NAMA PENSYARAH:
PUAN ASMA' BINTI IBRAHIM
FEIGIAP
NURUL IZZAH BINTI KHAIRUL JOHARI NUR AISYAH BINTI MOHAMAD ROOM
17DHF21F2005 17DHF21F2057
NURIN NAJIHAH BINTI LOKMAN NATASYA BALQIS BINTI MUHD ZAHIB
17DHF21F2075
17DHF21F2007
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
KONSEP PERPADUAN,KESEPADUAN DAN
PENYATUPADUAN
MAKSUD :PERPADUAN,KESEPADUAN,
PENYATUPADUAN
MAKSUD WAJAH POSITIF, NEGATIF & IDAMAN
CARA-CARA MALAYSIA KE ARAH PERPADUAN
DASAR PERPADUAN MALAYSIA
DEFISIT SOSIAL
PERLEMBAGAAN PERSEKATUAN
KESIMPULAN
RUJUKKAN
PENGENALAN
Konsep Perpaduan, Kesepaduan, dan Penyatupaduan sudah
banyak dibincangkan oleh warga bijak pandai dalam negara
kita. Menurut Shamsul (2020, pemikiran perpaduan yang lama
hendaklah diganti dengan pemikiran baharu iaitu mengandungi
tiga proses serentak iaitu perpaduan, kesepaduan dan
penyatupadun.
Perpaduan ini bermaksud perpaduan yang masih diidamkan.
Maknanya, perpaduan yang kita saksikan di negara ini
hanyalah detik-detik perpaduan sahaja. Kesepaduan pula
sebenarnya sudah tercapai di negara ini. Ia bermaksud
pemimpin dan rakyat mencapai persetujuan untuk bersetuju
dalam banyak hal. Namun, kita perlu akui masih banyak yang
tertangguh dan belum selesai yang dilabel sebagai defisit
sosial. Kesepaduan pula telah pun dicapai secara tidak
langsung dengan pembentukan ‘tapak integrasi’.
Akhir sekali, Penyatupaduan didefinisikan dalam pelbagai
bentuk usaha yang perlu terus semua lapsian masyarakat.
Justeru, perpaduan yang diidamkan boleh dicapai dengan
usaha terus menerus pemantauan kesepaduan dan pembinaan
tapak integrase sebagai instrument utama penyatupaduan.
Sebelum kata-katanya pada tahun 2020, beliau juga telah
menyuarakan pendapatnya tentang perpaduan di Malaysia.
Perpaduan di Malay
sia adalah sesuatu “work-in-progress”,
dengan ini,metaforakan perpaduan di Malaysia dengan
peribahasa menatang minyak yang penuh dan perlu dijaga
dengan rapi sepanjang pembinaan Malaysia (Shamsul 2014),
kata-katanya itu bergemadalam kata kata Kartini (2018)
bahawa usaha kearah membangunkan Malaysia merupakan suatu
progres yang panjang dan berterusan.
Oleh itu, menyedari bahawa usaha mencapai perpaduan Malaysia
adalah satu proses yang lamadan sukar, Shamsul (2014) )
meletakkan 3 perkara ini dalam frasa tiga konsep keramat‘
perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan. Konsep ini sebagai
permulaan melihat dan menyusun segala yang rumit dan
pelbagai dalam imaginasi sosial yang berkait dengan
masyarakat majmuk. Mengembangkan konsep ini pula akan
mengupas isu-isu sosial, politik dan ekonomi yang terdapat
di Malaysia.
Sekali lagi, Kartini (2018) bersetuju dengan pendapat ini
melalui kata-katanya bahawa blueprint perpaduan, kesepaduan
dan penyatupaduan adalah antara contoh terbaik untuk memberi
peluang kepada golongan masyarakat untuk berkongsi
pengalaman dan ekspresi serta meminta mereka menyatakan
cadangan kepada permasalahan yang telah dibincangkan. Hasil
daripada suara hati dan pandangan rakyat, pengukuhan kepada
masalah-masalah yang seringkali timbul dalam mengurus
kesepaduan dapat dicapai contohnya isu bahasa, etnik, dan
agama.
KONSEP PERPADUAN,KESEPADUAN DAN
PE
NYATUPADUAN
Konsep ‘perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan’
adalah permulaan melihat dan menyusun segala yang
rumit dan pelbagai dalam sosio logical
imagination kita berkait dengan masyarakat
plural/majmuk. Bertolak daripada tiga konsep ini
sebagai suatu kerangka besar lagi luas akan dapat
pula nanti kita mengupas satu persatu apakah isu
sosial, ekonomi, politik dan lain-lain lagi isu
yang sering menduga kehidupan manusia
bermasyarakat penyelidik dan pembentuk dasar
awam, tugas utama kita semua apabila berdepan
dengan cabaran sosial ialah untuk mengenal pasti
metodologi yang paling sesuai untuk memulakan
usaha diagnostik ke arah penyelesaian
MAKSUD PERPADUAN
Perpaduan bermaksud penyatuan, yang dipamerkan sesebuah
masyarakat atau kumpulan atau jiran. Ini merujuk kepada
hubungan sosial yang mengaitkan manusia. Lazimnya
istilah ini digunakan dalam bidang sosiologi ataupun
sains kemasyarakatan.
Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn
Bhd, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan
juga mengajar. Perpaduan atau solidarity dapat
didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakatdan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dannilai
bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.
Di samping itu juga,definisi perpaduan menurut Kamus Dewan
1994 mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan,
persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitubergabung
menjadi satu, sepakat dan sebagainya.Perpaduan atau
µsolidarity ini juga dapat didefinisikan sebagai satu
prosesyang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara
supaya setiap anggotamasyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cintadan
banggakan tanahair. Hj. Samat Buang (2003) mentakrifkan
perpaduan sebagaisatu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita
dan pengorbanan dalam satu ikatan yangsepadu, kuat dan
maju.
MAKSUD KESEPADUAN
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat keadaan bersepadu, perihal ber-
sepadu menjadi kesatuan yg utuh: malahan ~ komuniti itu diasaskan
pada pertalian kekeluargaan.
Keadaan bersepadu, menjadi kesatuan yang utuh. Situasi aman, stabil,
makmur dan sejahtera yang dicapai tetapi masih terdapat perbezaan
dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat.
MAKSUD PENYATUPADUAN
Proses menyatupadukan. usaha yang betrusan oleh semua
masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial berbahankan tapak
intergasi berprinsipkan tawar menawar perundingan dan mediasi.
MAKSUD WAJAH POSITIF, NEGATIF
& IDAMAN
Wajah Positif = Kepelbagaian yang dimegahkan, di sambut dan
dikomersialkan.
Wajah Negatif = Bermula disebabkan perbezaan yang terdapat
dalam bentuk masyarakat. Bentuk ini mempunyai potensi
menimbulkan konflik, pergaduhan, fitnah yang dikhabar angin dan
berlawan kata.
Wajah Idaman = Kepelbagaian membuatkan rindu akan perpaduan
yang paling ideal, iaitu unity in uniformity atau perpaduan dalam
kesatuan.
CARA-CARA MALAYSIA KE ARAH
PERPADUAN
1.SEJARAH MENCARI KESATUAN.
2.MEMBINA KESATUAN BERTERUSAN.
3.13 MEI 1969 KESATUAN PECAH BERDERAI
4.1971 ISTILAH PERPADUAN DIPERKENAL DAN DIGUNAKAN.
5.PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
6.INDEKS PERPADUAN NASIONAL 2018.
DASAR PERPADUAN MALAYSIA
PERISTIWA 13 MEI
1969
-Konflik perkauman menjadi pencetus
kepada usaha kerjaan untuk menangani isu
perpaduan. 1970
RUKUN NEGARA
-Disytiharkan pada 31 Ogas 1970 sebagai
falsafah negara dalam mencapai
perpaduan. 1971
DASAR EKONOMI BARU
-Menjadi kerangka untuk memperkukuhkan
perpaduan menurusi penyusunan semula
masyarakat. 2003
DASAR SOSIAL NEGARA
-Bermatlamat untuk mewujudkan
masyarakat yang maju dari aspek sosial,
ekonomi dan teknologi. 2017
DASAR KESELAMATAN NEGARA
-Mempertahankan nilai-nilai teras negara
bagi memastikan Malaysia kekal selamat
dan berdaulat. 2019
DASAR KOMUNIT NEGARA
-Mewujudkan komuniti dan generasi
mampan melalui pembangunan komuniti
secara inklusif. 2019
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
-Mewujudkan kebudayaan kebangsaan. 2021
DASAR PERPADUAN NEGARA
-Dasar payung yang menetapkan hala tuju
kerajaan dalam mengukuhkan perpaduan
negara dan integrasi nasional.
DEFISIT SOSIAL
DEFISIT SOSIAL Secara umumnya, terdapat terdapat isu dan
cabaran yang sering berlegar dalam masyarakat tetapi dikaitkan
sebagai masalah perpaduan dalam konteks yang kurang tepat.
Melalui beberapa sesi konsultasi yang menyeluruh, pelbagai isu
dan cabaran telah dibangkitkan oleh rakyat Malaysia yang dapat
dikateorikan kepada 10 perkara di bawah defisit sosial iaitu :
1) ETNISITI
Kepelbagaian dan kerencaman etnisiti. Kepelbagaian etnisiti
sering kali dianggap sebagai batasan utama yang menggugat
perpaduan. Realitinya, perpaduan ialah perkara yang perlu
diurus dan dipertingkatkan melalui pelbagai mekanisme.
