The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by b04spp21f002, 2022-05-26 03:53:32

e-Folio Kerja Kumpulan 1

KERJA KUMPULAN 1

KERJA KUMPULAN 1

AHLI KUMPULAN:
EFFAH BINTI ABDULLAH (B04SPP21F002)
NOR ALIY QASHRINA BINTI SYAMSUDDIN
(B04SPP21F017)
NUR AISHAH HANIS BINTI MOHD SHOKRI
(B04SPP21F003)
NURAIZAH BINTI JASMAN (B04SPP21F005)

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka
Surat
1.0 Pengenalan 3-4
2.0 Penilaian Prestasi Pekerja
7-11
2021:

2.1 - Penilaian
Berdasarkan Sifat
2.2 - Penilaian
Berdasarkan Gelagat
2.3 - Penilaian
Berdasarkan Hasil
2.4 - Markah Keseluruhan
2.5 - Ulasan dan
Pengesahan

3.0 Artikel Pampasan dan 12-30
Faedah Pekerja

4.0 Ulasan Artikel : Majikan 31-33

Tidak Boleh Potong Cuti

Tahunan dan Gaji Pekerja

5.0 Penutup 34-37

6.0 Rujukan 38 2

PENGENALAN

Pengenalan penilaian prestasi organisasi

kerajaan dan swasta diwujudkan untuk

mencapai tujuan dan objektif masing-

masing. Sumber tenaga manusia yang

ada di dalam organisasi tersebut

merupakan penting untuk organisasi

mencapai objektifnya dengan berkesan.

Satu proses yang rapi, berkesan dan adil

diperlukan oleh sesebuah organisasi untuk

menilai prestasi setiap ahlinya. Penilaian

prestasi pekerja dalam organisasi adalah

satu proses berterusan yang melibatkan

penetapan objektif, penilaian perlakuan

serta pencapaian kerja bagi pekerja

secara individu dan kumpulan dalam

tempoh masa tertentu untuk

mempertingkatkan kualiti dan produktiviti

sesebuah jabatan.

3

PENGENALAN

Pengenalan pampasan dan faedah
pekerja pula ialah pentadbiran pampasan
dan ganjaran adalah amat penting bagi
memastikan kebajikan dan keadadilan
pekerja terjamin dan terpelihara secara
langsung bermaksud bayaran yang
diterima oleh pekerja dalam bentuk upah,
gaji, bonus, insurans pekerja, elaun,
komisen, faedah perubatan, dan
pengangkutan. Menarik pekerja yang
berbakat dari pasaran buruh menyertai
organisasi.

4

BUTIRAN SYARIKAT

MSH ADVISORY
SAVILLE @ CHERAS, NO 1, PERSIARAN SRI RAYA,
TAMAN SRI RAYA, 43200 CHERAS, SELANGOR.
TELEFON : 03-7956 0812
EMAIL : [email protected]

