Kong Zhi merupakan seorang sasterawan dan
tokoh pemikir yang terkenal pada zaman
dahulu. Pada suatu hari, Kong Zhi dan anak
muridnya pergi ke suatu tempat dengan
menaiki kereta kuda.
Dalam perjalanan, mereka bertembung
dengan seorang budak yang berumur enam
tahun. Budak itu sedang bermain di tengah
jalan. Anak murid Kong Zhi yang melihat
keadaan ini mengarahkan budak itu supaya
ke tepi.
Budak kecil itu menjawab, " Di sini ada
sebuah kota, elok tuan cari jalan lain untuk
lalu dari sini." Anak murid Kong Zhi nampak
ada sebuah kota batu yang telah dibina di
atas tanah.
Anak murid Kong Zhi berasa lucu dan
berkata, " Budak nakal, cepat beri laluan! "
Budak kecil itu berkeras untuk tidak beralih.
Dia berkata, "Boleh, dengan syarat tuan
dapat menyatakan kebenaran.
Adakah kota saya perlu elakkan kereta
tuan, atau tuan yang perlu elakkan kota
saya? Sejak dahulu lagi, keretalah yang
berjalan mengelilingi kota, mana ada kota
yang beri laluan kepada kereta!"
Kong Zhi yang tertarik dengan percakapan
budak itu turun dari kereta kuda dan
berkata, "Kata-kata kamu memang benar,
tetapi kami kesempitan masa. Bolehkah
kamu berikan kami laluan?"
Budak kecil itu pula berkata lagi," Saya
dengar tuan seorang yang berpengetahuan
luas. Kalau tuan dapat menjawab soalan
saya, saya akan beri laluan kepada tuan."
Kong Zhi bersetuju dengan cadangan itu.
Budak kecil itu menunjukkan ke arah
langit dan bertanya,: Kita boleh
nampak bintang di langit. Berapa
banyakkah bintang di langit?" Kong Zhi
menjawab, " Tetapi bintang di langit
terlalu banyak.
Bagaimanakah boleh kita mengiranya?" Budak
kecil itu berkata lagi, " Bintang di langit banyak.
Matahari pula satu sahaja. Pada waktu pagi,
matahari menjadi besar, tetapi kecil semasa
tengah hari. bolehkah tuan memberitahu saya,
bilakah matahari paling dekat dan paling jauh
dari kita?"
Kong Zhi terkejut mendengar soalan nudak kecil
itu. Beliau berfikir sejenak. Kemudian beliau
berkata, " Saya sangat menyesal. Walaupun saya
berpengetahuan, tetapi masih tidak cukup.
Silalah beri tunjuk ajar kepada saya." ." Budak
kecil itu melihat Kong Zhi begitu bersopan, lalu
dia pun memberikan laluan kepada mereka.
Sejak peristiwa itu, Kong Zhi mengajar muridnya
supaya mengaku jika tahu dan jangan berpura-
pura tahu jika tidak tahu. Kita sepatutnya
meminta tunjuk ajar daripada sesiapa sahaja
yang berpengetahuan kerana ilmu tiada
batasnya