31 PENGAPLIKASIAN KAEDAH SONOKUFIKI MEMBANTU MURID TAHUN 5 TENTANG PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT Nur Nayli Ilya Binti Mohd Nazri Ismaili1 , Noor Adillah Binti Osman2 1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Emel: 1 [email protected] Abstrak Kajian lampau menunjukkan murid menghadapi masalah dalam subjek Matematik bagi topik penyelesaian masalah matematik berayat. Tujuan kajian penyelidikan tindakan ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan kaedah SoNoKuFiKi kepada penguasaan murid dalam topik penyelesaian masalah Matematik berayat. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji reaksi dalam kalangan murid tahun lima Ketika menggunakan kaedah SoNoKuFiKi ini untuk menyelesaikan masalah Matematik berayat. Seramai sepuluh orang murid tahun lima telah dipilih sebagai peserta kajian ini daripada sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang. Data telah dikumpul melalui beberapa kaedah iaitu pengujian, temu bual berstruktur serta pemerhatian. Tiga kaedah ini digunakan untuk mendapatkan data yang tepat serta meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan murid dalam penguasaan topik ini adalah tinggi dan reaksi yang ditunjukkan oleh peserta kajian terhadap penggunaan kaedah SoNoKuFiKi juga keseluruhannya adalah positif. Dapatan ini dapat menjawab soalan-soalan kajian yang diutarakan iaitu bagaimana penggunaan kaedah SoNoKuFiKi dapat membantu memberi keyakinan kepada murid tahun lima untuk cuba menjawab soalan penyelesaian masalah matematik berayat dan reaksi murid tahun lima apabila diperkenalkan dengan kaedah SoNoKuFiKi ini. Penggunaan kaedah SoNoKuFiKi ini dapat memberi idea kepada murid untuk memulakan dan meneruskan langkah-langkah menjawab soalan penyelesaian masalah matematik berayat. Oleh itu, guru dapat menyedari kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid dan boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran yang sesuai bagi mereka agar dapat memahami topik ini dengan mudah. Implikasi kajian ini menunjukkan kelebihan penggunaan kaedah SoNoKuFiKi dalam menyelesaikan miskonsepsi murid bagi soalan matematik berayat serta merubah persepsi murid dalam menyelesaikan soalan masalah Matematik berayat. Kata kunci: Penyelesaian masalah Matematik berayat, membantu, reaksi, kaedah SoNoKuFiKi PENGGUNAAN CARTA JALUR PECAHAN DALAM MENGUASAI PECAHAN SETARA BAGI PELAJAR TAHUN TIGA Tan Jia Hui1 , Nor Faizah Binti Yaacob2 1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Emel: 1 [email protected] Abstrak Pecahan merupakan nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan objek di mana PHQJLNXWVHMDUDKµSHFDKDQ¶PHUXMXNNHSDGDVHEDUDQJQRPERU yang tidak mewakili keseluruhan. Maka, kajian tindakan ini dijalankan untuk menambahbaikan amalan pedagogi guru dengan menggunakan Carta Jalur Pecahan untuk membantu murid menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya sehingga 10. Pengkaji mendapati murid-murid tidak dapat menjawab soalan pecahan setara disebabkan ketidakfahaman mereka terhadap tajuk ini. Reka bentuk bagi kajian ini ialah penyelidikan tindakan dan model kajian tindakan yang digunakan merupakan Model Tindakan Kurt Lewin. Sebanyak enam orang murid Tahun 3 dari SJK(C) Union, Pulau Pinang telah dipilih sebagai peserta kajian berdasarkan prestasi Ujian 1 yang telah dijalankan pada peringkat awal. Pelbagai instrumen telah digunakan bagi mengumpul data kajian tindakan ini, iaitu melalui Ujian 1, Ujian 2, analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Dapatan kajian pula dianalisis dengan menggabungjalinkan dapatan daripada kesemua instrumen kajian. Akhir sekali, pengkaji dapat menambahbaik amalan pedagogi dalam tajuk pecahan setara dengan menggunakan Carta Jalur Pecahan, peserta kajian juga dapat menggunakan Carta Jalur Pecahan untuk menguasai tajuk pecahan setara. Kata kunci: Carta Jalur Pecahan, pecahan setara, Tahun Tiga, Sekolah Rendah, Matematik
32 PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PEMBELAJARAN SAINS MURID SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES Tan Hau Vind Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Emel: [email protected] Abstrak Penciptaan TMK membawa perubahan yang amat besar kepada dunia termasuklah dalam bidang pendidikan pada masa kini. Kemahiran dalam menggunakan TMK menjadi teramat penting kerana ia menentukan kualiti pengajaran seseorang guru. Sehubungan dengan itu, satu penyelidikan yang berbentuk kajian kes telah dilakukan di sebuah sekolah rendah yang bertempat di George Town, Pulau Pinang. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji elemen- elemen penting dalam pengajaran guru yang menggunakan TMK dengan berdasarkan kepada model TPACK. Seorang guru yang mahir dalam penggunaan TMK dipilih sebagai responden dalam kajian ini dan data dikutip secara kualitatif melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan isi kandungan saling berkait rapat dalam menjayakan pengajaran guru yang menggunakan TMK. Pengintegrasian TMK yang baik perlu disokong oleh pengetahuan teknologi yang mendalam supaya pengajaran boleh menjadi menarik. Penguasaan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi yang mantap membolehkan guru menyalurkan ilmu sains kepada murid-murid dengan berkesan. Selain itu, elemen PAK-21 turut memainkan unsurnya dalam menjayakan pengajaran sains yang melibatkan TMK. Oleh itu, guru sains bolehlah memajukan diri dari segi pengetahuan teknologi, pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi bagi meningkatkan kualiti pengajaran yang melibatkan TMK. Kata Kunci: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Technological Pedagogical Content Knowledge Framework (TPACK), sains, Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) PANDANGAN DAN PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) MELALUI AKTIVITI BERMAIN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH Norhailee Binti Abdul Rasid1 , Latifah Binti Omar2 , Shahrin Fahmi Bin Ahmad3 , Nooraida Binti Yakob4 1,2,3Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, 4 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Emel: 1 [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk meneroka pandangan dan pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui aktiviti bermain dalam kalangan guru-guru prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Pulau Pinang. Kajian kes kualitatif ini melibatkan 3 orang peserta kajian yang dipilih secara persampelan bertujuan dengan merujuk pandangan Ketua Sektor Prasekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Instrumen kajian menggunakan temu bual separa berstruktur, pemerhatian terhadap pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru dan analisis dokumen. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Atlas-ti Versi 8. Hasil dapatan menunjukkan bahawa guru-guru prasekolah memberi pandangan yang positif bahawa aktiviti bermain dapat merangsang KBAT dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Manakala pelaksanaan KBAT melalui aktiviti bermain yang dilaksanakan oleh guru-guru prasekolah, melibatkan ketiga-tiga pendekatan pengajaran iaitu berpusatkan guru, murid dan bahan. Aktiviti bermain dilaksanakan secara berkumpulan dengan sokongan bahan bantu mengajar (BBM) iaitu bahan permainan, bahan maujud dan peta i-Think. Sehubungan itu guru disarankan untuk mempergiatkan lagi sesi soal jawab dengan mengemukakan soalan-soalan beraras tinggi bagi merangsang KBAT melalui aktiviti bermain dalam kalangan kanak-kanak prasekolah seterusnya membentuk generasi KBAT pada masa-masa akan datang. Kata Kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Aktiviti Bermain, Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan prasekolah
33 KAEDAH CROSS LINE: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDARAB DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT See Ching Ying1 , Saraswathy A/P Sinnasamy2 1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Emel: 1 [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peningkatan kemahiran mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit dalam kalangan murid Tahun 4 menggunakan kaedah Cross Line. Penyelidikan tindakan ini dijalankan terhadap 6 orang murid dari tahun 4 yang belajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di daerah Bayan Lepas, Pulau Pinang. Peserta kajian yang terpilih adalah di kalangan murid yang mempunyai penguasaan rendah dalam topik pendaraban. Pengumpulan data telah dijalankan melalui ujian pra dan pasca, pemerhatian serta temu bual. Analisis data yang dijalankan telah menunjukkan peningkatan yang positif dalam markah ujian pasca berbanding ujian pra. Kajian juga mendapati sebanyak 83.3% peserta kajian berasa seronok menggunakan kaedah Cross Line untuk menyelesaikan soalan pendaraban manakala 66.7% peserta kajian berpendapat bahawa kaedah Cross Line lebih mudah difahami dan telah membantu mereka untuk menyelesaikan soalan dengan lebih tepat. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa kaedah Cross Line telah berjaya membantu murid Tahun 4 dalam meningkatkan kemahiran mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit. Kata Kunci: keberkesanan, kaedah Cross Line, meningkatkan kemahiran mendarab KAEDAH KEKISI: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENDARABAN NOMBOR TIGA DIGIT DAN NOMBOR DUA DIGIT BAGI MURID TAHUN EMPAT Tey Fei Yun1 , Saraswathy A/P Sinnasamy2 1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Emel: 1 [email protected] Abstrak Pendaraban merupakan salah satu kemahiran asas matematik yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Didapati murid sekolah rendah sering mengalami masalah dalam menguasai kemahiran pendaraban, di mana tanpa kemahiran ini, murid akan berasa sukar untuk meneruskan pembelajaran kemahiran matematik ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, kajian telah dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran pendaraban dalam kalangan murid di sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Kajian ini melibatkan enam murid tahun empat yang kurang mahir dalam mata pelajaran Matematik khususnya topik pendaraban. Tinjauan awal menunjukkan bahawa menyelesaikan masalah pendaraban melibatkan nombor tiga digit dan nombor dua digit, penggunaan kaedah tradisional agak rumit dan kurang menarik minat murid. Oleh hal yang demikian, pendekatan alternatif iaitu kaedah kekisi (Lattice Multiplication) diperkenalkan untuk membantu murid tahun empat menguasai kemahiran pendaraban ini. Dalam kajian ini, ujian pra, ujian pasca, pemerhatian dan temu bual telah dilaksanakan untuk mengumpul data. Melalui analisis data yang dikumpul, didapati peningkatan markah dalam di antara 40% hingga 80% dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Pemerhatian dan temu bual yang dijalankan juga menunjukkan respon dan maklum balas yang positif dari murid yang terlibat. Secara keseluruhannya, kaedah kekisi dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran pendaraban melibatkan nombor tiga digit dan nombor dua digit dalam kalangan murid. Namun demikian, oleh sebab proses penyelesaian kaedah ini memerlukan masa yang lebih panjang, ianya lebih sesuai bagi murid yang kurang mahir dalam penggunaan kaedah tradisional yang lebih rumit. Kata kunci: Kaedah kekisi, Lattice Multiplication, pendaraban, sekolah rendah
34 INTERVENSI MULTIMEDIA INTERAKTIF DALAM PELKSANANAAN EKSPERIMEN SAINS TERHADAP DAYA TUMPUAN MURID TAHUN 3; SATU KAJIAN KES Mohd Nizam Bin Matusin Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah Emel: [email protected] Abstrak Elemen penumpuan sangat penting bagi memastikan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran apabila murid-murid dapat memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas. Murid bercirikan bermasalah pembelajaran adalah sukar untuk mengekalkan tumpuan dalam jangka masa yang lama berikutan ciri-ciri kurang daya tumpuan yang dihadapi oleh mereka. Penggunaan intervensi multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen Sains diketengahkan sebagai salah satu usaha untuk membantu masalah kurang daya tumpuan yang dihadapi oleh murid Tahun 3 di samping dapat mengekalkan fokus mereka terhadap tugasan yang diberikan. Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dijalankan ke atas tiga orang murid Tahun 3 yang mempunyai ciri-ciri murid masalah pembelajaran di sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah yang dikenal pasti mempunyai ciri-ciri kurang daya tumpuan melalui ujian diagnostik. Kaedah pemerhatian dan temu bual digunakan bagi mengenal pasti perubahan daya tumpuan murid pada fasa sebelum dan fasa selepas menggunakan multimedia interaktif sewaktu menjalankan aktiviti eksperimen Sains serta faktor-faktor yang mendorong murid menumpukan perhatian semasa menjalankan aktiviti eksperimen Sains. Instrumen yang digunakan bagi mengumpul data adalah senarai semak, protokol temu bual dan nota lapangan yang akan dianalisis secara deksriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa intervensi multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen Sains telah berhasil memberikan perubahan yang positif terhadap daya tumpuan Tahun 3 bercirikan masalah pembelajaran apabila ketiga-tiga peserta kajian menunjukkan peningkatan sehingga 90% daya tumpuan selepas menggunakan intervensi multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen Sains. Manakala, faktor guru, persekitaran, bahan (multimedia interaktif) dan rakan pula merupakan faktor yang telah dikenal pasti juga sebagai pendorong murid menumpukan perhatian semasa melaksanakan intervensi. Justeru, intervensi multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen Sains ini boleh dilaksanakan oleh guru secara meluas dalam pelbagai peringkat persekolahan bagi membantu meningkatkan daya tumpuan dan perkembangan yang lain secara menyeluruh. Kata kunci: multimedia interaktif; intervensi; eksperimen Sains; tumpuan; murid tahun 3 PENGGUNAAN BLOK ASAS SEPULUH DALAM TOPIK PENOLAKAN TAHUN 1 Tan Sin Yi Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Emel: [email protected] Abstrak Guru mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan profesionalisme kendiri dengan menambah baik amalan pengajaran. Kajian ini dijalankan untuk membantu menambah baik amalan pengajaran pengkaji dan menarik minat murid terhadap topik penolakan dengan menggunakan Blok Asas Sepuluh. Kajian ini melibatkan 10 orang peserta kajian daripada kelas 1 Merah yang menghadapi miskonsepsi terhadap topik penolakan. Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan berdasarkan Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946). Kaedah mengumpul data yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Instrumen yang digunakan ialah ujian bertulis, borang temu bual dan pemerhatian turut serta. Data dalam kajian ini dianalisis secara deskriptif dan bertema. Blok Asas Sepuluh didapati dapat membantu murid memahami konsep penolakan dan seterusnya menarik minat murid terhadap topik penolakan. Penggunaan Blok Asas Sepuluh oleh pengkaji sebagai bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berjaya meningkatkan hasil pembelajaran murid. Pengkaji berjaya menambah baik amalan pengajaran diri melalui kajian ini. Kajian ini penting untuk membantu pengkaji menambah baik amalan pengajaran dan menarik minat murid terhadap topik penolakan. Kata Kunci: Blok Asas Sepuluh, miskonsepsi, penolakan, bahan bantu mengajar, amalan pengajaran
