Peserta : 1
Perpaduan
Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi
bijaksana, penjaga masa yang setia dengan waktunya, seterusnya warga
dewan yang dihormati. Salam perpaduan, salam muhibbah, dan salam
sejahtera saya ucapkan. “Perpaduan ” merupakan tajuk syarahan saya
pada hari ini.
Hadirin yang dihormati,
Sebelum saya meneruskan bicara, saya ingin merungkai maksud
tajuk syarahan saya terlebih dahulu. Perpaduan merujuk kepada satu
bentuk penyatuan pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang, agama,
budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional.
Hadirin yang dimuliakan,
“Perpaduan Menyatukan Kaum”
Perbezaan latar belakang antara kaum tidak menghalang pemupukan
muhibbah demi perpaduan rakyat. Bak kata pepatah “bersatu teguh
bercerai roboh”. Moto jata negara iaitu Bersekutu Bertambah Mutu eloknya
dihayati bersama. Kita harus belajar dari peristiwa rusuhan kaum 13 Mei
1969 yang pernah melanda negara ini agar pisang tidak berbuah dua kali.
Sejak merdeka sehinggalah ke hari ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan
yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia
yang pelbagai kaum.
Hadirin yang dikasihi,
“Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara” Perpaduan bukan sahaja
pemangkin untuk mengintegrasikan warga negara kita, malahan
merupakan pemangkin kepada kecemerlangan negara. Kecemerlangan
dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan kita semua. Justeru,
dengan wujudnya perpaduan dalam negara yang aman damai, kita mampu
mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Sudah banyak kejayaan yang
dicapai Malaysia dalam pelbagai bidang.
Hadirin yang dihormati,
Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus menjadikan
perpaduan rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di
negara ini. Negara ini adalah tanggungjawab kita bersama. Sejarah telah
membuktikan bahawa tanpa perpaduan negara akan menemui kehancuran.
Maka itu, kita harus sentiasa bersatu-padu dan hidup dalam harmoni.
Hadirin yang berwawasan,
Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan, apa lagi yang kita
tunggu? Mari, marilah kita bersatu hidup dalam perpaduan dan muhibah
demi keutuhan negara tercinta. Sekian terima kasih.
Peserta : 2
RAKYAT BERSATU, NEGARA MAJU
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang dihormati
Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif dan bijaksana, Guru-guru
Besar, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan. “Rakyat Bersatu, Negara
Maju”, begitulah tajuk syarahan saya pada hari ini.
Sidang hadirin sekalian,
Rakyat yang bersatu bermaksud masyarakat yang bermuafakat dan
bersatu hati dalam melakukan sebarang pekerjaan manakala negara maju
pula membawa pengertian negara yang berkembang dengan pesat dalam
semua bidang. Rakyat yang bersatu dapat mewujudkan perpaduan,
terutamanya bagi negara Malasysia yang terdiri daripada masyarakat
pelbagai kaum yang mempunyai budaya dan adat resam yang berbeza.
Sikap bersatu dan saling memahami satu sama lain amat penting bagi
menjamin keamanan negara. Negara yang aman dan harmoni dapat
membangun dengan pesat lantas memberikan keselesaan hidup kepada
rakyatnya.
Rakyat yang bersatu dalam menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi akan
menjadikan ekonomi negara berkembang dengan pesat. Hasil
pengeluaran pelabagai sektor seperti pertanian dan pembuatan akan dapat
ditingkatkan dan berkembang dengan maju. Pelabur asing tentunya
berminat untuk membuat pelaburan di negara yang makmur dan juga dapat
meningkatkan taraf hidup rakyat.
Hadirin sekalian,
Amalan bersatu padu dapat melahirkan masyarakat madani yang mampu
menjadi contoh kepada negara-negara yang lain. Ini dapat melahirkan
generasi muda yang berwibawa yang mampu menjadi pemimpin yang
berkaliber serta pekerja yang berdisiplin. Masyarakat Madani juga mampu
menangani segala bentuk masalah sosial dalam masyarakat seterusnya
mengurangkan kadar jenayah.
Akhir kata, pelbagai usaha perlu dilakukan supaya masyarakat sentiasa
mengamalkan prinsip bersatu padu seperti mengadakan program rukun
tetangga dan gotong-royong. Setiap anggota masyarakat perlu dilibatkan
dalam semua aktiviti yang dijalankan untuk mewujudkan semangat
kerjasama dan saling membantu. Rakyat yang bersatu padu melahirkan
negara yang cemerlang.
Sekian, terima kasih.
Peserta : 3
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,
barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru dan
hadirin sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan
syarahan bertajuk “Perpaduan Kaum, Matlamat Kita”.
Hadirin sekalian,
Apakah maksud perpaduan kaum? Maksud perpaduan kaum ialah
semua kaum di dalam sesebuah negara saling bekerjasama atau erti kata
lain berganding bahu membentuk negara yang makmur dan damai.
Hadirin sekalian,
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat
pelbagai agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang
berbeza. Maka, melalui perpaduan ini kaum- kaum lain hendaklah
menerapkan sifat hormat dan menghormati demi mencapai matlamat
perpaduan.
Oleh itu, perpaduan hendaklah menjadi satu matlamat yang penting
dalam melaksanakan sesuatu dasar sama ada dalam bidang ekonomi,
sosial mahupun politik.
Hadirin sekalian,
Perpaduan adalah amat penting dalam institusi sesebuah negara.
Sikap perpaduan ini hendaklah dipupuk sejak dibangku sekolah rendah
lagi agar melahirkan rakyat yang cintakannegara. Lima prinsip Rukun
Negara juga haruslah dijadikan satu landasan dalam amalan hidup kita
seharian.
Hadirin sekalian,
Pihak sekolah juga berperanan dalam memupuk perpaduan kaum
dikalangan masyarakat sekolah. Perpaduan kaum lebih mudah dipupuk
jika dimulakan sejak sekolah lagi. Bak kata pepatah “Melentur buluh,
biarlah dari rebungnya”. Perpaduan kaum dikalangan masyarakat
sekolah juga boleh dilakukan melalui penglibatan aktiviti gotong- royong
melibatkan guru dan pelajar yang berbilang kaum.
