MAJLIS PERASMIAN
PENUTUPAN
KEJOHANAN
RAGBI PREMIER MRSM
ZON SABAH 2022
KATA ALU-ALUAN YDP MUAFAKAT
MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS SANDAKAN
SESI 2022/2023
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Alhamdullilah, bersyukur kita kepada hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurniah-Nya, kita dapat
menjayakan Kejohanan Ragbi Premier Peringkat MRSM Zon Sabah bagi tahun 2022.
Selaku YDP Muafakat MRSM TMFS Sandakan, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak
Maktab Rendah Sains Mara Tun Mohammad Fuad Stephens kerana berjaya menyahut cabaran
menjadi pengelola kejohanan peringkat zon Sabah. Saya mengharapkan agar program ini dapat
berjalan dengan baik dan kerjasama yang erat semua pihak merupakan satu pemangkin dalam
usaha menjayakan Kejohanan Ragbi Premier.
Dikesempatan ini juga, saya mengharapkan agar kejohanan ini mampu mencapai objektif yang
digariskan iaitu bagi memilih pelajar-pelajar yang akan mewakili zon Sabah ke kejohanan ragbi
premier peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung pada bulan September 2022 nanti. Besar
harapan saya agar semua pelajar-pelajar yang terlibat dalam kejohanan ini dapat menonjolkan
semangat kesukanan yang tinggi serta menonjolkan potensi diri dalam bidang kesukanan.
Sejajar dengan alaf baharu, maka seharusnya mutu pendidikan kita maju ke hadapan. Pendidikan
bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dari segi sukan dapat melahirkan pelajar yang
seimbang dalam pelbagai aspek seiring dengan aspirasi negara. Dalam usaha melahirkan modal
insan kelas pertama yang kreatif dan inovatif, saya berharap agar semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam kejohanan ini memainkan peranan dan memberikan sokongan
yang tinggi dalam menjayakan kejohanan ini.
Akhir kata, saya ingin melafazkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua MRSM zon Sabah
yang terlibat dalam kejohanan ini kerana berjaya mengetengahkan bakat-bakat pelajar dalam
bidang sukan ragbi untuk diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi. Selamat bertanding kepada
semua peserta. Semoga semua peserta kejohanan membawa pulang prestasi luar biasa.
Sekian, terima kasih.
PUAN WAN HURANI BINTI OSMAN
YDP MUAFAKAT
MRSM TMFS SANDAKAN
KATA ALU-ALUAN PENGETUA
MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS SANDAKAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera,
Allhamdulilah, setinggi-tinggi ucapan kesyukuran saya rafakkan kehadirat Allah S.W.T
kerana dengan limpah karuniahnya, diberi peluang dan kepercayaan oleh Bahagian
Pendidikan Menengah untuk menjadi pengelola Kejohanan Ragbi Premier Peringkat
MRSM Zon Sabah bagi tahun 2022.
Kejayaan ini adalah hasil iltizam dan daya usaha Jawatankuasa Ragbi Primier Peringkat
MRSM Zon Sabah 2022, yang telah bertungkus lumus memberi kerjasama dan sokongan
secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kejohanan berjalan dengan
baik.
Justeru, pihak MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan mengharapkan agar
kejohanan Ragbi Premier Peringkat MRSM Zon Sabah ini menjadi satu landasan untuk
memupuk kemahiran insaniah dan bakat dalamkalangan pelajar. Selain itu, kejohanan
ini berjaya menyemai budaya dan semangat kesukanan yang murni dalam kalangan
pelajar-pelajar serta menerapkan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)
dalam diri masing-masing berpandukan Rukun Negara.
Pihak MRSM TMFS Sandakan merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua Jawatankuasa Ragbi Premier dan MRSM yang menghantar
penyertaan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan
kejohanan ini.
Sekian, terima kasih.
ROSLAN BIN HJ MOHAMED SALLEH
PENGETUA
MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS SANDAKAN
KATA ALU - ALUAN
PENGERUSI KEJOHANAN RAGBI PREMIER
MRSM ZON SABAH 2022
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Alhamdullilah, bersyukur kita kepada hadirat Allah S.W.T kerana keizinan-Nya, kita dapat melaksanakan dan
menyaksikan semangat juang dalam Kejohanan Ragbi Premier Peringkat MRSM Zon Sabah bagi tahun
2022. Saya mengucapkan tahniah dan ucapan penghargaan kepada semua jawatankuasa pengelola
kejohanan kali ini atas usaha dan khidmat bakti mereka dalam menjayakan kejohanan ini.
