The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fairuz Sajidah, 2020-11-28 07:05:54

PAK KUDIN YANG MALANG

PAK KUDIN YANG MALANG

Pak Kudin ialah seorang yang
tamak.Dia sentiasa mahukan yang
mewah.Pak Kudin diberi gelaran si

tamak kerana sikapnya itu.Dia
mempunyai seorang isteri bernama

Makcik Imah.

Pada suatu hari,Pak Kudin menerima
dua jemputan ke majlis makan.Satu
daripada kad jemputan dihantar oleh

Encik Harun.Encik Harun ialah seorang
yang kaya.

Lauk-lauk yang disediakan juga enak-
enak.Satu lagi kad jemputan dihantar
oleh Encik Ali.Encik Ali cuma seorang

yang sederhana.Namun,jalan ke rumah
Encik Harun lebih jauh daripada jalan

ke rumah Encik Ali.

“Kudin marilah makan dahulu sebelum
ke sana”kata Makcik Imah.Namun,Pak

Kudin menolak pelawaan isterinya.

Pak Kudin memilih untuk pergi ke
rumah Encik Harun .Semasa dalam
perjalanan ke rumah Encik Harun,dia
teringat yang jalan ke rumah dia sudah

rosak dan sedang dibaiki.

Pak Kudin terpaksa menggunakan jalan
yang jauh.Dia berjalan dengan segera
supaya tidak terlambat.

Setibanya dia di situ,dia melihat orang
ramai keluar dari rumah itu.

Pak Kudin segera ke sana.Encik
Haraun yang keluar dari rumahnya
berkata “Maafkan saya Pak Kudin.

Pak Kudin sudah terlambat.

Saya terpaksa memulakan majlis ini
tanpa kamu”kata

Encik Harun.Pak Kudin berasa
kesal.Dia bergegas ke rumah Encik Ali

pula.

Apabila sampai disana,dia melihat pintu
rumah sudah tertutup rapat.Dia hanya
melihat cahaya-cahaya dari celah pintu.

Dia pun mengetuk pintu.Pintu itu
terbuka dan Encik Ali kelihatan.Encik

Ali berkata”Pak Kudin,saya minta
maaf.Majlis saya sudah lama habis.Pak

Kudin terlambat”.

Pak Kudin pulang dengan perasaan
kecewa.Sampai sahaja di rumah,dia
terus tidur kerana kelaparan.Dia malu
untuk meminta isterinya membuat
makanan.”Betulah,orang yang tamak
selalu rugi”bisik Pak Kudin sendirian.


Click to View FlipBook Version