Selain itu, pihak kerajaan juga hendaklah mengambil pelbagai
inisiatif dalam memupuk perpaduan rakyat sama ada melalui media
massa seperti televisyen, surat khabar ataupun internet.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya akhiri syarahan ini, ingin saya tegaskan bahawa
perpaduan kaum amatlah penting dalam konteks Negara kita yang
berbilang kaum dan agama. Perpaduan kaum ini,sekaligus membawa
negara ke arah hidup yang harmoni, aman dan sejahtera.
Sekian, terima kasih.
Peserta : 4
Akhlak Mulia Keluarga Bahagia
Terima kasih tuan pengerusi Majlis. Selamat pagi dan salam perpaduan
saya ucapkan kepada barisan kombinasi panel hakim yang berpaksikan
keadilan pastinya, penjaga masa yang berada di landasan kebenaran,
guru-guru, rakan-rakan serta hadirin-hadirat sekalian.
"Akhlak Mulia Keluarga Bahagia"
Demikianlah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi
yang indah ini. Sebelum sauh saya labuhkan dan sebelum perahu saya
layarkan,izinkan saya mendefinisikan secara ringkas tajuk syarahan saya
sebentar tadi. Menurut Prof. Madya Dr.Zainal, akhlak mulia bermaksud
keperibadian yang mulia. Manakala keluarga bahagia pula membawa
maksud sesebuah komuniti yang hidup dalam keharmonian.
Hadirin sekalian,
Akhlak mulia menjurus kepada tingkah laku, cara penampilan,
pertuturan dan pemikiran yang penuh dengan kesopanan. Gabungjalin
didikan agama dan moral yang sempurna pasti akan melahirkan generasi
yang berakhlak mulia. Insan yang berakhlak mulia sentiasa menjaga cara
berpakaian dan pertuturan yang sopan Contohnya tokoh penghibur tanah
air kita yang begitu sinonim iaitu Datuk Hajah Siti Nurhaliza. Cara
berpakaian dan cara pertuturannya sentiasa bersopan-santun tak kira pada
warga tua mahupun yang muda. Penampilannya yang sopan tidak sedikit
pun menjejaskan popularitinya malah telah mengharumkan nama Malaysia
di persada seni peringkat antarabangsa. Meskipun dilanda pelbagai
kontroversi, keluarganya tidak berpecah-belah. Sejuk perut ibu
mengandung melihat puteri yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia.
Hadirin-hadirat warga dewan sekalian,
Tak tumbuh tak melata, kalau tak sungguh saya tak mengata. Insan
yang berakhlak mulia mempunyai prinsip hidup yang positif. Seseorang
yang berakhlak mulia mempunyai rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri,
keluarga masyarakat dan juga kepada Negara. Selain itu, seseorang yang
berakhlak mulia juga sentiasa patuh kepada ajaran agama dan mampu
menghindari perkara-perkara yang mengaibkan seperti terlibat dengan
najis dadah, kancah pelacuran, mahupun perbuatan yang menjatuhkan
maruah diri dan keluarga serta masyarakat sekitar.
Hadirin- hadirat yang saya muliakan,
Institusi keluarga yang teguh lahir daripada ibu bapa yang prihatin
dan bertanggungjawab terhadap keperluan anak-anak sama ada dari segi
Kasih sayang mahupun dari segi material. Pendek kata, keperluan fizikal
dan mental. Institusi keluarga yang kukuh pasti mampu melahirkan
generasi yang berakhlak mulia dan insan yang berakhlak mulia pasti
membahagiakan keluarga.
Tampaknya masa tidak mengizinkan saya untuk berbicara dengan
lebih lanjut lagi. Oleh itu, sebelum mengundurkan diri, saya suka untuk
mengingatkan para hadirin yang ada di sini bahawa keluarga bahagia
sememangnya berpunca daripada akhlak yang mulia. Maka renung-
renungkan, fikir-fikirkan dan timbang-timbangkan isi yang tersurat dan
tersirat di dalam syarahan saya pada pagi ini.
Sedap sungguh buah kuini,
Makan bersama buah berangan,
Syarahan saya berakhir di sini,
Salah dan silap harap maafkan.
Sekian terima kasih.
Peserta : 5
Ada kapal ada kelasi,
Masa terluang mengail ikan,
Keluarga Malaysia Satu Aspirasi
Perpaduan kaum diutamakan
Yang dihormati pengacara majlis, barisan panel hakim yang adil lagi
bijaksana, dif-dif kehormat, guru-guru besar, para guru dan rakan sekalian.
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia.
"Perpaduan Membina Masyarakat Muhibah", demikianlah tajuk syarahan
saya pada hari ini.
Hadirin yang dihormati,
Tahukah anda apa itu perpaduan? Mari saya kongsikan sedikit. Perpaduan
bermaksud bergabung menjadi satu atau lebih tepat lagi, bersatu membina
hubungan di bawah satu bendera. Perpaduan amatlah penting dalam
pembangunan dan pentadbiran negara kerana ia merupakan asas untuk
mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara
yang merdeka dan berdaulat.
Sebagai rakyat Malaysia, saya yakin bahawa anda pernah mendengar
ungkapan ‘Keluarga Malaysia' bukan? Istilah ini merupakan simbol
kebersamaan yang inklusif dalam menghadapi krisis pandemik pada tahun
2021. Ungkapan 'Keluarga Malaysia' merupakan satu kempen yang
menggariskan tiga teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan
kesyukuran. Berdasarkan konsep ‘Keluarga Malaysia’ inilah, negara akan
dipacu untuk keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi, seterusnya
menjamin kesejahteraan setiap penduduk Malaysia.
Sidang hadirin yang dihormati,
Sekiranya perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah
kepada pelbagai ancaman dan masalah. Rakyat yang berpecah-belah akan
menyebabkan huru-hara, rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya.
