. PENDAHULUAN Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, jurusolek bermaksud individu yang profesionnya menyolek orang. Namun begitu, peranan seorang juru solek umum amatlah beza berbanding dengan jurusolek kesan khas kerana jurusolek kesan khas mengambil masa yang lama untuk melukis dan membentuk tubuh dan muka yang diidamkan oleh mereka supaya tampak natural.Dahulukala, peranan jurusolek kesan khas tidaklah sebegitu vital kerana penggunaan layar hitam dan putih menyebabakan solekan diberikan perhatian yang minima. Bumi berputar,zaman beredar, bidang jurusolek kesan khas menjadi antara keperluan utama dalam industri perfileman. Pokok pangkalnya,apakah kepentingan jurusolek kesan khas dalam industri perfileman?
. ISI 1 Peranan jurusolek dalam indusri perfileman perdana bagi mencipta kesan praktikal pada wajah dan tubuh pelakon. Misalnya, solekan seperti kesan kebakaran,luka, darah memerlukan pertolongan seorang jurusolek kesan khas. Melalui penciptaan kesan praktikal pada pelakon, adegan filem menjadi lebih realistik seiring dengan lakonan pelakon Bagai gerup dengan sisir. Solekan mekanikal yang dinyatakan tadi dapat membantu mencerminkan betapa kritikalnya babak itu kepada penonton filem. Seterang-terang bulan purnama bahawa peranan jurusolek amat mustahak dalam kesan praktikal kepada pelakon dan filem.
. ISI 2 Meninjau dari skop yang lain, jurusolek kesan khas boleh meningkatkan taraf industri perfileman tempatan. Buktinya, industri perfileman akan mendapat sambutan setiap lapisan masyarakat nusa tercinta kerana solekan ini menarik minat penonton. Sekiranya taraf industri perfileman tempatan meningkat,maka kita mampu duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan industri perfileman barat seperti Hollywood. Pernakah anda tahu resepi kejayaan industri perfileman barat adalah kerana tenaga mahir para jurusolek kesan khas? Hasil alpukah jurusolek kesan khas membuahkan senario watak yang realistik. Bulan sudah terang bayang kian jelas, jurusolek kesan khas mampu menghidupkan watak dan memanipulasi situasi dengan solekan mereka yang mengerunkan.
. PENUTUP Sebagai penutup tirai bicara ini, ternyatalah bahawa bidang jurusolek kesan khas mempunyai seribu satu maslahat kepada industri perfileman dan isi yang dipetik tadi hanyalah setitik daripada lautan sebesar itu. Saya berharap setiap strata masyarakat bersinergi bagai aur dengan tebing untuk menonjolkan kemampuan mereka dalam profesion jurusolek kesan khas ini. Tangan ditadah hajat diminta supaya kita sebagai warga ibu pertiwi tidak haruslah memandang enteng terhadap perkara ini dan menuding jari antara satu sama lain seperti dalam lirik lagu “Bangau! Oh! Bangau!” tetapi berganding bahu menjadikan profesion jurusolek kesan khas terkenal ke serata dunia dan mampu menjulang nama negara. Izharnya, kita perlulah berusaha untuk melakukan perubahan dengan melibatkan diri dalam bidang jurusolek kesan khas agar konteks yang dihujahkan tadi tidaklah sekadar angan-angan Mat Jenin.