INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 1)
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BMMB1074
_________________________________________________________________________
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR CHONG ZHI YING
ANGKA GILIRAN
NOMBOR KAD PENGENALAN 2021192310237
KUMPULAN 030608-05-0434
KOD DAN NAMA KURSUS H10
NAMA PENSYARAH BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN
TARIKH HANTAR
BAHASA MELAYU
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS PN.SARIMAH BINTI AWANG
DARIPADA PENSYARAH
15 NOVEMBER 2021
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENGHARGAAN 1
2
2.0 PENGENALAN
3
3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 3
3.1 SISTEM EJAAN WILKINSON 4
3.2 SISTEM EJAAN ZA’BA 5
3.3 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA 6
3.4 SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
7-8
4.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) 9 - 10
DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI 11
5.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI 12 - 13
6.0 KESIMPULAN
RUJUKAN
1.0 PENGHARGAAN
Salam sejahtera
Saya ingin memanjatkan kesyukuran yang dikurniakan sehingga saya dapat
menyiapkan tugasan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (BMMB1074) dengan
sempurna dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pertama, jutaan penghargaan saya diberikan kepada pensyarah saya yang amat saya
muliakan iaitu Puan Sarimah Binti Awang yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan,
panduan dan juga mengajar pelbagai ilmu kepada saya dan rakan-rakan yang lain
terutamanya yang berkaitan dengan kursus BMMB1074 ini. Tanpa pengorbanan dan jasa
beliau, tugasan kali ini pastinya menjadi tugasan yang kurang bermakna kerana ilmu yang
beliau berikan sangat berharga kepada saya.
Tidak lupa juga penghargaan yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang
sentiasa tidak pernah berputus asa untuk memberikan sokongan, dorongan, motivasi dan
bantuan dalam pelbagai aspek kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberi segala kemudahan yang saya perlukan sepanjang tugasan ini dijalankan.
Terima kasih juga saya rakamkan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah
banyak membantu terutamanya dalam usaha mencari bahan untuk dijadikan rujukan bagi
penyediaan kerja kursus ini. Semoga segala pertolongan kalian semua akan mendapat
balasan yang baik daripada Tuhan.
Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat sepanjang
pelaksanaan tugasan kali ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan harapan
dapat bersama-sama menolong ke arah mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang
diceburi.
Sekian terima kasih.
1
2.0 PENGENALAN
Menurut Amat Juhari Moain (1992), tulisan rumi mula berada di Tanah Melayu setelah
kedatangan orang Barat. Pada tahun 1511, orang Portugis yang menjajah Melaka telah
membawa pengaruh bahasa dan tulisan. Dengan itu, sejarah awal penggunaan tulisan
rumi mempunyai kaitan dengan para pengembara iaitu pedagang atau penjelajah dari
Eropah ke Nusantara secara perseorangan yang menggunakan tulisan rumi untuk menulis
perkataan Melayu semasa mereka mendengar di pelabuhan (Muhammed Salehudin,
2016). Dengan itu, perumian ialah satu proses mengalih tulisan Jawi kepada tulisan rumi
(Luqman Hakeem, 2016). Rumi bermaksud huruf bahasa Melayu dan bahasa moden yang
lain bermula dengan huruf A dan berakhir dengan huruf Z (Kamus Dewan Edisi Keempat,
2021).
2
3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
Sistem ejaan rumi telah bermula pada zaman bahasa Melayu Moden. Sistem ejaan rumi
diperkenalkan untuk menghasilkan daftar kata, glosari dan kamus Melayu serta berlaku
transliterasi kerana dipengaruhi oleh pengaruh British. Pada tahun 1904, rancangan
pembakuan sistem ejaan rumi bahasa Melayu bermula dan disempurnakan pada tahun
1972. Selepas itu, sistem ejaan rumi baharu bahasa Melayu telah digunakan secara rasmi
pada 16 Ogos 1972 dan dilancarkan serentak di Kuala Lumpur serta di Jakarta. Ejaan ini
termaktub dalam pedoman ejaan rumi baru bahasa Melayu 1972 (Izzah Karim, 2020,
January 20). Bahasa Melayu penting dalam sistem pendidikan pada awal abad ke-20.