2) AGAMA
Kurang kefahaman dan sensetiviti antara penganut pelbagai
agama. Perbezaan pegangan agama ternyata disalah faham
sebagai sempadan yang menghalang perpaduan dalam
masyarakat kerana dilihat dalam konteks yang kurang tepat dan
kurangnya sensetiviti serta kefahaman berkenaan dengan
agama yang berbeza.
3) KELAS SOSIAL
Jurang kelas sosial berdasarkan etnik, keturunan, pekerjaan dan
ekonomi. Tidak dinafikan bahawa system sosial masyarakat
mempunyai hierarki kelas sosial yang disebabkan oleh struktur
etnik, keturunan, pekerjaan, jawatan mahupun ekonomi. Perkara
penghalang kepada perpaduan kerana setiap kelas sosial
masyarakat saling melengkapi dari segi peranan dan
tanggungjawab. seharusnya tidak menjadi
4) PENDIDIKAN
Ketidakseragaman aliran, kandungan dan penyampaian sistem
Pendidikan. Kewujudan institusi sekolah pelbagai aliran di negara ini
(seperti sekolah vernekular, sekolah agama dan sekolah antarabagsa)
sering kali difahami sebagai kekangan kepada usaha pemupukan
perpaduan kepada rakyat kerana dilihat konteks pemisahan berasakan
etnik.
5) BAHASA
Kurang penguasaan bahasa kebangsaan. Bahasa melayu telah
termaktub sebagai Bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan
Persekutuan dengan tujuan menjadi alat interaksi dan komunikasi
kepada rakyat berbilang kaum dalam negara ini.
6) JURANG GENERASI
Jurang nilai, ideologi, semangat jati diri dan budaya antara generasi
yang kian melebar. Masyarakat Malaysia kini mempunyai pelbagai
lapisan generasi yang berstruktur dalam konteks usia, pendidikan,
pekerjaan, ideologi, dan budaya yang menyebabkan berlakunya
pertembungan dari segi nilai, budaya, semangat jati diri dan tahap
tolenrasi.
7) GENDER
Jurang gender dalam pelaksanaan mobilisasi agenda perpaduan.
Walaupun isu gender sering kali diungkapkan sebagai perbezaan
kesaksamaan hak antara lelaki dengan Wanita, dalam konteks
perpaduan persoalan gender sepatutnya dilihat dalam skop peranan
dan kapasiti lelaki dan wanita untuk menjayakan agenda perpaduan
pada peringkat individu, keluarga dan komuniti.
8) POLITIK PEDERALISME
Politik federalism yang perlu ditadbir dalam konteks hak, peranan dan
tanggungjawab masing-masing. Pentadbiran dan sistem tadbir urus
pada peringkat Persekutuan dan negeri perlu dilihat dari aspek
sempadan politik, ekonomi dan sosial kerana terdapat perkara yang
telah dipersetujui sebagai urusan peringkat negeri (sepert agama dan
tanah).
9) RUANG BANDAR-DESA
Jurang pembangunan infrastruktur dan kesedaran berhubung
dengan peranan ruang bandar-desa. Ruang bandar dan desa
sering dibezakan melalui kekangan fizikal dan infrastruktur
yang telah mencorakkan ciri sosial masyarakat dan aktiviti
ekonomi.
10) MEDIA
Penyalahguanaan dan pengawalan informasi. Hebahan
maklumat yang amat pantas merupakan cabaran utama yang
dihadapi oleh semua negara. Penyalahgunaan media massa
dan digital oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pula bolch
menggugat kestabilan perpaduan.
PERLEMBAGAAN
PERSEKATUAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Perlembagaan
Persekutuan Malaysia ialah undnag-undang tertinggi
negara dan telah menjadi asas kepada pembentukan
negara ini serta identiti Malaysia. Sejarah penggubalan
Perlembagaan Persekutuan perlu dihayati dan difahami
olch semua rakyat kerana melibatkan tolak ansur,
kompromi, dan pengorbanan semua pihak serta
berlandaskan proses persetujuan timbal balik atau
perkongsian kuasa antara pelbagai etnik. 5 perkara asas
(grundnom) yan telah dipersetujui iaitu:
Perkara 3(1): Islam ialah agama bagi Persekutuan,
tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan.
Perkara 152(1): Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dan Bahasa rasmi, namun Bahasa Ibunda
kaum lain boleh diajar dan digunakan.
Perkara 153: Kedudukan istimewa orang Melayu dan
anak negeri Sabah dan Sarawak diiktiraf, namun
kepentingan kaum lain juga dilindungi.
Perkara 181: Kedaulatan Raja-Raja Melayu dijunjung.