35 FENOMENA GANGGUAN BAHASA ZAMAN SEKARANG DALAM KALANGAN REMAJA INDONESIA KAJIAN PSIKOLINGUISTIK (PSIKOLOGI) Zira Fatmaira1 , Abdul Aziz2 1 STMIK Kaputama, Jl. Veteran No.4A, Tangsi, Kec. Binjai Kota, Kota Binjai, Sumatera Utara 20714. Indonesia, 2 Universiti Dharmawangsa, Jl. Kol. Yos Sudarso No.224, Glugur Kota, Kec. Medan, Bar.Kota Medan, Sumatera Utara 20115. Indonesia Emel: 1 [email protected] Abstrak Gangguan bahasa sebenarnya sangat berpengaruh dalam proses berkomunikasi dan bertutur. Banyak faktor yang mempengaruhi dan menyebabkan gangguan bahasa, maka faktor ini akan menyebabkan gangguan bahasa. Masalah bahasa adalah masalah yang manusia tidak akan berhenti bercakap sepanjang hayat mereka. Kerana bahasa hidup dan berkembang sama seperti manusia. Bahasa yang produktif akan terus hidup dan digunakan, tetapi bahasa yang tidak digunakan akan dilupakan dan hilang dengan sendirinya. Pada masa ini terdapat beberapa variasi bahasa yang digunakan dalam masyarakat. Kewujudan variasi bahasa dipengaruhi oleh perkembangan teknologi komunikasi yang berkembang dengan sangat pesat. Kewujudan perkembangan bahasa ini menjadikan bahasa yang digunakan oleh generasi ke generasi berbeza. Setiap generasi akan mempunyai ciri-ciri bahasa masing-masing. Penggunaan Bahasa Indonesia yang baik dan betul kini sudah mula digantikan dengan slanga dan terasa terbiasa menggunakan slanga. Kajian psikolinguistik analitikal ini memfokuskan kepada gangguan bahasa dalam kalangan kanak-kanak dalam kalangan remaja di Indonesia. Analisis teras tertumpu kepada kanak-kanak remaja berumur 12 tahun ke atas yang mengalami gangguan bahasa. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kajian kualitatif deskriptif. Kaedah ini bertujuan untuk menerangkan secara sistematik. Hasil kajian ini adalah analisis dokumen rasmi seperti media cetak dan internet. Kata Kunci: Gangguan Bahasa Zaman Now Kajian Psikolinguistik. PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN APLIKASI SYMBOLAB BAGI MENGUASAI KONSEP PEMBEZAAN DALAM KALANGAN PELAJAR MATRIKULASI Abidah Nor Baiti Bt Mahmood1 , Lizawati Bt Nayan2 , Zainun Bt Fadzil@Abdul Hadi3 1,2,3Kolej Matrikulasi Selangor Emel: 1 [email protected] Abstrak Kajian ini dijalankan terhadap pelajar Kolej Matrikulasi Selangor daripada program Sistem Empat Semester (SES) sesi 2020/2021. Kelas D1M1T10 yang terdiri daripada 17 pelajar ini telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam menguasai konsep Pembezaan. Berdasarkan pemerhatian pensyarah yang telah dijalankan, dianggarkan hampir 80% pelajar gagal menguasai konsep Pembezaan. Kesinambungan daripada permasalahan ini maka, Aplikasi Symbolab telah diperkenalkan kepada pelajar. Aplikasi ini bertujuan untuk membantu pelajar menguasai topik Pembezaan serta meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari subjek Matematik. Ianya didapati lebih mudah dan ringkas untuk difahami oleh pelajar kerana Aplikasi Symbolab ini menunjukkan langkah demi langkah penyelesaian sehingga mendapat jawapan akhir. Pelajar diperkenalkan dengan aplikasi ini dan diajar cara menggunakan Aplikasi Symbolab dalam topik Pembezaan. Setelah itu pelajar diberi soal selidik untuk mendapatkan maklumbalas pelajar mengenai Aplikasi Symbolab dalam topik Pembezaan. Hasil daripada dapatan kajian didapati pelajar memberi maklumbalas positif dimana lebih daripada 80% daripada mereka bersetuju bahawa Aplikasi Symbolab dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka dalam topik Pembezaan, membantu pelajar meminati topik Pembezaan dan meningkatkan minat dan kemahiran pelajar dalam Sains dan Teknologi (STEM). Untuk mendapat impak yang lebih positif beberapa perkara perlu dititkberatkan seperti mempelbagaikan aktiviti didalam kelas supaya penglibatan pelajar lebih aktif dengan penggunaan Aplikasi 6\PERODE.DWD.XQFL$SOLNDVL6\PERODEWRSLN³3HPEH]DDQ´3HQGLGLNDQ67(0 Kata Kunci$SOLNDVL6\PERODEWRSLN³3HPEH]DDQ´3HQGLGLNDQ67(0
36 PENGGUNAAN APPLICATION FOR IUPAC NOMENCLATURE (AIN) UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH PEMBELAJARAN KIMIA ORGANIK PELAJAR MATRIKULASI Dani Asmadi Ibrahim1 , Amal Hayati Jamali2 1,2Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Emel: 1 [email protected] Abstrak Kajian ini melibatkan 50 orang pelajar Program Dua Semester Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan untuk menyelesaikan masalah memperolehi kemahiran menamakan sebatian kimia organik. Fokus kajian ini adalah penggunaan Application for IUPAC Nomenclature (AIN) untuk membantu pelajar menamakan sebatian kimia organik dengan tepat dan betul serta menggunakannya untuk menyelesaikan masalah berkaitan. Kajian ini dijalankan menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart. Kajian dijalankan dalam dua gelung. Gelung pertama melibatkan penggunaan aplikasi semasa pembelajaran kendiri manakala gelung kedua melibatkan penggunaan aplikasi dalam aktiviti pengukuhan dalam kumpulan pelajar pencapaian rendah bersama guru. Kajian mendapati 82% pelajar-pelajar mencapai tahap pencapaian disasarkan iaitu gred A dalam gelung pertama. Bakinya (sembilan orang pelajar) pula mencapai tahap pencapaian disasarkan dalam gelung kedua. Berdasarkan pemerhatian, skor ujian dan maklum balas pelajar, AIN dapat membantu pelajar menamakan sebatian organik dengan baik dan betul serta dapat membantu guru mencapai objektif pembelajaran dengan lebih cepat. Kesimpulannya Application for IUPAC Nomenclature adalah alat bantu mengajar yang berkesan dan menjimatkan masa. Kata kunci: Pendidikan sains, pendidikan kimia, penamaan IUPAC, aplikasi pendidikan dan PAK21. CABARAN PELAJAR DIPLOMA AKUAKULTUR, POLITEKNIK SANDAKAN, SABAH MENGIKUTI PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN: SUATU PEMERHATIAN AWAL Siti Norisikin Binti Abas1 , Mohamad Azri Bin Mohammad2 1,2 Politeknik Sandakan, Sabah Emel: 1 [email protected] Abstrak Pada tahun 2020, kaedah pembelajaran di seluruh negara telah bertukar kepada pembelajaran atas talian berikutan dengan Pandemik Covid-19. Pelajar seringkali menghadapi situasi kekangan masalah talian internet, suasana pembelajaran yang membosankan, kurang kemahiran dalam penggunaan alatan berteknologi, cabaran komunikasi dua hala, motivasi pelajar serta pembelajaran secara kendiri yang lemah. Ini memberikan satu cabaran kepada pelajar akuakultur bagi mempraktikkan kemahiran yang dipelajari secara kompeten. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti apakah cabaran sebenar pelajar akuakultur semasa pembelajaran secara atas talian dijalankan. Pemerhatian awal dibuat dengan menggunakan pencarian maklumat melalui dua pangkalan data iaitu Scopus dan *RRJOH6FKRODU.DWDNXQFLVHFDUDVSHVLILNWHODKGLJXQDNDQLDLWX µFKDOOHQJH¶ GDQ µRQOLQHOHDUQLQJ¶.HSXWXVDQ ditemui menemui 22 artikel utama iaitu daripada pengkalan data Scopus dan Google Scholar. Melalui kepada penemuan ini, kami bersetuju untuk membincangkan mengenai 3 tema utama di dalam cabaran pembelajaran secara atas talian atau iaitu (1) pelajar, (2) epembelajaran dan (3) motivasi. Seterusnya, implikasi serta hala tuju penyelidikan ini pada masa hadapan juga turut dinyatakan secara jelas melalui apakah kaedah bersesuaian dalam menangani cabaran utama ini. Kata Kunci: epembelajaran, pelajar, motivasi
37 MENINGKAT KEMAHIRAN MEMBENTUK FORMULA KAMIRAN LUAS ANTARA LENGKUNG MELALUI TEKNIK LE X WI Lim Hwee Cheng Kolej Matrikulasi Johor Emel: [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan teknik LE WI dalam meningkatkan kemahiran dan minat pelajar membentuk formula kamiran luas antara lengkung. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar Program Dua Semester, sesi 2021/2022 dari Kolej Matrikulasi Johor. Hasil tinjauan awal melalui semakan hasil kerja pelajar, pemerhatian serta maklum balas rakan sejawat beserta pelajar jelas menunjukkan ramai pelajar masih tidak dapat menguasai kemahiran membentuk formula kamiran luas antara lengkung. Dua pola kesilapan yang sering berlaku iaitu kes nilai luas negatif dan kes luas tidak tepat telah menyebabkan mereka kehilangan banyak markah dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi(PSPM). Oleh itu, perancangan tindakan difokuskan kepada pendedahan teknik LE WI yang menghubungkaitkan formula kamiran luas antara lengkung dengan luas geometri segi empat tepat (Length Width) melalui gabungjalinan unsur video, e-latihan dan epenilaian. Tindakan intervensi ini dapat memberi gambaran visual yang jelas kepada pelajar untuk membentuk formula kamiran luas antara lengkung di samping dapat meningkatkan keseronokan pembelajaran. Insrumen kajian meliputi pemerhatian, temu bual, ujian pra, ujian pos dan soal selidik bagi mengumpul data. Hasil dapatan kajian mendapati teknik LE WI yang berkonsepkan gambaran visual luas segi empat tepat ini berjaya meningkatkan kemahiran dan kefahaman pelajar dalam membentuk formula kamiran luas antara lengkung. Keputusan ujian pos menunjukkan sebanyak 83% pelajar berjaya mencapai keputusan cemerlang. Mereka juga memberi maklum balas positif dan masing-masing mengakui pendekatan ini adalah sangat membantu dan dapat meningkat pemahaman mereka. Pendekatan ini juga amat sesuai diaplikasikan kepada seluruh pelajar di Kolej Matrikulasi Johor khasnya dan boleh diperluaskan kepada semua pelajar di kolej -kolej awam atau swasta di seluruh negara amnya. Kata Kunci: formula kamiran, luas antara lengkung, peperiksaan semester program matrikulasi, pola kesilapan 3(1**81$$1µ60$57%2$5'0$<$¶'$1.(6$11<$7(5+$'$33G3F MATEMATIK DALAM KALANGAN 6 PROAKTIFSEMASA PdPR Norlie Ashikin Binti Bakar1 , Zahariah Binti Mohammed Zain2 , Shahril Bin Othman3 , Fauziah Binti Abdul Ghani4 1,2,3SK Seri Samudera Emel: 1 [email protected] Abstrak 'DODP NDMLDQ LQL SHQJJXQDDQ DSOLNDVL µ6PDUWERDUG 0D\D¶ GDQ NHVDQQ\D WHUKDGDS 3G3F 0DWHPDWLN GDODP kalangan 6 Proaktif semasa PdPR dapat meningkatkan kehadiran dan pencapaian murid dalam kelas PdPR. Tinjauan awal mendapati kehadiran awal ke kelas PdPR Matematik kurang memberangsangkan, bosan, tidak dapat menunjukkan jalan kerja dan tidak aktif dalam PdPc PdPR. Tujuan kajian dilaksanakan untuk meningkatkan kehadiran dan pencapaian dalam subjek Matematik Tahun 6. Kajian kualitatif dan kuantitatif melibatkan instrumen pemerhatian, chat/pool telegram, rakaman video dan soal selidik. Hasil dapatan mendapati peningkatan kehadiran 20 orang daripada 10 orang. Murid tahu menggunakan aplikasi 81.8% manakala minat 100%, sikap 97%, meningkatkan prestasi Matematik 84.8% dan tahap penguasaan 5 terhadap aplikasi 54.5%. Hasil kajian yang telah dijalankan telah menunjukkan penggunaaQµ6PDUWERDUG0D\D¶EHUMD\DPHQLQJNDWNDQNHKDGLUDQGDQSUHVWDVL Matematik 6 Proaktif. Di harap, kajian ini dapat diaplikasikan kepada murid kelas lain. Kata Kunci: $SOLNDVLµ6PDUWERDUG0D\D¶NHKDGLUDQPDWHPDWLNSUHVWDVL3G3F3G35
38 PENGGUNAAN STREAMYARD MEMPERKASAKAN ONLINE TEAM TEACHING PENGAJARAN DIGITAL PENSYARAH KOLEJ PRA UNIVERSITI PULAU PINANG Shananif Bin Hasan1 , Salwati Binti Yaakub2 , Hartini Binti Saidin3 , Md Shahnon Bin Awi4 1,2,3,4Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Emel: 1 [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan stream yard dalam memperkasakan online team teaching pengajaran digital pensyarah di Kolej Pra Universiti Pulau Pinang (KPUPP). Komponen yang ditinjau ialah tahap kesediaan, penerimaan, keberkesanan dan profesionalisme pendekatan pengajaran oleh pensyarah yang mengikuti Bengkel StreamYard di KPUPP. Seramai 31 orang responden yang terlibat dalam bengkel ini. Respoden kajian terdiri daripada pensyarah unit akademik KPUPP. Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif yang melibatkan tinjauan bagi mendapatkan maklum balas responden dengan menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik disediakan dalam bentuk google form dan ianya mengandungi 20 soalan. Terdapat dua bahagian dalam soal selidik iaitu Bahagian A ialah demografi responden dan Bahagian B merupakan empat elemen yang dikaji iaitu kesedaran, penerimaan, keberkesanan dan profesionalisme pensyarah. Analisis kajian menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26. Dapatan kajian menunjukkan nilai kebolehpercayaan instrumen ialah 0.910 bagi 20 item. Selain itu keempat-empat elemen yang dikaji menunjukkan skor min yang tinggi iaitu kesedaran (min 4.69), penerimaan (min 4.01), keberkesanaan (min 4.11) dan profesionalisme pensyarah (min 4.18). Kesemua item menunjukkan tahap skor tinggi. Impak kajian menunjukkan pensyarah mempunyai persepsi yang tinggi atau positif terhadap pengajaran secara online team teaching menggunakan aplikasi StreamYard. Kata Kunci: StreamYard, kesediaan, penerimaan, keberkesanan dan profesionalisme pendekatan pengajaran KEBERKESANAN MINECRAFT TERHADAP PENCAPAIAN DAN MINAT MURID DALAM PECAHAN Rayner Bin Tangkui Sekolah Kebangsaan Kerukan, Kuala Penyu, Sabah Emel: [email protected] Abstrak Pembelajaran digital telah menjadi norma baharu pengajaran dan pembelajaran (PdP) khususnya yang melibatkan pengintegrasian permainan digital. Kajian dengan reka bentuk kuasi-eksperimen ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Minecraft terhadap pencapaian murid Tahun 3 dalam tajuk pecahan serta tahap minat murid terhadap tajuk tersebut. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang murid Tahun 3 dalam dua kelas sedia ada, dengan kumpulan kawalan terdiri daripada 14 orang murid manakala kumpulan rawatan terdiri daripada 16 orang murid. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam skor min markah pencapaian ujian pasca, (t(63) = -3.60, p = .00), dengan kumpulan rawatan memperoleh skor min markah pencapaian yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap minat murid terhadap pecahan kesan penggunaan Minecraft adalah tinggi (M = 4.03, SP = 0.63). Dapat dirumuskan bahawa penggunaan Minecraft membantu dalam peningkatan pencapaian serta tahap minat murid terhadap pecahan. Kata kunci: Minecraft, pecahan, pencapaian akademik, pembelajaran digital, minat terhadap matematik