BORANG PENILAIAN PRESTASI
TAHUN 2021

5

BUTIRAN PEKERJA

NAMA MUHAMMAD
AMIRUL ADRI BIN
MAZLI

NO.KAD 030807-14-1857
PENGENALAN

JAWATAN PEMBANTU
AKAUNTAN

MASA PEMANTAUAN 1. JUN 2021
2. DIS 2021

6

BORANG PENILAIAN PRESTASI
MSH ADVISORY

PANDUAN PENILAIAN

Skala:
1 - Tidak Setuju
2 – Setuju
3 – Baik
4 – Sangat Baik

BIL PERKARA YANG DINILAI SKALA
PEMARKAHAN

A. PENILAIAN BERASASKAN 1 2 3 4
SIFAT

1 Boleh untuk menerima
perubahan

2 Faham penerangan
dengan cepat

3 Menjadi pemimpin dalam
aktiviti berkumpulan

4 Pekerja komited terhadap
tugasnya

5 Mudah didekati dan
berinteraksi

JUMLAH 20

PANDUAN PENILAIAN

Skala:
1 - Tidak Setuju
2 – Setuju
3 – Baik
4 – Sangat Baik

BIL PERKARA YANG DINILAI SKALA
PEMARKAHAN

B. PENILAIAN BERASASKAN 1 2 3 4
GELAGAT

1 Memberi penerangan
jelas kepada pelanggan

2 Menerima dan melayan
aduan pelanggan
dengan sabar dan
berhemah.

3 Memproses pesanan
pelanggan dengan
cepat.

4 Memberi maklum balas
dengan cepat terhadap
pelanggan.

5 Tidak mendapat sebarang
aduan daripada
pelanggan terhadap
layanan yang diberikan.

JUMLAH 20

PANDUAN PENILAIAN

Skala:
1 - Tidak Setuju
2 – Setuju
3 – Baik
4 – Sangat Baik

BIL PERKARA YANG DINILAI SKALA
PEMARKAHAN

C. PENILAIAN 1234

BERORIENTASIKAN HASIL

1 Kepuasan pelanggan

2 Keberkesanan dalam
melakukan promosi

3 Penerangan kepada
pelanggan

4 Teliti dalam melaksanakan
tugas

5 Sasaran jualan tercapai

JUMLAH 20

9

MARKAH KESELURUHAN

1. SIFAT 20
2. GELAGAT 20
3. HASIL 20
4. JUMLAH 60/60

1
0

ULASAN DAN PENGESAHAN

Ulasan Pegawai Penilai:

Seorang pekerja yang berdedikasi

dan bertanggungjawab. Mudah

memberikan kerjasama dan setiap

tugasan yang diberikan dapat

disempurnakan dengan

cemerlang.

Disahkan oleh:
( NUR AISHAH HANIS BT SHOKRI )

1
1

Artikel
Pampasan

dan
Faedah
Pekerja

1
2

a) Jenis Pampasan Kewangan :
Bonus Tahunan

1
3

IPOH- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di

Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)

menggesa kerajaan mempertimbangkan

pemberian bonus kepada penjawat awam

dalam Belanjawan 2022 yang akan

diumumkan nanti.

Presidennya, Adnan Mat berkata,
pemberian bonus itu sebagai penghargaan
terhadap perkhidmatan mereka yang
bertungkus lumus ketika pandemik Covid-

19.

Menurutnya, pemberian itu juga amat
wajar diberikan kerana lebih 10 tahun
penjawat awam hanya menerima bantuan
khas kewangan berjumlah RM500 pada
setiap kali pembentangan belanjawan.

"Kami juga perlukan penghargaan

daripada kerajaan kerana telah

memberikan perkhidmatan walaupun

kerajaan berubah tiga kali dengan terus

memberikan perkhidmatan yang terbaik

kepada rakyat dan negara.

1
4

"Justeru, sebagai tanda penghargaan
kepada penjawat awam, kami menuntut
agar kerajaan juga memberikan
pertimbangan yang luar biasa pada kali ini
supaya memberi bonus dan bukan lagi
bantuan khas kewangan," katanya kepada
pemberita selepas hadir ke Program
Sahsiah Murni Sempena Sambutan
Kemerdekaan, Penubuhan Hari Malaysia
dan Ulang Tahun AUEGCAS di Anjung
AUEGCAS Perak di sini pada Khamis.

Adnan berkata, dalam masa sama,

menjadi amalan setiap 10 tahun sejak

tahun 1992, kerajaan memperkenalkan

sistem baharu dalam perkhidmatan awam

dan pada tahun 2022 ia perlu dilaksanakan

sekali lagi.

Menurutnya, berikutan itu, kerajaan perlu

memperuntukkan sejumlah wang dalam

belanjawan kali ini bagi melaksanakan

sebuah sistem saraan baharu kepada

perkhidmatan awam yang lebih

komprehensif dengan memberikan gaji

lebih selesa dan perbelanjaan yang adil

kepada penjawat awam1.

5

Sementara itu, beliau turut meminta

pertimbangan kerajaan berkaitan cuti

kakitangan kerajaan yang tidak dapat

dihabiskan kerana terpaksa bertugas

menguruskan pandemik Covid-19.

Adnan berkata, pihaknya mengesyorkan

agar cuti yang tidak dihabiskan tidak

dilupuskan selepas tiga tahun malah

hendaklah melangkaui lebih lima tahun

sehingga penjawat awam itu mampu

mengambil cuti.

Menurutnya, selain itu cuti berkenaan juga
diharap boleh dibayar secara token
dengan mengambil contoh Singapura
yang membayar cuti penjawat awam bagi
tempoh yang tidak boleh dihabiskan.

Beliau berkata, Cuepacs juga memohon
kerajaan supaya cuti boleh ditambah
dalam gantian cuti rehat melebihi aturan
biasa iaitu 15 hari.

1
6

"Kami telah berjumpa dengan petugas dan
antara permohonan mereka untuk
Cuepacs suarakan kepada kerajaan ialah
mengenai cuti-cuti yang tidak dapat

dihabiskan.