Bahagian III: Hak kewarganegaraan diberikan kepada
mereka yang mempunyai kelayakan di bawah
Perlembagaan Persekutuan.
KESIMPULAN
Dasar Perpaduan Negara menggariskan teras perpaduan yang
perlu difahami dan diamalkan. Menerusi dasar ini,semua pihak
perlu memberi kerjasama bagi memastikan
strategi yang disusun dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk
mencapai matlamat iaitu untuk memupuk,mengukuh dan
memelihara perpaduan negara.Sebagai sebuah negara yang
memiliki keunikan,perpaduan ialah agenda utama agar
kelangsungan pembangunan negara terjamin.Perpaduan bukan
sesuatu yang statik dan boleh dicapai secara mutlak tetapi perlu
dipupuk,dipelihara dan diperkukuh secara berterusan. Perpaduan
memerlukan komitmen penuh oleh semua pihak,iaitu agensi
kerajaan,swasta,masyarakat sivil dan rakyat keseluruhannya.
Penekanan dan pendekatan yang diambil dalam pelaksanaan dasar
ini selaras dengan dasar dan aspirasi kerajaan bagi membina
sebuah negara yang maju,aman,makmur,berintergriti dan bersatu
padu serta diiktiraf di peringkat global. Kesepaduan dalam usaha
kita untuk menjadi sebuah negara bangsa, pelbagai strategi,
pendekatan dan dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk
menjadikan negara ini bukan sahaja makmur dan maju dalam
semua bidang tetapi juga mempunyai hubungan etnik yang
harmoni dan bersatu padu serta mencapai intergrasi nasional di
bawah sistem persekutuan. Malaysia yang kita impikan ialah sebuah
negara yang menyaksikan rakyat berbilang kaum, budaya dan
agama hidup dengan aman, sementara hubungan kerajaan negeri
dan kerajaan persekutuan berada dalam keadaan harmoni sesuai
dengan tuntutan perlembagaan. Kesepaduan kaum nasional
merupakan kestabilan sosiopolitik di negara ini dapat menjamin
kemajuan dan keuntuhan bangsa.
Cadangan saya,kita perlulah mengekalkan gaya sosial yang baik
agar dapat mencapai kesepaduan masyarakat yang diimpikan.
Penyatupaduan ialah sifat rangkaian keramat tiga konsep yang di
ketengahkan ini,iaitu perpaduan, kesepaduan dan
penyatupaduan yang tetap merupakan heuristic device yang
boleh diaplikasikan kearah memahami sebarang masyarakat
plural/majmuk atau yang sekelompok dengannya.
Sebagai kesimpulan, ingin ditekankan bahawa dalam usaha
mengupas dan merungkai pelbagai masalah global dan lokal, apa
yang kita perlukan adalah beberapa (heuristic device) yang boleh
membantu dalam menyelesaikan masalah dalam
penyatupaduan kaum. Contohnya dalam mengkaji sistem
hierarki politik Malaysia,heuristic device yang dikenali sebagai
“model dwi realiti sosial” telah kerap kali diaplikasikan. Terkini
ialah heuristic device untuk memahami dan menghayati sejarah
Malaysia yang diberi nama “Sejarah Untuk Semua”. Cadangan
saya, apabila berdepan dengan cabaran sosial, tugas utama kita
sebagai rakyat ialah mengenal pasti cara yang sesuai untuk
memulakan usaha diagnostik ke arah penyelesaian masalah.
Penekanan dan pendekatkan yang diambil dalam pelaksanaan
dasar ini selaras dengan dasar dan aspirasi Kerajaan bagi
membina sebuah negara yang maju, aman, makmur, berintegriti
dan bersatu padu serta diiktiraf di peringkat global
RUJUKKAN
1.https://www.coursehero.com/file/p3iauh52/Konsep-Perpaduan-
Kesepaduan-dan-Penyatupaduan-sudah-banyak-dibincangkan-oleh/
2.https://www.academia.edu/5828754/Perpaduan_Kesepaduan_dan_P
enyatupaduan_Satu_Negara_Satu_Kata_Akar_Tiga_Konsep_Keramat
3.https://perpaduandimalaysia-efolio.blogspot.com/2020/10/e-folio-
etika-dan-peradabanperpaduan-di.html?m=1
4. http://jganraj.blogspot.com/
5.https://prezi.com/37h2zpxtg1th/perpduan-kesepaduan-dan-
penyatupaduan-satu-negara-satu-ka/
6. https://anyflip.com/qfnch/zecp/basic
7.https://docplayer.info/201734890-Memahami-konsep-kesepaduan-
sosial-dan-kesepaduan-nasional-menjelaskan-proses-dan-usaha-ke-
arah-mencapai-kesepaduan-nasional.html
8. https://online.anyflip.com/yjeot/kxbt/mobile/index.html
9. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kesepaduan
Thyoaun!k