39 KAJIAN STRESS DI KALANGAN PELAJAR JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK Nur Hafizah Binti Jailani1 , Mohd Subri Bin Saud2 1 Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak,2Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kuching Sarawak Emel: 1 [email protected] Abstrak Fokus kajian ini bertujuan mengenal pasti punca dan tahap stress serta langkah untuk menangani stress serta perbezaantahap stress di antara dua program di Politeknik Kuching Sarawak. Sampel kajian ini melibatkan seramai 141 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar semester akhir Program Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) dan Diploma Akauntansi (DAT) Jabatan Perdagangan di Politeknik Kuching Sarawak. Data kajian yang berbentuk tinjauan diperolehi daripada borang soal selidik yang diedarkan dan dijawab oleh responden kajian. Data yang telah di kumpul, di analisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 25 (SPSS) .Analisa statistik deskriptif di buat untuk melihat faktor utama yang menyebabkan stres seperti skor min, peratusan dan ujian t. Dapatan kajian menunjukan bahawa punca stres dalam di kalangan pelajar program Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) dan Diploma Perakaunan (DAT) ialah masing-masing menghasilkan min 2.863 serta sisihan piawai 0.751 dan min 2.834 serta sisihan piawai 0.672. Manakala langkahlangkah menangani stres yang biasanya digunakan oleh kebanyakan pelajar adalah mendekatkan diri dengan Tuhan dan dengan cara tidur. Ujian-t mendapati tiada perbezaan yang signifikan di antara tahap stres pelajar Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) dan Diploma Akauntansi (DAT). Secara keseluruhannya dapatan menunjukkan tahap stres pelajar Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) dan Diploma Diploma Akauntansi (DAT) di Politeknik Kuching Sarawak adalah pada tahap sederhana. Ini bermakna pelajar di Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak mampu mengawal berkenaan dengan stres dengan bijak. Oleh yang demikian pelajar-pelajar perlu menangani masalah berkaitan stres ini dengan baik supaya dapat memastikan graduan yang cemerlang dalam pelbagai aspek. Kata Kunci: Stress di Politeknik 3(1*8$6$$1³*2/)´'$/$0.$/$1*$1085,',129$7,)'$3$70(1,1*.$7.$1 PDPC PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Siti Fauziah Binti Mohd Noh1 , Nursyafiqah Liyana Binti Mohd Shafiq Ong2 , Mazuwi Binti Sapiin3 , Suria Binti Mustapha4 1,2,3,4SK Seri Samudera Emel: 1 [email protected] Abstrak Pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini telah merubah situasi semasa, terutamanya sektor pendidikan di Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada murid lima Inovatif. Pembelajaran secara fizikal terpaksa bertukar kepada pembelajaran secara dalam talian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tinjauan awal mendapati murid kurang menunjukkan minat terhadap PdPc Pendidikan Islam melalui pengumpulan data secara pemerhatian.Tujuan kajian dijalankan untuk mengetahui penguasaan google form sebagai kaedah PdPc bagi menggantikan kaedah PdPc secara bersemuka. Kajian kuantitatif dan kualitatif ini mensasarkan seramai 35 murid 5Inovatif terdiri 21 lelaki 14 perempuan. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap penguasaan pengetahuan 75%, mahir 65 %, minat 95%, sikap 65%. Secara keseluruhanya hal ini menjelaskan bahawa majoriti murid bersetuju bahawa google form dapat meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam. Melalui kajian ini diharapkan google form dapat membantu murid menguasai hasil pembelajaran serta dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kata Kunci: Google Form, Pendemik Covid 19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pendidikan Islam, PdPc
40 TINJAUAN TAHAP PENERIMAAN PELAJAR JABATAN PERDAGANGAN MENGIKUTI PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING) DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK Nur Hafizah Binti Jailani1 , Mohd Subri Bin Saud2 1 Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak,2 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kuching Sarawak Emel: 1 [email protected] Abstrak Konsep Pembelajaran Teradun (Blended Learning) adalah kombinasi antara pembelajaran tradisional (bersemuka) dengan pembelajaran secara dalam talian. Kajian ini dilaksanakan untuk melihat sejauh mana penerimaan pelajarPerdagangan dapat mengikuti pembelajaran teradun (blended learning) berdasarkan jantina, program pengajian,semester pengajian dan bangsa di Politeknik Kuching Sarawak. Seramai 371 orang pelajar daripada Jabatan Perdagangan terdiri daripada dua program iaitu program Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) dan Diploma Akauntansi (DAT) sebagai responden untuk menjawab melalui instrumen soal selidik menggunakan skala likert. Data ini di proses dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences versi 25 (SPSSv25). Analisa statistik deskriptif di buat untuk melihat tahap penerimaan seperti skor min dan peratusan. Dapatan kajian mendapati tahap penerimaan pelajar mengikuti pembelajaran teradun (blended learning) masih berada di tahap tinggi di mana min dan sisihan piawai keseluruhan ialah m=3.80 dan sp=0.605. Rumusannya, pelajar dari Jabatan Perdagangan dapat menerima pembelajaran berasaskan pembelajaran teradun (blended learning) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kajian ini membuktikan bahawa pembelajaran berasaskan pembelajaran teradun (blended learning) menjadi satu keperluan masa kini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Kuching Sarawak. Ini bermakna, pendekatan Pembelajaran Teradun (blended learning) dalam pembelajaran perlu diaplikasikan bagi melahirkan graduan yang sedia mengharungi cabaran baru agar Malaysia tidak terpinggir dalam era globalisasi dan digital. Katakunci: Pembelajaran Teradun MENAPAK: TEKNIK MENGUASAI TOPIK PECAHAN SECARA TOTAL Norhayati binti Abd Aziz Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II, Bukit Mertajam Pulau Pinang Emel: [email protected] Abstrak Kemahiran dalam topik pecahan merupakan satu kemahiran yang sukar dikuasai oleh murid. Ramai murid lemah dan gagal untuk menguasai kemahiran ini. Tujuan kajian ini ialah untuk meningkatkan kemahiran saya mengajar topik pecahan secara ansur maju kepada murid lemah dengan meneroka teknik baru untuk mengajar kemahiran ini. Kajian ini merupakan kajian tindakan. Pengumpulan data ialah melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Subjek kajian ini terdiri daripada 15 orang murid tahun 3. Teknik yang digunakan ialah Teknik Menapak. Kajian ini telah mengambil masa selama 12 sesi pengajian. Dapatan kajian, Penggunaan Teknik Menapak telah berjaya meningkatkan kemahiran mengajar saya untuk topik pecahan iaitu 100% murid berjaya mendapat skor lebih 70% berbanding teknik sebelum ini untuk soalan penyelesaian masalah melibatkan pecahan. Murid juga dapat mengaplikasi konsep topik pecahan untuk menyelesaikan masalah tahap yang lebih tinggi. Kata Kunci: MENAPAK, pecahan total, pecahan visual
41 GOOGLE SITES: KAEDAH PEMBELAJARAN DIGITAL DALAM SUBJEK SEJARAH KALANGAN PELAJAR SVM 1 KRG Nor Abizan Binti Md Zain Kolej Vokasional Balik Pulau Emel: [email protected]\ Abstrak Kajian ini dibuat untuk membantu pelajar memahami dan seterusnya mengingati fakta-fakta yang terdapat dalam Subjek Sejarah dan kebolehan menjawab latihan yang diberi melalui Penggunaan Aplikasi Google Sites. Ini sekali gus menyumbang kepada kegagalan pelajar untuk menguasai mata pelajar Sejarah.Kaedah ini hanya dengan cara mengumpulkan bahan-bahan pembelajaran yang diperolehi menerusi internet yang relevan dan sesuai dengan silibus yang kemudiannya dikongsi dengan pelajar sebagai rujukan pembelajaran kendiri. Aplikasi ini boleh didapati secara percuma, boleh digunakan setiap masa tanpa had serta boleh dijadikan resolusi untuk dijadikan alat bantu belajar. Cara menggunakan Penggunaan Aplikasi Google Sites ini apabila pelajar dapat membuat rujukan tentang sukatan pelajaran Sejarah hanya dengan melayari satu halaman digital sahaja, Pelajar dbimbing oleh guru dengan memberi topik dan membuat tugasan tersebut menggunakan Aplikasi Google Sites. Pelajar akan menjawab soalan latihan yang disediakan di laman Google Sites tersebut. Bahan- bahan rujukan dalam laman Google Sites sangat menarik dan interaktif. Ia kemudiannya diberikan kepada pelajar-pelajar sebagai rujukan pembelajaran mereka. Kaedah kajian yang digunakan ialah berbentuk kuantitatif yang mengunakan kaedah tinjauan melibatkan 10 orang pelajar tahun 1 sem 1 iaitu kelas 1 Krg di Kolej Vokasional Balik Pulau (KVBP) yang telah dipilih sebagai responden kajian ini. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 90% pelajar berjaya menjawab dengan baik soalan yang ditanya selepas mengunakan Penggunaan Aplikasi Google Sites ini. Bahan ini amat bermanfaat sebagai bahan bantu mengajar guru dan pelajar ke arah meningkatkan prestasi pelajar, malah boleh diaplikasi juga ke dalam subjek lain. Kata Kunci: Google Sites: Pembelajaran Digital Sejarah MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM MENENTUKAN NILAI KOORDINAT '(1*$10(1**81$.$1,17(59(16,',*,7$/3(5,6,$13(50$,1$1³5(6&8( 0,66,21´ Mohd Akmal Arif bin Md Yusop Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya Emel: [email protected] Abstrak Penyelidikan ini dijalankan bagi meningkatkan kebolehan murid-murid dalam mengenal pasti dan menentukan kedudukan koordinat pada sukuan pertama seperti yang digariskan dalam Standard Kandungan dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP). Selepas sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang telah saya jalankan, saya mendapati segelintir murid tidak dapat menentukan dengan tepat kedudukan koordinat. Justeru saya telah melaksanakan intervensi pembelajaran ke arah yang lebih interaktif dengan menggunakan perisian SHUPDLQDQ³5HVFXH0LVVLRQ´3HUPDLQDQLQLGLDSOLNDVLNDEHUGDVDUNDQNHSULKDWLQDQVD\DWHUKDGDSPDVDODK\DQJ dihadapi murid-murid untuk menguasai topik ini. Intervensi ini berkonsepkan intervensi digital yang mengaplikasikan konsep Pembelajaran Abad Ke-21(PAK-21), iaitu pembelajaran yang berpusatkan murid. Hasil dapatan terhadap penggunaan intervensi digital ini juga telah menunjukkan peningkatan penguasaan murid-murid dalam topik Koordinat. Penggunaan intervensi yang berkonsepkan digital ini telah menjadikan suasana PdPc lebih menyeronokkan serta konsep belajar sambil bermain dapat dipraktikkan walau di mana sahaja murid berada. Selain itu, guru juga boleh menggunakan perisian permainan ini dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Saya juga ingin mencadangkan agar guru-guru Matematik sekolah rendah dapat manfaatkan pendekatan alternatif digital ini dalam mengajar topik koordinat. Penyelidikan ini juga diharap dapat menjadi pemacu kepada usaha memupuk murid ke arah meminati ilmu Matematik amnya. Kata Kunci: 3HULVLDQ³5HVFXH0LVVLRQ´EHODMDUVDPEDOEHUPDLQ3$.-21, Koordinat
42 TEKNIK 3IN1 UGKM KE ARAH MENINGKATKAN AMALAN TERBAIK PDPC/PDPR BAHASA MELAYU PEMETAAN KEMAHIRAN PEMULIHAN KHAS DAN DSKP KSSR (PBD) SECARA DIGITAL Felicia Binti Michael1 , Fu Sai Hoe2 , Nurul Syakina Yee Abdullah3 , Norhayati binti Adnan4 1 Sekolah Kebangsaan Karamunting,Sandakan, Sabah, ,2,3,4Pejabat pendidikan Daerah Sandakan, Sabah Emel: 1 [email protected] Abstrak Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan menerokai penggunaan Teknik 3in1 uGkM ke arah meningkatkan amalan terbaik PDPC Bahasa Melayu pemetaan kemahiran pemulihan khas dan DSKP KSSR (PBD) yang lebih sistematik dan cekap. Perancangan untuk tindakan dibuat dengan penghasilan RPH pemetaan yang diberi nama MyRPH melalui ebook. Kemudian satu set modul bacaan dan latihan berdasarkan 32 kemahiran pemulihan khas telah dibangunkan secara digital selain borang pentaksiran baru yang dimurnikan dari borang RPI dimana terdapat penambahan elemen tahap penguasaan, TP untuk penilaian standard pembelajaran KSSR DSKP (PBD) yang dapat dinilai secara tidak lansung semasa Teknik 3in1 uGkM diaplikasikan dalam PDPC. Maka, kajian ini memfokuskan 2 orang guru pemulihan khas Bahasa Melayu tahun 2 di daerah Sandakan. 5 aktiviti pengajaran dijalankan selama 3 bulan. Aktiviti ini dijalankan selama 60 hingga 90 minit setiap hari Isnin hingga Jumaat.Kajian kes ini melibatkan dua kaedah iaitu dokumen analisis dibuat menggunakan instrumen penilaian iaitu RPH dan borang pentaksiran dan temubual yang akan menunjukkan kesan penggunaan kaedah ini dalam PDPC.Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa Teknik 3in1 uGkM ini telah memberi kesan yang positif bagi guru-guru pemulihan khas kerana berlaku peningkatan dalam amalan terbaik PDPC. Guru-guru telah melaksanakan PDPC pemetaan kemahiran pemulihan khas dengan DSKP KSSR dengan maksima serta melaksanakan pentaksiran pemetaan dalam kelas pemulihan menggunakan modul bacaan dan latihan dengan lebih sistematik dan cekap secara digital. Kaedah ini haruslah dipanjangkan dalam pengajaran masa hadapan kerana ini adalah kaedah yang sejajar dengan usaha KPM dalam memperkasakan PBD dalam pengajaran dan pembelajaran kesemua murid sekolah rendah. Kata kunci: pemetaan kemahiran pemulihan khas DSKP KSSR, Bahasa Melayu Pemulihan Khas, RPH pemetaan, set modul latihan 32 kemahiran pemulihan khas, Teknik 3in1 uGkM, pentaksiran, digital PENGGABUNGJALINAN KAEDAH KMR PRESTEMSI (PENGINTEGRASIAN REKA BENTUK PENDIDIKAN STEM SECARA INKUIRI) DALAM SUBJEK REKA BENTUK & TEKNOLOGI (RBT)KELAS 4 AMAL Mazleezah binti Abdul Muthalib SK Seri Indah Pulau Pinang Emel: [email protected] Abstrak Tujuan Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan memperkenalkan kaedah penggabungjalinan KMR PRESTEMSI bagi pelajar tahun 4 Amal. Kaedah ini sesuai untuk membantu para pelajar mempelajari topik Reka Bentuk melalui projek, penyelesaian masalah dan unsur STEM. Kajian ini telah dijalankan bemula 03 Ogos hingga 08 September. Tinjauan awal sewaktu PKP (PDPR) telah dijalankan dan disamping ujian pra dan soal selidik. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa para pelajar tidak berminat dengan kaedah berorientasikan peperiksaan dan membuat latihan semata ± mata. Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah KMR PRESTEMSI, dimana pelajar akan diberikan dengan suatu projek, mereka perlu menggunakan pelbagai teknik penyoalan STEM. Hasil daripada kajian tindakan ini, kaedah ini berjaya menarik minat murid untuk meneroka sesuatu reka bentuk dengan idea mereka sendiri.