"Cuti tahunan telah dibekukan atau telah
diarah untuk tidak diambil atau tidak
dibenarkan mengambil cuti, malah diarah
bertugas sepanjang masa, malah ada
yang bekerja sehingga tujuh hari seminggu.

"Ini adalah sesuatu yang luar biasa oleh
kerana pandemik ini sesuatu yang luar
biasa, maka kami mohon kepada kerajaan
untuk memberi pertimbangan pada kadar
luar biasa kepada anggota yang
berkhidmat di barisan hadapan dan
barisan paling belakang berkaitan cuti ini,"

katanya.

1
7

"Kami telah berjumpa dengan petugas dan
antara permohonan mereka untuk
Cuepacs suarakan kepada kerajaan ialah
mengenai cuti-cuti yang tidak dapat

dihabiskan.

"Cuti tahunan telah dibekukan atau telah
diarah untuk tidak diambil atau tidak
dibenarkan mengambil cuti, malah diarah
bertugas sepanjang masa, malah ada
yang bekerja sehingga tujuh hari seminggu.

"Ini adalah sesuatu yang luar biasa oleh
kerana pandemik ini sesuatu yang luar
biasa, maka kami mohon kepada kerajaan
untuk memberi pertimbangan pada kadar
luar biasa kepada anggota yang
berkhidmat di barisan hadapan dan
barisan paling belakang berkaitan cuti ini,"

katanya.

1
8

Dalam pada itu, Adnan menggesa

kerajaan melaksanakan segala

pengumuman yang dibuat oleh kerajaan

sejak tahun 2018 kepada penjawat awam

antaranya pemberian KGT pada seluruh

penjawat awam dan juga KUP kali kedua

iaitu dari 13 tahun kepada 10 tahun dan

mewujudkan Gred DG56.

Katanya, begitu juga pengumuman

kerajaan pada Bajet 2020 tahun lalu iaitu

gantian cuti rehat boleh ditebus dengan

wang tunai sebanyak 75 hari yang masih

belum dilaksanakan.

1
9

b) JENIS FAEDAH BERKANUN :
CUTI BERGAJI , AKTA
PEKERJAAN 1955

2
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini

meluluskan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta

265), yang antara lain mencadangkan

agar cuti paterniti dinaikkan daripada tiga

kepada tujuh hari, selepas mendapat

sokongan suara terbanyak.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk

Awang Hashim ketika membentangkan

Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021

untuk bacaan kali kedua berkata ia

bertujuan memberi ruang kepada pekerja

lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat

menguruskan kelahiran anak dalam

tempoh mencukupi.

"Cadangan ini juga selaras dengan

Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia

Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep

mengutamakan keluarga. Melalui pindaan

ini, pekerja lelaki sektor swasta akan turut

menikmati faedah yang sama seperti

penjawat awam," katanya.

2
1

Seramai 19 Ahli Parlimen daripada blok
kerajaan dan pembangkang mengambil
bahagian membahaskan rang undang-
undang itu dengan kebanyakannya
menyentuh isu cuti paterniti, cuti bersalin,
gaji minimum serta buruh paksa.

Ahmad ketika menggulung rang undang-
undang itu berkata kelayakan cuti paterniti
terhad kepada lima kali kelahiran tanpa
mengira bilangan isteri dan cuti bermula
pada hari isteri bersalin manakala pekerja
lelaki, antara lain, perlu bekerja sekurang-
kurangnya 12 bulan dengan majikan sama.

Beliau berkata pindaan itu juga melibatkan
pertambahan cuti bersalin dari 60 hari
kepada 98 hari selaras Konvensyen
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

2
2

Persidangan Dewan Rakyat hari ini turut
meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan
Bekalan (Pindaan) 2021 bagi meminda
Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Rang undang-undang itu, yang

dibentangkan Timbalan Menteri

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal

Pengguna Datuk Rosol Wahid, diluluskan

dengan lebih suara bersetuju selepas

dibahas 14 Ahli Parlimen.

Antara lain, rang undang-undang itu
bertujuan memberi kuasa kepada
pengawal, pegawai bekalan, pegawai
polis berpangkat tidak rendah daripada
inspektor atau pegawai kastam untuk
menahan tanpa waran orang yang
dipercayai melakukan atau cuba
melakukan kesalahan di bawah Akta 122.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung
esok.