Keadaan ini pasti akan menjejaskan kedaulatan, ekonomi serta kestabilan
negara. Kita seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa rusuhan
kaum 13 Mei 1969. Perpaduan rakyat Malaysia telah tergugat akibat
peristiwa pahit itu. Sebagai langkah untuk menyatupadukan rakyat,
kerajaan Malaysia telah melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970
sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. Prinsip-prinsip yang
terkandung di dalam Rukun Negara merupakan ikrar aku janji untuk
memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum negara
ini. Justeru, mari kita tekan dan terapkan prinsip Rukun Negara dalam diri
kita. Tidak cukup hanya di sekolah, perpaduan boleh dipupuk dalam
persekitaran kita. Ayuh, usah beralasan! Kita bangkit membina perpaduan
untuk memupuk masyarakat yang muhibah.
Saudara-saudari yang dihormati sekalian
“Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara”. Sebagai warganegara Malaysia
yang tercinta, kita harus menjadikan perpaduan rakyat sebagai teras dan
landasan hidup bermasyarakat. Maka itu, kita harus sentiasa bersatu-padu
dan hidup dalam berharmoni. Perpaduan rakyat bermula dari rumah.
Terdidiknya nilai patriotisme dalam diri sejak kecil akan mendidik anak-anak
untuk bertoleransi serta memahami budaya pelbagai kaum di negara kita.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Kalau bukan sekarang bila lagi?
Kalau bukan kita siapa lagi?
Kalau bukan di sini, di mana lagi?
Sekali lagi saya menegaskan “Perpaduan Membina Masyarkat Muhibah”.
Muhibah inilah yang akan menjamin keamanan dan keharmonian hidup.
Pepatah Melayu ada mengatakan bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
Akhir kalam, dengarkanlah pantun daripada saya.
Pergi ke pasar membawa raga,
Pergi berdua bersama Mak Akram,
Perpaduan kaum harus dijaga
Agar hidup muhibah dan tenteram
Sekian, terima kasih.
Peserta : 6
PERPADUAN NADI KEGEMILANGAN NEGARA
Terima kasih peneraju acara, para juri teguh saksama, dan seluruh
warga dewan yang berbahagia. Salam sejahtera dan salam perpaduan.
Warga dewan sekalian,
“Manusia yang lemah sekalipun, jika bersatu padu akan mampu
menggoncang dunia.” Kata-kata ini diungkap oleh Yang Amat Berhormat
Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 31 Oktober 1995. Ungkapan ini jelas
menggambarkan betapa pentingnya mengekalkan perpaduan di Malaysia,
malah di seluruh dunia sekalipun. Sejajar dengan mauduk syarahan saya
yang bertajuk “Perpaduan Nadi Kegemilangan Negara”.
Warga dewan berwawasan,
Secara konseptualnya, “Perpaduan Nadi Kegemilangan Negara” dapat
ditakrifkan sebagai kebersamaan dan kesatuan masyarakat majmuk, yang
menjadi teras dalam pembinaan sebuah negara yang gemilang dari
segenap dimensi pencapaian.
Warga dewan yang dikasihi,
Pertama, perpaduan menyemarakkan semangat nasionalisme.
Jika diimbas sejarah lampau, saat-saat Tanah Melayu ingin mengecapi
kemerdekaan, masyarakat kita tanpa mengira bangsa mahupun agama,
saling berpadu tenaga, harta mahupun idea demi menggapai cita-cita yang
satu, iaitu Tanah Melayu tercinta bebas daripada cengkaman penjajahan.
Oleh itu, penetapan tema “Sayangi Malaysiaku” sempena sambutan Hari
Kebangsaan 31 Ogos 2018 lalu merupakan satu langkah yang efektif untuk
menyuntik semangat cinta akan negara dalam kalangan warga Malaysia.
Warga dewan yang dihormati,
Kedua, perpaduan dapat mengukuhkan keselamatan negara.
Sekiranya perpaduan dalam kalangan rakyat negara rapuh dan lemah,
negara pasti akan terdedah kepada pelbagai ancaman. Peristiwa berdarah
13 Mei 1969 harus kita singkap untuk dijadikan ikhtibar agar pisang tidak
berbuah dua kali. Justeru, tindakan bijak pemimpin negara menubuhkan
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada 1969, serta
melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara pada 2004 mampu
menyemai ikatan perpaduan, sedari akar umbi. Segala tingkah mahupun
telingkah harus diselesaikan dengan penuh hikmah, umpama “menarik
rambut dalam tepung”, rambut tak putus, tepung tak berselerak, agar di
akhirnya nanti, masyarakat Malaysia kekal bersatu padu untuk memastikan
keselamatan negara terus terpelihara.
Warga dewan berbahagia,
Ketiga, perpaduan penggerak kemajuan negara.
Malaysia hari ini sudah mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara-negara maju yang lain, hasil kecemerlangan anak Malaysia
yang berjaya dalam segala bidang. Tafsirnya, kejayaan Dr. Timothy William
dalam bidang kesihatan, sains, dan teknologi, Dato Nicol Ann David dalam
bidang sukan, serta Dr. Nor Syahairah dalam bidang perubatan. Ini
membuktikan pencapaian hebat anak tempatan yang mampu menggerak
kemajuan negara.
Konklusinya warga dewan sekalian,
Sebagai anak bumi Malaysia yang tercinta, kita semua perlu berganding
bahu kerana “bersatu kita teguh, bercerai maka kita akan roboh”. Ayuh,
tanamkan tekad di dalam hati, bulatkan azam yang penuh bermisi! Jadikan
Malaysia negara tersohor, gah di seantero dunia!
Musim manggis sudah tiba,
Manggis dimakan ketika memandu.
Walau berlainan bangsa budaya,
Kerana perpaduan hidup bersatu.
Sekian, terima kasih.