Oleh itu, penyusunan sistem ejaan rumi yang seragam serta lebih mudah diperlukan untuk
menggantikan sistem ejaan Jawi (Nur Baiti Nazri,n.d.).
3.1 SISTEM EJAAN WILKINSON
Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan
apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyedari hakikat betapa
pentingnya keseragaman ejaan. Dengan itu, kerajaan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang
diketuai oleh RJ. Wikinson (Irfan Izzudin, n.d.). Oleh itu, sistem ejaan Wilkinson
dirumuskan dengan nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan
Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan (Muhammed Salehudin, 2016).
Selain itu, sistem ejaan rumi Wilkinson telah digunakan secara rasmi di semua
sekolah umum dan digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karya
Wilkinson yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir 1940-an (Asmah Hj Omar,
2008).
Seterusnya, penghasilan pedoman ejaan rumi Wilkinson adalah berdasarkan
Kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang disusun olehnya pada tahun 1903. Dengan itu,
Wilkinson mengambil pendekatan transliterasi daripada Jawi kepada Rumi
sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu. (Ismail Dahaman, 2007).
3
3.2 SISTEM EJAAN ZA’BA
Menurut Hashim (2006), orang Melayu pertama yang menyusun sistem ejaan
Za’ba ialah Zainal Abidin bin Ahmad iaitu Za’ba. Dengan itu, Za’ba telah
mengemukakan sistem ejaan Rumi Za’ba sebelum negara Jepun menjajah di
Tanah Melayu.
Sistem ejaan Za’ba muncul apabila pendeta Za’ba telah membuat perubahan
daripada sistem ejaan Wilkinson (Nurfitri Izzati, n.d.). Sistem ejaan Za’ba juga
merupakan ejaan sekolah dan digunakan secara menyeluruh di sekolah-sekolah
yang terletak di Tanah Melayu (Asmah Omar,2008). Oleh itu, Za’ba telah
menerangkan tentang kata pendahuluan risalah petua ejaan rumi Melayu di
Malaya yang diterbitkan oleh Department of Malay Studies, University of Malaya
pada tahun 1955 (Mohd Naim,1991). Dengan itu, sistem ejaan Za’ba mempunyai
kelemahan iaitu penggunaan Sistem Ejaan Za’ba menjadi sukar kerana
mempunyai pengejaan kata yang masih menggunakan Sistem Ejaan Rumi
Wilkinson. Seterusnya, sistem ejaan Za’ba telah menunjukkan kaedah
penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam yang mengakibatkan
ketidakseragaman pengejaan kata dalam penulisan seharian bagi semua urusan
yang menggunakan tulisan Rumi (Nur Baiti Nazri, n.d.).
Selain itu, sistem ejaan Za’ba juga mengaplikasikan beberapa sistem ejaan
rumi yang lain yang digunakan dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan
dwibahasa yang terbit dan tersebar luas semenjak tahun 1920-an (Nurfitri Izzati,
n.d.). Sistem ejaan Rumi Za’ba terus digunakan sehinggalah sistem ejaan Rumi
bahasa Melayu dikaji semula dan diselaraskan pada awal tahun 70-an. (Ismail
Dahaman, 2007). Dengan itu, sistem ejaan Za’ba merupakan satu sistem yang
dapat berbanding dengan sistem ejaan Wilkinson kerana sistem ejaan Za’ba
dicipta oleh orang Melayu walaupun mempunyai beberapa kelebihan dari segi
pengejaannya berbanding sistem Ejaan Wilkinson.