Kejohanan Ragbi Premier Peringkat MRSM Zon Sabah ini merupakan aktiviti sukan yang terdiri daripada
empat buah MRSM yang bertanding. Melalui pelaksanaan ini ianya dapat mengukur kemampuan pelajar
bersukan dalam sukan ragbi dan seterusnya memilih bakal atlet yang berkemampuan untuk mewakili ke
peringkat kebangsaan. Diharap pertandingan sukan ragbi ini menjadi landasan kepada semua pelajar untuk
meningkatkan keupayaan diri agar terus maju dalam hidup mereka di alam persekolahan.
Kegiatan sukan yang berterusan akan menjadi satu daripada benteng yang menjadi penghalang kepada
pelajar-pelajar daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak sihat. Melalui latihan persiapan mental
dan spiritual, seseorang atlet itu dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Dalam
sukan rabgi ini, ianya bukan sahaja melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar yang memiliki
cerdas mindanya.
Saya berharap agar semua pelajar yang terlibat dalam kejohanan ini dapat membentuk jati diri dan lebih
berusaha pada masa akan datang dan tidak hanya di peringkat ini sahaja malahan lebih jauh lagi. Semoga
pelajar-pelajar yang terlibat ini dapat menjadikan kejohanan ini sebagai landasan untuk pemangkin
kecemerlangan masa depan
Sekian, terima kasih.
NOR AMIN SAYANI BIN ZAINAL
PENGERUSI
KEJOHANAN RAGBI PREMIER
MRSM ZON SABAH 2022
ATURCARA MAJLIS
3.45 PM : PELAJAR DAN PEMAIN MENGAMBIL
TEMPAT DI DEWAN
4.00 PM : KETIBAAN VIP, GURU PENGIRING DAN
GURU-GURU
4.05 PM : NYANYIAN LAGU NEGARAKU,
SABAH TANAH AIRKU DAN AMANAH RAKYAT
: BACAAN DOA
: UCAPAN ALU-ALUAN
: UCAPAN PERASMIAN
: PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PENGADIL
: PENYAMPAIAN HADIAH
: SESI FOTOGRAFI
PEnAUNG :
ROSLAN BIN HJ MOHAMED SALLEH
(PENGETUA)
PENGERUSI I :
NOR AMIN SAYANI BIN ZAINAL
(timb. pengetua pembangunan bakat)
PENGERUSI II :
hARIZA BINTI ABD HALIM
(timb. pengetua kecemerlangan akademik)
PENGERUSI III :
MOHD HASBULLAH NAWAWI
(timb. pengetua pembangunan pelajar)
PENYELARAS : MOHAMMAD ALIFF BIN OTHMAN
SETIAUSAHA : MOHAMAD KHALED BIN RUSLI
URUSETIA DAN PENDAFTARAN : ROSLINAWATI BINTI ARAFEE
TEKNIKAL DAN PENGADIL : MUHAMAD FAIZ AZIZI BIN MOHD KAMAL
PERSIAPAN TEMPAT : MOHD RIZAL MOHD BAKAR
JEMPUTAN DAN SAMBUTAN : INTAN NOR BAINI BINtI REBUWANG
MAJLIS PENUTUPAN : SHEILA M.A. JAAFAR
SIARAYA : MUHAMMAD HARITH FADHILAH BINTI MOHD GHAUS
MAKANAN : GWEN MYRA BINTI DARMAWAN
PERALATAN : MOHD SHAHRIL ISWANDI B. MANSOR
PENGINAPAN : MUHAMAD AFFAN BIN FAUDZI
HEBAHAN & PROMOSI : NURAINI BINTI ABDUL SHUKOR
HADIAH & SIJIL : CELESTINE NORBERT
DOKUMENTASI & FOTOGRAFI : MOHAMED EMIR ALIFF
KESELAMATAN DAN KECEMASAN : SABDALL BIN SYAMSUDIN
BUKU PROGRAM : MARRY LALIM
PASUKAN LELAKI
MRSM KOTA KINABALU
PASUKAN LELAKI
MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU
PASUKAN PEREMPUAN
MRSM SEMPORNA
PASUKAN LELAKI
MRSM SEMPORNA
PASUKAN LELAKI
MRSM TMFS SANDAKAN
PASUKAN PEREMPUAN
MRSM TMFS SANDAKAN
MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS
SANDAKAN
MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU
MRSM KOTA KINABALU
MRSM SEMPORNA