Peserta : 7
PERPADUAN PENJANA KETEGUHAN NEGARA
Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi
bijaksana, serta rakan-rakan yang dihormati sekalian. Salam sejahtera,
salam perpaduan, salam Malaysiaku tercinta. Kita bersyukur kepada Tuhan
Yang Mahakuasa kerana telah memberikan rahmat dan karunia-Nya
kepada kita semua sehingga dapat bersua pada hari yang indah ini dalam
keadaan sihat tanpa ada halangan apapun. Sebelum kaki mengatur
langkah, sebelum lidah mengatur bicara, izinkan saya menyampaikan
serangkap pantun yang berbunyi:
Bulan dan bintang indah tergantung,
Sinar mentari menjadi buruan,
Bulatnya Air kerana pembentung,
Bulatnya Malaysia kerana perpaduan.
“PERPADUAN PENJANA KETEGUHAN NEGARA”. Begitulah tajuk
Syarahan yang ingin saya sampaikan pada hari yang mulia ini. Perpaduan
merupakan suatu terjemahan mutlak kepada keserasian, kebahagian,
keharmonian, persefahaman dan kesepakatan masyarakat majmuk
berbilang kaum, bangsa, agama dan keturunan di dalam sesebuah Negara.
Warga Malaysia yang dihormati sekalian,
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang
kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza.
Oleh itu, perpaduan negara merupakan indikator yang amat penting dalam
setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, sama ada dalam bidang
ekonomi, sosial mahupun politik. Perpaduan yang kukuh dan kuat
merupakan pemangkin kepada kestabilan negara. Dengan wujudnya
perpaduan dan negara yang aman damai, kita mampu mencapai kejayaan
dalam pelbagai bidang. Kejayaan yang dicapai membolehkan kita menjadi
bangsa yang beridentiti, bermaruah dan berdikari.
Warga Malaysia yang dihormati sekalian,
Sekiranya perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah
kepada pelbagai ancaman dan masalah. Contohnya, pada bulan Mac yang
lalu, kita turut dikejutkan dengan peperangan yang berlaku di luar negara
iaitu Ukraine dengan Rusia.Rakyat yang berpecah-belah dan tidak bersatu-
padu telah menyebabkan peperangan, huru-hara, rusuhan, pergaduhan
kaum dan sebagainya. Keadaan ini pasti akan menjejaskan
kedaulatan,ekonomi serta kestabilan negara mereka.
Kita harus belajar dari peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang pernah
melanda negara ini agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan rakyat
negara ini telah tergugat akibat peristiwa pahit itu.
Sebagai langkah untuk menyatu-padukan rakyat negara ini, kerajaan telah
melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 .Prinsip-prinsip yang
terkandung di dalam Rukun Negara merupakan kunci untuk memelihara
dan mengekalkan keharmonian serta perpaduan kaum negara ini. Rakyat
negara ini harus berusaha untuk membentuk satu bangsa yang bersatu
padu, setia dan cinta akan negara.
Warga Malaysia yang dihormati sekalian,
Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus menjadikan
perpaduan rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di
negara ini. Perpaduan negara ini adalah tanggungjawab kita bersama.
Keutuhan, kecemerlangan dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan
kita semua. Maka itu, kita harus sentiasa bersatu padu dan hidup dalam
berharmoni. Akhir kata, izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan
pantun berikut;
Masyarakat maju teguhkan bangsa,
Rakyat sepakat perpaduan dijaga,
Pemimpin utuh negara berkuasa,
Malaysia aman damai sentosa.
Sekian dan terima kasih.
Peserta :8
BERDEPAN COVID-19, APA PERANAN KITA?
Salam bahagia dan salam sejahtera. Sekalung apresiasi untuk tuan
pengacara, saf hakim yang adil lagi bijaksana dan warga maya yang
dihormati sekalian. Tampilnya saya di sini adalah untuk menyampaikan
syarahan yang bertajuk “ Berdepan Covid-19, apa peranan kita?"
Sidang hadirin sekalian,
Seperti yang kita sedia maklum, sudah lebih dua tahun pandemik COVID
19 melanda negara kita. Munculnya wabak COVID-19 telah menjejaskan
keseluruhan institusi pendidikan. Kelas tradisional digantikan dengan kelas
dalam talian. Namun begitu, terdapat pelbagai cabaran dan halangan yang
perlu dihadapi melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran ini seperti
motivasi murid, masalah akses internet, dan kekurangan bahan belajar.
Justeru itu, menyedari hakikat ini Kementerian Pendidikan Malaysia
membuat keputusan agar semua pelajar kembali belajar secara bersemuka
di sekolah meskipun kes harian masih mencatatkan peningkatan.
Persoalannya, apakah kita boleh mengekang penularan jangkitan COVID-
19 di sekolah? Sudah terang lagi bersuluh, ianya adalah melalui peranan
kita untuk bersama-sama melawan pandemik ini.
Sidang hadirin yang dihormati,
Mengamalkan budaya kebersihan diri pada tahap yang tinggi merupakan
perkara asas dalam mengekang penyakit ini dari terus menular. Kita perlu
amalkan adab batuk dan bersin yang betul supaya tidak terkena kepada
orang lain. Tutuplah mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan untuk
menghalang penyebarannya.
Hadirin yang budiman,
Pembelajaran secara bersemuka di sekolah tidak akan menjadi masalah
sekiranya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan di sekolah
dapat dipatuhi. Walaupun kerajaan telah melonggarkan beberapa SOP
COVID-19, kita masih perlu mematuhi peraturan seperti memakai pelitup
muka, terutamanya di bilik tertutup di kawasan sekolah.
Hadirin yang dihormati,
Ada pepatah mengatakan mencegah lebih baik dari mengubati. Bagi
menyediakan kekuatan sistem pertahanan badan melawan penyakit,
vaksinasi merupakan salah satu cara terbaik untuk melindungi kita daripada
jangkitan COVID-19. Sebagai persediaan, kita hanya mampu berusaha
mendapatkan vaksinasi bagi mewujudkan kelompok komuniti sekolah yang
selamat dan sihat agar dapat kembali semula ke alam persekolahan normal.