43 ELECTRIC COLOUR KIT (ECK): MEMBANTU MENINGKATKAN TAHAP PENCAPAIAN MURID MELALUI PENDEKATAN TEKNIK WARNA Noor Hafiza Binti Md Omar1 , Noor Shazwani Binti Kamarrudin2 , Nurul Wadiatul Asfah Binti Puyad3 1,2,3SMK Taman Putri Emel: 1 [email protected] Abstrak Kajian ini dijalankan untuk membantu murid dalam memahami dan mengingat rumus voltan, arus dan rintangan didalam Hukum Ohm menggunakan model ECK iaitu teknik yang berfokuskan kepada warna. Electric Colour Kit (ECK) merupakan satu model untuk membantu murid-murid lemah ingatan bagi mengaplikasikan rumus V=IR dengan menggunakan warna-warna yang dipilih. Pemilihan warna ditentukan berdasarkan huruf pertama bagi setiap perkataan dalam rumus tersebut. Seramai 14 orang murid dari tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Putri, Kulai, Johor telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pengajaran dan pembelajaran (PdPC) melalui pengintegrasian tiga mata pelajaran wajib menengah rendah. Sehubungan itu, mata pelajaran yang terlibat dalam kajian ini adalah Matematik menerusi tajuk Persamaan Linear, mata pelajaran Sains di bawah tajuk Pengaliran Arus Elektrik dan Reka Bentuk Elektrik bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), mendapati murid lemah dalam mengaplikasikan rumus V=IR, menyebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan soalan numerikal. Refleksi pada akhir PdPC juga mendapati bilangan murid yang menguasai tajuk ini tanpa penggunaan model ECK adalah sedikit. Murid juga kurang berminat untuk melibatkan diri dalam sesi pembelajaran. Selain itu, motivasi dan pencapaian murid juga merundum dengan NDHGDKµFKDONDQGWDON¶JXUX3HUDQFDQJDQWLQGDNDQGLIRNXVNDQNHSDGDSHQGHNDWDQSHPEHODMDUDQPHQJJXQDNDQ kit berwarna yang dijalankan selama dua minggu. Data kajian dikumpul melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan teknik warna model ECK dapat membantu murid dalam mengingat, meningkatkan minat, motivasi dan pencapaian murid dalam mengaplikasi rumus V=IR. Kata Kunci: Teknik ECK, teknik warna, pengajaran dan pembelajaran, integrasi mata pelajaran, rumus Hukum Ohm, Matematik, Sains dan Reka bentuk dan Teknologi (RBT) PENGAPLIKASIAN KAEDAH ³),1'$1'75$&.´680%(56(-$5$+'(1*$1 PENGGUNAAN GOOGLE SCHOLAR BAGI MURID TAHUN 5 Wong Boon Hao1 , Muhammad Raini Bin Mat Rahim2 1 SJK (C) Kheung Wa, Tapah, 2 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Emel: 1 [email protected] Abstrak .DMLDQLQLGLMDODQNDQEHUWXMXDQXQWXNPHQJNDMLUHVSRQGHQGHQJDQPHQJDSOLNDVLNDQ³.DHGDK³)LQGDQG7UDFN´ 6XPEHU6HMDUDKGHQJDQSHQJJXQDDQ*RRJOH6FKRODU%DJL0XULG7DKXQ´.DMLDQLQLGLMDODQNDQEDJLPHPEDQWX UHVSRQGHQ PHQJJXQDNDQ NDHGDK ³)LQG DQG 7UDFN´ PHODOXL SHOEDJDL VXPEHU 6HMDUDK VHGLD DGD GDODP *RRJOH Scholar. Responden dibimbing untuk mencari bahan berdasarkan pernyataan masalah yang ditetapkan. Pemilihan sampel secara tidak rawak telah dijalankan dengan 4 orang responden tahun lima sekolah rendah yang terdiri daripada 2 orang responden lelaki dan 2 orang responden perempuan yang mempunyai tahap penguasaan yang berbeza. Model Maslow digunakan untuk kajian ini dan digabungkan dengan kaedah kualitatif. Melalui dapatan kajian, pengkaji telah membuat analisis dan didapati sebanyak 75 peratus iaitu 3 daripada 4 responden telah PHQXQMXNNDQSHQLQJNDWDQPHODOXLKDVLONHUMDGDQSHPHUKDWLDQSHQJNDML2OHKLWXNDHGDK³)LQGDQG7UDFN´SHUOX diteruskan agar dapat menggalakkan murid untuk mencari sumber yang sahih dengan penggunaan alat teknologi kini. Kata Kunci: ³)LQGDQG7UDFN´6XPEHU6HMDUDK*RRJOH6FKRODU0XULG7DKXQ
44 3(1**81$$1.$('$+µ,0$7+8¶'$/$00(1,1*.$7.$1.(0$+,5$1 PENYELESAIAN MASALAH DALAM TOPIK GRAF GERAKAN MATEMATIK TINGKATAN 4 Lai Wai Tung1 , Junainah Jamaludin2 1 SMK Konven St Cecilia, Sandakan, Sabah, 2 Sektor Perancangan, Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, Sabah Emel: 1 [email protected] Abstrak Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk menarik minat murid untuk terus menghadiri kelas online Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), menerapkan elemen Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21), meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti berkumpulan serta meningkatkan kefahaman dan kemahiran menyelesaikan masalah murid dengan kaedah pembelajaran secara kolaboratif serta menyeronokan. Kajian ini melibatkan 27 murid dari tingkatan 4A, SMK Konven St Cecilia, Sandakan, Sabah. Kajian ini memfokuskan kepada kemahiran murid untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan topik Graf Gerakan dari sukatan pelajaran matematik tingkatan empat. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data kajian adalah borang soal selidik yang mempunyai 16 item menggunakan skala Likert 1 hingga 5, protokol temubual, ujian pra dan ujian pasca. Tinjauan DZDOPHQGDSDWLPLQPLQDWPXULGXQWXNPHQJKDGLULNHODV3G35DGDODKSDGDVNDOD6HWHODKLQWHUYHQVL³,0DWK 8´\DQJPHQJJDEXQJNDQSHQJJXQDDQIXQJVLEUHDNRXWURRP*RRJOH0HHWGDQ-DPERDUGPLQPLQDWPXULGWHODK meningkat dari skala 3 ke skala 5. Manakala pemahaman murid dari segi kemahiran dan pengetahuan matematik juga meningkat dari skala 2 ke skala 4. Lebih 80% daripada murid mendapati gabungan teknik breakout room (Google Meet) dan Jamboard telah menambahkan ruang mereka untuk berbincang, berkolaboratif, melibatkan diri GDODPSHQ\HOHVDLDQPDVDODKPDWHPDWLNVHFDUDPHQ\HURQRNDQ,PSOLNDVLWHUKDGDSDPDODQSHQJJXQDDQ³,0DWK8´ membuktikan bahawa PdPR bukanlah satu penghalang untuk guru menerapkan nilai pembelajaran PAK-21 seperti dalam pembelajaran secara fizikal. Kecanggihan teknologi digital telah berjaya mewujudkan pembelajaran tanpa sempadan, berpusatkan murid dan membolehkan komunikasi pelbagai hala dilaksanakan selain dapat mengurangkan learning loss. Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21), breakout room (Google meet), Jamboard
45 MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN (TP) MATA PELAJARAN SAINS MURIDMURID SK SUNGAI NIBONG MELALUI PROJEK MINI STEM JUNIOR & SENIOR Zuyanti Binti Zolkifli SK Sungai Nibong Emel: [email protected] Abstrak Projek Mini STEM Junior & Senior merupakan satu bentuk intervensi untuk membantu murid-murid meningkatkan Tahap Penguasaan (TP) mereka bagi mata pelajaran Sains dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Junior bermaksud murid Tahap 1 manakala Senior bermaksud murid Tahap 2. Tempoh 3 bulan pembelajaran secara bersemuka pada 2021 tidak cukup untuk guru mengenali murid dengan lebih dekat. Terdapat limitasi dan ketidak seimbangan penglibatan murid sepanjang PDPR. Murid yang aktif akan lebih menonjol manakala murid yang pasif akan terus diam dan tidak melibatkan diri. Sukar untuk guru membuat penilaian dalam tempoh PDPR yang terhad dan ini sangat tidak adil untuk murid. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan Projek Mini STEM Junior dan Senior dalam membantu murid-murid SK Sungai Nibong mendapatkan TP terbaik bagi PBD mata pelajaran Sains. Projek Mini STEM Junior & Senior merupakan kaedah pembelajaran berasaskan projek (PBL) yang dilakukan oleh murid di rumah. Melalui intervensi ini setiap murid diberi ruang dan peluang untuk mencapai TP terbaik. Hanya dengan mengaplikasi pengetahuan sedia ada murid menghasilkan Projek Mini STEM Junior& Senior. Metodologi yang digunakan dalan kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. Hasil refleksi menunjukkan bahawa murid tidak dapat dinilai secara adil selepas PDPR dilaksanakan semula iaitu bermula Mei 2021. Data PBD bagi mata pelajaran Sains menunjukkan tiada murid diberi TP 5 dan TP6. Namun, setelah intervensi Projek Mini STEM Junior & Senior dipraktikkan ternyata berlaku peningkatkan dalam jumlah murid mendapat TP5 dan TP6. Bukan itu sahaja, murid yang dianggap berada dalam kelompok masalah pembelajaran turut menunjukkan komitmen dan kesungguhan untuk meningkatkan TP mereka dalam PBD bagi mata pelajaran Sains. Berdasarkan dapatan, boleh disimpulkan Projek Mini STEM Junior& Senior ini perlu diteruskan untuk membuka ruang dan peluang kepada murid membuat perkongsian ilmu melalui video mereka. Solusi yang dilihat mampu memberi impak yang positif kepada murid wajar diteruskan untuk manfaat murid-murid pada masa akan datang. Kata kunci: PBD, TP5, TP6, intervensi, STEM
46 .$('$+µ+276($7¶0(1,1*.$7.$178038$1085,'%(50$6$/$+ PEMBELAJARAN DALAM KURSUS DANDANAN RAMBUT Hemarani a/p Munisamy SMPK Vokasional Indahpura, Johor Emel: [email protected] Abstrak Pengajaran dan pembelajaran (PdP) selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan norma baharu dalam menyaksikan perubahan dalam pendidikan di Malaysia. Namun, situasi PdP masih dikuasai sepenuhnya oleh guru dan kurang berjaya dalam meningkatkan tumpuan murid bermasalah pembelajaran (MBP) sepanjang PdP kini. Ramai guru telah mempelbagaikan cara pedagogi dengan memperkenalkan kaedah Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) secara kreatif namun penggunaannya dalam bidang pendidikan khas terutamanya dalam pengajaran kemahiran vokasional adalah terhad. Tujuan kajian ini ialah meningkatkan tumpuan MBP dalam pembelajaran PHODOXL.DHGDKµ+RW6HDW¶2EMHNWLINDMLDQLQLLDODKPHQLQJNDWNDQWXPSXDQ0%3GDODPSHPEHODMDUDQGHQJDQ PHQJJXQDNDQ.DHGDKµ+RW6HDW¶3HVHUWDNDMLDQWHUGLULGDULSDGDHQDPRUDQJ0%3\DQJPHQJDPELONXUVXV Dandanan Rambut di sebuah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional di Johor. Kajian ini menggunakan metodologi kajian tindakan berdasarkan model Kemmis dan McTaggart (1988). Kaedah pengumpulan data adalah melalui pemerhatian dan temu bual. Analisis data menunjukkan bahawa peningkatan tumpuan MBP dalam melakukan pembacaan awal dan kajian secara berkumpulan telah dapat dipraktikkan. MBP juga berjaya bertanya soalan dan memberikan pandangan secara kritis. MBP juga didapati dapat memberikan pandangan secara spontan dan berani sepanjang kajian ini dengan EDLN'DSDWDQNDMLDQPHQXQMXNNDQ.DHGDKµ+RW6HDW¶\DQJGLMDODQNDQ sangat berkesan dan peranan MBP pakar sangat signifikan dalam aktiviti perbincangan. Ini membuktikan bahawa .DHGDKµ+RW6HDW¶DPDWEHUNHVDQGDODPPHQLQJNDWNDQWXPSXDQGDQNHWHUOLEDWDQ0%3Galam Kursus Dandanan 5DPEXWDGDODKWLQJJL.HVLPSXODQQ\DNDMLDQLQLWHODKGLNHQDOSDVWLSHPEHODMDUDQPHQJJXQDNDQ.DHGDKµ+RW6HDW¶ berjaya merangsang ingatan murid dan menjadikan proses pembelajaran yang bermakna serta membantu guru memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya. Kata kunci: Kaedah Hot Seat, Tumpuan, Murid Bermasalah Pembelajaran; SMPK Vokasional.
47 TEKNIK MNEMONIK KASUL ML: DAPATKAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID SEKOLAH RENDAH MENGUASAI PEMBINAAN AYAT MAJMUK? Nor Huwaida Binti Ayob1 , Fatimah Binti Abustan2 , Raziah Binti Sahari3 , Nurul Farah Idayu Binti Razak4 1,2,3,4SK Seri Samudera, 32400 Seri Manjung, Perak Emel: 1 [email protected] Abstrak Isu murid kurang mahir berbahasa Melayu penting diberi perhatian kerana ia bukan sahaja merupakan bahasa kebangsaan, malah ia digunapakai oleh guru untuk menyampaikan subjek yang diajar kepada murid di sekolah. Ramai murid sekolah rendah terutama murid tahun 6 diperhatikan mempunyai masalah membina ayat majmuk dan gramatis dalam Bahasa Melayu. Isu ini mesti ditangani segera agar pencapaian pembelajaran mereka tidak terkesan apabila mereka beralih ke sekolah menengah. Dalam kajian ini, penyelidik bertujuan mengenal pasti samada teknik mnemonik dapat membantu murid membina ayat majmuk dengan baik sehubungan dapatan kajian lepas tentang keberkesanannya sebagai antara kaedah pembelajaran bagi membantu murid mahir berbahasa. Seiring Hasrat meningkatkan penguasaan ayat majmuk dalam kalangan murid sekolah rendah, teknik mnemonic KASUT ML telah diaplikasikan sebagai alat berfikir yang berkesan membantu murid mengingati maklumat agar proses mengingat menjadi mudah dengan menggunakan kata hubung yang sesuai bagi murid sekolah rendah. Rekabentuk kajian menggunakan model penyelidikan tindakan yang dikemukakan oleh Kurt Lewin (1946). Lima murid Tahun 6 Proaktif dari sekolah SK Seri Samudera telah dipilih sebagai sampel kajian menggunakan instrumen Ujian Pra dan Ujian Post. Hasil mendapati kesemua mereka menunjukkan peningkatan markah dalam Ujian Post berbanding markah Ujian Pra sebelum kaedah ini dilaksanakan. Sebagai kesimpulan, teknik mnemonik melalui KASUT ML dapat membantu murid membina ayat majmuk dengan mudah dan berkesan. Dapatan kajian ini penting terutamanya kepada guru-guru Bahasa Melayu khasnya dan guru-guru subjek lain serta Kementerian Pelajaran amnya kerana teknik mnemonik KASUT ML telah dibuktikan sebagai kaedah pengajaran yang berguna dan berkesan untuk diaplikasikan dalam bilik darjah. Kata kunci: Ayat Majmuk, Bahasa Melayu, Kata Hubung, Mengingat, Mnemonik
48 PENDEKATAN NYANYIAN SECARA DIDIK HIBUR MENGGUNAKAN TEKNIK TUMES MEMBANTU PENERAPAN NILAI MURNI KANAK-KANAK PRASEKOLAH Siti Rohana binti Salleh Kolej Vokasional Kuala Kangsar, Perak Emel: [email protected] Abstrak Teknik TUMES merupakan satu kaedah pengajaran berasaskan nyanyian secara didik hibur yang dilaksanakan sebagai aktiviti pengurusan murid semasa awal tahun. Melalui lirik lagu, kanak-kanak akan menyanyi sambil membuat gerakan mengikut arahan lagu dan secara tidak langsung kanak-kanak turut belajar kemahiran mengurus sosioemosi. Teknik TUMES terdiri daripada lima elemen berkaitan kemahiran mengurus sosioemosi iaitu: kesedaran kendiri, pengurusan emosi, motivasi kendiri, empati dan pengurusan sosial yang diadaptasi daripada Teori Kecerdasan Emosi, Goleman. Kajian ini dijalankan bagi menentukan bagaimana Teknik TUMES membantu murid dari segi penerapan nilai murni selain membantu guru dalam kelancaran pengurusan bilik darjah prasekolah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dilaksanakan secara pemerhatian ke atas enam orang kanak-kanak berumur 5 tahun yang kali pertama ke prasekolah. Data berkaitan penerapan nilai murni kanak-kanak dalam kajian ini menggunakan borang senarai semak pemerhatian yang diubahsuai daripada Manual Kit Transisi Tahun 1 yang dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM, (2001). Data pemerhatian dianalisis menggunakan statistik deskriptif secara min dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak mempamerkan tingkahlaku yang baik melalui lagu yang diperkenalkan melalui Teknik TUMES. Kanak-kanak turut menguasai kemahiran sosioemosi secara tidak langsung melalui nyanyian yang diperkenalkan antaranya kenal dan tahu mengurus emosi, bermotivasi, mempunyai empati, dan bersosial dengan rakan sebaya. Selain itu, Teknik TUMES turut membantu kanak-kanak mengamalkan tingkahlaku yang baik dan secara tidak langsung turut memudahkan guru dalam pengurusan bilik darjah prasekolah pada awal tahun. Kata Kunci: nyanyian, pengurusan kelas, prasekolah, sosioemosi, nilai murni
