The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Xy, 2022-06-03 04:56:08

Permainan Tradisional Dam Haji(1)

Permainan Tradisional Dam Haji(1)

A creative book by Christabel Bong 4A & Felicia Bong 5A

Permainan Tradisional :
Dam Haji/Dam Draughts

Table of contents

01 Sejarah Permainan Dam Haji
02 Pengenalan
03 Cara-cara bermain Dam Haji
04 Kelebihan Bermain Dam Haji

Sejarah

Sejarah Permainan Dam Haji:

Permainan dam datang daripada satu permainan lama yang
paling dipanggil Alquerque. Alquerque asalnya dimainkan pada
papan permainan lain. Sekitar abad ke-12, orang Perancis
merupakan orang pertama menggunakan papan catur untuk
memainkan Alquerque. Ini adalah permainan dam yang pertama
permainan. Kemudian, mungkin di 1535, satu peraturan baru
ditambah: jika anda boleh lompat, anda mesti melompat. Ini
dilakukan supaya permainan ini lebih menarik.

Pengenalan

Pengenalan

Giliran • Setiap pemain memiliki jumlah

buah dam yang sama (24 pada
papan bersaiz 10 x 10 atau 12

pada papan 8 x 8), tetapi berlainan

warna. Seorang hitam dan
seorang lagi putih (atau merah).

Pilihan warna tidaklah begitu
penting berbanding catur, kerana

warna putih tidak semestinya

bermula dahulu..

• Mengikut persetujuan pemain,
mana-mana pihak boleh bermula
dahulu. Setelah emain pertama
menggerakkan satu buah, giliran
pemain kedua pula. Begitulah
seterusnya sehingga permainan
tamat.

Cara Bergerak

• Setiap buah dam cuma boleh

bergerak satu petak secara
pepenjuru, sama ada ke kiri atau ke

kanan, sekiranya petak tersebut

masih kosong. Haji (buah dam yang
telah sampai ke hujung papan

sebelah lawan) bergerak dengan cara
yang sama, tetapi boleh pergi

seberapa banyak petak yang

dikehendaki.

Cara-cara bermain permainan dam haji

• Permainan dam atau dam haji juga dipanggil dam aji diminati
di kalangan masyarakat Melayu. Permainan tradisional ini
dimainkan secara satu lawan satu. Terdapat dua jenis
permainan dam yang popular iaitu dam haji dan haji terbang.

• Alatan diperlukan untuk kedua-dua permainan ini adalah
papan dam dan juga buah dam. Papan dam berbentuk empat
segi sama dilukis di atas kertas atau dibuat lorekan terus di
atas sekeping papan. Terdapat 64 petak empat segi sama
kesemuanya.

• Buah dam pula terdiri daripada penutup botol, kulit kepah,
serpihan bata atap yang kecil ataupun kulit etak. Setiap pemain
memerlukan 12 biji buah yang sama dari segi bentuk atau
warna. Buah itu mesti berbeza dengan lawan sama ada dari
segi warna atau bentuk

① Sebelum memulakan permainan, undian secara wan to
som perlu dilakukan bagi penentuan giliran pemain. Pemain
yang memenangi undian akan memulakan permainan
terlebih dahulu.

② Permainan ini dimainkan dengan cara menggerakkan
buah dam setapak ke hadapan iaitu secara mengiring sama
ada ke kiri-depan atau ke kanan-depan. Pemain tidak
dibenarkan menggerakkan buah miliknya ke belakang.

③ Pemain memegang permainan boleh ‘makan’ buah lawan
jika berada berhampiran buah lawan dan ada petak kosong di
hadapan untuk dia ‘melompat’.

④ Permainan berterusan sehingga buah mana-mana
pemain habis dimakan oleh lawan atau ada pihak mengaku
kalah.

⑤Dalam permainan dam haji memang penting
untuk menjadikan buah sebagai haji. Semua
buah boleh mendapat haji apabila tiba di hujung
papan lawan (baris 8 bagi Hitam dan baris 1
bagi Putih). Namun realitinya hanya 2 atau 3
buah dapat naik haji dalam setiap permainan.

⑥Buah biasa dengan buah haji banyak
bezanya. Buah haji boleh bergerak ke belakang,
dan boleh bergerak banyak petak. Pendek kata,
buah haji sangat berkuasa. Di akhir permainan,
buah haji juga berupaya mengawal satu baris
papan, menghalang mana-mana buah lawan
untuk melintas.

⑦Cara terbaik mendapat haji ialah dengan

menggunakan dua buah yang bekerja bersama-
sama di tepi petak. Ada kalanya, umpan juga
diperlukan untuk memecah 'kubu' lawan.

⑧Bagaimanapun, kelebihan haji cuma setakat

kemahiran pemain. Buah haji boleh diperangkap
dan dimakan lawan sekiranya tidak berhati-hati.

⑨Cara terbaik melawan haji ialah dengan
mendapat haji sendiri. Jika lawan mendapat
haji awal sekalipun, pemain patut akan tetap
mendapat haji sekiranya dia memiliki
sekurang-kurangnya satu buah di kedua-dua
petak tepi bahagian lawan.

⑩Dengan cara ini lawan terpaksa memilih
buah mana hendak dimakannya,
membenarkan satu lagi buah naik haji.

Bermain dam haji memang menyeronakkan
dan menguji minda mengatur strategi.
Namun, buruknya jika masa bermain terlalu
lama sehingga mengganggu tugas seharian.
Bermainlah untuk satu atau dua permainan
sahaja.

Kelebihan Bermain Permainan Dam Haji

● Permainan dam aji adalah aktiviti sihat yang tidak lapuk
ditelan peredaran zaman malah boleh memupuk
perpaduan seterusnya mengeratkan hubungan
silaturahim dalam kalangan masyarakat.

● Permainan dam aji berasal daripada permainan lama
sejak zaman dahulu lagi. Ia pada asalnya dimainkan pada
papan permainan lain daripada papan catur yang biasa
digunakan masa kini.

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version