ASAS KAWAD
KAKI
PENGENALAN ASAS
ARAHAN KAWAD KAKI
SENANG
DIRI
Keadaan dada dan kepala
pengakap semasa kedudukan
’senang diri’ adalah sama
seperti kedudukan ’sedia’.
Letakkan tangan kanan di atas
tangan kiri, ibu jari bersilang
dan pastikan jari-jari rapat dan
lurus. Tangan diletakkan ke
paras punggung dan pastikan
lengan rapat ke tubuh.
REHATKAN
DIRI
Kedudukannya sama
seperti ’senang diri’.
Perbezaannya adalah
tangan diletakkan di paras
pinggang dan pastikan siku
tidak bersentuh dengan
tubuh.
BERSEDIA
Berdiri dengan kedua-dua tumit
dirapatkan dan hujung kaki
dibuka lebih kurang 12 cm
hingga 15 cm. Kedua-dua paha
hendaklah dirapatkan,
genggaman tangan diletakkan
ke penjahit seluar, buka dada,
dagu didongakkan ke atas
supaya dapat memandang ke
hadapan.
KEKANAN LURUS
1. Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali
tidak perlu melakukan pergerakan.
2. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan hadapan,
kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan
hentak kaki ke tanah.
3. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki
kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat.
4. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat genggaman
tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan.
5. Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi
lurus. Pada masa yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan
barisan belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya
yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan hadapan
masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan.
6. Apabila barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada
dalam keadaan diam.
7. Apabila mendengar arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan
dengan serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti dalam
keadaan ’sedia’.
PUSING
KEKANAN
Pengakap berada dalam
kedudukan ’sedia’. Apabila
mendengar hukuman ke kanan
pusing, pengakap dikehendaki
pusingkan kaki kanan sebanyak
90° ke kanan. Angkat kaki kiri
dan hentak kaki kiri di sebelah
kaki kanan supaya dalam
kedudukan sedia. Pergerakan
dilakukan dengan menggunakan
tumit kaki kanan dan hujung
kaki kiri.
PUSING KE
KIRI
Pengakap berada dalam
kedudukan sedia. Apabila
mendengar hukuman ke kiri
pusing, pengakap dikehendaki
pusingkan kaki kiri sebanyak
90° ke kiri. Angkat kaki kanan
dan hentak kaki kanan di
sebelah kaki kiri supaya dalam
kedudukan sedia. Pergerakan
dilakukan dengan menggunakan
tumit kaki kiri dan hujung kaki
kanan.
PUSING KE
BELAKANG
Pengakap berada dalam kedudukan
sedia. Apabila mendengar hukuman
ke belakang pusing, pengakap
dikehendaki pusingkan kaki kanan
sebanyak 180° ke belakang
mengikut arah pusingan jam.
Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri
di sebelah kaki kanan supaya dalam
kedudukan sedia. Pergerakan
dilakukan dengan menggunakan
tumit kaki kanan dan hujung kaki
kiri.