49 3(1**81$$1-$'8$/³$5(5´'$/$00(1(178.$1-(1,6-JENIS PENGULANGAN KATA DALAM PUISI BAGI MURID-MURID PROINSAN TINGKATAN 1 Suresh Kumar A/L Maruthamuthu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya Kota Kinabalu Emel: [email protected] Abstrak .DMLDQGLMDODQNDQEDJLPHQLQMDXNHEHUNHVDQDQSHQJJXQDDQ-DGXDO³ $5(5´GDODPPHQHQWXNDQMHQLVjenis pengulangan kata dalam puisi bagi murid-murid PROINSAN (Program Intervensi Berterusan) tingkatan satu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Objektif kajian adalah untuk membantu murid-murid mengenal pasti jenisjenis pengulangan kata yang terdapat dalam puisi, membantu murid-murid PROINSAN menjawab soalan puisi dengan menggunakan ayat yang gramatis, meningkatkan minat murid-murid terhadap bahan KOMSAS dan mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif. Maklumat yang ingin diperoleh adalah berkaitan dengan aspek masalah yang dihadapi oleh murid dalam memahami serta menguasai gaya bahasa pengulangan kata dalam puisi Bahasa Melayu tingkatan satu yang dipelajari. Selain itu, guru juga ingin mengenal pasti kekurangan-kekurangan \DQJWHUGDSDW GDODP -DGXDO ³ $5( 5´6HUDPDL UHVSRQGHQWelah dipilih untuk menguji keberkesanan SHQJJXQDDQ-DGXDO³$5(5´.DHGDKNXDVL-eksperimen bagi ujian pra- pasca digunakan untuk meninjau NHEHUNHVDQDQSHQJJXQDDQ-DGXDO³$5(5´'DSDWDQNDMLDQPHQXQMXNNDQSHQLQJNDWDQSUHVWDVLGUDVWLN berdasarkan ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan. Skor purata ujian pra menunjukkan 3.33 manakala skor purata ujian pasca pula menunjukkan 6.68. Usaha pemurnian terhadap bahan bantu mengajar ini harus dilakukan secara berterusan supaya dapat dimanfaatkan oleh semua murid termasuk murid-murid pendidikan khas, guru-guru, pensyarah, Institut Pendidikan Guru, Universiti serta Kementerian Pelajaran Malaysia. Kata kunci: -DGXDO³$5(5´352,16$1.206$6XMLDQSUDXMLDQSDVFD PENGGUNAAN TETAPAN BAHASA MELAYU DALAM PERMAINAN DIGITAL: IMPAK KEPADA SISWA GURU Mohd Azuwan Bin Reji1 , Ahmad Fauzan Bin Ahmad Lasa2 1,2IPG Kampus Gaya Emel: 1 [email protected] Abstrak Permainan digital bukan lagi perkara yang asing dalam kalangan siswa guru di Institut Pendidikan Guru. Masa terluang pada waktu tertentu sering kali digunakan oleh siswa guru untuk bermain permainan digital yang pelbagai. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti impak penggunaan tetapan Bahasa Melayu dalam permainan digital terhadap pembelajaran siswa guru di Institut Pendidikan Guru (IPG). Seramai sepuluh orang siswa guru menjadi peserta kajian dan pemilihan peserta menggunakan sampel bertujuan. Pendekatan berbentuk kualitatif digunakan untuk kajian ini dan data dikumpulkan menggunakan temu bual, gambar dan dokumen. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan tetapan bahasa Melayu dalam permainan digital memberi impak positif terhadap pembelajaran sekaligus menambah istilah teknologi dalam kalangan siswa guru. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa antara permainan digital yang sering menjadi minat siswa guru ialah Mobile Legends (ML), Clash of Clans (COC), dan 3OD\HU8NQRZQ¶V%DWWOHJURXQGV 38%* Peserta kajian juga didapati merujuk permainan digital untuk menggunakan istilah tertentu sebagai bahan dalam menyiapkan kerja kursus yang berkaitan. Namun demikian, hasil dapatan juga mendapati bahawa terdapat istilah yang tidak tepat disebabkan penterjemahan secara langsung daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu sehingga mempengaruhi pemahaman bahasa peserta kajian. Kata Kunci: penggunaan, permainan digital, tetapan bahasa, istilah, siswa guru
50 PENGGUNAAN TEKNIK SILANG DAN TEKNIK PUTARAN UNTUK MEMBINA AYAT SONGSANG DENGAN LEBIH BERKESAN Michael Angelo Benjoron1 , Hawa Aqielah Binti Nasir2 , Sanddralysa Godon3 , Siti Nurain Binti Abdul Rauf4 1,2,3,4 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu Emel: 1 [email protected] Abstrak Kecelaruan dalam membina ayat songsang merupakan masalah yang sinonim dalam pengajaran tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini boleh dipengaruhi oleh asas tatabahasa yang lemah sehingga mereka keliru kepada bentuk variasi ayat songsang yang dipelajari. Oleh itu, inovasi ini dilaksanakan untuk menguji keberkesanan aplikasi teknik silang dan teknik putaran dalam membina ayat songsang dengan betul. Pendekatan berbentuk kuantitatif digunakan untuk tujuan inovasi. Seramai 30 orang responden daripada kelas Tahun 5 diuji untuk membina ayat songsang menggunakan teknik silang dan teknik putaran. Keberkesanan teknik ini dilihat berdasarkan data yang dikumpul melalui ujian awal dan latihan murid serta hasil dapatan kajian yang dihuraikan secara deskriptif. Inovasi ini memfokuskan penyelesaian masalah yang boleh digunakan oleh guru-guru bahasa Melayu dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih berkesan.Aplikasi teknik silang digunakan untuk pendepanan keseluruhan predikat manakala teknik putaran digunakan untuk sebahagian predikat. Dapatan kajian yang diperoleh telah membuktikan inovasi ini telah berjaya membantu seramai 30 orang murid dalam menjawab soalan ayat songsang. Perbandingan dapatan kajian membuktikan peningkatan sebanyak 44% selepas aplikasi teknik silang dan teknik putaran. Implementasi teknik ini diharapkan menjadi wahana kepada kajiankajian dalam bidang tatabahasa bahasa Melayu pada masa akan datang. Kata Kunci: kecelaruan, ayat songsang, keberkesanan aplikasi, teknik silang, teknik putaran PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN DIGITAL DALAM KALANGAN SISWA GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU Mohammad Amir Faisal Bin Mohammad Shamil1 , Teo Wei Soon2 , Muhammad Najmi Bin Shukordi3 , Mohd Hizamie Bin Rosman4 1,2,3,4Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Emel: 1 [email protected] Abstrak Pandemik Covid-19 telah mengubah sesi pembelajaran secara konvensional kepada pembelajaran digital. Perubahan dalam corak pengajaran dan pembelajaran ini memerlukan pelajar lebih bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi agar sesi pembelajaran lebih bermakna kepada mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti pengaplikasian pembelajaran digital dalam kalangan siswa guru di Institut Pendidikan Guru (IPG). Seramai enam orang siswa guru menjadi peserta kajian dan pemilihan peserta menggunakan sampel bertujuan. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini dan data dikumpulkan menggunakan temu bual dan gambar. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa epembelajaran diterima sebagai salah satu kaedah pembelajaran digital yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa antara aplikasi digital yang digunakan oleh peserta kajian ialah google classroom, google meet, canva, powtoon, jammboard, inshot, youtube, kahoot, quizizz dan schoology. Peserta kajian juga didapati mengaplikasikan teknologi ini untuk pembentangan kumpulan. Kesimpulannya, pengaplikasian pembelajaran digital telah memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran khususnya dari aspek pengurusan masa dan meningkatkan lagi kemahiran siswa guru dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Kata Kunci: Pengaplikasian, pembelajaran digital, e-pembelajaran dan siswa guru
51 INOVASI DIGITAJWID DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN HUKUM TAJWID DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH Sharifah Ummu Hakiimah Binti Syed Hamid1 , Siti Hajar Binti Fauzidan2 , Nur Aliya Binti Subahir3 , Nur Dini Nasrihah Binti Che Hussin4 1,2,3,4IPG Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang Emel: 1 [email protected] Abstrak DigiTajwid merupakan satu inovasi yang mengandungi hukum-hukum tajwid lengkap bermula dari asas dan pembahagian-pembahagiannya. Ia dicipta khas untuk memudahkan para pelajar membuat rujukan Ketika membaca al Quran dan untuk mempelajari hukum tajwid dengan lebih mudah dan pantas. Mengandungi hukum daripada hukum alif lam, hukum lima, hukum mim mati serta mad. Satu aplikasi dihasilkan bagi menjadikan aktiviti yang berfaedah dirumah dapat dilakukan oleh murid bagi mengisi masa lapang. Hasil soal selidik menunjukkan hampir 100% termasuk pelajar sekolah rendah memerlukan satu aplikasi yang mudah untuk dijadikan rujukan dalam menguasai hukum tajwid. Manakala 72.7% masih belum boleh menentukan cara bacaan GHQJDQEHWXO³'LJL´DGDODKVLQJNDWDQEDJLSHUNDWDDQ³GLJLWDO´,OPX7DMZLGPHUXSDNDQVDWXFDEDQJLOPXGDODP penguasaan membaca al Quran. . Inovasi ini diharap dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar kelas. Projek ini dihasilkan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap inovasi dan seterusnya memberi pengetahuan tentang subjek Pendidikan Islam disamping menjadikan murid atau orang ramai hebat dalam menguasai hukum tajwid. Memandangkan pada situasi semasa yang rencam dalam melaksanakan PdPR. Pengkaji mengambil inisiatif lebih awal dalam merancakkan pembelajaran secara maya dengan pelbagai cara. Ia merupakan sebagai salah satu cara dan dijadikan aktiviti dalam PdPR satu aktiviti bag persediaan murid untuk memulakan sesi pembelajaran pada bila-bila. Kata Kunci: DigiTajwid, Tajwid, Pendidikan Islam PENGINTEGRASIAN MODEL 5E DAN MODEL PEMIKIRAN REKA BENTUK D.School STANFORD UNIVERSITY DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TOPIK TENAGA TAHUN 5 Mohd Yahya Fadzli Jusoh1 , Nor Asniza Ishak2 1,2Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia Emel: 1 [email protected] Abstrak Tenaga merupakan satu topik penting dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi murid di peringkat sekolah rendah. Ia menjadi topik penting kerana tuntutan sejagat disebabkan tenaga menjadi agenda penting dalam Sustainable Development Goal atau SDG 7 yang menekankan perolehan tenaga yang bersih dan mampu milik. Namun, perkara utama ialah masalah yang dihadapi oleh murid dalam memahami beberapa aspek konsep tenaga dan dalam menggunakan pengetahuan mereka untuk memahami fenomena alam. Ia disebabkan oleh konsep tenaga yang sukar digambarkan sehinggakan, konsep tenaga menjadi asing untuk difahami oleh murid dengan PdPc subjek Sains yang abstrak. Untuk itu, kajian konsep ini melihat potensi pendekatan pembinaan rancangan pengajaran berasaskan Model 5E untuk digabungkan dengan Model Pemikiran Reka Bentuk Stanford University Design School atau (D.school) dalam meningkatkan pencapaian murid Tahun 5 dalam topik Tenaga. Untuk itu, pengkaji mencadangkan reka bentuk kajian Eksperimen Kuasi untuk ditadbirkan kepada dua kelas yang setara pencapaian seramai 80 orang daripada satu sekolah kebangsaan di daerah Timur laut, Pulau Pinang. Dua kelas ini dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kawalan untuk melihat sama ada terdapat perubahan signifikan terhadap kumpulan menerima rawatan dan kumpulan yang berada dalam kawalan. Jangkaan dapatan kajian ini dapat menggabungkan Model 5E dan Model Pemikiran Reka Bentuk D.school untuk menjadi rawatan dalam meningkatkan pencapaian murid Tahun 5 untuk Topik Tenaga. Kata Kunci: Model 5E, Model D.School, Tenaga, SDG 17
52 PELAKSANAAN PENGAJARAN KAEDAH 4-LANGKAH DI KOLEJ VOKASIONAL TAIPING: CABARAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Mohammad Hazrul Bin Md Jori Unit Penyelidikan TVET, Kolej Vokasional Taiping Emel: [email protected] Abstrak Pelaksanaan pengajaran kaedah 4-langkah (4-steps pattern Instructing) merupakan asas pedagogi untuk seluruh personel berstatus Pegawai Penilai (PP) yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi mempertingkatkan kemahiran penyampaian latihan. Empat kaedah yang terlibat adalah persediaan, penyampaian, penggunaan dan pengesahan. Kajian ini dijalankan bagi menganalisis secara keseluruhan tahap pelaksanaan pengajaran serta mengenalpasti cabaran dan cadangan penambahbaikan dalam pelaksaaan pengajaran kaedah 4-langkah pensyarah kemahiran di Kolej Vokaional Taiping. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif atau lebih dikenali sebagai mixed-method dengan menggunakan reka bentuk penjelasan (explanatory design). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik dan juga borang temubual separa berstruktur. Seramai 36 orang pensyarah kemahiran di Kolej Vokasional Taiping terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Manakala bagi kaedah temu bual seramai sembilan orang pensyarah kemahiran dipilih berdasarkan pensampelan sukarela untuk setiap program. Hasil dapatan menunjukkan tahap pelaksanaan pengajaran kaedah 4- langkah bagi setiap kaedah berada pada tahap sederhana. Hasil analisis temubual berkenaan cabaran dan cadangan penambahbaikan pelaksanaan pengajaran kaedah 4-langkah menunjukkan terdapat empat cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dan tiga cadangan penambahbaikan. Data yang diperolehi ini adalah penting untuk pembangunan kemahiran profesional tenaga pengajar kemahiran di Kolej Vokasional Taiping dan juga Bahagian Pendidikan Latihan Teknik &Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaras dengan keperluan industri. Kata Kunci: Pengajaran Kaedah 4-Langkah, Cabaran, Cadangan Penambahbaikan. MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID PEMULIHAN KHAS TAHUN 2 MEMBACA 3(5.$7$$1',*5$)'(1*$10(1**81$.$1µ.,7,4¶ Haslina Binti Sanusi1 , Nor Hasinah Bt Husin2 , Roejalina Binti Ahmad Jawawi3 , Nurul Wahida Binti Ahmad Sobri4 1,2,3,4SK Seri Samudera, 32400 Seri Manjung, Perak Emel: 1 [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk membantu murid pemulihan khas meningkatkan kemahiranmenguasai suku kata dan mengeja perkataan digraf dengan tepat dan cepat. Sasaran 4 orang murid pemulihan. Tinjauan awal dibuat melalui ujian pra dan pemerhatian didapati murid hanya berada pada Konstruk 1(K1) dan Konstruk 2(K2) sahaja kurang berminat dan tercicir dalam menguasai isi pelajaran. Latihan bertulis menunjukkan mereka banyak melakukan kesilapan ketika mengeja disHEDENDQJDJDOPHQJXDVDLVXNXNDWD2OHKLWX³.,7,4´WHODKGLSHUNHQDONDQNHSDGD murid sebagai satu cara untuk mengatasi masalah ini. Keberkesanan penggunaannya memberi impak yang cukup positif dan amat berkesan bagi mengatasi masalah membaca dan menulis. Kaedah nyanyian boleh meningkatkan ingatan murid untuk menghafal manakala muzik pula membantu kanak-kanak dalam mengembangkan kemahiran mendengar serta ingatan kanak-kanak. Intervensi berjaya meningkatkan penguasaan murid 100% membaca perkataan dan mengingDWVXNXNDWD'LKDUDS³.,7,4´GDSDWPHPEDQWXSHQJJXQDGDQGLVHEDUOXDVNDQNHVHOXUXK Malaysia. Kata Kunci: µ.,7,4¶PHQJHMDPHPEDFDSHUNDWDDQPXULG3HPXOLKDQ
53 MAGIC RING DALAM PENYELESAIAN MASALAH OPERASI TAMBAH DAN TOLAK NOMBOR LINGKUNGAN 1000 Liong Kon Thai1 , Johanes Bin Bulot@Bulat2 1 Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, 2 Jabatan Seni Visual dan Muzik, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Emel: 1 [email protected] Abstrak Murid perlu menguasai kemahiran mengira khususnya operasi tambah dan tolak kerana Matematik merentasi pelbagai disiplin di samping memenuhi pembelajaran STEM. Tinjauan penyeliaan praktikum guru pelatih PISMP IPG Kampus Keningau bidang pengkhususan matematik mendapati kebanyakan murid Tahap Satu lemah untuk memahami konsep dan menguasai kemahiran mengira menggunakan operasi tambah dan tolak dengan mengumpul semula. Justeru, Magic Ring direka cipta untuk membantu murid memahami konsep serta melakukan pengiraan operasi tambah dan tolak bentuk lazim dengan mengumpul semula antara sebarang dua nombor dalam lingkungan 1000. Responden kajian ialah 40 orang murid Tahap Satu serta empat orang guru matematik dari tiga buah sekolah rendah kawasan pedalaman Daerah Keningau. Reka bentuk kajian adalah kajian tindakan dengan menggunakan instrumen kajian iaitu Ujian Pra, Ujian Pasca dan dan Protokol temu bual untuk mengumpul pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran operasi tambah dan tolak sebelum dan selepas pembelajaran Magic Ring. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan min 62.0 peratus dan 60.0 peratus masing-masing dalam Ujian Pasca operasi tambah dan operasi tolak. Melalui pemerhatian pembelajaran murid dan komen guru, didapati Magic Ring berjaya menarik perhatian, memupuk minat, meningkatkan keyakinan diri, dan penglibatan aktif murid apabila melakukan penambahan dan penolakan antara dua nombor kerana bentuk fizikal alat ini adalah berwarna-warni dan boleh menghasilkan bunyi muzik yang menyeronokkan apabila Magic Ring digoyangkan. Hasil kajian telah membuktikan Magic Ring merupakan alat Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang efektif untuk memahami konsep dan pengiraan menggunakan operasi tambah dan tolak dengan mengumpul semula. Implikasinya, pencapaian matematik murid dapat dipertingkatkan melalui amalan latihan menggunakan Magic Ring ini. Kata Kunci: Magic Ring, Operasi tambah dan tolak, Murid Tahap Satu
54 PEMANFAATAN KEMAHIRAN DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR IPG KAMPUS Normi Binti Mohd Dali1 , Wan Roslina Binti Wan Ismail 2 , Nafishah Binti Jusoh3 , Arfah Binti Ahamad4 1,2,3,4 IPG Kampus Sultan Abdul Halim Emel: 1 [email protected] Abstrak Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, revolusi internet dan teknologi komunikasi telah berkembang dengan pesat dan menyebabkan kemunculan pelbagai rangkaian multimedia interaktif termasuklah pembelajaran digital. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pemanfaatan kemahiran digital dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar IPG kampus. Seramai 231 orang responden daripada pelajar PPISMP kursus bahasa Melayu Sekolah Rendah telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sikap pelajaran terhadap kemahiran digital dalam kalangan pelajar-pelajar IPGK. Kajian ini telah menggunakan kaedah campuran iaitu kualitatif dan kuantitatif.. Analisis dekskriptif telah digunakan untuk menguji tahap pemanfaatan digital. Sementara itu, kaedah pemerhatian dan analisis dokumen telah digunakan dalam kajian ini bagi meninjau bagaimana kemahiran digital digunakan oleh responden. Analisis kajian ini telah ditriangulasikan untuk mendapat dapatan yang sahih dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Hasil kajian mendapati sampel kajian telah memanfaatkankemahiran digital dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Selain itu, hasil kajian ini juga telah menunjukkan responden memiliki tahap kemahiran digital yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Pemaafaatan digital telah menjadikan pengajaran dan pembelajaran pelajar lebih mantap dan dinamik. Hal ini selaras dengan kehendak Revolusi Industri 4.0 bahawa penggunaan digital merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh golongan pelajar masa kini. Kata kunci: pemanfaatan, digital, tahap, kemahiran dan kesedaran
