The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL FIZIK EZPZ TINGKATAN 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amy Rahman, 2018-11-21 01:11:08

FIZIK

MODUL FIZIK EZPZ TINGKATAN 5

Keywords: TERHAD

MODUL A+ FIZIK
SPM 2018

Program Jana A+ JPN KELANTAN

Tahu Modul ini mengandungi 2 bahagian ; BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B
Faham dan satu Lampiran.
Bahagian A terdiri daripada item kertas 2 ; konstruk EFAHAMAN
dan PENGUBAHSUAIAN / MEMBUAT KEPUTUSAN.
Bahagian B terdiri daripada item kertas 3 Bahagian B

Lampiran terdiri daripada Tips untuk menjawab Kertas 3 Bahagian A.

Aplikasi

PANEL PENGGUBAL MODUL A+ FIZIK SPM 2018
JPN KELANTAN

4531/FIZIK SPM 2018 MODUL A+ JPN KELANTAN SIRI 3

BAHAGIAN A

1. Rajah 1 menunjukkan seorang lelaki sedang menolak sebuah kereta sorong melalui
satu satah condong yang membuat sudut 250 dengan satah permukaan lantai,
Jumlah jisim kereta sorong itu bersama muatan adalah 60kg.

.

Rajah 1
Dengan bantuan gambarajah daya, hitung daya tolakan pada arah satah yang
diperlukan oleh lelaki itu supaya kereta sorong itu bergerak dengan halaju malar
menaiki satah condong itu.
(Daya geseran antara tayar dan satah condong itu ialah 40N)

[4 markah]
2. Rajah 2 menunjukkan sepasang jaket keselamatan yang digunakan oleh pasukan

pengakap sekolah untuk melakukan aktiviti-aktiviti air.

Rajah 2
Anda dikehendaki untuk mencadangkan pengubahsuaian yang perlu dilakukan pada
jaket keselamatan tersebut agar berfungsi dengan lebih baik dan boleh digunakan
untuk kerja-kerja menyelamat dengan lebih berkesan.
Nyata dan terangkan pengubahsuaian yang perlu dibuat berdasarkan jenis dan ciri-
ciri bagi bahan untuk jaket, keupayaan menggelembung dan ciri-ciri tambahan untuk
keselamatan.

[10 markah)

4531/FIZIK SPM 2018 MODUL A+ JPN KELANTAN SIRI 3

3. Rajah 3 menunjukkan botol-botol berisi susu kambing segar yang telah diproses
di ladang ternak kambing Pak Abu. Susu segar ini perlu berada pada keadaan sejuk
untuk mengekalkan kesegarannya.

Rajah 3

Anda dikehendaki untuk mencadangkan ciri-ciri bagi sebuah bekas untuk
menyimpan botol yang berisi susu kambing segar supaya boleh mengekalkan
kesegaran susu kambing itu dalam tempoh masa yang lama serta senang dibawa.

Nyata dan terangkan ciri-ciri bahan bagi bekas, dinding dalam dan dinding luar
bekas, bahan untuk ruang di antara dinding dalam dan dinding luar dan kaedah
tambahan untuk mengelak susu kambing itu daripada rosak.

[10 markah]

4. Rajah 4 menunjukkan periuk tekanan sedang dipanaskan di atas dapur gas.

Tolok tekanan

Rajah 4

Bacaan tolok tekanan meningkat selepas dipanaskan selama 5 minit.
Dengan menggunakan teori kinetik gas, terangkan mengapa bacaan tolok tekanan
meningkat selepas dipanaskan selama 5 minit

[4 markah]

4531/FIZIK SPM 2018 MODUL A+ JPN KELANTAN SIRI 3

5. Rajah 5 menunjukkan berlian yang kelihatan bercahaya apabila disinari cahaya.
Terangkan bagaimana berlian kelihatan bercahaya?

Rajah 5

[4 markah]

6. Rajah 6 menunjukkan imej janin yang dikesan menggunakan kaedah
Ultrasonography (USG).

Rajah 6

Dengan menggunakan pengetahuan anda tentang fenomena gelombang, terangkan
bagaimana pembesaran janin dalam kandungan dapat dipantau secara berkala.

[4 markah]

7. Rajah 7 menunjukkan kedudukan tiga biji mentol di dalam sistem pendawaian
elektrik sebuah rumah.

Rajah 7

Litar ini tidak lengkap dan tidak cekap bagi penggunaan tenaga elektrik serta kurang
selamat. Cadangkan pengubahsuaian yang perlu dilakukan kepada litar ini untuk
meningkatkan keselamatan, menghasilkan lampu yang menyala dengan kecerahan
normal dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga elektrik.

[10 markah]

4531/FIZIK SPM 2018 MODUL A+ JPN KELANTAN SIRI 3

8. Rajah 8 menunjukkan struktur sebuah motor elektrik arus terus (a.t.)

Rajah 8

Terangkan bagaimana motor elektrik tersebut boleh berputar.

[4 markah]

9. Rajah 9 menunjukkan satu bayang terbentuk pada tiub palang Maltase.

Rajah 9

Tiub palang Maltase pada Rajah 9 adalah tidak sesuai untuk mengukur frekuensi
gelombang bunyi.
Cadang dan terangkan pengubahsuaian yang boleh dilakukan pada tiub palang
Maltase pada Rajah 9 untuk ditukarkan kepada Osiloskop Sinar Katod yang dapat
mengukur frekuensi gelombang bunyi.
Dalam cadangan anda, nyatakan komponen-komponen yang digunakan dan fungsi
setiap komponen berdasarkan senapang elektron dan sistem pemesongan

[10 markah]

4531/FIZIK SPM 2018 MODUL A+ JPN KELANTAN SIRI 3

10. Rajah 10 menunjukkan sebuah reaktor nuklear yang digunakan untuk menjana
tenaga nuklear.

Rajah 10
Rajah 12.2

Anda dikehendaki menyiasat ciri-ciri bahagian dalam reaktor nuklear seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 10.