4
3.3 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA
Menurut Luqman Hakeem (2016), sistem ejaan Fajar Asia merupakan ejaan yang
terpakai dalam majalah dwimingguan Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura
bermula pada tahun 1942 di bawah Zainal Abidin bin Ahmad. Dengan itu, grafem
yang digunakan dalam sistem ejaan Fajar Asia mempunyai perbezaan dengan
sistem ejaan Wilkinson dan sistem ejaan Za’ba (Ismail Dahaman, 2007).Selain itu,
sistem ejaan Fajar Asia dapat disifatkan sebagai percubaan dalam usaha
menyatukan ejaan rumi bahasa Melayu dengan ejaan rumi bahasa Indonesia
seandainya dipandang daripada sudut pengejaan kata dan penulisan keharmonian
vokal (Nurfitri Izzati, n.d.). Seterusnya, Angkatan Sasterawan 50 telah menjadikan
sistem ejaan Fajar Asia sebagai ejaan rasmi (Nur Baiti Nazri, n.d.).Tujuan sistem
ejaan ini adalah untuk menyeragamkan penulisan ejaan rumi bahasa Melayu
ketika Sumatera dan Malaya disatukan di bawah satu pemerintahan. Dengan itu,
sistem ejaan ini tetap mengekalkan penggunaan konsonan-konsonan Wilkinson
dan Za'ba (Mohd Naim, 1991).
5
3.4 SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
Sistem ejaan Kongres ialah sistem ejaan rumi bahasa Melayu yang dipersetujui
oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956
(Nurfitri Izzati, n.d.). Dengan itu, sistem ejaan Kongres (1957) telah dicapai setelah
pembentangan dua kertas kerja yang dibentangkan oleh Angkatan Sasterawan 50
dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya di Kongres Persuratan dan
Bahasa Melayu Malaya III di Singapura pada 16 hingga 21 September 1956 (Mohd
Naim, 1991). Dengan itu, terdapat empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan
huruf Rumi. Dasar pertama ialah ejaan di Malaysia dan di Indonesia hendaklah
disamakan. Selain itu, peraturan ejaan hendaklah mudah dan sistem fonologi perlu
diterima sebagai sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik serta satu fonem
hendaklah digambarkan dengan satu tanda atau huruf sahaja. Seterusnya,
pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam
serta kata-kata dari bahasa-bahasa asing hendaklah disusunkan pengejaannya
dengan hukum-hukum fonologi Melayu (Nurfitri Izzati, n.d.).
Pada tahun 1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang pertama telah
diadakan di Singapura manakala kedua di Seremban pada tahun 1954 dan ketiga
di Singapura dan Johor Baharu pada 16 hingga 21 September 1956. Dalam
Kongres Bahasa Melayu ketiga (1956), masalah ejaan rumi telah diberi perhatian.
Peserta kongres mencadangkan beberapa pembaharuan dengan memperbaiki
sistem sjaan Za’ba. Pada tahun 1956, sistem ejaan baharu ini dikenali sebagai
sistem ejaan Kongres yang dipersetujui oleh kongres bahasa dan persuratan
Melayu yang ketiga (Nur Baiti Nazri, n.d.).
6
4.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MENYERAGAMKAN
SISTEM EJAAN RUMI
Pada 22 Jun 1956, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan secara rasminya
di Johor Bahru. Tanggungjawab yang dipikul oleh DBP amat penting kerana peranan DBP
adalah sebagai pendukung kepada imej Negara Malaysia. Peranan DBP adalah sejajar
dengan matlamat dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi (Awang Sariyan, 2020).
Peranan pertama DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi adalah melalui
bidang penerbitan atau percetakan (Awang Sariyan, 2020). Hal ini disebabkan oleh pihak
DBP ialah sebuah organisasi yang amat penting dalam industri percetakan dan penerbitan
buku-buku, risalah-risalah, kamus, serta pelbagai bentuk bahan ilmiah kerana DBP
merupakan salah sebuah organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia. Selain itu,
bidang penerbitan dianggap sebagai medan utama bagi menerbitkan bahan-bahan
terbitan dalam bahasa Melayu menggunakan sistem ejaan rumi. Oleh yang demikian,
jabatan penerbitan DBP turut mencipta istilah-istilah baharu dengan menyediakan majalah
dan jurnal, buku sekolah, buku umum, buku bahasa, buku sastera, dan buku kanak-kanak
dan remaja, sama ada dalam bentuk cetak atau elektronik (Zulkifley Hamid et al., 2012).