55 3(1**81$$17(.1,.³,1,32,17',7$0%$+0$.,1-$8+',72/$.0$.,1 DEKAT (+MJ,-0'´%$*,0(1,1*.$7.$13(1*8$6$$10(1(178.$1$5$+ KEKUATAN MEDAN ELEKTRIK Ummi Atiah Mohamad1 1XU¶$LQL]D1XUXGGLQ2 , Nik Norhasrina Nik Din3 , Kamilia Alias, Khairul Aiman Mohd Ariffin4 1,2,3,4Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng, Malaysia Emel: 1 [email protected] Abstrak .DMLDQLQLGLMDODQNDQEHUWXMXDQXQWXNPHQJHQDOSDVWLNHVDQWHNQLN³,QL3RLQWGLWDPEDKPDNLQMDXKGLWRODNPDNLQ dekat (+MJ,-0'´WHUKDGDSSHQJXDVDDQPHQHQWXNDQDUDKNHNXDWDQPHGDQHOHNWULN($UDK(SHUOXGLWHQWXNDQ sebelum menyelesaikan soalan yang melibatkan E paduan. Objektif kajian ini adalah meningkatkan penguasaan pelajar untuk melakar arah E pada titik tertentu dengan menggunakan teknik +MJ,-MD. Kajian ini dilaksanakan dengan pendekatan kuantitatif dan pensampelan bertujuan dengan bilangan sampel seramai 10 orang pelajar lemah dalam melakar arah E dari satu kelas tutoran fizik Kolej Matrikulasi Perak. Kajian ini menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pos serta soal selidik bagi menilai tahap penguasaan pelajar dalam melakar arah E. Kesahan kandungan telah dilakukan oleh tiga orang pakar terhadap instrumen dan setiap instrumen menunjukkan kesahan yang tinggi dengan nilai CVI 1.0. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu frekuensi dan min. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra dan maklum balas pelajar. Ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi sampel dengan nilai purata markah sebanyak 67%. Berdasarkan analisis soal selidik, skor min keseluruhan adalah 4.7 dengan peratus persetujuan yang tinggi (96%). Sebagai sokongan, tiga soalan terbuka dikemukakan kepada sampel kajian menggunakan kaedah temu bual berstruktur dan data dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan temu bual mendapati bahawa pelajar lebih mahir melakar arah E dengan menggunakan teknik +MJ,-MD berbanding kaedah konvensional. Kesimpulannya, teknik +MJ,-MD adalah berkesan dan mampu meningkatkan penguasaan pelajar dalam melakar arah E dengan tepat dan secara tidak langsung mampu mengurangkan kekeliruan pelajar melakar arah E. Kata Kunci: teknik, arah kekuatan medan elektrik, fizik, analisis tematik, CVI
56 PENDEKATAN 5E DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS BAGI TOPIK RANGSANGAN DAN GERAK BALAS PADA TUMBUHAN SECARA DALAM TALIAN SEMASA MUSIM PANDEMIK COVID-19 Norlizawaty Binti Baharin Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya Emel: [email protected] Abstrak Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan penutupan semua institusi pendidikan untuk membendung penyebaran penyakit ini. Hal ini memberikan kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran murid, terutamanya terhadap mata pelajaran sains. Oleh itu, kajian ini yang menggunakan reka bentuk kajian tindakan dilakukan untuk meningkatkan amalan saya sebagai guru sains dalam meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam topik sains tingkatan tiga, iaitu Rangsangan dan Gerak Balas pada Tumbuhan. Tinjauan awal yang dilakukan oleh saya melalui pemerhatian mendapati bahawa terdapat murid yang kurang berminat, kurang memberikan fokus, serta kurang penglibatan aktif semasa sesi pembelajaran sains secara dalam talian. Melalui refleksi kendiri yang telah dilakukan oleh saya, saya mendapati bahawa sebahagian besar pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan dalam talian adalah lebih berpusatkan guru dan kurang berpusatkan murid. Fokus kajian adalah kepada pengajaran dan pembelajaran sains lebih berpusatkan murid menerusi penggunaan pendekatan 5E semasa proses pengajaran dan pembelajaran sains secara dalam talian. Model pengajaran 5E mengandungi lima fasa iaitu penglibatan, penerokaan, penerangan, penghuraian, dan penilaian. Seramai 29 orang murid 3 Usaha daripada Sekolah Seri Puteri telah terlibat dalam kajian ini yang mengambil masa selama tiga minggu. Hasil ujian topikal yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran mendapati bahawa murid telah menguasai topik Rangsangan dan Gerak Balas pada Tumbuhan dengan baik. Murid juga berpeluang melakukan aktiviti sains yang mudah di rumah, membuat pemerhatian, membuat analisis, dan dapat membuat pembentangan mengikut kreativiti masing- masing. Kesimpulannya, pendekatan 5E telah menjadikan pembelajaran lebih aktif, bermakna, dan dapat meningkatkan minat dan pencapaian murid. Kata kunci: Pendekatan 5E, Pembelajaran Inkuiri, Pembelajaran sains semasa pandemik Covid-19, pembelajaran sains dalam talian
57 TAHAP PEMBACAAN DIGITAL TERHADAP PEMBENTUKAN KARAKTER PELAJAR IPG Shukiman Sukardi1 , Rajim@Mohd Saifollah Latif2 , Nama Nor Farah Wardianah Raidin3 , Hamidah Abdul Hamid4 1,2IPG Kampus Gaya, 3,4UiTM Shah Alam, Selangor Emel: 1 [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pembacaan digital terhadap pembentukan karakter pelajar IPG. Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif kajian antaranya adalah mengenalpasti tahap pembacaan digital, mengenalpasti jenis pembacaan digital, mengenalpasti tahap minat membaca dan hubungan bacaan digital dalam pembentukkan karekter guru dalam kalangan pelajar-pelajar IPG. Reka bentuk kajian ini adalah Kuantitatif deskriptif jenis tinjauan. Seramai 105 orang responden dipilih secara rawak dan sukarela. Instrumen kajian ini menggunakan soal selidik Budaya dan Strategi Membaca (BSM) dan Soal selidik Pembentukkan Karakter (SPK) yang terdiri daripada 21 items. Borang soal selidik diedarkan kepada responden menggunakan Google Forms. Penggunaan Google Forms dapat memudahkan pengedaran dan kutipan data dengan lebih mudah, cekap & efisien. Data mentah dianalisis dalam bentuk min, sisihan piawai, peratusan dan korelasi pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap pembacaan digital berada pada tahap sederhana (min=1.84). Manakala jenis bahan bacaan yang menjadi keutamaan pilihan responden adalah Bahan Bacaan Santai (Non-Academic - 48.3%) dan Bacaan Ilmiah (Academic ± 51.7%). Daripada aspek hubungan, terdapat hubungan positif yang kuat antara bahan bacaan digital dengan pembentukkan karekter guru (r=0.71). Data yang dikutip diharap memberi nilai tambah terhadap sumber pembacaan digital negara, mutu bahan bacaan dan kecekapan penyediaan bahan bacaan digital. Keadaan ini perlu diberi perhatian oleh pelbagai pihak bagi memperkasa generasi yang dapat bersaing pada dunia Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Kata Kunci: Bacaan Digital, Pembentukan Karakter, Strategi Membaca, Revolusi Industri 4.0 PORTABLE MOTORCYCLE LUBRICANT OIL CHANGER Zulkarnain Bin Jamak1 , Muhammad Ihsan Bin Mohamad Nasir2 , Muhammad Amir Zahin Bin Sahari3 , Muhammad Azri Haziqq Bin Zahari4 1,2,3,4Politeknik Banting Selangor Email: 1 [email protected] Abstract The main purpose of producing this product is to enable mechanics and the public to make the process of changing motorcycle engine oil more efficient and easier. It helps mechanics work because they no longer have to expend more energy to unscrew the engine oil cover screw on the bottom of the motorcycle engine which can cause their backs to tense and ache. This product just needs to be pushed forward like the way a trolley works, for the safety SXUSRVHLW¶VDOUHDG\JRWWKHVLPSOHEXWHIILFLHQWEUDNHWRWKHW\UH1H[WLWFRPHVZLWKDORQJZLUHWRIDFLOLWDWHWKH process. In conclusion, this product can help mechanics and public in terms of comfort while changing motorcycle engine oil, reduce energy to unscrew under the engine, and use maintenance time effectively. Keywords: oil, maintenance, safety
58 '(9(/230(172)$1'52,'$33/,&$7,21³0<2%(´)25,1752'8&7,2172 OUTCOME BASED EDUCATION Mohd Khairi Haslamia bin Mat Ripin1 , Nadzri bin Che Kamis2 , Ahmad Zawawi bin Zulkifli3 , Mohd Hafidz bin Zakaria4 1,3,4Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, 2 Pejabat Pentadbiran, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Email: 1 [email protected] Abstract This article describes the process of building the myOBE android application which will be use to explain the concept of Outcome Based Education (OBE) to lecturers and students at polytechnics. The app was developed using MIT App Inventor website based software. Findings of the study show that myOBE android application can be produced by using the software to provide information about the concept of Outcome Based Education (OBE) by using the method of presenting information through video, info graphics, live search on the website and also web viewer for file sharing from the data center. A test run conducted on five different smartphone models showed the app was compatible to use and all the functions used worked well. In conclusion, the smartphone based myOBE application can be developed and used in conveying information about Outcome Based Education (OBE) to lecturers and students. This can help them find information related to Outcome Based Education (OBE) in just one application. Keywords: Outcome Based Education (OBE), MIT App Inventor, Android Applications HYBRID ONLINE LEARNING PLATFORMS TO CATER THE NEEDS OF SOCIETY 5.0: A CONCEPTUAL PAPER Lee Pui Har1 , Angeline Chong Suet Kee2 , Gurminderjeet Kaur A/P Kartar Singh3 1 Politeknik METrO Kuantan, 2 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, 3 Kolej Komuniti Sungai Siput Email: 1 [email protected] Abstract This paper aims to conceptualise several concepts on online learning instruction in the era of Industry 4.0 to cater the needs of Society 5.0 in Malaysia's higher education context. This study is developed on secondary data supplemented by the support of current literature reviews. Industrial Revolution 4.0 and Society 5.0 have called for Education Revolution 5.0, urging improvement and more personalised and digitalised learning instruction. Therefore, education instruction needs to be integrated and improved constantly to keep on par with the needs of the present Education Revolution 5.0 that very much focuses on personalisation. This paper analysed literature on some online teaching and learning instructions namely massive online open course (MOOC), differentiated instruction (DI) and mastery learning. A hybrid blended MOOC instruction model that caters to Society 5.0 OHDUQHUV¶QHHGVZDVSURSRVHGDIWHU the strengths and weaknesses of these teaching instructions were reviewed. The conceptual paper provides literature references that will enhance future education instruction innovation activities. Keywords: E-learning, Differentiated Instruction, Mastery Learning, Online Learning Platform, Mix Ability Classroom
59 $'((3(581'(567$1',1*2))250678'(176¶0,6&21&(37,21,162/9,1* FRACTIONS PROBLEMS IN MATHEMATICS Lim Yi Wei SMK SANZAC, Kota Kinabalu, MALAYSIA Email: [email protected] Abstract The purpose of this action research was to identify students' misconceptions and errors in solving fraction number line and word problems. It also explored the effectiveness of Tik-Tok short videos in improving students' fraction understanding. The sample for this research consisted of 48 students from Form 1 at SMK SANZAC. In this study, a Check Point Test was utilised as tool to identify students' misconceptions and errors in answering fraction number line and word problems. As a research intervention, short videos on Tik-Tok were created to help students improve their fraction knowledge. The bar modelling method was demonstrated in the Tik-Tok videos to help students in comprehending fraction word problems. To better understand students' perceptions and accessibility challenges when learning fractions at home, online feedback forms were used. According to the findings of this research, students who struggled with number lines did so mainly due to confusion with whole number properties. Students who struggled with fraction word problems did so mostly because they cannot comprehend the fraction concepts involved. It was also found that students' fraction performance has improved significantly after watching Tik-Tok short videos. Keywords: Fraction number line, Fraction word problem, bar modelling, short video DIGITAL INNOVATION XXXX3152: COURSE AND INNOVATION APPS EVALUATION Siaw Nyuk Hiong1 , Agatha Anak Francis Umbit2 , Tay Pui Hoon3 1,2,3 IPGK Batu Lintang Email: 1 [email protected] Abstract Digital innovation is offered in Teacher Education Institute to encourage students in designing and developing learning products. This paper evaluates the effectiveness of digital innovation xxxx3152 course and investigates digital innovation apps developed for education. This study was conducted with 81 undergraduate students in Teacher Education Institute in Sarawak. Mix methodology was adopted. Student teachers have high level of creation and demonstration products (M=4.14, SD=0.68) which showed that student teachers were positive about their ability in creating innovation based on teaching and learning issues. The findings of this study show that student teachers were able to evaluate their innovation and its impact on the quality of teaching and learning, which showed the overall mean score M=4.29, SD=0.60. Therefore, the research findings implied that student teachers taking the xxxx3152 course have the technology and content competency to develop reasonably good digital applications for teaching and learning. Keywords: Digital, apps, education, evaluation
60 DEVELOPMENT OF AUGMENTED REALITY IN STEM EDUCATION: MOLECULAR COMPOUND CHEMISTRY Choong Chee Guan1 , Saw Chun Lin2 , Zainor Rahim Md. Saberi3 1 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis, 2,3Politeknik Bagan Datuk, Hutan Melintang, Perak Email: 1 [email protected] Abstract Augmented Reality (AR) is the 21st-century teaching tool that can be embedded with elements of science, technology, engineering, and mathematics (STEM). This paper is presenting the development of augmented reality for smartphone app to create interactive learning for students. Vuforia Unity software is used to develop the augmented reality programming code. The focus of the area is on Science, Technology, Education and Mathematics (STEM) specifically for Chemistry. The purpose of the developed project is to improve the mobile based interactive learning technology toward IR 4.0 in education and to enhance digital based education tools by using Augmented Reality (AR). In this project, Marker based AR and Markerless AR method is used to develop the mobile based interactive learning. The marker-based AR is using camera to scan flash card to create AR animation while the Markerless AR is about fundamental Games and Quiz for students to explore. The outcome of the project is an AR app creation with THREE (3) main menu interface that is AR Camera, Mini Games and Quiz. Amongst the result is the AR animation effect that is showing the molecular equation and chemical bonding animation after scanning the Factory flue gas flash card. Keywords: Augmented Reality, Chemistry, Vuforia Unity, STEM, IR 4.0 CHALLENGES FACING TEACHERS IN THE IMPLEMENTATION OF HOME-BASED TEACHING AND LEARNING (PDPR) DURING THE NATIONAL REHABILITATION PLAN PHASE TWO Henry Goh1 , Mazlan Minhat2 , Mohd Affendi Ariffin3 , Ma Chi Nan4 , M. Rahim Md Lair5 , Cleo-Anne Liujan Tsen6 1,5SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah, 2,3SMK Putatan, Penampang, Sabah, 4 SM St Michael, Penampang, Sabah, 6 SMK Sanzac, Kota Kinabalu, Sabah Email: 1 [email protected] Abstract This study focuses on the implementation of Home-based Teaching (PdPR) in Malaysia, which is the continuous delivery of knowledge from teachers to students during the implementation of the Movement Control Order (MCO). Teachers play an important role in determining and implementing effectively the learning outcomes during this period of MCO. A clear explanation from the Ministry of Education through the Home-based Teaching and Learning Manual Version 2.0 serves as a guide for teachers to implement teaching in a structured and planned manner. This has given new experiences to all, especially to teachers to realize PdPR. Therefore, a quantitative study was conducted to identify the readiness and challenges faced by teachers in implementing PdPR. A fivepoint Likert scale questionnaire was distributed to 158 teachers. The findings of the study showed there was a high level of readiness among teachers on PdPR and found that the challenges faced in implementing PdPR during the COVID-19 pandemic period were only at a moderate level. Among the main challenges faced were the difficulty of establishing a two -way communication with students and the lack of learning support from parents. In conclusion, implementing PdPR is not only a challenge to be addressed individually but it requires the cooperation of all parties including teachers, students, parents, and the local community. Keywords: Covid-19, pandemic, home-based learning, challenges of teachers, online learning
