The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shauqi wan, 2019-09-11 23:57:21

kertas kerja perkhemahan bersepadu SEFBUS 2

Kertas Kerja perkhemahanSEFBUS2 2019

UNIT KOKURIKULM SK ( FELDA ) BUKIT SAGU 2

PERKHEMAHAN BERSEPADU PASUKAN BADAN BERUNIFORM
SK( FELDA ) BUKIT SAGU2

1. TAJUK PROGRAM

Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sk( Felda ) Bukit Sagu 2 2019

2. LATAR BELAKANG

Dalam proses pembentukan struktur organisasi yang berkualiti, maka pendedahan awal aktiviti
kokurikulum perlu didedahkan pada ahli-ahli unit beruniform agar kesinambungan proses
kepimpinan tidak terjejas. Perkhemahan Bersepadu ini diadakan dengan harapan para peserta
perkhemahan dapat mengaplikasikan segala ilmu yang mereka perolehi semasa perkhemahan
agar digunakan ke arah kesempurnaan kendiri serta mewujudkan semangat kepimpinan yang
tinggi seiring menuju OBJEKTIF KOKURIKULUM dalam proses memantapkan struktur organisasi
dan mengukuhkan matlamat KOKURIKULUM khususnya dan amnya matlamat Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Kerajaan Malaysia untuk menjadikan pelajar sebagai aset yang paling
penting untuk memajukan keharmonian negara berbilang kaum.

3. MATLAMAT

Mewujudkan keperluan dan matlamat aktiviti Pendidikan Luar dengan mengutamakan ciri ciri
keselamatan, intergrasi dan juga keseronokan.

4. RASIONAL

Program ini diharap dapat melahirkan ahli-ahli yang mempunyai kemahiran di dalam pelbagai
bidang dan dapat mengendalikan pelbagai aktiviti ke arah meningkatkan kecemerlangan ahli-ahli
untuk kepimpinan akan datang.

5. OBJEKTIF

10.1. Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.
10.2.
Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri,
10.3.
daya saingan yang sihat, bersemangat juang, kreaktif serta inovatif dalam
10.4.
10.5. menghadapi pelbagai cabaran hidup.
10.6.
Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan

pemimpin muda mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi

national.

Membina dan memupuk pemimpin di kalang pelajar yang sentiasa mengamalkan,

mempraktikan semua isi kandungan kokurikulum.

Membina generasi yang mahir dan cekal hati dalam penyampaian maklumat.

Melahirkan pemimpin yang berwawasan dan tabah serta sentiasa peka secara proaktif

dalam menghadapi cabaran hidup.

1PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN( FELDA ) BUKIT SAGU 2

UNIT KOKURIKULM SK ( FELDA ) BUKIT SAGU 2

6. TEMPAT
CADANGAN
SK ( FELDA ) BUKIT SAGU 2

7. TARIKH PROGRAM
27 hingga 28 September 2019

8. PERASMIAN PENUTUPAN

YDP PIBG , SK ( FELDA) BUKIT SAGU 2

9 SASARAN DAN KELAYAKAN PENYERTAAN

 15 peserta setiap badan beruniform

 Tunas Kadet Remaja Sekolah
 Pengakap
 Puteri Islam
 Pandu Puteri Tunas

BIL BADAN BERUNIFORM JUMLAH

1 Tunas Kadet Remaja Sekolah LP
2 Pengakap 87
3 Puteri Islam 87
4 Pandu Puteri Tunas
15
JUMLAH 15
16 44

75

Peserta = 60 orang
Guru = 22 orang

82 orang

8. PENDAFTARAN
6.1. Pendaftaran ialah pada 27 September 2019

2PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN( FELDA ) BUKIT SAGU 2

UNIT KOKURIKULM SK ( FELDA ) BUKIT SAGU 2

9. PENGISIAN / AKTIVITI

9.1. Aktiviti Pertandingan
9.1.1. Ikatan dan Simpulan
9.1.2. Masakan Rimba
9.1.3. Halangan Komando
9.1.4 Pertolongan Cemas
9.1.5 Explorace
9.1.6 Kraftangan
9.1.7 Persembahan

10. JADUAL PROGRAM
(rujuk Lampiran)

12. YURAN PENDAFTARAN
RM 15.00

13. PENYEDIAAN MAKANAN
Disediakan oleh secara berpusat. Setiap badan beruniform hendaklah memastikan setiap peserta
membawa peralatan untuk makan dan kontinjen juga diminta untuk membawa peralatan untuk
mengisi makanan

14. JAWATANKUASA

JAWATANKUASA PERKHEMAHAN BERSEPADU PASUKAN BADAN BERUNIFORM
SK( FELDA ) BUKIT SAGU2

Pengerusi : HAJAH MARFO’AH BT HJ YUNOS
Naib Pengerusi GURU BESAR SK( FELDA ) BUKIT SAGU 2
: WAN AHMAD SHAUQI BIN WAN MOHD YUSOH
Setiausaha ( PK KOKURIKULUM )
Kem Komandan ROHANIZAM BT ABD SAMAD
TIMBALAN KEM ( PK PENTADBIRAN )
KOMANDAN ZAINUDDIN BIN IDRIS
Ex-Officio ( PK HAL EHWAL MURID )