Hadirin sekalian,
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham pernah mengatakan,
Malaysia belum gagal dalam menangani jangkitan COVID-19, namun
masih juga belum menang melawan pandemik ini. Justeru itu, kita perlulah
berkerjasama dan berganding bahu untuk mengekang penularannya. Akhir
kalam daripada saya, marilah kita bersama-sama melawan wabak ini dan
ayuh terus membudayakan norma baharu agar penularan wabak COVID-
19 dapat segera ditamatkan.
Sekian, terima kasih.
Peserta :9
NIKMAT KEAMANAN DAN PERPADUAN DI MALAYSIA
Sejambak kasih sekalung budi buat Pengerusi Majlis, panel hakim yang
berkarisma, dif-dif kehormat seterusnya hadirin yang budiman. Salam
sejahtera dan salam perpaduan.
Hadirin yang dihormati,
Mari kita renung-renungkan dan berfikir sejenak. Dalam kehidupan
kita apakah erti nikmat kebahagiaan? Ada orang berkata, mempunyai wang,
kereta, rumah besar, aset dan simpanan yang banyak. Oh, bahagianya, tapi
adakah itu erti nikmat kebahagiaan yang sebenar yang kita inginkan?
Justeru itu, pada pagi yang cerah ini saya ingin mengajak hadirin
untuk sama-sama menghalusi tajuk syarahan saya iaitu "Nikmat
Keamanan dan Perpaduan di Malaysia".
Menurut kamus dewan, keamanan bermaksud tenang, damai dan
tenteram, bebas daripada keadaan kacau bilau, peperangan, pergaduhan
dan bebas daripada gangguan.
Hadirin yang dimuliakan,
Malaysia, adalah sebuah negara yang unik dan makmur. Walaupun
penduduknya berbilang bangsa, agama, adat resam dan budaya. Namun
kita mampu hidup aman di bawah satu Jalur Gemilang. Ramai pemimpin
dunia yang mengagumi keamanan dan kemajuan yang telah kita kecapi.
Sebenarnya, kejayaan ini tidak datang melayang, tidak pula datang
bergolek tetapi hasil daripada perpaduan dan kerjasama semua kaum.
Hadirin yang dikasihi,
Bersyukurlah kerana kita dilahirkan di Malaysia. Negara yang
aman damai. Kita tidak hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Masih
segar dalam ingatan, Negara Israel dengan rakus dan ganas mencerobohi,
membedil, menghancurkan keamanan sebuah negara kerdil bernama
Palestin, Ribuan nyawa orang awam termasuk kanak-kanak yang tidak
berdosa terkorban. Inilah harga sebenar sebuah keamanan. Oh, begitu
mahal sekali.
Hadirin yang dikasih,
Jika di Palestin, bunyi dentuman dan percikan api meragut ribuan
nyawa. Di Malaysia, bunyi dentuman dan percikan bunga api menandakan
bermulanya satu pesta besar seperti Tahun Baru Cina. Mantan Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam amanatnya sempena
Tahun Baru Cina.menegaskan "Negara ini milik kita semua. Oleh itu,
marilah kita berusaha untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan",
Hadirin yang dikasihi,
Hari ini, Malaysia merupakan negara yang aman di dunia. Namun,
"Lautan mana tidak bergelora. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan.
Walaupun ada segelintir pihak cuba mewujudkan suasana tidak harmoni
dengan menimbulkan isu-isu sensitif. Namun semuanya diselesaikan
dengan “Keluarga Malaysia”
Para hadirin yang berwawasan,
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Sekiranya,
rakyat negara ini tidak bersatu, bolehkah dan dapatkah negara kita terus
kekal aman sehingga hari ini? "Tepuk dada dan tanyalah selera. Sebelum
kaki melangkah pergi, sebelum berbicara ternoktah disini, izinkan saya
menguntaikan serangkap pantun.
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan.
Hati di paut, jiwa bersatu,
Perpaduan diwujud mencipta keamanan.
Sekian, terima kasih.
Peserta : 11
TANGGUNGJAWAB REMAJA UNTUK MEMBENTUK
MASYARAKAT PENYAYANG
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Para Hakim yang Arif lagi
bijaksana, Guru-guru Besar, Guru-guru, rakan-rakan dan hadirin sekalian.
Pada hari yng berbahagia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan
yang bertajuk ‘Tanggungjawab Remaja untuk Membentuk Masyarakat
Penyayang’.
Hadirin yang saya hormati,
Remaja merupakan insan yang akan menggerakkan negara ke arah
kemajuan dan kecemerlangan demi pembangunan negara. Bagi mencapai
matlamat tersebut, sikap tanggungjawab remaja adalah penting dan
merekalah yang memainkan peranan yang besar untuk membentuk
masyarakat penyayang. Sikap tanggungjawab ini haruslah bermula dari
rumah. Mereka perlu melatih diri untuk memupuk perasaan kasih sayang
dalam kalangan keluarga terutama terhadap ibu bapa. Mereka mesti
menghormati ibu bapa dan mematuhi nasihat mereka. Dengan adanya
iklim keluarga yang harmoni, ini akan menjadikan remaja betah tinggal di
rumah sekali gus mengurangkan risiko remaja terbabit dengan aktiviti yang
tidak sihat.
Selain itu, remaja perlu turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan yang
dianjurkan di tempat tinggal mereka. Antaranya seperti bergotong-royong
membersihkan kawasan kediaman, kunjung-mengunjungi sesama jiran
terutamanya mengadakan kenduri-kendara pada hari kebesaran, dan
membantu jiran yang menghadapi masalah dari segi kemiskinan, mangsa-
mangsa yang menghadapi bencana alam mangsa-mangsa dilanda banjir,
mangsa-mangsa kebakaran dan sebagainya. Dengan mengikuti aktiviti-
aktiviti seperti ini dapat menyemai rasa kekitaan seterusnya memupuk
masyarakat penyayang.