61 A CASE STUDY ON THE IMPLEMENTATION OF GROUP LEARNING FOR MATHEMATICS LEARNING OF LOWER PRIMARY PUPILS Dylan Kho Liang Ee IPG Kampus Pulau Pinang Email: [email protected] Abstract This case study was conducted to learn more about the implementation of group learning in lower primary mathematics classrooms. I have conducted interviews with 5 mathematics teachers from a Chinese elementary school, asking them their experiences and opinions on implementing mathematics group learning. I found out that through group learning, pupils got to communicate, express ideas, think critically and help each other in learning. The common activities used for group learning include group discussions, games and mathematics projects. &KDOOHQJHVWHDFKHUVIDFHGLQFOXGHLQDGHTXDWHWLPHSXSLOV¶GLVFLSlinary issues, lack of participation and difficulties designing group learning activities. Those challenges can be overcame by having clear goal and instructions from WHDFKHUGHVLJQLQJDFWLYLWLHVWKDW ILWVHYHU\SXSLOV¶DELOLWLHV SRVLWLYH HQFRXUDJHPHQW Irom teacher and electing competent group leaders. When asked whether they prefer group learning over traditional teaching, they said each method has its own pros and cons and suggested that group learning combine with traditional learning to enrich SXSLOV¶ learning by apply the knowledge they have learnt meaningfully. In short, with adequate time, resources DQG HQFRXUDJHPHQW JURXS OHDUQLQJ FDQ EH EHQHILFLDO WR ORZHU SULPDU\ SXSLOV¶ mathematics learning. Group learning also should be conducted alongside traditional learning in class. KEYWORDS: Group Learning, Traditional Teaching, Lower Primary Pupils, Mathematics, implementation DESIGNING STEM LESSONS THROUGH LESSON STUDY: CHALLENGES, VIEWS AND REFLECTIONS Jong Cherng Meei1 , Lavaneesvari Manogaran2 , Ng Seok Moay3 1,2,3Institut Pendidkan Guru Kampus Pulau Pinang Email: 1 [email protected] Abstract This paper studies the design of STEM lessons through lesson study by eight mathematics pre-service teachers of a teacher education institute during the Covid-19 pandemic. The study focused on STEM lesson planning processes, lesson study, challenges of lesson planning and implementation during practicum which was implemented online. The sample were recruited through purposive sampling method of which they were the practicum students of the researchers. Qualitative case study was the research design used. Data was collected through the planned lesson, discussions, interviews, reflective journals, video recordings and expert observations. Three distinct strands emerged from the findings, that is, lesson study enhances pedagogical content knowledge for integrated STEM lesson, develops pre-VHUYLFHWHDFKHUV¶DZDUHQHVVWRZDUGVVWXGHQWV¶OHDUQLQJDQGDVVLVWVWKH constrcution of STEM lesson through collaboration. Other views and challenges to were also discussed. They are perceptions of participants towards integrated STEM lessons, time constraint in in lesson planning and implementation, and the potential of including lesson study in the practicum programme. Keywords: STEM, lesson study, lesson planning, practicum, online
62 SUB TEMA: PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL
63 MENGKAJI INTIPATI PENAAKULAN SAINTIFIK Ho Wen Jye Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Emel: [email protected] Abstrak Antara aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) ialah kemahiran berfikir di mana setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif, antaranya termasuklah penaakulan. Kajian ini sebagai satu usaha untuk memperjelaskan konstruk penaakulan. Lawson (1992) telah mengemukakan Teori Hipotesis Multipel untuk menerangkan intipati penaakulan saintifik. Menurut teori ini, intipati penaakulan saintifik adalah kebolehan seseorang untuk mengusahakan penaakulan dengan mempertimbangkan lebih daripada satu antejadian dalam konteksnya. Kajian ini menguji andaian asas teori ini dengan meninjau corak respon penaakulan pelajar terhadap tugasan-tugasan logik penaakulan bersyarat (jika p, maka q; p ialah antejadian, q ialah akibat) dalam konteks yang berbeza-beza melalui dua instrumen: Ujian Penaakulan Bersyarat Umum (UPBU) dan Ujian Penaakulan Bersyarat Kimia (UPBK). Subjek kajian terdiri daripada 130 orang pelajar tingkatan lima aliran sains. Hasil kajian menunjukkan bahawa corak respon penaakulan pelajar tidak konsisten bagi setiap tugasan logik bersyarat yang identikal (semua berbentuk jika p, maka q). Didapati peratusan respon bercorak penaakulan bersyarat semakin menurun apabila beralih dari tugasan logik pertama ke ketiga dalam kedua-dua UPBU dan UPBK, sejajar dengan trend keadaan konteks tugasan adalah semakin sukar untuk memikirkan antejadian alternatif (antejadian lain selain daripada antejadian p). Sebaliknya peratusan respon bercorak penaakulan dwisyarat (p jika dan hanya jika q) semakin meningkat mengikut alihan tugasan logik pertama ke ketiga dalam kedua-dua UPBU dan UPBK. Secara amnya, dapatan kajian menyokong andaian Teori Hipotesis Multipel dan menambah lagi bukti empirikal bahawa penaakulan tidak boleh dilihat sebagai suatu konstruk yang bebas daripada konteks. Implikasi dapatan kajian terhadap pengajaran sains dibincangkan. Kata Kunci: intipati penaakulan saintifik, penaakulan bersyarat, Teori Hipotesis Multipel KAJIAN PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN APLIKASI PENGURUSAN TADIKA BERASASKAN WEB (e-KinderM) Hairi Bin Alias1 , Mohd Firdaus Bin Mahayudin2 1 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, 2 Kolej Komuniti Paya Besar Emel: 1 [email protected] Abstrak Aplikasi Web Pengurusan Tadika (e-KinderM) ialah satu sistem pengurusan secara web yang dibangunkan untuk kegunaan pihak Tadika Teras Bestari. Kajian ini dijalankan bagi menilai tahap pembangunan dan kefungsian dalam aplikasi melibatkan modul dan penerimaan terhadap hasil akhir produk. Aplikasi dibangunkan bertujuan menfasilisasi operasi tadika berkaitan dengan pengurusan harian murid merangkumi aktiviti harian, rekod kehadiran, makluman pencapaian dan kemenjadian murid serta urusan pembayaran yuran oleh ibu bapa. Ianya mempunyai tiga skop pengguna iaitu pentadbir, guru tadika dan ibu bapa murid. Bahasa pengaturcaraan web PHP, pelayan web Apache dan pangkalan data MySQL digunapakai sebagai elemen pembangunan dengan mengaplikasikan metodologi ADDIE. Ujian Kefungsian, Ujian Integrasi dan Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) telah dijalankan ke atas sistem ini dan semua keputusan adalah baik iaitu 100% bagi ujian kefungsian, 100% bagi ujian integrasi dan 95% bagi UAT. Namun begitu, dalam pembangunan aplikasi secara web, beberapa perkara perlu diperhatikan berkait tahap literasi pengguna dengan penggunaan aplikasi selain status pengemaskinian agar hasil sistem dapat berterusan di adaptasi dengan keperluan teknologi semasa. Kata Kunci: Aplikasi Web, Ujian Kefungsian, Ujian Integrasi, Ujian Penerimaan Pengguna(UAT)
64 PENGGUNAAN LOGIK KABUR DALAM PENILAIAN KEPUASAN PELANGGAN DI IPG .$0386'$72¶5$=$/,,60$,/ Nur Ruzaini Binti Che Mansor1 , Mas Norbany Binti Abu Samah2 , Yuslaini Binti Yunus3 1 8QLW3HSHULNVDDQGDQ3HQLODLDQ,3*.DPSXV'DWR¶5D]DOL,VPDLO.XDOD7HUHQJJDQX2,3Jabatan Perancangan, 3HQ\HOLGLNDQGDQ,QRYDVL,3*.DPSXV'DWR¶5D]DOL,VPDLO.XDOD7HUHQJJDQX Emel: 1 [email protected] Abstrak Kepuasan pelanggan merupakan isu yang penting dalam pelbagai sektor termasuk dalam institusi pendidikan. Kehendak dan keperluan pelajar serta pensyarah selaku pelanggan kepada sesebuah institusi perlu dipenuhi oleh pihak pengurusan bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan berkualiti. Prestasi sesebuah organisasi diukur daripada kepuasan pelanggan terhadap keperluan mereka. Isu kepuasan pelanggan tidak hanya berlaku di Malaysia malahan juga di luar negara. Aduan dan rungutan mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan menjadi penyebab kepada tercetusnya kajian ini. Justeru, kajian ini dijalankan bagi menentukan tahap kepuasan pelajar dan SHQV\DUDKWHUKDGDSSHUNKLGPDWDQGDQNHPXGDKDQ\DQJGLVHGLDNDQGLO3*.DPSXV'DWR¶ Razali Ismail. Responden kajian terdiri daripada pelajar dan pensyarah yang dipilih secara pensampelan rawak bersrata. Data dikumpulkan berdasarkan soal selidik yang diedarkan secara dalam talian dan merangkumi tujuh dimensi. Analisis deskriptif dilakukan menggunakan SPSS 26 for windows dan seterusnya analisis Logik kabur menggunakan Matlab R2020b for windows. Logik kabur menggunakan pemboleh ubah linguistik yang diberi darjah keanggotaan. Sistem inferens kabur menggunakan model Fuzzy Mamdani digunakan bagi mengolah data. Seterusnya untuk mendapatkan output terdapat empat tahap yang perlu dilakukan iaitu pengaburan, aturan, inferensi dan defuzzifikasi. Dapatan kajian ini membolehkan pihak pengurusan mengekalkan prestasi sedia ada dan membuat penambahbaikan berterusan dari masa ke semasa untuk menjamin kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan. Kata Kunci: Logik Kabur, Model Fuzzy Mamdani, Kepuasan Pelanggan APLIKASI MODEL ADDIE DALAM PELAKSANAN PROJEK MINI UNTUK KURSUS EMBEDED ROBOTIC DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI Faizal Mohamad Twon Tawi1 , Amir Abu Bakar2 , Abu Bakar Ibrahim3 1,2,3Politeknik Seberang Perai Emel: 1 [email protected] Abstrak Cabaran dalam bidang pendidikan semakin kuat dirasai oleh para pendidik khususnya pensyarah Politeknik Malaysia. Dua faktor yang dilihat memberi kesan kepada sistem pendidikan masa kini ialah perkembangan teknologi dan penularan wabak Covid-19. Oleh itu, para pensyarah harus mencari serta merancang kaedah pembelajaran berkesan untuk memastikan objektif sesuatu pembelajaran dapat dicapai. Bagi tujuan pengendalian proses pengajaran dan pembelajaran untuk sesuatu kursus, modul pengajaran adalah merupakan perkara asas yang utama. Terdapat banyak model pengajaran yang dikaji oleh pakar-pakar dan digunakan secara meluas dalam bidang pendidiak. Salah satu model pengajaran yang terkemuka ialah model ADDIE. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengupas pengendalian projek mini dengan menggunakan model ADDIE yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengambil kursus Embedded Robotic di Politeknik Seberang Perai. Model ADDIE dipilih kerana model reka bentuknya lebih sistematik dan memperincikan fasa-fasa prosesnya seperti Analysis (analisis), Design (mereka bentuk), Develop (membangunkan), Implement (melaksanakan), dan Evaluate (penilaian). Para pelajar dapat melaksanakan projek mini bagi kursus ini dengan jayanya mengikut fasa-fasa yang terkandung di dalam model ADDIE. Berdasarkan kajian ini, pengendalian pengajaran dan pembelajaran berpandukan model ADDIE dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan tersusun. didapati pelajar bersungguh-sungguh dalam menyiapkan projek mini dan gembira apabila projek mini dapat berfungsi dengan jayanya. Kata Kunci: Model ADDIE: Fasa-Fasa Proses Model ADDIE: Embedded Robotic: Politeknik Seberang Perai
65 KEMAHIRAN MEREKACIPTA LOGO DAN TAGLINE SEBAGAI MEDIUM PEMBANGUNAN STEM DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK UNGKU OMAR Lim Yeong Chyng1 , Siti Syazwani Binti Ilmin2 , Ahmad Rakimi Bin Mohamad3 1,2,3Politeknik Ungku Omar Emel: 1 [email protected] Abstrak Pembangunan STEM menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Merekacipta Logo dan Tagline CSTEM adalah usaha bagi memastikan inisiatif pengukuhan. Pendidikan STEM. Usaha melaksanakan pertandingan ini dapat melahirkan pelajar yang berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui pembelajaran bersepadu merangkumi STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar. Justeru itu, pertandingan ini akan menjadi identiti simbolik logo dan tagline kesedaran konsep STEM. Sehubungan dengan itu, pendidikan STEM dapat melahirkan modal insan yang mahir dalam bidang teknologi. Melalui pendidikan STEM, generasi muda mampu menjadi kreatif dan inovatif serta melahirkan insan yang berpotensi dalam mereka cipta projek yang menarik yang boleh berdaya saing di antara satu sama lain. Kajian ini melibat seramai 110 responden yang terdiri daripada pelajar Kelab STEM, pelajar semester 1, 2 dan 3 di Politeknik Ungku Omar pada Sesi 1: 2021/2022. Pertandingan ini berfokus perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif dalam kalangan peserta. Dalam pertandingan ini, pelajar diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam menghasilkan Logo dan Tagline STEM. Para pelajar hendaklah memberi rasional ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yg digunakan berasaskan konsep STEM dan dihantar secara dalam talian untuk dinilai di peringkat politeknik. Pendekatan pendidikan STEM ini berupaya merealisasikan aspirasi menjadi negara maju melalui sumber yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif pada masa akan datang. Kata Kunci: pendidikan STEM, merekacipta, berfikiran secara logik TAHAP PENGETAHUAN DAN SIKAP GURU PELATIH BIDANG STEM DALAM PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL Amni Safiah Ab Halim1 , Kamisah Osman2 1 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, 2 Universiti Kebangsaan Malaysia Emel: 1 [email protected] Abstrak Kajian deskriptif ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap guru pelatih dalam pemikiran komputasional. Reka bentuk kajian adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Seramai 250 orang guru pelatih bidang STEM iaitu opsyen Sains, Reka Bentuk danTeknologi dan Matematik di 5 buah kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) telah menjadi responden dalam kajian ini. Statistik deskriptif telah digunakan bagi menganalisis kekerapan dan peratusan profil responden yang terlibat. Statistik deskriptif juga digunakan untuk mendapatkan min dan sisihan piawai bagi menentukan tahap pengetahuan dan sikap guru pelatih dalam pemikiran komputasional. Analisis menunjukkan tahap pengetahuan dan sikap guru pelatih dalam pemikiran komputasional secara keseluruhan adalah tinggi. Walaubagaimanapun, analisis juga menunjukkan pengetahuan kandungan pemikiran komputasional guru pelatih masih di tahap sederhana. Kajian mendapati pendedahan pemikiran komputasional kepada guru pelatih masih tidak dilakukan secara komprehensif kerana miskonsepsi dalam kalangan guru pelatih terhadap kemahiran ini masih berlaku. Tahap sikap yang tinggi memberi gambaran yang positif terhadap penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam meningkatkan kemahiran ini dalam diri guru pelatih. Kata Kunci: pemikiran komputasional, pendidikan STEM, guru pelatih