: MUHAMMAD ZULHILMI BIN RAHAZAT

: AMIL AMIRUL BIN BAHARUM

: AELIANA BT AHMAD

: PIBG SK ( FELDA ) BUKIT SAGU 2

3PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN( FELDA ) BUKIT SAGU 2

UNIT KOKURIKULM SK ( FELDA ) BUKIT SAGU 2

Jawatankuasa :

Pendaftaran Peserta : ROSIAWATI BT RAMLI
Sambutan , Protokol & Jemputan : WAN AHMAD SHAUQI BIN WAN MOHD YUSOH
Cenderamata, sijil dan hadiah : NURUL SAFWANI BT JAMAL
NUR SYARAFINA BT RAHMAT
Buku Program / Brosur : NUR CHERYLIZA BT ABDUL MUTALIB
Majlis Penutupan : AMIL AMIRUL BIN BAHARUM
Jamuan dan Minuman : MOHD ZAMRI BIN ZAKARIA
NOOR AILIZA BT ZAINUDIN
Banner dan Publisiti : AYU JULIANA BT NOWAWI
Rakaman dan Siar Raya : MUHAMMAD ZULHILMI BIN RAHAZAT
Kerohanian & Bina Insan : RAJA AZMAN BIN RAJA MANSOR
Pelaporan : TUN AINOR FARAH BT TUN AMIN
Keselamatan / Kecemasan : LIZA BT MOHD YASSIN
Logistik ( Air Dan Elektrik ) : RIDZUAN BIN TAIB
KU AZMAN BIN KU MAJID
JAWATANKUASA AKTIVITI KETUA
: LOKMAN BIN MOAMED MUSTAFA
Ikatan dan Simpulan
Masakan Rimba : PENGAKAP
Pertolongan Cemas : PUTERI ISLAM
Explorace : PANDU PUTERI TUNAS
Kraftangan : TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
Persembahan : PANDU PUTERI TUNAS
: SEMUA PENYELARAS/ KETUA BADAN BERUNIFORM

4PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN( FELDA ) BUKIT SAGU 2

UNIT KOKURIKULM SK ( FELDA ) BUKIT SAGU 2

15. ANGGARAN PERBELANJAAN

PESERTA PERKHEMAHAN

Peserta = 60 orang
Guru Pengiring = 22 orang

82 orang

PERBELANJAAN (anggaran)

a. Makan peserta: (pelajar & guru )

82 orang x RM 12.00 x 2 hari = RM 1968.00
= RM 200.00
b. Peralatan Aktiviti ` = RM 80.00
= RM 50.00
c. Banner 1 buah = RM 1000.00

d. Cenderamata Perasmian = RM 164.00
= RM 50.00
e. Hadiah dan Sijil

f. Tanda Nama

82 orang x RM 2.00

g. Brosur Majlis Penutupan

Jumlah = RM 2612 .00

Punca kewangan

Duit kokurikulum / SUMBANGAN RM 10 X 60 ORANG =RM 2012.00
Yuran pelajar = RM 600.00

RM 2612 .00

16. PENGISIAN PROGRAM

11.1. Aktiviti Pertandingan
9.1.1.
9.1.2. Pertandingan Explorace - 15 orang
9.1.3. Pertandingan Kem Kraf - 7 orang
9.1.4. Pertandingan Persembahan - 15 orang
9.1.5. Pertandingan Masakan Rimba - 8 orang
Pertandingan Pertolongan Cemas - 7 orang

5PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN( FELDA ) BUKIT SAGU 2

UNIT KOKURIKULM SK ( FELDA ) BUKIT SAGU 2
6PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN( FELDA ) BUKIT SAGU 2

UNIT KOKURIKULM SK ( FELDA ) BUKIT SAGU 2

PERKHEMAHAN BERSEPADU BADAN BERUNIFORM
SK( FELDA ) BUKIT SAGU2

1. PERTANDINGAN EXPLORACE

PROSEDUR PERTANDINGAN

1. Jumlah peserta seramai 15 orang

2. Peserta dilepaskan satu kumpulan demi satu kumpulan .

3. Peserta mesti memakai uniform pengakap.

4. Peserta diwajibkan menjalankan arahan aktiviti semasa berada di ‘check point’ tertentu.

5. Pemenang dikira berdasarkan ketepatan melakukan aktiviti dan masa terpantas sampai ke

garisan penamat.

