The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dihasilkan oleh Chong Zhi Ying (A2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 906-9-chong, 2024-03-30 10:34:37

Buku Cerita "Semut dan Tupai"

Dihasilkan oleh Chong Zhi Ying (A2)

SEMUT DAN TUPAI SEMUT DAN TUPAI CHONG ZHI YING


Pada zaman dahulu, terdapat sebuah hutan yang indah. Hutan ini bernama Hutan Mewah.


Saya Semut Hitam. Saya Semut Api. Saya Semut Tukang Kayu. Saya Semut Firaun. Di dalam hutan ini, terdapat sekumpulan semut yang terdiri daripada spesies yang berlainan. Mereka ringan tulang dan hidup harmoni.


Mereka saling membantu dan bersatu padu dalam kehidupan seharian. Mereka sentiasa hidup bahagia.


Namun begitu, semut-semut ini hanya hidup dalam kumpulan puak sendiri. Mereka tidak mahu berkawan dengan haiwan yang lain.


Ketua semut yang bernama Ana merupakan semut yang otak cair dan berani.


Ana merupakan semut yang tabah dan tidak mudah berputus asa. Ia sentiasa berfikir untuk kebaikan semua semut. Kepimpinan dan perwatakan Ana telah menjadi contoh teladan bagi semua semut di hutan ini.


Pada suatu hari, hujan lebat telah melanda seluruh hutan. Hujan turun tak berhenti-henti menyebabkan banjir di hutan.


Habitat semut dalam keadaan bahaya. Mereka cuba memanjat ke pokok bagi mengelakkan arus air sungai yang deras. Oleh itu, semut perlu berpindah ke tempat selamat agar tidak mati lemas.


Wahai rakanku, kita perlu pergi dari sini sebelum mati lemas. Ana segera mengadakan perbincangan dengan semua semut untuk mencari jalan penyelesaiannya. “Kita haruslah bekerjasama dan bersatu padu untuk berpindah ke tempat yang selamat, ” kata Ana. Ia ingin menyelamatkan rakan yang lain dan makanan mereka daripada banjir.


Semua semut mendengar arahan Ana. Mereka mula memindahkan simpanan makanan mereka ke tempat yang selamat.


Mereka bekerjasama dan menunjukkan semangat perpaduan untuk mengatasi kesukaran yang dialami.


Namun begitu, hujan berterusan selama beberapa hari. Simpanan makanan mereka semakin berkurangan. Ana dan rakannya dalam kerisauan.


Pada masa itu, seekor tupai bernama Linda yang tinggal berhampiran amat bersimpati dan ambil berat dengan keadaan yang dihadapi oleh semutsemut. Ia ada hati untuk membantu mereka. Ana, jangan risau, saya akan membantu anda semua mencari makanan.


Terima kasih Linda. Nah, sini ada sikit makanan bagi Ana dan rakannya. Linda segera pergi ke hutan yang berhampiran untuk mencari makanan dan berkongsi dengan semut. Linda berasa besar hati kerana dapat membantu mereka.


Semua semut sangat bersyukur kerana Linda yang murah hati sudi berkongsi makanan dengan mereka. Krisis ini membolehkan Ana dan rakannya lebih memahami kepentingan tolong-menolong.


Sejak hari itu, semut dan tupai menjadi kawan baik dan hidup harmoni di Hutan Mewah. Semutsemut mula berkawan dengan haiwan yang lain dan membantu mereka yang memerlukan bantuan.


Melalui perkara ini, Ana dan rakannya telah mempelajari kepentingan perpaduan dan tolong-menolong antara satu sama lain walaupun bukan terdiri daripada jenis haiwan yang sama. Mereka menyedari bahawa semangat bersatu padu dan bekerjasama dapat membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi dengan mudah.


PENGAJARAN Cerita ini telah mengajar kita harus bersatu padu dan saling membantu antara satu sama lain untuk mengharungi rintangan walaupun berasal dari latar belakang yang berbeza. Kita mesti mengamalkan nilai murni bekerjasama dan tolong-menolong bagi melahirkan masyarakat lestari serta negara yang aman damai.


Sinopsis Cerita Semut Dan Tupai menceritakan kisah tentang semangat perpaduan dan tolong-menolong antara dua jenis haiwan yang berlainan. Hasil karya ini merupakan sebuah buku cerita yang bersesuaian dengan pembacaan kanak-kanak. Semoga buku cerita ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pembaca. CHONG ZHI YING Penulis Buku SEMUT DAN TUPAI


Click to View FlipBook Version