Hadirin sekalian,
Remaja juga perlu mengikuti kegiatan kokurikulum sama ada di sekolah
atau di luar sekolah supaya dapat menyertai pelbagai kegiatan
kemasyarakatan. Mereka harus menyertai aktiviti- aktiviti yang dapat
menerbitkan perasaan kasih sayang terhadap golongan kurang bernasib
baik seperti melawat warga tua, orang kurang upaya, anak-anak yatim dan
sebagainya. Melalui lawatan seperti ini mampu menimbulkan perasaan
cubit paha kanan paha kiri turut terasa.
Seterusnya, remaja perlu dilatih untuk menghulurkan bantuan berupa wang
dan moral kepada masyarakat. Mereka yang memberikan bantuan atau
pertolongan mestilah dengan ikhlas dan tidak mengharapkan balasan
daripada orang yang dibantu. Oleh yang demikian, ibu bapalah yang harus
mendidik anak-anak mereka sejak kecil supaya bermurah hati kepada
golongan yang memerlukan bantuan.
Hadirin yang dihormati,
Sebagai kesimpulannya, remaja perlu mengambil berat tentang keperluan
masyarakat dan berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan
bantuan dan prihatin. Nilai positif perlu disuburkan dalam kalangan remaja
kerana remaja yang penyayang akan menjadi teras kepada cita-cita ke arah
melahirkan masyarakat penyayang. Akhir kata, marilah kita sama-sama
merenung betapa pentingnya tanggungjawab seorang remaja demi
membentuk sebuah masyarakat penyayang dan seterusnya akan
menjadikan negara semakin maju, aman dan sejahtera.
Sekian, terima kasih.
Peserta : 12
PERPADUAN NADI KEGEMILANGAN NEGARA
Terima kasih peneraju acara, para juri teguh saksama, dan seluruh
warga dewan yang berbahagia. Salam sejahtera dan salam perpaduan.
Warga dewan sekalian,
“Manusia yang lemah sekalipun, jika bersatu padu akan mampu
menggoncang dunia.” Kata-kata ini diungkap oleh Yang Amat Berhormat
Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 31 Oktober 1995. Ungkapan ini jelas
menggambarkan betapa pentingnya mengekalkan perpaduan di Malaysia,
malah di seluruh dunia sekalipun. Sejajar dengan mauduk syarahan saya
yang bertajuk “Perpaduan Nadi Kegemilangan Negara”.
Warga dewan berwawasan,
Secara konseptualnya, “Perpaduan Nadi Kegemilangan Negara” dapat
ditakrifkan sebagai kebersamaan dan kesatuan masyarakat majmuk, yang
menjadi teras dalam pembinaan sebuah negara yang gemilang dari
segenap dimensi pencapaian.
Warga dewan yang dikasihi,
Pertama, perpaduan menyemarakkan semangat nasionalisme.
Jika diimbas sejarah lampau, saat-saat Tanah Melayu ingin mengecapi
kemerdekaan, masyarakat kita tanpa mengira bangsa mahupun agama,
saling berpadu tenaga, harta mahupun idea demi menggapai cita-cita yang
satu, iaitu Tanah Melayu tercinta bebas daripada cengkaman penjajahan.
Oleh itu, penetapan tema “Sayangi Malaysiaku” sempena sambutan Hari
Kebangsaan 31 Ogos 2018 lalu merupakan satu langkah yang efektif untuk
menyuntik semangat cinta akan negara dalam kalangan warga Malaysia.
Warga dewan yang dihormati,
Kedua, perpaduan dapat mengukuhkan keselamatan negara.
Sekiranya perpaduan dalam kalangan rakyat negara rapuh dan lemah,
negara pasti akan terdedah kepada pelbagai ancaman. Peristiwa berdarah
13 Mei 1969 harus kita singkap untuk dijadikan ikhtibar agar pisang tidak
berbuah dua kali. Justeru, tindakan bijak pemimpin negara menubuhkan
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada 1969, serta
melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara pada 2004 mampu
menyemai ikatan perpaduan, sedari akar umbi. Segala tingkah mahupun
telingkah harus diselesaikan dengan penuh hikmah, umpama “menarik
rambut dalam tepung”, rambut tak putus, tepung tak berselerak, agar di
akhirnya nanti, masyarakat Malaysia kekal bersatu padu untuk memastikan
keselamatan negara terus terpelihara.
Warga dewan berbahagia,
Ketiga, perpaduan penggerak kemajuan negara.
Malaysia hari ini sudah mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara-negara maju yang lain, hasil kecemerlangan anak Malaysia
yang berjaya dalam segala bidang. Tafsirnya, kejayaan Dr. Timothy William
dalam bidang kesihatan, sains, dan teknologi, Dato Nicol Ann David dalam
bidang sukan, serta Dr. Nor Syahairah dalam bidang perubatan. Ini
membuktikan pencapaian hebat anak tempatan yang mampu menggerak
kemajuan negara.
Konklusinya warga dewan sekalian,
Sebagai anak bumi Malaysia yang tercinta, kita semua perlu berganding
bahu kerana “bersatu kita teguh, bercerai maka kita akan roboh”. Ayuh,
tanamkan tekad di dalam hati, bulatkan azam yang penuh bermisi! Jadikan
Malaysia negara tersohor, gah di seantero dunia!
Musim manggis sudah tiba,
Manggis dimakan ketika memandu.
Walau berlainan bangsa budaya,
Kerana perpaduan hidup bersatu.
Sekian, terima kasih.
Peserta : 13
PERPADUAN PENJANA KETEGUHAN NEGARA
Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi
bijaksana, serta rakan-rakan yang dihormati sekalian. Salam sejahtera,
salam perpaduan, salam Malaysiaku tercinta. Kita bersyukur kepada Tuhan
Yang Mahakuasa kerana telah memberikan rahmat dan karunia-Nya
kepada kita semua sehingga dapat bersua pada hari yang indah ini dalam
keadaan sihat tanpa ada halangan apapun. Sebelum kaki mengatur
langkah, sebelum lidah mengatur bicara, izinkan saya menyampaikan
serangkap pantun yang berbunyi:
Bulan dan bintang indah tergantung,
Sinar mentari menjadi buruan,
Bulatnya Air kerana pembentung,
Bulatnya Malaysia kerana perpaduan.
