukuh sekiranya pelajar
yang diberikan tiap-tiap kali bertambah kukuh jika memperolehi kesan yang
terdapat latihan. Hukum memuaskan selepas latihan
dan dapat kepuasannya, latihan menyatakan bahawa yang baik dihasilkan. Apabila
maka perhubungan di antara sesuatu tindakan akan di pelajar melakukan kerja
gerak balas dengan ganjaran teguhkan dengan ganjaran, matematik berayat dengan
dan akan dilemahkan tanpa
tersebut akan semakin ganjaran. Mengikut hukum betul, guru memujinya
kukuh. Pemberian ganjaran ini, latihan tanpa ganjaran dengan serta merta, pelajar
yang sesuai dengan ini tidak bermakna. yang berkenaan akan
kehendak pelajar akan Pengulangan tanpa ganjaran mendapat kepuasan dan
mendorongkan lebih
bersedia untuk menjalankan tidak mengakibatkan gerak balas itu akan
proses pembelajaran pada pembelajaran. diperkukuh serta dikekalkan.
masa akan datang.
Rumusan Pengaplikasian Teori
Thorndike dalam Pembelajaran
● Teori ini meningkatkan tahap kesediaan belajar. Pada masa yang sama, guru perlu
memainkan peranan dalam menggunakan motivasi yang sesuai.
● Dapat mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas pelajar dengan
memperbanyakkan aktiviti latihan,ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang
menyeronokkan.
● Guru juga perlu memberikan ganjaran atau peneguhan untuk respon atau gerak balas yang
betul daripada pelajar serta guru perlu menekankan pemberian peluang kepada pelajar untuk
menikmati kejyaan dalam pembelajaran mereka.
Teori Pelaziman
Operan Burrhus
Frederic
Skinner
(1904-1940)
Eksperimen Kotak B.F. Skinner
● Seekor tikus lapar diletakkan ke dalam ‘Kotak Skinner’ yang dilengkapi dengan alat
penekan pada dindingnya.
● Pada permulaannya, tikus itu berlari ke sana ke sini kerana lapar. Kemudian secara tidak
sengaja, tikus itu terpijak alat penekan tersebut dan ini menyebabkan biji-biji makanan
terkeluar.
● Proses yang sama diulangi berkali-kali sehingga tikus itu mendapati bahawa alat penekan
dipijak maka makanan diperolehi.
● Skinner memutuskan hubungan antara makanan dengan alat penekan. Ini menyebabkan
makanan tidak terkeluar apabila alat makanan ditekan.
● Ini menyebabkan tikus itu berhenti menekan butang tersebut.
Mengaplikasikan Teori Skinner dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
● Kemahiran yang baru dipelajari hendaklah diberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti
dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat diperkukuhkan atau dikekalkan.
● Contohnya, guru memberi latihan atau membuat ujian kepada pelajar selepas mengulangkaji
topik pelajaran tersebut. Ini menyebabkan pengetahuan pelajar dalam topik tersebut
diperkukuhkan.
● Prinsip penghapusan proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan
tingkah laku pelajar yang tidak diingini. Misalnya, menghentikan peneguhan yang diberikan
dahulu, sama ada peneguhan positif atau negatif.
Mengaplikasikan Teori Skinner dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
● Contoh peneguhan positif yang boleh dihapuskan ialah sistem penilaian kedudukan pelajar
dalam kelas mengikut keputusan peperiksaan. Pendedahan berkenaan kedudukan mereka akan
menyebabkan pelajar yang tercorot berasa malu di dalam kelas tersebut. Manakala peneguhan
negatif yang boleh dihapuskan ialah memberi denda seperti merotan pelajar yang tidak
menyiapkan kerja sekolah atau pelajar yang gagal dalam peperiksaan.
● Guru juga perlu membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman
operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran yang tepat.
● Contohnya, apabila guru sejarah menjelaskan dan memberi nota berkenaan topik zaman
jahiliah, pelajar perlu memberi tumpuan berkaitan pengajaran tersebut serta mencari nota-nota
tambahan beritan dengannya.
Rumusan Pengaplikasian
Teori Skinner
● Guru memainkan peranan yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Guru perlu mahir dalam mengawal psikologi pelajar-pelajar bagi
memastikan pelajar terus bersemangat untuk belajar.
● Guru perlu berdedikasi dalam membantu para pelajar untuk meningkatkan prestasi di dalam
kelas. Kejayaan pelajar bergantung kepada kemahiran yang dimiliki oleh guru dalam
mengawal suasana pembelajaran di dalam kelas
● Guru perlu menekankan Peneguhan positif kepada pelajar iaitu dengan memberi ganjaran
kepada pelajar secara berterusan meningkatkan semangat dan keyakinan diri pelajar untuk
terus belajar.
Rumusan Pengaplikasian
Teori Skinner
● Guru mesti teliti dalam pemberian denda kepada pelajar supaya tidak mendatangkan kesan
buruk dalam jangka masa yang panjang. Sebaliknya guru perlu bijak dalam mengawal
psikologi pelajar iaitu tidak mendatangkan kesan buruk kepada pelajar tetapi kerja yang
diberikan dapat disapkan sepenuhnya.
● Apabila pelajar tidak menyiapkan kerja rumah guru tidak seharusnya memberikan denda
dalam bentuk fizikal seperti merotan kerana kesihatan pelajar akan berisiko sebaliknya
memberikan lebih banyak kerja rumah jika tidak menyiapkannya. Ini akan menyebabkan
pelajar khuatir jika kerja sekolahnya akan terus bertambah lantas menyiapkannya.
Kesimpulan
● Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi
kita untuk membezakan dan memisahkan antara pembelajaran dan tumbesaran kerana
kedua-duanya saling berkait.
● Kita tidak dapat melihat pemikiran tetapi kita kita dapat membuat pemerhatian terhadap
tingkah laku manusia.
● Daripada tingkah laku inilah yang kita dapat membuat kesimpulan tentang apa yang
mereka sedang fikirkan.
● Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian daripada tokoh-tokoh yang terkenal boleh
dijadikan panduan oleh guru dan pihak sekolah untuk merancang strategi meningkatkan
keberkesanan bagi mengatasi masalah tingkah laku pelajar dan meningkatkan prestasi
murid dalam pembelajaran.
Rujukan
● Elias R.M. (2007). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Karisma Publication Sdn.Bhd.
● Kamarudin Hj Husin (1993). Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Selangor
Darul Ehsan : Longman Malaysia Sdn.Bhd.
● Teori Pengajaran Tingkah Laku. Diperoleh semula pada 29 Oktober 2014 daripada
http://upsi-kpt4033-s.wikispaces.com/Teori+pengajaran+tingkah laku