Reaktor Bahan untuk Bahan untuk Bahan untuk Ketebalan
nuklear moderator rod pegawal
penyejuk perisai konkrit

P Grafit Kripton Minyak Nipis

Q Besi Boron Minyak Nipis

R Grafit Boron Air berat Tebal

S Besi Kripton Air berat Tebal

Jadual 10

Terangkan kesesuaian ciri setiap bahagian dalam reaktor nukler itu yang dapat
menghasilkan tenaga nuklear yang terkawal dan selamat.
Tentukan reaktor yang paling sesuai untuk digunakan.
Berikan sebab-sebab bagi pilihan anda.

[10 markah]

4531/FIZIK SPM 2018 MODUL A+ JPN KELANTAN SIRI 3

BAHAGIAN B

11. Rajah 11.1 menunjukkan seorang budak lelaki sedang menolak beberapa buah
kotak di sepanjang satu laluan.
Rajah 11.2 menjukkan dua orang budak lelaki sedang menolak kotak yang sama
di sepanjang laluan yang sama.

Rajah 11.1 Rajah 11.2

Budak lelaki itu mendapati kotak dalam Rajah 11.2 lebih cepat bergerak berbanding
Rajah 11.1.

Berdasarkan maklumat dan pemerhatian di atas:

(a) Nyatakan satu inferens yang sesuai. [1 markah]

(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai. [1 markah]

(c) Dengan menggunakan radas seperti jangkamasa detik, tali kenyal dan
lain-lain radas, terangkan satu rangka kerja eksperimen untuk menyiasat
hipotesis yang anda nyatakan dalam 11(b).
[10 markah]

12. Rajah 12.1 menunjukkan sebuah lori mempunyai 6 buah tayar bergerak di atas
satu permukaan tanah lembut.
Rajah 12.2 menunjukkan sebuah lori berjisim sama yang mempunyai 4 buah tayar
bergerak di atas permukaan tanah lembut yang sama.

Rajah 12.1 Rajah 12.2

Didapati, lori tersebut lebih terbenam ke dalam tanah.

Berdasarkan maklumat dan pemerhatian :

4531/FIZIK SPM 2018 MODUL A+ JPN KELANTAN SIRI 3

(a) Nyatakan satu inferens yang sesuai. [1 markah]

(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai. [1 markah]

(c) Dengan menggunakan radas seperti plastisin, pemberat dan radas-radas
yang lain, terangkan satu eksperimen untuk menyiasat hipotesis yang
dinyatakan di 12(b).
[10 markah]

13. Rajah 13.1 dan Rajah 13.2 menunjukkan keadaan kotak logam yang serupa yang
digunakan untuk melindungi kamera, diikat pada ikan keli di dalam air sungai dan
ikan yu di dalam air laut.
Kedua-dua ekor ikan tersebut mempunyai jisim yang sama dan berada pada
kedalaman yang sama.

Rajah 13.1 Rajah 13.2

Didapati kotak logam yang diikat pada ikan yu adalah lebih kemek.

Berdasarkan maklumat dan pemerhatian tersebut;

(a) Nyatakan satu inferens yang sesuai. [1 markah]

(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai. [1 markah]

(c) Dengan menggunakan radas seperti corong tisel, silinder penyukat dan radas
lain, terangkan satu eksperimen untuk menyiasat hipotesis yang dinyatakan
di 13(b).
[10 markah]

4531/FIZIK SPM 2018 MODUL A+ JPN KELANTAN SIRI 3

14. Rajah 14 menunjukkan seorang jurufoto memerhatikan imej yang terbentuk dalam
kamera pada dua kedudukan yang berbeza, P dan Q.

Rajah 14

Jurufoto itu mendapati saiz imej yang diperhatikan adalah lebih kecil pada
kedudukan Q.

Berdasarkan maklumat dan pemerhatian itu:

(a) Nyatakan satu inferens yang sesuai [1 markah]

(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai [1 markah]

(c) Dengan menggunakan radas seperti kanta cembung, mentol dan lain-lain
radas yang sesuai, terangkan satu eksperimen untuk menyiasat hipotesis
yang dinyatakan di 14(b).
[10 markah]

4531/FIZIK SPM 2018 MODUL A+ JPN KELANTAN SIRI 3

15. Rajah 15.1dan Rajah 15.2 menunjukkan gegelung dawai yang disambungkan
kepada ammeter, suis dan bekalan kuasa a.t.

Rajah 15.1 Rajah 15.2

Apabila suis dihidupkan dan serbuk besi yang sama banyak ditaburkan pada setiap
permukaan setiap kadbod, didapati corak susunan serbuk besi yang terhasil dalam
Rajah 15.2 adalah lebih banyak dan padat.

Berdasarkan maklumat dan pemerhatian itu

(a) Nyatakan satu inferens yang sesuai [1 markah]

(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai [1 markah]

(c) Dengan menggunakan radas seperti teras besi lembut, wayar kuprum
bertebat dan lain-lain radas, terangkan satu eksperimen untuk menyiasat
hipotesis yang dinyatakan di 15(b).

[10 markah]

SOALAN TAMAT.


Click to View FlipBook Version