2
3

c) JENIS PAMPASAN BUKAN
KEWANGAN : ANUGERAH-

ANUGERAH PRESTASI

2
4

Pengiktirafan kepada pekerja akan

mewujudkan iklim organisasi yang positif,

produktif dan inovatif. Selain melihat

kepada faktor menjaga kebajikan pekerja

yang turut diakui mempengaruhi suasana

pekerja di sesebuah organisasi yang

didasari dengan pelbagai bentuk pakej

kesejahteraan yang diwujudkan oleh

majikan seperti perlindungan kesihatan,

percutian, kursus latihan ataupun penajaan

menyambung pengajian, memberi

pengiktirafan juga adalah 'pakej' yang

tidak boleh ditinggalkan.

Melalui pengiktirafan yang diberikan, ia
sebenarnya menggalakkan lebih banyak
tindakan dan merangsang pemikiran
seseorang kakitangan untuk mempercayai
bahawa dirinya memiliki potensi dan
kemampuan untuk terus menyumbang
kepada kemajuan dan kejayaan

organisasinya.

2
5

Pengiktirafan kepada kakitangan secara
hakikatnya adalah satu bentuk
pengiktirafan kepada kualiti kerja yang
ditunjukkan oleh kakitangan berkenaan
kerana pekerja yang berkualiti adalah aset
utama sesebuah organisasi. Kualiti kerja
adalah bagaimana sesuatu kerja itu
dilaksanakan dan output daripadanya
adakah berjaya memenuhi ekspektasi yang

diperlukan.

Di dalam Islam, bekerja adalah suatu
amanah yang menuntut kekuatan mental,
fizikal dan rohani seseorang. Bekerja di
dalam Islam juga adalah perkara yang
berkait rapat dengan etika dan moral untuk
menghasilkan kerja berkualiti kerana di
situlah kerja akan dinilai sebagai ibadah di
sisi Allah SWT.

Jika kita melihat definisi kualiti itu sendiri

menerusi Kamus Dewan Bahasa dan

Pustaka Edisi Keempat, ia ditakrifkan

sebagai darjah kecermerlangan yang

pada kebiasaannya adalah tinggi atau

bermutu. Kualiti kerja sememangnya amat

dititik beratkan di dalam sesebuah

pengurusan organisasi kerana tanpanya
akan pincanglah fungsi, kemandirian dan2
itu6.
kelangsungan organisasi

Tambahan pula jika organisasi berkenaan

adalah institusi pendidikan tinggi seperti

universiti penulis berkhidmat yang

disandarkan padanya pelbagai Petunjuk

Prestasi Utama (KPI), rating mahupun

ranking untuk dicapai dalam sekian

tempoh tertentu.

Justeru, mempunyai kakitangan berkualiti di
semua peringkat pentadbiran dalam setiap
jabatan adalah satu dambaan kerana
kakitangan yang berkualiti merupakan satu
terjemahan kepada kejayaan organisasi
berkenaan menghasilkan sumber manusia
kelas pertama yang seterusnya menjadi
aset berharga untuk kecemerlangan
organisasi dalam jangka masa panjang.

Melalui pemerhatian penulis, setiap majikan

mempunyai pelbagai pendekatan dalam

memberi pengiktirafan kepada

kakitangannya dan organisasi kerajaan

misalnya memberi pengiktirafan dengan

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Universiti penulis juga baru-baru ini selesai

menganjurkan Majlis Anugerah

Kecemerlangan dan Inovasi 2019 bagi

meraikan, menghargai dan lebih utama

mengiktiraf warga universiti yang2
menunjukkan kecemerlangan unggu7l

dalam perkhidmatan.

Melalui majlis itu, bukan sahaja kakitangan
yang cemerlang dijemput ke pentas untuk
menerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang dan anugerah lain yang setaraf
dengannya, malahan kakitangan yang
berkhidmat penuh setia kepada universiti
sekurang-kurangnya 15 tahun turut diberi
pengiktirafan dengan Anugerah Bakti Setia.

Penulis secara peribadi ingin menzahirkan

rasa terima kasih kepada pengurusan

universiti kerana memilih penulis sebagai

penerima Anugerah Pentadbir Harapan

Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional

dalam majlis itu.

Sememangnya pengiktirafan akan

menaikkan lagi motivasi seseorang

kakitangan untuk terus berkreativiti dan

berinovasi dalam pekerjaan mereka. Penulis

ingin memetik beberapa intipati ucapan

oleh Profesor Datuk Dr Siddiq Fadzil,

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti

dalam majlis itu.