6. KESELAMATAN perlu diutamakan semasa pertandingan.

7. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD

8. Taklimat terperinci akan diberikan semasa pertandingan tersebut.

9. Aktiviti aktiviti yang dijalankan semasa pertandingan

9.1. Merebus Telur - Base 1

9.2. Ikatan dan Simpulan - Base 2

9.3. Mencari 15 Jenis daun dan namakan - Base 3

9.4. Kira Batu - Base 4

9.5. Pertolongan Cemas - Base 5

2. PERTANDINGAN HALANGAN KOMANDO

PROSEDUR PERTANDINGAN

1. Jumlah peserta seramai 15 orang
2. Peserta dilepaskan satu kumpulan demi satu kumpulan .
3. Masa dikira dari garis mula sehingga garis penamat
4. Peserta mesti memakai pakaian sukan dan pakaian yang bersesuaian
5. KESELAMATAN perlu diutamakan semasa pertandingan
6. Pemenang dikira berdasarkan masa terpantas.
7. Guru pengiring digalakkan berada bersama tetapi tidak dibenarkan membantu peserta
8. Keputusan Hakim adalah MUKTAMAD
9. Setiap peserta akan dibekalkan dengan telur puyuh. Sekiranya telur puyuh pecah, penalti (+ 2

minit) dikenakan bagi setiap telur.

3. PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA

PROSEDUR PERTANDINGAN

1. JENIS MASAKAN

a) Nasi dalam Buluh
b) Ayam Panggang
c) Telur Bakar

7PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN( FELDA ) BUKIT SAGU 2

UNIT KOKURIKULM SK ( FELDA ) BUKIT SAGU 2

2. BAHAN

a) Beras - 1 pot
b) Telur - 2 biji
c) Ayam - ¼ ekor
d) Buluh - 2 ruas

3. SYARAT PERTANDINGAN

a) 8 orang Peserta
b) Masa diperuntukkan selama 2 jam
c) Bahan disediakan oleh pasukan masing-masing
d) Alatan memasak : mancis, kayu api, umpan api, disediakan oleh pasukan

masing-masing.
e) Semasa pertandingan, guru penasihat TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI BERADA

DI KAWASAN PERTANDINGAN.
f) Pemarkahan diberi berdasarkan pengetahuan, kerjasama, hiasan hidangan

dan hasil masakan.
g) Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
h) Arahan terperinci akan diberikan pada masa pertandingan.

4. PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS

PROSEDUR PERTANDINGAN
1. Jumlah peserta 7 orang
2. Peserta diminta menyediakan 5 rawatan kecemasan
a. luka di bahagian kepala
b. patah tangan
c. luka tapak tangan
d. patah kaki
e. tertusuk kayu di lengan
3. Aturan dan cara persembahan adalah di atas kreativiti pasukan masing-masing
4. Masa yang di beri adalah satu jam
5. Peserta diminta membawa peralatan sendiri
6. Keputusan Hakim adalah MUKTAMAD

5. PERTANDINGAN IKATAN DAN SIMPULAN

PROSEDUR PERTANDINGAN
1. Jumlah peserta 8 orang
2. Peralatan dan tali disediakan oleh urusetia.
3. Tidak dibenarkan menggunakan peralatan tambahan yang dibawa sendiri.
4. Bantuan dari guru pemimpin adalah DILARANG sama sekali.
5. Jenis ikatan terdapat dalam Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak hingga PENGAKAP RAJA.
6. Perlu disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan . ( 1 jam 30 minit ).
7. Pertandingan akan dijalankan serentak.

8PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN( FELDA ) BUKIT SAGU 2

UNIT KOKURIKULM SK ( FELDA ) BUKIT SAGU 2
8. Pemarkahan adalah secara ketepatan jenis ikatan.
9. Markah akan dinilai berdasarkan kekemasan ikatan dan kreativiti.
10. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

6. PERTANDINGAN KEM KRAF

PROSEDUR PERTANDINGAN
1. Tajuk :
2. Jumlah peserta 7 orang
3. Peralatan disediakan oleh kontinjen masing-masing.
4. Persiapan awal bahan hiasan tidak dibenarkan.
5. Bantuan dari guru pemimpin adalah DILARANG sama sekali.
6. Perlu disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. ( 1 jam 30 minit ).
7. Pertandingan akan dijalankan serentak.
8. Pemarkahan berdasarkan kreativiti, kekemasan dan keboleh gunaan.
9. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
10. Taklimat terperinci akan diberikan sebelum pertandingan bermula.

7. PERTANDINGAN PERSEMBAHAN

PROSEDUR PERTANDINGAN
1. Jumlah peserta tidak melebihi 8 - 15 orang
2. Masa persembahan 10 minit
3. Markah tidak akan diambil kira selepas masa tamat.
4. Persembahan mestilah bertemakan ” MALAYSIAKU BERSIH ”
5. Bantuan alatan seperti alat muzik , radio , dan lain-lain adalah dibenarkan dan disediakan
sendiri oleh setiap kontinjen.
6. Persembahan hendaklah TIDAK menyentuh sensitiviti mana-mana agama, kaum dan isu-isu
politik dan juga aktiviti-aktiviti yang tidak menyenangkan dan mencolok mata.
7. Keputusan Hakim adalah MUKTAMAD .

9PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN( FELDA ) BUKIT SAGU 2

UNIT KOKURIKULM SK ( FELDA ) BUKIT SAGU 2
10PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN( FELDA ) BUKIT SAGU 2


Click to View FlipBook Version