Dengan itu, DBP telah menerbitkan banyak bahan bacaan yang berkaitan dengan sistem
ejaan rumi supaya dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang sistem ejaan
rumi. Sebagai contoh, buku Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Ejaan Rumi Kemas Kini
Kemasnya Ejaan Bernasnya Bacaan (2015) yang ditulis oleh Ismail bin Dahaman , buku
Panduan dan Latihan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1995) yang dikarya oleh penulis
Wan Abu Bakar Wan Abas dan lain-lain merupakan buku yang telah diterbitkan oleh DBP
agak masyarakat lebih mengenali sistem ejaan rumi.
Di samping itu, DBP juga mengusahakan satu sistem ejaan baharu bersama negara
Indonesia. Sistem ejaan Baru (1972) telah dilaksanakan oleh DBP (Mohd Naim, 1991).
Seterusnya, DBP juga membakukan ejaan dan sebutan dan membentuk istilah-istilah
yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Pembakuan bahasa terlaksana sejak awal
penubuhan DBP, bermula pemantapan sistem ejaan baharu rumi dan penggubalan istilah.
Usaha itu turut dilakukan pada peringkat serantau melalui Majlis Bahasa Brunei
Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) (Awang Sariyan, 2020).
7
Selain itu, peranan seterusnya ialah DBP telah menggerakkan keputusan bagi
mewujudkan Sistem Ejaan Baru. Dengan itu, DBP mengadakan pertemuan yang
membahaskan hal-hal linguistik berhubung dengan penyeragaman ejaan Indonesia-
Malaysia seperti aspek penyelarasan vokal, diftong, konsonan, susunan dan jumlah abjad,
partikel, kata ulang, kata majmuk, tanda baca, pengimbuhan dan lain-lain (Daus Firdaus,
n.d.). Oleh itu, jawatankuasa Ejaan Malaysia dan Tim Ahli Bahasa KOTI dari pihak
Indonesia telah mencapai keputusan bagi mewujudkan Sistem Ejaan Baru yang praktis,
ekonomis, dan ilmiah. Pada 23 Mei 1972, kunjungan Menteri Pelajaran Malaysia Encik
Hussein Onn ke Jakarta untuk menghadiri suatu perundingan dengan Menteri Pendidikan
dan Kebudayaan Republik Indonesia bagi menghasilkan pernyataan dan usaha bersama
untuk mengembangkan bahasa kebangsaan masing-masing yang meliputi aspek ejaan,
istilah, dan tatabahasa telah diadakan. Pada 23 Mei 1972, suatu persidangan telah
diadakan antara Panitia Ejaan Bahasa Indonesia dengan Jawatankuasa Tetap Bahasa
Melayu Malaysia untuk menyempurnakan ejaan yang dipakai di kedua-dua negara
berdasarkan perkembangan di kedua-dua negara pada ketika itu serta menyemak semula
sistem ejaan rumi dan bertukar-tukar fikiran mengenai masalah atau cabaran yang
dihadapi dalam bidang bahasa secara umum. Selepas selesainya usaha penyeragaman
sistem ejaan rumi, kedua-dua negara anggota MBIM telah memberi fokus terhadap
penyelarasan istilah dalam pelbagai bidang ilmu. Sesungguhnya, sumbangan yang
dilakukan oleh pihak DBP dan pihak Indonesia amat besar dan perlu dihargai oleh
masyarakat (Dewan Bahasa dan Pustaka, n.d.).
8
5.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI
Tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan teknologi maklumat memberi kesan secara
langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi
perubahan yang berlaku pada masa kini turut membawa cabaran terhadap sistem ejaan
Rumi. Pelbagai cabaran sistem ejaan Rumi yang perlu dihadapi oleh masyarakat (Mohd
Isha Awang, 2008).
Cabaran sistem ejaan Rumi masa kini ialah rakyat Malaysia terlalu mementingkan
Bahasa Inggeris sehingga mengabaikan sistem ejaan rumi bahasa Melayu (Mohd Isha
Awang, 2008). Hal ini dikatakan demikian kerana Pembelajaran dan Pengajaran Sains
dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah dikembalikan dalam sistem
pendidikan negara Malaysia (Firdaus Azil, 2020). Oleh itu, pelajar pada masa kini lebih
mahir dalam penulisan bahasa Inggeris sehingga menyebabkan sesetengah pelajar yang
langsung tidak dapat menulis sistem ejaan rumi semasa menulis karangan bahasa Melayu
serta mendapat keputusan yang tidak cemerlang dalam peperiksaan bahasa Melayu.