2
8

Pertamanya beliau menyatakan setiap
pekerja secara azalinya dibekalkan dengan
inovasi dan kreativiti dalam dirinya dan
menjadi tugas dan tanggungjawab
pimpinan organisasi itu untuk menggilap
setiap kelebihan potensi diri kakitangannya
dan seterusnya menjadikan mereka
'bintang'. Justeru, majikan perlu mencari
dan menyediakan platform yang
bersesuaian untuk melihat setiap kelebihan
yang dimiliki kakitangannya dapat

diserlahkan.

Perkara kedua yang disentuh adalah

penekanan kepada budaya persaingan

sesama rakan sekerja perlu wujud dalam

sesebuah organisasi. Pada pengamatan

penulis, persaingan yang dimaksudkan ini

bukan dalam bentuk yang tidak sihat yang

selalu dikaitkan dengan terma negatif

seperti politik pejabat, kaki kipas, kaki

bodek, pengampu dan seumpamanya

sehingga membinasakan hubungan

sesama kakitangan.

2
9

Apa yang mahu dilihat beliau adalah
persaingan sihat yang padu dan lebih
penting persaingan itu tidak harus
dipisahkan dengan elemen kerjasama.
Menurut beliau persaingan dan kerjasama
itu perlu saling mendukung antara satu
sama lain sebagai satu
pendekatan competitive cooperative.

Ketiga adalah bagaimana pengiktirafan
dan anugerah yang diterima dimaknai
dengan tekad dan komitmen kolektif untuk
memberi sumbangan dan khidmat bakti
lebih besar kepada masyarakat tanpa
dibataskan pada kaum, agama mahupun

budaya.

Penulis merasakan apabila setiap

kakitangan merasakan organisasi mereka

mengambil perhatian kepada pentingnya

memberi pengiktirafan, ia secara langsung

akan membentuk satu nilai baharu kepada

kakitangan di organisasi berkenaan iaitu

nilai untuk 'lebih memberi' dan 'tidak berkira'

sepanjang berkhidmat dengan majikan

berkenaan. 3

0

Ulasan Artikel : Majikan
Tidak Boleh Potong Cuti
Tahunan dan Gaji Pekerja

a) Nyatakan isu atau masalah yang
dipaparkan dalam keratan artikel di
atas.

▪ Antara isu atau masalah yang
dipaparkan dalam keratan artikel di
atas adalah majikan tidak boleh
memotong jumlah cuti tahunan dan
gaji pekerja yang bekerja di rumah
semasa pelaksanaan “total lockdown”
fasa pertama di seluruh negara
bermula Selasa sehingga 14 Jun.

b) Apakah faktor yang menyebabkan
berlakunya isu tersebut ?

▪ Faktor yang menyebabkan berlakunya
isu tersebut adalah kerana pelaksanaan
“total lockdown” fasa pertama di
seluruh negara bermula Selasa
sehingga 14 Jun.

3
1

Ulasan Artikel : Majikan
Tidak Boleh Potong Cuti
Tahunan dan Gaji Pekerja

c) Adakah cadangan Persekutuan
Majikan-Majikan Malaysia (MEF)
membantu isu/masalah yang dihadapi
oleh pekerja ?

▪ Cadangan Persekutuan Majikan-
Majikan Malaysia (MEF) adalah sangat
membantu bagi menangani isu atau
masalah yang dihadapi oleh pekerja.
Pihak mereka mencadangkan,
sekiranya majikan tetap memotong
jumlah cuti tahunan dan gaji pekerja,
pihak pekerja boleh melaporkan
tindakan itu kepada pejabat buruh,
Kementerian Sumber Manusia atau
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
(MTUC).

3
2

Ulasan Artikel : Majikan
Tidak Boleh Potong Cuti
Tahunan dan Gaji Pekerja

d) Apakah keputusan yang patut diambil
oleh pekerja dan majikan bagi
menyelesaikan isu tersebut ?

▪ Keputusan yang patut diambil oleh
pekerja dan majikan bagi
menyelesaikan isu tersebut adalah
dengan berbincang mengikut budi
bicara sesama mereka dan majikan
juga haruslah memahami dan
mempunyai sikap bertoleransi dengan
keadaan semasa. Manakala bagi pihak
pekerja pula haruslah memberi
Kerjasama yang sebaik mungkin agar
tidak berlaku salah faham dan
pergaduhan di dalam syarikat masing-
masing

3
3

PENUTUP

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi,
kumpulan kami telah dapat
menyiapkan kerja kumpulan 1 ini pada
masa yang ditetapkan. Kajian yang
telah dilakukan ini telah memberikan
kami pengalaman baru, bermakna dan
menarik. Ia menyedarkan kami tentang
kepentingan menguruskan masa dan
bekerjasama dalam menyiapkan
tugasan ini.

