The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaharahtumian, 2021-10-25 09:43:43

PROGRAM SAYA MESTI LULUS BM

BAHASA MELAYU K1

Teknik IMBAKUP

6 ayat setiap perenggan isi

PERENGGAN 3

AYAT JENIS AYAT AYAT CONTOH

1 I- isi Memang tidak dapat disangkal bahawa pihak berkuasa setiap negara juga perlu
membuat pemeriksaan yang ketat dan menyediakan alat pengimbas di pintu-pintu
masuk utama negara masing-masing.

2 M-mengapa Hal ini dikatakan terjadi kerana pemeriksaan yang ketat dan penyediaan alat
pengimbas oleh pihak berkuasa boleh memastikan penyakit berjangkit tidak
melebarkan pengaruhnya di negara kita.

3 BA- Sehubungan dengan itu, alat pengimbas tersebut berupaya untuk mengesan
bagaimana/
contoh pelancong yang masuk sekiranya mereka dijangkiti oleh penyakit tersebut.
Sebagai contoh, alat pengimbas tersebut perlu diletakkan di lapangan-lapangan

terbang antarabangsa seperti di KLIA, Kuching, dan Bayan Lepas.

4 K-kesan Sekiranya mereka telah dijangkiti oleh penyakit tersebut, maka mereka perlu
dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan dan juga dikuarantinkan.

5 U- Hal ini bertepatan dengan peribahasa, mencegah lebih baik daripada
ungkapan
menarik mengubatinya.

6 P- Dengan bertunjangkan kesahihan fakta, hakikatnya dapatlah kita simpulkan
penegasan bahawa dengan adanya pemeriksaan yang ketat dan penyediaan alat pengimbas
daripada pihak berkuasa, kita pasti dapat menangani isu rebakan penyakit

TEKNIK KCCH

KESIMPULAN

AYAT JENIS AYAT AYAT CONTOH

1 KESIMPULAN Kesimpulannya, pelbagai usaha yang diambil dalam menangani isu rebakan penaykit
berjangkit telah dikenal pasti.

2 CADANGAN 1 Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu, bersatu hati dan sebulat suara dalam
mengatasi penyakit berjangkit ini hingga ke akar umbinya.

3 CADANGAN 2 Persis peribahasa, ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni. Setiap masalah pasti
ada jalan penyelesaian.

4 HARAPAN Kerjasama semua pihak sudah pasti akan melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas
daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya.

KARANGAN ARAS CEMERLANG

Dalam era globalisasi ini, penyakit berjangkit semakin meningkat di seluruh dunia. Isu ini sering meniti
dari bibir ke bibir dalam segenap masyarakat. Isu ini tidak harus dipandang remeh tetapi harus dijulang sampai ke
langit agar tahap kesihatan manusia sentiasa terjamin. Antara penyakit berjangkit yang menggoyahkan tahap
kesihatan manusia dasawarsa ini ialah Ebola, Zeka, demam denggi, dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai inisiatif
yang proaktif haruslah diambil bagi memperkasa aspek penjagaan kesihatan manusia bagi menangani dan
menjamin kesejahteraan warga bumi ini. Soal yang sering mengetuk kamar jiwa kita ialah apakah usaha-usaha
yang harus diambil dalam menoktahkan isu rebakan penyakit berjangkit ini? Oleh itu, pelbagai inisiatif yang
proaktif haruslah diambil bagi memperkasa aspek penjagaan kesihatan manusia bagi menangani dan menjamin
kesejahteraan warga bumi ini. 93

Sebagai mudakimah dan pembuka bicara, lontaran idea perdana mengenai langkah yang harus diambil
dalam menangani isu rebakan penyakit berjangkit ialah Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan program
pelalian menerusi pemberian vaksin di seluruh negara dalam menangani isu rebakan penyakit berjangkit. Hal ini
dikatakan demikian kerana pemberian vaksin yang dijalankan mampu mengekang rebakan penyakit berjangkit.
Terdapat pelbagai jenis program pelalian yang boleh didapati sama ada di klinik kesihatan awam atau di klinik
kesihatan persendirian. Umpamanya, Vaksin H1N1, Vaksin Rubela dan sebagainya. Kesannya,program pelalian
yang dijalankan mampu mengurangkan jangkitan penyakit berjangkit dalam kalangan insan bumi ini. Usaha yang
diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ibarat pepatah yang berbunyi, “sediakan payung sebelum hujan”.
Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa program pelalian yang dijalankan mampu menangani isu penyakit
berjangkit. 100

KARANGAN ARAS CEMERLANG

Beralih ke jendela yang lain, media massa turut berperanan dominan dalam menggerakkan
kempen penjagaan kebersihan secara giat di seluruh negara. Hal ini dikatakan begitu kerana media
massa merupakan antara platform yang berkesan untuk mempengaruhi minda masyarakat. Oleh hal
yang demikian, media massa sewajarnya menyiarkan dan menviralkan kesan-kesan pengabaian
aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Impaknya, kempen yang digiatkan oleh media massa
akan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kemaslahatan aspek penjagaan kesihatan
dalam menghindari penyakit berjangkit. Oleh itu, setiap masyarakat mestilah bersatu padu untuk
menjayakan kempen yang diadakan oleh media massa kerana bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh. Lantaran berpaksikan kebenaran yang disampaikan jelaslah bahawa kempen penjagaan
kebersihan yang dijalankan oleh media massa mampu menoktahkan isu rebakan penyakit berjangkit
ini. 108

Memang tidak dapat disangkal bahawa pihak berkuasa setiap negara juga perlu membuat
pemeriksaan yang ketat dan menyediakan alat pengimbas di pintu-pintu masuk utama negara
masing-masing. Pemeriksaan yang ketat dan penyediaan alat pengimbas oleh pihak berkuasa boleh
memastikan penyakit berjangkit tidak melebarkan pengaruhnya di negara kita. Alat pengimbas
tersebut berupaya untuk mengesan pelancong yang masuk sekiranya mereka dijangkiti oleh penyakit
tersebut. Sebagai contohnya, alat pengimbas tersebut perlu diletakkan di lapangan-lapangan terbang
antarabangsa seperti di KLIA, Kuching, dan Bayan Lepas. Sekiranya mereka telah dijangkiti oleh
penyakit tersebut, maka mereka perlu dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan dan juga
dikuarantinkan. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, mencegah lebih baik daripada mengubatinya.
Dengan bertunjangkan kesahihan fakta, hakikatnya dapatlah kita simpulkan bahawa dengan adanya
langkah sedemikian daripada pihak berkuasa setiap negara, kita pasti dapat menangani isu rebakan
penyakit berjangkit. 119

KARANGAN ARAS CEMERLANG

Kesimpulannya, pelbagai usaha yang diambil dalam menangani isu rebakan penyakit berjangkit
telah dikenal pasti. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu, bersatu hati dan sebulat
suara dalam mengatasi penyakit berjangkit ini hingga ke akar umbinya. Persis peribahasa, ke
gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Kerjasama
semua pihak sudah pasti akan melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman
penyakit berjangkit yang berbahaya. 59

( 479 pp)

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version