Namun, Nik Safiah Karim berpendapat bahawa kerajaan tidak seharusnya mengulangi
dasar yang sudah terbukti gagal malahan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa
ibunda bagi subjek berkenaan adalah lebih sesuai (Mahani Ishak,2020). Jelaslah bahawa,
kemunculan bahasa Inggeris pada masa kini menjadi halangan perkembangan sistem
ejaan rumi .
Selanjutnya, pengaruh bahasa Inggeris ke atas perkataan bahasa Melayu yang
menyebabkan pertambahan perbendaharaan perkataan dalam bahasa Melayu
merupakan cabaran kedua. Hal ini disebabkan oleh penambahan perbendaharaan
perkataan dalam bahasa Melayu banyak diambil daripada bahasa Inggeris atau serupa
dengan bahasa Inggeris. Menurut Shakila Ahmad et al. (2012), Kamus Dewan Edisi
Keempat terdapat lebih daripada 300 perkataan bahasa Inggeris yang telah
didaftarkannya. Situasi ini menyebabkan bahasa Melayu sukar untuk ditulis dalam tulisan
rumi malahan pelajar juga sukar mengingat perkataan yang betul. Sebagai contoh, sos cili
terjemah daripada ‘cili sos’ begitu juga dengan perkataan bas mini daripada ‘mini bas’.
Natijahnya, cabaran ini sebenarnya memberi banyak kesan kepada masyarakat sehingga
masyarakat sering tersilap menggunakan ejaan Rumi untuk menulis frasa yang betul
dalam penulisan. Dengan itu, masyarakat lebih cenderung menggunakan frasa bahasa
Inggeris berbanding dengan frasa bahasa Melayu. Secara ringkasnya, pengaruh bahasa
Inggeris semakin serius pengaruhnya terhadap bahasa Melayu.
9
Sementara itu, generasi muda pada masa kini mempunyai sikap malas untuk belajar
sistem ejaan rumi walaupun menulis ejaan rumi telah menjadi rutin seharian masyarakat.
Hal ini kerana masyarakat zaman era globalisasi ini lebih mengutamakan pertuturan
berbanding dengan penulisan. Lebih malang lagi apabila terdapat sesetengah masyarakat
berasa lebih selesa berbahasa dalam bahasa Inggeris (Ahmad Izzuzzuddin, n.d.). Hal ini
dikatakan demikian kerana terdapat sesetengah ibu bapa yang berbahasa bahasa
Inggeris dengan anak-anak mereka sejak anak mereka kecil lagi. Sebagai contoh,
sesetengah ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka ke pusat penulisan dan
pertuturan bahasa Inggeris seperti Cambridge, British Council dan sebagainya. Perkara
ini telah mengakibatkan anak-anak mereka tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan
baik malahan mereka juga tidak dapat bertutur dalam bahasa Melayu serta tidak tahu
menulis ejaan rumi sejak bangku sekolah. Sebagai akibatnya, tidak mustahil sistem ejaan
rumi pada suatu masa akan pupus dalam kehidupan masyarakat jikalau masyarakat tidak
mementingkan serta tidak memajukan sistem ejaan rumi dengan segera. Jelaslah bahawa,
cabaran sistem ejaan rumi pada masa kini ialah manusia mempunyai sifat malas untuk
belajarnya.
10
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, sistem ejaan rumi penting dalam sistem pendidikan pada abad ke-21.
Oleh itu, sistem ejaan rumi telah menjadi keutamaan dan rutin seharian masyarakat
Malaysia. Dengan yang demikian, penyusunan sistem ejaan rumi yang seragam serta
lebih mudah diperlukan untuk menggantikan tulisan Jawi (Nur Baiti Nazri, n.d.). Oleh itu,
saya yakin bahawa sistem ejaan rumi merupakan khazanah negara yang dapat ke pentas
dunia supaya masyarakat luar negara juga dapat belajar menulis ejaan rumi. Sebagai
rakyat Malaysia, kita haruslah berganding bahu melibatkan diri dalam memajukan sistem
ejaan rumi bagai aur dengan tebing supaya generasi yang akan datang juga mempunyai
peluang untuk mengenali sistem ejaan Rumi.