“PERPADUAN PENJANA KETEGUHAN NEGARA”. Begitulah tajuk
Syarahan yang ingin saya sampaikan pada hari yang mulia ini. Perpaduan
merupakan suatu terjemahan mutlak kepada keserasian, kebahagian,
keharmonian, persefahaman dan kesepakatan masyarakat majmuk
berbilang kaum, bangsa, agama dan keturunan di dalam sesebuah Negara.
Warga Malaysia yang dihormati sekalian,
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang
kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza.
Oleh itu, perpaduan negara merupakan indikator yang amat penting dalam
setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, sama ada dalam bidang
ekonomi, sosial mahupun politik. Perpaduan yang kukuh dan kuat
merupakan pemangkin kepada kestabilan dan kejayaan sesebuah negara.
Kejayaan yang dicapai membolehkan kita menjadi bangsa yang beridentiti,
bermaruah dan berdikari.
Warga Malaysia yang dihormati sekalian,
Sekiranya perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah
kepada pelbagai ancaman dan masalah. Contohnya, pada bulan Mac yang
lalu, kita turut dikejutkan dengan peperangan yang berlaku di luar negara
iaitu Ukraine dengan Rusia.Rakyat yang berpecah-belah dan tidak bersatu-
padu telah menyebabkan peperangan,huru-hara, rusuhan, pergaduhan
kaum dan sebagainya. Keadaan ini pasti akan menjejaskan
kedaulatan,ekonomi serta kestabilan negara mereka.
Kita harus belajar dari peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang pernah
melanda negara ini agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan rakyat
negara ini telah tergugat akibat peristiwa pahit itu.
Sebagai langkah untuk menyatu-padukan rakyat negara ini, kerajaan telah
melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 .Prinsip-prinsip yang
terkandung di dalam Rukun Negara merupakan kunci untuk memelihara
dan mengekalkan keharmonian serta perpaduan kaum di negara ini. Rakyat
negara ini harus berusaha untuk membentuk satu bangsa yang bersatu
padu, setia dan cinta akan negara.
Warga Malaysia yang dihormati sekalian,
Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus menjadikan
perpaduan rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di
negara ini. Perpaduan negara ini adalah tanggungjawab kita bersama.
Keutuhan, kecemerlangan dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan
kita semua. Maka itu, kita harus sentiasa bersatu padu dan hidup dalam
berharmoni. Akhir kata, izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan
pantun berikut;
Masyarakat maju teguhkan bangsa,
Rakyat sepakat perpaduan dijaga,
Pemimpin utuh negara berkuasa,
Malaysia aman damai sentosa.
Sekian dan terima kasih.
Peserta : 14
Cara-Cara Memupuk Perpaduan Rakyat
Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi
bijaksana, penjaga masa yang setia dengan waktunya, seterusnya warga
dewan yang dihormati. Salam perpaduan, salam muhibbah, dan salam
sejahtera saya ucapkan. Pada hari yang mulia ini, saya akan
menyampaikan syarahan saya yang bertajuk ” Cara-Cara Memupuk
Perpaduan Rakyat”.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya memulakan syarahan saya, izinkan
saya mendefinisikan maksud tajuk syarahan saya. Berdasarkan Kamus
Dewan Edisi Keempat, ” cara-cara” bermaksud ” langkah-langkah
melaksanakan sesuatu. ”Memupuk perpaduan rakyat” pula membawa
maksud mewujudkan integrasi dalam kalangan masyarakat berbilangan
kaum. Dengan perkataan yang mudah, syarahan saya bermaksud langkah-
langkah untuk mewujudkan integrasi dalam kalangan masyarakat.
Hadirin yang dikasihi,
Oleh kerana rakyat Malaysia berbilangan kaum, maka kerajaan perlu
mengambil pelbagai inisiatif untuk memupuk perpaduan rakyat. Kerajaan
boleh mengadakan kempen untuk memupuk perpaduan rakyat melalui
media massa seperti televisyen, surat khabar ataupun internet. Mesej
kepentingan perpaduan rakyat perlu diterapkan dalam minda masyarakat
bahawa bersatu teguh, bercerai roboh.
Hadirin yang dihormati,
Pihak sekolah juga memainkan peranan penting dalam memupuk
integrasi dalam kalangan masyarakat sekolah. Perpaduan rakyat mudah
dipupuk jika dimulakan sejak bangku sekolah lagi, bak kata pepatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pihak sekolah patut mengadakan
gotong-royong melibatkan pelajar dan guru yang berbilangan kaum.
Penglibatan pelajar berbilangan kaum dalam aktiviti kokurikulum sekolah
turut memberi peluang kepada warga sekolah saling berinteraksi antara
satu sama lain. Aktiviti sebegini dapat menjalinkan hubungan baik dan
memupuk perpaduan masyarakat sekolah.
Hadirin yang dimuliakan,
Perpaduan rakyat juga bermula dari rumah. Ibu bapa perlu memberi
pendidikan yang secukup kepada anak-anak. Anak-anak haruslah diajar
dan dididikuntuk bertoleransi dan memahami budaya pelbagai kaum di
Malaysia. Hal ini dapat mengelakkan anak-anak bersifat perkauman
apabila dewasa kelak. Anak-anak akan lebih senang bergaul dengan rakan
kaum berlainan. Keadaan ini akan memudahkan perpaduan dalam
kalangan rakyat.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, saya ingin menegaskan
bahawa perpaduan rakyat amat penting dalam konteks rakyat Malaysia
yang berbilangan kaum dan agama. Perpaduan rakyat dapat menjamin
keamanan dan keharmonian hidup ,” Bersatu Malaysia akan teguh,
Bercerai Malaysia akan roboh”.
Sekian ,terima kasih.
Peserta :15
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari seri indah
Pemanis kata selamat datang
Salam sejahtera pembuka madah
Yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang arif lagi bijaksana para
hakim yang budiman, yang dikasihi guru-guru yang tidak jemu mendidik
anak bangsa serta rakan-rakan seperjuang sekalian . Salam sejahtera saya
tujukan .