66 PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN LERAIAN TERHADAP MURID TAHUN 2 UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA MELAYU Koh Chun Jing SJK (C) TAH TONG Emel: [email protected] Abstrak Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap pengaplikasian kemahiran leraian dalam meningkatkan kemahiran menulis Bahasa Melayu. Seramai 20 orang murid Tahun 2 sekolah rendah sekitar Pontian, Johor terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal yang dijalankan telah menunjukkan bahawa murid tidak mahir dalam membina dan menulis jawapan soalan pemahaman. Dengan itu, pengkaji menggunakan kemahiran leraian yang terkandung dalam konsep pemikiran komputational untuk membantu proses pembelajaran murid di dalam kelas. Rasional kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran berfikir murid dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh mereka. Pengkaji telah menggunakan instrumen catatan pemerhatian dan ujian untuk mengumpulkan data murid. Data dianalisis secara analitik dan peratusan. Analisis dapatan kajian menunjukkan tahap pengaplikasian kemahiran leraian berdasarkan kehendak soalan dalam kemahiran menulis berada pada tahap tinggi. Implikasinya kajian ini dapat mengisi kelompongan Model Pemikiran Komputational serta penyelidikan berkaitan kemahiran leraian dalam kemahiran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, kajian ini akan menjadi panduan kepada guru-guru dan pihak berkepentingan untuk meningkatkan pengetahuan dan amalan pengaplikasian kemahiran leraian dalam meningkatkan kemahiran menulis serta menyebarluaskan pemikiran komputational untuk melahirkan generasi yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kata Kunci: Kemahiran Leraian, Bahasa Melayu, Pemikiran Komputational PENERIMAAN DAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TERHADAP MINAT BELAJAR MURID SEKOLAH MENENGAH Sasira Binti Nordin SMK Putra Perdana, Sepang, Selangor Emel: [email protected] Abstrak Pendidikan di Malaysia yang selama ini pada asasnya menggunakan pendekatan secara tradisional berubah secara drastik berikutan dengan penularan wabak Coronovirus (Covid-19) yang telah melanda dunia pada hujung tahun 2019. Wabak ini mula menular di Malaysia pada bulan Februari 2020 dan penularan yang pantas memaksa Kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 dan semua institusi pendidikan termasuklah sekolah telah diarahkan tutup.Kajian kuantitatif secara tinjauan ini dijalankan bagi melihat hubungan minat belajar murid sekolah menengah dan tahap penerimaan serta tahap pengetahuan murid dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melibatkan pembelajaran atas talian di 20 buah sekolah menengah di Malaysia.Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan Statistical Package Social Science version 28 (SPSS 28) ini menunjukkan bahawa tahap penerimaan dan pengetahuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan meningkatkan tahap minat murid sekolah menengah untuk belajar. Dapatan ini membuktikan bahawa penerimaan dan pengetahuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah penting kepada semua murid dalam memastikan ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru melalui pembelajaran atas talian dapat diterima dan dipraktikkan dengan baik mengikut bidang ilmu tertentu. Kata Kunci: penerimaan, pengetahuan, ICT, pembelajaran atas talian, minat
67 TINJAUAN PENGGUNAAN PRODUK PROATUR RULER DAN HUBUNGANNYA TERHADAP TAHAP MOTIVASI DALAM KELAS PEMBUATAN POLA Mahani Binti Mohd Zin1 , Eliza Fitria Binti Aidil Fitri2 , Muhamad Azlin Bin Ismail3 1,3Kolej Komuniti Bagan Datuk, 2 Kolej Komuniti Manjung Emel: 1 [email protected] Abstrak Bidang pembuatan pakaian merupakan bidang kemahiran yang memerlukan peralatan tertentu bagi mempelajarinya dengan baik. Penggunaan peralatan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) akan mempengaruhi kualiti proses pekerjaan yang dilakukan sewaktu aktiviti PdP. Antaranya seperti penggunaan pembaris yang tidak sesuai. Penyelidik telah menghasilkan inovasi pembaris intervensi yang direka berdasarkan penelitian dan pengalaman ketika mengajar. Penyelidik ingin membuat kajian tinjuan persepsi pembaris intervensi dapat memudahkan kerja-kerja penghasilan pola. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pembaris pola intervensi iaitu Proatur Ruler yang dapat menyokong pendapat penyelidik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana penyelidik menggunakan kaedah temu dan observasi yang dijalankan terhadap pelajar Program Fesyen dan Pakaian, Kolej Komuniti Manjung seramai 11 orang. Setiap pelajar telah diberi pinjam pembaris intervensi tersebut dan menggunakannya selama 10 minit. Kemudian pensyarah melakukan temubual yang berpandukan soalan yang telah dirangka bagi mendapatkan jawapan yang adil bagi kesemua pelajar. Hasil temubual yang dilakukan menunjukkan persepsi pelajar terhadap produk intervensi Proatur Ruler sangat memberangsangkan dan positif baik berbanding pembaris konvensional. Dapatan daripada produk intervensi Proatur Ruler, dapat memudahkan pelajar menguasai kemahiran pembuatan pakaian seterusnya dapat meningkatkan motivasi mereka dalam menekuni pembelajaran. Seterusnya dapat dijadikan penanda aras kepada tujuan pengkomersialan produk intervensi Proatur Ruler. Kata Kunci: persepsi pelajar, motivasi pelajar, pembaris pola, Proatur Ruler PENGATURCARAAN SCRATCH DALAM SAINS: IMPAKNYA TERHADAP PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DAN PENCAPAIAN PELAJAR Samri Chongo1 , Noraini Lapawi2 1,2IPG Kampus Pulau Pinang Emel: [email protected] Abstrak Objektif utama kemahiran pemikiran komputasional (PK) yang diperkenalkan di sekolah adalah untuk membangunkan kreativiti dan pemikiran kritis pelajar yang melibatkan pedagogi Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM.) Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti impak Modul Sc-CT terhadap kemahiran PK. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan 65 pelajar tingkatan satu di Sabah. Terdapat dua pendekatan pengajaran iaitu kumpulan rawatan dengan menggunakan modul yang diintegrasikan dengan pengaturcaraan Scratch dan kumpulan kawalan yang menggunakan pendekatan konvensional. Kemahiran PK pelajar diukur dengan menggunakan Bebras Task dengan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan data dianalisis secara ANCOVA. Keputusan kajian adalah tidak signifikan, namun data deskriptif menunjukkan kumpulan rawatan pencapaian kemahiran PK lebih baik daripada kumpulan rawatan. Pengintegrasian kemahiran PK melalui pengaturcaraan Scratch dapat memperkasakan pendidikan STEM dalam membantu pelajar menyelesaikan masalah dengan memberikan fokus kepada kemahiran algoritmik. Kata Kunci: pemikiran komputasional, pendidikan STEM, penyelesaian masalah
68 TINJAUAN IMPAK PELAKSANAAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK DASHBOARD (e-SPAK Dashboard) DENGAN MODUL CAKNA TERHADAP PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK Muhamad Azlin Bin Ismail1 , Nur Nabilah Binti Noorahim2 , Fatin Nur Halilah Mohd Said3 1,2,3Kolej Komuniti Bagan Datuk Emel: 1 [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk meninjau impak pelaksanaan Sistem Penasihatan Akademik Dashboard (e-SPAK dashboard) menggunakan modul CAKnA dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Bagan Datuk. Seramai 163 orang pelajar program Sijil Komputer dan Rangkaian (SSK) dam program Sijil Penyelenggaran Motosikal berkuasaTinggi di Kolej Komuniti Bagan Datuk terlibat sebagai sampel kajian. Rekabentuk kajian ialah Analisa deskriptif bagi mengenalpasti kebolehpercayan pembangunan sistem dalam talian e-SPAK dan antaramuka eSPAK. Bagi mengenalpasti perbezaan signifikan impak keyakinan e-SPAK Dashboard, data dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Package for Science Social (SPSS) versi 26 dengan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan bahawa: (1) Impak pengunaan e- SPAK dashboard terhadap keyakinan pelajar adalah tinggi dengan purata min 4.44 (2) Antaramuka dan capaian e- SPAK dashboard dalam kalangan pelajar juga adalah tinggi dengan purata min 4.32 (3) tidak terdapat perbezaan signifikan impak e-SPAK Dashboard antara pelajar program Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) dan program Sijil Motosikal Berkuasa Tinggi (SVM) dan ( 4 ) tidak terdapat perbezaan signifikan impak e-SPAK Dashboard antara pelajar lelaki dan perempuan di Kolej Komuniti Bagan Datuk. Dapatan ini menunjukkan prestasi e-SPAK dashboard di Kolej Komuniti Bagan Datuk adalah amat baik dan memberikan impak yang besar terhadap pelajar Kolej Komuniti Bagan Datuk. Cadangan untuk penyelidikan akan datang untuk melihat hubungan di antara pencapaian akademik dari aspek CGPA antara semester satu, semester dua dan semester tiga bagi mengukuhkan keperluan ePSAK dashboard dan seterusnya agar boleh diaplikasi kepada agendi pendidikan yang lain. Kata Kunci: impak keyakinan, e-SPAK dashboard, modul CAKnA PERSEPSI GURU PRA PERKHIDMATAN TERHADAP PELAKSANAAN PENTAKSIRAN DALAM TALIAN IPG KAMPUS PULAU PINANG Juliana Binti Saarani1 , Shuhailah Binti Mat Said2 , Soudamini A/P Narayanan Nair3 , Hasyyati Binti Mat Hanipi4 1,2,3,4UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN, IPG KAMPUS PULAU PINANG Emel: 1 [email protected] Abstrak Kaedah penilaian dalam talian tampak baru, namun dengan adanya masalah pandemik COVID-19 ini dan pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tidak membenarkan aktiviti akademik di kampus secara bersemuka, penilaian dalam talian telah menjadi sesuatu yang mustahil untuk dielakkan. Dengan kecanggihan teknologi yang sentiasa berevolusi, peperiksaan dalam talian menjadi pilihan yang terbaik untuk dilaksanakan. Peperiksaan secara dalam talian menuntut komitmen dan kerjasama daripada semua pihak terutamanya dari segi pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknologi maklumat, penyediaan peranti digital dan akses capaian internet yang berkualiti agar penilaian yang diberikan adalah adil, sah dan boleh dipercayai. Justeru kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan dalam kalangan guru pra perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru menghadapi peperiksaan secara dalam talian ekoran gelombang pandemik Covid19. Kaedah pengumpulan data adalah secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik secara dalam talian melalui Google Form. Kajian ini melibatkan seramai 148 orang pelajar Institut Pendidikan Guru di Kampus Pulau Pinang. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS.Hasil kajian ini menunjukkan implikasi bahawa guru pra perkhidmatan dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan kualiti penilain dan pentaksiran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kata Kunci: keberkesanan, peperiksaan dalam talian, guru pra perkhidmatan
69 KEBERKESANAN PBP BERASASKAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DALAM MENINGKATKAN PENYELESAIAN MASALAH PELAJAR Emram Bin Yunus1 , Syamsul Bahrin Bin Zaibon2 , Hasnul Hisham Bin Hashim3 , Abdul Aziz Bin Mamat4 1,4IPG Kampus Sultan Abdul Halim, 2 Universiti Utara Malaysia, 3 IPG Kampus Pulau Pinang Emel: 1 [email protected] Abstrak Aplikasi pembelajaran berasaskan permainan (PbP) merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer. Antara ciri-ciri dan kelebihan aplikasi PbP yang dapat membantu meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah (PM) pelajar seperti menyediakan pengalaman yang mencabar, menggalakkan kepuasan intrinsik (peluang pembelajaran dalam keadaan yang teruja) dan bebas risiko. Pemikiran Komputasional (PK) adalah proses pemikiran yang efektif dalam penyelesaian masalah dan mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas kemahiran PM pelajar. Trend terkini menunjukkan berlaku pertambahan kajian dalam mereka bentuk aplikasi PbP untuk menguasai konsep PK. Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana keberkesanan aplikasi PbP berasaskan pemikiran komputasional (PbP PK) dalam meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah pelajar. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen (quasi-experimental) kumpulan kawalan tidak seimbang dengan ujian pra dan ujian pasca (Pretest-Posttest, Nonequivalent Control Group). Seramai 49 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini, (N =49). 24 orang pelajar dijadikan sebagai kumpulan rawatan (A) yang menggunakan aplikasi PbP bagi PK. Manakala 25 orang pelajar dijadikan kumpulan kawalan (B) yang menggunakan aplikasi PbP penyelesaian masalah (PbP PM). Keberkesanan aplikasi ini diukur berdasarkan markah ujian pra dan ujian pasca pelajar yang dianalisis menggunakan kaedah Analysis of Covariance (ANCOVA) dalam perisian SPSS 20.0. Nilai pembolehubah bersandar adalah skor ujian pasca dan skor ujian pra dijadikan kovariat. Teknik Analysis of Covariance (ANCOVA) digunakan untuk menilai tahap keberkesanan aplikasi PbP bagi PK dalam meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah pelajar. Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan min markah kumpulan rawatan (݊=24) dalam ujian pra (ܯ=43.46) dan ujian pasca (ܯ=66.38). Perbezaan ini adalah signifikan lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan (݊=25), ܨ)1,47)=529.72).=00<.05). Kata Kunci: Permainan berasaskan Pendidikan, Pemikiran Komputasional, Kemahiran Penyelesaian Masalah, Aplikasi PbP
70 NOMOPHOBIA DALAM KALANGAN PELAJAR PERGURUAN ZON SELATAN Ros Eliana Ahmad Zuki1 , Mazlan Aris2 , Azhari Mariani3 1 IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor, 2 IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan, 3 60.'DWR¶$OL Haji Ahmad, Pontian, Johor Emel: 1 [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan menentukan tahap nomophobia berdasarkan elemen punca serta simptom, dan mengenal pasti perbezaan nomophobia yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Zon Selatan. Kajian kuantitatif ini melibatkan 1011 responden. Data telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai, serta secara inferensi (ujian-t) menggunakan perisian SPSS. Data tertabur normal berdasarkan lengkuk histogram dan stem & leaf plot dalam analisis kenormalan. Dapatan kajian menunjukkan nilai Alpha Cronbach 0.928 (kebolehpercayaan tinggi). Didapati, tahap elemen punca nomophobia adalah rendah (min=1.32, SP=0.363), manakala tahap elemen simptom adalah sederhana (min=2.35, SP=0.549). Keseluruhan tahap nomophobia berada pada aras rendah (min=1.82, SP=0.354). Hasil analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam nomophobia di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan (t=1.8, p=0.08). Walau bagaimanapun perbezaan kecil min nomophobia (0.072) menjelaskan bahawa pelajar perempuan lebih dominan berbanding pelajar lelaki tetapi dalam keadaan yang minimum. Dapatan ini memberi takrifan bahawa nomophobia dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan di IPG Kampus Zon Selatan masih dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan. Pelajar masih lagi boleh mengawal penggunaan telefon pintar mengikut keperluan, walaupun pada era teknovasi ini, telefon pintar merupakan satu keperluan. Dicadangkan kajian akan datang boleh dijalankan secara kajian kes terhadap pelajar yang mempunyai kesan atau simptom yang ketara masalah nomophobia terutama dari aspek kebimbangan dan keresahan. Dicadangkan juga kajian ini dilaksanakan kepada setiap pelajar khasnya pelajar IPG bagi memastikan tidak ada yang terlibat dengan masalah mental yang serius. Kata Kunci: Nomophobia, Punca dan Simptom, Perbezaan Jantina, Pelajar IPG
71 MY ONLINE RESULT Norzaharah binti Ab Hamid1 , Alenawati binti Hj Perwira2 , Mimi Norashikin binti Md Jaini3 , Rosnaini bt Abdul Rahim4 1,2,3,4SMK Panchor Emel: 1 [email protected] Abstrak Situasi pandemik Covid-19 pada tahun lepas telah menyebabkan sekolah ditutup namun pentaksiran tetap perlu dilaksanakan bagi memastikan murid terus belajar dan guru perlu mengesan prestasi pembelajaran murid. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tidak boleh diakses menyebabkan tiada sistem pentadbiran markah pentaksiran secara online kepunyaan sekolah. Ini menyukarkan murid mengetahui prestasi akademik mereka dan menyebabkan pihak sekolah tidak dapat menganalisis data akademik bagi merancang program kecemerlangan. Justeru kajian ini dijalankan untuk membolehkan guru memasukkan markah pentaksiran secara online sekaligus memudahkan murid mengetahui prestasi akademik mereka dan membolehkan pihak sekolah menganalisis data akademik bagi merancang program kecemerlangan. Kajian ini telah menggunakan model kajian tindakan yang diasaskan oleh Kemmis dan McTaggart (1988) sebanyak satu kitaran menggunakan intervensi aplikasi Google iaitu Google Drive dan Google Data Studio. Data telah dikumpul secara kualitatif melalui temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan pengkaji telah dapat menghasilkan My Online Result iaitu sistem pengurusan markah peperiksaan era pandemik yang berfungsi sama seperti SAPS. Selain itu pengkaji menyedari betapa pentingnya pihak sekolah mempunyai akses penuh terhadap suatu sistem pengurusan markah yang boleh diakses pada bilabila masa dan di mana-mana sahaja tanpa perlu bergantung kepada sistem yang dikawalselia oleh orang lain. Kata kunci: pentaksiran, kajian tindakan, google data studio