11
RUJUKAN
Amat Juhari Moain. (1992). Perkembangan Penggunaan Tulisan dalam Bahasa Melayu.
Jurnal Bahasa, November 1992 hlm. 1060-1967.
https://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/modul-bmm3112-topik-7-iankaka.pdf
Asmah Hj Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (2020). Isu bahasa, kuasa DBP jangan hanya tegur, nasihat. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/06/699435/isu-bahasa-kuasa-
dbp-jangan-hanya-tegur-nasihat
Ahmad Izzuzzuddin. (n.d.). BMM1044. Academia.
https://www.academia.edu/27832962/BMM_1044
Dewan Bahasa dan Pustaka. (n.d.). Sejarah Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM).
Laman web DBP.
http://dbp.gov.my/mab2000/sejarah.htm
Daus Firdaus. (n.d.). Mabbim. Pdfcoffee.
https://pdfcoffee.com/mabbim-3-pdf-free.html
Firdaus Azil. (2020). Dasar PPSMI akan dikembalikan dalam sistem pendidikan negara – PM.
Astro Awani.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dasar-ppsmi-akan-dikembalikan-dalam-
sistem-pendidikan-negara-pm-229496
Hashim Musa. (2006). Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu Edisi kedua.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Irfan Izzudin. (n.d.). Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi dan Jawi. Pdfcoffee.
https://pdfcoffee.com/-sejarah-perkembangan-sistem-ejaan-rumi-dan-jawi-pdf-
free.html
Ismail, Dahaman. (2007). Ejaan Rumi Sepanjang Zaman. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Izzah Karim. (2020,January 20). Sejarah Ejaan Rumi BM. Youtube.
https://www.youtube.com/watch?v=1RCwX2z_u8o
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2021). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Luqman Hakeem Rusdi. (2016). METODOLOGI PERUMIAN KITAB-KITAB KLASIK, KAJIAN
TERHADAP KITAB TAFSIR NUR AL-IHSAN. Jurnal'Ulwan, 1(1), 111-127.
http://kuim.edu.my/journal/index.php/JULWAN/article/view/76/68
Mohd Naim Daipi. (1991). Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu: Bahagian II.
https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18303/1/Sekata-9-1-28.pdf
Mohd Isha Awang. (2008). Isu dan Cabaran Bahasa Melayu dalam Pendidikan.
Berita Harian.
http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp11julai8.pdf
Muhammed Salehudin Aman. (2016). Sinopsis Sistem Ejaan Bahasa Melayu. Klik Web
Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://klikweb.dbp.my/?p=6003
12
Mahani Ishak. (2020). ‘Memang tak wajar kembalikan semula PPSMI’. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/653583/memang-tak-wajar-
kembalikan-semula-ppsmi
Nur Baiti Nazri. (n.d.). Sejarah Ejaan Jawi dan Rumi. Academia.
https://www.academia.edu/42039357/Sejarah_Ejaan_Jawi_dan_Rumi
Nurfitri Izzati Irtifitazzi. (n.d.). Sejarah Perkembangan Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Pdfcoffee.
https://pdfcoffee.com/sejarah-perkembangan-ejaan-rumi-bahasa-melayu-pdf-
free.html
Shakila Ahmad, Hussain Othman, Rafiuddin Afkari, Mikdar Rusdi dan
Mohd Hisyam Abdul Rahim. (2012). Cabaran semasa tulisan jawi sebagai warisan
masyarakat peradaban bangsa Melayu. Journal of Techno Social, 4(2).
https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/download/1431/967
Zulkifley Hamid dan Mohd. Asyraf Zulkifley. (2012). Hegemoni Ilmu dan Masa Hadapan
Bahasa Melayu. Jurnal Melayu, 9.
https://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/5045/2587
13