Berdirinya saya dengan penuh hormat dan bangganya saya di sini
adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk “ Perpaduan asas
pembangunan negara “.
Sidang hadirin sekalian ,
Perpaduan bermaksud bekerjasama ataupun saling membantu .
Pembangunan pula bermaksud segala pembaharuan dan kemajuan yang
membawa kepada taraf hidup yang lebih baik . Oleh itu , jelaslah bahawa
amalan bersatu padu dalam kalangan rakyat merupakan dasar kepada
kemajuan sesebuah Negara seiring dengan gelombang modenisasi.
Para pemimpin Negara kita saban hari dan setiap ketika menyeru
rakyat Malaysia membentuk benteng pertahanan yang teguh menentang
anasir-anasir luar. Hubungan dan kerjasama yang erat akan memastikan
Negara Malaysia terus maju dalam bidang politik,ekonomi dan sosial.
Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian, harapan dan aspirasi pemimpin
kita pada masa lalu akan menjadi “ angan-angan Mat jenin’ sahaja.
Sidang hadirin yang dihormati,
Lihatlah keadaan di Bangkok , Thailand. Rakyat Negara jiran kita tidak
berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi secara diplomasi dan
sebagai akibatnya demonstrasi , pergaduhan, keganasan dan lain-lain
berlaku pada setiap hari . Perkara yang menyedihkan ialah banyak nyawa
yang tidak berdosa melayang begitu sahaja. Pembangunan yang wujud
sebelum tercetusnya huru-hara dan kemaslahatan di situ tidak memberi
sebarang erti lagi akibat tidak mempunyai modus operandi yang berkesan
serta tidak wujud perpaduan yang mantap dalam kalangan rakyat yang
berlainan agama, bangsa, kepercayaan dan pandangan.
Para hadirin yang dikasihi ,
Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita ,
Dato Seri Najib Tun Razak pada bulan Mac 2009 merupakan usaha beliau
untuk menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah satu slogan yang akan
menjadi identiti rakyat Negara ini . Hasrat Perdana Menteri kita untuk
mewujudkan satu bangsa Malaysia sekiranya mendapat sokongan padu
semua lapisan masyarakat Negara ini. Mengikut beliau, segelintir
masyarakat perlu membuat anjakan paradigma daripada masyarakat yang
terkongkong dengan pemikiran yang dangkal , cetek dan pesimistik kepada
masyarakat yang mempunyai mentaliti kelas pertama. Dengan semangat
Satu , Wawasan 2020, aspirasi rakyat Malaysia pasti akan dapat
direalisasikan .
Sidang hadirin sekalian ,
Sebelum saya mengundurkan diri , saya berharap agar nilai
perpaduan dan patriotisme akan disemai dan dibajai dalam diri anak-anak
muda. Jangan biar titik hitam 13 Mei 1969 berulang semula dalam sejarah
Negara kita supaya Negara dapat terus berkembang dan maju mengikut
acuan kita sendiri . Akhir kata,
Bersatu teguh becerai roboh
Bermuafakat bertambah berkat
Bersatu bertambah mutu
Ala bias tegal biasa
Berbahasa kita berbangsa
Sekian , terima kasih.
Peserta : 16
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan
panel hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru dan hadirin
sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan
bertajuk “Perpaduan Kaum, Matlamat Kita”.
Hadirin sekalian,
Apakah maksud perpaduan kaum? Maksud perpaduan kaum ialah semua
kaum di dalam sesebuah negara saling bekerjasama atau erti kata lain
berganding bahu membentuk negara yang makmur dan damai.
Hadirin sekalian,
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat
pelbagai agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang
berbeza. Maka, melalui perpaduan ini kaum-kaum lain hendaklah
menerapkan sifat hormat dan menghormati demi mencapai matlamat
perpaduan.
Oleh itu, perpaduan hendaklah menjadi satu matlamat yang penting
dalam melaksanakan sesuatu dasar sama ada dalam bidang ekonomi,
sosial mahupun politik.
Hadirin sekalian,
Perpaduan adalah amat penting dalam institusi sesebuah negara. Sikap
perpaduan ini hendaklah dipupuk sejak dibangku sekolah rendah lagi agar
melahirkan rakyat yang cintakannegara. Lima prinsip Rukun Negara juga
haruslah dijadikan satu landasan dalam amalan hidup kita seharian.
Hadirin sekalian,
Pihak sekolah juga berperanan dalam memupuk perpaduan kaum
dikalangan masyarakat sekolah. Perpaduan kaum lebih mudah dipupuk
jika dimulakan sejak sekolahlagi. Bak kata pepatah “Melentur buluh,
biarlah dari rebungnya”. Perpaduan kaum dikalangan masyarakat
sekolah juga boleh dilakukan melalui penglibatan aktiviti gotong- royong
melibatkan guru dan pelajar yang berbilang kaum.
Selain itu, pihak kerajaan juga hendaklah mengambil pelbagai inisiatif
dalam memupuk perpaduan rakyat sama ada melalui media massa
seperti televisyen, surat khabar ataupun internet. Mesej tentang
kepentingan perpaduan kaum dikalangan rakyat perlulah diterapkan
dalam minda masyarakat agar memberi bayangan peri pentingnya
perpaduankaum.
Disamping itu, perpaduan kaum juga perlulah dipupuk bermula dari
rumah. Ibu bapa berperanan dalam memberikan pendidikan yang
secukupnya kepada generasi akan datang. Anak-anak diajar dan dididik
tentang perlunya perpaduan kaum dalam negara kita.Hal ini dapat
mengelakkan anak-anak hilang sifat perkauman serta memudahkan
mereka bergaul bersama rakan kaum yang lain.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya akhiri syarahan ini, ingin saya tegaskan bahawa perpaduan
kaum amatlah penting dalam konteks Negara kita yang berbilang kaum
dan agama. Perpaduan kaum ini,sekaligus membawa negara ke arah
hidup yang harmoni, aman dan sejahtera.
Sekian, terima kasih.