Tugasan ini memberikan pengalaman
kepada kami untuk mendapatkan
maklumat melalui pembacaan,
pemerhatian dan pencarian maklumat
yang sahih. Sesungguhnya ia adalah
suatu pengalaman yang bermakna dan
menarik buat kami.

Melalui kajian ini, kami sedar kedua-dua

belah pihak iaitu majikan dan

kakitangan mestilah peka dengan

objektif utama penilaian di dalam

pengurusan prestasi, iaitu dengan

memastikan kakitangan tahu apakah 3
yang harus atau patut dilakukan dan 4

bagaimana sesuatu penilaian dilakukan.

PENUTUP

Kemudian majikan haruslah membantu

kakitangan untuk membangunkan

kemahiran yang perlu untuk

memastikan kejayaan pada dirinya

serta majikan bagi kenaikan pangkat

atau satu tahap yang sesuai

dijawatinya. Seterusnya, menyediakan

mekanisma bagi kakitangan untuk

membincangkan keupayaannya

menjalankan tugas bersama

pentadbir/pengurus dan ganjaran serta

imbuhan yang bakal diperolehi. Selain

itu, memastikan ianya adil dan tujuan

penilaian dibuat bagi pembayaran

serta pelarasan gaji kakitangan dan

menyediakan rekod perkhidmatan bagi

setiap kakitangan untuk

pencapaiannya di dalam sesebuah

organisasi. Akhir sekali, pengurusan

prestasi yang cekap dan berkesan

bukan sahaja memberi keuntungan

atau faedah kepada kakitangan serta

majikan itu sendiri, malah ianya

menyumbang kepada persaingan yang

sihat di antara organisasi itu sendiri dan 3
organisasi Iain dan seterusnya kepada 5

sistem sosial dan kerajaan sesebuah

negara.

PENUTUP

Kita juga mesti berasa bersyukur kerana

dilahirkan disebuah negara yang aman

dan makmur ini. Dengan ini ia amat

menarik perhatian bakal pekerja yang

berkualiti untuk berkhidmat dałam

organisasi tersebut. Selain itu, untuk

mengiktiraf sumbangan pekerja

terhadap organisasi seperti

meningkatkan produktiviti dan

keuntungan organisasi dan membantu

organisasi mencapai objektif.

Seterusnya, ia juga dapat memberi

motivasi kepada pekerja untuk bekerja

dengan bersungguh-sungguh kerana

peningkatan prestasi mereka akan

dibalas dengan ganjaran. Akhir sekali,

bagi mengekalkan kesetiaan pekerja

untuk kekal bekerja dan berkhidmat

bagi meningkatkan prestasi organisasi.

Melalui pemerhatian kami sedar

sesungguhnya kepimpinan negara

amat mengambil berat terhadap

kemajuan negara lebih-lebih lagi

apabila isu pandemik berlaku, 3

6

PENUTUP

Kerajaan banyak membantu rakyat dan
apabila syarikat mempunyai masalah
pada majikan dan juga pekerja,
kerajaan memberi inisiatif dalam bentuk
yang lain dan ia juga sedikit sebanyak
telah membawa kepada kepesatan
negara dalam pelbagai bidang
ekonomi.

Secara keseluruhanya, kajian kerja

kursus ini telah menyedarkan kami

tentang pentingnya sifat

bertanggungjawab, kesungguhan,

integriti dan kegigihan akan membawa

kejayaan. Sesungguhnya banyak

perkara yang boleh menyumbang

kepada kemajuan negara. Jadi semua

pihak perlu sedar akan tanggungjawab

dan peranan masing-masing dalam

sama-sama menjaga dan memajukan

negara ini.

3
7

RUJUKAN

1. https://www.hmetro.com.my/amp/re
ncana/2020/10/635048/melahir-
pekerja-cemerlang

2. https://www.sinarharian.com.my/arti
cle/163102/BERITA/Nasional/Beri-
bonus-kepada-penjawat-awam-
bukan-bantuan-RM500

3. https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/parlimen-lulus-pindaan-
akta-naikkan-cuti-paterniti-kepada-7-
hari-352928

4. http://suzanie83.blogspot.com/p/blo
g-page_3.html?m=1

3
8


Click to View FlipBook Version